CINTA BILANG BENCI 3








Akhirnya Ramadhan yang dinantikan tiba jua. Disebabkan baru bermulanya Ramadhan Nadia dan juga Erina tidak dapat bercuti memandangkan masih banyak kerja yang ingin diselesaikan.

“ Rin, bangun.. Sahur. Sahur. Rin, Putri Erina Batrisya, bangun makan sahur.” Panggil Nadia namun tiada sebarang jawapan yang diterima dari Erina.

Nadia mengeluh hampa, kawannya yang seorang ni kalau tidur memang susahlah nak kejut. Agaknya letak bom kat tepi telinga pun dia tak dengar, eh macam mana nak dengar kalau dah ‘jalan’ kan. He he. Lantas dia merapati tubuh Erina yang mengerekot di atas katil empuk itu, kemudian di jeritnya di telinga comel Erina.

“ Putri Erina Batrisya.. Bangun makan sahur wei,” Nadia tersenyum senget melihat bibir Erina yang muncung  itu.

‘ Muka dah macam tertelan asam kecut je minah ni, ha ha.. Rasakan,baru dia tahu bakat terpendam Tarzan Women yang ada pada aku ni. He he, harus aku ucap terima kasih pada along ni. Sebab dia la penyumbang utama aku jadi Tarzan Women. Hu hu.’ sempat lagi Nadia memuji akan kakaknya itu.

“ Kau ni kenapa? Dah gila ke? Tak boleh kejut elok-elok sikit?” marah Erina dengan suara yang cuba dikawalnya.

“ Woi, nenek. Aku kejut kau sikit punya kau tak mahu bangun. Dah tu aku try la aura Tarzan aku. Ha ha,” usai berkata Erina mencampakkan bantal kecil pada Nadia namun sempat Nadia mengelak dari serangan hendap itu.

“ Banyak lah kau punya Tarzan. Kalau ada sakit jantung dah lama aku jalan tau. Kesian ibu aku tak sempat nak bermenantu.” seloroh Erina lantas dia bingkas menuju ke arah bilik air ingin membasuh mukanya.

Nadia memanaskan lauk-pauk sementara menunggu Erina membasuh mukanya. Dia sebak memikirkan emak dan juga ayahnya.

‘ Lamanya aku tak balik kampung, rindu pula pada mak dan ayah.’ desis hati kecil Nadia.


“ Ya ALLAH, bertuah punya anak. Zaf bangun, makan sahur. Zafran bangun cepat.” Panggil Puan Linda pada  Zafran seraya menggoncang lembut tubuh Zafran.

“ Pukul berapa ni ummi?” soal Zafran malas.

“ Dah pukul 5 ni, cepat sikit,” gesa Puan Linda.

“ Ye la, kejap lagi Zaf turun makan ye, nak cuci muka dulu,” ujar Zafran sambil menahan kantuknya.
Usai makan Ain menolong umminya mengemas meja makan, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. 
Segera dia menyudahkan kerjanya. Kemudian terus sahaja dia mendekati abangnya itu.

“ Eheem, boleh adik duduk kat sini?” soal Ain lantas tanpa menunggu jawapan Zafran terus saja dilabuhkan punggung bersebelahan abangnya.

“ La, tak malu. Along tak suruh adik duduk pun kan? Along tak bagi kebenaran pun.” Seloroh Zafran sambil mengeyitkan mata nakal.

“ Along!!!” Zafran hanya tersengih melihat wajah bengang adik kesayangannya itu.

Zafran sangat rapat dengan adik bongsunya ini berbanding adiknya angah a.k.a Zahiril kerana Zahiril sudahpun mendirikan rumah tangga dan duduk di rumah berasingan. Zahiril juga agak pendiam orangnya, kerana itulah Zafran merasakan ada jurang antara mereka.

“ Along, nanti temankan adik,” rengek Ain manja.

“ Teman ke mana? Jumpa boyfriend erk? Tak mau lah along.” Seloroh Zafran lagi.

“ Nak jumpa boyfriend tak payah ajak along. Kacau daun je,” ujar Ain selamba lantas disambut ketawa Zafran.

Puan Linda hanya memerhati anak-anaknya bergurau senda. Senang hatinya melihat situasi itu. Tiba-tiba terlintas di fikiran andainya Zafran sudah berkahwin pasti rumahnya akan sunyi, kerana Zafran seorang yang ceria dan selalu saja menyakat adiknya, kadang-kadang sehingga menangis Ain dibuatnya.

