BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 11












 Dari kejauhan Nazira memandang wajah bahagia Zarina. Hatinya menyumpah seranah akan musuh tradisinya itu.

“ Aku benci kau Zarina. Kau jangan ingat kau akan bahagia dengan Daniel. Aku akan rampas Daniel dari kau. Kalau aku tak dapat orang lain juga takkan dapatlah. Ha ha.” Nazira ketawa bagaikan dirasuk.

“ Dan kau Ryan, apa masalah kau ya? Kenapa kau perlu ada setiap kali aku nak balas dendam ha? Balqis pun ada? Aku benci kau orang semua. Aku akan balas dendam.” Tutur Nazira lalu disarungkan cermin mata hitamnya sebelum menghidupkan kereta berlalu pergi dari kawasan perumahan rumah Zarina.

Zarina merenung wajah Balqis lalu dibelai rambut Balqis. Tanpa sedar Zarina memluk erat tubuh kecil itu, seakan tidak mahu melepaskannya lagi.

“ Qis, kakak tak boleh berkahwin dengan Abang Ryan. Sebab Abang Ryan pasti sudah memiliki kekasih hati bukan? Balqis pasti suka Abang Daniel seandainya Balqis berjumpa dengan Abang Daniel,” ujar Zarina dengan lembut.

“ Tapi Qis tak mahu tengok orang lain jadi pengantin kakak, Qis Cuma mahu Abang Ryan jadi pengantin kakak,” rengek Balqis.

“ Qis, mari kita makan dulu. Kesian kakak bidadari dah penat tu,” pujuk Ryan pula.
Ryan menarik nafas lega apabila Balqis hanya menurut katanya tanpa banyak bantahan. Usai makan 
Ryan meminta diri untuk pulang kerana dia sebenarnya tidak sanggup melihat wajah ayu Zarina itu.

“ Err… Rina saya balik dululah, selamat bertunang. Jaga tunang awak baik-baik ya. Assalamualaikum.” Sempat Ryan menitip pesanan sebelum berlalu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*

“ Beb, kau ok ke ni? Aku tengok kau asyik termenung je?”soal Ehsan.

“ Sakit sangat kan Ehsan? Kita sukakan orang tu tapi kita tak mampu untuk memilikinya. Sungguh, aku rasa sakit sangat sekarang. Malah rasa tu lebih sakit dari kehilangan Nazira. Aku tak mampu nak bernafas tanpa dia,” ujar Ryan seraya mengesat airmata yang bergenang ditubir matanya.

Ehsan yang tergamam melihat airmata sahabatnya itu terus sahaja didekati sahabatnya lalu dipeluk 
bahu sahabatnya untuk memberi semangat.

“ Beb! Aku tak pernah nampak kau lemah macam ni. Tak kan sebab perempuan kau nak nangis? Aku tahu memang susah la kan nak lupa orang kita sayang, tapi beb kau masih ada aku, sebagai sahabat. Aku takkan pernah biarkan kau jatuh ok! Kita kawan kan.” Tutur Ehsan lantas ditumbuk lembut bahu sahabatnya.

Ryan tersenyum hambar. Dimatanya masih terbayang wajah ayu Zarina yang lengkap berpakaian kurung moden berwarna pink. Didalam hati dia mula memikirkan sesuatu yang tidak mungkin kan terjadi.

‘ Alangkah indahnya andai aku ialah pengantin lelakimu. Eh! Apa ni. Macam mendoakan  keruntuhan kebahagiaan orang je.’ Dengus hati Ryan.

Ryan meraup wajahnya berkali-kali untuk menyedarkan diri bahawa gadis idaman telahpun menjadi milik orang. Lantas Ryan bangun menuju ke bilik air.

“ Kau nak kemana tu?” soal Ehsan kehairanan.





“ Takkan nak bunuh diri kot? Nak pergi tenangkan hati je, menghadap ALLAH, minta sedikit ketenangan,” ujar Ryan seraya mengambil wudhu tanpa mempedulikan pandangan tajam Ehsan.

