CERPEN IZZAT IZZATI PART 2










 Sedang Izzati termenung tiba-tibanya ingatannya kembali mengingati kejadian yang berlaku dua tahun lalu dimana dia terlanggar seorang jejaka muda dan seorang lelaki yang agak berusia. Disebabkan kejadian itu jugalah dia terlantar di Hospital kerana koma selama 3 minggu.

Izzati yang gagal mengawal kenderaannya apabila bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan terus saja membelokkan  keretanya kekiri lalu melanggar divider jalan, dia memengang kepala yang terhantuk pada stereng. Izzati mula merasa pening saat melihat darah yang merembes keluar. Lalu Izzati cuba untuk keluar menyelamatkan mangsa yang turut cedera. Dengan langkah terhuyung hayang Izzati mengatur langkah namun dia merasa dunia semakin gelap lalu dia rebah menyembah bumi. Sedar-sedar saja dia sudah pun berada di hospital.

“ Dekat mana ni?” soal Izzati lemah.

“ Jangan banyak bergerak sayang. Zaty dekat Hospital ni,” pujuk ibu Izzati.

“ Bu, macam.. ma.. mana orang yang berlanggar dengan.. Za.. Zaty tu bu? Diorang se..selamat ke?” tanya Izzati dengan susah payah.

Mazlina resah memikirkan jawapan buat soalan anaknya itu. Mazlina menggengam erat  tangan anaknya, seolah memberi kekuatan.

“ Err.. err.. anak muda tu sekarang ni dia..err.. dia koma. Manakala ayahnya  tu ibu..err.. ibu tak tahu. Tak dengar cerita pula. Tapi ada desas- desus mengatakan ayah pemuda tu jatuh kedalam gaung, sama ada hidup atau..err..” Mazlina tidak tergamak meneruskan kata apabila melihat airmata yang mengalir dipipi Izzati.

“ Bu.. Zaty nak..ti..tidur. Zaty pe..penat,” usai berkata Izzati melelapkan matanya.

~*~*~*~*~*

“ Zaty,Zaty.” Salwa menepuk lembut bahu Izzati saat melihat sahabatnya yang jauh mengelamun.

“ Ha, kenapa Sal?” soal Izzati yang baru tersedar dari lamunannya.

“ Kau kenapa ni? Aku panggil berkali-kali tapi kau tak dengar. Macam berkhayal kenapa?” soal Salwa risau melihat Izzati yang seperti ada masalah  besar itu.

“ Err.. aku..aku teringat pasal kemalangan tu. Walaupun dah dua tahun berlalu tapi.. entah la. Sejak kita masuk USM ni kan aku rasa perasaan tu makin kuat. Dan makin lama makin kerap aku dapat mimpi yang sama,” ujar Izzati lalu meraup rambutnya ke belakang.

“ Aku rasa tu semua perasaan kau je. Dah la, jangan fikir tu semua. Jom sarapan. Kau tak ada kelas kan?” soal Salwa seraya mencapai tudung yang disangkut didalam almarinya.

“ Salwa..err.. aku tak tahu macam mana nak cerita.  Takpe  lah sambil kita nak ke cafe  aku cerita k,” janji Izzati seraya mencapai sweater hitam lalu dipakainya kerana cuaca yang agak sejuk pagi itu.
Salwa mengangkat kening tinggi. Salwa perasan sejak akhir-akhir ini sikap Izzati agak berlainan dari sebelumnya. Hatinya sedikit hairan.



“ Er.. Salwa sebenarnya semalam aku ada mimpi. Tentang orang yang sama. Tapi kali ni dia bercakap sesuatu pada aku,” ujar Izzati cuba mengingati mimpinya semalam.

Really? Cakap pasal apa?” tanya Salwa teruja ingin tahu. Apa daa dia pula yang over excited. He he..

“ Dia cakap Zaty jangan tinggalkan saya. Saya sayang awak. Dan yang lebih mengejutkan aku ialah aku nampak wajah dia. Wajahnya saling tak tumpah macam senior kita,” terang Izzati membuatkan Salwa sedikit terkejut.

