BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 3


" Sayang! Cepat sikit. Abang takut lambat pula nanti." Gesa Encik Yusuf pada isterinya.

" Baiklah, Zu nak kunci rumah dulu." Sahut Puan Zulaikha dari dalam rumah.

Setelah umur Zarina mencecah tiga tahun, Encik Yusuf telah berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarganya, masih terngiang-ngiang kata ibu dan bapanya saat mereka tahu punca penceraian nya bersama Fatimah.


                                   ************

" Dari dulu lagi mak dah pesan pada kamu jangan, tapi kamu degil. Tetap jua memilih untuk menikahi Fatimah. Lihat sekarang apa yang jadi pada kamu dan Zarina." Dengus Puan Mariam.

Hati ibu mana yang tidak sakit pabila melihat anaknya derita, saat mengetahui anaknya bercerai, remuk redam hati tuanya itu. Apatah lagi Fatimah itu pilihan Yusuf sendiri.

" Selama ini ayah lihat kamu bahagia bersama Fatimah. Apa yang berlaku sebenarnya? Benarkah Fatimah berlaku curang pada kamu? Bagaimana pula dengan Nazira?" Soal Encik Latif bertalu-talu.

" Err.. se..sebenarnya hak penjagaan Nazira saya dah serahkan pada Fatimah. Lagi pun Zarina saya yang akan jaga." Ujar Yusuf tersekat-sekat.

Kedengaran suara ibunya menahan tangis. Sungguh lirih hatinya saat itu. Bukan ini yang dia mahukan, tapi sudah suratan takdir jodoh mereka tidak panjang.

" Ayah tak faham lah dengan kamu ni. Dulu sebelum kahwin  beria-ria minta restu kami. Sekarang bercerai-berai pula." Kedengaran tegang suara Encik Latif

" Maafkan Yusuf ayah. Apa yang berlaku antara Yusuf dan Fatimah semua nya dah jadi sejarah. Tak usah lah di kenang lagi. Yusuf minta ampun pada mak dan ayah dari hujung rambut sampai hujung kaki kerna tidak mendengar nasihat mak dan ayah. Ampunkan Yusuf ya mak, ayah."  ujar Yusuf lantas mencium tangan ibu dan ayah nya

Sob! Sob!

" Sudah la. Mak nasihatkan jaga lah Zarina sebaik mungkin. Zarina masih kecil, dia perlukan kasih sayang dari kamu. Didik lah Zarina agar dia menjadi seorang anak yang baik dan solehah."

" Baiklah mak." usai berkata Yusuf mengesat air mata yang membasahi pipi wanita yang disanyangi nya itu. Di dalam hati Yusuf bersyukur kerana ibu dan bapa nya cuma mengetahui bahawa Fatimah berlaku curang padanya, tidak kesemua nya diketahui oleh Encik Latif dan Puan Mariam.

****

Puan Zulaikha kehairanan melihat wajah muram suaminya yang dinikahinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Sekejap dilihat suaminya menangis, sekejap mengerutkan dahi. 

'Ada masalah kah Abang Yusuf?

" Abang, jom lah kita pergi. Nanti merajuk pula anak kita tu." sapa Puan Zulaikha seraya menepuk lembut bahu suaminya.

Tersentak Encik Yusuf dari lamunannya lantas segera mengesat air mata yang masih bersisa di pipinya. 

' Harap Zulaikha tak nampak dan tak tahu apa yang bermain di fikiran aku. Sungguh aku tidak mahu menyakitinya.' Detik hati kecil Encik Yusuf 

Zarina keresahan menunggu kehadiran Papa dan Mamanya itu, entah kali ke berapa dia melihat jam di pergelangan tangannya. Tapi orang yang dinanti tidak jua kelihatan.

' Aduh! kemana pula Papa dan Mama ni.Dah tahu kan perasmian pukul sembilan. Sekarang ni dah lewat empat puluh minit.' dengus Zarina dalam hati

" Rina, lambat lagi ke? tetamu dah ramai tunggu tu. Artis jemputan pun dah sampai. Cuma tunggu kau rasmikan saja tau!" bebel Rosliza sahabat baik Zarina.

" Ala, Liza aku tunggu Mama dan Papa aku la. Kalau diorang dah sampai, baru majlis bermula ok!" kedengaran tegas nada suara Zarina.

Usai Zarina berkata kelihatan kereta Mercedes Benz memasuki lot parking, lalu memarkingkan kereta di sebelah kereta Viva  Zarina.

