TEASER AMS







Abang Hafiz mencari parking sebaik sahaja sampai ke bagunan MarryBrown. Saat aku ingin keluar dari perut kereta aku menjengilkan mata pada Mr. Sengal yang tutur memandangku tajam. Apalah nasib aku hari ni. Malang bin tak berbau betullah. Menyampah aku tengok.

“ Nad, jom kita cari meja dulu. Biar angah dengan Abang Hafiz pergi beli makanan,” ujarku sambil menarik lengan Nadia. Mataku tidak lepas memandang seraut wajah Mr. Sengal.

“ Yang kau kalut sangat ni kenapa? Ziqa! Sakitlah,” omel Nadia. Serta merta aku melepaskan pegangan pada tangannya. Lalu aku tersengih apabila Nadia menjengilkan matanya.

“ Adik nak makan laksa ke mee kari?” soal angah bagai minta penampor free. Padahal tahu yang aku ni cukup anti dengan ‘kari”. Heh!







“ Lagi mau tanya kaa? Angah ni saja kan? Kan adik tak makan kari. Ei, geramlah,” bebelku pada angah. Sengaja aku memasamkan wajah.

“ Ala, angah gurau je. Dah la adik pergi cari tempat duduk. Tapi tu kat buaian tu cantik juga. Okey sayang? Dah jangan la buat muka duck face tu,”  kutuk angah sambil tersengih bagaikan kerang busuk.

 Aku melihat meja yang mempunyai buaian itu agak penuh. Lantas kaki ku ayun laju kea rah meja di hujung sekali. Namun belum sempat aku melabuhkan punggungku tiba-tiba kerusi yang ingin aku duduk itu telah ditarik oleh seseorang. Apa lagi jatuhlah aku bak nangka busuk. Perit dowh.


Gedebuk!


Bunyi yang agak kuat itu telah menarik perhatian semua orang yang sedang menjamu selera di situ. Apa lagi ketawa berdekah-dekah la jawabnya. Mana tak ketaw nya bila dah ada free show depan mata confirm jadi bahan ketawa kalau dah benda yang menggelikan hati kan? Yang sakit hatinya aku la. Dah nak hangus aku ni beb! Muka tak usah cakap la dah berinci-inci tebalnya. Dengan kadar segera juga aku bangkit ingin membalas peperangan yang sengaja Mr. Sengal lancarkan.









“ Oi! Sengal. Apa yang kau tak puas hati dengan aku. Aku tak kacau hang pun.” Suaraku naik satu oktaf. Namun Mr. Sengal hanya tersenyum sinis. Nadia tergamam melihat peperangan dinginku dan Mr.Sengal.

“ Selayaknya untuk kau. Tendang lagi kaki aku. Lain kali kalau kau buat aku sakit, aku akan balas berganda-ganda,” Bisik Mr. Sengal padaku lantas mengenyit mata gatal.

“ Woi! Kau buat apa dekat adik aku?” jerkah angah yang sedang menghampiri kami.

“ Ala, aku usik sikit je pun,” ujar Mr. Senga dengan angkuh lagi berlagak.

“ Aku bagi amaran pada ku, jangan berani sentuh adik aku,” marah angah sambil mencengkam kolar baju Mr. Sengal a.ka Haziq.

Mr. sengal menepis kasar tangan angah dari mencengkam kolar bajunya. Dengan wajah tanpa beriak dia berkata.

“ Setakat minah kampung  macam adik kau ni, aku tak luak la. Heh!” Melopong mulutku mendengar penyataan berani mati Mr. Sengal.


Abang Hafiz






“ Apa kau cakap? Tak luak? Heh! Jangan lupa, kita hidup dalam dunia ni sekejap di atas. Sekejap di bawah. Kalau hari ni kau kata tak suka, satu hari nanti kau akan jatuh cinta pada Ary. Dan aku yakin itu pasti berlaku,” ujar Abang Hafiz tenang seraya meletakkan dulang di atas meja.

“ Abang Hafiz ambik order untuk berapa orang?: soalku ketika melihat dulang yang hanya ada dua mangkuk laksa dan dua cawan air.

“ Ada dekat kaunter. Abang tak cukup tangan la Ary. Angah kau tolong ambikkan mee kari kita kat kaunter. Fiz letak kat kaunter tu. Boleh kan?” pinta Abang Hafiz seraya mengambil tempat di sebelahku.

“ Kau dengan dia tu bergaduh sebab apa? Tegang betul muka dia tadi. Seram aku tengok. Macam singa lapar je,” komen Nadia saat kelibat Mr. Sengal jauh dari pandangan.

“ Ala, hal kecik je pun. Aku terlanggar dia je. Aku dah minta maaf. Tapi tak mahu maafkan. Padan dengan muka dia kena tending dengan aku.” Aku tersengih membayangkan wajah Haziq yang kemerahan saat menerima tendangan mautku tadi.

“ Dik, susah hati angah nak balik Klang nanti. Risau ada orang buli adik,” suara angah akan kebimbangannya.

“ Tak ada apalah angah. Lagipun adik bukan selalu keluar Bandar pun kan? Nadia ada. Ala, angah jangan risaulah. Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku okey?” aku memujuk angah sambil mengukir senyum. Namun saat mataku bertembung sepasang mata Haziq aku menjelirkan lidah padanya lantas melarikan pandangan dari menatap wajah jeleknya itu. Menyesal aku puji puji wajahnya yang tak berapa nak macho tu. Hu hu….
















P/s + silakan enjoy.... jangan tersampuk dek kesangalan Mr.Sengal erk...miahahahhaha





4 comments:

Sha said...

eee x suka tau wat camtu..tak baik..cian dia jatuh atas lantai.. memang nak kena mr sengal ni...

Unknown said...

Mr. Sengal yang memang sengal abis.heh! jom belasah sengal heee

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Mr sengal memei sengal..haha..nak lagi kak..

Unknown said...

ira insya-ALLAH nanti akk kasi erk