“ Dah besar nanti kau nak jadi apa Erina?”soal Zafran
dengan wajah yang polos.
“Aku? Nak jadi apa lagi jadi orang la tak kan nak
jadi orang utan kot,” ujar Erina lantas tersenyum puas kerana dapat mengenakan
Zafran.
“ Ya tak ya
juga kan. Bodoh juga soalan aku ni..Maksud aku cita-cita kau apa? Nanti kau nak
kerja apa?”soal Zafran lagi setelah ketawanya reda.
Erina diam memikirkan jawapan untuk soalan zafran
tadi.
“Sebenarnya aku minat sangat untuk jadi penulis
novel, tapi takut mimpi aku tak kan jadi kenyataan, tapi aku juga suka tengok ibu aku buat kek. Kau pula nak kerja apa bila dah besar nanti?” tanya Erina setelah lama menyepi.
“Aku pun sukakan kek, erm aku selalu tengok ummi aku
buat kek. Arwah tok wan aku pun selalu nasihatkan aku supaya tolong ummi Tapi
bila fikir balik malu pulak kalau lelaki buat kek.” ujar Zafran lantas
tersenyum pada Erina.
Gedebuk!!!!
“Adoi! Sakitnya. Hampeh punya kerusi bila masa pulak
ada kat sini.” Erina menyeringai kesakitan akibat terlanggar kerusi. Habis
terbang sudah ingatan pada sahabatnya itu.
“Itulah berangan je kerja kau. Sampai kerusi yang
besar tu pun kau langgar. Apa kena la kau ni hantu novel oi.” perli Nadia
sahabat baik Erina bila terdengar bunyi yang kuat tadi.
“ Aku bukan sengaja, lagipun kau yang ubah kedudukan
kerusi tu siapa suruh?” Erina merengus geram.
“Ala, sekali sekala ubah apa salah nya? Tak kan nak
nak letak tempat yang sama je kan. Kau ok ke tak ni? soal Nadia hairan melihat
wajah cemberut Erina.
Nadia adalah sahabat Erina ketika belajar dahulu. Tidak
hairan la semua rahsia Erina ada di dalam poket nya. Dan salah satu nya ialah
Erina pernah dan mungkin jua sekarang dia masih menyayangi Zafran, sahabat
Erina sedari kecil. Nadia merasa hairan bila Erina tidak langsung menyebut
tentang Zafran lagi. Jika dahulu sering kali jua nama Zafran meniti di bibir
Erina. Tetapi kini seolah-olah nama Zafran telah lupus dari ingatan sahabat
baik nya itu.
“ Kalau aku tanya kau jangan marah ya.” Tutur Nadia berhati-hati.
“Tanya apanya Nad? Aku tak ada mood ni, jangan tanya
pelik-pelik sudah la.” ujar Erina acuh
tak acuh sahaja.
“Dah lama kau tak sebut nama Zaf depan aku. Kenapa?”usai
sahaja Nadia menghabiskan ayat nya dia melihat perubahan di wajah Erina.
“ Nad, sebenarnya sejak Zaf pindah aku langsung tak
hubungi dia. No telefon dia pun aku tak tahu.” Erina meraup wajahnya.
“ Ha, kau biar betul, aku tengok kau orang bukan
main rapat, at least no telefon rumah
pun kau tak ada? soal Nadia bertubi-tubi.
Erina menggelengkan kepala, lantas mengesat air mata
yang bergenang ditubir matanya.
“ Nad, aku rindu kan Zaf. Tadi pun aku teringat kan
dia lah, tu pasai lah cek pi langgar kerusi tu’ ujar Erina lantas terus menuju
ke bilik nya, tidak mahu Nadia mengesan riak wajahnya yang sugul.
‘ Erm aku janji pada diri aku untuk carikan Zafran dan
aku juga akan kembalikan senyuman kau wahai Putri Erina Batrisya.’ gumam Nadia
dalam hati.
