IZZAT IZZATI

by = ARYSSA NAJWA





ASSALAMUALAIKUM, SEMUA HOPE SEMUA ENJOY LA BACA KISAH NI, AGAK ISLAMIK KOT..HUHU. ENJOY READING PART 1 YE










“ Jangan! Jangan pergi. Jangan!!” Izzati terjaga dari lenanya yang panjang. Dia masih jua termimpikan perkara yang sama. Mimpi mengenai seorang lelaki yang sedang tersenyum manis padanya namun lelaki itu pergi meninggalkan dia. Atas alasan apa lelaki itu pergi meninggalkan dia juga tidak tahu.

“ Ya ALLAH, siapa dia? Mengapa aku sering termimpikan dia? Apa hikmah sebalik semuanya ni?” keluh Izzati akan mimpi yang sering menggangu lenanya sejak kemalangan dua tahun lalu.

“ Zaty, kau ok ke?” soal Salwa sahabat karib Izzati.
Izzati mengganguk kecil lalu meraup wajahnya berkali-kali. Salwa cuba menenangkan Izzati yang kegelisahan itu. Lantas dibaringkan tubuh Izzati agar rebah ke katil kemudian diselimutnya tubuh sahabat yang disayanginya itu.

“ Baca surah Kursi, 3 qul dulu sebelum tidur ok Zaty,” pesan Salwa.

“ Erm,” Izzati hanya menggumam saat kepalanya sarat memikirkan soal mimpi tadi.

                                                 ****************


“ Zaty kau ok ke? Kenapa kau muram je ni? Aku tengok wajah kau sembab je ni, asal? Ce story dengan kami,” ujar Liana salah seorang rakan Izzati yang juga merupakan kawan satu course dengannya.

“ Kau mimpikan benda yang sama ke?” soal Amanina pula.
Izzati hanya menggangukkan kepala saat mendengar soalan yang diajukan Amanina, sahabat merangkap sepupunya itu.  Semalam setelah termimpikan lelaki itu, Izzati cuba untuk melelapkan matanya, namun puas dipaksa tapi matanya tidak dapat dilelapkan, lantas dia mengerjakan Solat 
 Sunat Isthikharah.

“ Beb,aku tengok kau asyik termenung je. Kau betul-betul ok ke ni?” soal Salwa kerisauan melihat Izzati yang mendiamkan diri.

 “ Sal, Nina, Lia sebenarnya semalam lepas je aku mimpi tu aku cuba untuk tidur semula, tapi mata aku betul-betul tak boleh nak lelap. Then aku buat solat Isthikharah, tapi kabur. Aku rasa lelaki tu orang yang sama yang pernah aku langgar dua tahun lalu,” ujar Izzati perlahan.

“ Eh, jom lah. Dah lewat kita ni. Dah la minggu orentasi lagi ni,” ujar Amanina tergesa-gesa.
Mereka terkocoh-kocoh menuju ke dewan dimana semua pelajar-pelajar dikumpulkan sepanjang minggu orentasi.

“ Eh! Korang masuk dewan dulu. Aku sakit perut la pula. Tolong cover line, jangan sampai orang perasan aku tak ada tau,” Pesan Izzati pada sahabatnya.

“ Ok, jangan lama sangat.” Balas Salwa lalu melangkah masuk ke dewan.
Mujurlah mereka dapat satu kumpulan, jadi mudahlah kiranya untuk membuat perbincangan, tidaklah rasa janggal benar.

‘ Eh, mana pula si Zaty ni? Lambat betul la.’ Rungut Amanina dalam hati.

“ Aduh! Time macam ni la nak sakit perut. Ish aku dah lambat ni. Patutnya sesi taklimat dan suai kenal mula jam lapan pagi. Adui! Dah lewat sangat ni. Mesti aku kena denda nanti,” rungut Izzati sendirian.

NUR IZZATI SYAH


“ Ha awak yang berlenggang lagi tu tak reti-reti nak jalan cepat sikit? Terhegeh- hengeh, lembab.” sinis seorang jejaka yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu masuk dewan.