 " Ha, tu Papa kau dah sampai." Kata Rosliza seraya memuncungkan mulut ke arah Encik Yusuf dan Puan Zulaikha lantas pergi meninggalkan Zarina.

Pantas Zarina berpaling mengikut arah yang ditunjukkan oleh Rosliza tadi. Lantas melemparkan senyuman manis buat insan kesayangannya itu.

" Pa, Ma kenapa lambat ni." Rengek Zarina manja sambil mencium tangan kedua ibu bapanya.

" Mama kamu ni la, make-up mengalahkan artis," kata Encik yusuf sambil menjeling manja isterinya itu.

" Amboi, abang kalau Zu lambat, perli selalu. Kalau kena batang hidung dia kita senyap tak cakap apa pun." Rajuk Puan Zulaikha lantas menarik muncung empat belas.

" Sayang, abang gurau saja." pujuk Encik Yusuf lantas mengenggam tangan isterinya lalu dikucup nya tangan itu.

" Ehemm-eheem. pa, ma nak buat wayang kat rumah nanti ok." Usik Zarina lalu tersenyum kecil.

Kelihatan Athirah dan Rosliza menatang dulang yang dihias cantik. Laluan di pintu utama diikat dengan reben yang berwarna krim karamel. Di tengah-tengah reben  itu pula ada sejambak besar reben yang berbentuk hati. Aaron aziz, Akim Af7 dan juga Stacy dijemput untuk perasmian pembukaan Darina Book Enterprise. Zarina mengambil gunting bereben pink yang dipengang oleh Athirah pada ketika Aaron Aziz sudah pun mengambil gunting bereben dari dulang yang sama.

Sambil sama-sama memengang reben yang sejambak itu, mereka menggunting di kedua-dua hujung. Lantas reben yang baru dipotong itu mereka letakkan di dalam dulang yang di pegang oleh Rosliza.

" Tahniah!" ucap Aaron Aziz lantas melemparkan senyuman manis.

Selesai acara memotong reben, Encik Yusuf membacakan doa dan di aminkan oleh semua yang hadir.  Kemudian para tetamu di hiburkan pula dengan lagu yang disampaikan oleh artis jemputan.

Zarina berpaling saat mendengar Akim dan Stacy berduet menyanyikan lagu 'Tercipta untukku' versi Ungu dan Rossa.

" Wah, romantik nya. Betul-betul macam loving couple la. Sweet nya." Tanpa sedar Zarina memuji keserasian Akim dan juga Stacy.

' Ini yang buatkan aku tiba-tiba rindu dengan Daniel ni. Hu hu.. Sedihnya Daniel pula tiada di sini. Hu hu!' detik hati kecil Zarina

Dari kejauhan kelihatan seorang wanita berusia lingkungan 40-an sedang memerhati tingkah Zarina.

" Sayang, tahniah mama ucapkan buatmu nak. Maafkan mama kerana tidak dapat bersama  meraikan kejayaanmu. Semoga kamu berjaya Dunia dan Akhirat sayang. Ingin sekali mama memelukmu, tapi pasti papa kamu tidak membenarkan ia berlaku."  Fatimah mengesat air mata yang mengalir deras di pipinya.

" Eh, ada kedai buku baru buka lah. Jom kita pergi beli novel." kedengaran suara dua orang gadis berhampiran Fatimah.

" Dik!" seru Fatimah pada kedua-dua gadis itu. Lantas mereka menghentikan langkah pabila mendengar suara seseorang memanggil.

" Mak cik panggil kami ke?" soal gadis itu serentak lalu menoleh ke arah suara yang memanggil mereka tadi.

" Iya, kamu berdua nak pergi kedai baru tu ke?" pantas kedua gadis itu mengangguk.

" Haah, mak cik. Nama saya Widya, yang ni pula kakak saya Winda." ujar gadis yang memakai blouse pink itu.

" Oh. Nama mak cik Fatimah. Begini, sebenarnya makcik nak minta tolong kamu berikan hadiah ni pada gadis yang pakai baju kemeja putih tu. Boleh?" soal Fatimah penuh mengharap.

" Oh, boleh saja." Winda pula bersuara setelah lama berdiam diri

" Terima kasih ya Winda, Widya. Kalian sangat baik."

" Eh, biasa saja lah mak cik. Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum." usai menyambut hadiah dan memberi salam Widya dan Winda melangkah pergi ke Darina Book Enterprise. 