Please long, teman la adik. Jom lah,” rengek Ain sambil memaut erat lengan Zafran.

“ Erm,” Zafran hanya mengumam. Tidak tahu harus bicara apa lagi.

***************



“ Adik, cepat lah. Tadi beriya sangat. Dah la make-up sikit je, bukan nak cari calon suami pun.” Tempelak Zafran.

Ain menarik wajah masam mendengar butir bicara Zafran.

‘ Along ni kan ei geram betul aku. Mulut tak ada insurans langsung. Aku gayang mulut tu kang tau la.’ Desis hati kecil Ain.

“ Ha, tu umpat along la tu,” tebak Zafran. Ain hanya meloretkan senyuman saat Zafran dapat meneka apa yang bermain di fikirannya.

“ Tak umpat, mengata je,” pantas Zafran seligi kepal Ain, geram dengan jawapan yang diberikan.

“ Sama je la nenek oi,” ujar Zafran lantas segera menuju ke arah keretanya.

Ain menarik wajah masam. Tapi sekejapan cuma, dia berharap pertemuan yang dirancangnya ini menjadi. Kerana dia mahu mengembalikan senyuman Zafran yang hilang bersama kenangan 12 tahun yang lalu.

Ain menarik tangan Zafran agar membontotinya. Zafran merasa sedikit debar kerana dia masih mengingati disitu lah gadis genit yang dicarinya menghilangkan jejak. Di dalam hat Zafran menitipkan doa pada yang Maha Esa.

‘ Ya ALLAH, moga saja aku bertemu kembali dengan dia. Sungguh hatiku benar-benar tertanya siapakah dia. Kabulkanlah doaku ini.’ Zafran menitipkan doa.

Saat mata Zafran melihat papan tanda yang dinamakan BOUTIQUE ZAFRIN kakinya terasa bagaikan dipaku, serta-merta kenangan lalu menerpa ingatannya lagi.


“ Nama kau Erina, aku pula Zafran. Erm, aku kadang suka panggil kau Rin, kau pula panggil aku Zaf. Ha aku ada idea, apa kata kita gabungkan nama kita. Z.A.F.R.I.N ok tak?” soal Zafran sambil mengeja nama gabungan mereka satu persatu.

Erina mengukir senyuman manis buat Zafran, namun sekejap cuma. Zafran mengesat mutiara jernih yang mengalir di tubir mata Erina.

“ Kau jangan risau. Aku tak akan lupakan kau. Percayalah. Zafrin akan tetap di hati aku sampai bila-bila.” Erina terharu mendengar kata-kata yang diucapkan Zafran. Lantas dia mengesat airmata yang tidak silu untuk mengalir.

“ Kau jangan pernah lupakan aku, aku sayang kau Zaf. Kalau lah boleh aku buat permintaan, aku nak kau sentiasa disisi aku. Tapi mana mungkin itu terjadi. Kan janji tak akan lupakan aku kan?” tanya Erina.

“ Aku tak akan lupakan kau. Percayalah,” ujar Zafran sayu melihat keadaan Erina tika itu.

Zafran tersedar dari lamunan yang panjang saat sedar tangan ditarik. Pantas dia menoleh ke arah Ain.

“ Jom, along akan tahu kebenarannya nanti.” Tutur Ain memberikan kekuatan.

“ Assalamualaikum,” Ain memberikan salam pada gadis yang bernama Nadia, seperti yang tertera di nametagnya.

“ Waalaikumsalam. Ada apa yang boleh saya bantu?”soal Nadia.

“ Boleh saya tahu siapa owner butik ni? Please tolong jawab,” gesa Zafran.

“ Err.. butik ni atas perkongsian bersama, kenapa ye?” Nadia mengerutkan dahi hairan.

“ Siapa nama partner awak?” soalan dibalas dengan soalan.

Erina yang jadi pemerhati sedari tadi mengerutkan wajahnya. Hairan dengan sikap jejaka itu.

‘ Adakah dia Zaf? Zafrin aku? Ya ALLAH semoga aja ia benar.’ Hati Erina berbicara sendiri.

Erina menarik nafas dalam sebelum mengatur langkah menuju ke arah jejaka itu. Dia cuba mengusir debar di hati.

“ Putri Erina Batrisya. Saya rakan kongsi Nadia. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Erina.

