TEASER KASIH JANGAN PERGI








ELFIRA melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Dari masa mereka menjejakkan kaki ke restoran itu sampailah sekarang Afif masih juga berkeadaan begitu. Diam membisu. Dia mula merasa bosan. Kadang-kadang dia rasa Afif sengaja ingin menguji kesabarannya. Air yang dipesan Afif juga tidak luak walaupun sedikit. Haih! Dia sudah ketandusan kata-katanya.

Dia menarik tangan Afif. Digenggamnya lembut. Namun dia merasa hairan apabila Afif menarik tangan dari genggamannya itu. Dia sudah mula tidak sedap hati. Apakah Afif sudah mula jatuh cinta pada wanita lain? Apakah Ariana gadis itu? Ah! Kalau benarlah Afif jatuh cinta, biarlah pada wanita lain. Kerana dia tidak akan sesekali menyerah kalah pada gadis tomboi seperti Ariana itu. Huh!

“Awak kenapa? Dah dekat satu jam kita dekat sini. Tapi awak masih juga tidak bersuara. Afif, what wrong with you? Tell me. Saya rindu nak dengar suara awak,” rayu Elfira seraya mencari tangan Afif. Setelah itu dia menggenggam erat jemari lelaki itu. Biar apa nak jadi pun jadilah. Kerana apa yang dia tahu kini dia sangat merindui lelaki itu.

“Natalie Elfira tolonglah jangan pegang tangan saya macam ni. Tak manis orang tengok,” tegur Afif perlahan.

“Boleh pun awak bersuara. Ingatkan dah bisu,” sinis Elfira. Hatinya merasa sakit apabila lelaki itu menegur akan perbuatannya tadi.

Afif hanya mengeluh. Air teh o’ ais yang telah cair itu disedutnya perlahan. Entah mengapa hatinya sarat merindui Ariana. Sedangkan baru satu jam mereka berpisah. Ah! Rindu benar aku pada Ary.

“Afif! Awak dengar ke tak ni?” Afif tersentak saat Elfira menepuk kuat tangannya. Adui! Ni lagi satu masalah. Huh!

“Awak kenapa Fira? Apa yang awak nak? Awak tak puas hati apa dengan saya?” tanya Afif acuh tak acuh saja. Sejujurnya hatinya mulai bosan dengan sikap Elfira yang asyik inginkan perhatian 24 jam. Rimas weh!

“Kenapa awak tanya? Berpuluh-puluh kali saya telefon. Berpuluh-puluh kali saya mesej ada awak balas? Heh! Satu pun awak tak balas. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahulah,” sinis Elfira seraya berpeluk tubuh. Geram hatinya tika ini. Afif seakan-akan tidak berminat akan perhubungan mereka lagi. Namun dia tidak akan sesekali melepaskan lelaki itu kerana hatinya terlanjur menyintai lelaki itu.

“Saya minta maaf. Tapi mood saya beberapa hari ni agak down. Maafkan saya,” pinta Afif masih bernada lembut. Ikutkan hatinya malas mahu memanjangkan cerita. Lebih baik dia berkata benar dari menyakiti hati gadis itu.

“Awak tahu tak saya sakit hati? Awak sentiasa lebihkan perhatian awak pada Ary. Siapa saya di sisi awak Afif? Dan… siapa Ary di hati awak? Kenapa awak macam tak pedulikan saya bila awak bersama Ary? Kenapa Afif? Apakah Ary lebih penting bagi awak?”

Afif membuang pandang ke arah orang yang keluar masuk restoran. Sedikit pun dia tidak terniat untuk menjawab pertanyaan itu. Sudah bosan bila perkara sama yang dibangkitkan.

“Afif, kenapa awak diam?”

Senyap.

Elfira teringat perbualannya bersama Afif pada sebulan yang lepas. Dimana ketika itu dia dan Afif bertengkar kerana perkara yang sama. Kerana Ariana!

“Kenapa saya tengok awak nampak gembira bila dengan Ary? Kenapa awak tak boleh nak senyum macam mana awak senyum waktu awak dengan saya? Kenapa Afif? Siapa Ary sebenarnya dalam hati awak? Kenapa awak selalu lebihkan dia dari saya? Apa kurangnya saya?”

Afif sudah buat muka bosan. Sambil menanggalkan cermin mata hitamnya dia merenung wajah Elfira.