Ryan menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat sunat taubat. Dia cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap solatnya. Soal dunia ditolak ketepi dahulu. Ryan mengangkat takbir dengan penuh tawadhuk dan dengan penuh khusyuk. Ehsan yang melihat turut merasa akan kesakitan sahabatnya itu. Usai memberi salam Ryan berzikir untuk menenangkan hatinya. Setelah itu Ryan mencapai pula al-quran yang senantiasa diletakkan di sebelah katilnya, lalu dengan penuh rasa rendah diri Ryan membaca al-quran tersebut mengikut tajwid dan tarannum nya.


‘ Ya ALLAH, berikanlah sahabatku kekuatan untuk menempuh setiap dugaan dan ujian-MU ya ALLAH,” Ehsan menitipkan doa pada Yang Berkuasa.

“Shadaqallahul ‘azhim.” Ryan menutup Al-Quran setelah selesai bacaannya. Hatinya merasa sedikit tenang setelah berzikir dan membaca kalam suci ALLAH.

 “ Ryan, aku… errr… kau…” mati terus kata-kata Ehsan saat melihat riak wajah Ryan yang tenang itu. Seolah tiada apa yang berlaku sedangkan baru sebentar tadi sahabatnya itu meluahkan isi hatinya.

“ Kenapa Ehsan? Cakap lah. Insya-ALLAH aku ok. Kau kan ada, aku akan kuat seandainya kau, dan keluarga sentiasa disisi aku,” luah Ryan seraya melipat sejadah lalu diletakkan di ampaian yang disediakan.

“ Kau… err… kau ok tak ni? Yalah, dulu kau kecewa dengan si Zira bukan main menangis bagai nak rak. Tapi kali ni kau kecewa dan masih boleh tersenyum, aku… betul-betul tak faham dengan kau.” Tutur Ehsan hairan dengan sikap sahabatnya.

“ Sekurang-kurangnya aku tahu bahawa kehidupan Zarina terjamin dan ada seseorang yang akan menjaganya. Soal Zira biarlah, aku dah lupakan dia pun. Aku harap Zarina bahagia, kerana aku hanya akan bahagia seandainya dia bahagia,” ujar Ryan dengan tenang.

Ehsan hanya menjongket bahu. Tak tahu ingin berkata apa. Ehsan bingkas bangun untuk menuju ke biliknya, sebelum melangkah keluar dia membuka radio yang berada di penjuru hujung bilik Ryan, lalu dipasang volume semaksima yang mungkin.

“ Eh! Suka hati dia je nak pasang radio kuat-kuat. Aku hempuk juga si Ehsan ni kang,” omel Ryan seraya mencapai gitar yang berada di hujung katilnya.

“ Hal yang paling menyakitkan adalah mencintai seseorang yang ternyata tidak akan menjadi milikmu selamanya.” Ryan mengeluh setelah terbaca sebaris ayat itu di atas kertas dimeja tulisnya, dan dia amat kenal tulisan yang tercoret itu kerana tulisan itu adalah tulisan Ehsan.

Ryan memetik gitar tanpa irama. Namun saat telinganya mendengar lagu Cinta Tak Bersyarat di corong radio dia mula memetik gitar mengikut rentak lagu tersebut. Ryan terasa seolah lagu yang dimainkan di corong radio itu seakan memerlinya.

“ Erm, Cinta Tak Bersyarat, macam kisah aku lah pula. Aduh! Kenapalah mesti hati ni jatuh sayang pada kau Rina? Aku kecewa saat Zira tinggalkan aku untuk orang yang dia sayang, dan apa yang lebih mengecewakan aku ialah, sekarang aku jatuh cinta pada orang yang salah, kerana kau kini milik orang. Maafkan aku Rina, tapi ini bukanlah kehendakku,”ujar Ryan seraya meraup wajahnya lantas dia membaringkan tubuh diatas katil empuknya.

