CINTA BILANG BENCI

                                             cover by : FASHA ADRYANA




“ Dah besar nanti kau nak jadi apa Erina?”soal Zafran dengan wajah yang polos.

“Aku? Nak jadi apa lagi jadi orang la tak kan nak jadi orang utan kot,” ujar Erina lantas tersenyum puas kerana dapat mengenakan Zafran.

“ Ya  tak ya juga kan. Bodoh juga soalan aku ni..Maksud aku cita-cita kau apa? Nanti kau nak kerja apa?”soal Zafran lagi setelah ketawanya reda.

Erina diam memikirkan jawapan untuk soalan zafran tadi.

“Sebenarnya aku minat sangat untuk jadi penulis novel, tapi takut mimpi aku tak kan jadi kenyataan, tapi aku juga suka tengok ibu aku buat kek. Kau pula nak kerja apa bila dah besar nanti?” tanya  Erina setelah lama menyepi.

“Aku pun sukakan kek, erm aku selalu tengok ummi aku buat kek. Arwah tok wan aku pun selalu nasihatkan aku supaya tolong ummi Tapi bila fikir balik malu pulak kalau lelaki buat kek.” ujar Zafran lantas tersenyum pada Erina.

Gedebuk!!!!

“Adoi! Sakitnya. Hampeh punya kerusi bila masa pulak ada kat sini.” Erina menyeringai kesakitan akibat terlanggar kerusi. Habis terbang sudah ingatan pada sahabatnya itu.

“Itulah berangan je kerja kau. Sampai kerusi yang besar tu pun kau langgar. Apa kena la kau ni hantu novel oi.” perli Nadia sahabat baik Erina bila terdengar bunyi yang kuat tadi.

“ Aku bukan sengaja, lagipun kau yang ubah kedudukan kerusi tu siapa suruh?” Erina merengus geram.

“Ala, sekali sekala ubah apa salah nya? Tak kan nak nak letak tempat yang sama je kan. Kau ok ke tak ni? soal Nadia hairan melihat wajah cemberut Erina.

Nadia adalah sahabat Erina ketika belajar dahulu. Tidak hairan la semua rahsia Erina ada di dalam poket nya. Dan salah satu nya ialah Erina pernah dan mungkin jua sekarang dia masih menyayangi Zafran, sahabat Erina sedari kecil. Nadia merasa hairan bila Erina tidak langsung menyebut tentang Zafran lagi. Jika dahulu sering kali jua nama Zafran meniti di bibir Erina. Tetapi kini seolah-olah nama Zafran telah lupus dari ingatan sahabat baik nya itu.

“ Kalau aku tanya kau jangan marah ya.”  Tutur Nadia berhati-hati.

“Tanya apanya Nad? Aku tak ada mood ni, jangan tanya pelik-pelik sudah la.”  ujar Erina acuh tak acuh sahaja.

“Dah lama kau tak sebut nama Zaf depan aku. Kenapa?”usai sahaja Nadia menghabiskan ayat nya dia melihat perubahan di wajah Erina.

“ Nad, sebenarnya sejak Zaf pindah aku langsung tak hubungi dia. No telefon dia pun aku tak tahu.” Erina meraup wajahnya.

“ Ha, kau biar betul, aku tengok kau orang bukan main rapat, at least no telefon rumah pun kau tak ada? soal Nadia bertubi-tubi.

Erina menggelengkan kepala, lantas mengesat air mata yang bergenang ditubir matanya.

“ Nad, aku rindu kan Zaf. Tadi pun aku teringat kan dia lah, tu pasai lah cek pi langgar kerusi tu’ ujar Erina lantas terus menuju ke bilik nya, tidak mahu Nadia mengesan riak wajahnya yang sugul.

‘ Erm aku janji pada diri aku untuk carikan Zafran dan aku juga akan kembalikan senyuman kau wahai Putri Erina Batrisya.’ gumam Nadia dalam hati.