Izzati mempercepatkan langkah saat mendengar suara sinis salah seorang senior yang menjaga mereka di minggu orentasi itu. Laju saja dia mengatur langkah, saat Izzati menghampiri jejaka itu dia menjeling tajam lalu mengambil tempat duduk bersebelahan Salwa.

“ Lambatnya, kau kena marah ke tadi?” bisik Salwa, Amanina dan Liana hanya memasang telinga.

“ Erm,” Izzati menjawab malas, hatinya masih sakit dengan sindiran pedas lelaki itu.
Izzati mengecilkan mata mengamati wajah lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat yang sedang didudukinya.

IZZAT FARISH


‘ Macam kenal je mamat tu. Macam familiar je.’ Desis hati Izzati. Puas difikir namun otaknya tidak dapat men’loading’ sebarang maklumat tentang lelaki yang sedang memakai t-shirt putih berseluar slack berwarna kelabu itu.

Izzati melarikan pandangan saat matanya bertembung mata jejaka yang sedari tadi menjadi santapannya itu, dia cuba untuk memfokuskan pada taklimat demi taklimat yang diberikan oleh salah seorang seniornya  namun matanya sering kali jua mencuri pandang ke arah jejaka itu.

“ Ok, sebelum acara ice breaking aku kenalkan diri aku. Nama aku Firdaus, aku sekarang ni dah kira last sem. Aku sekarang bachelor study in accaounting.” Ujar salah seorang faci yang sedari tadi asyik memberikan taklimat.

Izzati melarikan pandangan kearah rakan sekelas yang sibuk memperkenalkan diri masing-masing. Setelah itu tibalah pula giliran Izzati dan sahabat-sahabatnya.

“ Saya Amanina. Berasal dari Pahang. Anak bongsu dari tiga adik beradik. Makanan kegemaran mi bandung dan minuman kegemaran adalah neslo ais. Suka bermain badminton. Warna kegemaran biru. Single and available.”

“ Saya Salwa Akila. Berasal dari FELDA Mayam, Pahang. Anak keempat dari enam beradik. Makanan kegemaran semua masakan ibu dan minuman kegemaran air sirap bandung.Sukan kegemaran pula ialah futsal. Suka warna oren dan coklat, dan masih single.”

“ Saya Nur Ifti Liana. Berasal dari Selangor. Anak tunggal.Makanan kegemaran Spageti, minuman kegemaran teh 3 lapis. Meminati sukan bola tampar dan bola jaring. Warna kegemaran putih, because nampak suci. Masih solo. Jika berminat bolehlah dapatkan borang perhononan ye.”

Masing-masing sudah tertawa mendengarkan lawak selamba Liana itu. Sementara Izzati pula sudah mula gelabah saat gilirannya kian hampir.

Gulrp!

‘ Aci tak kalau aku nak mengelak? Aku tak mau la mamat sengal tu tau nama aku. Dah la dia tu presiden. Sah-sah aku kena denda nanti sebab lambat tadi.’ omel Izzati.

“ Woi giliran kau tu,” ujar Liana seraya menyiku lengan Izzati.

“ Assalamualaikum, err..nama saya err..”


“ Kau apahal? Tergagap-gagap. Muka lawa tapi gagap. Huh!” sinis jejaka sama yang memarahi Izzati di pintu dewan tadi.

‘ Ei, mamat ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya, nanti kau,’ rengus Izzati. Geram dengan ayat berbisa jejaka itu.

“ Nama saya Nur Izzati Syah. Dilahirkan di Kedah, tapi dibesarkan di Pahang. Saya anak tunggal. Makanan dan minuman kegemaran tak perlu bagi tahu kot. Minat badminton Erm, apa lagi. Warna kegemaran ialah biru laut dan semua warna yang lembut,” ujar Izzati sempat dia memaling wajah melihat riak yang terukir dimuka jejaka berlagak itu.