‘ Ish! Dah lama aku tak jumpa Erina. Rindunya. Kalau
aku masih kecil boleh la cuit hidung dia yang comel tu, pegang tangan dia. Tapi
sekarang aku rasa segan lah pula.’ gumam Zafran sendirian sambil meraup wajah
berkali-kali.
Zafran menatap potret Erina yang masih ada di dalam
simpanannya.
“ Ya ALLAH, sungguh aku rindukan Erina. Moga aku
dapat bertemu dengannya.” keluh Zafran lagi.
“ Zaf, kamu tak ada ke jumpa Rin? Ummi rindukan
Rin,” ujar Puan Linda yang sedari tadi memerhatikan tingkah Zafran.
“ Zaf tengah usaha cari Erina la ni. Ummi doakan lah
ye supaya Zaf dapat jumpa semula dengan Erina.” Balas Zafran seraya menundukkan
wajah.
‘ Doakan agar Zaf jumpa semula cinta hati Zaf ya
ummi.’ sambung Zafran lagi tapi cuma di dalam hati.
“ Kamu cari lah dia ya. Ummi dengan Abi dah lama tak
jumpa Rin sekeluarga. Rindu sangat. Sejak kita pindah ni memang kita langsung
tidak hubungi keluarga Cik Ton.” Lembut puan Linda menuturkan kata.
“ Zaf minta tolong dengan Qawwim carikan Erina, ummi
jangan risau. Kita pasti jumpa dengan mereka semula ya.” Tutur Zafran tenang.
Puan Linda tersenyum mendengarkan kata Zafran. Di
dalam hati dia bersyukur kerana Zafran tidak berputus asa untuk mencari Erina
anak kepada sahabatnya Zaiton.
*******
Erina tersenyum melihat BOUTIQUE ZAFRIN. Akhirnya
impiannya tercapai jua untuk memiliki butik sendiri. Kenapa nama butiknya
Boutique Zafrin? Sengaja dia memilih nama itu sempena gabungan namanya dan juga
Zafran, itulah salah satunya bukti bahawa dia masih mengingati sahabatnya itu.
“ Rin, tahniah ya. Akhirnya butik yang kau idamkan
dah mendapat tempat di hati wanita yang amat menggilai fashion. Tapi..dalam banyak-banyak nama, kenapa kau pilih Zafrin?”
soal Nadia sambil mengerutkan wajahnya.
“ Zafrin. Membawa maksud pada aku yang mungkin kau
tak kan faham Nad. Aku letakkan nama Zafrin ni untuk memudahkan Zafran untuk
mencari aku. Zafrin nama gabungan kami. Zaf yang pilihkan nama tu. Moga satu
hari nanti kami dapat bertemu semula,” ujar Erina lirih.
Lantas Nadia memeluk tubuh Erina ingin memberi
kekuatan. Selama dia mengenali Erina dia tidak pernah melihat wajah Erina yang
sugul melainkan sewaktu mereka berbicara perihal Zafran.
“ Aku doakan agar korang jumpa semula. Jangan risau
ALLAH ada. Dia sentiasa mendengar doa kau Rin,” tutur Nadia lembut.
“ Terima kasih Nad.” Erina tersenyum manis buat
sahabat merangkap partnernya itu.
“ Kak, baju yang saya tempah haritu dah sampai ke?”
soal gadis remaja yang memakai blouse
krim, berseluar jeans dan bertudung
sama rona dengan bajunya.
“ Oo, adik yang datang minggu lepas kan. Ada stok
baru, Cuma patern lain sikit dari yang adik nak. Boleh ke?” soal Erina
teragak-agak.
“ Oo, takpe. Saya tengok dulu ya. Kalau saya
berkenan saya ambik lah,” ujar gadis remaja itu lagi.
Lantas segera Erina mengambil contoh baju yang
diinginkan gadis itu. Dia sempat melihat senyuman yang terukir di bibir gadis
itu.