***

" Assalamualaikum. Maaf gangu.Ini ada seorang mak cik titipkan buat kamu." ujar Widya lantas menghulurkan bungkusan hadiah itu.

" Waalaikumsalam, maaf siapa yang bagi ya? mak cik mana satu ni? ramai sangat orang, saya pun tak tahu mak cik mana yang kamu maksudkan." Zarina tersenyum simpul

" Sebentar tadi dia di sana." setelah berkata Widya dan Winda berkata, mereka menunjukkan tempat di mana mereka menemui Fatimah.

Mata Zarina melingas mencari kelibat yang di maksudkan, namun hampa! ' Erm, tak mengapa lah orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa.' getus hati kecil nya.

" Oh,kami pamit dulu ya. Mau lihat novel baru." serentak Widya dan Winda bersuara.

" Silakan, novel dan juga semua jenis buku ada ditingkat atas ya." Zarina melemparkan senyuman gadis comel itu.

Keriuhan di dalam kedai menggamit Zarina menjenguk ke dalam. Sederhana saja kedai nya, tapi cukup menarik kerana warna yang dipilih menenangkan setiap mata yang memandang. Warna hijau pucuk pisang telah Daniel pilih kerana itu warna kegemaran mereka berdua. Kedai dua tingkat miliknya itu sebenarnya adalah gabungan namanya dan juga Daniel. Sengaja Zarina memilih nama gabungan nya dengan Daniel, kerana menurut Daniel itu adalah lambang kasih sayang mereka berdua.

  Setelah melihat keadaan di tingkat bawah dalam keadaan baik-baik sahaja, Zarina bergegas ke tingkat atas untuk melihat situasi sama ada dalam keadaan terkawal atau tidak.

" Rina, ada lagi tak novel Cinta Kontrak dan Seindah Hujan Cinta?" Soal Rosliza yang sedang sibuk melayan customer.

" Yang mana ada pada rak saja yang tinggal. Kalau ada yang tanya lagi minta tinggal no telefon. Andai kata ada stok kita akan call."

" Dik nak cari novel apa? boleh kakak tolong carikan."  Sapa Zarina pada dua orang gadis yang menyapanya tadi.

" Maaf kak. Widya sebenarnya cari novel Cinta Kontrak, tapi puas cari tak juga jumpa novel nya." Zarina melihat riak kehampaan pada wajah gadis yang menggelarkan diri sebagai Widya itu.

" Widya, novel Cinta Kontrak sekarang dah sold out. Tinggalkan no telefon kamu, jika ada stok kami akan menelefon Widya ok."

" Oh. ini no telefon saya kak. Kalau dah ada stok telefon saja. Kalau saya free saya datang. Saya nampak novel Meh Sandar Pada Aku. Tajuk macam menarik." Zarina tersenyum mendengar komen yang keluar dari mulut Widya.

" Memang agak menarik dik. Ramai juga yang beli novel Meh Sandar Pada Aku tadi." Widya hanya mengganguk.

Winda berlalu melilau sekeliling kedai, kemudian mengambil beberapa jenis buku dari pelbagai genre. Setelah puas melilau mencari novel yang diminatinya, Winda melangkah ke arah adiknya Widya.

" Dik, kakak ambil novel Ramlie Awang Mursyid, dengan novel Hezzy Azra." ujar Winda lantas mengunjukkan novel yang dipengangnya.

" Kamu dah dapat belum novel nya?" soal Winda pada adiknya.

" Novelnya tak ada la kak. Mari kita pulang." Zarina hanya melihat kedua-dua gadis itu berlalu.

Sedang Zarina melangkah ke arah Rosliza tiba-tiba dia melanggar sebatang tubuh yang sasa.

' Aduh! sakit nya kepala aku. Konkrit ke apa yang aku langgar tadi.' Zarina bermonolog dalam hati

" Maaf, saudari.Saya tak sengaja. Asyik sangat tengok novel, Tak sedar ada orang belakang saya." Tutur jejaka yang melanggarnya tadi.

' Mak oi! handsome bebenor mamat ni.Eh tak lah. Mana boleh tanding dengan Daniel aku tu. Hu hu." Zarina tersenyum sendirian

Sempat jemari Ryan menangkap gambar Zarina yang sedang tersenyum itu. Cantik. Matanya yang sederhana besar, hidung yang mancung. Bibirnya pula pink kemerahan, pokok nya sempurna sifat la. Tanpa sedar Ryan telah memuji Zarina di dalam hatinya.