“ Senior yang mana ni Zaty?” Salwa blurr dengan kenyataan yang baru dinyatakan Izzati.

“ Ala, senior yang selalu sakat dan buli aku tu la.” Salwa cuba mengingati wajah-wajah seniornya, sambil ibu jari dan jari telunjuk diletakkan di dagu, seolah memikirkan masalah berat.

“ Ha, Izzat Farish tu ke?” tebak  Salwa seraya memetik jari.

“ Yup! Taupun kau. Dah la aku tak suka cakap dia. Buat sakit hati je,” ujar Izzati sambil membuat memek muka menyampah.

Sedang asyik berborak dengan Salwa tiba-tiba seseorang telah melanggar bahu Izzati. Hampir saja terjatuh Izzati. Mujur sempat Salwa menyambut tubuhnya jika tidak sia-sia cium lantai cafe.

“ Eh, Abang Daus. Maaf ya,” tutur Izzati sopan.

Takpe, salah Abang juga. Err.. takde kelas ke? Kalau takde meh teman Abang makan. Si Izz tu awal lagi ada kelas,” ujar Firdaus tanpa dipinta.

‘ Fuh! Lega aku mamat sinis tu tak ada kat sini. Kalau tak menyakitkan hati je. Tapi.. aku nak tanya sikit lah tentang Izzat poyo tu. Tapi nak tanya macam mana ye? Ah! Bedal tanya je la,’ dengus hati kecil Izzati.

“ Err.. Abang Daus boleh tak kalau Zaty nak tanya sesuatu tentang Izzat?” soal  Izzati setelah lama berjeda.

Firdaus hairan mendengar pertanyataan Izzati. Hairan kerana tidak pernah Izzati bertanyakan perihal Izzat. Namun dia cuba mengawal riak wajahnya.

“ Err.. kenapa? Apa yang  Zaty nak tanya?” soalan berbalas soalan.

“ Izzat pernah terlibat dengan kemalangan tak?” Firdaus tersentak mendengar soalan Izzati.

“ Err. Pernah. Dua tahun lepas. Alhamdulillah Izzat selamat. Cuma…”

“ Cuma apa?” cepat-cepat Izzati memotong bicara Firdaus.

“ Sampai sekarang polis masih juga tidak berjumpa dengan ayah Izzat. Dan lagi satu Izzat pernah cakap pada Abang, yang dia rasa dekat sangat dengan Ustaz Fahmi. Penceramah jemputan waktu orentasi tu. Izzat kata lagi, saat dia tatap wajah Ustaz Fahmi hatinya rasa tenang, seolah bila dia pandang wajah Ustaz Fahmi dia terasa bagaikan sedang memandang wajah ayahnya,” ujar Firdaus panjang lebar.

Izzati tergamam mendengar ayat terakhir yang diucapkan Firdaus. Tiba-tiba hatinya merasa bersalah kerana telah meragut nyawa insan yang disayangi Izzat.

“ Zaty kau ok?” soal salwa apabila melihat Izzati yang seperti ingin mengalirkan airmatanya.




Izzat yang baru ingin melangkah masuk  cafe membatalkan hasratnya apabila melihat Izzati dan sahabatnya Firdaus sedang berbual mesra. Lantas dengan perasaan yang membara dia mengatur langkah keluar. Fazura yang melihat hanya tersenyum sinis. Lantas dia mengekori Izzat.

“ Argh! Kurang ajar kau Daus. Aku tak sangka kau macam ni,” berang Izzat.

“ You kenapa ni sayang? Janganlah marah-marah macam ni,” tutur Fazura lalu dipaut lengan Izzat.

Izzat yang sedia berang bertambah-tambah kemarahannya, lalu dilepaskan kemarahannya pada Fazura yang tidak habis-habis ingin menggodanya itu.

“ Kau apahal? Lepaskan aku. Serabut. Kau ni memang tak malu ye. Terhegeh-hegeh,” sinis bicara Izzat.

