CINTA BILANG BENCI BAB 13


















Erina membelek cincin lamaran dari Zafran itu. Entah kali keberapa dia juga tidak tahu. Sungguh hatinya terpaut melihat cincin itu. Pandai juga Zafran pilih. Cantik, aku nak terima ke tidak? Erina mengeluh mendengar suara hatinya itu.

Tok! Tok!

“ Masuklah,” arah Erina dari dalam.

Farhana menjengulkan kepala saat pintu terkuak. Lalu dia cuba mengukir senyuman buat Erina.

“ Kau ok Rin? Kenapa monyok je ni? Cantiknya cincin. Boleh aku tengok?” tanya Farhana berhati-hati.

“ Zaf lamar aku. Tapi aku belum bagi jawapan. Dia nak aku bagi jawapan malam ni.Berdebar sangat aku Ana. Aku keliru dengan perasaan aku.” Luah Erina sambil melentokkan kepalanya d bahu Farhana.

“ Ikut kata hati kau. Kalau rasa kau tak mampu untuk terima dia, terus teranglah. Dan andai sebaliknya pula kau terimalah dia dengan ikhlas. Kau dah buat solat isthikarah?” tanya Farhana dengan lembut.

Erina menggelengkan kepala, sambil bermain dengan hujung rambutnya. Ah! Sukarnya untuk buat keputusan. Antara sahabat dengan cinta. Eh! Cinta ke aku pada Zafran?” Hati Erina bermonolog lagi.

Tepat pukul 10.00 malam seperti dijanjikan, Zafran menelefon Erina. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui jawapan Erina.

“ Alamak, macam mana ni? Aduh! Zaf ni pun tak sabar-sabar. Ish! Malunya nak cakap. Biar ajalah.” Omel Erina seraya cuba menenangkan hati yang mula hilang rentak itu.

“ Siapa call? Zafran?” Tebak Farhana apabila melihat Erina yang serba tidak kena itu.

“ Aku… tak berani nak angkat call dia. Aku… ish! Macam-macam ada dalam otak aku tau.” Erina sudah mula melalut. Farhana yang mendengar jawapannya tersenyum senget.

“ Kau angkat je lah. Tak baik buat Zaf macam tu tau. Kasihan dia. Kau tak kasihan Zaf ke?” Farhana menyoal  sahabatnya itu.

Belum pun sempat Erina membalas pertanyaan Farhana HTC nya berbunyi lagi. Nama Zafran terpapar di skrin HTC. Aduhai, Zaf ni sabar la. Geram betul la. Erina mengomel lagi. Lantas dia membiarkan sehingga panggilan itu terhenti tanpa mengangkatnya.

“ Ish! Rin tak angkat pula. Ah! Selagi Rin tak angkat call jangan harap Aidil Zafran akan mengalah.” Tekad Zafran seraya mendail semula nombor telefon Erina.

“ Alamak, Zaf tolonglah jangan call.” Bebel Erina geram.

Erina menaip mesej untuk dihantarkan kepada Zafran. Dia menekan kuat button HTC untuk melepaskan geram.

+ Jangan call. Mesej saja boleh?

Erina menghantar pesanan ringkas itu setelah dipastikan tiada kesalahan ayat. Dengan penuh debaran dia menantikan balasan dari Zafran.

+ Kenapa tak angkat call? Rin sengaja nak mengelak dari Zaf ke?

Erina mengetap bibir membaca pesanan ringkas yang dibalas oleh Zafran itu. Nadanya seakan berjauh hati saja. Dia tersenyum apabila menemui jawapan yang dinanti Zafran. Dia juga jawapannya itu bakal membahagiakan orang disekililingnya.

+ Aidil Zafran, saya Putri Erina Batrisya menerima lamaran awak. Tapi… awak jangan sesekali kecewakan saya. Jika tidak saya tidak akan teragak-agak untuk tinggalkan awak.

Zafran tersenyum girang membaca mesej yang baru diterimanya itu. Segera dia keluar bilik lalu dia berlari menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Tubuh umminya yang sedang menonton television itu didakapnya erat.

“ ALLAH, along kenapa tiba-tiba peluk ummi ni?” Puan Linda sedikit hairan melihat wajah anak lelakinya yang tidak lekang dengan senyuman itu.

“ Along, ada apa-apa yang ummi dengan abi tak tahu ke? Abi tengok wajah anak abi ni ceria saja. Ceritalah dengan ummi dan abi,” ujar Encik Lazim seraya menepuk sofa disebelahnya.

“ Begini sebenarnya.” Zafran menarik nafas sebelum menyambung katanya.

“ Tadi along lamar Rin, dan tadi dia baru saja, beri jawapan pada along,” ujar Zafran bersama senyuman. Sengaja dia menggantung katanya agar ummi dan abinya penasaran.

“ Along, Kak Rin terima along ke?” tanya Ain lantas dia mengambil tempat disebelah Puan Linda.
Zafran tersenyum manis. Terbayang di wajahnya seraut wajah Erina yang tenang, terasa sangat mendamaikan hatinya.

“ Along, along.” Ain sedikit menjerit apabila melihat abang kesayangannya itu seakan mengelamun saja.

Ain yang geram melihat abangnya itu segera mencapai bantal lantas dibaling tepat mengenai wajah abangnya. Dia mengekek ketawa apabila melihat wajah cemberut Zafran.

“ Apa ni dik? Kacau je along nak berangan.” Marah Zafran saat angannya tadi terbang entah kemana.

“ Dah tu adik tanya along tak jawab. Cepatlah along. Kak Rin terima along ya?” tanya Ain dengan mata yang bersinar. Seri inerShine la katakan. He he…

“ Ummi, abi, adik. Putri Erina Batrisya dah… dah terima lamaran along. Alhamdulillah ummi, abi berkat doa semua syukur sangat. Gembira hati along,” luah Zafran sambil menatap satu persatu wajah kesayangannya itu.

“ Yeke? Alhamdulillah. Syukur sangat. Along nak tahu tak? Hari tu adik ada jumpa Kak Rin. Kononnya nak pujuk la. Tapi tak jalan pun. Erm, rupanya dia nak buah hati dia yang pujuk. He he…” Ain tertawa sendiri di hujung katanya.

“ Ye? Maknanya adik punya ayat tak power macam ayat along la tu.” Ada nada bangga di hujung bicara Zafran. Lantas dia tersenyum mengejek.

“ Eleh, poyo la along ni. Along, ada sesuatu yang buat adik risau la. Adik takut andainya…” Ain berjeda seketika sambil mengatur langkah untuk melabuhkan duduk disebelah abangnya.

“ Andainya apa?” tanya Zafran tidak sabar.

“ Ada seorang lelaki ni. Kalau tak silap adik la. Khuzafi eh, bukan Khu… ha Khuzaimi. Dia ni siap panggil Kak Rin dengan nama Risya lagi tau! Dan lagi satu yang menggelikan hati adik ialah dia kata dekat Kak Rin, Risya  miss you,” ujar Ain seraya mengajuk cara pertuturan Khuzaimi.

“ Khuzaimi?” Zafran tersentak mendengar nama yang terpacul di bibir adiknya.

Zafran mengerut dahinya. Persoalan siapakah Khuzaimi didalam kehidupan Erina berlegar-legar dimindanya. Siapa mamat selenga ni dalam hidup Erina erk? Zafran bermonolog di dalam hati.

“ Along, bila boleh ummi dengan abi masuk meminang Rin? Along, along.”  Zafran menoleh apabila Ain menyentuh lembut bahunya.

“ Kenapa ni along? Adik ada salah cakap ke? Tanya Ain apabila melihat kerutan di dahi abangnya.

“ Ummi tanya apa tadi?” soal Zafran tanpa menjawab soalan adiknya.

“ Ummi tanya bila boleh ummi dengan abi masuk meminang si dara untuk anak anak teruna ummi ni? Kalau ikutkan hati ummi ni lagi cepat lagi bagus tau.” Tutur Puan Linda seraya menjeling manja suaminya.

“ Along nak pastikan bahawa Rin betul-betul terima along dengan sepenuh hatinya. Adik, ada tak Kak Rin cakap siapa mamat yang nama Khuzaimi tu?” Zafran menyoal sambil dalam hati berdoa agar lelaki itu bukanlah sesiapa pada Erina. Kerana dia tidak sanggup kehilangan wanita itu.

“ Rasanya mungkin bekas pakwe Kak Rin kot. Sebab hari tu Kak Rin ada kata dia tak mahu Khuzaimi tu menganggu hidup dia lagi,” ujar Ain seraya memegang tangn abangnya.

“ Betul ni?” Zafran menarik nafas lega mendengar jawapan dari adiknya itu.

“ Along kamu ni risau la tu. Takut bunga yang dipuja tu dipetik orang,” usik Encik Lazim setelah lama hanya menjadi pemerhati sahaja.

Zafran tersentum simpul. Malu diusik terang-terangan dihadapan adik dan umminya itu. Terasa darahnya menyerbu ke muka.

“ Ummi, abi tengok tu along dah mula malu-malu kucing la. He he…” Ain semakin giat mengusik Zafran.

“ Amboi, suka kenakan along kan? Ei, geram betul la.” Ain mengaduh saat Zafran meluku kepalanya.

“ Aduh! Sakitlah along.”

“ Sudah-sudah, kamu berdua ni. Harap saja dah besar panjang tapi masih perangai budak-budak. Yang sorang dah nak kahwin, ha ni sorang lagi dah boleh jadi mak budak pun. Tapi masih juga perangai tak matang.” Bebel Puan Linda terhadap anak-anaknya. Encik Lazim hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya.

Zafran dan Ain hanya tersengih mendengar bebelan Puan Linda. Pantas Ain mengubah topik.

“ Along, nanti along kahwin kan, adik nak jadi pengapit boleh?” tanya Ain seraya menjongketkan keningnya tinggi.





“ Boleh… boleh blahh.” Zafran ketawa mengekek apabila Ain sudah memainkan peranan untuk mencubitnya itu.

“ Aduh! Sakitlah nenek. Adik ni gurau sikit pun nak marah. Tak sayang along la tu,” rajuk Zafran. Sengaja ingin menduga adiknya.

“ Sakit ke? Along tu, adik serius. Boleh pula along main-main. Geram tahu!” Ain memuncungkan mulutnya.

 “ Ala, comelnya adik along ni merajuk. Tengok tu ummi, abi adik ni makin marah makin comel kan? Ha ha… Sayang juga adik kat along ya? Ingatkan tak sayang along,” usik Zafran seraya memeluk tubuh kecil adiknya.

“ Sayang la. Dah tu nak sayang siapa lagi? Angah? Memang taklah. Sejak angah kahwin sedikit pun, dia tak pernah nak ambik tahu tentang kita. Dah lupa gamaknya dengan kita,” luah Ain geram apabila mengenangkan abangnya yang kedua itu.

Zafran, Puan Linda dan Encik Lazim terpana saat Ain mengungkit perihal Zahiril. Seketika ruang yang tadinya penuh dengan gelak tawa mulai sunyi. Masing-masing melayan perasaan.

 Tak ingatkah angah pada aku? Ibu yang melahirkannya? Ibu yang mengandung dan menyusukannya? Puan Linda mengeluh didalam hati.

Encik Lazim mengalihkan pandangan ke arah lain. Pantas tangannya menyeka airmata yang bergenang. Dia sebagai ketua keluarga harus kuat.

“ Ummi, abi. Adik minta maaf. Adik bukannya apa, angah sekarang dah lupakan kita. Kalau ya pun dia nak marah, janganlah sampai putuskan silaturrahim antara ummi dan abi,” luah Ain sendu lalu dia mendekati umminya, tubuh tua tua didakapnya erat.

“ Ummi rindu angah. Mungkin angah sibuk kan adik. Bukannya tak ingat kita, tapi ummi tahu angah sibuk.” Puan Linda cuba untuk menyedapkan hatinya.

“ Sudahlah ummi, abi. Usahlah bersedih. Angah tu mungkin dia banyak kerja. Sudahlah, along tak suka la suasana suram macam ni.” Zafran mengeluh hampa apabila pujukannya langsung tiada kesan.

“ Ummi, adik dah la jangan nangis. Abi, along tahu abi sedih. Along janji along akan bawa angah pulang ke pangkuan kalian.” Zafran berjanji seraya tersenyum lebar.

“ Ummi nak masuk tidur dulu. Along, tanya Rin betul-betul ya. Abang tak nak tidur lagi ke?” tanya Puan Linda sambil mengerling manja suaminya.

Encik Lazim tersenyum saat melihat kerlingan manja isterinya. Segera dia bingkas meninggalkan putera dan puterinya itu. Belum pun jauh langkahnya dia menoleh semula lantas berpesan pada Zafran.





“ Along, kunci pintu sebelum masuk tidur ya. Ha, kamu berdua jangan tidur lambat sangat tau,” usai memberi pesanan Encik Lazim mengatur langkah menuju biliknya di tingkat atas.

“ Along, tak nak tidur lagi ke? Dah lewat malam ni. Jangan la tidur lewat sangat. Tak baik untuk kesihatan along,” ujar Ain seraya mencium tangan abangnya.

“ Selamat malam dik, terima kasih ingatkan along. Kejap lagi along tidur.” Tutur Zafran seraya mencium ubun-ubun adiknya.

Saat kelibat adiknya hilang dari pandangan pelbagai perkara mula bermain dimindanya. Soal Khuzaimi, soal Zahiril, soal Erina. Dia memicit kepala sambil membaringkan tubuh diatas sofa.


“ Astaghfirullah, lailahaillallah, subhanaALLAH, ya ALLAH detikkanlah di hati adikku, Zahiril rasa tanggungjawabnya pada ummi dan abiku. SubhanaALLAH Maha Suci ALLAH.” Zafran menitipkan doa agar dilembutkan hati Zahiril.

“ Erina ni pula. Siapa la Khuzaimi tu. Erm, yang pastinya pertemuan pertama aku dengan mamat selenga tu pun, dah mula rasa meluat. Aduh! Serabut kepala aku ni. Baik aku melukis. Ada juga hasilnya dari serabut kepala memikir benda macam ni,” omel Zafran sambil mengeluh lemah. Setelah memastikan semua pintu berkunci dia menyusun langkah untuk ke biliknya.


6 comments:

Aku Maya said...

Bismillahirahmanirahim...
Ok begini..nak komen, bukanlah terer sangat menulis, jadinya, daku cuma ingin bagi pendapat....
itupun mengikut cara penulisan daku yg entah hape2 tu...
1. bahasa, ok, bahasa dah ok, suma kadang ayat penerangan tu kena kraetif sikit, contoh, ketika gambarkan perasaan atau perbuatan. Biar betul sampai boleh ter-imagine
2. Watak, barangkali sudah kebiasan novel cinta namanya begitu, kalau daku daku kurang suka, pilih nama yg senang org ingat...
3. di sini daku lihat ada jugak berlaku percampuran frasa babak,
booleh diejas dengan format yg betul...
4.keseluruahnnya bagus....bagus dan menarik citer ni...ingat satu benda- " penulisan akan jadi lebih sempurna dengan terus menulis" Selamat berjaya..maaf pasal komen...

nurul nuqman said...

bismilillahhirrahmanirrahim, first terima kasih sudi singgah baca n komen...baik segala yang dikata akan di baiki... :)dengan rendah hatinya terima kasih atas komen :)

Nurul Akira Abd.Rahman said...

Fuhh, akhirnya erina terbuka hati dia nak terima zafran..zafran pulak cemburu la tu, rileks zafran, erina syang awak sorang aje..hehe..lagi kak :D

nurul nuqman said...

hehehe...insyaALLAH.... nanti akak kasi..

putri intan said...

Fuuu terima pun lamaran tu..saspen jeee tau..

nurul nuqman said...

anja...akhirnya terima juga kan???