‘ Ish! Dah lama aku tak jumpa Erina. Rindunya. Kalau aku masih kecil boleh la cuit hidung dia yang comel tu, pegang tangan dia. Tapi sekarang aku rasa segan lah pula.’ gumam Zafran sendirian sambil meraup wajah berkali-kali.

Zafran menatap potret Erina yang masih ada di dalam simpanannya.

“ Ya ALLAH, sungguh aku rindukan Erina. Moga aku dapat bertemu dengannya.” keluh Zafran lagi.

“ Zaf, kamu tak ada ke jumpa Rin? Ummi rindukan Rin,” ujar Puan Linda yang sedari tadi memerhatikan tingkah Zafran.

“ Zaf tengah usaha cari Erina la ni. Ummi doakan lah ye supaya Zaf dapat jumpa semula dengan Erina.” Balas Zafran seraya menundukkan wajah.

‘ Doakan agar Zaf jumpa semula cinta hati Zaf ya ummi.’ sambung Zafran lagi tapi cuma di dalam hati.

“ Kamu cari lah dia ya. Ummi dengan Abi dah lama tak jumpa Rin sekeluarga. Rindu sangat. Sejak kita pindah ni memang kita langsung tidak hubungi keluarga Cik Ton.” Lembut puan Linda menuturkan kata.

“ Zaf minta tolong dengan Qawwim carikan Erina, ummi jangan risau. Kita pasti jumpa dengan mereka semula ya.” Tutur Zafran tenang.

Puan Linda tersenyum mendengarkan kata Zafran. Di dalam hati dia bersyukur kerana Zafran tidak berputus asa untuk mencari Erina anak kepada sahabatnya Zaiton.

*******

Erina tersenyum melihat BOUTIQUE ZAFRIN. Akhirnya impiannya tercapai jua untuk memiliki butik sendiri. Kenapa nama butiknya Boutique Zafrin? Sengaja dia memilih nama itu sempena gabungan namanya dan juga Zafran, itulah salah satunya bukti bahawa dia masih mengingati sahabatnya itu.

“ Rin, tahniah ya. Akhirnya butik yang kau idamkan dah mendapat tempat di hati wanita yang amat menggilai fashion. Tapi..dalam banyak-banyak nama, kenapa kau pilih Zafrin?” soal Nadia sambil mengerutkan wajahnya.

“ Zafrin. Membawa maksud pada aku yang mungkin kau tak kan faham Nad. Aku letakkan nama Zafrin ni untuk memudahkan Zafran untuk mencari aku. Zafrin nama gabungan kami. Zaf yang pilihkan nama tu. Moga satu hari nanti kami dapat bertemu semula,” ujar Erina lirih.

Lantas Nadia memeluk tubuh Erina ingin memberi kekuatan. Selama dia mengenali Erina dia tidak pernah melihat wajah Erina yang sugul melainkan sewaktu mereka berbicara perihal Zafran.

“ Aku doakan agar korang jumpa semula. Jangan risau ALLAH ada. Dia sentiasa mendengar doa kau Rin,” tutur Nadia lembut.

“ Terima kasih Nad.” Erina tersenyum manis buat sahabat merangkap partnernya itu.

“ Kak, baju yang saya tempah haritu dah sampai ke?” soal gadis remaja yang memakai blouse krim, berseluar jeans dan bertudung sama rona dengan bajunya.

“ Oo, adik yang datang minggu lepas kan. Ada stok baru, Cuma patern lain sikit dari yang adik nak. Boleh ke?” soal Erina teragak-agak.

“ Oo, takpe. Saya tengok dulu ya. Kalau saya berkenan saya ambik lah,” ujar gadis remaja itu lagi.
Lantas segera Erina mengambil contoh baju yang diinginkan gadis itu. Dia sempat melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

“ Erm, not bad kan Risha?” tanya gadis itu pada sahabatnya.

“ Ok juga Ain, cantik. Ummi kau mesti suka kan? Warna pun lembut je.” Erina tersentak mendengar sebaris nama yang disebut oleh gadis dihadapannya itu.

