CINTA BILANG BENCI BAB 19













“ Rin, kenapa senyap je ni?” soal Zafran.

“ Siapa Camelia dalam hidup Zaf? Dia minta maaf sebab curi gambar? Tak faham? Zaf terangkanlah biar Rin faham.” Tutur Erina lalu dia mempamerkan wajah tanpa riak.

“ Camelia dia errr… dia pernah sukakan Zaf. Tapi Zaf tak layan. Dan dia nak balas dendam jadi dia curi sekeping gambar yang sangat Zaf sayang.” Terang Zafran lalu dia memesan makanan sebaik pelayan menghulurkan menu.

“ Bagi dua nasi lemak dan air teh tarik dua. Terima kasih,” pesan Zafran kepada pelayan restoran.

“ Gambar Zaf sayang?” Erina mengulang kembali ayat terakhir Zafran.








Eh, buat-buat tanya pula. Gambar awak la yang kita sayang. Comel pula aku tengok muka bakal bini aku ni. Ha ha. Jelous ke Cik Erina sayang? Monolog Zafran lantas dia tersengih nakal.

Eh, orang tanya boleh sengih-sengih kambing pula. Geramlah Zaf ni. Saja je kan nak buat aku bengang. Desis hati kecil Erina.

“ Terima kasih,” serentak mereka bersuara apabila makanan yang dipesan dihantar oleh pelayan tadi.

“ Zaf tak jawab lagi soalan Rin. Gambar Zaf sayang? Err… boleh Rin tahu siapa?” tanya Erina sambil menguis-guis nasi didalam pinggan.

Zafran merenung tepat wajah Erina yang duduk berhadapannya. Dia meloretkan senyuman apabila jelas riak cemburu pada wajah gadis kesayangannya itu.

Are you jelous my dear?” tanya Zafran sambil menahan ketawa yang hampir meledak.








“ Ma… mana ada. Buat apa nak jelous bagai?” Erina menafikan perasaannya.

“ Kalau jelous katakan jelous, tidaklah orang disini tak senang duduk.” Zafran mula bermadah.

“ Orang cakap tak jelous tu maknanya taklah.” Marah Erina seraya memuncungkan bibir.

Jelous.”

“ Tak.”

Jelous.”

“ Tak.”

Jelous.”

“ Ya, Rin jelous,” ujar Erina dengan perlahan kerana tidak mahu Zafran megetahuinya.

“ Apa Rin? Tak dengar la. Cakap macam dalam selimut tu kenapa?” tanya Zafran kerana merasakan Erina ada berkata sesuatu namun dia tidak mendengar butir yang dikatakan Erina itu.

“ Tak ada apa. Rin cakap Zaf hari ni sewel,” ujar Erina lalu ketawa kecil apabila melihat Zafran membeliakkan matanya.

“ Rin! Mengada.” Tutur Zafran lantas dia dia menarik hidung Erina.

“ Ish! Suka-suka je tarik hidung Rin.” Marah Erina.

Zafran hanya mempamerkan senyuman bergulanya. Lalu dia mengangkat tangan memohon maaf.

“ Maaf, tindakan reflex sayang.” Tutur Zafran selamba.

Zafran tersenyum apabila melihat wajah Erina yang mula memerah bak disimbah darah itu. Sungguh dia suka melihat wajah Erina sebegitu. Tampak sangat ayu pada matanya.

AIN yang baru mendapat berita tentang kakak iparnya segera berkejar ke HKL untuk menjenguk keadaan kakak iparnya itu. Didalam hati dia menyumpah seranah si abang kerana menyebabkan kakak iparnya itu masuk ke hospital.

‘ Bodohnya kau angah. Kenapa kau tak tahu menilai antara kaca dan permata? Adik takkan maafkan angah andai ada apa-apa yang berlaku pada kak Anita,” gerutu Ain didalam hati.

Sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan HKL Ain melingaskan mata mencari ruangan parking kosong. Setelah jumpa parking dia mula memarkingkan kereta mengikut petak yang disediakan. Pantas dia membuka pintu kereta lalu dia mengatur langkah laju sebaik melihat kelibat abangnya.

“ Angah!” Ain menjerit kecil apabila kelibat abangnya semakin menjauh.

Zahiril  yang mendengar namanya diseru menoleh kea rah datangnya suara itu. Lalu dia mengoyak senyum kepada adiknya.

“ Adik, datang dengan siapa?” tanya Zahiril dengan lembut.


“ Macam mana dengan Kak Ita?” soal Ain tanpa menjawab persoalan Zahiril.

“ Alhamdulillah dah okey sikit. Adik datang dengan siapa ni?” tanya Zahiril lagi.

“ Sorang je. Lepas je ummi cakap Kak Ita masuk HKL terus adik bergegas ke sini. Apa yang angah buat pada Kak Ita? Apa salah dia?” soal Ain bertalu-talu.

“ Angah err… angah sedar angah khilaf.” Tutur Zahiril dengan penuh kekesalan.

“ Sudahlah. Adik bukan nak dengar angah bebel. Dah, jom. Adik nak jumpa kakak ipar adik. Cepatlah,” gesa Ain lantas menarik tangan abangnya.

Zahiril memeluk erat bahu adiknya. Sebelah lagi tangannya menjinjit buah-buahan yang dibeli untuk isteri tercinta. Mereka cepat-cepat memboloskan diri saat pintu lif terbuka luas. Zahiril tersenyum lebar apabila teringatkan isterinya yang mula menunjukkan sikap positif terhadapnya.

“ Dah sampai. Dekat mana wadnya?” soal Ain tidak sabar.

Zahiril menarik tangan Ain sehinggalah sampai di wad isterinya. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir Zahiril menghampiri isteri yang dikasihinya itu.

“ Sayang dah rasa sihat sihat ke? Ni abang belikan buah untuk sayang,” ujar Zahiril lantas mencium ubun-ubun isterinya.

“ Dah sihat. Abang, Ita tak mahu duduk di sini. Bosan. Nak balik rumah,” rengek Anita dengan suara manja.

“ Tak bolehlah sayang. Sayang kena dengar nasihat doktor. Sayang, ini adik abang abang datang melawat sayang. Adik, salam Kak Ita sayang,” arah Zahiril.

 Ain mengukir senyum lalu menyalam dan mengucup jemari Anita. Dia mengambil tempat disebelah kiri Anita.

“ Bila akak boleh discharge?” soal Ain sambil membelai rambut kakak iparnya.

“ Doktor kata hari ni kalau tak ada apa dah boleh keluar. Ain dah sarapan? Abang dah sarapan?” tanya Anita lantas memandang wajah adik ipar serta suaminya silih berganti.

“ Dah makan kak. Angah ada tak along datang dengan Kak Rin?” tanya Ain.

“ Ada.” Balas Zahiril ringkas sambil mata tidak lepas dari menatap wajah Anita.

BOUTIQUE ZAFRIN

“ Assalamualaikum.”

“ Waalai… waalaikumsalam.” Nadia menjawab salam dengan dingin.

“ Awak sibuk ke?” soal jejaka yang berdiri dihadapan Nadia.

“ Eh, takde la tak sibuk. Tak nampak ke saya tengah buat kerja ni?” tanya Nadia dengan agak kasar.

Nadia mengecilkan mata apabila jejaka itu ketawa kecil. Sungguh dia rasa terbakar saat itu. Geram apabila jejaka itu sering mengganggunya, tanpa jemu.

“ Apa yang awak nak sebenarnya ni? Sibuk je. Macam dah tak ada kerja lain,” sinis Nadia.

“ Hai Cik Nadia, awak tahu tak? Makin awak marah makin saya sayang pada awak,” ujar jejaka itu dengan selamba.

“ Wahai Doktor Fadhli boleh tak kalau tak naikkan darah saya. Kalau awak tak nak beli apa kata awak keluar dari butik ni? Banyak lagi kerja lain yang saya nak buat selain dari layan.” Bentak Nadia. Rasa geram, benci, bengang segalanya bercampur menjadi satu apabila melihat senyum yang terukir dibibir jejaka itu.

“ Awak ni Nadia, garang macam singa tau. Mana Erina dan juga kawan awak seorang lagi tu? Tanya doktor Fadhli sambil melingaskan mata mencari kkelibat dua orang gadis yang peramah itu.

“ Diorang masuk lambat. Maklumlah orang dah ada kekasih. Kita dipinggirkan,” bicara Nadia perlahan seperti berjauh hati.

“ Jadi Nadia belum berpunya?” soal Doktor Fadhli.

“ Belum, siapalah yang inginkan Nadia ni,” Doktor Fadhli tersenyum mendengar jawapan Nadia.

Nadia yang melihat senyuman yang teukir di bibir jejaka itu, mula menekup mulutnya. Sedarlah kini bahawa dia sudah terlepas kata.

‘ Kurang asam jawa punya doktor. Berani main-mainkan aku. Aduh! Mulut aku ni pun tak boleh cover langsung,’ getus Nadia dalam hati.

“ Nadia, berapa harga semuanya ni?” buntang mata Nadia apabila melihat pelbagai corak tudung dan baju yang diletakkan diatas kaunter. Lalu dia memanggungkan kepala melihat jejaka itu.

“ Semua ni?” soal Nadia.

“ Eh, takdela. Seluruh butik ni sekali dengan awak berapa harga?” seloroh Doktor Fadhli seraya mengenyitkan matanya.

 Nak sangat. Boleh tanya lagi. Ha ha… Lawak la tengok muka Nadia ni. Dah macam hulk women je. Haha. Monolog Doktor Fadhli lalu dia tersenyum senget.

Ei, sumpah aku rasa nak lempang-lempang je muka dia ni. Geram betul aku. Dasar doktor tak makan saman. Kurang ajaq. Kutuk Nadia dalam hati.

Nadia memutarkan bebola matanya. Geram bercampur benci terhadap jejaka dihadapannya itu. doktor Fadhli pula hanya menayangkan wajah bersahaja.

“ Wahai Doktor Fadhli, betul awak nak beli semua ni?” tanya Nadia sekali lagi.

“ Ya, Nadia saya nak beli semua ni,” ujar doktor Fadhli dengan lembut.

Nadia mengira harga baju yang dibeli doktor Fadhli itu lalu dia memasukkan kedalam plastik. Sebelum menghulurkan plastic itu dia menyebut harga yang perlu dibayar.

“ Semua sekali Rm 300.00. Nak bayar cash atau kad kredit?” soal Nadia dengan lagak professional.
Doktor Fadhli menghulurkan beberapa keeping not seratus kepada Nadia. Setelah mengambil resit dia menghayun kaki keluar dari butik. Nadia mengeluh. Entah mengapa hatinya terasa kekosongan. Sedang dia mengelamun Farhana datang menghampirinya.

“ Assalamualaikum. Nad kenapa muka macam tempe basi je?” usik Farhana.

“ Banyaklah kau tempe basi. Ni kau tahu tak?”

“ Tak tahu.” Pantas Farhana membalas.

“ Ana! Ei, geramlah.” Farhana ketawa mengekek melihatkan wajah Nadia yang sedang menahan marah itu.

“ Apa dia? Jangan kata kau… bergaduh dengan mamat tu lagi.” Farhana menggelengkan kepala apabila Nadia menjongketkan kening sebagai jawapan.

“ Kau tahu apa yang tadi? Dia beli banyak tudung dan Baju. Tapia pa yang buat aku bengang tadi dia buat lawak bodoh,” ujar Nadia bersama sisa kemarahannya yang mash belum surut.

“ Apa yang dia buat?” tanya Farhana tidak sabar.

“ Aku tanya dia betul ke dia nak beli semua baju dan tudung yang dia letakkan atas kaunter tu. Lepas tu selamba dia jawab dia nak beli seluruh butik dengan aku sekali. Gila punya orang.” Nadia dah menyumpah seranah jejaka yang amat dibencinya itu.

Nadia mengerutkan dahi hairan apabila Farhana  ketawa bagaikan baru sahaja menonton cerita Maharaja Lawak. Apa kena Farhana ni? Kena sampuk mamat sengal tu ke apa? Gerutu Nadia lantas dia menggarukan kepala yang tidak gatal.

“ Woi! Yang kau ketawa macam kena sampuk ni kenapa?” tanya Nadia tidak puas hati.

“ Lawaklah korang ni. Jaga-jaga Nadia. Jangan terlalu membenci. Kata orang dari bencilah wujudnya sayang tau!” sengaja Farhana mengusik Nadia. Seronok pula melihatkan wajah Nadia yang cuak itu.

“ Assalamualaikum, ceria je kenapa?” soal Erina setelah meletakkan tas tangan di kaunter.

“ Waalaikumsalam. Tak ada apa.” Serentak Nadia dan Farhana menjawab.


PUAN LINDA tersenyum sepanjang perjalanan. Gembira bukan kepalang kerana menantunya Anita sudah dibenarkan pulang. Dan satu perkara yang lebih menggembirakannya, adalah dia ingin membincangkan soal Zafran dan juga Erina dengan bakal besannya itu. Zahiril, Anita dan juga Ain yang duduk di kerusi penumpang belakang merasa hairan melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Puan Linda.

“ Abi, kenapa ummi ni tersenyum je? Dan lagi satu kita nak kemana sebenarnya ni?” soal Ain bertalu-talu.

“ Ummi nak bincangkan soal along dengan Kak Rin kamu. Rasa ummilah, elok kita percepatkan benda yang baik. Lagi pun ummi tak sabar sangat nak bermenantukan Erina,” ujar Puan Linda. Suaranya jelas kedengaran ceria.

“ Amboi, patutlah tersenyum je ummi. Moga ALLAH permudahkan segalanya,” ujar Anita lalu dia melentokkan kepalanya di bahu si suami.

“ Insya-ALLAH Ita. Dan ummi doakan agar kamu juga bahagia selamanya. Angah, kamu harus hargai Ita selepas ini. Faham!” tegas kedagaran suara yang Puan Linda lontarkan.

“ Faham ummi. Angah janji tak akan sakitkan hati Ita lagi,” ujar Zahiril lantas dia mengucup ubun-ubun Anita. Lalu dia membelai lembut rambut Anita .

Anita mendongak memandang wajah suaminya, lalu senyuman manis diberikan buat si suami. Setelah itu dia melentokkan semula kepalanya dibahu Zahiril. Selalu dia mengimpikan saat itu cuma baru kini dia dapat merasa indahnya disanyangi.

“ Ei, jelous la adik tengok angah ni. Berkepit saja.” Zahiril ketawa mendengar usikan adiknya itu.

“ Ala, adik ni. Janganlah cemburu. Angah baru nak merasa bahagia. Kalau nak rasa bahagia macam angah kahwin la cepat-cepat.” Spontan mereka ketawa mendengar usikan Zahiril itu.

“ Menyampah la angah ni.” Ain mencebikkan bibir sebelum ketawa.

Usai berkata Ain membuang pandang ke luar tingkap sementara menanti sampai ke destinasi yang dituju. Encik Lazim membuka siaran radia Ikim Fm untuk menghilangkan rasa bosan. Sesekalidia menjeling anak dan isterinya.

“ Patutlah senyap saja. Rupanya dah masuk alam mimpi. Kita juga yang bawa tahan rasa mengantuk. Umminya pun bukan nak teman abi. Ish! Tak boleh jadi ni.” omel Encik Lazim lalu dia mengejutkan isterinya.

“ Linda, Linda bangunlah temankan abang. Sayang, bangun.” Encik Lazim menepuk lembut pipi Puan Linda.

“ Abang ni kacau la. Kenapa?” tanya Puan Linda dalam keadaan separuh sedar.

“ Sayang tu janganlah tidur. Temankan abang.” Pinta Encik Lazim.

“ Yalah bang. Saya gembira tengok angah dah boleh terima Ita. Saya bahagia tengok mereka bang,” ujar Puan Linda lalu menoleh melihat anak serta menantunya itu.








“ Abang pun sama. Maknanya abang tak salah pilih la. Anita benar-benar permata yang bersinar. 
Sama macam sayang,” ujar Encik Lazim lalu dia mengambil tangan isterinya lalu dikucupnya jemari itu.

“ Ish! Abang ni. Malu saya.”

Encik Lazim ketawa kecil melihat wajah isterinya yang merona kemerahan itu. Saat telinganya mendengar lagu Wanita yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid De Hearty dia menguatkan volume.

 “ Lagu ni untuk sayang.” Bisik Encik Lazim di telinga Puan Linda.

“ Terima kasih bang,” ucap Puan Linda dengan terharu lantas dikucup pipi suami yang dikasihinya.

Setelah menempuh 4 jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke destinasi. Lantas mEncik Lazim mengejutkan anak serta menantunya yang sedang pulas tidur.

“ Angah, adik, Ita bangun. Kita dah sampai rumah Kak Rin,”  kejut Encik Lazim lalu menggoncangkan tubuh anak-anaknya.

“ Sayang, bangun kita dah sampai. Kesiannya sayang. Penat sangat ya,” ujar Zahiril lantas membuka pintu lalu dia memimpin tangan Anita keluar dari perut kereta.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam.” Puan Zaiton berlari anak untuk mendapatkan sahabat dan juga merangkap bakal besannya itu.

“ La, kenapa tak cakap nak datang. Abang, ni Linda dan Lazim datang ni,” panggil Puan Zaiton akan suaminya yang sedang bercucuk tanam itu.

“ Zim, lamanya tak jumpa,” ujar Encik Zainal dari arah belakang rumah, lalu didakap erat tubuh sahabatnya itu.

“ Eh, ini siapa?” tanya Encik Zainal setelah meleraikan pelukannya.

“ Ini Zahiril. Anak kedua aku. Yang ini menantu aku Ita. Yang kecil molek tu pula anak bongsu aku. Angah, mari salam dengan pak cik Zainal,” arah Encik Lazim.

Zahiril menurut saja arahan ayahnya. Anita menyalam Puan Zaiton lalu didakap tubuh itu dengan mesra. Ain juga turut menyalam dan memeluk tubuh Puan Zaiton.

“ Eh, marilah masuk. Yang tercegat diluar ni kenapa? Kau dah makan ke Linda?” soal Puan Zaiton.

“ Belum lagi Ton. Kami ingat nak makan disini. Boleh la kami tolong-tolong masak kan? Lagipun kami datang ni nak berbincang,” ujar Puan Linda dengan ceria.

“ Jomlah kita ke dapur.” Puan Zaiton menghayun kaki laju menuju ke arah dapur. Ain dan Anita mengekori langkah Puan Linda.

“ Adik pergi masak nasi. Ita pula potong sayur sajalah.” Puan Linda membahagikan tugas buat kedua puterinya.

Usai Anita memotong sayur dia membawakan sayur itu ke singki untuk dibasuh. Setelah itu dia mengambil bawang yang telah siap dipotong oleh Ain. Lantas dia menumis sayur tanpa disuruh. Usai memasak mereka menghidangkan makanan di meja makan.

“ Ton, sebenarnya kami dah sepakat nak tunangkan anak kita. Tarikhnya nanti kau saja pilih. Kami setuju saja. Tapi lagi cepat lagi bagus.” Tutr Puan Linda lalu mencedok sayur ke pinggannya.

“ Kalau tentang tu kau kena tanya pada Zainal la. Aku ikutaja keputusannya. Macam mana bang?” soal Puan Zaiton kepada suaminya.

“ Boleh. Cuma beri kami masa dulu untuk tetapkannya.” Balas Encik Zainal ringkas.

“ Alhamdulillah. Kami besar hati sangat. Bukannya apa Ton. Aku risau Erina disambar orang,” suasana di meja makan gamat dengan gelak tawa mereka. Zahiril, Ain serta Anita hanya mendengar sahaja tanpa menyampuk perbualan orang tua mereka.

4 comments:

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Wah, zahiril dah berbaik dengan anita..alhamdulillah...erina pun dah nak tunang...cuma nadia dgn dok. fadhli aje asyik nak gaduh...hehe :)

Unknown said...

ira,tq singgah ....

insya-ALLAH heheh gdh manja

Ave Raishaa said...

yes.. yes.. yes...
akhirnya, baik jgak zahiril ngan anita.. sweet lak tu...
huhaii.. ^_^

Unknown said...

yeke dah baik?? heeeee akan tahu n3 selepas ni :) last :'(