BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 7

                                                 (cover by : ARYSSA NAJWA)




“ Ha tu pun diaorang. Rina kau pergi mana da…” Mati terus kata Rosliza saat terlihat sebentuk cincin yang terhias cantik di jari manis Zarina. Terus sahaja dia mendekati Zarina ingin melihat cincin itu dari jarak dekat.
“ Wah, cantiknya cincin.”Zarina tersipu malu saat dipuji Rosliza.
“ Eh, Nazril kau pun ada dekat sini. Wah! Best la ye. Makin bertambah ahli kita,” ujar Daniel sambil mata tak lepas dari menatap wajah Zarina.
“ Kau tak kisah ke Daniel? Yela mana tahu kau tak suka aku join. He he.” usai berkata Nazril melirik matanya pada Athirah yang sedari tadi menatap wajahnya.
Athirah melarikan pandangan matanya ke arah lain. Malu saat tertangkap sedang asyik merenung Nazril.
Daniel berdehem sebelum meneruskan kata. Sengaja dia berbuat demikian untuk menarik perhatian semua yang ada.
“ Sebenarnya Daniel nak korang semua jadi saksi. Rina mari sini kejap.” Daniel menggamit Zarina agar berdiri di sebelahnya.
“ Korang semua jadi saksi bahawa saya Daniel bin Hamzah tidak akan sama sekali menyakiti Zarina binti Yusuf, Daniel juga berjanji akan menjaga Zarina seumur hidup Daniel. Seandainya Daniel sudah tiada lagi di dunia ini Daniel harap korang semua akan pastikan Zarina tidak bersedih.” Dengan yakin Daniel melafazkan kata.
“ Cop! Maknanya sekarang Zarina dah dilamar la ni? Patut pun abang beriya ajak kami pergi bercuti, rupanya ada agenda.” Mereka semua tertawa mendengar gurauan Athirah yang selamba badak itu.
“ Yup, itulah salah satu agenda nya. Abang bahagia sangat Athi kerana Rina sudah pun menerima lamaran abang,” Rossliza mengukirkan senyum, walaupun hambar namun dia tidak mahu sesiapa jua mengesan akan perasaannya terhadap Daniel.
*****
Usai mengerjakan solat isyak berjemaah mereka memulakan tugas masing-masing. Pelbagai hidangan yang dihidangkan. Tomyam, bihun goreng, BBQ serta sedikit makanan ringan seperti kekacang. Sambil menunggu BBQ yang dipanggang itu masak Nazril mencapai gitar lantas dipetiknya gitar itu. Athirah terpaku saat terdengar gemersik suara gitar yang dimainkan. Lantas dia mendekati Nazril.
“ Boeh saya tanya sesuatu?” soal Athirah setelah melabuhkan punggung di sebelah Nazril.
“ Nak tanya apa?” soalan berbalas dengan soalan.
“ Pasti Naz merasa sedih bukan? Yalah, maksud Irah kehilangan insan yang kita sayang, sangat sukar untuk kita terima. Tapi Irah tengok Naz tenang je, seolah tiada apa yang berlaku. Sedangkan Irah masih terasa akanpemergian arwah ayah.” Suara Athirah sedikit bergetar.
“ Irah, kita harus redho dengan ketentuan takdir. Tipu sangat jika Naz tidak sedih. Tapi sampai bila Naz harus hidup dalam bayang-bayang? Allah tu Maha Esa. Pasti ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Buktinya seandainya Naz masih bersama arwah isteri Naz, pasti kita tidak akan berjumpa bukan?” soal Nazril menutup riak kesedihan yang terukir diwajahnya.
“ Boleh tak kalau Naz nyanyikan satu lagu? Please.” Rengek Athirah sambil mengedipkan matanya. Sengaja Athirah mempamerkan wajah ceria lantas dia ingin mengusir kesedihan yang bermukim dihatinya.
Spontan Nazril menghamburkan ketawa melihat wajah comel Athirah. Membuatkan semua mata memandang ke arah mereka.
“ Ya Allah, cover la sikit ketawa tu. Malu tau.” omel Athirah.
“ Sorry, comel tau Irah buat muka macam tu. Rasa nak cubit je pipi Irah tu.” Athirah buat-buat tidak dengar sahaja dengan pujian yang dilemparkan.
“ Cepatlah nyanyi.” Athirah menjengilkan mata pada Nazril sambil tangan cekap mengalih ayam BBQ.
“ Oi, cepatlah nyanyi. Nah gitar eh.” Athirah mengekek ketawa mendengar latahan Nazril.
“ Irah! Kalau sehari tak usik Naz tak boleh ke?” Nazril membuat wajah serius namun akhirnya dia ketawa juga.
“ Woi, tak habis-habis dating. Menyampah aku. Athi, aku dah lapar ni. Bila boleh makan ayam BBQ nya kalau asyik dating je.” Bebel Syah geram.
“ Ish! Cakap je la kau  jelous kan? Macam mana misi kau? Berjaya tak?” soal Athirah ingin mengorek rahsia.
Syah mengeluh lemah. Terasa berat benar bebanan perasaan yang ditanggungya ini.
“ Dia cakap kat aku ‘ Syah jangan terlalu berharap’ kecewa kot.” Athirah menepuk lembut bahu Syah, cuba memberi semangat.
“ Ha, apa kata kalau kau menyanyi? Liza tu suka sangat dengar lagu Aishiteru, apa kata kalau kau nyanyi? Mana la tahu cair dia dengar suara lunak merdu kau kan?” usul Athirah lantas mengambil gitar yang dihulurkan Nazril.
Terhenti langkah Rosliza apabila terdengar suara Syah memanggilnya. Pantas dia menoleh ke arah Syah.
“ Lagu ni Syah tujukan khas buat Liza. Dan Syah akan berdoa agar Liza terbuka hati untuk terima kehadiran Syah.”
Usai Syah berkata terus sahaja jemarinya memetik gitar lantas dia menyanyi dengan sepenuh perasaan. Di matanya terbayang hanya dia dan Rosliza sahaja yang berada di situ.
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
‘ Eh, mana Syah tahu lagu kegemaran aku ni? Pasti Athirah yang bocorkan rahsia ni.’ Omel hati Rosliza.
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit ‘tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berfikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

(*)
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan ai ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk kedalam fikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Rosliza tersentak dari lamunan saat mendengar bunyi tepukan menandakan lagu yang dinyanyikan telahpun habis. Rosliza resah saat menatap renungan tajam Syah.
“ Daniel, cuba tengok Athi dan Nazril tu. Mesra je kan?” soal Zarina sambil matanya tidak lepas memandang tingkah Atirah dan juga Nazril.
Mereka menjamu selera saat semuanya sudah siap dihidang. Usai menjamu selera mereka bersuka ria pula. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Penat berseronok mereka menyanyi pula. Syah mengangkat kening pada Daniel memberi isyarat menyuruh kaum hawa pula menyumbangkan suara mereka.
“ Athirah adik kesayangan abang nyanyi la pula. Penat dah abang menyanyi ni, sampai nak terkeluar anak tekak ni tau!” Sengaja Daniel menegaskan suaranya itu.
“ Apa ada hal? Bak sini gitar tu. Ok Athi nak dendangkan lagu ni khas buat korang-korang yang sedang berkasih sayang, He he.” Seloroh Athirah.
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

‘ He he, pandai nya kau pilih lagu. Macam perli aku saja.’ Syah mengetap bibir sambil menghayati lirik lagu yang Athirah nyanyikan.

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

‘ Ya Allah, macam kisah aku la pula.’ omel Rosliza di dalam hati.

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

‘ Mujurlah Rina dah terima aku, kalau tak mahu sasau aku. Silap-silap booking Hospital Tanjung Rambutan pula.’ Daniel tersenyum sendiri saat suara hatinya bertingkah.
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

‘ Ya Allah, andai Athirah tulis nota sebegitu pasti comel. Ah! Aku ni tak habis-habis berangan.’ bebel Nazril pada dirinya sendiri.
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

“’ Ya Allah terima kasih kerana mengurniakanku seorang insan yang sangat peyayang, sangat baik akhlaknya, aku bahagia Ya Allah.’ Desis hati kecil Zarina.