‘ Ain? Tak mungkinlah Ain adik Zafran? Ah! Perasaan aku je kot.’ Getus hati Erina.

“ Ok la kak saya ambik baju ni, tapi akak tolong carikan tudung warna sedondon boleh?” soal gadis itu pada Erina.

Nadia menyiku Erina apabila melihat Erina diam tidak berkutik.

“ Ha.. err apa yang adik kata tadi?” soal Erina semula.

“ Akak tolong carikan tudung warna sedondon tuk Ain. Boleh kan akak..”

“ Rin, panggil akak Rin,” ujar Erina lantas tersenyum manis.

‘ Rin? Macam nama kawan abang Zaf je. Ish, tak boleh jadi ni. Aku harus interview.’ Detik hati kecil Ain.

“ Err.. kalau kak Rin tak kisah boleh Ain tahu nama penuh akak?” soal ain sambil mengangkat sebelah keningnya.
                                                Putri Erina Batrisya





“ Putri Erina Batrisya,” ujar Nadia bagi pihak Erina apabila melihat Erina bagaikan sedang mengelamun.

“ Cantiknya nama tu. Macam orangnya. Kak Erina tudung yang macam mana orang pakai sekarang ye?” Erina tersentak apabila tangannya disentuh lembut oleh Ain.

“ Ha? Err.. Maaf terberangan kejap. Ain cakap tadi dik? soal Erina sambil mengukir senyuman pada Ain.

“ Tudung yang macam mana jadi pilihan wanita sekarang ni ye?” soal Ain sambil tangan membelek tudung yang berada dihadapannya.

“ Oo, kami ada stok baru sampai. Sekarang ni tengah top dengan tudung yang warna tiga layer, tudung bawal showl dan pelbagai lagi. Jemput la tengok. Ain nak cari warna Purple ke?” Ain hanya mengganguk mendengar soalan yang terpacul dari bibir comel Erina.

“ Ha’ah, cari warna purple. Kalau ada nak yang terbaru ye.Kalau tak ada selendang pun tak apalah,” ujar Ain sopan.

“ Baiklah, kalau yang ini macam mana?” soal Erina seraya mengunjukkan sehelai tudung berwarna ungu bersulam bunga kecil.

“ Erm, yang ni macam simple sangat kak. Kalau yang colourful kau tak suka ke Ain? Sebab aku tengok yang ni cantik tau,” ujar Risha pula sambil menghulurkan tudung yang dipegangnya sedari tadi.

“ Ha’ah la Risha. Yang ni cantik. Ok la kak Rin saya ambik tudung dan juga baju ni ye,” Erina menyambut baju dan juga tudung yang dihulurkan oleh Ain, lalu terus dibawanya ke kaunter.

“ Ok semuanya harga Rm 109.80 sen, akk bagi rm 100.00 sajalah,” ujar Erina lalu menyambut dua keping not 50.

“ Terima kasih, datang lagi ye,” ujar Nadia dan Erina serentak.


Ain cuba mengingati wajah Erina sahabat abangnya sedari kecil, namun hampa. Sedikit pun otaknya  tidak dapat memproses seperti apa yang bermain di mindanya. Risha mengerutkan dahi melihat tingkah Ain.

‘ Penat aku membebel, rupanya tak dengar makcik ni. Ei, geram la.’ Gerutu Risha dalam hati.

“ Hoi, berangan.” Ain mengurut dada terkejut dek sergahan Risha.

“ Wei, kau ni. Agak-agaklah. Kalau ada sakit jantung dah lama aku jalan tau!” Marah Ain kepada sahabat merangkap sepupunya itu.

“ Yelah, aku minta maaf. Kau tu berangan. Penat aku bebel tau. Kau ingatkan siapa sampai berkerut dahi aku tengok,” ujar Risha.

“ Kau ingat tak, dulu abang Zaf pernah kawan dengan sorang perempuan ni. Nama dia Erina.” berkerut dahi Risha demi menantikan butir bicara Ain.

So? Kenapa?” soal Risha tanpa riak.

Ain menepuk dahi dengan sikap tidak endah Risha. Dia mengetap bibir geram dengan sikap sepupunyanya itu.

“ Kau ni kan. Tak care langsung. Geram la cakap dengan orang yang tak de perasaan macam kau ni.” Marah Ain pada Risha, namun Risha hanya mempamerkan wajah selambanya.

“ Kenapa? Erina yang mana?” soal Risha setelah lama berjeda.

Ain mengetap bibir. Tidak tahu bagaimana ingin diterangkan kepada Risha. Lantas tanpa menjawab soalan Risha terus sahaja ditekan punat untuk membuka kereta. Segera dia memboloskan tubuh ke dalam kereta. Sesudah dihidupkan enjin terus sahaja Ain memecut keretanya bersama fikiran yang sungguh menyesakkan mindanya.


~bersambung~
nota kaki :- n3 ni agak pendek sikit, coz weeda xtau lagi macam mana feedback readers right?
                   enjoys reading :)

19 comments:

Kasieh Azieah said...

Okay bah ni weeda.sambunglah cepat....Zafran-Erina tetiba teringat someone yang juga sudah lama tidak bersua muka....

nurul nuqman said...

siapakah itu kak?hehehe

Fasha Addryanaa said...

ap kea slow budak Risha 2 kak,dr semlm g x puas ati..huhuu..

nurul nuqman said...

coz dah bertahun tak jumpa dik,hehe sabar k :)

Cik Myn Famieza said...

salam, best atam...
nak lagi? boleh?

nurul nuqman said...

acu myn,ngee..thanks dear,boleh.tak ada masalah,insyaALLAH atam sambung lgi ye :)

aliahmohdsalleh said...

Weeda ni cerita Weeda yer. Ceriter santai dan menarik.walaupun pendek , ia berjays hook pembaca untuk ingin tahu apa kesudahannya cerita ini.Bahasa yang santai tetapi tidsk menjemukan.Di bab ini watak2x yang wujud nampak biasa, So kena tunggu bab seterus nya untuk melihat pergolakan emosi yang wujud untuk menghidupkan ceriter ini seterusnya.

nurul nuqman said...

bonda aliah,yup.this my story.

n3 ni memang agak pendek sikit,insyaALLAH akan dipanjangkan n3 seterusnya :)

insyaALLAH bonda,tq atas komen :)

Aryssa Najwa said...

Thuns up untuk akak.. Best, santai jek citenye..

Tahniah akak. ^^

nor hafizah ahmaf said...

Nti jgn lpa smbung eahh,,best cternyr

Afifah Yusof said...

salam akak. wah, best sangat untuk bab yang pertama ni. Tertanya-tanya macam mana mereka akan berjumpa nanti? hehe. sambung lagi :)

nurul nuqman said...

ary tq dear :) tunggu next n3 erk :)

nor hafizah insyaALLAH bab 2 coming soon :)

afi, pertemuan mereka jeng3 tungggggggggggguuu k :)

afie sara said...

Wowww.. nice story..

nurul nuqman said...

tq afie :) story afie pun apa kurangnya :)

ANIA MALNA said...

keep writing and never give up weeda~
ania malna~

Aku Maya said...

Kalau bace sekali, mungkin belum menyentuh jiwa..
Bila scroll balik dari atas ke bawah,n bace kali ke dua...
dah boleh bayang dah watak2nya...
Ermm...seksanya menyimpan rindu..
teruskan menulis,,,bakat yg ALLAH bagi jangan sia2kan...selamat berjaya...

nurul nuqman said...

ania malna, tq atas support,you to...

never give up.

aku maya- thanks atas komen..insyaALLAH weeda akan teruskan menulis :)

Sha said...

macam mana la agaknya pertemuan semula 'zhafrin' nanti...kena marathon baca nih aca :)

nurul nuqman said...

hehe..harus marathon..hee