“ Izzat, you ni betul-betul melampau. Takkan sebab perempuan tu you sanggup kata macam tu  pada i. Come on la, dah terang-terang perempuan tu dengan Daus. You buka la mata you tu sikit. Kadang I hairan, you tak pernah nak layan atau emo sebabkan perempuan. Tapi dengan dia, huh! Entah-entah dia dah guna-gunakan you tak?” Fazura merasa puas dapat menyindir sekaligus menghasut Izzat.

“ Kau jangan nak tuduh-tuduh. Izzati bukan macam tu.” Suara Izzat naik satu oktaf.
Fazura mengetap bibir geram. Sungguh dia makin membenci Izzati. Lantas Fazura tersenyum sinis sebelum berlalu meninggalkan Izzat.

‘ Izzati jaga kau. Aku takkan berdiam diri. Huh! Dasar perempuan murahan!’ dengus Fazura seraya tersenyum memikirkan idea jahatnya.

~*~*~*~*~*~*~*

“ Beb, aku tengok Abang Izz tu macam suka je dekat kau,” ujar Liana akan sikap Izzat yang berlainan apabila berhadapan dengan sahabatnya itu.

Izzati tersenyum sinis mendengar teori kurang bijak Liana. Hati di dalam sudah hilang rentaknya. Sedikit sebanyak dia resah apabila memikirkan sikap Izzat yang sejak akhir-akhir ini yang selalu memaksanya untuk mengikut kehendaknya.

‘ Gurlp! Minta simpanglah mamat sengal tu suka aku. Huh! Kalau Abang Daus tak apalah juga. Ya ALLAH moga saja telahan Liana itu tidak benar.’ Izzati menitipkan doa pada Yang Maha Esa.

“ Eheem!” Izzati dan rakan-rakannya menoleh kearah suara deheman itu.

“ Boleh Abang Izz pinjam Zaty sekejap? Ada hal sikit,” pinta Izzat penuh mengharap.

“ Boleh, tapi jangan sakiti atau buli dia ok!” Amanina memberi amaran.

Izzat meloretkan senyuman. Matanya mengantar isyarat pada Izzati ‘ jaga kau’. Lantas Izzati mengekori langkah Izzat ke taman. Izzati membetulkan duduk. Terasa kebas punggungnya apabila terlalu lama duduk diatas bangku kayu itu. Izzati kian merasa resah akan sikap membisu Izzat. Baru saja dia ingin beredar pergi tiba-tiba dia duduk kembali setelah mendengar suara emas Izzat. Ceh! Emas la sangat. Hu hu..

“ Apa hal kau jumpa Daus pagi tadi?” soal Izzat serius tanpa memandang wajah Izzati.

‘ Ek eleh, mamat ni. Dah kenapa nak tau pasal aku?’ omel hati kecil Izzati.

“ Kenapa awak sibuk tanya? Tak ada kaitan pun dengan awak,” sinis Izzati bersahaja.

‘ Masalahnya sekarang ni, aku tak tak suka kau rapat dengan Daus atau mana-mana lelaki. Kau faham tak?’ jerit batin Izzat.

“ Aku tanya tu jawab la. Izzat mendongkol geram akan sikap main tarik tali Izzati.

‘Uit! Jangan cakap mamat ni cemburu. Mamat takde perasaan ni cemburu? Ya ALLAH lindungilah aku dari jatuh cinta dengan mamat sinis disebelahku ini.’ Izzati menggumam didalam hati.

“ Aku punya soalan kau tak jawab lagi. Hal mustahak apa sampai perlu jumpa Daus?” desak Izzat lagi. Izzati merasakan ada nada cemburu pada nada Izzat itu. Namun dia tidak mahu memikirkan bukan-bukan.

“ Saja, tanya khabar. Tak boleh?” bohong Izzati. Mati dia kalau Izzat tahu apa yang dibualkannya dengan Firdaus.

Allah Huakbar Allah huakbar

Izzat mematikan kata sebaik mendengar sayup suara azan. Lantas dia mengajak Izzati untuk mengerjakan solat Zuhur.

