Erina
bangkit dari katil. Lantas dia menuju ke almari untuk mengambil tuala. Dia
terpana saat buku yang seakan diari bewarna hitam terjatuh dari celah baju
Zafran. Pantas dia mengambil lalu di buka diari tersebut. Maafkan Rin ceroboh
privasi abang, monolognya dalam hati. Dia menyelak helaian demi helaian.
2
Mac 1996
Aku ada seoarang kawan perempuan.
Cantik orangnya.
Namanya Erina. Comel sangat. Macam
bidadari woo.
Erina
tersenyum membaca pujian Zafran padanya. Dia duduk di birai katil. Terlupa
terus niatnya untuk membersihkan badan.
12
Mei 2000
Hari ni aku gembira sangat. Aku dan
juga Erina pergi kedai. Walaupun dia demam tapi dia sanggup pergi kedai dengan
aku. Aku rasa bahagia sangat.
Senyuman
terukir di bibir Erina apabila mengingat peristiwa dia meredah belakang rumah
jiran-jiran hanya kerana ingin ke kedai runcit. Dia meneruskan bacaannya sambil
berbaring di atas katil.
25
August 2003
Hari ni aku rasa sedih sangat. Aku
terpaksa berpisah dengan bidadari aku. Hu hu… nak buat macam mana? Abi di
naikkan pangkat. Jadi aku terpaksalah ikut saja. Erm… rasa sedih pula nak
tinggalkan Erina. Tadi… aku jumpa Erina buat kali terakhir. Kami berjanji
bahawa tidak akan melupakan antara satu sama lain. Aku juga menggabungkan nama
kami agar dia tak melupakan aku. Wahai bidadariku Erina… jangan lupakan nama
ZAFRIN selamanya okey? Oppps sorry terlebih panjang pula bebelan aku kali ni.
He he…
Masih
segar di ingatan Erina akan perjanjiannya bersama Zafran beberapa tahun lepas.
Perjanjian bahawa mereka tidak akan melupakan antara satu sama lain. Erina
memejamkan mata seketika. Setelah mendapatkan ketenangan dia meneruskan lagi
pembacaan yang terhenti tadi.
5
January 2013
Hati ini sering tertanya siapkah
yang aku cinta? Jawapannya hanya Putri Erina Batrisya yang aku cinta. Sedari
dulu lagi… hanya dia yang bertahkta di
hatiku. Tapi… sayangnya aku tak mampu meluah segala rasa kerana takut dia akan
menjauhkan diri dek kerana janji yang sudah terpatri antara kami.
“
Janji? Janji apa ya?” omel Erina sendiri. Dia cuba mengingat semula perjanjian
antaranya dan Zafran. Terimbas kembali memorinya semasa kecil dahulu.
“
Walau apa pun yang jadi kau tetap sahabat aku Zaf. Ingat. S.A.H.A.B.A.T tahu?”
Erina mengeja satu persatu perkataan sahabat itu.
“
Eh? Takkan perjanjian tu? Heh! Bodohnya kau Rin. Kenapa kau tak pernah nampak
kewujudan Zaf selama ni?” omel Erina pada dirinya sendiri. Dia mengetap kuat
bibirnya. Dia meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.
20
Mac 2013
Alhamdulillah. Akhirnya ALLAH
mengabulkan doaku. Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan kerana
aku dipertemukan semula dengan bidadari pujaan hatiku. Siapa? Siapa lagi kalau
bukan Erina? Aku gembira dapat bertemu semula. Dan aku harus berterima kasih
pada adikku, Ain. Kerana dialah aku bertemu kembali dengan bidadariku. He he…
okey my diari esok-esok aku sambung lagi. Nak layan perasaan gembira ni. Heee…
Spontan
bibirnya tersenyum mengingatkan wajah terkejut Zafran di saat pertemuan semula
mereka. Di hadapan butiknya sendiri pula tu. He he…
2
April 2013
Hari ini sangat menggembirakanku
kerana sehari suntuk aku menghabiskan masa bersama insan yang aku cintai dalam
diam. Betapa aku menghargai saat ini. Andai ku punya kuasa ingin saja aku
menghentikan masa buat seketika. Tapi mana mungkin itu terjadi. Kerana aku
hanya insan biasa.
15
Mei 2013
Ummi memberitahuku rancangannya
untuk menyatukanku dan juga Erina. Aku terkejut. Kerana selama in I
rupanya-rupanya perasaan yang aku pendam bukan lagi satu rahsia. Aku gembira
mendengar berita perjodohan ini. Tapi… bagaimana pula Erina? Aku pasti Erina
akan menentang rancangan ini. Erina kan hanya mengganggap aku sebagai sahabat.
Tapi bagaimana pula perasaan aku? Sampai bila aku harus memendam perasaan?
Cinta… mengapa begitu menyakitkan? Ya ALLAH bantulah hambaMU ini. Aamiin.
Erina
terpana membaca tulisan tangan Zafran itu. Sungguh dia tak sangka bahawa
sebegitu dalamnya kasih Zafran buat dirinya. Abang… maafkan Rin. Selama ni Rin
banyak sakitkan hati abang, rintihnya di dalam hati.
20
Mei 2013
Sakit! Sangat sakit aku rasakan
saat si dia yang aku cintai menjauhkan diri dariku. Ya ALLAH apa yang harus aku
lakukan? Erina… mengapa sukar untuk aku menyentuh hatimu? Argh! Betapa selama
ini hanya aku saja yang mencintai dia. Seksanya perasaan cinta tak berbalas hu
hu…
Jika
tadi Erina terpana. Kini dia tergamam tiada terkata. Benar-benar menyengat
sanubarinya. Tidak di sangka lelaki yang selama ini di aggap sahabat menyimpan
perasaan cinta sekian lama. Erina menatap sayu wajah Zafran yang di jadikan
sebagai wallpaper HTC nya. Airmata yang tidak jemu mengalir di pipi.
+Balqis Cun +baby mio ini luahan zafran huhuhu :D
2 comments:
Terharu saya.
heee thanks sudi singgah n baca :) heee selama ni perempuan je yang meluah perasaan kali ni kita kasi lelaki luah perasaan pula kasi kelainan
Post a Comment