SELALU MILIKMU (NUQMAN)




Taman Kinrara




" Makanlah, Ziq, Ziqa," pelawa Qawiem.

Qaseh tersenyum pada tetamu yang hadir. Tidak menyangka majlis kecil-kecilan itu akan mendapat sambutan jua.  Dengan tema ala-ala Prince and Princess tetamu yang hadir juga turut sama memeriahkan dengan memakai mengikut tema.

Haziq menyeluk kocek seluar untuk mengeluarkan HTC. Melihatkan nama Nuqman yang tertera segera diangkatnya panggilan itu.

HAZIQ NAUFAL



" Hello, bro. What's up? Kau dekat mana?" Haziq terus menyoal tanpa sempat Nuqman mencelah.

" Aku.. err.. aku kat Hospital. Kau kat mana ni? Dekat majlis hari jadi Irfan ke?" soal Nuqman. Nadanya jelas seperti sedang kegelisahan.

" Ha'ah. Beb kau ok ke ni? Macam gelisah je?" tanya Haziq, risau mendengar suara Nuqman yang seperti baru lepas kehilangan isteri je.

Lantas Haziq mengusir ingatan jahat yang bermain dimindanya itu. Dalam hati berdoa agar isteri Nuqman itu selamat.

" Aku nak minta  tolong kau. Kawan-kawan yang lain. Beb! Aku takut. Aku.. aku.." Nuqman tidak dapat hendak menghabiskan katanya, sebak mula mengusai diri.

" Beb! Kau kenapa ni? Cuba cakap dekat aku," Ziqa menghampiri Haziq saat melihat wajah Haziq yang agak tegang itu.

" Bro, apasal suara kau cemas semacam ni? Cuba bawa bertenang. Cerita dekat aku dengan tenang. Apa masalah kau ni? Tadi kau kata kau dekat Hospital?" soal Haziq serabut memikirkan apa jua masalah yang dihadapi sahabatnya itu.

Nuqman keresahan, tidak dapat hendak menenangkan hatinya, dia mundar-mandir sedari tadi. Di dalam hati sempat berdoa agar ALLAH menyelamatkan isteri dan jua anak di dalam kandungan isterinya itu. Sekejap-sekejap Nuqman menoleh ke arah pintu bilik Dewan Bedah itu, sehinggakan terlupa bahawa Haziq masih di talian. Lalu dia menyambung kata-katanya.

" Bro, aku kat HKL.. isteri.. isteri..aku.. bro.. Nurul.." suara Nuqman sudah mula bergetar.


Haziq dah serabut dengar suara nuqman. huhu





" Ya ALLAH, serabut aku dengar suara kau macam ni. Risau aku. Kenapa ni bro?" tanya Haziq cuba menenangkan Nuqman.

Semua yang ada di Majlis Hari Jadi Irfan mula  menghidu sesuatu yang tidak baik, lalu dikeremuni Haziq untuk bertanya lebih lanjut.

" Nuq, kau dah telefon ayah Nurul?" Haziq menyoal lagi.

" Dah, tapi kan mak dan ayah Nurul di Mekah. Mereka kan buat Umrah sekarang. Ziq, isteri aku..isteri aku Ziq.. Nurul Ziq..dia.. dia.. aku.... risau.. dia..aku takut..takut kehilangan dia." suara nuqman seraya mengesat airmata yang mengalir dipipi.

" Ya ALLAH, cuba bawa mengucap Nuqman. Kau jangan kecutkan perut aku. Ce bawa bertenang, istighfar dulu," pujuk Haziq apabila mendengar esakan kecil Nuqman.

" Kau dekat HKL kan? Aku dan yang lain-lain pergi sana sekarang," ujar Haziq seraya mengarahkan sahabatnya agar mengikuti dia.


Nuqman tersentak apabila pintu bilik bedah terbuka. Meluru dia mendapatkan Doktor tanpa mematikan talian telefon. 

" Boleh saya tahu siapa suami Puan Nurul?" tanya Doktor Tania seperti yang tertera di tanda namanya.

 
Nuqman



" Saya suaminya Nuqman. Kenapa Doktor? Ada yang tak kena ke?" soal Nuqman agak cemas.
 
 
" Begini Encik, kami mahu minta keizinan dari Encik Nuqman untuk melakukan caesarean bagi menyelamatkan bayi di dalam kandungannya daripada lemas."ujar Doktor Tania lembut.

" ALLAH, selamatkan isteri dan anakku, hanya itu ku pinta ya ALLAH," sempat Nuqman menitipkan doa sebelum menurunkan tandatangan di atas kertas yang dihulurkan Doktor Tania itu.

************

" Ziq, apa yang jadi sebenarnya ni? Sampai kalut benar aku tengok?" soal Amran hairan.

" Nurul dah nak bersalin tapi macam ada problem je. Risau aku," tutur Haziq seraya dalam hati tidak berhenti bezikir.





ZIQA ARYSSA

 " Abang bawa laju sikit," arah Ziqa Aryssa pada suaminya.