Aku suka dia

Athirah memejamkan mata menghayati bait-bait lirik yang dinyanyikan. Saat dia membuka matanya dia terpana melihat senyuman Nazril yang tidak lekang dari bibir comelnya.
“ Bestlah kau nyanyi.” Puji Rosliza ikhlas.
*****
Encik Yusuf keresahan. Sekejap dia berdiri sekejap duduk. Serba tak kena jadinya apabila memikirkan perkara yang satu itu. Masih tergiang di telinganya suara Puan Fatimah memujuk rayu ingin bertemu dengan Zarina.
“ Ada hal apa kau nak jumpa aku? Kalau kau nak jumpa Zarina lupakan saja niat kau tu. Aku tak kan benarkan.” Keras kedengaran suara Encik Yusuf.
“ Ima tahu Ima bersalah. Ampunkanlah dosa-dosa Ima bang. Ima benar-benar berdosa.” Puan Fatimah memujuk rayu Encik Yusuf agar memaafkan kesalahannya.
“ Baru kau fikir tentang dosa dan pahala? Dulu sewaktu kau melakukan zina adakah kau memikirkannya? Pernah kah kau fikir perasaan aku? Suami kau? Dan masih layak kah kau bergelar seorang ibu setelah diri bergelumang dosa? Sudah lah bagi Zarina kau sudah mati. Yang ada hanyalah Puan Zulaikha, mama yang dia sayang dan juga meyayanginya,” terang Encik Yusuf panjang lebar.
“ Ima tahu dosa Ima terlalu besar untuk abang maafkan, berikan peluang untuk Ima berjumpa Zarina. Sekalipun jadilah.”
“ Aku tak akan benarkan!” suara Encik Yusuf naik satu oktaf.
“ Abang, biar apa pun terjadi Rina tetap anak Ima. Abang jangan lupa bahawa Ima yang mengandung dan melahirkan dia bang. Ima tetap ibu yang kandung dan lahirkan Rina.” Tutur Puan Fatimah lantas menepuk dadanya.
“ Kau tak layak bergelar ibu pada Zarina. Jangan pernah muncul di hadapan Zarina jika tidak aku akan pastikan hidup kau takkan tenang.” Encik Yusuf memberikan amaran pada Puan Fatimah agar tidak menggangu kehidupan Zarina.
“ Begitu bencikah abang pada Ima? Hanya untuk sekali ni saja, tolonglah benarkan Ima berjumpa dengan Zarina bang.” Encik Yusuf tersenyum sinis mendengar rayuan Puan Fatimah.
“ Jangan ganggu lagi kehidupan kami. Biarkan kami hidup bahagia, tanpa kau! Pergilah kau hidup di samping anak haram kau. Aku tak ingin bertemu dengan kau atau anak kau. Faham!” berdesing telinga Puan Fatimah mendengar sindiran yang keluar dari bibir bekas suaminya itu.
Bip! Bip!
Encik Yusuf tersedar dari lamunannya yang panjang saat terdengar bunyi di telefonnya menandakan ada sms yang baru diterimanya.
Papa,gdnite. love u- Rina
Encik Yusuf tersenyum membaca sms tersebut.
Gg nite syg,ingat jaga diri ya syg.
Encik Yusuf tersenyum setiap kali teringatkan anak manjanya itu.
“ Ai, senyum sampai ke telinga nampak bang. Teringat makwe mana pula?” soal Puan Zulaikha berbaur cemburu.
“ Eh, sayang ni. Abang bukannya muda lagi. Sayang sorang je buah hati abang. Abang terfikirkan intan payung abang, Rina tu ha. Manja sangat. Ai, dah kahwin nanti sunyilah kita ye sayang. Lainlah kalau kita ada anak kecil kan? Meriah sikit rumah kita ni, betul tak sayang?” seloroh Encik Yusuf lantas Puan Fatimah mencubit mesra paha suaminya.
“ Abang jangan nak mengarut bang. Dah tua-tua macam ni. Memang tak lah. Kita tunggu cucu je la ye bang,” balas Puan Zulaikha lantas berbaring disebelah suaminya.
*****
Restoran Sweet Apple
Ryan menghayun langkah laju menuju ke arah Ehsan yang sedang menunggunya. Namun entah dimana silapnya dia telah terlanggar seorang pelayan yang sedang menatang dulang, lalu dulang yang berisi chicken chop dan segelas air jus oren itu tertumpah lalu mengenai seorang gadis. Ryan sedikit kalut melihat insiden yang baru berlaku itu. Lantas dia mendekati gadis itu untuk memohon maaf. Namun dia kaget sebaik sahaja terlihat gadis itu.