Zafran menoleh ke arah suara yang sangat dirinduinya itu. Spontan bibirnya mengukir senyuman apabila melihat wajah Erina yang berdiri dihadapannya kini.

“ Putri Erina Batrisya, Zafrin. Awak dah lupakan saya? Zafran, Aidil Zafran. Awak masih ingatkan?” soal Zafran bertubi-tubi.

Melopong mulut Erina mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari bibir jejaka yang mengaku sebagai Aidil Zafran a.k.a sahabat lamanya. Sungguh sukar untuk dia menerima realiti di hadapannya kini.

“ Bohong! Kalau benar awak Zafran mengapa awak tidak pernah mencari saya? Awak kejam! Awak janji bahawa awak tidak akan melupakan saya, tapi hakikatnya awak..awak..” Erina tidak dapat menghabiskan kata kerana perasaan sebak kian menghimpit dirinya.

“ Tak, along tak pernah lupakan akak. Selama korang terpisah tak pernah walau sekalipun Ain tengok along duduk dengan tenang. Fikirannya sentiasa memikirkan akak, sentiasa murung sehingga mengabaikan dirinya sendiri. Along juga menyuruh Abang Faiz bantu cari akak. Percayalah, kami sekeluarga tak pernah lupakan akak.” Terang Ain panjang lebar.

Sob! Sob!

Kedengaran esakan halus Erina. Zafran menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya, Zafran mengucap syukur dalam hati, kerana ALLAH mendengar rintihan hatinya.

‘ Alhamdulilah ya ALLAH, sungguh aneh perasaanku ini. Apa sebenarnya yang aku rasakan ni? Perasaan ni lebih hebat sejak aku tahu bahawa selama ini aku tidak salah, bahawa gadis yang aku ekori secara diam ini benar-benar gadis yang aku cintai seperti 12 tahun yang lalu. Adakah ini yang dinamakan cinta?’ Zafran mengeluh sendirian mendengar suara hatinya bertingkah.

“ Rin, awak nak tahu tak? Sejak saya Nampak awak di panggung hari tu lagi saya dah yakin bahawa gadis itu adalah awak. Saya benar-benar rindukan awak Rin,” luah Zafran jujur.

Erina merasa kian sebak saat mendengar luahan hati Zafran. Benar, dia juga merasa apa yang dirasakan Zafran, bahkan sejak di panggung tempoh hari dia sering termimpikan Zafran.

“ Zafran, jika awak benar Zafran beritahu saya lagu apakah yang sering saya dengar 12 tahun yang lalu?” duga Erina.

Zafran hanya tersenyum bahagia mendengarkan soalan itu.

‘ Tenang sayang,
ku pasti akan datang,
kerna kaulah wanita terhebat’

Erina terkedu mendengar suara merdu Zafran  yang mendendangkan lagu kegemaran mereka.

“ Eh, Rin tak nak tutup kedai lagi ke? Lagi 1 jam setengah nak berbuka puasa ni?” tanya Nadia.

“ Ok, jom tutup kedai.” Usai Erina menutur kata Zafran telah menghulurkan bantuan tanpa dipinta.

Erina terharu dengan sikap yang ditunjukkan Zafran. Kini dia benar-benar yakin bahawa itulah sahabat yang kian lama terpisah dengannya.

“ Rin, awak berbuka puasa di mana?” soal Zafran penuh minat.

“ Err.. mana-mana aja, kenapa Zaf?” tanya Erina pula.

“ Kita berbuka sama-sama ye. Dah lama kita tak luangkan masa bersama, saya rindu saat dulu, tempoh 12 tahun sangat lama. Saya ingin tebus semula masa yang terbuang selama ini,’ ujar Zafran penuh makna.

Gurp!

Erina menelan liur. Gelabah tahap gaban saat Zafran berbahasa puitis. Erina mengalihkan pandangan kea rah lain saat matanya bertentang dengan sepasang mata milik Zafran.

‘ Adui! Zaf tolong la jangan nak berpuitis bagai, loya tekak den. Hu hu,’ getus hati Erina.

‘ Adeh! Along ni, peluang dah ada depan mata tu sambar aja lah. Nanti melepas baru padan muka,’ Ain menghantar isyarat pada abangnya namun sedikitpun tiada tindak balas dari abangnya.

“ Err, kita berdua saja ke?” soal Erina sedikit gugup.

“ Eh, kak Nadia jom kita pergi bazaar, beli apa yang patut,” ujar Ain seraya menarik tangan Nadia agar membontotinya.
***************

“ Kita bagi mereka peluang, along rindu sangat pada kak Rin. Ain dah agak pertama kali pandang kak Rin tu Ain yakin sangat bahawa dialah gadis yang telah mencuri hati along,” ujar Ain perlahan namun masih sempat Nadia menangkap ayat terakhirnya itu.

“ Ain cakap apa tadi? Zafran? Maknanya Zafran tu cintakan Erina, macam tu?” soal Nadia bagaikan tidak percaya.

“ Err.. kak.. tolong ye, Rahsiakan dulu dari kak Rin, biar abang Zaf sendiri yang beritahu tolong ye kak Nadia,” ujar Ain teragak-agak.

“ Ok, akak akan pastikan Zafrin bersatu. Ain jangan risau, akak zip mulut ok,” Ain menarik nafas lega mendengar bicara Nadia.

“ Err, Zaf saya nak taya sikit boleh?” soal Erina teragak-agak menanti respon Zafran.

“ Nak tanya apa?” soalan dibalas dengan soalan.

‘ Adui! Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku. Gugup! Mungkin lama tak jumpa kot,’ hati Erina bertingkah.

“ Rin nak tanya apa?” soal Zafran sambil menggawangkan tangan di wajah Erina.

“ Ha, err. Macam mana Zaf yakin sangat bahawa Zaf tak salah orang? Sedangkan kita tidak pernah bertegur sapa pun.” Zafran mengukir senyuman mendengar pertanyaan Erina.

“ Segalanya tentang awak tidak pernah saya lupakan. Kerana setiap kali saya pandang wajah awak mengingatkan saya pada gadis comot yang pernah menjadi teman sepermainan saya,” seloroh Zafran.
 
‘ Juga kerana hati ini sentiasa bergetar setiap kali melihat wajah ayumu Erina, dan aku benar-benar yakin bahawa kaulah permaisuri yang selama ini aku cari.’ Desis hati kecil Zafran.

 Usai berbuka puasa Zafran menghantar Erina sehingga ke rumah sewanya. Setelah bertukar no telefon Erina keluar dari perut kereta. Setelah memastikan Erina selamat masuk sehingga ke pintu pagar terus saja Zafran memecutkan keretanya.

Spontan bibir Erina mengukirkan senyuman bahagia, kini sahabat karibnya telah kembali. Erina mengucapkan syukur yang tak terhingga pada Yang Maha Esa.

“ Alhamdulilah ya ALLAH,terima kasih kerana pertemukan lagi aku dan Zafran, sungguh aku gembira. Moga pertemuan ini tidak akan terpisah lagi.” tanpa Erina sedari doanya diaminkan oleh Nadia yang sedari tadi memerhatikannya.


nota kaki :- enjoy reading :)

selamat menyambut hari raya.

jangan lupe drop komen terima kasih :)

9 comments:

Afifah Yusof said...

yeay! Akhirnya setelah 12 tahun dua sahabat ini bertemu juga. Adakah bibit-bibit cinta akan tercetus? hihi. menarik kak. sambung lagi dan terima kasih :)

Selamat hari raya kak weeda. maaf zahir dan batin :)

Unknown said...

erm,kan?huhuhu...akhirnya pertemuan mereka terjadi juga,hehehehe

cinta? hanya Zaf yg tau jawapan tu


Selamat hari raya juga buat afi,thanks sudi tnggal jejak :)

Ave Raishaa said...

akhirnya, jumpa jgak zafrin erkk stelah lma b'pisah..
hurmm, x sbar lak rsanya nak tau cmne zaf luahkn prasaan pd erina nnt...
chaiyokk kak, want more...

Unknown said...

sha,that's chapter kena tunggu naa hehe

oman said...

Akhirnya shabat yg lama trpisah brtemu juga..terharu pulak hati ni..x sabar anja nak tggu strusnya cita seterusnya..cpat2 smbyng ya ...

Selamat hari raya maaf zahir batin..

Unknown said...

anja,trme kasih atas komen,insya ALLAH atam akan sambung lgi k :) selamat hari raya juga buat anja.

Ann.Awa said...

Saya sukaaa...

Unknown said...

Best... suka3...

Unknown said...

ary tq dear.....

rose aleyna tq sukakannya :)