LUAHAN HATI ~ZAFRAN~

 








Erina bangkit dari katil. Lantas dia menuju ke almari untuk mengambil tuala. Dia terpana saat buku yang seakan diari bewarna hitam terjatuh dari celah baju Zafran. Pantas dia mengambil lalu di buka diari tersebut. Maafkan Rin ceroboh privasi abang, monolognya dalam hati. Dia menyelak helaian demi helaian.

2 Mac 1996

Aku ada seoarang kawan perempuan. Cantik orangnya.
Namanya Erina. Comel sangat. Macam bidadari woo.

Erina tersenyum membaca pujian Zafran padanya. Dia duduk di birai katil. Terlupa terus niatnya untuk membersihkan badan.

12 Mei 2000

Hari ni aku gembira sangat. Aku dan juga Erina pergi kedai. Walaupun dia demam tapi dia sanggup pergi kedai dengan aku. Aku rasa bahagia sangat.

Senyuman terukir di bibir Erina apabila mengingat peristiwa dia meredah belakang rumah jiran-jiran hanya kerana ingin ke kedai runcit. Dia meneruskan bacaannya sambil berbaring di atas katil.

25 August 2003

Hari ni aku rasa sedih sangat. Aku terpaksa berpisah dengan bidadari aku. Hu hu… nak buat macam mana? Abi di naikkan pangkat. Jadi aku terpaksalah ikut saja. Erm… rasa sedih pula nak tinggalkan Erina. Tadi… aku jumpa Erina buat kali terakhir. Kami berjanji bahawa tidak akan melupakan antara satu sama lain. Aku juga menggabungkan nama kami agar dia tak melupakan aku. Wahai bidadariku Erina… jangan lupakan nama ZAFRIN selamanya okey? Oppps sorry terlebih panjang pula bebelan aku kali ni. He he

Masih segar di ingatan Erina akan perjanjiannya bersama Zafran beberapa tahun lepas. Perjanjian bahawa mereka tidak akan melupakan antara satu sama lain. Erina memejamkan mata seketika. Setelah mendapatkan ketenangan dia meneruskan lagi pembacaan yang terhenti tadi.

5 January 2013

Hati ini sering tertanya siapkah yang aku cinta? Jawapannya hanya Putri Erina Batrisya yang aku cinta. Sedari dulu lagi… hanya dia  yang bertahkta di hatiku. Tapi… sayangnya aku tak mampu meluah segala rasa kerana takut dia akan menjauhkan diri dek kerana janji yang sudah terpatri antara kami.

“ Janji? Janji apa ya?” omel Erina sendiri. Dia cuba mengingat semula perjanjian antaranya dan Zafran. Terimbas kembali memorinya semasa kecil dahulu.

“ Walau apa pun yang jadi kau tetap sahabat aku Zaf. Ingat. S.A.H.A.B.A.T tahu?” Erina mengeja satu persatu perkataan sahabat itu.

“ Eh? Takkan perjanjian tu? Heh! Bodohnya kau Rin. Kenapa kau tak pernah nampak kewujudan Zaf selama ni?” omel Erina pada dirinya sendiri. Dia mengetap kuat bibirnya. Dia meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.

20 Mac 2013

Alhamdulillah. Akhirnya ALLAH mengabulkan doaku. Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan kerana aku dipertemukan semula dengan bidadari pujaan hatiku. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Erina? Aku gembira dapat bertemu semula. Dan aku harus berterima kasih pada adikku, Ain. Kerana dialah aku bertemu kembali dengan bidadariku. He he… okey my diari esok-esok aku sambung lagi. Nak layan perasaan gembira ni. Heee

Spontan bibirnya tersenyum mengingatkan wajah terkejut Zafran di saat pertemuan semula mereka. Di hadapan butiknya sendiri pula tu. He he…

2  April 2013

Hari ini sangat menggembirakanku kerana sehari suntuk aku menghabiskan masa bersama insan yang aku cintai dalam diam. Betapa aku menghargai saat ini. Andai ku punya kuasa ingin saja aku menghentikan masa buat seketika. Tapi mana mungkin itu terjadi. Kerana aku hanya insan biasa.

15 Mei 2013

Ummi memberitahuku rancangannya untuk menyatukanku dan juga Erina. Aku terkejut. Kerana selama in I rupanya-rupanya perasaan yang aku pendam bukan lagi satu rahsia. Aku gembira mendengar berita perjodohan ini. Tapi… bagaimana pula Erina? Aku pasti Erina akan menentang rancangan ini. Erina kan hanya mengganggap aku sebagai sahabat. Tapi bagaimana pula perasaan aku? Sampai bila aku harus memendam perasaan? Cinta… mengapa begitu menyakitkan? Ya ALLAH bantulah hambaMU ini. Aamiin.

Erina terpana membaca tulisan tangan Zafran itu. Sungguh dia tak sangka bahawa sebegitu dalamnya kasih Zafran buat dirinya. Abang… maafkan Rin. Selama ni Rin banyak sakitkan hati abang, rintihnya di dalam hati.

20 Mei 2013

Sakit! Sangat sakit aku rasakan saat si dia yang aku cintai menjauhkan diri dariku. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan? Erina… mengapa sukar untuk aku menyentuh hatimu? Argh! Betapa selama ini hanya aku saja yang mencintai dia. Seksanya perasaan cinta tak berbalas hu hu

Jika tadi Erina terpana. Kini dia tergamam tiada terkata. Benar-benar menyengat sanubarinya. Tidak di sangka lelaki yang selama ini di aggap sahabat menyimpan perasaan cinta sekian lama. Erina menatap sayu wajah Zafran yang di jadikan sebagai wallpaper HTC nya. Airmata yang tidak jemu mengalir di pipi. 



+Balqis Cun  +baby mio ini luahan zafran huhuhu :D

TEASER CKB








Assalamualaikum, mai2 teaser ckb yuk baca :)










ZAFRAN menguatkan volume saat lagu First Love nyanyian Utada Hikaru berputar di dalam kereta. Sengaja dia membeli CD lagu tersebut. Kerana baginya lagu itu adalah mengenai perasaannya terhadap si isteri. Sebelum mereka di ijab kabulkan, hatinya sering merintih apabila melihat wajah yang penuh kebencian yang terukir di wajah putih mulus itu. Dia turut menyanyi mengikut alunan suara Utada Hikaru.

Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori

Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou

You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made

Erina hanya tersenyum mendengar Zafran menyanyi. Sedap juga suara suami aku menyanyi. Heeee, pujinya dalam hati. Sesekali dia menjeling Zafran di sebelah. Dia hanya membiarkan jemarinya di genggaman tangan jejaka itu.

Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari

Entah apalah maksud yang suami aku ni nyanyi. Huhu… comel pula dia. Heeee… hati Erina bermonolog lagi.

Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo omotterundarou

You will always be inside my heart
Itsumo anata dake no basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made

You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I'll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
Now and forever you are always be ganna be my love. You are always gonna be my one. I will love you forever,” ucap Zafran bersahaja namun dengan penuh makna. Dia membawa tangan Erina ke bibir. Lantas dia mengucup tangan itu.

“ Terima kasih sayang,” ucap Erina pula. Dia mengelus lembut pipi Zafran. Terasa kasih sayangnya tumpah di situ. Melihatkan si suami yang sedang memandu, dia turut  menyorot mata ke arah jalan raya. Tidak mahu menggangu.



Suasana terus sepi antara mereka. Hanya lagu nyanyian penyanyi matahari terbit itu sahaja yang berputar. Sesekali Erina bermain rambut Zafran. Bukannya apa, dia bimbang andainya jejaka itu mengantuk. Sudahlah perjalanan mereka masih jauh. Tambahan pula hari sudah lewat malam. Takut juga dia kerana sudah beberapa kali Zafran hampir terlanggar kereta dari arah bertentangan.
“ Abang okey ke ni? Kalau tak okey berhenti dulu kat R & R. Boleh la rest dulu,” ujar Erina.  Suaranya jelas khuatir.
“ Jangan risau. Kalau sayang teman abang berborak abang pasti tak mengantuk,” gurau Zafran seraya mengelus lembut pipi Erina.
Pelbagai topic dibincangkan. Tidak terasa langsung kepenatan memandu apabila si isteri tidak berhenti berceloteh. Zafran hanya mendengar dengan penuh kusyuk. Sementara matanya masih asyik ke jalan raya.




CKB AGAIN

malas sebenarnya nak letak blog tapi xpe sebabkan adik sorang +Balqis Cun  ni letakkan je heeee.... hope dik +Balqis Cun  akan tersenyum baca teaser ni heeee :)





SEPERTI di janjikan Zafran membawa Erina ke Ladang Strawberry. Tersenyum dia melihat wajah teruja Erina yang sedang memetik buah strawberry itu. Pantas dia mengeluarkan HTC dari kocek seluar lalu dia menekan punat kamera untuk merakam gambar Erina yang sedang leka saat itu.

‘ Comel betul dia,” detik Zafran dalam hati.

Erina mengerut dahi melihat Zafran yang termenung itu. Dia mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati suaminya. Dia menyenggol lembut siku si suami.

“ Oh, mak kau,” latah Zafran tanpa sengaja. Pantas dia menggigit bibir. Ish! Ni penangan selalu  sangat mengusik ummi la ni. Kan dah berjanggit penyakit melatah. Hu hu…

Erina gelak mengekek mendengar latahan suaminya itu. Selama dua bulan perkahwinan mereka baru hari ini dia tahu bahawa suaminya itu melatah. Kalau dia tahu dari awal lagi dah dia usik. He he…

“ Ya ALLAH, isteri siapa la ni? Ketawa mengalahkan hantu Kak Limah je,” kutuk Zafran selamba. Erina menyeka airmatanya. Banyak sangat ketawa hingga airmatanya turut mengalir.

“ Abang ni lawak la. Selama ni Rin tak tahu pun yang abang melatah. Kalau tak dah…”

“ Dah apa? Dah lama sayang mengusik abang la tu kan?” pantas Zafran mencelah. Malu, geram marah bergaul di dalam hati. Melihat Erina yang masih galak ketawa itu membuatkan hatinya di geletek. Lantas dia turut ketawa. Kelakar pula bila mengingatkan wajahnya saat melatah tadi.

“ Dah banyak sayang petik buah?” tanya Zafran setelah ketawanya reda.

“ Bolehlah. Abang tangkap Rin pengang buah Strawberry,” pinta Erina lantas memengang buah Strawberry sambil angkat dua jari. Peace!

Setelah selesai memetik buah mereka menuju ke destinasi seterusnya iaitu Taman Lavender.

“ Taman Lavender ni tempat yang biasanya orang selalu kunjungi. Tapi di sini bunga Lavender bukanlah bunga asli. Maksud abang, bunga ungu di Taman ini bukanlah dari Varieti Lavender yang sebenar. Kalau sayang perhatikan betul-betul, fizikalnya memang menyerupai lavender apabila ditanam secara kelompok yang banyak. Tapi… ia tidak mengeluarkan bau seperti lavender yang sebenar. Walau bagaimanapun ia tetap cantik dan menarik. Itu yang penting,” terang Zafran panjang lebar. Erina sekadar mendengar penerangan Zafran. Sedikit pun dia tidak mencelah. Yalah, dia bukannya tahu detail tentang Cameron Highlands. Lainlah suaminya yang boleh nak kata keraplah ke sini. He he…

“ Err… taman ni beroperasi dari pukul berapa? Sampai pukul berapa? Rin tengok ramai juga yang datang kat sini.”

Zafran mengukir senyum mendengar soalan demi soalan dari Erina. Dia mencuit hidung Erina sebelum menjawab.

“ Taman ni beroperasi dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Memang ramailah, memandangkan sekarang ni cuti sekolah.” Erina tersenyum saat matanya bertemu sepasang mata Zafran.

Erina memaut pinggang Zafran sambil matanya melihat bunga lavender yang tumbuh mekar. Terasa tenang hatinya kerana dapat melihat bunga berwarna ungu itu. Dia mengeluarkan HTC lalu terus saja dia menangkap gambar lavender sebagai kenang-kenangan.

“ Cik, nak minta tolong tangkap gambar saya dan isteri saya boleh tak?” tanya Zafran pada serang wanita yang berdiri tidak jauh dari mereka. Lantas dia menghulurkan HTC kepunyaannya apabila wanita itu mengganguk kepala setuju.

Klik! Klik!

Setelah menangkap dalam pelbagai reaksi wanita itu menyerahkan HTC pada Zafran. Namun sempat wanita itu mengusiknya.

“ Encik hati-hati ya. Isteri Encik ni cantik. Manalah tahu kena kebas nanti. He he… saya gurau saja.”
Zafran tersenyum mendengar usikan wanita lingkungan 30-an itu. Namun di dalam tetap juga merasa takut. Apatah lagi apabila Khuzaimi juga turut berada di hotel yang sama dengan hotel penginapan mereka.

“ Terima kasih atas nasihatnya kak. Err… akak datang seorang ke?” Zafran menyoal. Sekadar berbasa-basi.

“ Akak datang dengan suami. Kamu baru kahwin ya dik?” soal wanita itu dengan ramah seraya menghulur tangan untuk bersalam dengan Erina. Erina menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum.

TEASER CKB











Sedang asyik Zafran merenung wajah Erina tiba-tiba bahunya dirempuh seseorang. Pantas dia bersuara.

Sorry,” ucap Zafran sepatah. Lantas dia mengukir senyum pada pelancong luar negara itu.

No, it’s okay. It’s my fault. Who is the girl? It’s your wife? She so beautiful,” puji  jejaka asing itu seraya menuding jari pada Erina.

Yes, she is my wife,” ujar Zafran seraya memeluk bahu Erina.

Oh I see. Your wife look nice with her hijab. And you are handsome boy,” ujar jejaka itu lantas  ketawa kecil.

Really? You are handsome to Sir. By the way where are you from Sir?” Zafran menyoal dengan senyuman yang tidak lekang menghiasi bibir. Terasa bangga hatinya saat dipuji oleh pelancong asing. He he…

Sorry I forgot to introduce myself. My name is Abdullah. I come from England. I with my wife want honeymoon at here,” ujar Abdullah seraya menyungging senyum. Erina membalas senyuman pada wanita di sebelah Abdullah.

Same with me. We want honeymoon too. My name is Zafran. And my wife name Erina,” ujar Zafran lantas memperkenalkan dirinya.

Abdullah menyambut huluran tangan Zafran.

“ Saya bangga kerana penduduk Malaysia sangat baik budi bahasanya. Isteri saya juga banyak mengajar saya tentang adb orang melayu. Saya rasa suka dengan Malaysia. Berbeza dengan England. Di sini saya lebih rasa ketenangan.” Zafran tersenyum mendengar slang Abdullah yang masih tidak sempurna itu.

Not bad. Pandai juga awak cakap Malaysia ya,” usik Zafran lantas ketawa kecil.

Abdullah ikut ketawa seraya memaut bahu isterinya Fatimah.

“ Tak mengapalah Encik Zafran. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”

“ Walaikumsalam.” Serentak Erina dan Zafran menjawab salam. Mereka menghantar Abdullah dan isterinya sehingga hilang dari pandangan.

“ Tak sangka kan? Mat salih macam Abdullah tu tertarik dengan Malaysia? Budi bahasa pun baik je,” puji Erina ikhlas. Sempat matanya menyorot wajah suaminya itu.

‘ Cemburulah tu. Pantang aku puji lelaki lain. Cemburu je dia. He he… tapi comel juga rupda suami aku ni bile cemburu. Tangkap gambarlah,’ monolog Erina dalam hati. Lantas segera tangannya menekan punat kamera pada HTC.

MEREKA mengayuh basikal melalui laluan ke Ringlet, yang menuruni bukit sebelum memasuki kembali ke kawasan Taman Royal Lily yang sedikit mendaki untuk kembali ke pekan Tanah Rata. Sesekali Zafran menjeling Erina yang seperti tercungap-cungap itu.

“ Sayang penat ke? Nak berhenti dulu tak?” soal Zafran prihatin. Risau juga andainya isteri kesayangannya itu pengsan ke apa? Hu hu…

Takpe abang. Rin okey je,” ujar Erina cuba menyakinkan si suami.

“ Kalau penat cakap tau. Abang tak mahu sayang pengsan.” Zafran mengingatkan Erina lantas dia cuba untuk menyayangi wanita itu.

Sampai di Pekan Tanah Rata, Zafran mengajak Erina untuk ke Stesen Mardi di Persiaran Dayang Endah. Dia meminta izin untuk memasuki secara percuma sekadar untuk melalui kawasannya sahaja.

Di Stesen Mardi terdapat banyak lokasi yang boleh singgah untuk bergambar. Antara bangunan utama Stesen Mardi itu sendiri yang bercirikan senibina tudor moden dan jika bernasib baik, kabus tebal yang membungkusnya pasti menambah nilai gambar yang ditangkap. Sempat jugalah mereka singgah di kawasan tanaman di bahagian laman belakang sebelum singgah pula di Kilang Teh pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1924. Sehingga kini Kilang Teh tersebut masih beroperasi untuk memproses daun teh dari ladang teh Mardi secara berkala untuk demonstrasi kepada pelancong.

Dari kilang teh, Erina dan Zafran mendaki pula puncak pandang di atas kawasan tanaman teh untuk melihat keseluruhan Stesen ini. Saat turun dari puncak mereka boleh singgah sebentar di kawasan Taman Enggerisnya untuk bergambar sekali lagi dan tidak lupa juga untuk bergambar di kawasan Menara Jam yang berlatarkan catatan suhu semasa sebagai bukti suhu ketika di situ.






p/s= cukup tak?????hehehe :P