Ryan cuba untuk mengusir bayang wajah Zarina. Namun dia tidak berdaya untuk menidakkan perasaan yang kian lama bercambah untuk si gadis. Bahkan hari-hari yang dia lalui terasa bagaikan sunyi tanpa Zarina. Bertapa anehnya perasaan, semakin cuba dilupa, semakin pula perasaan itu menghampiri.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

“ Argh! Kurang ajar. Kau tengoklah apa yang akan aku lakukan. Daniel milik aku! Selamanya, milik aku. Daniel, sampai hati you. Apa kurangnya I nak dibandingkan dengan perempuan tu? Argh!” Nazira menepis segala bagai alat make-up yang berada di meja soleknya.

 Nazira menarik cadarnya lalu dibaling ke arah pintu. Nazira meraung semahu-mahunya. Terasa dunianya gelap saat Daniel mengatakan bahawa jejaka itu akan bertunang dengan gadis pilihannya. Nazira mengesat airmatanya dengan belakang tangan. Nafasnya turun naik, sambil menjongketkan kening sebelah Nazira tersenyum dengan rancangan jahat yang mula berlegar dibenaknya. Lalu dia mula tertawa sendiri memikirkan tentang rancangannya itu.

“ Aku akan pastikan kau jadi milik aku, atau kalau kau tidak menjadi milik aku perempauan tu juga takkan dapat miliki kau Daniel Ezairy. Ha ha.” Nazira ketawa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Puan Fatimah mundar-mandir sedari tadi. Risau mendengarkan bunyi bising yang datangnya dari bilik Nazira. Entah apa yang diamukkan anak gadisnya juga tidak diketahuinya. Tanpa membuang masa Puan Fatimah mengetuk pintu bilik Nazira. Berkali-kali diketuk namun tiada balasan dari dalam. Lalu Puan Fatimah mengambil kunci pendua untuk membuka pintu bilik Nazira. Tergamam Puan Fatimah saat melihat keadaan bilik anaknya yang seperti tongkang pecah itu.

“ Astaghfirullah al-azim, kamu kenapa ni Zira? Kalau ada masalah kongsi dengan mama, bukan cara tunjuk perasaan macam ni,” berang Puan Fatimah apabila Nazira tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“ Zira, kamu kenapa ni sayang? Apa masalah kamu?” soal Puan Fatimah dengan lembut.

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

 “ Diamlah, bising.” Jerkah Nazira tanpa memandang wajah Puan Fatimah.

Puan fatimah cuba untuk mendekati Nazira. Malangnya nazira bertindak agresif dengan menolak tubuh ibunya sehingga terjatuh, lalu kepala ibu tua itu terhentak dibucu meja solek. Tanpa perasaan simpati, sengaja Nazira membiarkan ibunya tanpa memberi bantuan, malahan tubuh ibunya dipukul hingga lemah longlai.

“ Lain kali jangan masuk campur hal Zira,” tengking Nazira lalu terus saja dia mengheret tubuh  si ibu agar keluar dari biliknya.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

Zarina mula merasa tidak sedap hati. Lantas terus sahaja didail no Daniel untuk bertanyakan keadaan Daniel.

“ Assalamualaikum, sayang,” sapa Daniel terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, Daniel. Are you ok? Saya rasa tak sedap hati lah. Tak tahu kenapa. Awak… err… awak baik-baik saja kan?” soal Zarina. Kerisauannya mula menggunung, khuatir akan sesuatu, namun apakah yang dirisaukan tidak pula dia mengetahuinya.

“ Saya ok. Sayang, awak  jangan risau ya. Insya-ALLAH saya baik-baik saja. ALLAH akan melindungi saya selagi saya meminta pertolongan dari-NYA.” Tutur Daniel dengan tenang.

“ Tapi saya…” Zarina tidak dapat menghabiskan kata-katanya saat Daniel terbatuk kecil.

“ Sayang, jangan risau. ALLAH selalu ada bersama kita. Usah bimbang kerana janji ALLAH itu pasti,” ujar Daniel lembut seraya tertawa kecil untuk menutup kegelisahan hati gadis yang disayanginya.