“Fira tolonglah! Awak terlalu cemburu. Saya tahu bezakan kawan dan juga kekasih. Ary kawan saya, manakala awak kekasih saya. Berapa kali saya nak terangkan supaya awak faham? Saya dah bosan bila perkara sama  di ungkitkan,” bentak Afif geram. Dia merasa suhu kemarahan naik 200 darjah celcius. Serius rasa bengang sangat. Huh!

Elfira tersentak dari lamunan saat tangannya ditepuk lembut. Sekilas dia memandang pada wajah Afif yang  berkerut merenungnya.


“Awak okey?” tanya Afif. Elfira segera menggangguk kepala lantas tersenyum menandakan dia benar-benar tidak apa-apa.



NICKHUN merenung Ariana tidak berkelip hingga membuatkan gadis itu tak keruan jadinya.  Ariana bersungut di dalam hati. Jika di ikutkan hati kirim salam sajalah dia ingin menerima pelawaan jejaka itu untuk menjamu selera. Huh! Muka nampak macho tapi tenung orang macam nak tersembul keluar biji mata. Heh! Rimas!

“Awak ni teringin nak jadi Kassim Selamat ke apa?” sinis Ariana bertanya.

“Ha? Apa dia awak cakap?” Ariana memutarkan bebola matanya. Serius dia geram dengan jejaka di hadapannya itu.

“Saya tanya awak tu teringin sangat ke nak jadi Kassim Selamat?” Nickhun sudah menayangkan wajah blurr.

Ariana menahan senyum. Kelakar betul tengok muka Nickhun itu. Rasa ingin saja dia merakam wajah blurr lelaki itu. Kelakar kot.

“Err… apa maksud awak? Siapa Kassim Selamat tu? Kekasih awak ke? Suami?” Ariana menghamburkan tawa mendengar soalan Nickhun. Hailah mamat ni takkan cerita Ibu Mertuaku yang popular tu tak tahu? Oppss! Lupa dia manalah nak layan cerita Melayu ni. Yang dia layan cerita Thailand je. Hu hu…

Why are you laughing? What is so funny girl?”

Ariana menutup mulut saat melihat wajah Nickhun yang agak keliru itu. Alahai kesianlah pula.

“Bukanlah Nick. Kassim Selamat tu err… nama watak arwahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku. Best tahu cerita tu. If awak tengok mesti awak akan sukakannya. Betul ni saya tak tipu. Eh, Nick boleh tak kalau saya nak bahasakan diri sebagai aku-kau je. Pada aku lebih mesra kalau macm tu. Kalau aku guna ayat saya-awak ni meremang la bulu tengkok,” ujar Ariana selamba. Di hujung katanya dia tersengih lebar. Nickhun turut ketawa dengan sikap selamba Ariana.

Anything for you. Dah siap makan? Jom saya hantar awak balik bengkel. Lambat nanti tak pasal-pasal awak kena marah.”



KASIH JANGAN PERGI (PART 3)

(COVER BARU< SEMANGAT BARU HEHE)







ARIANA hanya merenung telefon bimbit Afif yang tidak berhenti berdering itu. Dia menjeling sekilas ke dada skrin. Dia berdehem saat melihat Afif yang selamba menyuap makanan ke dalam mulut tanpa menjawab panggilan tersebut. Seolah-olah tiada perasaan saja.

“Apasal kau tak angkat call tu?” soal Ariana hairan.

“Biarlah. Bosan la. Hari-hari perkara yang sama je topik. Sihat ke? Buat apa. Kadang-kadang aku rasa rimas sangat dengan Fira. Entahlah Ary tapi… bila dengan dia aku rasa macam jadi diri orang lain. Aku sentiasa kena jaga tingkah laku dan pertuturan. Sebab Fira ni agak sensitif orangnya. Tak macam kau. Apa aku nak buat, apa aku nak cakap tak payah nak cover,” luah Afif tanpa silu. Entah mengapa dia merasakan seolah-olah lega setelah meluahkan perasaannya pada Ariana.

“Tapi selagi kau tak jawab call tu selagi tu la akan buatkan Fira curiga. Tak baik buat dia macam tu. Kau…” pantas Afif memintas kata-kata Ariana. Hatinya merasa sakit setiap kali gadis itu menyebut nama Elfira. Dia sendiri hairan dengan dirinya. Adakah selama ini dia hanya menyukai Elfira kerana rupanya yang cantik bak model?  Entah. Dia sendiri tidak tahu.Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

“Sudahlah Ary. Aku nak tahu perkembangan kau. Selama satu minggu kita tak bertegur sapa ni kau tak rasa rindu dekat aku langsung ke?”

Ariana terbata-bata demi saja mendengar soalan yang diajukan Afif. Kelu lidahnya untuk berbicara. Di dalam hati dia berkira-kira sama ada berkata jujur mahupun berbohong. Namun belum sempat dia membuka mulut Afif terlebih dahulu berkata. Sambil memengang jemarinya, mata mereka bertentangan.

“Aku rindu kau setengah mati Ary. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku benar-benar rindukan kau. Setiap malam aku renung bintang kat dada langit. Tapi… setiap kali itu jugalah aku rasa sunyi. Aku tak sanggup untuk berterusan macam ni. Banyak kali aku cuba dekati kau. Tapi kau seoalah-olah benci betul dengan aku. Kau mogok suara dengan aku. Hati aku terseksa sangat Ary. Kadang-kadang kalau aku rindukan kau aku peluk gambar kau.

Aku tahu aku salah. Aku tahu aku bodoh. Tapi sebenarnya Ary tanpa kau… tanpa kau hi… hidup aku ni macam…” Ariana menjongket kening menanti kata-kata seterusnya dari Afif. Namun lelaki itu tetap juga membisu. Dia mula merasa geram. Pantas dia mencubit lengan Afif. Terjerit kecil lelaki itu.

“Kau tak sayang aku eh?”

“Aku? Sayang kau? Aku memang sayang. Tapi kau tu terlambat sedar,” ujar Ariana dengan perlahan di hujung katanya.

“Apa? Aku tak dengarlah.” Ariana menggeleng kepala sebagai jawapan.

Afif hanya tersenyum kelat. Sebetulnya dia ingin sekali mendengar perkataan ‘sayang’ dari ulas bibir Ariana. Namun dia tidak tahu adakah Ariana menyayanginya seperti dia menyayangi gadis itu. Dia sendiri tidak pasti.

Jika dilihat cara pertuturan Ariana, dia merasakan Ariana seperti tidak punya apa-apa perasaan terhadapnya. Tapi jika tidak punya perasaan mengapa harus gadis itu menjauhkan diri saat dirinya bergelar kekasih Elfira? Arghh! Semakin difikir semakin kusut fikirannya.


ARIANA memetik gitar sambil bernyanyi kecil. Sesekali dia merenung dada langit. Dia menoleh saat mendengar suara ayahnya berdehem. Lantas dia memberi ruang untuk si ayah melabuhkan duduk di sisinya. Gitar kesayangannya itu diletakkan di tepi.

Encik Abdullah tersenyum sambil merenung wajah anaknya. Entah mengapa dia merasa rindunya pada arwah isteri kian mencengkam sanubari. Apatah lagi saat matanya menjamah seraut wajah Ariana. Kerana anaknya itu benar-benar menyerupai arwah isteri kesayangannya. Dia menggosok kepala Ariana.

“Ayah okey ke ni?” tanya Ariana perlahan. Agak hairan apabila si ayah hanya membisu tanpa kata.

“Ayah okey. Cuma…”

“Cuma apa? Ayah rindukan arwah ibu ke?” pantas Ariana memintas kata-kata ayahnya.

Encik Abdullah hanya menggangguk sebagai jawapan.

“Kalau Ary tanya sikit boleh?”

“Tanya apa sayang?”

“Err… sebenarnya Ary teringin sangat nak tengok wajah ibu. Ary nak tahu sikap ibu macam mana, mesti ibu terlalu istimewa kan? Yalah, tengok ayah setia pada arwah pun Ary tahu ibu terlalu istimewa. Istimewa di hati ayah. Tapi… sayang Ary tak sempat nak lihat wajah ibu,” luah Ariana menahan sebak. Encik Abdullah cuba menahan empangan airmata yang ingin tumpah. Setiap kali mengingati arwah isterinya pasti airmata tidak jemu menuruni pipinya.


ARY




“Ibu kamu terlalu istimewa. Sangat istimewa di hati ayah. Ariana, biarpun ibu kamu sudah tiada tapi ingat bahawa dia sentiasa ada dan akan terus hidup di sini,” ujar Encik Abdullah sambil mencapai tangan Ariana lantas diletakkan di dada anaknya.

“Ibu kamu sangat baik orangnya. Lemah lembut, penyabar, jujur. Dan yang paling istimewa tentang ibu kamu, dia adalah seorang wanita yang hebat kerana mampu menundukkan ego ayah. Ayah kahwin dengan ibu kamu pun bukan atas dasar cinta.”

“Habis tu sebab apa?” Soal Ariana teruja untuk mengetahui sejarah perkahwinan ayahnya. Encik Abdullah cuba menahan senyum melihat wajah teruja si anak.

“Ayah kahwin kerasa desakan keluarga. Pilihan keluarga macam tu la. Tapi masa ayah kahwin tu sebenarnya ayah dah ada kekasih. Tapi disebabkan perkahwinan ayah dengan ibu… hubungan kami putus. Mula-mula ayah salahkan ibu diatas semuanya. Tapi lama kelamaan perasaan ayah terhadap ibu berubah.” Ariana melentokkan kepala pada bahu ayahnya. Encik Abdullah tersenyum manis. Manja sungguh anaknya itu.

“Lepas tu apa jadi?”

“Waktu tu ayah cuba nafikan perasaan ayah. Ayah buat macam-macam. Tapi ibu kamu tetap juga bersabar dengan ayah. Sampailah satu hari tu ayah kemalangan. Dan disebabkan kemalangan tu a… ayah koma. Masa ayah sedar dari koma, atok kamu kata… ibu kamu selalu temani ayah. Setia di sisi ayah tanpa berganjak walau sesaat pun. Dan saat tu ayah mula sedar bahawa kasih ibu kamu terhadap ayah sangat tulus. Hanya ayah yang buta untuk menilai kasih dan cinta ibu kamu. Tapi mujurlah ayah tersedar dari terus menyakiti hati ibu kamu. Mujur jugalah ibu kamu mengaku bahawa dia sayangkan ayah.” Ariana mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Sungguh saat ini dia terasa seperti ingin menatap wajah ibunya. Entah mengapa perasaan rindu terhadap ibu yang tidak pernah ditatap wajahnya itu kian mencengkam sanubari.

Encik Abdullah mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayu yang dipakainya itu. Lantas dia menghulurkan pada Ariana.


ibu ARY




“Itulah ibu kamu. Simpan baik-baik gambar ibu ya nak,” ujar Encik Abdullah dengan sebak. Sungguh kini dia merasakan rindu yang teramat-amat terhadap isterinya.

Ariana mencapai potret gambar yang dihulurkan. Pantas dia mengucup gambar itu. Kini tahulah dia mengapa ayahnya benar-benar meyayangi ibunya itu. Seketika dia terleka menatap wajah ibunya.

Benar kata ayah. Ibu lemah lembut. Dari raut wajah pun sudah tahu bagaimana kelembutan ibu. Ya ALLAH cucurilah rahmat-MU ke atas arwah ibuku.



ARGHH!!! Shit!”

Hello, where are you? Datanglah cepat celaka. Hari tengah panas ni. What? Kau tak boleh tolong? Kurang ajar!” Setelah selesai berbicara jejaka itu melemparkan telefon miliknya ke dalam kereta. Hatinya terasa sakit saat pertolongan yang dipinta tidak dapat dituruti oleh sahabatnya.

“Masa senang kau ketawa gembira dengan aku. Jahanam punya kawan!” dia terus-terusan menyumpah seranah rakannya itu.

Ariana yang sedang menunggang motorsikal itu mengerutkan dahinya. Dia memberhentikan motorsikal tidak jauh dari kereta jejaka yang tampak marah itu. Hatinya tertanya-tanya sendiri.

Apa kes mamat ni? Marah benar gamaknya? Ke kereta rosak? Haih! Pergi tolonglah. Untung-untung duit masyuk. Dapat tarik customer untuk bos lagi bulan ni. he he…

Ariana menunggang motorsikal cabuknya mendekati jejaka yang sedang bersandar pada kereta BMW Series 5 itu.

‘Uis! Mewah gila kereta,’ pujinya dalam diam. Sedikit kagum sebenarnya.
Ariana mematikan enjin motorsikal cabuknya itu. Walaupun motorsikalnya itu sudah uzur namun banyak jasa pada dia dan ayahnya. Dengan motorsikal itulah dia ke sekolah. Dan kerana motorsikal itu jugalah dia mencari kerja dengan sahabat baiknya, Afif.  Lantas dia menanggalkan topi keselamatan. Jejaka yang berdiri dihadapannya itu kelihatan kaget. Tak berkelip mata si jejaka merenung wajahnya itu.

‘Haih! Ni dah kenapa? Muka aku ni ada macam muka hantu ke? Apahal tengok aku macam tak pernah jumpa perempuan?’ hati Ariana bermonolog.

Did you need some help?” Ariana bertanya cuba mengalihkan pandangan jejaka itu dari terus merenung wajahnya. Rimas! Tak selesa dibuatnya. Dia memutarkan bebola mata ke atas. Serius rasa nak hempuk je kepala mamt ni dengan helmet di tangan. Macam la aku ni tak pandai nak baiki kereta sampai pandang aku dari atas ke bawah. Heh!

“Err… awak pandai baiki ke?” penuh sinis soalan yang diajukan.

See the leg la. Saya ni mekanik. So tahu serba sedikit,” ujar Ariana merendah diri.

Jejaka itu memandang Ariana seakan tidak percaya. Sukar untuk dia percaya bahawa gadis secantik Ariana itu memilih kerja sebagai mekanik.

“Boleh saya tengok kereta Encik…”

“Nick, my name is Nickhun Eriq. You can call me Eriq. Or Nick,” ujar Nikchun sambil tersenyum manis.

INILAH DIA WATAK NICKHUN ERIQ.. APA? HENSEM? HAHAHA




“Wow, encik ni kacukan ya?” spontan Nickhun menggangguk kepala. Terasa lucu pula saat melihat wajah teruja gadis itu. Setelah menelefon trak penuda mereka berbual seketika. Setelah setengah jam menanti Ariana mempelawa Nickhun untuk memboncengnya untuk ke bengkel dimana tempatnya bekerja.

Hampir saja terhambur tawa Ariana saat melihat wajah separuh rela jejaka itu apabila mendengar usulnya. Huhaaaiii! Nampak sangat anak orang berada yang tak pernah hidup susah. Manja benar gamaknya. Setakat naik motor cabuk pun dah tarik muka. Agaknya kalau makan mee kat kedai mamak tu boleh muntah mamat ni. ha ha…

Nickhun hanya memerhati tingkah Ariana yang bertungkus lumus menyudahkan kerjanya itu. Sesekali dia tersenyum sendiri. Entah mengapa hatinya bagaikan terdetik suatu perasaan.

Natural beauty. Tapi sayang… dia sembunyikan kecantikannya. Hai Nickhun what wrong with you? Takkan kau dah suka minah macam dia ni? Mekanik je kot. Kau tu seorang model. Argh! Persetankanlah semua tu. Apa yang penting dia baik. Dan… aku akui bahawa aku sukakan cara dia. Boleh berdikari. She look perfect. Tanpa make-up pun dah cantik. Tak macam seseorang tu. Dengan make-up baru menampakkan keayuannya,’ desisnya dalam hati.

Ariana mengesat peluh yang merenik di dahinya. Afif yang melihat tingkah Nickhun sudah mula tidak senang duduk. Entah mengapa dia merasakan api cemburu membakar dirinya. Muka sudah mula merah padam. Panggilan dan juga sms yang menderu-deru masuk langsung tidak dihiraukan. Dia mengatur langkah laju menghampiri Ariana. Dengan selamba dia mengesat peluh di dahi Ariana dengan tuala di bahunya.

“Ish! Kau ni apahal? Aku tengah buat kerja ni,” marah Ariana. Muka sudah berbahang dek sikap selamba Afif.

Terbeliak biji mata Nickhun melihat adegan di hadapan matanya itu. Di dalam hati dia memikir apakah hubungan kedua-duanya hingga kelihatan mesra sekali. Hatinya merasa sakit melihat layanan Afif terhadap Ariana. Dia menggengam penumbuknya. Gigi digetap perlahan.

“Bila nak siap kereta I kalau you kalau kacau Ariana buat kerja ni ha?” sergah Nickhun seraya berpeluk tubuh.

Afif merasa berang saat mendengar nada sinis yang dilontarkan jejaka kacukan Thailand-Melayu itu. Dia menggigit bawah bibir sekuat hati. Ariana tergamam melihat kedua-duanya yang seperti menahan perasaan itu. Baru saja dia ingin bersuara tiba-tiba dia tergamam saat mendengar suara orang memberi salam. Serentak tiga kepala menoleh pada suara yang memberi salam itu.