“ Erm, not bad
kan Risha?” tanya gadis itu pada sahabatnya.
“ Ok juga Ain, cantik. Ummi kau mesti suka kan?
Warna pun lembut je.” Erina tersentak mendengar sebaris nama yang disebut oleh
gadis dihadapannya itu.
‘ Ain? Tak mungkinlah Ain adik Zafran? Ah! Perasaan
aku je kot.’ Getus hati Erina.
“ Ok la kak saya ambik baju ni, tapi akak tolong
carikan tudung warna sedondon boleh?” soal gadis itu pada Erina.
Nadia menyiku Erina apabila melihat Erina diam tidak
berkutik.
“ Ha.. err apa yang adik kata tadi?” soal Erina
semula.
“ Akak tolong carikan tudung warna sedondon tuk Ain.
Boleh kan akak..”
“ Rin, panggil akak Rin,” ujar Erina lantas
tersenyum manis.
‘ Rin? Macam nama kawan abang Zaf je. Ish, tak boleh
jadi ni. Aku harus interview.’ Detik hati kecil Ain.
“ Err.. kalau kak Rin tak kisah boleh Ain tahu nama
penuh akak?” soal ain sambil mengangkat sebelah keningnya.
“ Putri Erina Batrisya,” ujar Nadia bagi pihak Erina
apabila melihat Erina bagaikan sedang mengelamun.
“ Cantiknya nama tu. Macam orangnya. Kak Erina
tudung yang macam mana orang pakai sekarang ye?” Erina tersentak apabila
tangannya disentuh lembut oleh Ain.
“ Ha? Err.. Maaf terberangan kejap. Ain cakap tadi
dik? soal Erina sambil mengukir senyuman pada Ain.
“ Tudung yang macam mana jadi pilihan wanita
sekarang ni ye?” soal Ain sambil tangan membelek tudung yang berada
dihadapannya.
“ Oo, kami ada stok baru sampai. Sekarang ni tengah
top dengan tudung yang warna tiga layer, tudung bawal showl dan pelbagai lagi. Jemput la tengok. Ain nak cari warna Purple ke?” Ain hanya mengganguk mendengar
soalan yang terpacul dari bibir comel Erina.
“ Ha’ah, cari warna purple. Kalau ada nak yang terbaru ye.Kalau tak ada
selendang pun tak apalah,” ujar Ain sopan.
“ Baiklah, kalau yang ini macam mana?” soal Erina
seraya mengunjukkan sehelai tudung berwarna ungu bersulam bunga kecil.
“ Erm, yang ni macam simple sangat kak. Kalau yang colourful kau tak suka ke Ain? Sebab
aku tengok yang ni cantik tau,” ujar Risha pula sambil menghulurkan tudung yang
dipegangnya sedari tadi.
“ Ha’ah la Risha. Yang ni cantik. Ok la kak Rin saya
ambik tudung dan juga baju ni ye,” Erina menyambut baju dan juga tudung yang
dihulurkan oleh Ain, lalu terus dibawanya ke kaunter.
“ Ok semuanya harga Rm 109.80 sen, akk bagi rm
100.00 sajalah,” ujar Erina lalu menyambut dua keping not 50.
“ Terima kasih, datang lagi ye,” ujar Nadia dan
Erina serentak.
Ain cuba mengingati wajah Erina sahabat abangnya
sedari kecil, namun hampa. Sedikit pun otaknya tidak dapat memproses seperti apa yang bermain
di mindanya. Risha mengerutkan dahi melihat tingkah Ain.
‘ Penat aku membebel, rupanya tak dengar makcik ni.
Ei, geram la.’ Gerutu Risha dalam hati.
“ Hoi, berangan.” Ain mengurut dada terkejut dek
sergahan Risha.
“ Wei, kau ni. Agak-agaklah. Kalau ada sakit jantung
dah lama aku jalan tau!” Marah Ain kepada sahabat merangkap sepupunya itu.