“ Baiklah, kalau awak dah kata macam tu, no matter what, please becareful, and one more thing I want to tell you that i… i… I love you,” ucap Zarina susah payah lantas tanpa menunggu jawapan terus sahaja dia memutuskan talian. Malu sebenarnya saat bibir mengungkap kata-kata keramat itu.

Daniel terpana lalu bibirnya spontan mengukir senyum yang teramat manis. Sangat comel saat Zarina mengungkap kata-kata keramat itu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Zarina akan mengungkap kata itu kerana selama ini hanya dia saja yang beriya menunjukkan kasihnya pada Zarina.

“ Comelnya, erm… Rasa tak sabar pula menanti untuk menjadi raja sehari, hu hu. Kalaulah ayah ada lagi pasti ayah gembira melihat aku bahagia. Dan ibu. Alhamdulillah nampaknya ibu dah mula terima kenyataan bahawa ayah sudahpun meninggalkan kami.” Daniel mengucap syukur yang tak terhingga pada Yang Maha Berkuasa.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Hamidi termenung mengenangkan persahabatannya yang musnah angkara perbuatan suatu ketika dahulu. Dimana dia, dan Yusuf adalah sahabat yang sangat baik, namun kerana satu tragedy kini mereka bermusuh. Namun sedikit pun dia tidak menyimpan dendam pada Yusuf kerana dia sedar semua yang terjadi adalah berpunca darinya.

“ Maafkan aku Yusuf. Sungguh aku sahabat yang hina, sanggup merampas kebahagiaan kau demi memuaskan nafsuku, aku benar-benar berdosa.” Hamidi meratap nasibnya yang terumbang-ambing sejak peristiwa itu.

“ Aku ingin bertemu anakku. Aku ingin menatap wajahnya. Sekalipun tak mengapalah kerana aku ingin menebus dosaku. Fatimah, aku tahu kau banyak menderita keranaku, maafkanlah aku.” Untuk kesekian kali Hamidi menyebut perkataan ‘maaf’.


“ Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan.” Ryan cuba untuk mencerakin maksud kata-kata yang dibacanya dari laman sesawang blogger milik seorang wanita.

Ryan mencapai buku motivasi yang baru dibelinya sebentar tadi. Dia tersenyum saat membaca sebaris mutiara kata DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ yang sangat menyentuh sanubarinya. Lantas Ryan menyebut berulang kali sebaris ayat itu.

“Andainya seseorang itu jujur ingin mendampingi anda, anda tidak harus menutup pintu hati untuknya. Menutup hati terus akan hanya merosakkan perasaan sendiri sebab manusia memang perlukan kasih sayang untuk memenuhi kehendak nuraninya. Mendalam sungguh maksudnya. Tapi sukar kot untuk aku bukakan pintu hati setelah sekian lama, Zarina yang menjadi penghuninya.” Tutur Ryan tenang lantas diteruskan bacaannya lagi.

 Kita memerlukan pasangan untuk menyempurnakan putaran hidup kita. Melalui cintalah keserasian boleh diwujudkan, moga-moga kekal hingga ke sudah.” Ryan tersenyum sedari tadi. Terasa tenang membaca mutiara kata DR.HM TUAH ISKANDAR al-HAJ itu.

Ryan tersenyum lagi apabila membaca sebaris ayat yang seolah kena benar dengan situasinya.

“Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. Eh! Bagus juga buku ni. Tak rugi aku beli. Bernikah. Dah terlambat. Tapi tak mengapalah, kerana cinta aku buat Zarina cinta yang sejati. Insya-ALLAH aku juga akan menemui kebahagiaan aku. Janji ALLAH itu pasti.” Ryan menutup buku itu lalu dikerlingnya jam ditangan.

