MAS
IDAYU merapikan diri di hadapan cermin. Dia menelek
wajahnya beberapi kali. Lantas dia mencoleskan sedikit gincu bibir agar tampak
lebih bermaya. Setelah itu, dia perhatikan pula baju yang membaluti tubuhnya.
“
Cantik pun. Ayu memang cantik.” Mas Idayu ketawa di hujung katanya.
“
Ayu!!” Mas Idayu yang mendengar namanya dijerit itu tersentak. Hampir saja
dirinya jatuh menyembam lantai. Dia mengurut dada beberapa kali.
“ Ada apalah mak ni. Terjerit-jerit. Macamlah ayu yjauh berbatu. Ish! Mak aku ni
teringin nak jadi tarzan agaknya,” gumam Mas Idayu lalu melangkah keluar dari
bilik.
“
Ha, kau buat apa dalam bilik tu Ayu? Mari sini tolong mak. Goreng karipap tu.
Pak Su Zahar kamu tempah untuk tengah hari nanti. Cepat pergi goreng,” arah
Puan Saodah.
Mas
Idayu memutarkan bebola matanya ke atas. Sungguh bosan saat cuti sekolah
menjelma. Kerana pastilah ibunya akan mengerah tenaganya untuk membantu ibunya
di dapur.
‘
Aku ni dah la anti nak masuk dapur. Redha je la,” gumam Mas Idayu.
Sedang
Mas Idayu menggoreng karipap tiba-tiba telinganya menangkap suara Puan Saodah
menyanyikan lagu kegemarannya. Siapa lagi kalau bukan penyanyi dangdut Mas idayu
tu. Eh siap gelek lagi. Lantas Mas Idayu mengekek ketawa.
Seratus
persen cintaku
Hei hei hei hanya untukmu
Hei hei hei hanya untukmu
Seratus
persen cintaku
Hei hei hei rela untukmu
Hei hei hei rela untukmu
Ah...
jujur ku akui
Kamu yang paling okey
Cintaku seratus persen
Kamu yang paling okey
Cintaku seratus persen
Mas
Idayu melambakkan ketawanya siap tekan-tekan perut lagi. Tak menahan dia
melihat gelekan mak cik Saodah itu. Orang kampung selalu menggelar ibunya
Saodah Gelek. Kerana ibunya itu cukup terkenal dengan gelekan mautnya.
“
Kamu ni kenapa? Tak boleh tengok mak senang sikit,” marah mak cik Saodah. Mas
Idayu masih juga ketawa terbahak-bahak.
“
Mak ni lawak la. Adui! Sekali mak gelek kalah Mas Idayu tu. Mak cuba goyang
Inul pula,” ujar Mas Idayu lantas dia meniru cara Mas Idayu mengelek.
“
Sudah-sudah. Badan kurus macam kamu nak gelek? Apa yang kamu ada? Setakat nasi
lemak 50 sen kamu tak payah nak tiru gaya Mas Idayu kesayangan mak tu gelek. Tu
Tengok karipap kamu tu. Dah hangus karipap kamu tu. Sibuk lagi nak bergelek.
Habis jahanam karipap aku,” omel mak cik Saodah lantas menyusun nasi lemak di
dalam bakul untuk di jual.
Mas
Idayu mengangkat karipap dari kuali. Setelah itu, dia toskan dahulu untuk
menurunkan minyak. Lantas dia menggoreng karipap untuk kesekian kali.
“
Ayu, kamu lepas habis saja SPM carilah kerja sementara nak tunggu result ya.
Nak harapkan niaga mak ni berapa sen sangatlah kita dapat,” ujar Puan Saodah.
Suaranya kedengaran lirih.
“
In sya ALLAH mak. Ayu kalau boleh tak mahu mak niaga lagi. Mak pun bukannya
sihat sangat.” Mas Idayu meluahkan kerisauannya terhadap kesihatan ibunya itu.
Wanda |
“
Assalamualaikum, Ayu.,” seru Wanda sahabat baik Mas Idayu.
“
Waalaikumsalam. Ha, kau Wanda. Meh masuk,” pelawa Mas Idayu.
“
Ha, Wanda. Mari duduk. Kamu dah makan?” soal Puan Saodah berbasa basi.
“
Sudah mak cik.” Tutur Wanda dengan sopan.
“
Ha, Ayu kau kata nak pergi cyber cafe
kan? Jomlah aku temankan,” ujar Wanda setelah melabuhkan duduk berhadapan mak
cik Saodah.
“
Erm, boleh juga. Mak lepas Ayu siap tolong mak Ayu nak pergi cyber cafe kejap
ya. Ada kerja sikit,” ujar Mas Idayu sambil mengangkat karipap dari kuali.
Setelah itu, dia memasukkan karipap yang telah siap sejat ke dalam bakul yang
akan di bawa ibunya ke gerai Pak Su Zahar.
“
Yalah Ayu. Pergilah, mak izinkan. Tapi jangan melencong ya. Lepas siap kerja
kamu balik rumah cepat. Tolong mak balutkan nasi lemak,” pesan mak cik Saodah.
Usai
sahaja menyarung tudung Mas Idayu menempek sedikit bedak agar tampak lebih
bermaya. Setelah berpuas hati dia mengatur langkah keluar dari bilik.
“
Wanda, aku dah siap,”
“
Jomlah, nanti lambat pula balik,” ujar Wanda. Wanda memberi kunci motorsikalnya
pada Mas Idayu. Seperti biasa andai mereka keluar bersama pasti Wanda akan
membiarkan Mas Idayu yang membawa motornya.
Wanda
merupakan sahabat baik Mas Idayu dari kecil lagi. Disebabkan sikap garang Mas
Idayu itulah, yang menyebabkan ramai yang tidak berani untuk mendekati Mas
Idayu. Bukanlah tiada orang yang meminati Mas Idayu namun dia tidak mahu
membuang masa untuk memikirkan semua itu kerana masih belajar. Baginya
pelajaran itu sangatlah penting.
“
Ayu aku nak tanya kau sikit. Boleh?” soal Wanda setelah sampai ke cyber café.
“
Apa dia?” soal Mas Idayu seraya membetulkan tudung yang melepek akibat memakai
helmet.
“
Kenapa kau tak nak bercinta? Aku tengok pelajar form 6 tu asyik usyar kau je.
Apa namanya tu… ha Harith Naufal. Macam dia suka kau je,”
Mas
Idayu menjulingkan matanya. Terasa anti pula mendengarkan nama itu.
“
Apa maksud kau? Budak nerd tu? Hish, minta simpanglah,” ujar Mas Idayu sambil
membuat muka bosan.
“
Kak. Ada pc kosong?” soal Mas Idayu pada pekerja café itu.
“
Ada. Pc nombor 12 ya dik. Adik nak guna satu pc saja kan?”
Mas
Idayu menganggukkan kepala berkali-kali. Sesekali dia menjeling pada Wanda di
sebelah.
“
Wanda kau tak mahu masuk ke?” tanya Mas Idayu sambil mengepit fail yang
dibawanya sedari tadi.
“
Kau masuklah. Aku bosanlah tunggu kau buat kerja. Bukannya reti sekejap.” Tutur
Wanda tanpa sedikit pun memandang wajah Mas Idayu.
“
Ikut suka kaulah. Malas aku nak paksa,” balas Mas Idayu acuh tak acuh.
MAS
IDAYU mengurut pelipisnya. Sungguh dia terasa bagaikan
kekosongan. Sejak Wanda menyepikan diri dia mula merasakan kehilangan. Dia
terkenang kembali peristiwa 4 tahun lepas dimana dia mendapat keputusan
cemerlang daripada Wanda. Setelah itu, jejaka yang digilai Wanda juga turut
menyukai Mas Idayu membuatkan Wanda berang lalu memutuskan persahabatan mereka.
“
Ah! Sudahlah kau Ayu. Konon kawan baik. Kau tahu kan yang aku sukakan Harith.
Kenapa kau nak rampas dia? Dah la kau selalu je dipuji cikgu, sekarang ni pula
kau nak rampas lelaki yang aku suka?” jerkah Wanda. Wajahnya panas membahang
melihat wajah tenang Mas Idayu.
“
Wanda, Wanda. Tak kan kerana seorang lelaki saja kau mahu memusuhi aku? Wanda,
kau sedar tak apa yang kau buat? Aku tak sukakan Harith tu. Kalau kau mahu kau
ambil sajalah,” ujar Mas Idayu dengan lembut.
“
Tak usahlah kau berlakon baik. Aku benci kau. Mulai hari ni kau bukan kawan
aku.”
Mas
Idayu tersentak dari lamunan saat namanya dipanggil seseorang.
“
Cik Mas Idayu,” gamit seorang wanita berpakaian blouse berwarna pink dan
berskirt paras lutut yang berwarna hitam itu.
“
Silakan masuk Cik Mas Idayu,” pelawa gadis itu lalu membukakan pintu
seluas-luasnya.
“
Terima kasih Pasha. Awak boleh keluar sekarang,” arah satu suara yang
membelakangi Mas Idayu itu.
Mas
Idayu cuba mengukir senyum saat jejaka itu memusingkan kerusi menghadapnya.
Aduh! Dah lenguh mulut aku ni senyum tak reti-reti nak suruh aku duduk ke?
Hampeh punya manusia, monolognya dalam hati.
“
Silakan duduk,” arah jejaka itu dengan wajah serius.
Mas
Idayu melabuhkan punggungnya di kerusi
empuk itu. Matanya dilarikan melihat keadaan sekeliling bilik itu.
“
Ehem-ehem.” Mas Idayu menghentikan perbuatan apabila mendengar suara deheman
yang agak kuat.
“
Nama saya Naufal. Mana resume kamu?” tanya jejaka itu masih dengan wajah yang
serius.
Mas
Idayu menghulurkan segala bagai resume dan sijil yang dimilikinya. Seketika dia
mengerutkan dahi melihat wajah jejaka itu yang seperti menahan kentut saja.
Naufal tersenyum sebaik melihat resume
wanita di hadapannya. Sungguh dia rasa ingin melambakkan ketawa apabila membaca
sebaris nama itu.
‘ Mas Idayu. Heee, kalau mama tahu ni
mesti dia suka. Mama kan gemar sangat dengan penyanyi dangdut Masidayu tu. He
he...’ getus Naufal didalam hati.
“
Mas Idayu?” Naufal menahan diri dari ketawa.
‘
Ni yang malas nak beritahu nama aku yang cantik lagi vogue ni. Ei, mangkuk
bertingkat lapan belas betul la mamat nerd ni,’ gumam Mas Idayu dalam hati. Dia
menjulingkan matanya.
“
Kenapa? Pelik sangat ke nama saya tu?” tanya Mas Idayu dengan wajah tanpa riak.
Naufal menggeleng kepala
berkali-kali. Lantas dia berjalan mendekati Mas Idayu. Kemudian dia menenggek
di bucu meja.
“
Kelakar. Mama saya suka sangat penyanyi dangdut Mas Idayu tu. He he... Cuba
awak gelek sikit,” ujar Naufal sambil membuat aksi goyang Inul.
“
Woi, mamat nerd. Agak-agaklah. Apa awak tengok rupa saya ni ada gaya macam rupa
Masidayu penyanyi dangdut tu ke? Ada juga makan selipar saiz 7 karang,” marah
Mas Idayu sambil menjeling maut pada Naufal.
“
Saya tahu saya ni skema. Tapi janganlah panggil saya mamat nerd. Kecik hati
saya ni,” rajuk Naufal. Mas Idayu tersenyum senget.
“
So saya nak panggil awak apa ya? Mas? atau Idayu?” soal Naufal setelah sepi
seketika.
“ Apa-apa pun boleh Encik Naufal. Nak
panggil Ayu pun boleh. Lagi pun saya kan memang ayu orangnya,” ujar Mas Idayu.
Dia mula ketawa di hujung katanya.
‘ Ceh! Perasan punya minah dangdut.
Ha ha.... Lawak pula. Minah dangdut? Macam cantik je, macam comel je,’ omel
Naufal dalam hati.
“
Encik Naufal, Encik Naufal,” seru Mas Idayu saat jejaka itu diam tidak
berkutik.
Ish!
Mamat nerd ni la. Boleh pula dia berangan. Ni mesti berangan bergelek dengan
penyanyi dangdut kesukaan dialah tu. He he…
“
Encik Naufal.” Mas Idayu sedikit menjerit apabila melihat jejaka itu sedang
asyik merenungnya.
“
Ha, awak panggil saya ke?” soal Naufal seraya membetulkan kedudukan spek
matanya.
“
Encik tak apa-apa ke?” soal Mas Idayu.
Berkerut
dahi Naufal mendengar soalan gadis di hadapannya. Tidak semena-mena dia
menggarukan kepala yang tidak gatal.
“
Saya nampak macam tak okey ke?” soal Naufal dengan wajah blurr.
Mas
Idayu tersenyum sebelum menjawab. Lantas dia ketawa dalam hati apabila idea
jahatnya berlegar dalam kepala.
“
Macam okey. Macam tak okey,” ujar Mas Idayu dengan wajah yang serius. Dia
menggingit hujung bibirnya, sedaya upaya dia cuba untuk menahan dari
menghamburkan ketawa saat melihat kerutan pada wajah Naufal.
“
Mak… maksud awak apa?” tanya Naufal. Suaranya kedengaran bergetar.
“
Encik… nampak macam…” sengaja Mas Idayu menggantungkan ayatnya.
“
Macam apa?” tanya Naufal tidak sabar.
‘
Minah dangdut ni main-main pula dengan aku. Ada kena cium kejap lagi. Eh!
Naufal kau dah kenapa gatal sangat ni?’ kutuk Naufal pada dirinya sendiri.
“
Macam ada petanda angau. Saya panggil Encik berkali-kali tau. Tapi Encik langsung
tak dengar. Encik… jatuh cinta ya?” usik Mas Idayu.
Naufal
membeliakkan mata mendengar usikan selamba gadis itu. Dengan tenang dia
menjawab.
“
Oh! Kalau saya kata saya memang angau apa awak boleh tolong? Sebab… saya
angaukan awak.” Mas Idayu tergamam tiada terkata.
“
Gila!”
‘
Tahu pun takut. Heee mama Rith dah jatuh cinta! Ha ha…’ gumam Naufal dalam
hati.
‘
Dasar sewel punya mamat nerd. Huh! Padan muka kau Ayu. Berani lagi kenakan dia.
Kan dah terkena batang hidung kau. Ah! Minta-minta la aku tak diterima bekerja
di sini. Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan mamat nerd ni tiap-tiap hari,”
getus Mas Idayu.
“
Saya gurau saja. Ha, bila awak boleh mula kerja ya?”
Mas
Idayu bagaikan tertelan biji cempedak saja. Tersekat nafasnya mendengar
pertuturan Naufal.
“
Mak… maksud Encik saya diterima bekerja?” soal Mas Idayu teragak-agak.
“
Yalah. Dah tu tak kan awak nak jadi isteri saya?” sakat Naufal seraya tersengih
nakal.
Mas
Idayu menjulingkan mata. Geram dengan sikap nakal lelaki di hadapannya.
“
Tak hingin saya jadi isteri Encik.
Huh! Minta simpang la,” omel Mas Idayu tanpa sedar.
“
Sekarang tak mahu la. Manalah tahu satu hari nanti awak suka saya,” Naufal
semakin giat mengusik Mas Idayu.
Spontan
Mas Idayu menjelirkan lidahnya. Dia menjulingkan mata melihat senyum yang
terukir di bibir lelaki itu.
“
Encik dah habis temuramah saya kan? Err… Encik Naufal jawatan apa yang saya
akan sandang?” soal Mas idayu dengan wajah blurr.
“
Oh, lupa pula. Awak ada sijil Housekeeping
kan? So awak akan mula bekerja pada esok hari dan bekerja sebagai Housekeeping.” Mas Idayu tersenyum
manis.
‘
Alhamdulillah aku dah dapat kerja. Bolehlah mak rehat dari meniaga,” gumam Mas
Idayu dalam hati.
“
Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dululah,” ujar Mas Idayu.
“
Err… Ayu. Ini ada borang awak isi. Dan bawa semula pada esok hari.” Mas Idayu
mencapai kertas yang dihulurkan lalu dia memulas tombol pintu.
MAS
IDAYU memberitahu hasratnya pada mak cik Saodah. Niatnya
hanya satu kerana dia tidak mahu melihat ibunya membanting tulang empat kerat
lagi kerana kesihatan ibunya yang tidak stabil sejak akhir-akhir ini.
“
Mak, Ayu nak cakap sikit ni.” Mas Idayu memulakan mukadimah.
“
Apa dia Ayu?” soal mak cik Saodah dengan lembut.
“
Ayu dah dapat kerja. Boleh la mak berhenti niaga kan? Bukan apa Ayu tengok
semenjak dua menjak ni mak asyik batuk saja. Lagi pun Ayu rasa mak dah patut
berehat dekat rumah,” luah Mas Idayu.
“
Ayu, mak bukannya apa. Mak bosan duduk saja tak buat apa-apa. Duit pencen arwah
ayah kamu tu bukannya banyak sangat sayang. Lagipun ayah kamu tak tinggalkan
harta, rumah ini sajalah harta pusaka ayah kamu.” Mak cik Saodah menutur kata
dengan tegas.
“
Mak, Ayu tahu. Tapi mak kena jaga kesihatan mak sama. Ayu mampu nak tanggung
mak.”
Mak
cik Saodah hanya merenung sayu wajah anaknya. Dia sedar Mas Idayu risaukan
kesihatannya namun dia sudah biasa meniaga, andainya dia tidak membuat sebarang
kerja hidupnya terasa kosong.
“
Ayu! Ayu! Keluar kau.” Jerit satu suara dengan kuat.
“
Astaghfirullah al-azim. Siapa pula tu. Dah tak reti nak bagi salam ke?” omel
Mas Idayu lalu kaki diayun laju menuju ke arah pintu dapur.
“
Ha kau Wanda. Dah tak reti nak bagi salam ke? Tak tahu adat berkunjung rumah
jiran ke apa?” sinis Mas Idayu.
“
Ah! Tak payah la kau nak tunjuk baik. Kau ingat aku tak tahu? Kau saja kan apply kerja di tempat Harith bekerja?
Dasar perempuan tak tahu malu.” Jerkah Wanda. Mas Idayu hanya mempamerkan wajah
tenang.
“
Aku tak sangka perempuan yang disangka baik rupa-rupanya dalam diam menjadi
penggoda. Apa yang kau buat sampai Harith terima kau bekerja ha?”
Mas
Idayu terus-terusan mendiamkan diri. Dia cuba menyabarkan hatinya.
“
Entah-entah kau bagi ubat guna-guna tak? Sebab tu dengan mudah Harith terima
kau bekerja bawah satu bumbung dengan dia.”
“
Astaghfirullah al –Azim. Wanda, sampai hati kamu tuduh Ayu macam tu. Apa salah
Ayu? Ayu kan kawan baik kamu,” sendu kedengaran suara mak cik Saodah. Hancur
luluh hatinya apabila mendengar segala penghinaan itu.
“
Dia bukan kawan Wanda. Dia perampas. Aku benci Ayu,” jerkah Wanda lagi.
“
Aku tak tahu siapa Harith yang kau maksudkan. Dan lagi satu aku tak rampas
sesiapa pun dari kau,” ucap Mas Idayu dengan tenang.
“
Tak rampas sesiapa konon. Eh! Jangan pura-pura tak tahulah. Harith Naufal. Yang
temu ramah kau tadi. Dia kekasih aku. Tolong jauhi dia kalau kau tak mahu
menyesal.” Wanda memberi amaran sebelum berlalu pergi dari rumah pusaka Mas
Idayu.
“
Ayu, apa semua ni nak? Kamu rampas kekasih Wanda ke? Kenapa dia benci benar
dengan kamu?” soal mak cik Saodah bertubi-tubi.
“
Salah faham saja mak. Tak ada apa yang perlu di bimbangkan,” ujar Mas Idayu
dengan tenang lalu menarik tangan ibunya agar masuk ke dalam rumah.
Grand City Hotel
“ Ayu, mari sini,”
gamit Naufal sebaik terlihat kelibat Mas Idayu.
“
Ini ketua Housekeeping. Namanya
Zurina. Panggil saja Kak Zu. Kak Zu ni Ayu, pekerja baru. Dia dah ada asas Housekeeping, jadi Kak Zu cuma tunjukkan
sedikit skill Kak Zu dan juga beritahu
dia tentang peraturan Hotel,” arah Naufal.
“
Baiklah Encik Harith. Ayu mari ikut akak. Umur berapa ni?” soal Zurina seraya
mengatur langkah ke bilik Houesekeeping untuk mengambil segala keperluan mengemas
bilik.
“
Umur Ayu 21. Akak pula?” soal Mas Idayu berbasa basi.
“
Akak dah 28 tahun. Ayu dah kahwin?”
Inilah
soalan yang paling aku benci. Lagi-lagi soal kahwin. Huh! Bosan. Detik Mas
idayu dalam hati.
“
Ayu belum kahwin kak. Akak dah kahwin?” soal Mas Idayu lagi.
“
Belum juga. Okey ini semua Ayu perlu ambil. Ayu tahu kan? Dan hari ni Kak Zu
akan kasi Ayu kemas bilik Deluxe dulu. Ini kunci. Mari ikut akak,” arah Zurina.
Mas Idayu mengikut tanpa banyak bicara.
“
Okey ini biliknya. Aduh! Ayu buat dulu ya. Akak nak pi tandas,” ujar Zurina
bersama memek muka menahan sakit perut.
“
Okey. Jangan lama-lama sangat.”
Dari
jauh Naufal perhatikan Mas Idayu yang keseorangan. Sesekali dia mencari kelibat
Zurina. Dia tersenyum jahat.
‘
Aku nak usik Ayu la. Makin comel aku tengok dia ni. Heh! Kalaulah Ayu jadi
milik aku, kan best.’ Naufal tersenyum mendengar suara hatinya bertingkah.
“
Aduh! Mana pula Kak Zu ni? Aku ni dah penakot. Ah! Lantaklah buat je lah
kerja,” omel Mas Idayu.
Tanpa
sedar Naufal menyungging senyum mendengar omelan gadis itu. Dia megetuk pintu
beberapa kali namun sepantas itu jugalah dia menyembunyikan diri.
“
Si…siapa tu?” kedengaran bergetar suara Mas Idayu. Dia menelan liur yang terasa
berpasir.
‘
Ya ALLAH lindungilah aku dari segala bahaya. Jauhkan aku dari gangguan makhluk
halus ya RABB,” doa Mas Idayu dalam hati.
Naufal
tersengih nakal melihat wajah cemas gadis itu. Dia tersentak saat Mas Idayu membalingkan
blanket ke wajahnya. Hancur lebur rancangan nakalnya saat tertangkap dek ketawa
yang teramat kuat.
“
Woi! Mamat nerd. Apa yang terhendap-hendap? Saja je kan nak kenakan saya? Nasib
baik awak tu bos saya,” marah Mas Idayu
berapi-api.
Zurina
yang melihat wajah singa Mas Idayu segera mendapatkan gadis itu.
“
Ayu, kenapa ni?” soal Zurina.
“
Ni mamat nerd ni kacau Ayu. Main ketuk-ketuk pintu, lepas tu menyorok. Ei!
Geramlah,” sungut Mas Idayu.
Zurina
ketawa mengekek mendengar rungutan Mas Idayu mengenai majikannya. Jarang sekali
ada seorang gadis yang berani mengutuk majikannya itu. Dan kini Mas Idayu yang
baru mula bekerja sudah memecahkan
tradisi itu.
“
Ala, Encik Harith saja je tu. Ayu nak tahu tak? Selama ni tak pernah ada
seorang pun pekerja yang panggil Encik Harith dengan nama yang Ayu gelarkan
tadi tau.”
Naufal
mencemik bibir mendngar kata-kata Zurina.
“
Betul tu kak Zu. Saya rasa macam nak denda je si Ayu ni,” ujar Naufal dengan
wajah serius.
“
Den… denda apa?” pantas mas Idayu menyoal.
“
Denda makan tengah hari dengan saya selama satu minggu.” Mas Idayu membeliakkan
mata sejurus saja Naufal menghabiskan kata-katanya.
“
Apa? Tak hinginlah saya. Mamat nerd awak keluar makan dengan Kak Zu la.
Assalamualaikum. Saya nak sambung kerja,” ujar Mas Idayu lalu segera menyambung
kembali kerja yang tergendala.
“
Kak Zu, tolonglah saya pujuk si Ayu tu ya. Saya nak kenal sangat dengan dia. She looks so gorgeous. I have fallen in love with her,” luah
Naufal tanpa silu.
“
Amboi, Encik Harith… sejak bila bunga-bunga cinta berputik ni?” usik Zurina
yang sememangnya rapat dengan majikannya.
“
Sejak kali pertama tengok dia. Dia comel kan?” Naufal tidak jemu-jemu untuk
memuji Mas Idayu.
“
Ayu memang comel. Sesuai dengan Encik Harith,” puji Zurina lantas tersenyum
melihat rona merah di pipi majikannya itu.
“
Kak Zu pujuk la Ayu. Rith nak sangat kenal Ayu dengan lebih dekat,” ujar Naufal
seraya tersengih saat melihat wajah Mas Idayu yang terjengul di sebalik pintu.
“
La, mamat nerd ni ada lagi dekat sini? Awak tak reti-reti nak buat kerja ke?”
sinis Mas Idayu pada Naufal. Sedikit pun dia tidak merasa bersalah memanggil
gelaran itu.
“
Ayu lagi sekali awak panggil saya mamat nerd saya bawa awak jumpa tok kadi,”
usik Naufal lantas ketawa jahat.
“
Uit, tak hingin saya,” ujar Mas Idayu
selamba.
Serentak
Zurina dan Naufal ketawa mengekek. Terasa ceria hidup saat Mas Idayu bersama
mereka.
“
Encik Harith, Ayu, akak minta diri dululah. Kau orang jangan bergaduh sangat.
Nanti akak kahwinkan baru tahu,” usik Zurina sebelum berlalu.
“
Apa sengih-sengih?” marah Mas Idayu.
“
Ayu ni garang betul. Jom, saya temankan Ayu buat kerja,” ujar Naufal seraya
menolak troli untuk menemankan Mas Idayu.
“
Tak payah susah-susah Encik Naufal…” terhenti bicara Mas Idayu apabila melihat
kelibat Wanda yang seperti ingin singa menerkam mangsanya itu.
“
Wanda… you buat apa dekat sini?” soal Naufal dengan malas.
“
I ada kerja tadi. Tak sangka pula jumpa you berfoya-foya dekat sini,” sinis
Wanda seraya merenung tajam wajah musuhnya itu.
“
Kalau I berfoya-foya pun kenapa? Ada kaitan dengan you ke? I dah cakap banyak
kali pada you jangan ganggu I kan? Apa lagi yang you ak puas hati?” tanya
Naufal. Wajahnya kemerahan dek menahan amarah yang akan meletus bila-bila saja.
“
You are mine harith. Dan kau, berapa
kali aku nak ingatkan kau ha? Dasar perempuan tak tahu malu,” herdik Wanda
seraya mendekati Mas Idayu.
Naufal
memengang tangan Wanda yang diangkat tinggi untuk menampar gadis kesayangannya.
“
Aku tak kan benarkan kau sentuh Ayu.” Marah Naufal lantas menarik tangan Mas
Idayu berlalu meninggalkan Wanda terpinga-pinga.
“
Argh! Aku tak kan lepaskan kau Harith,” jerit Wanda sekuat hati.
MAS
IDAYU memasamkan wajah. Sungguh dia merasa ingin mencekik
saja jejaka di hadapannya itu.
‘
Ada ke patut aku di ajaknya pergi majlis tari menari yang vogue? Dah la kena jadi partner dia. Huh! Sengal.’ Kutuk Mas idayu
dalam hati.
“
Minah dangdut jom turun,” ajak Naufal lalu dia mengangkay tangan tanda mohon
maaf.
“
Kenapa awak bawa saya? Kenapa tak bawa kekasih awak? Wanda ke?” sengaja Mas
Idayu menduga.
“
Wanda? Not my taste. Saya tak suka
nak bawa Wanda. Nanti dia asyik nak berkepit je dengan saya. Rimas,” ujar
Naufal lantas dia mengatur langkah laju.
“
Kenapa awak tak suka dia? Dia cantik.” Naufal merenung tajam wajah Mas Idayu.
“
Awak lagi cantik,” bisik Naufal di telinga kecil Mas Idayu.
“
Rith datang pun kau. Eh! Mana Zurina? Bukan ke selalunya Zu yang temankan kau?”
soal sahabat Naufal.
“
Rayqal kau ni kan tak boleh nak berenggang dengan Zurina kau tu. Kak Zu dia tak
berapa sihat. Ini dia partner ku malam ni. Ayu kenalkan ini Rayqal. Qal ini la
Ayu yang selalu aku ceritakan tu,” ujar Naufal lantas terseyum melihat dress
yang tersarung di tubuh Mas idayu.
“
Hai, saya Rayqal.” Tutur Rayqal seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.
“
Saya Ayu. Maaf tak boleh sambut huluran salam awak.” Rayqal menarik kembali
tangannya.
“
Ayu kalau nak tahu Qal ni peminat Kak Zu dalam diam tau,” ujar Naufal seraya
menepuk lembut bahu sahabatnya.
“
Oh. Kak Zu tu pun baik orangnya. Untunglah awak andai dapat miliki Kak Zu. Dia
sahabat dan juga kakak yang baik.”
Rayqal
menganggukkan kepala mendengar pujian wanita muda itu. Sungguh dia mearasa
bahagia saat itu. Mengingatkan Zurina juga sudah membuatkan dia bahagia. Apatah
lagi memilikinya.
“
Zurina ada juga cerita tentang Ayu. Doakan la agar hati Zurina terbuka untuk
menerima saya,” pinta Rayqal dengan harapan yang tinggi menggunung.
“
In Sya ALLAH.” Ringkas jawapan Mas Idayu. Terasa kekok apabila renungan Naufal
yang merenung segenap inci wajahnya.
“
Eh marilah makan dulu. Kejap lagi ada tari menari dan juga pakaian paling vogue.” Rayqal menerangkan aktiviti yang
akan di lakukan.
Mas
Idayu mengambil sedikit nasi goreng lalu di cedokkan ke pinggannya. Dia blurr
melihat hidangan yang kebanyakkannya makanan barat yang sememangnya memualkan
tekaknya.
“
Ayu tak makan spageti?” soal Naufal yang berdiri di sebelahnya.
“
Ayu orang kampung. Mana nak makan semua menda
alah tu.” Mas Idayu tersengih sebaik saja menghabiskan kata-katanya.
“
Ayu, saya tak suka dengar Ayu cakap macam tu. Jom duduk kat sana. Qal dah
sediakan meja VIP untuk kita,” ujar Naufal seraya menudingkan jari ke arah
Rayqal.
Usai
makan kini tibalah pula upacara tari menari seperti mana yang dikatakan oleh
Rayqal.
“
Ayu sudi tak awak menari dengan saya?” soal Naufal dengan lembut.
“
Saya tak pandai menari,” ujar Mas Idayu.
“
Marilah saya ada. Saya ajarkan.” Lambat-lambat Mas Idayu bangun lalu dia
mengiku langkah Naufal.
Mereka
menari mengikut rentak lagu My All nyanyian Mariah Carey. Jantung Naufal terasa
berdegup kencang saat jaraknya dengan Mas Idayu yang hanya seinci itu.
Sehinggakan dapat dia rasai hembusan nafas Mas Idayu. Entah mengapa dia merasa
bahagia saat itu. Dia meletakkan sebelah tangan Mas Idayu di bahunya manakala
sebelah lagi tangan di letakkan diatas tangan kirinya. Dia memeluk erat tubuh
Mas Idayu.
Naufal
tersentak dari lamunan saat Rayqal menepuk lembutnya. Dia memandang wajah
Rayqal dengan perasaan hairan.
“
Apa? Mana Ayu?” soal Naufal.
“
Ayu ke bilik air. Kenapa kau tak menari tadi?” tanya Rayqal pula.
“
Aku tak menari? Oh! Aku berangan la maknanya ya,” ucap Naufal dengan perlahan.
“
Kau cakap apa tadi?” tanya Rayqal saat melihat bibir Naufal terkumat-kamit.
“
Tak ada apa. Mana pula Ayu ni?” Naufal mengalih topik.
“
Maaf lambat. Awak, jom kita balik. Dah lewat ni. Takut mak saya risau pula,”
ujar Mas Idayu dari arah belakang.
“
Okey. Jomlah. Qal aku balik dulu,” ujar Naufal lantas bersalaman dengan
sahabatnya Rayqal.
HARI
demi hari Naufal kian mengenali Mas Idayu. Malah semakin kerap dia mengusik
gadis comel itu. Namun ada sesuatu yang sangat merunsingkannya kini kerana
Shaqir adiknya itu mengakui bahawa dia telah jatuh cinta pada gadis yang sama.
“
Shaq, abang nak tanya sikit boleh?” soal Naufal berhati-hati.
“
Tanya apa abang?” soal Shaqir pula.
“
Benarkah Shaqir sukakan Mas Idayu?”
Shaqir
tersenyum tanda mengiyakan pertanyaan abangnya. Naufal kian resah, namun dia
cuba untuk menenangkan diri.
“
Kenapa abang tanya? Abang sukakan Mas Idayu juga ke?” Shaqir menyoal abangnya
soalan yang sama.
“
Ya. Jujur abang cakap memang abang sukakan Ayu. Tapi kalau Shaq…”
“
Kalau Shaq sukakan Ayu abang mahu mengalah? Begitu?” pantas Shaqir mencelah
bicara Naufal.
“
Abang, memang Shaq sukakan Ayu. Tapia bang, Shaq tak sanggup lihat abang
kecewa. Lagi pun abang tentu tak mahu peristiwa dulu berulang kan?”
shaqir |
Naufal
memejam mata mengingatkan peristiwa di mana kekasihnya itu jatuh ke tangan
Shaqir. Dia sedar bahawa rupa paras Shaqir jauh lebih kacak darinya.
“
Abang, Shaq yakin sebenarnya Ayu sukakan abang. Tapi abang tu yang suka sangat
buli dia, sebab tu dia tak luahkan pada abang perasaan dia,” ujar Shaqir lantas
bingkas meninggalkan abangnya.
Grand
City Hotel
WANDA
tersenyum saat melihat kelihat kelibat orang yang dinantikannya. Dia mengatur
langkah untuk mendekati jejaka itu.
“
Hai Harith,” sapa Wanda lantas memaut lengan Naufal.
“
You nak apa ni? Tolonglah I rimas tahu tak?” soal Naufal. Dia melepaskan pautan
Wanda pada lengannya.
“
You ni kenapa? Oh! I tahu ini semua mesti sebab minah dangdut tu kan? Apa yang
ada pada dia sampai you tergilakan dia?” marah Wanda. Sungguh hatinya meradang
kerana cintanya sering kali di tolak oleh jejaka itu.
“
Kalau you nak tahu Ayu tu bukanlah perempuan yang baik. Dia tu perempuan
perampas. Dan dia juga kaki pengikis. Dia saja nak dekatkan diri dengan you
sebab dia nak kaut harta you je. You saja yang bodoh percayakan dia.” Wanda
melemparkan fitnah mengenai Mas Idayu yang dulunya pernah menjadi sahabatnya.
Naufal
tersenyum sinis. Dia tidak mungkin percaya pada Wanda kerana dia tahu benar
Wanda melakukan semua itu kerana mahukan perhatiannya.
“
Tak perlu you nak sebarkan fitnah. I tak akan percaya segala kata you. Pada I
Ayu adalah seorang wanita yang sangat baik budi bahasanya. Dan I hanya akan
percaya pada Ayu.” Naufal menegaskan suaranya lalu menolak tubuh Wanda yang
kian menghampirinya.
“
I tak fitnah. Kalau you tak percaya ini dia gambar Ayu dan juga lelaki entah mana-mana entah.” Naufal mengambil sekeping
gambar yang di hulurkan Wanda.
Menggigil
tubuhnya melihat gadis idamannya di dalam pelukan seorang lelaki.
“
I tak akan percayakan you.” Naufal bersuara tegas. Namun suaranya jelas
kedengaran bergetar.
“
Kalau you tak percaya terpulang. Tapi I rasa you patut siasat kot. Ayu sedang
berpelukan dengan adik you waktu I lalu di meja Front desk,” ujar Wanda lantas tersenyum kemenangan melihat wajah
berang Naufal.
‘
Habislah kau Ayu. Sekejap lagi kebahagiaan kau akan di renggut, dan pastinya
kau akan menderita selepas ini.’ Wanda ketawa jahat melihat Naufal yang
tergesa-gesa itu.
Mas
Idayu ingin mengutip semua laporan yang telah disiapkannya setelah terlanggar
seseorang, namun entah bagaimana kakinya boleh tersadung pada meja lalu hampir
tersembam. Nasib baik jejaka itu sempat menyambutnya. Tanpa mereka sedari ada
sepasang mata merenung tajam pada mereka.
“
Ehem-ehem.” Pantas mereka menoleh ke arah suara deheman itu. Mencerlung mata
Mas Idayu melihat wajah berang Naufal.
‘
Alamak, mamat nerd la. Adui! Mesti dia salah faham. Alamak macam mana ni?’ Mas
Idayu bertingkah dengan suara hatinya.
“
Wah! Shaq, Ayu. Apa makna semua ni? Ayu terangkan pada saya. Apa makna ucapan
sayang awak?” soal Naufal. Suaranya kedengaran parau.
“
Ayu err… Ayu…”
“
Abang jangan salah faham. Tadi Ayu nak terjatuh. Shaq Cuma tolong Ayu saja.
Sumpah kami tak buat seperti apa yang abang fikirkan,” terang Shaqir akan
kedudukan sebenar.
“
You percaya ke cakap Ayu tu? The picture
I gave you is enough to explain her true colour.” Wanda cuba menyimbah api
pada bara yang kian memuncak.
Mas
Idayu menggelengkan kepala berkali-kali. Lantas dia cuba untuk mempertahankan
kebenaran.
“
Awak saya tak ada apa-apa dengan Shaqir. Percayalah saya. Ayu betul-betul
sayangkan awak.” Naufal tersenyum sinis mendengar bicara Mas Idayu.
“ I think that guy in the picture is her ex-lover.
It is clear here that she still has
feelings for him. She has been
playing you all this time.” Wanda terus mengapi-apikan Naufal. Hatinya
tersenyum puas melihat Mas Idayu yang menangis tersedu-sedan itu.
“
Ayu awak tahu saya sayangkan awak bukan? Sampai hati awak buat saya macam ni.
Apa salah saya? Ni… gambar ni dan juga kejadian tadi cukup untuk membuktikan
bahawa saya menyayangi orang yang salah. Saya benci awak Mas Idayu,” marah
Naufal lalu melemparkan sekeping gambar yang sedari di gengamnya.
Mas
Idayu tergamam tiada terkata. Shaqir pula mengejar abangnya untuk menerangkan
kejadian yang sebenarnya.
“
Puas hati aku Ayu. Kalau aku tak dapat dia jangan harap kau boleh dapat dia
tau. Cerminlah diri kau tu sikit. Perempuan kampung. Kau tak layak untuk Harith
Naufal tahu! Sekarang kau dah tiada nilai pada Harith. Puas hati aku,” sinis
Wanda seraya menolak tubuh Mas Idayu lantas terjelepok jatuh ke lantai.
Zurina
yang kebetulan lalu di situ terkejut melihat Wanda yang mengasari Mas Idayu.
Segera dia mendapatkan Mas Idayu yang teresak-esak menangis.
“
Ayu kenapa ni dik? Kenapa perempuan sewel tu cari pasal dengan Ayu?” soal
Zurina. Mas idayu menangis semahu-mahunya di bahu Zurina.
“
Kak Zu… Wanda dia…” Mas Idayu tidak mampu menghabiskan katanya kerana sebak
yang menguasai diri.
“
Ayu… sabar dik.” Zurina cuba menenangkan gadis muda itu biarpun dia tidak
mengetahui hujung pangkal cerita.
Mas
idayu mencapai sekeping gambar yang dilemparkan Naufal tadi. Hancur luluh
hatinya tika itu. Tahulah dia kini bahawa Wanda sedang menyebarkan fitnah
mengenainya.
“
Kak Zu… Wanda fitnah saya. Gambar ni dah bertahun kak. Bukannya baru tapi dah
3tahun berlalu. Kenapa Wanda perlu ungkit semula tentang ni? Dan saya dah tak
ada apa-apa pun Andre kak,” sendu kedengaran suara Mas Idayu di telinga Zurina.
Simpatinya melimpah ruah pada gadis muda itu.
“
Sabar dik. Kak Zu akan buat perhitungan dengan Encik Harith.” Janji Zurina pada
Mas Idayu.
“
Ayu hang sabaq naa. Rajuk mr.nerd hang tu tak lama aih. Kalau aku jadi hang
mahu ja aku ganyang si Wanda sewel tu. Biaq dia sedaq diri sikit,” ujar Ayra
pekerja yang bertugas sebagai Front Desk
pada hari itu.
“
Thanks Ayra, Kak Zu,” ujar Mas Idayu lemah. Dia mengutip kertas laporan itu bersama
juraian airmata membasahi pipi.
Zurina
turut merasai kesakitan yang dirasai Mas Idayu. Dia nekad untuk bersemuka
dengan majikannya itu.
MAK
CIK SAODAH merasa hairan melihat wajah anaknya yang
murung. Balik sahaja dari kerja terus saja anaknya berkurung di dalam bilik.
Diajak makan katanya tidak lapar. Dia resah sendiri memikirkan anak tunggalnya
itu.
“
Ayu marilah makan nak. Ayu tak lapar ke?” tanya mak cik Saodah dengan lembut.
Mas
Idayu memulas tombol pintu lantas dia cuba mengukir senyum biarpun payah untuk
melakukannya.
“
Kenapa mak? Ayu takde selera nak
makan. Mak makanlah,” ujar Mas Idayu lemah.
“
Ayu makanlah sikit sayang. Nanti sakit. Siapa yang mahu temankan mak gelek
kalau Ayu sakit,” seloroh mak cik Saodah.
Mas
Idayu mengoyak senyum mendengar usikan ibunya.
“
Mak tu kalau Ayu tak teman pun boleh gelek seorang saja kan? Saja je nak
pancing Ayu suruh makan kan?” balas Mas Idayu lalu berlalu ingin ke biliknya
namun terhenti langkahnya saat mendengar omelan ibunya.
“
Buat rugi sajalah mak masak siakap stim kalau Ayu tak mahu makan. Ish! Membazir
je. Dah la mak masak banyak. Dengan lauk ayam lemak tempoyak lagi. Sayur campurnya,
siakap stim lagi. Kalau tahu baik mak makan Maggie saja,” omel mak cik Saodah.
Terus bersinar mata Mas Idayu mendengar menu yang di masak ibunya. Spontan dia
menelan liur.
“
Tiba-tiba Ayu rasa lapar la pula,” ujar Mas Idayu sambil tersengih nakal.
‘
Umpan dah mengena. Alhamdulillah. Tak la susah hati aku duk fikirkan Ayu,’
gumam mak cik Saodah dalam hati.
Mas
Idayu mencedok nasi ke pinggannya dan juga pinggan mak cik Saodah. Selepas itu
dia menghulurkan pula pinggan pada ibunya. Lantas dia mencedok sayur campur ke
dalam pinggan, dia mengutilkan sedikit ikan siakap stim kemudian di letakkan di
pinggan ibunya.
Usai
makan terus saja Mas Idayu mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak dapat
menahan airmatanya daripada mengalir. Saat dia keseorangan mindanya mula
teringatkan kata-kata nista yang dilemparkan Naufal padanya.
“
Saya ingat awak berbeza dari perempuan lain. Rupanya sama saja. Tak pernah tahu
menghargai kasih sayang orang yang tulus ikhlas sayangkan awak,” ujar Naufal
tanpa memandang wajah Mas idayu.
Mas
Idayu tersentak dari lamunan saat mendengar ringtone Bertakhta Di Hati yang
berdendang di telefon bimbitnya. Dia melihat skrin telefon sebelum menjawab
panggilan itu.
“
Assalamualaikum.” Sapa Mas Idayu terlebih dahulu.
“
Waalaikumsalam. Ayu sa… saya tak boleh tidur. Saya perlukan penjelasan dari
Ayu. Entah kenapa lepas je saya buat solat hajat hati saya mendesak untuk mendengar
segala penjelasan Ayu. Sa… saya rindu nak dengar Ayu panggil mr. nerd. Saya
rindu nak dengar ucapan sayang dari ulas bibir Ayu,” luah Naufal setelah diam
beberapa minit.
“
Mr. Nerd… Ayu rindukan awak. Kenapa awak…”
“
Ayu saya minta maaf. Kak Zu dah terangkan segalanya. Dia kata Wanda fitnah Ayu.
Kak Zu kata lagi bahawa Ayu dan juga lelaki dalam gambar tu sudah lama putus
hubungan benarkah?” pantas Naufal menyoal sebaik saja kata-kata gadis pujaannya
terhenti. Dia tahu sukar untuk Mas Idayu melupakan kata-katanya yang mengguris
hati.
“
Ayu, sudi tak awak jadi permaisuri hati saya? Saya tak sanggup berpisah dengan
awak. Minah dangdut saya sayangkan awak. Tentang Wanda awak jangan risau. Sebab
tadi saya waktu saya keluar dari Hotel Wanda accident. Dia ada di Hospital sekarang. Esok saya bawa awak jumpa
Wanda,” ujar Naufal dengan lembut.
“
Apa? Macam mana boleh jadi macam tu?” tanya Mas Idayu. Suaranya kedengaran
cemas. Meskipun Wanda pernah berbuat jahat padanya namun dia sedikit pun tidak
menaruh dendam kepada Wanda. Kerana baginya Wanda tetap sahabatnya.
“
Waktu dia kejar saya ada satu kereta tu bawa terlampau laju. Then terlanggar Wanda,”
Mas
Idayu cuba mencerakin kata-kata Naufal. Dia mengesat airmata yang bergenang di
kelopak matanya.
“
Ayu… esok saya ambil awak di rumah. Awak cuti esok kan? Okeylah Ayu saya tidur
dulu. Assalamualaikum. Saya sayang awak. Selamanya awak dalam hati saya,” luah
Naufal. Mas Idayu tersenyum dalam berduka.
HOSPITAL BESAR KUANTAN
MAS
IDAYU menekup mulutnya. Sungguh dia merasa tidak sanggup
untuk melihat keadaan Wanda yang di penuhi wayar yang berselirat di tubuhnya.
Dia mendekati katil Wanda lalu dia memengang jemari Wanda.
“
Wanda… aku datang ni. Kau cepat-cepat sembuh ya. Aku… sayang kau,” ucap Mas
Idayu seraya membelai rambut Wanda.
Wanda
membuka mata perlahan-lahan saat terasa ada airmata yang mengenai tangannya. Melihat
saja wajah Mas Idayu dia menangis hiba. Menangis kerana memikirkan kejahatan
yang dilakukannya.
“
Ayu terima kasih sudi jenguk aku. Aku berdosa pada kau Ayu. Sekarang inilah
balasan buat orang jahat seperti aku. Aku tak layak jadi kawan kau. Aku jijik
dengan diri aku,” luah Wanda bersama airmata kekesalan.
“
Jangan cakap macam tu. Aku dah maafkan kau. Aku sayang kau. Biar apa pun yang
kau lakukan pada aku dah pun aku maafkan.”
Wanda
turut menggengam tangan Mas Idayu. Dia mengucap syukur kerana Mas Idayu sudi
memaafkannya.
PANTAI BALOK
“ MAS IDAYU, sudi tak
awak menjadi suri hidup saya?” soal Naufal seraya melutut di hadapan gadis
kesayangannya.
“
Saya akan fikirkan,” usik Mas Idayu sambil tersengih nakal.
“
Yalah, siapalah saya ni kan? Mulut jahat. Tak layak buat awak.” Naufal sudah
mengeluarkan ayat pasrahnya.
“
Saya sudi. Asalakan awak Mr.Nerd janji dengan saya yang awak hanya akan percaya
cakap saya. Saya tak mahu perkara yang sama berlaku,” ujar Mas Idayu sambil
meloret senyuman manis.
Naufal
mendongakkan kepala melihat wajah Mas Idayu. Lalu dia mengukir senyum bahagia.
“
Awak nak saya sarungkan cincin atau awak nak sarung sendiri? Yalah saya belum
jadi yang halal buat awak kan? Belum boleh bersentuhan,” ujar Naufal.
“
Saya sarung sendiri.” Mas Idayu mengambil kotak baldu berbentuk hati itu.
Lantas disarungkan cincin itu ke jari runcingnya.
“
Terima kasih sayang. Saya tak sabar menanti detik indah bersama awak. Saya nak
anak yang ramai tau. Kalau boleh sepasukan bola sepak,”
Membuntang
mata Mas Idayu mendengar bicara Naufal itu. Lantas dia ketawa kecil sebelum
membalas kata-kata itu.
“
Woi Mr. Nerd awak ingat minah dangdut ni kilang buat anak ke apa?” ujar Mas
Idayu lantas mereka ketawa bersama.
2 tahun kemudian
“
Sayang buat apa tu?” soal Naufal lantas memeluk Mas Idayu dari arah belakang.
“
Ayu tengok gambar kita ni ha. Tak sangka dah dua tahun kita melayari alam
perkahwinan. Alhamdulillah. Ayu doa agar perkahwinan kita kekal selamanya,”
ujar Mas Idayu lantas memusing tubuh menghadap suaminya.
“
Abang bila majlis si Wanda dengan Shaqir tu?” soal Mas Idayu apabila
mengingatkan majlis perkahwinan sahabat merangkap bakal adik iparnya. Siapa
sangka pergaduhan yang sering kali meletus membuatkan Wanda bertambah rapat
dengan adik iparnya.
“
In sya ALLAH bulan depan. Sayang due lambat lagi kan? Sebab majlis Kak Zu dan Rayqal pun
bulan depan,” ujar Naufal.
“
Ye lambat lagi. Abang si kembar dah tidur?” tanya Mas Idayu saat teringatkan
anak kembarnya. Kini dia sedang menghamilkan anak ketiga mereka.
“
Sudah. Mama dah tidurkan mereka. Sekarang abang nak tidurkan mama mereka pula,”
usik Naufal seraya mengangkat kening nakal.
“ Gatal.”
Spontan Naufal ketawa besar mendengar perkataan ‘gatal’ yang terpacul dari ulas bibir isterinya itu.
Siapa
sangka Mr. Nerd yang dulunya pembuli sekarang sudah pun menjadi Mr.Sweet
forever. Mas Idayu mendoakan agar rumah tangganya berkekalan selamanya kerana
dia tidak sanggup untuk kehilangan Mr.Nerd kesayangannya.
“
Abang sesungguhnya Ayu sangat cintakan abang. Cinta Ayu kekal hanya buat abang
seorang. Mr.Nerd awaklah cinta saya untuk selamanya,” ujar Mas Idayu lantas
mengucup puipi suaminya.
“
Minah dangdut kesayanganku sesungguhnya namamu dulu, kini dan selamanya akan
terpahat dalam hati ini buat selamanya. Mr.Nerd kesayangan awak ni selamanya
juga akan mencintai awak. Only you in my
heart.” Tutur Naufal lantas dia menyanyikan lagu bukti cinta buat si
isteri.
Tercipta Janji
Tercipta sebuah janji,
Tersemat rindu di hati,
Tak mudah untuk aku berpaling,
Kepada insan lain..
Kasih yang telah ku beri
Sayang yang sudah kau curi,
Janji yang lama sebati,
Di dalam diriku ini...
Bukannya mudah untuk diriku
Jatuh ke juram cinta lagi,
Namun hati ku telah kau curi,
Jangan kau pulangkan kembali,
Kau kata aku pewarna hidupmu,
Semenjak engkau mengenaliku,
Kau kata aku memahamimu,
Semenjak kehadiranku,
Bukanya aku tak percaya,
Namun ku masih lagi mencuba,
Untuk selalunya ada,
Demi membuat kau bahagia
Indahnya yang ku rasa,
Hadirmu membawa makna,
Kini telah tercipta janji,
Ku akan selalu disisi,
Selagi aku lagi aku terdaya,
Janjikan coba aku kota,
Aku kan tetap di sini,
Setia menemani.
Lyric: Chomel
Composed: Chomel
Tercipta sebuah janji,
Tersemat rindu di hati,
Tak mudah untuk aku berpaling,
Kepada insan lain..
Kasih yang telah ku beri
Sayang yang sudah kau curi,
Janji yang lama sebati,
Di dalam diriku ini...
Bukannya mudah untuk diriku
Jatuh ke juram cinta lagi,
Namun hati ku telah kau curi,
Jangan kau pulangkan kembali,
Kau kata aku pewarna hidupmu,
Semenjak engkau mengenaliku,
Kau kata aku memahamimu,
Semenjak kehadiranku,
Bukanya aku tak percaya,
Namun ku masih lagi mencuba,
Untuk selalunya ada,
Demi membuat kau bahagia
Indahnya yang ku rasa,
Hadirmu membawa makna,
Kini telah tercipta janji,
Ku akan selalu disisi,
Selagi aku lagi aku terdaya,
Janjikan coba aku kota,
Aku kan tetap di sini,
Setia menemani.
Lyric: Chomel
Composed: Chomel
Usai
menyanyikan lagu Tercipta Janji Naufal mengesat airmata yang bergenang di pipi
isterinya. Lantas dibisikkan kata cinta di telinga isterinya.
“
I love forever. Kasih sayang abang hanya buat sayang seorang,” bisik Naufal
lantas dia mengucup dahi isterinya.
~Sekian~
9 comments:
wallaweiiiiiiiiiiii besttttttttttttt!!!!!!!!!!... good job Weeda.... semua rasa akak leh rasa.....
tq kak :) alhamdulillah heee ada typo heehee biar le nanti2 betulkan typo tu :)
sedap citer ni... :)
thanks kak nusya :)
nice story. but saya rase mungkin akak tak perasan something. cer akak check balik 2 part ni.
part 1:Dia meletakkan sebelah tangan Mas Idayu di bahunya manakala sebelah lagi tangan di letakkan diatas tangan kirinya. Dia memeluk erat tubuh Mas Idayu.
part 2:“Awak nak saya sarungkan cincin atau awak nak sarung sendiri? Yalah saya belum jadi yang halal buat awak kan? Belum boleh bersentuhan,” ujar Naufal.
part 1 Naufal berada dalam keadaan yg sangat dekat dgn Mas Idayu dan saling bersentuhan. part 2 pula, naufal tau dia tak boleh bersentuhan. maybe akak tak perasan kot.
btw, tahniah ya. tapi cerpen ni tak panjang macam cerpen mr.sengal tp mr.nerd rasenye lebih sengal dari mr.sengal.. hikhik..
Besstttttnya kak...
Cun cover dia... Suka suka
hanis...maybe hanis tak baca dengan lebih teliti...sebab naufal sebenarnya berangan je menari dgn mas idayu. heee :)
aryssa thanks dik :) cover tu ira yang tolong edit :)
Kelakar la mas idayu dan mr, nerd..dah habis dah ke??? Baru nak lagi...hehe
Dah abis. Dah hee
Post a Comment