LAST CINTA BILANG BENCI BAB 20

HOPE ENJOY LAST N3



Terima kasih kerana selalu menyokong, mengomen dan mengkritik karya saya. Setiap komen, kritik anda sangat penting bagi saya. Doakan agar CKB cepat siap ya... :)












Erina menghidupkan komputer kesayangannya lalu dia melarikan tetikus. Butang winamp ditekan. Lantas lagu cinta dan benci berdentum kuat dari komputernya. Dia melarikan jemari keatas butang keyboard. Kemudian dia membuka laman sesawang google. Butang blogger dibuka.
           
 Lama pula rasa aku tak baca post blog AZPEB. Ada post baru tak agaknya? La, takde ke? Ish! Kecewa betul. Lantak la aku pun dah lama post apa-apa kat blog. Erm, baik aku tulis kat blog. Gumam Erina.
            
 Erina mula melarikan jemari diatas keyboard. Dia memilih tajuk Cinta Ke Benci untuk post yang akan dia tuliskan.


Cinta Ke Benci??
Terlalu sukar
Untuk aku ungkap

Kerana antara
Cinta dan Benci

Mana satukah
Perasaanku terhadap dia.

Ya! Dia yang bakal
Aku jadikan pasangan hidupku.
Haruskah aku menanam cinta buatnya?

Atau aku harus
Berpura-pura mencintainya?
Sukar! Sangat sukar.

Kerana antara Cinta dan Benci
Kedua-duanya wujud untuk dia…


Nukilan Snow Princess.

Erina membaca semula apa yang baru ditulisnya itu. Setelah itu dia menekan butang publish. Dia bernyanyi kecil mengikut rentak lagu Stacy-Kasanova. Erina tersentak apabila dikejutkan dengan bunyi nyaring yang datangnya dari HTC yang terselit di bawah bantal. Dia merenung skrin HTC sebelum mengangkat panggilan itu.

“ Assalamualaikum Putri. Sayang buat apa tu?” Puan Zaiton memulakan mukadimah.

“ Waalaikumsalam bu. Putri tak buat apa pun.” Balas Erina. Lalu dia menekan butang pause pada winampnya.

“ Putri sihat? Bila nak balik jumpa ibu dengan ayah? Kami rindu Putri tau,” kata Puan Zaiton. Suaranya kedengaran bergetar.

“ Putri sihat. Putri pun rindukan ibu dan ayah. Insya-ALLAH minggu depan Putri balik ya bu. Ibu sihat?” tanya Erina. Dia membaringkan tubuh yang terasa lenguh.



“ Ibu sihat. Putri benar-benar yakin dengan keputusan Putri? Ibu harap Putri nekad dengan keputusan Putri. Aidil satu-satunya lelaki yang baik buat Putri. Ibu yakin dengan kata hati ibu,” cerita Puan Zaiton.


Erina mengetap bibir. Lidahnya kelu untuk berbicara. Terkadang hatinya merasa bahagia, terkadang pula dia mula berfikir adakah tindakannya menerima lamaran Zafran itu adalah yang terbaik untuknya atau sebaliknya.


“ Putri.”


Senyap.


“ Putri, sayang kenapa senyap ni? Dah tidur ke?” soal Puan Zaiton. Erina menekup mulutnya tidak mahu ibunya mendengar esakan tangisnya.


“ Ya, bu. Putri err… Putri berserah pada ALLAH. Kerana err… Dia Maha Mengetahui kan bu? Doakan yang terbaik buat Putri,” pinta Erina sebelum memutuskan talian.


ZAFRAN  memicitkan pelipisnya. Setelah diberitahu umminya tentang tarikh pertunangan yang akan dibuat dalam masa terdekat, dia mula merasa gementar dan juga takut. Entah mengapa sejak pertemuannya dengan Khuzaimi dan Selly hatinya benar-benar tidak tenang. Kini Camelia juga mula memunculkan dirinya semula. Sukar untuk dia percaya bahawa Camelia sudah berubah. Namun apabila difikirkan kembali, tiada yang mustahil. Kerana pantai juga berubah, inikan pula hati manusia bukan?


“ Aduh! Sakitnya kepala aku ni. Macam nak pecah rasanya.” Getus Zafran. Dia menutup lampu lalu cuba untuk memejamkan matanya. Saat matanya ingin terlelap dia mendengar HTC yang bergetar. Pantas jemarinya membuka pesanan ringkas dari Faiz.

+  Zaf, kau dah tidur ke?

Zafran membalas pesanan ringkas itu dengan kepala yang semakin berat.

+ Baru nak tidur. Kenapa?


Faiz tersengih membaca mesej yang diterima itu. Dia cuba menyusun ayat agar Zafran memahami apa yang ingin dikatakannya.


+ Aku ingat nak minta tolong kau sikit.

Zafran mengeluh membaca mesej dari Faiz itu. Hatinya terasa sepi tanpa sebarang mesej dan juga telefon dari Erina. Namun dia cuba untuk menepis perasaan itu, kerana ingin memberi dirinya dan juga Erina peluang. Segera dia menekan nombor Faiz kerana terasa malas untuk menaip mesej.

“ Assalamualaikum. Bro kau nak minta tolong apa?” sapa Zafran acuh tidak acuh.

“ Waalaikumsalam. Zaf  err… kalau kau tak kisah kan, kau tolong temankan aku pilih cincin.” Faiz berterus terang akan niatnya.


“ Cincin? Kau nak buat apa? Kahwin ke?” Zafran mula bertanya soalan yang tidak masuk dek akal.


“ Eh, tak adalah. Aku nak main pondok-pondok je,” perli Faiz.


Zafran ketawa mengekek mendengar jawapan Faiz. Terasa beban didada sedikit berkurangan.


“ Janganlah marah. Erm, besok aku temankan. Tahniah bro. Ana terima ke?” soal Zafran sambil memeluk erat bingkai gambar Erina.


“ Ana belum terima. Tapi aku tak kisah, sebab lama mana pun masa yang diambil aku sanggup tunggu. Macam kau tunggu Rin selama ni,” kata Faiz lalu berjalan ke arah balkoni   rumahnya.


Faiz merenung dada langit yang gemerlapan itu. Dia tersenyum melihat keindahan ciptaan Tuhan. Dia memanjatkan syukur kerana di pertemukan gadis seperti Farhana. Sungguh kehadiran Farhana memberikannya sinar bahagia yang dinantikan selama ini.

“ Bro, aku rasa macam… takut. Tak yakin dengan Erina. Aku rasa…”

 
“ Kenapa dengan Erina?” pantas Faiz mencelah kata-kata Zafran.

“ Aku err… dia. Aduh! Susah la nak cakap. Sebenarnya macam ni. Lately ni ada la seorang minah gedik ni kacau aku. Tapi aku layan. Dan yang merunsingkan aku sekarang ni ialah bekas kekasih Erina. Dia masih menganggu Erina,” cerita Zafran.

“ Zaf, aku tahu apa yang rasa. Kau takut Erina berubah hati bukan?” tanya Faiz bagaikan memahami situasi Zafran.


“ Ha, tahu pun kau. Aku dapat rasa Khuzaimi takkan berdiam diri je. Sebab aku nampak dalam mata dia seolah-olah dia berdendam dengan aku,” ujar Zafran lalu dia melepaskan keluhan berat.


“ Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku. Bro! Kau kena yakin pada takdir. Andai benar Erina adalah tulang rusuk kau yang hilang tu, insya-ALLAH kau tetap akan bersatu walaupun beribu dugaan yang datang. Percayalah,” nasihat Faiz dengan penuh ikhlas.


“ Terima kasih bro. Eh, aku tidur dulu. Makin sakit kepala aku ni. Assalamualaikum.” Setelah memberi salam Zanran memutuskan talian lalu dia mencampakkan HTC di atas katil.






ABANG rasa bila tarikh yang sesuai untuk pertunangan anak kita?” soal Puan Zaiton seraya membaringkan tubuh di sisi suaminya.

“ Kalau ikutkan abang, 3 bulan dari sekarang. Tapi bukan ke lebih elok kalau kita tunggu Putri untuk buat keputusan? Abang bukan apa sayang, risau Putri buat perangai. Tengoklah dulu, kita nak jodohkan dengan Aidil tu macam-macamlah alasannya. Abang cuma mahu yang terbaik untuk anak kita,” kata Encik Zainal seraya memaut erat pinggang si isteri.

“ Baiklah bang, saya ikut saja.” Balas Puan Zaiton ringkas.

“ Ada tak Putri kata bila dia nak balik?” tanya Encik Lazim.

“ Putri kata minggu depan dia balik. Abang rasa betul ke apa yang kita buat?”

“ Apa maksud awak?” soal Encik Lazim lantas dia melepaskan pelukannya.

“ Yalah. Jodohkan Putri dengan Aidil. Abang rasa betul ke tindakan kita?” tanya Puan Zaiton.

“ Abang.”

Senyap.


“ Abang.”

Senyap.


“ Ish, orang tua ni kita tanya boleh senyap pula.” Rungut Puan Zaiton lalu mendongak memandang wajah suaminya.

Patutlah senyap. Dah tidur rupanya. Penat saja aku bebel sorang. Keluh Puan Zaiton. Lantas dia menarik selimut untuk membaluti tubuhnya dan si suami.

ERINA menutup komputer riba setelah berbicara dengan ibunya. Dia mengatur langkah ke balkoni biliknya. Dia hanya membiarkan angin malam menyapa wajahnya. Terasa sedikit tenang hatinya saat merenung dada langit.

“ Khuzaimi, kenapa kau buat aku macam ni? Dulu kau buang aku tanpa belas kasihan. Tapi kenapa sekarang kau merayu pada aku agar menerima kau semula? Ah! Hidup ini terlalu sukar. Zafran, mengapa setiap kali mengingatimu hatiku terasa berdebar? Terasa diri ini tidak sanggup berjauhan darimu, sesaat pun aku tidak sanggup. Adakah benar ini cinta?” Erina bermonolog sendirian.


Setelah penat berdiri Erina duduk di kerusi yang berada di balkoni itu. Dia memeluk lutut sambil dagu diletakkan di atas kepala lutut. Dia hanya membiarkan angin malam menggigit tubuhnya. Resah, gelisah segalanya berada dimindanya.


Kenangan saat dia bersama Khuzaimi terlayar di minda. Entah mengapa hatinya tiba-tiba digamit rasa rindu pada kenangan lalu.


“ Risya, awak nak tahu tak awak adalah wanita yang sangat istimewa dalam hidup saya? Saya tak sanggup kehilangan awak,” ujar Khuzaimi lalu cuba untuk merangkul tubuh Erina.


“ Zaimi, saya tak suka awak peluk saya. Tolong hormat pendirian saya.” Tegas Erina.

“ Ala, awak ni. Nak manja sikit pun tak boleh,” rajuk Khuzaimi. Erina mangukir senyuman manis melihat memek muka sedih jejaka itu.

“ Itu prinsip saya. Kita belum halal jadi kita harus menjaga batas pergaulan,” pujuk Erina lalu tersenyum.

“ Baiklah. Sayang tengok tu matahari terbenam. Cantikkan?”

“ Cantik. SubhanaALLAH. Indahnya kurnianMU.” Erina mengucap syukur saat melihat matahari terbenam di Pantai Cherating itu.

“ Tapi bagi saya awak lagi cantik. Saya sayang awak Risya,” ujar Khuzaimi sambil merenung tepat wajah Erina.

“ Saya tak percaya,” kata Erina lantas menyimbah air pada wajah Khuzaimi lalu dia berlari dari dikejar Khuzaimi.

Khuzaimi turut berlari mendapatkan Erina. Setelah mendapatkan gadis itu dia menyimbah air ke wajah Erina. Lalu dia ketawa saat melihat muncung sedepa gadis kesayangannya.

“ Ala, sayang. Takkan merajuk kot?” Khuzaimi bertanya sambil menhan ketawa melihat Erina yang sudah lencun dek disimbah olehnya.

“ Menyampah. Dah la nak balik ke resort,” rajuk Erina.

“ Ala janganlah merajuk. Risya, Risya.” Erina tidak mengendahkan seruan Khuzaimi itu. Sengaja dia berbuat demikian, ingin melihat sejauh mana lelaki itu untuk memujuknya namun dia hampa kerana tidak lagi mendengar suara itu memanggilnya.

Dengan langkah gontai Erina meneruskan langkah untuk pulang ke resort. Ingin pulang untuk berehat seketika.

Nanti selepas solatla baru aku pujuk Zaimi. Benar ke Zaimi sayangkan aku? Kenapa dia tak halang saja aku dari pergi tadi? Terasa penat otak Erina memikirkan soal Khuzaimi.

Tok! Tok!

Kelam kabut Khuzaimi mencapai pakaiannya saat mendengar ketukan di pintu yang bertalu-talu itu. Dia sudah menggelabah tidak tentu arah, namun dia cuba untuk mengawal riak wajahnya.

“ You menyorok dulu mana-mana,” arah Khuzaimi.

“ Okey. Janji jangan lama sangat,” ujar gadis itu sebelum menyembunyikan diri.

Tok! Tok!

Khuzaimi keluar untuk membuka pintu setelah memastikan Monalisa menyembunyikan diri. Dengan wajah tanpa riak dia bertanya.


“ Ada apa ni Ustaz?” tanya Khuzaimi pada empat orang lelaki lingkungan 30-50 tahun yang berdiri dihadapannya dengan pandangan sinis itu.

Khuzaimi kecut perut saat renungan tajam lelaki-lelaki di hadapan bagaikan menikam sanubarinya.

“ Kami dari Jabatan Agama Islam Kuantan. Kami dapati ada laporan mengatakan awak bersekedudukan. Apa benar?” soal salah seorang dari mereka.

“ Err… ma… mana ada. Saya seorang saja. Ustaz salah…”

“ Sayang, you kata sekejap je,” ujar Monalisa dari arah belakang lalu dia membuntangkan mata saat melihat lelaki berkopiah di hadapan bilik teman lelakinya itu.

“ Huh! Seorang? Siapa gadis ni? Tolong bagi kerjasama ya. Kamu berdua ni dah di kira berbuat maksiat. Duduk bersekedudukan,” sinis salah seorangnya lagi.

“ Zaimi, apa… apa maknanya semua ni? Bersekedudukan?” Erina menggelengkan kepala tidak percaya apa yang baru didengarnya itu.

“ Siapa pula gadis ni? Berapa ramai perempuan simpanan kamu?” sinis salah seorang lelaki yang memakai jubah itu.

“ Penipu, pembohong. Konon sayang saya. Aku benci kau Zaimi. Mulai hari ni hubungan kita putus. Jangan cari aku lagi!” Bentak Erina lantas dia berlari meninggalkan Khuzaimi bersama kenangan mereka.

“ Risya tunggu dulu Risya. Semua ni tak macam apa awak fikirkan,” ujar Khuzaimi.

Erina menolak tubuh Khuzaimi yang menghalang laluannya. Sungguh dia benci untuk menatap wajah Khuzaimi saat itu.

“ Sayang tolong, jangan tinggalkan saya,” rayu Khuzaimi seraya menarik pergelangan tangan gadis itu.

Erina mula berang. Lantas dia merentap kasar tangannya lalu menampar wajah lelaki yang pernah singgah dihatinya. Segera dia meninggalkan Khuzaimi yang terpinga-pinga itu.

Erina kembali ke alam nyata saat mendengar bunyi guruh yang berdentum kuat. Segera dia mengatur langkah lalu dia menguncikan pintu balkoninya. Setelah menutup lampu dan membaca surah kursi dia membaringkan tubuh di atas katil.


ANITA masih teringat kata-kata hinaan yang dilemparkan suaminya. Entah mengapa hatinya sukar untuk memaafkan perbuatan suaminya itu. Dia menggosok perutnya yang kempis. Serta merta ingatan lalu menerjah ingatannya.

“ Kau masak apa ni? Hei! Kau mari sini!” Herdik Zahiril seraya menarik rambut Anita.

“ Abang, sakit,” ronta Anita Namun sedikit pun tidak dihiraukan Zahiril.

“ Kesah apa aku? Kau sakit ke tidak.” Berang Zahiril. Nafasnya turun naik kerana perasaan marah yang tidak terkawal lagi.

“ Abang tolonglah. Sakit bang,” ronta Anita lagi. Dia cuba untuk melepaskan cengkaman Zahiril dari terus menyeksa dirinya.

“ Ni, semua makanan ni layak untuk perempuan kampung macam kau je. Dah la, tak ada selera aku nak makan. Tambah pula tengok muka comot kau tu. Buat sakit mata je,” kata Zahiril. Tanpa belas dia menolak tubuh Anita sehingga kepala isterinya terhantuk pada dinding lalu terjelepok jatuh ke lantai.


Anita tersentak dari lamunan apabila tangan kekar Zahiril melingkari pinggangnya. Lalu dia meleraikan pelukan itu. Segera dia mengatur langkah menjauhi suaminya.

“ Ita, sayang kenapa ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zahiril dengan lembut.

Senyap.

“ Ita, kenapa ni?” soal Zahiril lagi. Lantas dia memalingkan tubuh Anita agar menghadapnya. Dia memengang dagu Anita agar memandangnya.

“ Tak ada apa. Ita kan tak layak buat awak. Ita sekadar perempuan kampung. Perempuan untuk… memuaskan nafsu awak saja,” ujar Anita bersama linangan airmata yang tidak dibendung lagi.

“ Sayang, abang tahu abang salah. Maafkan abang. Abang sedar abang tidak layak buat Ita. Tak mengapalah. Abang sedia terima segala hukuman Ita.” Tutur Zahiril lalu tunduk menekur lantai.

“ Ceraikan Ita.” Segera Zahiril memanggungkan kepala saat mendengar sebaris ayat yang diungkapkan Anita.

“ Tidak. Abang tidak akan ceraikan Ita. Abang terima apa saja hukuman, tapi bukan dengan menceraikan Ita,” Zahiril menarik tubuh Anita agar rapat dengannya.

Anita menolak lembut tubuh Zahiril. Tanpa sepatah kata dia berlalu ke katil lalu dia mencapai bantal dan selimut.

“ Ita nak kemana bawa bantal tu?” soal Zahiril dengan wajah yang tegang.

“ Awak tidurlah atas katil. Biar saja Ita…”

Pantas Zahiril mencelah kata-kata Anita. Entah mengapa dia mula rasa sepi saat Anita mula menjauhkan diri darinya.

“ Sayang tidur atas katil. Biar abang tidur atas sofa. Sayang kena jaga kesihatan. Jangan disebabkan abang, sayang sakit,” ujar Zahiril lantas dia mengambil bantal dan juga selimut.

“ Selamat malam sayang,” ucap Zahiril sebelum melelapkan matanya.

Anita menekup mulutnya, tidak mahu suaminya mendengar esak tangisnya itu. Dia memengang perutnya yang kempis itu.

‘ Maafkan Ita bang. Ita belum boleh memaafkan perbuatan abang. Sayang, maafkan ibu ya. Kalaulah sayang ada pasti ibu dan ayah akan bahagia. Tunggu ibu di syurga ya.’ Anita merintih hiba mengenangkan anaknya yang telah tiada itu.

Zahiril mencuri pandang wajah Anita yang berada diatas katil itu. Hatinya merasa pilu apabila mengingatkan perkataan ‘cerai’ yang keluar dari ulas bibir isterinya itu.

‘ Ya ALLAH, lembutkan la hati isteriku untuk menerimaku seadanya. Kerana aku tak sanggup, aku tak  mampu hidup tanpa dia ya RABB. Izinkanlah aku untuk bahagia bersama isteriku,’ doa Zahiril didalam hati.





P/S = assalamualaikum..... Huh! last n3 saya dah lepaskan... erm sebelum tu saya nak minta maaf andai n3 kali ni kurang panjang, xberapa best ke apa... silalah drop komen. setiap komen amat saya hargai. Terima kasih kerana menyokong saya selama ni. Sokongan padu anda amat saya hargai... hope enjoy n3 kali ni.. Apa jadi jadi angah dan Anita?? Akankah mereka berbaik? Heee ;)

10 comments:

Nurul Akira Abd.Rahman said...

oh,no!! dah habis dah..lepas ni rindu la dekat zaf n erina lagi.. sob, sob, sob.. :( :( :(

nurul nuqman said...

oh no!!!! uwaaa heee akk pun rindu nak konsi cerita dgn korang..apa2 pun tq singggah baca n kome. sangat rasa terharu :)

Ai Addryanaa said...

alaaa... apakah y jd pd hubungan zahiril n ita lpas nie..??
kenapa ngan erina y tetiba teringat kenangn lma ea n zaimi..
acane zafran na time knyataan y zaimi n selly mgkin akn blas dendam.. n btul kea camelia da berubah..?? hurmm, can't stop from thinking 'bout that..

nurul nuqman said...

hee cha :) mcm mana erk Ita n Zahiril???heeee


Erina teringat je

Insya-ALLAH Zaf akan kuat :)

Camelia??? Err.....


don't stop to think about it k hehe

tq cha selama ni sokong n bg semangat pada akk

oman said...

Alaaa da abis ke? Mc mn cita ita gan angah? Nadia apa cita? Farhana terima ke lamaran zafril? Jd ke zaf kwin?

nurul nuqman said...

anja segalanya akan terjawab dlm versi cetak insya-ALLAH

Ai Airysha said...

Akakkk, masih x puas hati selagi belum tau niat sebenar Camelia. Then, Zaimi dgn si Selly tu... bila laa nak cha aliff but dari hidup Zaf ngan Erina? Cheese cake basi betul laa dorang nie. Akak, soal angah dgn Ita macam mana kak? Nak tau jugak apa y jadi dekat dorang.

nurul nuqman said...

hahaha sabarlah menanti miahahahaha yg pastinya selly jelly xkan ada dlm ini cerita okey? heee sabar n doakan yg terbaik buat mss akk ni ye tq dear

Shaefar Naressa said...

Akak ! Nak buat versi cetak ke ?

nurul nuqman said...

shaefar yup nak buat versi cetak heee