“ Solat dululah. Dah masuk waktu isyak ni. Nanti bolehlah juga aku sambung baca buku ni Bermakna bagi aku,” ujar Ryan lantas dia mengatur langkah untuk mengambil wudhu. Namun langkahnya terhenti apabila Ehsan menyeru namanya.

“ Ai, Ryan aku tengok muka kau ni berseri benar. Macam baru lepas jumpa kekasih hati je,” usik Ehsan apabila melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Ryan.

“ Alhamdulillah, berkat doa kau juga. Aku dah boleh terima hakikat. Eh! Kau silaplah. Bukan baru lepas jumpa kekasih, tetapi baru je nak menghadap kekasih yang kekal abadi.” Tutur Ryan seraya menepuk lembut bahu sahabatnya.

Ehsan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejujurnya dia merasa hairan akan sikap sahabatnya. Entah mengapa rasa janggal pula melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir sahabatnya itu.

“ Aku nak pergi solat, jom la solat sama, aku imam. Nak tak?” ajak Ryan apabila melihat wajah Ehsan yang blurr.

“ Oh, kalau macam tu jomlah. Hal yang baik usah dilambatkan, nanti pahala pun dilambatkan, he he,” tutur Ehsan seraya mengatur langkah untuk mengambil wudhu.

Setelah solat Ryan mencapai Al-Quran lalu dibacanya dengan penuh khusyuk. Ehsan yang melihat hanya mampu mengukir senyum. Dengan langkah perlahan Ehsan mengatur langkah untuk ke biliknya.

Ehsan mencapai telefon untuk menghubungi Ain. Dia mengucap syukur kerana kini dia telahpun menjadi sahabat baik Ain, gadis yang amat disukainya dalam diam itu.

“ Assalamualaikum, awak buat apa?” sapa Ain terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, baru lepas solat. Ain dah solat?” soal Ehsan pula.

“ Sudah, Ehsan kalau Ain nak tanya sikit boleh? Tapi janji jangan marah,” pinta Ain supaya Ehsan tidak memarahinya setelah dia bertanyakan soalan cepumas itu.

Depend pada soalan. Kalau soalan tu boleh buat Ehsan marah, marahlah. Tapi tak apa tanya sajalah, insya-ALLAH Ehsan jawab dan janji takkan marah.” Ehsan seolah berjanji pada Ain.

“ Kenapa erk Ehsan nak sangat berkawan dengan AIn? Yalah, Ain rasa lebih ramai kot gadis yang cantik, dan pastinya lebih bergaya dari Ain yang sememeh je, tak pandai nak bergaya pula tu.” Ehsan tergamam mendengar luahan hati Ain. Lantas dengan bijak dia menjawab soalan Ain.

“ Ain, kecantikkan seorang wanita bukan terletak pada cantinya rupa, tapi letaknya pada cantiknya akhlak seseorang. Pada Ehsan tak perlu wanita secantik Siti Zulaikha andai hati tidak ikhlas. Apa yang penting Ehsan senang dengan cara pembawaan Ain. You are different from other’s women. That’s why I love you.” Ucap Ehsan jujur.

“ Ehsan, awak buat saya terharu. Thanks for everything. The most beautiful thing in my life is to know you.” Tutur Ain dengan perlahan.

“ Afwan Ain. Nanti Ehsan call semula, Nak pergi masak kejap. Lapar pula perut ni. Maklumlah bujang. Belum ada yang mahu isi borang lagi, so terpaksa la masak sendiri,” seloroh Ehsan membuatkan Ain tertawa kecil.

“ Kalau macam tu cepat-cepatlah cari calon. Ada orang tolong jagakan makan dan pakai Ehsan kan?” usik Ain pula, sengaja ingin menambahkan gurauan Ehsan.

“ Ain!!” suara Ehsan naik satu oktaf.

Ehsan terpana saat mendengar tawa halus Ain. Bagaikan gemersik kalbu membuai-buai perasaannya. Namun terus lebur segala lamunannya saat Ryan membaling wajahnya dengan sebiji bantal. Spontan bibirnya membebel geram.