Berubah terus air muka Ariana sebaik saja melihat wajah Elfira. Elfira merenung Afif tajam. Geram dirasakan bila setiap panggilan dan sms yang dikirim tidak mendapat balasan. Nickhun pula kelihatan terkejut apabila melihat wajah Elfira.

“Awak kenapa tak angkat call saya? Sms pun awak tak balas. Awak kenapa ni Afif? Saya ada buat salah ke?” tanya Elfira berdas-das. Afif seperti mati kutu. Langsung tiada niat untuk menjawab soalan Elfira itu.

Melihatkan Afif yang diam seribu bahasa membuatkan dia makin berang. Pantas dia mendekati lelaki itu. Dia menggoncangkan tubuh Afif beberapa kali. Namun lelaki itu masih sama. Langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dia memandang Ariana seolah-olah memohon pertolongan.

Ariana kelihatan serba salah. Namun melihatkan wajah cemberut Elfira membuatkan dia tidak sampai hati pula untuk terus membiarkannya. Lantas dengan hati separuh rela dia mendekati Afif. Entah mengapa hatinya merasa sakit saat ini. Namun sedaya mungkin dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya. Spontan Ariana menarik tubuh Afif menjauhi Elfira. Bimbang wanita itu curi dengar perbualan mereka.  Nickhun hanya memerhati tingkah Ariana.

ini pula si cantik manis ELFIRA


“Beb! Kau pergilah bincang elok-elok dengan Fira. Tak baik biarkan dia dia terus begitu. Kau juga yang mulakan perhubungan ni kan? Afif, kau dengarlah cakap aku ni. Tolonglah… demi aku berbaiklah semula dengan Elfira,” pujuk Ariana dengan lembut. Hatinya merasa terhiris dek kata-katanya sendiri.

“Kau yakin kau akan okey andai aku berbaik semula dengan Fira? Kau pasti kau boleh tengok aku ketawa gembira dengan Elfira?” bisik Afif perlahan. Tidak mahu Elfira dan Nickhun mendengar ujarannya.

Ariana terdiam sejenak. Sejujurnya dia tidak sanggup untuk melihat Afif bersama Elfira. Namun dia juga tidak mahu Afif menolak kebahgiaannya ketepi demi dirinya. Lambat-lambat dia membuat keputusan yang pastinya bakal menyakiti hatinya. Biarlah. Dia rela terluka daripada melihat Elfira terluka. Biarlah dia korbankan perasaannya kerana dia yakin ada seseorang yang sudah ditakdirkan ALLAH buatnya.

“Aku okey! Aku tahu kau akan tetap cari aku sebab kau dah janji untuk selamanya jadi sahabat baik aku,” ujar Ariana seraya mengulum senyum. Nickhun bagaikan terpukau melihat senyuman Ariana. Tak berkelip matanya menatap seraut wajah Ariana itu.

Setelah berjanji untuk tidak menjauhi diri dari Afif, barulah lelaki itu mendekati Elfira. Ariana hanya memandang susuk tubuh Afif menghilang dari pandangan. Nickhun bagaikan mengerti perasaan gadis itu.

“Pasti sakit bukan mencintai seseorang, namun cinta kita tidak berbalas. Awak cintakan dia?” duga Nickhun sambil merenung tepat wajah Ariana.

Ariana yang terasa diperhatikan segera menoleh. Dan dengan pantas dia tersenyum sambil berkata…
“Cinta tak seharusnya bersatu. Cinta juga tak seharusnya memiliki. Cinta perlukan pengorbanan. And yess I’m fall in love with him. But… dia dah ada Elfira. Jadi untuk apa lagi saya menaruh harapan pada dia kan? Erm… kereta awak dah nak siap ni. Sikit lagi siaplah. Awak boleh tunggu sekejap? Saya lapar sangat ni,” ujar Ariana sekaligus menukar topik. Nickhun hanya tersenyum mendengarnya.


Cinta sangat aneh. Pada pandangan pertama juga aku jatuh cinta pada dia. Seorang tomboi yang berhati mulia. Ariana, Ariana kenapalah awak tak berjuang untuk mendapatkan cinta awak? Tapi bagus juga. Sebab aku ada peluang untuk mendekati kau. Nickhun ketawa apabila strategi demi strategi tersusun indah di kotak memori.



p/s = hope enjoy jgn lupa drop komen ye syg2 semua :* muah sikit hehe