“ Jomlah kita solat,” ajak Izzat.

“ Tapi saya.. err.. saya..” Izzati tidak dapat meneruskan kata. Malu menyelubungi diri.

“ Apahal? Oo.. kau.. err.. bendera merah ke?” soal Izzat seolah dapat membaca fikiran Izzati.

“ Ya, awak pergi lah solat,” tutur Izzati seraya tunduk menekur tanah. Malu, apabila Izzat dapat meneka apa yang ada fikirannya saat itu.

“ Aku tak kira, kau kena ikut aku juga.” Tegas Izzat.

Izzati membulatkan mata. Terasa ingin diketuk sahaja kepala Izzat biar wayar yang terputus tu betul sikit. Hu hu..

“ Awak ni salah makan ubat erk? Saya ni tengah bendera merah mana boleh temankan awak.” Marah Izzati akan sikap memaksa Izzat.

“ Kau ikut tapi tunggu je la aku dekat luar, ada faham? Dah, jom. Jangan banyak soal. Sebelum aku tarik tangan kau, baik kau ikut aku. Cepat!” arah Izzat. Izzati merengus kasar akan sikap memaksa Izzat itu.

‘ Macam la dia tu suami aku nak paksa-paksa. Ei, bencinya aku. Kalau lah aku ada kuasa macam Harry Potter tu nak aja aku ghaibkan diri jadi halimunan. Huh! Dasar Izzat sengal,’ gerutu Izzati Dalam hati je mana berani nak cakap depan, silap hari bulan ada yang masuk Hospital dek kena belasah si Izzat.

“ Kau tak payah nak umpat aku dalam hati. Ingat aku tak tau. Dah, jalan cepat sikit boleh tak? Terhegeh-hegeh,” perli Izzat selamba.

“ Eh, awak ni kan. Dah la suruh teman, lepas tu selamba je nak kutuk-kutuk kan?” omel Izzati. Geram.

“ Lebih baik cakap depan dari aku kutuk-kutuk dalam hati kan?” selamba Izzat mengenakan Izzati.

Izzati mengetap bibir, geram akan sikap Izzat yang ego, sinis dan berlagak tu. Terasa ingin saja diketuk-ketuk kepala Izzat namun akal warasnya tidak membenarkan dia melakukan demikian. Izzat menyuruh Izzati menunggunya di ruang untuk bersantai. Sempat dia memberi amaran keras agar Izzati tidak kemana-mana.

“ Ni, kau pegang handphone aku. Dan lagi satu jangan kau berani pergi mana-mana. Kalau kau gerak walau satu inci tahulah nasib kau!” izzat memberi amaran keras.

“ Sengal. Nak solat pun ajak kita. Dah la suka mengugut. Kalau aku boleh solat tak apalah juga. Ni kita tengah ABC pun diajaknya. Sewel.” Omel Izzati setelah memastikan kelibat Izzat hilang dari pandangan.

“ Huh! Jangan harap kau boleh lari dari aku. Dan aku tak akan biarkan Firdaus rapat dengan kau lagi. Nur Izzati Syah kau betul-betul buat aku jadi gila.” Setelah berwudhu Izzat perhatikan Izzati. Sekadar ingin memastikan bahawa gadis itu setia menanti seperti arahannya. Melihatkan Izzati yang bermasam muka menunggunya itu membuatkan dia tersenyum.


Lama Izzat berteleku di atas tikar sejadah untuk mengadu nasib pada Yang Maha Esa. Sementara jemaah yang lain sudahpun beransur pulang.

“ Ya ALLAH, ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Haramkan wajah ibu dan bapaku dari dijilat api neraka-MU. Ya ALLAH sesungguhnya hanya pada-MU tempa kami bergantung harap. Ya ALLAH be..berikanlah aku satu peluang ya ALLAH, walaupun cuma sekali berikanlah aku peluang Ya ALLAH. Sesungguhnya aku sangat merindui ayahku. Namun aku tidak tahu bagaimana untuk aku mencarinya. Ya ALLAH andainya aku jatuh cinta satu hari nanti benihkan cintaku pada orang yang melabuhkan cintanya pada-MU agar cintaku terhadap-MU lebih kuat. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” adu Izzat pada Yang Maha Esa  seraya mengesat airmatanya.