' Cantik juga minah ni. Aduh! apasal pula aku ni?Tak kan dah tangkap cintan kot? tak mungkin la. Tak semudah itu untuk aku menerima kehadiran gadis lain selepas Nazira.'

" Err,maafkan saya Encik..." Zarina memecah kesunyian antara mereka.

" Ryan. Nama saya Ryan Irfan." ujar jejaka di hadapan nya itu.

" Maaf kan saya ya Encik Ryan." tutur Zarina sopan.

" Err,dekat sini ada jual novel Cinta Kontrak tak? Dah puas saya cari. Dah banyak kedai yang saya masuk,tapi tetap tak jumpa juga." 

' Hot and spicy betul la novel Cinta Kontrak ni, ramai yang cari. Erk. Cinta pun boleh pakai kontrak juga ke? aku ingatkan zaman sekarang cuma guna istilah kahwin kontrak, rupanya cinta pun boleh pakai kontrak.' getus hati kecil Zarina.

" Cik." Ryan menggawangkan tangannya sambil memetik jari."

Bagaikan baru tersedar dari lamunan lantas Zarina pura-pura menoleh ke arah lain.

" Err, maaf. Encik tanya apa tadi?" soal Zarina setelah lama diam tidak berkutik.

" Saya tanya ada jual novel Cinta Kontrak tak? merata kedai saya cari tp tak jumpa." Zarina mengangguk kan kepala tanda faham.

" Maaf  Encik Ryan, tapi stok kami amat terhad. Novel Cinta kontrak dah kehabisan stok. Macam ni la, kalau betul Encik nak beli, tinggalkan no telefon. Seandainya ada stok pihak kami akan menelefon Encik." ujar Zaina lantas tersenyum.

" Ok, ini no saya kalau dah ada stoknya telefon saya ye Cik.."

" Panggil saja Rina."

" Kalau macam tu Rina panggil saya Ryan ye."

" Rina, tadi Daniel telefon. Katanya kejap lagi sampai la dia." sapa Puan Zulaikha lembut.

" La,lupa pula. Tadi Rina tinggal fon dalam handbag." Ryan tersenyum melihat keakraban dua beranak itu.

Ryan hanya melihat Zarina melangkah meninggalkan nya.

" Oi, dah jom balik. Aku dah jumpa novel Ramli Awang Mursyid." Ryan mengurut dadanya akibat terkejut di sergah oleh sahabatnya Ehsan.

Sedang Ehsan membayar harga novel, Ryan memerhatikan tingkah Zarina. ' Dia tak sama macam Nazira tapi kenapa aku rasa debaran dalam hati aku lebih hebat dari waktu aku bersama Nazira. Apa maknanya semua ni?' Ehsan mengerut dahi pabila melihat Ryan mengeluh.

" Bro, kau ok ke tak ni?" soal Ehsan prihatin akan temannya itu.

" Aku ok je. Kau jangan risau la ye." balas Ryan lantas mengangkat keningnya.

" Pekena roti canai jom. Kau belanja ye. Lagi pun kau tak beli novel kan? Ha ha!

" Hampeh punya kawan. Perabih duit aku kau la yang hantu. Erm, Ehsan kau dengan Ain macam mana? Tak kan tak ada perubahan kot?" Ehsan hanya menggelengkan kepala mendengar soalan cepumas itu.

Ain merupakan kawan sekerja Ehsan, sudah lama Ehsan menyimpan perasaan terhadap Ain. Tapi keegoaan nya membatasi rasa cintanya.

Warung Mamak Ali

" Kau orderkan aku roti tisu ye. Aku nak pergi toilet sekejap. Namun belum pun sempat Ehsan melangkah pergi Ryan memanggil sahabatnya semula. 

"Bro, jangan lupa air kegemaran aku ok." dengan kadar segera Ehsan melangkah pergi meninggalkan Ryan. 

" Mau makan apa Incik?" soal Muthu dengan slanga tamil nya.

" Kasi roti tisu sama teh tarik kurang manis satu.dan saya roti telur, air sama ha." tutur Ehsan dengan selamba badak nya.

" Wokeyy, siap."

' Ish, benci betul la dengan Ezairy tu. Tak apa kau jual mahal dengan aku sekarang. Tapi aku akan pastikan satu hari nanti kau kan melutut pada aku,merayu agar aku tak kan tinggalkan kau.' Nazira tersenyum sungging di hadapan cermin.

Usai melihat wajahnya di cermin segera Nazira keluar dari toilet. Ryan pula sedang asyik melihat gambar Zarina yang ditangkap secara senyap tadi. Dek kerana mahu cepat tanpa sedar Nazira telah melanggar sesusuk tubuh yang agak sasa.

' Aik! Macam kenal je bau perfume ni.tak kan kot?' segera Ryan memanggungkan kepalanya tuk melihat siapa yang dilanggarnya sebentar tadi.

" Err..ryan you..you." Suara Nazira bagaikan tersekat di kerongkong.

" Zira, you apa khabar? sihat?" soal Ryan setelah sedar bahawa dia tidak bermimpi di siang hari. 

Ryan cuba melupakan sengketa antara mereka. Walaupun Nazira pernah menyakiti dan mengkhianati nya satu masa dulu. Senang saja prinsip hidup Ryan, orang jahat tak seharusnya kita balas dengan kejahatan.

" Khabar baik. You sihat? I tengok you makin kurus?" Ryan tersenyum kecil mendengar soalan yang diajukan Nazira.

" I makin kurus? mungkin sebab i sakit. Derita setelah you tinggalkan i Zira. Sampai sekarang i tak tahu adakah tindakan i melepaskan you adalah yang terbaik tuk i. Tapi yang pasti Zira, until now I'm still in love with you and it may be difficult for me to find you a replacement." kedengaran lirih nada suara Ryan.

' Tak pernah kah kau
  sadari aku lah 
  yang kau sakiti'

Ringtone 'Aku Yang Kau sakiti' berkumandang dari telefon bimbit Ryan menyentak hati Nazira. Lantas Ryan menekan punat hijau tuk menjawab panggilan dari Ehsan itu.

' Macam perli aku je.' getus hati kecil Nazira.

" I need to go. My friend are waiting for me. Please take care youself Zira. Assalamualaikum." 

Nazira hanya memandang sayu kelibat Ryan. Bukan nya dia tak cinta tapi hatinya benar-benar terpikat pada Daniel Ezairy. Walau pun Ryan mampu memberi nya segalanya, namun Nazira tidak pernah berasa gembira dan bahagia kerna Ryan tidak pernah menunjukkan sifat romantiknya.

" Kau apa hal lama sangat? Aku ingatkan kau pengsan tadi." Ryan simpati melihat sahabatnya yang sedang kerisauan itu.

" Dah la, yang kau buat muka ayam berak kapur ni apahal? Aku ok saja. Cuma..." Belum sempat Ryan menghabiskan ayat nya Ehsan telah memotong percakapannya itu. 

" Cuma apa?" soal Ehsan tidak sabar. 

' Eh, macam kenal je minah karat tu' Desis hati Ehsan.

" Kau jumpa dengan Nazira ke tadi?" tempelak Ehsan.

Ryan menoleh ke arah yang Nazira yang berdiri tidak jauh dari mereka.

" Ha'ah." Ringkas jawapan ang diberikan oleh Ryan.

 Kedai Darina Book Enterprise

" Rina sayang. Cepat ni buah hati kamu telefon." Jerit Puan Zulaikha pada Zarina yang sibuk melayan Akim dan Stacy.

Zarina berlari kecil ke arah mamanya. Lantas menyambut gangang telefon.

" Assalamualaikum." Kedengaran suara di hujung talian menyapa.

" Waalaikumsalam, Daniel."

" Daniel ada depan kedai Rina ni. Cantik nama kedai ni. Darina Book Enterprise. Terima kasih sayang guna kan nama kita." Gemersik tawa Zarina membuatkan lidah Daniel terkelu.

" Daniel." seru Zarina setelah menamatkan panggilan Daniel.

" Eh, hai. Daniel nak tengok novel."

" Boleh, tapi dah tengok kena beli tau!" seloroh Zarina lantas mengenyitkan mata pada Daniel.

" Ala, Daniel belum gaji lagi la." Giliran Daniel mengusik buah hati.

" Ai, tak kan la model tak ada duit kot." Daniel membuntangkan matanya mendengar usikan Zarina lantas kedua-duanya tertawa sesama sendiri.

" Jom. Tak sabar nak tengok novel ni." Zarina berjalan mendahului Daniel.

Melopong mulut Daniel pabila sampai di tingkas atas iaitu tingkat yang di khaskan untuk pelbagai jenis buku. Termasuk juga buka agama dan Al-Quran.
 
" Eh, Daniel tutup mulut tu..Nanti masuk Cik lat (lalat) kang." Seloroh Rosliza disambut dengan ketawa Zarina.


Daniel menundukkan wajah seketika. Merona kemerahan wajahnya saat diusik sebegitu.

 " Bukan apa Liza, saya terpegun tengok banyak sangat novel." Balas Daniel sambil tersenyum. 

"Rina, Daniel nak beli novel 'Cinta Tak Beralih'. Kawan kata novel tu best." Sambung Daniel dan terus memandang wajah comel Rina.

Usai membeli novel Daniel mengajak Zarina makan di kedai yang berdekatan. Sasaran nya hanyalah Warung Mamak Ali. Sesampai sahaja di Warung Daniel meminta izin untuk ke toilet. Sedang Zarina berjalan menuju ke meja tiba-tiba dia telah melanggar seorang wanita yang tinggi lampai.

" Maaf, saya tak sengaja." Ujar Zarina menahan rasa takut bila melihat wajah bengis di hadapannya.

" You ni jalan tak reti nak tengok orang ke? Mata tu letak kat mana? Kepala lutut ke? Nasib baik telefon i ni tak jatuh, kalau tak i saman you. Lain kali jalan pakai mata la bodoh!" Herdik Nazira dan terus melemparkan kata-kata kesat pada gadis di hadapannya.

Zarina tertunduk menahan tangis. Sebak pabila dimarahi di hadapan khalayak ramai. 

' Mujur daniel ke toilet kalau tak malu habis kalau dia tengok air mata aku. Hu hu!! Getus Zarina dalam hati

Ryan menoleh ketika mendengar riuh-rendah dari meja yang tidak jauh darinya. Tidak berkelip matanya melihat seorang gadis dimarahi teruk oleh Nazira. 

" Oi, kau nak pergi mana?" Tegur Ehsan bila melihat Ryan bangun secara mengejut.

" Kau tengok tu, Nazira marah budak tu. kesian aku tengok. Ehsan jom. Kita tolong gadis tu." Usai berkata Ryan terus menghayun langkah ke arah Nazira.

" Zira, apa you buat ni?" Serius kedengaran suara Ryan.

" You jangan masuk campur la Ryan. Ini urusan i dengan perempuan kampung ni." Kali ini Ryan pula yang menjadi mangsa kemarahan nya.

" You tak boleh marah orang sesuka hati you. Ini tempat awam. Dah jelas-jelas urusan i. I tak kan biarkan you terpekik, terlolong kat sini. Kalau nak menjerit sekali pun you pergi dekat gua.  Dan you boleh jerit sepuas-puasnya." Ryan mengetap gigi menahan geram.

" Memang patut pun Ryan kau putus dengan perempuan mulut puaka ni. Langsung tak pandai nak hormat orang." Ehsan berkata lalu tersenyum sinis.

" You..."

" Nazira, jangan buat perkara bodoh." Daniel merentap tangan Nazira yang ingin menempeleng Ehsan dan melepaskan pergelangan tangan Nazira dengan agak kasar.

Zarina mengesat air mata bila mendengar suara Daniel. Nazira merengus geram dan terus berlalu pergi begitu sahaja pabila Daniel juga memarahinya. 

" Rina, awak okey?" tanya Daniel cemas

" Rina ok la. Jom makan."

Daniel mengucapkan terima kasih pada Ryan juga Ehsan kerna telah membantu Zarina ketika ketiadaan nya. 

" Ok lah, Encik Daniel. Kami pergi dulu." Tutur Ryan sopan.

" Lebih baik kau hati-hati. Perempuan gila tu mungkin akan serang kau lagi. Aku tengok dia macam berdendam dengan kau." Kata-kata itu Ehsan tujukan buat Zarina.

" Baiklah. Terima kasih ye tolong saya tadi." Zarina berkata lantas mengerling ke arah Daniel. Ada satu persoalan yang berlegar di fikiran nya kini.

" No hal la.kami gerak dulu. Assalamualaikum." Serentak Ryan dan Ehsan memberi salam.

" Waalaikumsalam."

3 comments:

nurul nuqman said...

harap sudi tinggalkan jejak anda disini ye..setiap komen amatlah dihargai



^_^

Domi Nisa said...

:)

nurul nuqman said...

Domi senyum tanda pe nye?suke ke?hehe