LUAHAN HATI ~ZAFRAN~

 








Erina bangkit dari katil. Lantas dia menuju ke almari untuk mengambil tuala. Dia terpana saat buku yang seakan diari bewarna hitam terjatuh dari celah baju Zafran. Pantas dia mengambil lalu di buka diari tersebut. Maafkan Rin ceroboh privasi abang, monolognya dalam hati. Dia menyelak helaian demi helaian.

2 Mac 1996

Aku ada seoarang kawan perempuan. Cantik orangnya.
Namanya Erina. Comel sangat. Macam bidadari woo.

Erina tersenyum membaca pujian Zafran padanya. Dia duduk di birai katil. Terlupa terus niatnya untuk membersihkan badan.

12 Mei 2000

Hari ni aku gembira sangat. Aku dan juga Erina pergi kedai. Walaupun dia demam tapi dia sanggup pergi kedai dengan aku. Aku rasa bahagia sangat.

Senyuman terukir di bibir Erina apabila mengingat peristiwa dia meredah belakang rumah jiran-jiran hanya kerana ingin ke kedai runcit. Dia meneruskan bacaannya sambil berbaring di atas katil.

25 August 2003

Hari ni aku rasa sedih sangat. Aku terpaksa berpisah dengan bidadari aku. Hu hu… nak buat macam mana? Abi di naikkan pangkat. Jadi aku terpaksalah ikut saja. Erm… rasa sedih pula nak tinggalkan Erina. Tadi… aku jumpa Erina buat kali terakhir. Kami berjanji bahawa tidak akan melupakan antara satu sama lain. Aku juga menggabungkan nama kami agar dia tak melupakan aku. Wahai bidadariku Erina… jangan lupakan nama ZAFRIN selamanya okey? Oppps sorry terlebih panjang pula bebelan aku kali ni. He he

Masih segar di ingatan Erina akan perjanjiannya bersama Zafran beberapa tahun lepas. Perjanjian bahawa mereka tidak akan melupakan antara satu sama lain. Erina memejamkan mata seketika. Setelah mendapatkan ketenangan dia meneruskan lagi pembacaan yang terhenti tadi.

5 January 2013

Hati ini sering tertanya siapkah yang aku cinta? Jawapannya hanya Putri Erina Batrisya yang aku cinta. Sedari dulu lagi… hanya dia  yang bertahkta di hatiku. Tapi… sayangnya aku tak mampu meluah segala rasa kerana takut dia akan menjauhkan diri dek kerana janji yang sudah terpatri antara kami.

“ Janji? Janji apa ya?” omel Erina sendiri. Dia cuba mengingat semula perjanjian antaranya dan Zafran. Terimbas kembali memorinya semasa kecil dahulu.

“ Walau apa pun yang jadi kau tetap sahabat aku Zaf. Ingat. S.A.H.A.B.A.T tahu?” Erina mengeja satu persatu perkataan sahabat itu.

“ Eh? Takkan perjanjian tu? Heh! Bodohnya kau Rin. Kenapa kau tak pernah nampak kewujudan Zaf selama ni?” omel Erina pada dirinya sendiri. Dia mengetap kuat bibirnya. Dia meneruskan bacaannya yang terhenti tadi.

20 Mac 2013

Alhamdulillah. Akhirnya ALLAH mengabulkan doaku. Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan kerana aku dipertemukan semula dengan bidadari pujaan hatiku. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Erina? Aku gembira dapat bertemu semula. Dan aku harus berterima kasih pada adikku, Ain. Kerana dialah aku bertemu kembali dengan bidadariku. He he… okey my diari esok-esok aku sambung lagi. Nak layan perasaan gembira ni. Heee

Spontan bibirnya tersenyum mengingatkan wajah terkejut Zafran di saat pertemuan semula mereka. Di hadapan butiknya sendiri pula tu. He he…

2  April 2013

Hari ini sangat menggembirakanku kerana sehari suntuk aku menghabiskan masa bersama insan yang aku cintai dalam diam. Betapa aku menghargai saat ini. Andai ku punya kuasa ingin saja aku menghentikan masa buat seketika. Tapi mana mungkin itu terjadi. Kerana aku hanya insan biasa.

15 Mei 2013

Ummi memberitahuku rancangannya untuk menyatukanku dan juga Erina. Aku terkejut. Kerana selama in I rupanya-rupanya perasaan yang aku pendam bukan lagi satu rahsia. Aku gembira mendengar berita perjodohan ini. Tapi… bagaimana pula Erina? Aku pasti Erina akan menentang rancangan ini. Erina kan hanya mengganggap aku sebagai sahabat. Tapi bagaimana pula perasaan aku? Sampai bila aku harus memendam perasaan? Cinta… mengapa begitu menyakitkan? Ya ALLAH bantulah hambaMU ini. Aamiin.

Erina terpana membaca tulisan tangan Zafran itu. Sungguh dia tak sangka bahawa sebegitu dalamnya kasih Zafran buat dirinya. Abang… maafkan Rin. Selama ni Rin banyak sakitkan hati abang, rintihnya di dalam hati.

20 Mei 2013

Sakit! Sangat sakit aku rasakan saat si dia yang aku cintai menjauhkan diri dariku. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan? Erina… mengapa sukar untuk aku menyentuh hatimu? Argh! Betapa selama ini hanya aku saja yang mencintai dia. Seksanya perasaan cinta tak berbalas hu hu

Jika tadi Erina terpana. Kini dia tergamam tiada terkata. Benar-benar menyengat sanubarinya. Tidak di sangka lelaki yang selama ini di aggap sahabat menyimpan perasaan cinta sekian lama. Erina menatap sayu wajah Zafran yang di jadikan sebagai wallpaper HTC nya. Airmata yang tidak jemu mengalir di pipi. 



+Balqis Cun  +baby mio ini luahan zafran huhuhu :D

2 comments:

Unknown said...

Terharu saya.

Unknown said...

heee thanks sudi singgah n baca :) heee selama ni perempuan je yang meluah perasaan kali ni kita kasi lelaki luah perasaan pula kasi kelainan