Siapa sangka perkahwinan atas dasar cinta itu hanya bertahan
seketika cuma. Hanya kerana Alia Maisara tidak memberikan zuriat, Aiman Hakim telah
menjadikan ianya sebagai alasan untuk berpoligami. Hati wanita mana yang tidak
terguris apabila suami yang dulunya berjanji akan setia walau apa pun yang
terjadi, kini telahpun berubah hati.
‘ Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah
hari. Ku sangka kasihmu kan berkekalan ternyata diriku kau khianati.’ ~ Alia
Maisara.
“ Ya, Sara a..abang ingin meminta izin Sara untuk
menikah lagi satu,” ~ Aiman Hakim.
Setelah mengikat janji akhirnya Aiman Hakim telahpun
sah bergelar suami kepada Mya Alisha. Namun setelah berkahwin dengan Mya Alisha,
Aiman Hakim tidak pernah lagi mengambil tahu perihal Alia Maisara.
Namun kehadiran Dr. Amran Firdaus telah membuatkan
hati Alia Maisara berbolak-balik. Hatinya yang kekosongan sejak ‘dimadukan’
sedikit terubat dengan kehadiran Dr. Amran Firdaus yang senantiasa ada saat
suka dan dukanya.
“ Am tak suka tengok Alia sedih macam ni, Aiman tu
tak patut buat Alia macam ni,” ~ Dr. Amran Firdaus.
Namun dek kerana fitnah yang dilemparkan oleh Mya
Alisha telah membuatkan Alia Maisara menyandang gelaran ‘janda’.
“ Sanggup kau tolak Mya sampai keguguran. Kau tahu
tak sekian lama aku menantikan kehadiran anak? Alia Maisara, aku benar-benar
kecewa dengan kau. Dan aku juga tak boleh hidup lagi dengan perempuan yang
busuk hati seperti kau. Dan mulai hari ni aku ceraikan kau dengan talak 3.” ~Aiman Hakim.
Akankah ada sinar bahagia buat Alia Maisara? Apakah
tindakan Dr. Amran Firdaus setelah mengetahui status yang disandang oleh wanita
yang dicintainya secara diam itu? Segalanya anda akan tahu setelah baca kisah
Kau Pelangi Hidupku ini :)
No comments:
Post a Comment