  Izzati resah menanti. Terasa ingin saja kakinya melangkah pergi meninggalkan Izzat namun apabila 
mengenangkan ugutan jejaka ego itu dia membatalkan niatnya.

“ Ei, lambat betul la. Sibuk nak ajak orang teman Aku pula tunggu dekat sini macam tunggul kayu.” Rungut Izzati.

Izzati mengambil keputusan untuk mencari Izzat di ruangan solat lelaki, apabila kakinya kian menghampiri ruang solat itu tiba-tiba kakinya berhenti melangkah saat terdengar suara sayup seseorang menitipkan doa. Lantas Izzati mengintai lagi, dia menekup mulutnya saat melihat airmata yang mengalir di pipi Izzat.

‘ Biar betul? Tak mungkin. Tak mungkin dia yang aku langgar dulu,”  desis hai kecil Izzati.

Usai melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi Izzat mengatur langkah untuk keluar, namun saat matanya terpandang Izzati yag berada di ruangan solat itu dia mula merasa hairan.

“ Kau bu.. buat apa kat sini?” soal Izzat cuak.

“ Panas dekat bawah. Lagipun lama sangat tunggu. Dah la jom,” segera Izzati mereka alasan. Tidak mahu Izzat tahu bahawa dia ada terdengar doa Izzat tadi.

“ Jom, kita ke cafe.” Ajak Izzat namun riak wajahnya serius.

“ Tak nak. Awak bukan tak tahu jalan kat sini? Buat apa sampai nak teman segala kan?” sinis Izzati.

“ Aku cakap ikut, ikut je la!” suara Izzat naik satu oktaf.

Izzati merengus geram. Sungguh bertambah kebenciaan nya terhadap Izzat Farish  itu.

‘ Malangnya siapa jadi bini Izzat ni. Asyik kena tengking je, yang pasti bukan akulah,’ gumam hati kecil Izzaty.

“ Nur Izzaty Syah, apa tunggu lagi? Cepatlah!” gesa Izzat seraya mengetap gigi.

“ Yalah, tak menyempat betul. Cuba la bawa bersabar sikit. Dasar Mr. Hitler,” sungut Izzati.

“ Apa kau panggil aku? Hitler erk? It’s ok, minah kepoh,” bulat mata Izzati mendengar ayat terakhir Izzat. Spontan tangannya menaolak kasar tubuh Izzat agar jauh darinya.

  Izzat hanya tersenyum melihat wajah cemberut Izzati. Sampai saja di cafe terus saja Izzat memesan makanan buat dirinya dan Izzati. Setelah itu mereka duduk di kerusi yang masih kosong. Izzat berkira-kira untuk bertanyakan peribadi Izzati. Khuatir diaanggap penyibuk dia mula berbicara kisah hidupnya.

“ Eheemm, err.. aku nak cerita sikit. Sama ada kau sudi dengar atau tidak aku tetap akan cerita.”  Izzat memulakan bicara.

Izzati menjongketkan kening sebelah. Sedikit hairan apabila Izzat tanpa silu ingin bicara kisah hidupnya tanpa dipinta itu. Ha ha..

“ Kisah aku ni taklah sebagus mana. Aku anak tunggal. Aku tinggal dengan mama dan juga pembantu rumah aku. Aku dulu pernah kemalangan dengan ayah aku. Dan disebabkan kemalangan tu aku koma. Sementara tu ayah.. ayah aku tak ada khabar berita sampai sekarang.” Izzati bagaikan tidak percaya mendengar kisah Izzat. Bagai ingin putus nyawanya saat itu.

“ Err.. awak.. awak kemalangan dah lama ke?” soal Izzati teragak-agak.

“ Dah dua tahun. Aku cari- cari juga budak perempuan tu,” ujar Izzati seraya menyedut air Neslo aisnya.

“ Err.. awak kemalangan dimana? Jam berapa? Dan err.. awak pakai kereta apa waktu tu? Kenapa awak nak cari budak yang langgar awak tu?” soal Izzati bertalu-talu.

“ Selagi aku tak jumpa ayah aku, hati aku takkan tenang. Disebabkan budaak tu lah ayah aku hilang tanpa jejak. Tapi, sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpi pasal budak tu. Muka dia..” Izzat terdiam seketika. Takut untuk meluahkan apa yang bermain di fikirannya.

“ Muka dia?” tanya Izzati tidak sabar.

‘Jangan cakap muka dia macam aku.’ Desis Izzati khuatir jika benar telahannya.

Izzat mengerutkan wajah. Lalu diamati wajah Izzati. Tiba-tiba perasaan aneh meresapi dirinya. Terasa semakin dipandang wajah itu, semakin sayang. Namun keegoannya mengatasi sengala macam hal.

‘ Kenapa aku rasa aku makin dekat dengan Zaty erk? Aduh! Parah ni. Tak mungkin aku suka dia. Tapi kenapa perlu ada cemburu bila melihat Zaty berbual mesra dengan Daus? Dan, oh ya. Wajah Zaty sama macam budak yang selalu aku mimpi tu, Ya ALLAH apakah maknanya semua ini?’ Izzat merasa resah mendengar suara hatinya bertingkah.

“ Awak.. hei! Berangan pula. Ingatkan Fazura Gedik tu ke?” sengaja Izzati menekan nama Fazura ingin melihat reaksi Izzat.

“ Astaghfirullah-alazim, tak ada masa nak fikirkan Fazura. Ha, tadi kau tanya aku kemalangan di mana kan? Aku kemalangan di jalan Genting Highland, dengan mama, ayah. Mama Alhamdulillah tak ada apa. Tapi tu lah macam aku cakapkan, ayah je yang masih tak tahu berita. Entah kan hidup, entahkan meninggal. Wallaahualam.” Suara Izzat perlahan lantas mengesat air mata yang bergenang di kelopak mata.

Izzati menelan liurnya. Di tempat itu lah dia kemalangan, dan hampir meragut nyawanya. Dia berfikir ingin berterus-terang akan cerita yang sebenar.

“ Eh, asyik cerita pasal aku je, cerita la pasal kau pula, tentang mak dan ayah kau,” ujar Izzati seraya tersenyum manis pada Izzati.

Izzati terbatuk kecil apabila melihat senyuman Izzat tu. Hati didalam mula hilang rentak. Ingin saja dia menyorokkan wajah yang dah berinci-inci tebalnya. Lalu dia mengubah topik. Tidak selesa andai perihal peribadi di ceritakan pada orang lain selain rakannya.

“ Err.. tadi awak kata kemalangan di Jalan Genting Highland kan? Err.. kalau.. ni saya kata kalau. Awak jumpa budak yang laggar awak tu apa yang awak akan buat?” Izzat mendengus kasar. Geram apabila Izzati mengubah topik yang disoalnya tadi.


“ Kalau aku jawab soalan kau, aku nak kau pun jawab soalan aku. Boleh?” desak Izzat seraya tersenyum nakal.

‘ Hampeh betul Izzat ni, Huh!’ dengus Izzati.

“ Ok, saya pun anak tunggal. Err.. saya.. ayah saya dah meninggal waktu saya berumur 5 bulan lagi. Kata ibu ayah saya menghidap kanser hati.” Izzati menundukkan wajah. Tidak mahu Izzat mengesan riak kesedihannya.

“ Maaf, kalau aku buat kau sedih. Ok, kalau aku jumpa budak tu, tapi masih juga aku tak jumpa ayah aku selagi itu aku takkan maafkan dia. Tapi seandainya aku jumpa budak tu, dan dalam masa yang sama ALLAH pertemukan semula aku dan ayah aku, aku akan ambil keputusan untuk menikahi dia. Kerana dalam mimpi aku tu sering kali aku melihat kebahagiaan terpancar pada wajah aku dan juga budak itu,” ujar Izzat panjang lebar.

“ Ada sesuatu yang saya nak terus-terang dengan awak. Tapi harap awak tenang dan sabar. Saya.. saya..” Izzati beristighfar sebelum meneruskan katanya.

“ Kenapa ni? Apa yang susah sangat nak beritahu?” soal Izzat tidak puas hati.

“ Err.. saya pun pernah kemalangan dengan sebuah kereta Lambhorghini. Err.. juga di Jalan Genting Highland. Waktu tu saya err.. saya bawa kereta Alza, warna ungu. Saya koma selepas kemalangan tu. Dan saya juga sering termimpi lelaki itu sejak kemalangan yang hampi meragut nyawa saya. Tapi.. err.. ayah lelaki tu masih tidak ditemui lagi. Dan saya rasa awk adalah lelaki itu. Benarkah? Benar awak bawa kereta Lambhorghini semasa kejadian?” soal Izzati inginkan kepastian.

Wajah Izzat berubah merah, seakan ingin meletuskan gunung berapi. Lantas dia merapati wajah Izzati seraya memberi amaran keras.

“ Aku takkan maafkan kau selagi aku tak tahu tentang ayah aku. Dan aku takkan lepaskan kau Zaty. Assalamualaikum,” usai berkata Izzat bingkas meninggalkan Izzati yang menangis tanpa silu itu.

Izzati mencapai telefon bimbit untuk menghubungi ibunya. Lantas nama ibunya dipilih. Sambil menunggu panggilannya berjawab dia berdoa agar ALLAH melembutkan hati Izzat untuk memaafkannya.

“ Assalamualaikum bu,” sapa Izzati lantas dikawal suaranya agar tidak ketara bahawa dia sedang menangis.

“ Waalaikumsalam, Zaty. Bila nak balik cuti? Ibu rindu anak ibu ni,” tutur Mazlina sebak.

“ Bu, Zaty dah jumpa bu. Zaty jumpa dia,” ujar Izzati bersama sendu yang tidak tertahan lagi.

“ Jumpa siapa?”

“ Zaty jumpa lelaki yang pernah Zaty terlanggar dulu bu. Dia senior Zaty. Bu Zaty.. rasa.. bersalah sangat bu. Sampai sekarang ayah Izzat masih lagi belum ditemui. Bu..” Izzati tidak dapat hendak menghabiskan ayatnya dek sendu yang kian menghimpit hati.

“ Ya ALLAH, dah tu sekarang macam mana? Zaty dah terus terang? Dia maafkan?” soal Mazlina.

“ Izzat takkan maafkan Zaty selagi ayahnya belum dijumpai bu,” tutur Izzati lagi.


P/s = Apa yang jadi erk? Ingin tahu selanjutnya? Insyaalah akan menyusul IZZAT IZZATI part 3  enjoy reading..
 agak-agak ayah izzat msh hidup tak...tunggu ye :)

6 comments:

Nurul Akira Abd.Rahman said...

Izzat ni jeles dgn firdaus,izzati plak jadi mangsa dia..akak cepat2 sambung, nak tau kisah seterusnya..dah x sabar ni..hehe

nurul nuqman said...

insyaALLAH tq sukakan cite IZZAT IZZATI :) jutaan terima kasih akk ucapkan :*

Domi Nisa said...

nice akk weed..cuma nk tegur ke & di kena jauh mungkin typo kot :)

nurul nuqman said...

err..tu dialog sape ye domi? n kat mana? terlepaspandang mungkin tq :)

nuraain said...

wa...... sian zaty..... cpt2 lah izzat jumpa ayah dia..... huhu ... tapi citer ni best >.< x sabar nk tau smbungan

nurul nuqman said...

sian kan? hehehe. xpe nanti n3 seterusnya kite siksa izzat lelebih erk...kite wat dia siksa sbb wat zaty gtu.huhu..

tq nuraain sudi singgah komen.