Hey, where do you put your eyes, ha? Did you see my clothes already dirty? So stupid! Idiot! Damn you! Huh.” Suara Nazira naik satu oktaf.
“ Maaf, cik saya tak sengaja,” ujar pelayan itu sambil menundukkan wajah tidak berani menatap wajah bengis Nazira.
“ Zira, I yang salah. I tak sengaja langgar dia. Maafkan I ya.” Tutur Ryan tidak sanggup melihat pelayan itu terus dimarahi Nazira.
“ Peduli apa i? Yang you sibuk tu kenapa? Kenapa la nasib I ni malang sangat. Setiap kali I jumpa you pasti akan jadi sesuatu. Jangan-jangan you ni pembawa malang tak?” Ehsan yang kebetulan melihat insiden itu segera menghampiri setelah dia yakin suara itu milik Nazira.
Zapp!
Bagaikan belati tajam kata-kata yang Nazira lemparkan. Ryan tergamam mendengar kata hinaan itu. Sungguh hatinya kini kian rapuh, terasa bagaikan pecah berkeping-keping.
“ Woo, apa kecoh-kecoh ni? Oh! Kau ke? Apehal ha? Kau ni memang dilahirkan kurang ajar ke? Langsung tak reti hormat orang. Hei, Zira adik ni tak sengaja, lagi satu kalau dia sengaja pun apa salahnya? Kau memang patut pun diajar sebegitu.” Sinis nada yang Ehsan lontarkan.
Nazira mengetap bibir geram mendengar sindiran pedas Ehsan. Dalam hati dia menyumpah seranah Ehsan.
“ Memang patut pun aku gelarkan kau perempuan mulut puaka. Sebab sesuai sangat dengan cirri-ciri yang ada pada kau. Dasar mulut puaka.” Sambung Ehsan lagi.
Ryan memegang tangan Nazira saat melihat Nazira mengangkat tangan ingin menampar Ehsan.
“ I minta maaf bagi pihak Ehsan. Tentang baju you tak mengapa I akan gantikan dengan baju yang baru,” ujar Ryan lembut.
Nazira merentap tangannya kasar. Benci sungguh dia melihat wajah Ehsan yang berlagak itu.
“ Tak perlu. I pun ada duit la. You with your money go to hell. I don’t care. I hate you Ryan Irfan.” Dengus Nazira lantas segera berlalu dari situ.
“ Ek eleh, perempuan ni berlagak gila. Menyampah aku. Ryan kau ok?” soal Ehsan setelah melihat Ryan hanya diam tidak berkutik.
“ Ha? Aku ok. Kau jangan risau ye. Adik jangan terasa ya. Memang perangainya macam tu. Jagan ambik hati ya,” ujar Ryan lantas tersenyum pada pelayan restoran itu.
“ Tak ada apa lah bro. Muka dia bengis gila. Huh! Malang siapa yang jadi suami dia nanti. Nama saya Firdaus.”
Ehsan ketawa mengekek mendengar kata-kata yang baru keluar dari ulas bibir Firdaus.
“ Eh! Betul kata kau Firdaus. Malang siapa dapat jadi laki dia.” Ehsan menjeling ke arah Ryan ingin melihat reaksi Ryan, mana la tahu Ryan masih sayangkan Nazira bukan?
Ryan hanya tersenyum hambar mendengar perbualan Ehsan dan Firdaus.
*****
“ Daniel sudah telefon ibu Daniel?” soal Zarina lembut.
“ Sudah. Ibu pesan jaga anak dara orang elok-elok. Rina.” Panggil Daniel lembut.
“ Erm.” Zarina hanya menggumam.
 “ Terima kasih ya. Persetujuan Rina untuk menerima Daniel sangat bermakna. Daniel janji tidak akan ada sesiapa yang bisa memisahkan kita selain ajal menjemput salah seorang dari kita.” Tutur Daniel sambil merenung dalam mata Zarina.
Zarina terharu dengan kata-kata yang dilafazkan Daniel. Sempat dia menitipkan doa agar perhubungan mereka berkekalan hingga ke syurga.

“ Sama-sama. Rina juga ingin mengucap terima kasih kerana sudi menyanyangi Rina.”

                                          bersambung :)
     nota kaki : maaf seandainya ada kekurangan
                     : jangan lupa drop komen ya
                     : salam sayang dari saya +nurul nuqman 
  

4 comments:

Unknown said...

best2

Unknown said...

tq domi sudi baca n tinggal jejak <3

Clover Girl said...

Nor Lu'lu Jessica...
Hehehehe.. like like.. huhuhu...

Unknown said...

tq usna :)