“ Izz, nak dekat sama macam nama kau beb.” Bisik Firdaus pada  jejaka sinis itu.

“ Ok, sekarang kita bersurai. Makan dan pastikan masuk semula pukul 10.00 Tepat pukul 10.00 am, Jangan ada yang lewat. Kalau ada yang lewat harus berurusan dengan aku. Ingat nama aku Izzat Farish, sebab nanti kami akan suruh kau orang semua dapatkan tandatangan kami yang berdiri di hadapan korang ni,” ujar Izzat seraya menunjukkan barisan faci. Izzati mencebirkan bibir meluat.

Usai Izzat berkata semua siswa dan siswi bergerak ingin menuju ke cafe. Izzati juga tidak terkecuali. Namun belum sempat kakinya melangkah dia menoleh semula saat merasakan ada seseorang memanggilnya.


“ Ha, kau. Yang tergagap tadi. Meh sini,” Izzati membulatkan mata seakan tidak percaya bahawa dia akan dipanggil oleh jejaka berlagak yang bernama Izzat itu.

‘ Dah la nama nak dekat sama, ish sengal.’ Bebel Izzati dalam hati. Namun sedikit pun dia tidak melangkah. Hanya berdiri statik seperti tiang elektrik.

Izzat berdecit melihat reaksi gadis yang bernama Izzati itu. Wajahnya tampak tegang menahan amarah yang bila-bila akan meletus.

“ Hoi, Yang kau berdiri macam tiang elektrik tu kenapa? Pekak ke?” Izzati tersedar dari lamunan saat mendengar jerkahan Izzat.

“ Izz, tak baik bro emo macam tu. Aku blah dulu. Ingat jangan marah sangat.” Sempat Firdaus meninggalkan pesan.

Izzati menelan liurnya. Dia memberikan isyarat agar sahabatnya pergi tanpa menunggunya dahulu, kerana dia khuatir akan terlambat.

“ Err.. kenapa panggil saya?” soal Izzati seraya menundukkan wajah.

“ Kalau bercakap, pandang muka aku. Aku bukan alien nak makan orang,” ujar Izzat. Dalam marah ada lawaknya juga. Izzati menahan senyum.

“ Kau apahal senyum-senyum? Disebabkan kau lambat tadi aku nak kau bersihkan satu dewan ni lepas persembahan seni budaya malam nanti. Faham?” Tegas kedengaran suara Izzat.

“ Apa? Satu dewan? Gila ke? Dewan dah la besar gila.” Bantah Izzati membuatkan Izzat semakin berangin.

“ Kau..”

“ Izz. Bro kau kenapa. Aku tengok dari tadi kau marah budak ni. Err.. siapa nama awak tadi?” soal Firdaus.

“ Izzati,” balas Izaati sepatah.

“ Macam ni la awak pergi cafe dulu, soal Izz biar saya handle.” ujar Firdaus lalu Izzati mengatur langkah laju meninggalkan dua jejaka itu.

Terkumat-kamit mulut Izzati menyumpah seranah Izzat. Sungguh seandainya Firdaus tidak datang tepat waktunya sudah pasti berbekas lima jari Izzat pada pipi mulusnya itu. Ceh! Perasannya kau Zaty.

“ Oit, kau kenapa? Asal Izzat panggil kau?” soal Liana sambil menyuap mee goreng mamak ke mulutnya.

“ Tadi kan aku lambat, lepas tu tetibe dia kata aku kena bersihkan satu dewan after persembahan budaya malam ni. Tak ke gila namanya?”

“ Eh, kejamnya dia,” suara Salwa turut simpati pada Izzati.

Bukk!!

Izzati menoleh ke belakang apabila terasa kerusinya ditepuk dari arah belakang. Alangkah kagetnya saat matanya melihat renungan tajam Izzat. Serta merta mulutnya menyumpah seranah akan sikap Izzat yang sangat menjengkelkan itu.

“ Ei, dasar mamat sengal.” Berang Izzati.

*******************

“ Fuh, gila. Penatnya,” adu Izzati lantas merebahkan diri di atas katilnya itu.

“ Kau ok? Aku minta maaf, tapi awal-awal lagi Abang Izz bagi warning supaya tak sorang pun tolong kau, kalau tidak lagi teruk dia denda kau,” jelas Salwa lantas dia mencapai minyak angin 
untuk mengurut tubuh sahabatnya.

“ Takpe la Sal, ni bahagian aku. Aduh!” Izzati mengerang kesakitan saat tangan Salwa mengurut pada badannya yang sakit akibat terjatuh semasa ingin mengelop lantai dewan, semuanya gara-gara Izzat yang menahan langkahnya semasa dia sedang mengangkat baldi mop.

“ Beb, kau ok ke?” suara Salwa yang kerisauan mendengar jeritan kecil Izzati.

“ Kau pergilah tidur, esok kalau aku lambat kejutkan aku ye,” sempat Izzati berpesan sebelum melelapkan matanya.


“ Nazrul, Nazren jangan main kat tengah jalan dik. Nazrul, Nazren. Dikk!!” Izzat memandang keadaan sekelilingnya. Mimpi itu menghantuinya biarpun kejadian itu telahpun berlalu seiring dengan waktu.

“ Bro, kau kenapa?” tanya Firdaus sambil mengesat matanya.

“ Aku..aku mim..” sukar untuk Izzat meluahkan perasaannya tika itu.

“ Kau mimpikan arwah adik kau ke?” soal Firdaus dengan mudah. Selama tempoh persahabatan mereka hanya Firdaus seorang saja yang memahami setiap suka dan dukanya.

Izzat mengganguk lemah. Sungguh fikirannya kini terfikirkan mamanya di rumah. Mujur juga Mak Yah orang gajinya ada untuk menemani mamanya memandangkan ayahnya telah lama meninggalkan mereka tanpa khabar berita.

“ Kau istghfar banyak-banyak. Bro setiap yang jadi ada hikmahnya. Kau sedekahkan surah Yassin buat arwah. Lagipun, dah lama aku tengok kau tak solat dan baca Al-Quran. Aku minta maaf, bukan aku nak tunjuk baik atau apa, tapi Izz sebagai sahabat aku harus tegur sikap kau yang alpa akan duniawi. Ingat, kita bukan hanya mengingati ALLAH saat kita susah, tapi juga saat kita senang kita harus ingat. Kerana setiap hembusan nafas kita ni adalah pinjaman dari Dia semata. Dan bila- bila masa yang ALLAH suka nyawa kita akan ditarik, sebab itu kita kena kutip amal buat bekal di alam sana.” Firdaus menggunakan psychology untuk menasihati sahabat yang sudah dianggap sebagai adiknya itu.

Izzat merasa sedikit tenang mendengar bicara Firdaus, lantas diraup rambutnya ke belakang. Tanpa membuang masa terus sahaja dia mengatur langkah menuju ke bilik air.

“ Kau nak kemana?” soal Firdaus.

“ La, tadi kau suruh aku bacakan Yassin untuk arwah adik kembar aku kan? Ni aku nak ambik wudhu la ni.”

Firdaus menggangukkan kepala. Sejurus kelibat Izzat menghilang dia mengukir senyum bahagia, kerana akhirnya Izzat mendengar jua akan katanya.

Firdaus sedang enak tidur di saat Izzat mengerjakan solat sunat taubat. Usai solat Izzat mengambil Al-Quran yang sering dibawanya kemana saja, Cuma sejak akhir-akhir ini dia agak leka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH.
                                      
                                                     ***************

Izzati tersedar dari mimpi saat mendengar suara lemak merdu seseorang yang sedang mengaji. Dia mengesat peluh yang merenik di dahinya, lantas terus Izzati menuju ke bilik air untuk membersihkan diri biarpun jarum jam menunjukkan baru saja pukul tiga pagi. Usai membersihkan diri Izzati mencapai sejadah dan telekung untuk mengerjakan solat sunat tahajjud.

Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)”


“ Ya ALLAH ampunkan dosaku, terimalah taubatku, ya ALLAH, ampunkan dosa kedua ibu dan bapaku, kuatkan hatiku untuk menempuh dugaan yang mendatang. Aamiin.” Izzati meninitipkan doa pada Yang Maha Esa.


“ Sal, Nina bangun. Solat subuh,” Izzati mengejutkan sahabat-sahabatnya itu. Mujur baik si Liana sudah pun bangun kalau tidak mahu terlambat mereka ke dewan, dan mujur juga lah hari ni merupakan hari terakhir minggu orentasi.

“ Awalnya kau bangun, kau tak tidur ke?” soal Salwa setelah Berjaya membuka luas matanya.

“ Aku tak boleh tidur, dah kau pergi mandi. Nanti ada pula kena denda sebab lambat,” ujar Izzati namun lebih pada diri sendiri.

“ Kau biar  betul? Kalau kau mengantok nanti macam mana?” tanya Liana yang muncul dari arah bilik air.

“ Jangan risaulah.” Izzati tidak mahu memanjangkan cerita lantas dia mengatur langkah ingin ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Dari jauh Izzati ternampak kelibat Izzat, namun dia buat-buat tidak tahu sahaja, seolah-olah Izzat bagaikan angin lalu.

“ Ehem-eheem.” Sengaja Izzat berdehem pada gadis dihadapannya, sengaja ingin menarik perhatian gadis itu, namun saat melihat Izzati dan kawan-kawannya melintas tanpa memandang wajahnya yang tampan itu membuatkan hatinya rasa egonya tercabar.

“ Hoi!” seru Izzat membuatkan langkah Izzati terhenti lalu dia merenung tajam wajah Izzat.

“ Apa hoi-hoi? Tak reti nak bagi salam? Ingat panggil anak ayam ke hoi-hoi bagai. Saya ada nama lah. Ha, kalau susah sangat nak ingat nama saya, awak ingat je nama awak. Izzat just tambah i kat belakang nama awak je. So jadilah Izzati, ada faham Encik Izzat Farish?” bebel Izzati geram.

Izzat terkebil-kebil memandang wajah Izzati yang berubah putih kemerah-merahan itu.

‘ Comel juga minah ni, ish apa aku mengarot ni?’ desis hati Izzat.

“ Ok, semua dah ada ke, Zaty  and the gang tak mahu masuk lagi ke? Ajak sekali Abang Izz ye,” ujar Kak Fazura sambil merenung tajam pada Izzati, denagan pandangan kurang menyenangkan.

“ Awak ada telinga kan? Kak Fazura a.k.a kekasih awak panggil awak masuk dewan.” Perli Izzati bukannya dia tidak tahu bahawa Izzat tidak pernah melayan Fazura, hanya Fazura saja yang tergedik-gedik menginginkan Izzat.


Sepanjang Izzati menjejakkan kaki ke USM berita yang sering kali dia dengar adalah Fazura yang terlalu obsess untuk memiliki cinta Izzat, meskipun jejaka itu tidak pernah melayan namun Fazura tidak berputus asa, kerana itulah, tiada seorang pun wanita yang berani mendekati Izzat kerana khuatir diapakan-apakan oleh Fazura. Izzati merasa hairan apabila Izzat langsung tidak memarahinya seperti selalu.


‘Uit, beza betul sikap mamat ni hari ni. Takkan terasa dengan aku kot? Ah! Lantaklah, peduli apa aku. Lagi aman dunia tanpa ganguan Izzat Farish. Yes! Hari ni aku bebas!!’ jerit hati kecil Izzati.

“ Ok pagi ni kita akan buat aktiviti Explore USM, dan macam biasa kumpulan yang kalah akan didenda. Pada tengahhari pula kita akan adakan perlawanan persahabatan antara senior dan juga junior. Pelbagai sukan akan diadakan jadi aku harap korang dapat bagi kerjasama,” ujar Firdaus dengan tegasnya.

“ Izz kau nak cakap apa-apa?” Firdaus ingin memberi peluang buat Izzat untuk berkata sepatah dua.
IZZAT dah mula berangankan Zaty..huhu


Izzat mengganguk seraya tepat memandang wajah Izzati yang memakai t-shirt hitam sedondon dengannya yang turut mengenakan t-shirt yang berwarna hitam dan beseluar jeans itu. Izzat tersenyum sendiri. Bagaikan berjanji dan berjodoh saja mereka.

zaty


‘ Comelnya dia, Izzat-Izzati. So sweet. Eh! Dah kenapa aku ni. Tak kan angau bila kena sembur dengan dia tadi. Ah! Aku akan balas dendam, biar aku pula yang kenakan kau nanti.’ Tekad Izzat didalam hati.

“ Izz, you ok ke?” soal si minah gedik a.k.a Fazura.
Izzat merenung tajam wajah Fazura, sungguh rimas dirasakan apabila Fazura tidak sudah-sudah cuba untuk mendekatinya.

“ Ok, lepas sukan nanti aku harap korang semua bersedia untuk sesi last sesi muhabah diri. Kita akan adakan di masjid. Waktu maghrib pastikan korang semua ada disitu.” Tegas kedengaran suara Izzat.

“ Ok, kita mulakan Explore Usm sekarang. Diminta semua ketua kumpulan tampil ke hadapan untuk mengambil klu pertama dari Izzat. Dimulakan dengan ahli kumpulan pertama Fazi. Ok, kamu boleh ajak kumpulan kamu gerak sekarang cari klu yang seterusnya. Kumpulan kedua Aazim, boleh gerak sekarang dan kumpulan ketiga Izzati. Tampil ke depan untuk mengambil klu.” Izzati kecut perut apabila harus berdepan dengan Izzat.

Saat kaki Izzati kian menghampiri Izzat kakinya telah tersadung pada meja lalu membuatkannya hilang keseimbangan badan. Izzati terjelepok jatuh ke atas badan sasa Izzat. Terasa berbahang wajah Izzati menahan malu apatah lagi mendengar ejekan di belakangnya.

 “ Kau apahal? Sakit badan aku tahu tak? Dah tak reti nak bangun ke? Apa kau ingat kau ringan sangat?” perli Izzat membuatkan si gadis bertambah malu.

“ Err.. maaf. Saya tak sengaja,” ujar Izzati seraya mengatur langkah laju meninggalkan beberapa kumpulan yang masih menunggu klu pertama.

“ Beb kau ok?” soal Liana sambil mata mengerling ke arah Izzat.

“ Dah, tak payah soal. Sekarang ni kena cari klu-klu yang ada dalam ni.” usai Izzati melihat klu lantas dia mengarahkan ahli kumpulannya ke cafe sementara dia dan juga sahabatnya mencari klu yang seterusnya.

“ Ok, kalau dah jumpa semua klu kita berjumpa semula kat sini. Sebab ada satu lagi tugasan. Faham?” Izzati bersuara tegas.

Usai mencari klu demi klu tepat jam 10 Izzati dan ahli kumpulannya berkumpul lagi. Dengan kadar segera Izzati membuka kertas bagi klu yang terakhir. Melopong mulutnya saat membaca perkataan yang tertera diatas kertas itu.

“ Beb, kau kenapa?” soal Salwa dan Amanina serentak sementara Liana mengambil kertas yang membuatkan Izzati tergamam tiada terkata.

“ Jumpa Izzat Farish untuk tugasan terakhir di cafe, hanya Izzati seorang.” Semua yang ada disitu tergamam mendengar suara Liana yang membacakan ayat yang tertera di tugasan terakhir mereka itu.

Izzati cuba mengumpul kekuatan yang ada. Di dalam hati memikirkan sebarang kemungkinan. Dia cuba menyedapkan hati yang mula rasa bagai nak pecah. Izzati cuba beristighfar didalam hati.