“ Yelah, aku minta maaf. Kau tu berangan. Penat aku
bebel tau. Kau ingatkan siapa sampai berkerut dahi aku tengok,” ujar Risha.
“ Kau ingat tak, dulu abang Zaf pernah kawan dengan
sorang perempuan ni. Nama dia Erina.” berkerut dahi Risha demi menantikan butir
bicara Ain.
“ So?
Kenapa?” soal Risha tanpa riak.
Ain menepuk dahi dengan sikap tidak endah Risha. Dia mengetap bibir geram dengan sikap sepupunyanya itu.
“ Kau ni kan. Tak care langsung. Geram la cakap dengan orang yang tak de perasaan
macam kau ni.” Marah Ain pada Risha, namun Risha hanya mempamerkan wajah
selambanya.
“ Kenapa? Erina yang mana?” soal Risha setelah lama
berjeda.
Ain mengetap bibir. Tidak tahu bagaimana ingin diterangkan kepada Risha. Lantas tanpa menjawab soalan Risha terus sahaja ditekan punat untuk membuka kereta. Segera dia memboloskan tubuh ke dalam kereta. Sesudah dihidupkan enjin terus sahaja Ain memecut keretanya bersama fikiran yang sungguh menyesakkan mindanya.
~bersambung~
nota kaki :- n3 ni agak pendek sikit, coz weeda xtau lagi macam mana feedback readers right?
enjoys reading :)
enjoys reading :)
19 comments:
Okay bah ni weeda.sambunglah cepat....Zafran-Erina tetiba teringat someone yang juga sudah lama tidak bersua muka....
siapakah itu kak?hehehe
ap kea slow budak Risha 2 kak,dr semlm g x puas ati..huhuu..
coz dah bertahun tak jumpa dik,hehe sabar k :)
salam, best atam...
nak lagi? boleh?
acu myn,ngee..thanks dear,boleh.tak ada masalah,insyaALLAH atam sambung lgi ye :)
Weeda ni cerita Weeda yer. Ceriter santai dan menarik.walaupun pendek , ia berjays hook pembaca untuk ingin tahu apa kesudahannya cerita ini.Bahasa yang santai tetapi tidsk menjemukan.Di bab ini watak2x yang wujud nampak biasa, So kena tunggu bab seterus nya untuk melihat pergolakan emosi yang wujud untuk menghidupkan ceriter ini seterusnya.
bonda aliah,yup.this my story.
n3 ni memang agak pendek sikit,insyaALLAH akan dipanjangkan n3 seterusnya :)
insyaALLAH bonda,tq atas komen :)
Thuns up untuk akak.. Best, santai jek citenye..
Tahniah akak. ^^
Nti jgn lpa smbung eahh,,best cternyr
salam akak. wah, best sangat untuk bab yang pertama ni. Tertanya-tanya macam mana mereka akan berjumpa nanti? hehe. sambung lagi :)
ary tq dear :) tunggu next n3 erk :)
nor hafizah insyaALLAH bab 2 coming soon :)
afi, pertemuan mereka jeng3 tungggggggggggguuu k :)
Wowww.. nice story..
tq afie :) story afie pun apa kurangnya :)
keep writing and never give up weeda~
ania malna~
Kalau bace sekali, mungkin belum menyentuh jiwa..
Bila scroll balik dari atas ke bawah,n bace kali ke dua...
dah boleh bayang dah watak2nya...
Ermm...seksanya menyimpan rindu..
teruskan menulis,,,bakat yg ALLAH bagi jangan sia2kan...selamat berjaya...
ania malna, tq atas support,you to...
never give up.
aku maya- thanks atas komen..insyaALLAH weeda akan teruskan menulis :)
macam mana la agaknya pertemuan semula 'zhafrin' nanti...kena marathon baca nih aca :)
hehe..harus marathon..hee
Post a Comment