Setelah
selesai menghubungi trak penunda mereka menunggu sebentar sehinggalah mereka
datang membantu. Sesekali doktor Fadhli mencuri pandang wajah Nadia. Dia akui
Nadia mempunyai raut wajah yang lembut, sangat memikat hatinya. Bahkan Nadia
memiliki ciri-ciri gadis yang dia sukai. Berwajah lembut, biarpun garang namun
tetap manis. Dan yang lebih memikat hatinya ialah senyuman manis Nadia itu.
Entah mengapa saat pertama kali matanya memandang wajah Nadia hatinya terus terpaut,
malah semakin lama wajah itu semakin melekat di hati dan juga mindanya.
Nadia
kian resah. Hatinya tiba-tiba sahaja menjadi gundah gelana kerana berduaan
dengan lelaki itu. Lidahnya terasa kelu untuk memulakan bicara. Bukan dia tidak
tahu lelaki itu mencuri pandang wajahnya. Namun untuk membalas pandangan lelaki
itu sungguh dia tiada keberanian. Dan entah mengapa hatinya terpikat pada
keihlasan doktor Fadhli untuk membantunya.
“
Eheem.” Doktor Fadhli berdehem setelah sekian lama sepi tanpa bicara.
Sekilas
Nadia menoleh ke wajah doktor Fadhli.
Dia mengukir senyum untuk menghilangkan resah yang menghimpit hati.
“
Awak err… nak pergi mana?” soal Nadia berbasa basi. Dia cuba untuk menenangkan
hati apabila pandangan redup doktor Fadhli menikam jantungnya.
‘
Alahai, dah kenapa hati aku ni? Takkan la suka kat mamat ni kot? Oh! Tidak,”
gumam Nadia dalam hati.
“
Saya nak pergi Teluk Chempedak. Saja nak mereleasekan tension,” ujar doktor Fadhli
lalu menyungging senyum di tepi bibir.
“
Oh!” Ingin sekali Nadia meminta bantuan lelaki itu untuk menumpangkannya
sehingga ke kampungnya yang terletak di Galing Kecil. Namun terasa berat
bibirnya untuk berbicara.
Doktor
Fadhli ketawa kecil melihat bibir Nadia yang comel ketika menyebut ‘oh’ itu.
Terasa sangat comel pada pandangan matanya.
Sahlah kau dah angau Fadh oi. Tak pernah ada
mana-mana perempuan pun yang mampu mencuit hati kau. Tapi kenapa dengan Nadia
mudah benar hati kau terpikat? Doktor Fadhli bermonolong di dalam hati.
“
Fadh,” seru Nadia dengan dengan lembut.
Doktor
Fadhli menoleh sekilas apabila mendengar lembut namanya di seru. Ya! Terbuai
perasaannya saat itu. Terasa bahagia apabila Nadia memanggilnya dengan nada
yang sungguh lembut.
Doktor
Fadhli mengjongketkan kening. “ Kenapa Nadia? Did you have a problem? Oh! Lupa saya nak tanya. Sebenarnya awak
dari mana nak kemana ni?” tanya doktor Fadhli apabila mengingati sesuatu.
“
Itu yang saya nak cakapkan ni. Err… memandangkan awak nak ke Teluk Chempedak
boleh tak kalau err… awak…” Nadia teragak-agak untuk berbicara.
“
Kenapa? Awak ingat saya akan biarkan awak keseorangan di sini? Dengan situasi
yang belum tentu selamat, untuk seorang gadis seperti awak? Awak ingat saya
kejam untuk membiarkan awak keseorangan disini?” tanya doktor Fadhli seakan
memahami.
Nadia
yang sedang menguis tanah itu serta merta memanggung kepala mendengar suara
doktor fadhli yang bagaikan berbisik lembut di telinganya itu. Aik, mamat ni
macam tau-tau je aku nak minta tolong. Bela hantu raya ke apa? Ish! Nadia boleh
tak kalau kau tak fikir negatif? Monolong Nadia dalam hati.
“
Nadia, Nadia,” seru doktor Fadhli apabila gadis itu seolah-olah mengelamun.
“
Nadia.” Panggilnya lagi, kali ini dengan lebih kuat. Nadia menggigit bibir
menghilangkan kekalutan hatinya itu.
“
Maaf. Err… kalau tak menyusahkan awak, boleh awak tumpangkan saya sampai…”
pantas doktor Fadhli mencelah.
“
Saya akan hantar awak sampai rumah.”
Nadia
membalas senyuman jejaka itu. Terasa lega mendengar bicara jejaka itu. Kenapa
hati aku macam berbolak-balik ni? Tak mungkin aku suka dia? Tapi takde sebab untuk aku bencikan dia. Dia
terlalu baik, sangat baik, bisiknya dalam hati.
“ Terima kasih Fadh,” ujar Nadia perlahan.
4 comments:
best..best..best :)
sweet kan??? haha
yes.. yeayy.. akhirnya..
nadia.. nadia.. klu da falling in love ngan fadh tu, admit jea laa.. x yah na smbunyik2, kang ekau gak merana klu fadh kne kebas ngn org lain.. hailaa..
yeahh, go fadh.. go..go... fadh..
kikiki.. kan Nadia memang genggitu hee insya-ALLAh Nad terima :)
Post a Comment