“ Kurang diajar punya kawan, hampeh! Baru ja nak berangan sikit. Spoil mood betul la. Ryan kau pergi masak sendiri. Hari ni aku mogok masak,” omel Ehsan geram.

“ Ala, kau ni San. Aku usik sikit je. Hah! Tau la tengah bergayut dengan si Ain. Janganlah sampai mogok masak segala. Sat ni aku masak hang makan sama, bukan boleh caya hang ni pun,” ujar Ryan seraya tersengih nakal.

Ain yang mendengar hanya ketawa kecil. Kelakar apabila mendengar dua sahabat itu bergaduh Lantas dia mencelah perbualan dua sahabat itu.

“ Korang ni macam budak-budaklah. Padahal dah boleh kahwin pun,” usik Ain seraya tertawa kecil.

“ Amboi, kalau macam tu jomlah kita kahwin.” Selamba Ehsan mengusik Ain membuatkan tawa Ain mati sebegitu saja.

“ Ain, Ain.” Ehsan menyeru nama Ain namun hanya keluhan yang didengarinya.

“ Err… tak apalah Ehsan. Lain kali ada masa Ain call. Assalamualaikum,” ucap  Ain sopan.

“ Waalaikumsalam.”

“ Ehsan, aku lapar ni. Cepatlah masak. Hari ni giliran kau masak beb. Pi la masak Maggie pun aku bedal je,” jerit Ryan dari dalam bilik.

‘ Sengal punya kawan, arah je? Tau la giliran aku masak. Nasib-nasib. Bilalah aku nak kahwin ni? Dah kenapa aku tiba-tiba fikir fasal kahwin? Dah kemaruk sangat ke nak kahwin Ehsan oi.’ Ehsan mengutuk dirinya sendiri.

Dengan berat hati Ehsan mengatur langkah ke dapur. Entah mengapa malam itu dia teringin benar untuk memasak ayam masak patpit resepi dari pelakon terkenal Fizo Omar itu. Lantas Ehsan mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak patpit. Mujur jugalah dia teringat untuk membeli daun limau purut. Jika tidak memang kuranglah rasanya nanti. Ryan yang menghidu bau semerbak itu menutup computer riba yang sedari tadi dibukanya lantas dia bergegas meluru ke dapur.

“ Sedapnya bau. Pandailah juga anak Mak Jemah ni masak,” perli Ryan.

“ Aku memang pandai masak. Tapi saja je tak mahu tunjuk skill, nanti hari-hari kau suruh aku masak,” ujar Ehsan sedikit berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya.

“ Eleh, perasan. Baru puji sikit. Kau kan Ehsan suka masuk bakul angkat sendiri. Ha ha.” Ryan ketawa mengekek seraya mengatur langkah keruang tamu.

“ Hampeh punya kawan. Bukan nak tolong. Kutuk lagi ada,” omel Ehsan geram.

Setelah setengah jam berperang dengan sudip dan kuali akhirnya siap juga hidangan makan malam mereka iaitu ayam patpit serta ikan masak kicap.

‘ Jadilah, walaupun hidangan tak seberapa kan? He he. Mana pula pak cik ni? Tadi beriya kata lapar,” kutuk Ehsan akan sahabatnya itu.

Woi, aku sibuk bersilat kat dapur, kau sedap-sedap buat kuak lentang kat depan ye. Nanti kau.” Ehsan mengetap gigi geram lantas dijerit kecil ditelinga Ryan hingga terjatuh sahabatnya itu dari pembaringannya.

“ Kebakaran! Kebakaran! Ryan! Bangun.” Ehsan mengekek ketawa apabila melihat wajah Ryan yang cemberut ketawa.

“ Kau ni kan Ehsan, memang dah lama hidup kan?” bentak Ryan geram.

“ Siapa suruh kau tidur. Aku tengah bersilat bagai kat dapur, sikit pun kau tak tolong.” Rungut Ehsan pula. 

P/s = maaf andai ada yang terkurang

No comments: