CINTA BILANG BENCI BAB 14

CBB sudah bertukar tajuk CKB... harap diterima ye tajuk baru ni :)












BOUTIQUE ZAFRIN





Seawal pagi lagi Zafran sudah terpacak berdiri di hadapan premis butik Erina. Menantikan kelibat gadis itu untuk bertanyakan soalan yang berlegar diingatannya, sedari Ain menyebut nama Khuzaimi. Hingga membuatkan tidak lena tidurnya, bahkan hatinya juga tidak tenang.

Erina yang baru saja sampai ketika itu terkejut dengan kehadiran Zafran yang tidak diduganya itu. Aduhai, apahal pula dia ni? Awal-awal pagi dah terpacak kat sini. Bisik hati kecilnya.






“ Assalamualaikum, Rin. Boleh Zaf bantu?’ Zafran menyoal sambil tangan mengambil segugus kunci dari tangan Erina. Lantas dia membuka perlahan-lahan pintu sliding tersebut.

“ Zaf buat apa kat sini? Dah lama tunggu Rin? Dah sarapan ke?” soal Erina bertubi-tubi.

Zafran tersenyum sebelum menjawab pertanyaan buah hatinya itu. Dengan penuh berhati-hati dia mengatur langkah membuntuti Erina. Tanpa disuruh Zafran mencapai penyapu sebelum lantai dimop.

“ Zaf, kenapa rajin sangat ni? Tak apa biar Rin buat. Ni kerja Rin,” pinta Erina lalu Zafran melarikan penyapu itu dari dicapai Erina.

“ Rin, duduk je. Zaf akan tolong apa yang patut. Tak salah kan andai Zaf nak tolong bakal permaisuri Zaf?” usik Zafran lantas dia mengukir senyum.

Erina menundukkan wajah. Malu, kekok pelbagai rasa bersatu didalam hatinya.

“ Zaf tak jawab soalan Rin lagi. Kenapa Zaf ada disini? Awal-awl pagi pula tu.” Erina cuba mengubah topik apabila sepasang mata Zafran tidak lepas dari menatap wajahnya.

“ Ok, sebab pertama sebab Zaf tunggu Rin. Awal lagi Zaf tunggu Rin tau. Belum sarapan, kalau orang disana sudi temankan orang disini, Alhamdulillah.” Sakat Zafran seraya tersengih nakal. Dia senang dengan situasi sebitu.

“ Kenapa Zaf tunggu Rin?” soal Erina. Serta-merta darahnya menyerbu ke muka saat memikirkan kemungkinan yang satu itu.

“ Zaf nak tahu, benar Rin ikhlas terima Zaf? Bukan kerana paksaan, mahupun desakan orang lain? Zaf mahu jawapan yang jujur dari Rin.” Erina menelan liurnya lantas dia menyimpan semula baldi mop di bilik air yang terdapat didalam butiknya.

“ Rin… err… kalau Zaf ikhlas sayangkan Rin, tak salah kan andai Rin terima Zaf?” Erina bermain tarik tali.

“ Zaf ikhlas. Err… satu lagi, Zaf nak tahu. Sebelum ni Rin pernah tak couple dengan sesiapa? Yelah, mana la tahu Rin masih sayangkan dia ke?” tebak Zafran. Dadanya berdetak hebat, bimbang juga andai hatinya terluka.

“ Kenapa Zaf tanya?” Erina ingin menduga jejaka dihadapannya itu.

“ Sebab… perlu. Zaf tak pernah, dan tiada wanita lain disisi Zaf selain Rin, umi, adik. Ha! Lagi sorang Farah.” Terang Zafran seraya tersenyum nakal.

“ Eheem- eheem. Amboi, orang tu dating sampai tak perasan kawan karib dah,” usik Farhana yang baru tiba di butik.

Erina tersengih mendengar usikan Farhana itu. Sambil merenung wajah Zafran dia menjawab pertanyaan jejaka itu.

“ Pernah hadir seorang lelaki dalam hidup Rin, tapi dia tak jujur. Kata sayangkan Rin, tapi dalam masa yang sama dia… err… dia ditangkap basah dengan minah salih celup,” ujar Erina lantas dia cuba untuk memadamkan memori antaranya dan Khuzaimi itu.

“ Rin masih sayangkan dia?” soal Zafran berhati-hati.

“ Dah lama pun lupakan dia. Tadi Zaf sebut Farah. Siapa Farah?” Erina menyoal apabila mengingati nama yang belum pernah Zafran sebutkan sebelum ini.

“ Oh! Farah tu kawan Zaf. Erm kami kawan baik semasa belajar dulu. Tapi dia tu tomboi orangnya. Kenapa?” Erina hanya tersenyum lega mendengar jawapan Zafran.







“ Ish! Geram betul la. Saja je buat aku bengang kan? Ei! Geramnya. Arghh!” Nadia menjerit kecil 
sehingga menggangu perbualan Erina dan juga Zafran.

“ Kau kenapa Nad? Kau geram dekat siapa?” soal Farhana lembut.

“ Siapa lagi? Mamat tu la. Ei! Apa? Dia bajet dia handsome sangat? Ei! Meluatnya aku. Konon tunjuk gentle la. Macam la dia tu hot sangat,” bebel Nadia sambil menghempas-hempas tas tangannya.

“ Woi! Kau kenapa ni? Kena sampuk hantu ke apa?” sinis Erina apabila melihat emosi Nadia yang seperti orang meroyan itu.

“ Rin!! Kau kan. Ei! Macam ni semalam waktu kau jumpa Zaf, kan aku tutup butik. Dan aku kata ada hal.” Nadia berjeda seketika, cuba mengawal emosi yang tidak stabil.

“ Lepas tu? Kenapa?” tanya Zafran tidak sabar.

“ Amboi, awak pula yang tak sabar?” usik Nadia seraya tersengih nakal.

Zafran tersenyum simpul, seraya memasukkan kedua belah tangannya kedalam poket seluar. Dia mengerling Erina disebelah, terasa tidak puas menatap wajah itu biarpun sentiasa berada dihadapannya.

“ Macam ni. Ada la sorang hamba ALLAH ni rempuh bahu aku ni Rin, Ana. Dah tu tak minta maaf pula tu. Main blah macam tu je. Tadi pula, aku nak sarapan. Kat tempat biasa. Korang tahu apa jadi?” Serentak Erina, Zafran dan Farhana menggelengkan kepala. Nadia tersenyum melihat sahabatnya terpegun mendengar omelannya itu.

“ Boleh dia ambik makanan aku. Sedangkan aku dah beratur depan kaunter nak bayar harga makanan tau! Lepas tu dia bagi duit, konon sebagai tanda minta maaf la,” omel Nadia seraya memutarkan bebola matanya.

DOKTOR FADLI





“ Assalamualaikum.” Masing-masing terpana melihat suara yang memberi salam itu. Erina mengerutkan dahi. Farhana juga begitu.

“ Eh, awak bukan ke Doktor Fadhli? Ingat saya lagi? Buat apa kat sini dekat doktor?” Erina menoal bertubi-tubi.

“ Ingat. Saya sebenarnya nak cari hadiah untuk ibu saya. Tapi tak tahu nak bagi apa. Boleh tolong cadangkan?” Nadia membulatkan mata melihat lelaki yang merosakkan moodnya pagi itu.

“ Kalau biasanya tudung, baju. Macam tu sajalah,” ujar Erina ramah. Zafran mula merasa api cemburu membakar sanubarinya.






“ Oi, mamat kerek, awak buat apa dekat sini?” sinis Nadia.

“ Eh, awak. Saya nak minta maaf. Atas apa yang berlaku. Saya tak sengaja,” ujar Doktor perlahan.

“ Maaf taik kucing. Konon tak sengaja. Menyampah,” perli Nadia seraya melemparkan pandangan kearah lain.


“ Doktor sebenarnya nak cari hadiah ke nak cari penawar ni?” usik Erina lantas dia merenung wajah Zafran seraya tersengih nakal.

“ Awak ni, sekarang di luar Hospital. Panggil je saya Fadh. Saya tengah cari ubat sebenarnya. Ubat ni takde satu doktor  pun boleh rawat, termasuklah saya,” ujar Doktor Fadhli sambil matanya mengerling Nadia.

“ Apa tengok-tengok? Cucuk mata baru tahu,” omel Nadia geram.

“ Agak-agakkan ubat tu ada dekat sini tak?” usik Zafran pula. Seronok melihat wajah Nadia yang merona merah. Tak payah pakai blushing dah pun.

“ Ada, Cuma ada seorang je yang ada ubat tu,” usik Doktor Fadhli pula.

“ Ei, benci la macam ni. Tepi sikit. Menyampah saya tengok muka awak.” Marah Nadia seraya berlalu meninggalkan mereka.

“ Kalau betul-betul sukakan Nadia, kena usaha lebih la. Dia tu tak mudah untuk sukakan seseorang. Walau saya baru kenal dia, tapi saya tahu sikap dia macam mana. Harap awak tak permainkan Nadia.” Nasihat Farhana kepada Doktor Fadhli. Erina terpana saat mendengar nasihat yang diberikan Farhana itu.

“ Insya-ALLAH. Terima kasih atas nasihatnya.” Tutur Doktor Fadhli ikhlas. Dia melingaskan mata mencari kelibat Nadia namun hampa.

“ Nadia tu nampak je keras hati, tapi sebenarnya dia mudah tersentuh. Sensitif orangnya. Kalau ada sesuatu membangkitkan emosinya pasti dia terluka. Tapi, kalau benar doktor… eh Fadh sukakan dia haruslah berusaha.” Erina pula memberikan nasihat kepada Doktor Fadhli.

“ Kamu berdua benar-benar sahabat yang baik. Untung Nadia memiliki sahabat seperti kalian.” Lembut pertuturan Doktor Fadhli. Dia berjalan sambil membelek beberapa helai tudung sebelum diambilnya tudung itu untuk dibawa ke kaunter.

Nadia hanya mencebik mendengar perbuatan sahabatnya dan lelaki kerek itu. Perasan baguih. Bajet handsome, poyo semua ada la. Nadia mengutuk didalam hati.





“ Saya balik dulu sayang,” ujar Doktor Fadhli betul-betul didepan wajah Nadia.

“ Heh! Balik la nak balik. Sibuk je dekat sini. Buat apa? Lagi satu jangan panggil saya sayang okey? Menyampah,” sinis Nadia seraya mendekati Erina.

“ Saya balik dulu. Assalamualaikum Nadia, semoga kita bertemu lagi,” ujar Doktor Fadhli lalu dia menyusun langkah keluar dari butik.

“ Ei, bencilah aku dengan mamat tu. Siap panggil aku sayang. Ei, menyampah.” Tutur Nadia seraya menggeliat kegelian.

“ Sekarang menyampah, mana la tahu satu hari nanti awak suka dia. Doktor tu. Handsome tu. Macam pelakon Kamal Adli pula tu. Takkan awak tak nak kot?” usik Zafran lantas tersengih nakal.

Hello, not my taste okey? Tak mahulah doktor. Nanti sakit sikit cucuk, sakit sikit makan ubat. Macam tak ada benda lain,” sinis jawapan Nadia namun mengundang tawa sahabat-sahabatnya.

Aik! Lawak ke aku cakap tadi? Aku rasa aku cakap benda yang betul je. Kenapa kawan-aku aku ni. Gelak macam aku buat lawak sarkas je. Nadia menggaru kepala yang tidak gatal.

“ Korang kenapa? Lawak ke apa aku cakap?” Nadia menyoal seraya melihat wajahnya dicermin yang disediakan didalam bilik persalinan. Puas dia membelek wajahnya, namun tiada juga dijumpa sebab-munabab mereka tertawakannya.

“ Nadia, kau ni lawak la. Cakap sajalah yang kau tu takut makan ubat. Sebab tu kau tak suka Doktor Fadhli kan? Biarpun kacak mana pun, ingat aku tahu?” usik Erina setelah ketawanya reda.

“ Dah tahu, jangan nak kenen-kenenkan aku dengan mamat tu. Faham!” tegas amaran yang diberikan Nadia. Erina dan Farhana hanya menyimpul senyum, Zafran hanya memandang sepi wajah 3 sahabat itu.

Zafran menyeluk poket seluar saat HTC bergetar. Faiz, mesti nak tanya aku dekat mana ni. Zafran mengomel didalam hati seraya mengangkat panggilan Faiz.

“ Bro, assalamualaikum. Kau dekat mana?” soal Faiz. Nadanya jelas tidak puas hati.

“ Waalaikumsalam, maaf. Aku makan dulu. Lepas tu aku balik la dekat kedai, kecoh la.” Omel Zafran.

“ Mahu tak kecoh. Dengan ramai customernya lagi. Ha, si Farah cari kau tadi. Dia sibuk kata nak jumpa kau dengan Rin. Dia ada kat sini. Dia tolong aku. Beb, kau dengan Rin datang kedai. Aku nak jumpa Ana. Please,” pinta Faiz penuh mengharap. Entah mengapa hatinya benar-benar mendesak untuk menatap seraut wajah Farhana. Bagaikan ada magnet yang menariknya agar mendekati gadis itu.

“ Erm.” Zafran menjawap malas.

“ Aku minta tolong sangat. Aku betul-betul…” Zafran mencelah pertuturan Faiz.

“ Kau rindukan Ana kan? Aku faham. Aku pernah rasa. Dia ada, tapi macam jauh, okeylah kau tunggu sampai aku datang.. Jaga kedai dulu ya,” pesan Zafran sebelum mematikan talian.

“ Apa maksud Zaf?” soal Erina setelah Zafran mematikan talian.

“ Maksud apa?” soalan berbalas dengan dengan soalan.

Alamak, dia dengar aku cakap tadi? Aduhai. Minta-minta la dia tak tak faham maksud aku. Telinga lintah betul Rin ni. Keluh Zafran dalam hati.

“ Tadi Rin dengar Zaf kata. Dia ada, tapi macam jauh? Apa maksudnya?” tanya Erina tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan yang akan menenangkannya.

“ Err… tak ada apalah. Ni Rin, ikut Zaf okey. Faiz nak jumpa Ana,” bisik Zafran di telinga kecil Erina.

Segera Erina menggangukkan kepalanya lantas dia mendekati sahabat-sahabatnya yang mula tekun membuat kerja.

“ Ana, Nadia, err… Zaf ajak aku ke kedai dia. Ada hal. Kau orang tolong jaga butik okey?” pesan Erina seraya mengerdipkan mata nakal pada sahabatnya.

“ Ei, makin nakal kawan kita ni Nad,” usik Farhana sambil menyungging senyum.

“ Ha’ah, sejak… hehe… Sejak Rin dah jumpa permata dia yang hilang tu,” usik Nadia pula. Erina menjengilkan matanya. Sambil itu dia melihat kelibat Zafran, bimbang juga andainya jejaka itu mendengar usikan sahabatnya.

“ Ish! Korang bab malukan aku, serah je pada korang kan? Ei, geramnya.” Pantas Erina mencubit pipi Nadia dan Farhana sebelum berlalu meninggalkan butik.

Zafran tersenyum manis peda Erina yang menghayun langkah untuk mendekatinya. Lantas dia mencapai tas tangan Erina lalu dihulurkan kepada gadis kesayangannya itu.

“ Terima kasih. Naik kereta Zaf ke kereta Rin?” tanya Erina setelah kakinya melangkah keluar dari butik.

“ Kereta Zaf saja la. Err… Rin tahu tak si Faiz tu sejak dia nampak si Ana di rumah sewa Rin hari tu dia mula terbayang wajah Ana. Kesian Zaf tengok dia,” luah Zafran. Namun selebihnya dia meluahkan isihatinya sejak Erina menjarakkan perhubungan mereka.

“ Kesian kan? Faiz tu baik. Erm, harap masih ada peluang buat mereka menyambung ikatan yang terlerai.” Erina turut merasa simpati dengan nasib sahabatnya.

“ Macam Zaf la. Hilang semangat saat Rin tinggalkan Zaf,” tutur Zafran perlahan hampir tidak kedengaran di telinga Erina.

“ Zaf cakap apa? Tak dengar,” ujar Erina apabila melihat bibir Zafran terkumat-kamit seperti membicarakan sesuatu.

Zafran merenung wajah Erina. Lantas dia menggelengkan kepalanya. Fuh! Nasib baik dia tak dengar. Zafran mengomel didalam hati.

Saat Erina dan Zafran membolosi ke dalam lif sepasang mata memerhatikan tingkah mereka dengan perasaan yang membara. Erina yang terasa seperti diperhatikan menoleh ke belakangnya. Dia terkedu apabila melihat sepasang mata Khuzaimi yang merenungnya tajam. Spontan dia menarik lengan baju Zafran.

“ Kenapa ni? Rin? Kenapa pucat je muka tu?” Zafran menyoal, hairan melihat wajah Erina yang seperti takutkan sesuatu.

Erina hanya diam tidak berkutik. Resah hati Zafran saat melihat Erina berkeadaan sebegitu. Lantas dia cuba mencari punca ketakutan Erina. Buntang matanya apabila melihat raut wajah berang yang dipamerkan Khuzaimi. Dia menarik nafas lega saat pintu lif berdenting, segera dia menarik pergelangan tangan erina untuk menjauhkan diri dari musuh tradisinya itu.

“ Risya, Risya.” Khuzaimi menyeru nama Erina berkali-kali,namun Erina tidak mengendahkannya.

“ Risya. Aku panggil kau pekak ke?” herdik Khuzaimi seraya merentap kasar pergelangan Erina.

“ Aduh! Sakitlah Zaimi. Lepaskan aku.” Erina turut menengking Khuzaimi. Kesabarannya kian tipis senipis kulit bawang.

“ Jangan berkasar dengan Erina. Lepaskan dia.” Tutur Zafran dengan lembut.

“ Eh, kau siapa nak menyibuk? Kau jangan masuk campur urusan aku dan Risya. Kau ketepi,  ketepi aku kata. Pekak ke?” herdik Khuzaimi seraya melayangkan penumbuknya.

Zafran mengelak apabila penumbuk Khuzaimi hampir-hampir menyinggah ke wajahnya. Dengan wajah menyinga Zafran menolak tubuh Khuzaimi hingga jatuh terduduk dibuatnya.





Everything about Putri Erina Batrisya is my business. She will be my wife. And you're just the past. So, lupakan niat kau untuk mendapatkan Rin dari aku. Kalau kau berdegil juga. Langkah mayat aku dulu,” ujar Zafran seraya mencekak kolar leher Khuzaimi.

 Berombak dada Zafran, dengan nafas yang turun naik tidak sekata. Terasa ingin saja dia memberi tumbukan padunya kepada jejaka yang mencabar kesabarannya itu. Namun memikirkan banyak mata yang memandang, dia terus melupakan hasratnya.

“ Rin, tak apa-apa? Jom la kita dah lambat,” ujar Zafran seraya menolak tubuh Erina  untuk mengatur langkah lebih laju.

Khuzaimi merasa bagaikan terkena renjatan elektrik. Tubuhnya mengeras ditempat dia terjatuh itu. Dia hanya memandang saja kelibat Erina yang semakin hilang dari pandangannya.

‘ Argh! Aku takkan berdiam diri. Batrisya, you are mine!’ Tekad Khuzaimi didalam hati.

Erina hanya menjeling wajah Zafran yang tegang itu. Sedikitpun dia tidak berani untuk menegur. Itulah kali pertama dia melihat wajah berang Zafran. Selama ini tidak pernah dia melihat Zafran berwajah tegang sebegitu.

Zafran merenung Erina di sebelah. Lantas dia bernyanyi kecil untuk menarik perhatian Erina.

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Erina hanya tersenyum mendengar suara merdu Zafran. Bertuah juga aku kan? Zaf bukan je handsome, baik. Comel, tapi Zaf pandai ke melukis? Erina bermonolog di dalam hati.




p/s= enjoy reading....terus support weeda k :) i will do my best 4 CKB. :)

6 comments:

Nurul Akira Abd.Rahman said...

Nadia, jgn benci sangat nt jatuh cinta plak...hehe. khuzaimi ni menyebuk aje la.....:D

nurul nuqman said...

hehe...kan? Nadia ni spesies si erina. degil :)

putri intan said...

Benci2 pn tp dalam hati ada tamanlh tu saje je tak nak gaku heheh..sibuk jelh khuzaimi..

nurul nuqman said...

zaimi memang penyibuk anja..nanti kita belasah dia sama2

cahaya najihah said...

Nak kena cepuk khuzaimi tu... haish3... pape pn mmg best.

nurul nuqman said...

zaimi memang pengacau antarabangsa.