" Ya sayang, tapi abang nak kena hati-hati juga. Takut nanti kita pula masuk Hospital," dalam serius Haziq cuba membuat jenaka untuk mengusir segala pemikiran yang tidak baik di benaknya.

" Ish! Kau ni mulut. Aku sepak juga kang. Bawa la laju sikit, tapi dalam erti kata lain dengan berhemah. Ada faham?" serius nada yang Amran lontarkan.


" Sudahlah, yang penting sekarang ni kita doakan je agar Nurul selamat. Itu lebih penting kan?" Alia cuba menenangkan keadaan yang agak tegang itu.

Masuk saja ke perkarangan HKL segera Haziq meliarkan matanya mencari ruang parking. Haziq berdecit setelah melihat tida ruang parking kosong. Namun apabila dia melihatkan kereta Mercedes Benz Hitam itu mengundurkan kereta untuk berlalu lincah saja tangannya menukar signal ke kanan untuk mengambil ruang yang ditinggalkan kereta mewah itu tadi. Usai memarkingkan kereta mereka tidak segera naik, sebaliknya mereka menunggu kelibat Qawiem dan juga Qaseh yang naik kereta berasingan. Setelah terlihat kelibat Qawiem dan juga isterinya segera mereka masuk ke pintu masuk  HKL.

"Nuqman, kau kat mana?" soal Qawiem.

" Aku kat dewan bedah. Cepat sikit. Aku perlukan korang," sayu kedengaran suara Nuqman.

" Ok, jangan risau. Isteri kau akan selamat," pujuk Qawiem, sekadar menyedapkan hati yang keresahan.

Sambil menunggu sahabatnya sampai Nuqman ke hulu ke hilir. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Perasaan takut menguasai diri. Jika diberi pilihan dia lebih rela kehilangan anak dari kehilangan isteri tercinta. Dia lebih rela begitu asalkan isterinya sentiasa disisi.

" Nuqman." pantas Nuqman mendapatkan sahabatnya lalu didakap tubuh Haziq erat. Tanpa silu dia menangis di bahu Haziq. 

" Isteri aku bro. Dulu aku dah kehilangan anak kedua kami. Dulu.. err.. dulu Nurul gugur. Sebab tu sekarang ni ada masalah sikit. komplikasi," nuqman berkata setelah meleraikan pelukannya.

Haziq menarik Nuqman agar duduk seraya menenangkan hati Nuqman yang kegelisahan. Macam kucing hilang anak saja. He he.


" Relax, aku percaya bahawa ALLAH itu Adil. ALLAH nak uji kau Nuqman. Kau sabar lah ya. Kau orang yang terpilih untuk menerima ujian ALLAH." Nuqman terpaku mendengar nasihat yang keluar dari bibir Haziq.

Uwekk! Uwekk!

Nuqman bingkas bangun dari duduknya lalu segera dia menerpa ke arah Doktor Tania yang tersenyum padanya.

" Tahniah Encik Nuqman. Baby twins. Sepasang, sebentar lagi nurse akan bersihkan bayi kemudian boleh lah Encik azan dan iqamatkan bayi comel Encik," ujar Doktor Tania seraya tersenyum melihat riak kegembiraan yang jelas terpamer di wajah suami pesakitnya.

" Alhamdulillah, terima kasih Doktor." ucap Nuqman ikhlas.

" Berterima kasih dan bersyukurlah pada ALLAH kerana Dia lah yang makbulkan doa Encik, saya pergi dulu. Assalamualaikum." Nuqman tersipu mali mendengar kata-kata Doktor muda itu.

" Aku nak pergi solat kejap. Tunggu ye. Ada apa-apa hal beritahu ya," ujar Nuqman sambil senyum tidak lekang dari bibir.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


" Abang, ingatkan siapa? Jauh termenung." Nuqman tersentak, serta merta lamunannya terhenti begitu saja.

" Mana ada ingatkan siapa pun. Cuma teringat saat genting sayang nak lahirkan si kembar tu,"

" Terima kasih bang, kerana sudi menyayangi sayang, dan terima kasih juga kerana memberikan sayang 3 orang anak yang comel-comel." Nuqman tersengih nakal.

" Err.. kalau boleh kan abang nak tambah anak, biar jadi team bola sepak ke futsal ke," seloroh Nuqman segera Nurul mencubit manja lengan suaminya itu.

" Abang, ingat sayang ni kilang anak ke apa?" ujatr Nurul sebelum sama-sama ketawa.

Nuqman memeluk erat isterinya. Sesungguhnya isteri dan anak-anaklah sumber kekuatannya kini. Tanpa mereka yang disayangi hidupnya tiada erti.

" Sayang," bisik Nuqman lembut di telinga Nurul.

" Erm," Nurul hanya menggumam.




NURUL




" Sayang,, sesungguhnya diri ini akan selalu menjadi milikmu, buat selamanya. Insya-ALLAH," Nurul menatap seraut wajah Nuqman lalu dikucup lembut pipi Nuqman sebagai tanda cintanya pada si suami.

Hariz-anak pertama
Haiza-anak kedua(kembar)
Hairy-anak ketiga(kembar)

No comments: