CERPEN RINDU KAMU PART 1

COVER= AKIRA EIRA









         Aku mulai panik melihatkan asap yang berkepul-kepul keluar.  Tanpa befikir panjang aku memberi signal isyarat ke kiri untuk memberhentikan kereta dibahu jalan. Aku bergegas keluar dan membuka bonet kereta. Terbatuk kecil aku saat asap menerombosi lubang hidungku. Aku gelisah, dalam hati sempat berdoa agar ALLAH memberiku jalan penyelesaian, sudahlah aku terlewat untuk ke majlis perkahwinan sahabatku Wani, kini kereta kesayanganku pula buat hal. Aku merengus geram lalu dengan spontan aku menyepak tayar kereta hadapan, tunjuk perasaan hu hu..

Aku cuba menghubungi sahabat-sahabatku,namun seorang pun tidak dapat menolongku. Aku  rasa macam nak nangis je. Hampeh punya kawan, time aku susah tak nak pun tolong. Terasa dipinggirkan.

“ Hei, sayang oi. Kenapa lah time-time macam ni kau nak buat hal? Ei, geramnya. Dah la aku tak tahu satu habuk tentang kereta. Aku tahu bawa je. Tulah kau Ellysa Zahra, lain kali belajar lah sama tentang kereta. Ni apa aku nak buat sekarang?” bebelku pada diri sendiri.

Aku mengambil telefon yang aku diletakkan di dalam tas tangan. Aku menghubungi Wani untuk memberitahu bahawa aku mungkin terlewat sedikit.

“ Hello, Wani ke tu?” soalku tanpa memberi salam.

RADIN EMIR




“ Assalamualaikum,” Gurlp! Terasa pahit liur yang ditelan.

‘ Siapa pula mamat yang angkat call ni? Setahu aku si Wani anak tunggal. Uit, aneh,’ desisku dalam hati.


“ Hello, hello.” Sapa jejaka itu setelah aku tidak memberi sebarang respon.

“ Ha, err.. waalaikumsalam. Err.. ni betul ke nombor telefon Wani?” soalku pada si jejaka.

“ Betul la, cuma Wani sekarang ni dia tengah sibuk. Saya sepupu dia. Ada apa-apa nak sampaikan ke?” soal jejaka yang mengaku sepupu Wani itu.

“ Err.. awak.. err.. tolong cakapkan pada Wani  saya mungkin sampai lewat sikit. Kereta saya bual hal. Ni tengah nak minta simpati orang, kot baik hati nak tumpangkan,” ujarku perlahan.

“ Eh, awak tak takut ke? Sekarang ni banyak kes. Kes bunuh, kes ragut, culik awak tak takut ke?” soal jejaka itu. Kedengaran sinis saja ayat yang dituturkan.

“ Oi, pak cik kalau awak tak fikir bukan-bukan benda tu semua takkan jadi,” ujarku sedikit geram.

ELLYSA ZAHRA





“ Apa awak panggil saya?” sedikit meninggi suara di talian sana.

“ Abang Emir siapa tu?” Aku mendengar suara Wani menyapa jejaka itu.

“ Ni ha kawan Wani. Si sewel telefon,” aku mengetap bibir, geram mendengar bicara jejaka itu.

“ Hello, hello.. La dah letak ke?” rungut Wani tanpa sempat melihat nama pemanggil.

         Aku cuba menahan kereta Myvi merah yang meluncur perlahan, aku cuba memberanikan diri untuk meminta pertolongan. Tanpa ucapan segera aku memutuskan talian telefon, lalu telefon ku letakkan di dalam tas tangan.

“ Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal gadis yang berbaju bulu-bulu pink serta bertopi itu.

FAZIEYANA




‘ Fuh, selamat bukan lelaki,’ desisku dalam hati.

“ Cik, ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soal gadis itu lagi.

“ Ha, kalau Cik tak keberatan. Ni ha kereta saya ni buat hal. Tiba- tiba je berasap,” ujarku selamba.

“ Oh, Cik nak kemana-mana ke ni? Boleh saya hantarkan. Lagipun kereta Cik ni nak kena servis ni. Mungkin lambat lagi la nak siap. Nama saya Fazieyana, panggil Fazi je.”ujar Fazi ramah.

“ Saya Ellysa Zahra,” ujarku ringkas.

Usai Fazieyana menelefon trak penunda terus ditarik tanganku agar mengekori langkahnya. Aku tidak sempat untuk menolak pelawaannya yang bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“ So, Lysa kenduri tu dekat mana? Err.. bolehkan saya panggil Lysa?” tanya Fazieyana sedikit teragak-agak.

  Boleh. Eh, Fazi. Tak payah la nak formal sangat. Berawak-saya bagai. Nak muntah aku. Boleh kan? Lagipun aku lebih selesa macam sekarang. Kalau saya-awak ni macam bukan diri aku je, macam kontrol ayu,” ujarku seraya tertawa kecil.

Fazieyana mengukir senyum. Sepanjang perjalanan kami saling bercerita, langsung tidak jemu untuk bercerita hingga tidak sedar bahawa kami telah pun sampai di kawasan rumah Wani. Setelah bertukar nombor telefon aku segera turun dari kereta lalu terus aku mendapatkan Wani.

“ Eh! Kau siapa? Dari mana? Dan nak apa? Tetibe je main rempuh. Nasib la kuat lagi rumah ni. Kalau tak, mahu roboh,” ujar jejaka itu sinis.

“ Saya kawan Wani,” ujarku dengan nada meluat.

“ Ha, sampai pun kau Lysa. Kau jangan layan sangat si sewel ni. Ni sepupu aku. Abang Emir, ni la kawan Wani yang Abang Emir tanya tadi.” Wani mengenalkan aku dengan jejaka sinis itu.




Emir hanya menjeling kearahku sebelum mengatur langkah untuk meninggalkanku bersama Wani.

“Eh, apahal kau punya sepupu tu? Jeling aku sampai nak terkeluar biji mata.” Suaraku geram dengan sikap jejaka sinis lagi sombong tu.

“ Dia tu ‘anti’ dengan perempuan. Dia pernah ditinggalkan oleh tunangnya sehari sebelum akad nikah. Sebab tu la dia macam ‘anti’ sikit dengan perempuan ni,” ujar Wani sambil menarik tanganku untuk menjamah makanan.
“ Kau nampak cantik. Tahniah Wani akhirnya kahwin juga kau dengan Farhan,” ujarku sambil 
mengambil makanan yang terhidang secara buffet itu.

“ Terima kasih. Lysa kau makanlah dulu. Aku nak bergambar dengan suami aku,” ujar Wani sebelum mengatur langkah untuk mendapatkan suaminya.

“ Okey,” balasku ringkas.

Aku mendengus saat melihat Emir yang berada dimeja itu. Disebabkan tiada ruang kosong, aku menghayun jua langkah untuk ke meja tersebut. Dengan wajah masam mencuka aku duduk tanpa berkata walau sepatah kata.



“ La, semak betul minah sewel ni.” tutur Emir sinis. Aku cuba menyabarkan hati yang seperti menunggu masa ingin meletop.

“ Ada nama awak ke kat sini?” sinis aku pada Emir.

“ Kau ni kan… Ah! Serabut aku layan perempuan macam kau. Perempuan semua sama je,” sinis Emir sebelum meninggalkan aku yang terpinga-pinga itu.

~*~*~*~*~*~*~*

BALOK, KUANTAN

“ Eh, Lysa kan? Buat apa kat sini?” tanya seorang gadis dihadapanku.

“ Maaf, kita kenal ke?” soalku hairan. Aku meletakkan jari telunjuk dibibir memikirkan perihal gadis dihadapanku ini.

“ Ni aku la Fazieyana. Takkan kau dah lupa kot. Baru bulan lepas kita jumpa,” ujar Fazieyana sambil memaut bahuku.

“ Oh! Fazi. Maaf, aku ni cepat lupa.” Tuturku seraya tersengih pada Fazieyana.

“ So, buat apa kat sini? Bercuti?”

Takde la Fazi. Aku cari kerja. Tapi kat BALOK SEAVIEW RESORT  tu dah penuh. Tak ada kosong,” keluhku hampa.

“ La, kenapa tak call aku? Kan aku dah kasi nombor telefon aku.” Marah Fazieyana padaku. Aku hanya mampu mengulum senyum, tidak tahu untuk berbicara apa-apa.

“ Ha, jom aku bawa kau ke tempat kerja aku,” pelawa Fazieyana sambil mengatur langkah seribu.

“ Kau kerja dekat mana?” soalku setelah sampai di tempat letak kereta.

“ Kau naik dengan aku je. Aku kerja di De Rhu Beach Resort. Baru ni Encik Radin ada cakap nak pakai pekerja.

Aku hanya menurut sahaja langkah Fazieana. Entah mengapa aku merasakan hatiku bergetar hebat. Seperti akan berlaku sesuatu yang tidak aku jangkakan.

“ Okey, kita dah sampai. Jom,” ajak Fazeiana seraya tersenyum manis padaku. Aku suka melihat wajah Fazi yang agak lembut itu. Bahkan wajahnya mirip seperti pelakon korea Song Hye Gyo saja. Comel sangat.

Sedang asyik aku menatap wajah ayu Fazi tiba-tiba bahuku dirempuh seseorang. Lalu aku mendongak untuk melihat wajah orang bertanggungjawab melanggarku itu.

“ Awak??” bukan sedikit rasa terkejutku ini, melihatkan jejaka sinis dihadapanku itu saja sudah membuatkan darahku menggelegak. Panas beb!

“ Kau? Buat apa kat sini? Semak je,” sinis Emir. Terasa ingin je aku cincang badannya lumat, heh benci tahu! Menyampah aku dengan perangai sinis dia tu.

“ Encik Radin kata hari tu nak cari pekerja kan? Ini kawan saya nak cari kerja,” ujar Fazieayana.

“ Erm… suruh dia isi borang. Sekejap lagi saya temuramah dia.” Tutur Emir dengan lembut.
Tahu pula dia cakap lembut-lembut kan. Dengan aku bukan main macam singa je. Heh! Kalau anti sangat dengan perempuan jangan la sampai aku yang tak berdosa ni pun nak dibencinya. Ha, kan dah bebel panjang aku ni.

“ Lysa, kau isi borang ni dulu ok?” arah Fazieana sebelum meninggalkan aku terkontang-kanting disitu.

Jantung Ellysa berdebar-debar kerana sebentar lagi gilirannya bakal tiba. Hanya tinggal dua orang saja lagi sebelum dia di arahkan masuk. Ada calon yang bermasam muka, ada calon yang senyum mungkin yakin bahawa mereka bakal mendapat tempat mengisi kekosongan jawatan.

Dia? Entahlah. Semua rasa bercampur aduk. Takut, gementar segalanya menjadi satu. Tambahan pula yang akan menemu ramahnya adalah E.M.I.R. jejaka yang amat dibencinya itu.

“ Lysa, giliran kau tu. Pergilah. Moga kau dapatlah kerja tu,” sempat Fazieyana mendoakan untuk aku.

Tok! Tok!

 “ Masuk,” arah Emir lalu aku menguak daun pintu dengan perasaan berdebar.
 Mak oi, cantiknya pejabat. Besar pula tu.

Minah sewel, apa yang kau pandang? Duduk,” arah Emir a.k.a mamat sengseng ( sengal+ senget)

Aku memutarkan bebola mata ke atas. Geramnya hati aku.
 
“ Err… ini segala resume saya,’ ujarku setelah melabuhkan punggung.

“ Okey, kau pernah belajar di Kolej KINI Mempaga. Erm, bidang Housekeeping. Bagus, tapi apa jaminan kau kalau aku ambik kau bekerja disini?” tanya Emir seraya merenung tajam wajahku.

“ Saya akan bekerja dengan baik, dan amanah dalam kerja saya. Err…” langsung mati bicaraku saat Emir berdiri disudut meja sambil merenungku.






“ Kalau kau tak boleh bekerja dalam tempoh yang Syarikat berikan kami akan pecat kau. Aku beri kau tempoh dalam masa 3 bulan. Kalau selama tempoh tu kau tak boleh buat, siap sedia angkat kaki je la. Faham?” aku menelan liur saat Emir mula mendekatkan wajahnya ke wajahku.

“ Kau boleh keluar sekarang. Esok kau mula kerja. Tapi awas! Jangan sampai ada staf merungut soal kerja kau.” Tegas kedengaran suara Emir.

“ Terima kasih Encik Emir, kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar sekarang. Tapi er… soal gaji macam mana? Rumah ada tak?” soalku bertalu-talu.

“ Kau ni kan suka buat aku marah. Tentang tu semua kau jangan risau. Kau ikut je si Fazi tu. Dah keluar sekarang,” aku senyum senget apabila melihat wajah berang Emir.


 “ Macam mana dapat tak? Jawatan apa kau pohon?” soal Fazieayana.

“ Housekeeping, kau sebagai apa? Housekeeping juga ke?” tanyaku seraya mengatur langkah menuju ke kereta milik Fazieyana.

“ Ya, aku pun Housekeeping juga. Beb! Kau bawa segala pakaian kau kan? Aku nak bawa kau kat rumah terus. Duduk je dengan aku. Senang sikit.” Tutur Fazieyana sambil memandu kereta keluar dari perkarangan De Rhu Beach Resort.

Setelah aku mengambil kereta yang aku tinggalkan di Pantai Balok itu, aku memandu kereta mengikut haluan yang Fazieyana bawakan itu. Setelah sampai ke rumah yang syarikat sediakan aku merehatkan sebelum mendengar omelan Fazieyana.

“ Woi, kau nak buat kilang mata pun agak-agaklah. Pergi mandi lepas tu solat okey?” omel Fazieyana sambil menarik hidung comelku.

“ Fazi! Kau ni… Fazi…” Fazieayana menoleh kepadaku saat aku menyeru namanya.

“ Kenapa? Kau nak tanya pasal En Radin erk?” tebak Fazieyana dengan tepat.

“ Aku cuma nak tahu sesuatu. Kenapa ye dia anti dengan perempuan? Yelah aku tahu dia anti sebab tunang dia tinggalkan dia sehari sebelum akad. Tapi selebihnya aku tak tahu. Lagi satu kenapa dengan staf lain, dengan kau, bebudak Front Office dia layan baik je. Tapi kalau dengan aku bukan main antinya tahap petala ke tujuh.”luahku dengan sepenuh perasaan.

“ Dah habis cakap?” tanya Fazieyana sebelum tersengih nakal.

“ Okey. Dia memang pernah ditinggalkan tunangnya dulu. Sebab dengarnya si tunang dia tu gilakan harta. So dia lari ikut lelaki lain yang lebih kacak dan tampan. Tapi rasanya Encik Radin tu jauh lagi tampan dari lelaki tu. Dan sebenarnya yang aku tahu la. Dia punya tunang tu mukanya sama macam kau. Mungkin sebab tu kot dia anti sangat dengan kau,” terang Fazieyana panjang lebar.




What?” bergema seisi rumah apabila aku secara spontannya terjerit mendengar bicara terakhir yang terpacul dari bibir Fazieyana itu.

“ Tak payah la menjerit bagai. Kau ni la. Tapi kan… Macam mana kau tahu pasal Encik Radin tu? Jangan-jangan kau suka dia erk?” usik Fazieyana, pantas aku menumbuk bahunya.

“ Kau ingat tak waktu kau tolong aku? Ala, waktu kereta aku mogok tu? Sebenarnya Encik Emir tu sepupu kawan aku si Wani. Dah la, aku nak masuk bilik. Mana bilik aku?” tanyaku berbasa basi.

“ Ni bilik kau. Beb! Kau jangan marah. Erm, aku rasa kan nak makan kat luar malam ni. Kau ikut eh,” pinta Fazieyana penuh mengharap.

“ Erm…” jawabku dengan malas.

Aku mencapai tuala untuk membersihkan diri. Setelah siap aku menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat Asar.

“ Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku. Dosa kedua ibubapaku. Cucuri la rahmatMU keatas kedua ibu bapaku. Aku pohon ya ALLAH permudahkan segala urusanku ini,” rintihku hiba.
Setelah lama berteleku diatas tikar sejadah aku bangun lalu aku lipat sejadah dan telekung yang aku gunakan. Hiba rasa hati saat mengenagkan nasib diri. Sudahlah tiada keluarga. Ibu dan ayah pula sudah lama meninggalkan aku.

“ Ibu, ayah Lysa doakan agar kalian sentiasa diberkati-NYA. Tunggu Lysa disyurga ya.” Tuturku sambil menatap potret ibu dan ayah yang berada didalam dompetku.

Fazieyana tergamam mendengar luahanku, lantas dia menguak daun pintu dan tanpa sebarang kata dia melabuhkan duduk di sisiku.

“ Lysa, boleh aku tanya kau sesuatu?” soal Fazieyana, wajahnya berkerut seperti teragak-agak untuk melemparkan pertanyaan kepadaku.

“ Apa? Kalau aku boleh jawab aku jawab. Tapi jangan soal kahwin sudah,” seloroh ku seraya membaringkan tubuh diatas katil.

“ La, aku baru nak soal tu. Ha ha…” usik Fazieyana lantas turut sama berbaring disebelahku.

“ Lysa, kau… err…tadi aku dengar… Aduh! Aku serba salah nak tanya ni. Kau dah tak ada sesiapa ke?” soal Fazieyana sambil merenung wajahku.

Aku turut menatap wajah ayu Fazieyana. Aku merasakan mutiara jernih mula bergenang dikelopak mataku, aku biarkan saja ianya mengalir bersama luka yang aku pendamkan selama 21 tahun yang lalu.

“ Ayah dan ibu aku dah meninggal dunia. Keluarga aku yang lain… mereka tak pernah sayangkan aku. Ibu dan ayah aku meninggal sebab kemalangan…” suaraku bersama tangisan yang tiada bertepi.

“ Lysa, ya ALLAH beratnya dugaan yang kau tanggung. Aku… aku… minta maaf ya. Aku cuma nak tahu latar belakang kau je, takde niat nak buat kau sedih, maafkan aku ya.” Fazieyana mendakapku erat. Tangisan kami menjadi satu, hanya orang yang pernah kehilangan saja boleh merasai erti tangisanku ini.

“ Aku tak salahkan kau. Terima kasih Fazi. Aku tahu kau ambik berat tentang aku. Aku sayang kau Fazi, walaupun kita baru kenal, tapi kau adalah sahabat yang baik. Dan aku senang berada disisi kau,” ujarku bersama tangisan yang masih bersisa.

“ Aku janji aku takkan tinggalkan kau seorang. Aku takkan biarkan kau lemah. I stay by your side. You are my friend forever. I’m promise,” janji Fazieyana pada diriku. Aku merasa lebih bersemangat saat mendengar janji Fazieyana.

“ Terima kasih Fazi. Buruk rupa kau menangis he he,” usikku seraya menyeka airmata yang mengalir dipipi Fazi.

“ Eleh, cakap orang. Kau pun kalau menangis buruk rupa tau. Ha ha…”

“ Tak.”

“ Ya.”

“ Tak.”

Ya.”

“ Taklah Fazi.”

“ Tak.”

“ Ya.”

Fazieyana ketawa kecil lalu dijelirkan lidahnya padaku. Lantas dia bersuara nakal.

“ Mengaku pun kau kan? Eh, aku ingat nak ajak kau pergi makan seafood. Jomlah, malam ni aku belanja. Okey?” Fazieyana memberi cadangan untuk menu makan malam mereka.

“Okey Fazi.” Tuturku seraya tangan  ku angkat tinggi seolah tentera menghadap ketuanya.

~*~*~*~*~*~*~*~*

Restoran Seafood Jia Jia Lai


“ Jom, duduk kat hujung meja tu nak? Tersorok sikit,” ujar Fazieyana seraya menarik tanganku. Aku hanya mengikut langkahnya.

Buat kali pertamanya aku cukup kagum dengan hiasan dalam restoran itu. Warnanya yang lembut sangat mendamaikan setiap mata yang memandang. Terhenti segala gerak-geriku saat kami sudah sampai di meja yang ditunjukkan oleh Fazieyana tadi.

Aku hanya membiarkan saja Fazieyana untuk memesan minuman buat kami. Bulat mataku saat Fazieyana memasukkan satu persatu bahan steamboat kedalam bowl yang disediakan.

“ Wei, kau ni makan ke melantak? Banyak kot. Kau ada bela hantu raya eh?” tanyaku sambil berbisk.

“ Choi, kau ni tak sayang mulut. Aku tinggal kau kat sini nanti baru tahu.” Suara Fazieyana geram dengan tuduhanku.

“ Dah tu banyak sangat yang kau rebus, nak buat apa?” soalku sambil senyum simpul.

“ Ha, nah kita makan sorang sikit. Nanti kalau habis kita tambah. Okey? Sekarang kau makan.” Arah Fazieyana padaku.

Saat aku ingin menyuakan steamboat ke mulut, aku tergamam saat melihat Emir yang berdiri tidak jauh dari kami. Aku melarikan pandangan dari jejaka itu.

“ Eheem-eheem, Fazi boleh saya duduk sini? Meja lain dah penuh la,” pinta suara itu.

‘ Eh! Sibuk la mamat sengseng ni. Ei! Bencinya.’ Aku mengetap bibir sebelum memikirkan ayat untuk membalas bicara jejaka itu.

“ Dah tahu meja penuh pergilah makan tempat lain,” sinisku seraya menentang pandangan si Emir.

“ Eh, minah sewel ada rupanya. Erm saya duduk sebelah Elyysa ya. Terima kasih.” Tutur Emir dengan selamba.

Aku memutarkan bebola mata apabila Emir tersenyum simpul seraya mengangkat kening. Fazieyana hanya menggelengkan kepala melihat tingkah kami berdua.

“ Encik Radin buat apa kat sini? Nak jumpa awek eh?” sakat Fazieyana sambil menjongket kening ala-ala Ziana Zain.

“ Awek? Memang taklah. Kenapa? Pelik ke kalau saya makan dekat luar?” tanya Emir namun matanya melirik ke arahku.

“ Terima kasih,” ucapku pada pelayan lelaki yang menghantar minuman yang kami pesan tadi.

“ Encik Radin, haritu kan Encik Radin balik kampung. Katanya kenduri sepupu kan? Mesti la kenal dengan kawan saya ni, Lysa. Sebab Lysa kata kenduri tu sepupu Encik kan?” tanya Fazieyana sambil menjeling kearahku.

“ Ada. Fazi lepas ni awak nak pergi mana?” soal Emir seraya membakar makan seafoodnya.

“ Pergi mana lagi. Balik la. Takkan nak jumpa pakwe kot? Memang taklah,” aku memulangkan paku buah keras seraya mengerdipkan mataku pada Emir.

Emir mendengus kasar. Usai makan kami mengatur langkah meninggalkan restoran, namun langkahku terhenti apabila kakiku tersadung sesuatu. Dan sesuatu yang aku maksudkan adalah kaki Emir. Kurang asam jawa.

Emir tersenyum sinis padaku. Tanpa membuang masa aku mencapai sisa air minumanku itu lalu ku tuangkan diatas kepala Emir. Giliranku untuk tersenyum sinis. Terasa ingin saja aku melonjak gembira apabila melihat wajah berang Emir.

Serve you right,” sinis ku pada Emir. Aku tersenyum kemenangan.

“ Kau… Elyssa Zahra kau betul-betul melampau.” Jerkah Emir. Tiba-tiba perasaan gentar menyinggah sanubariku saat melihat wajah Emir yang seperti singa ingin menerkam mangsanya. Laju aku mengatur langkah meninggalkan Emir sebelum terjadi perkara buruk terhadapku. Hu hu…

Minah sewel, kau tunggulah besok, balasan dari aku.” Emir menjerit kecil apabila langkahku semakin jauh meninggalkannya.

“ Beb! Berani betul kau cari pasal dengan Encik Radin. Kau tahu tak dia tu pengurus besar De Ryu Beach Resort?” marah Fazieyana akan sikap keterlaluanku terhadap Emir.

“ Ala, kesah apa aku? Kau tahu apa dia buat pada aku? Dia tahan kaki dia tu sampai tersadung aku jadinya tau. Sekarang siapa yang kejam? Aku ke dia?” tanyaku kembali pada Fazieyana seraya mengjongket kening.

“ Kau orang sama-sama degil,” sungut Fazieyana lantas dia memfokuskan pemanduannya tanpa menoleh ke arahku lagi.

“ Kau marah ke aku kenakan Encik Emir tu?” tanyaku setelah lama berjeda.

Takde, terkejut je. Sebelum ni tak pernah ada seorang pun berani lawan cakap dia dan kau orang pertama. Ha ha… Beb! Kelakar kot tengok muka dia tadi.” Usai Fazieyana menghabiskan katanya kami menghamburkan tawa.

“ Dia tu selalu sangat dinis dan ego dengan aku. Dia tak kenal lagi siapa Ellysa Zahra ni. Ha ha…” ujarku bangga.

“ Bagus, tapi aku risau dia balas dendam dekat kau,”

“ Fazi, kau janganlah risau. Ni Lysa la,” ujarku seraya menggenggam erat jemari Fazieyana.


p/s =enjoy reading
hope enjoy la ye jangan lupa drop komen :)

10 comments:

Thanusya Shanmuganathan said...

hehe.. kelakar...

tak sabar nak tahu apa emir akan buat pada lysa... cepatlah sambung... :)

Anonymous said...

Best sgt....suka tgk lysa berani mcm tu...heee...tp dorang sweet lh..sweet dgn cra yg tersendiri... hahhaa...
#Schariedah Salus

Unknown said...

tq thanusya sudi ainggah baca n komen :) weeda akan sambung

scha dy memang berani :) hehehe

Sha said...

mesti emir terkenang ex-tunang dia..tp lysa pulak yg jadi mangsa...

tunggu sambungannya..

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Hahaha...emir dgn lysa ni memang sama2 degil la...kak, nak lagi!!..hehe

Unknown said...

kak sha tq sudi singgah n baca :)

yup emir masih terkenangkan tunang dia....

ira meme sama2 degil

Ann.Awa said...

Comel je kak...
The new nama pena kak..hehe,
Comel cover dia jugak... Nice

Unknown said...

ary...lama ary xsinggah sini.tq ary

Unknown said...

Best best best cpt2 smbung..x sbar anja nak tau apa emir akan buat nnt..

Unknown said...

anja, ok sambungannya dah ada... heeee sedih sikit tau :)