‘ Takkan lah mamat poyo tu nak balas dendam kat aku? Tau la aku melawan cakap dia tadi. Ke sebab aku.. Argh! Malunya. Kaki ni pun satu boleh pula tersadung meja. Huh!’ omel hati Izzati semasa dalam perjalanan ingin menuju ke cafe untuk bertemu Izzat.

Sesampai saja di cafe Izzati mencari kelibat Izzat namun batang hidung Izzat pun dia tidak nampak, lalu dia mengambil keputusan untuk berpatah semula ingin ke arah ahli kumpulannya. Baru selangkah dia menapak seseorang telah menarik tangannya dengan kasar hingga membuatkannya jatuh terduduk.

“ Buuu, macam nangka busuk daa. Ha ha.” Izzati mengecilkan mata melihat minah gedik di hadapannya itu. Lalu dia bangun lantas menepuk punggungnya.

“ Apa kau tak puas hati dengan aku? Mana Izzat? Dia suruh aku jumpa dia buat tugasan terakhir. Sekarang ni mana dia?” Izzati memberanikan diri bertentang mata dengan Fazura dan geng gediknya itu.

“ Woo, muka tak lawa mana nak jumpa Izzat. Hei! You ingat Izzat nak sangat jumpa dengan you. I yang nak jumpa dengan you. Apa you ingat I ni bodoh sangat. You sengaja kan buat terjatuh atas badan Izzat? You tahu siapa i? I kekasih Izzat,” ujar Fazura sambil mendabikkan dada.

“ Huh! Kekasih? Yeke awak ni kekasih dia? Atau awak je kot yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Ha ha,” perli Izzati. Fazura sudah mula rasa api kemarahannya memuncak.

 
Tiara
“ Main kasar nampak. Eh, kau dah rasa cukup bagus ke kau kat sini? Dengar ye tak pernah ada sorang pun berani dekati Izzat melainkan ratu cantik USM kita berturut-turut iaitu Fazura. Dan aku tengok kau ni kecik besar kecik besar je. Belum pun setahun kat sini dah tunjuk perangai. Budget cun la tu,” ujar Tiara salah seorang sahabat Fazura.

Fazura


Girl’s, biasalah minah ni mak bapak tak ajar nak hormat orang la tu.” Sinis Fazura.
Izzati dah mula rasa berang. Kalau sekadar ingin mengutuk atau menghinanya itu masih boleh dia menerimanya, namun masuk bab mak bapak itu yang menjadi pantang larangnya.

“ Kau jangan nak kurang ajar. Kalau tak puas hati kau kutuk la aku tapi tolong jangan libatkan mak bapak aku kalau kau tak nak biji mata kau lebam. Aku ni nampak je lemah lembut tapi aku ni ada had kesabarannya juga. Jangan kau ingat kau tu senior aku takut la.” Jerkah Izzati membuatkan Fazura dan sahabatnya terdiam seribu bahasa.

Tiara mencuit tangan Fazura memberikan isyarat. Tiara tersenyum sinis pada Izzati. Kaka dan juga Siti hanya diam menikus.

“ Eh! Perempuan apa kau ingat kau bagus sangat la. Memang betul la kata Faz mak dan ayah kau tak ajar kau cara nak hormat orang. Entah- entah kau ni anak pungut tak? Sebab tu mak bapak kau tak hiraukan kau.” Sengaja perkataan mak bapak itu Tiara tekankan. Sengaja ingin mencabar keberanian Izzati.

Izzati mengepal penumbuknya, berang dengan setiap tuduhan yang keluar dari ulas bibir Tiara. Lantas segera dia melayangkan penumbuk sulungnya kewajah Tiara.

Bukk!!

Tepat mengenai sasarannya. Izzati tersenyum senget. Puas hati dengan tindakannya. Langsung tidak difikirkan risikonya terus saja dia menumbuk wajah Tiara yang agak biadap itu.

“ Woi, kau ni aku sepak kang.” Berang Tiara lantas ditarik baju Izzati. Tanpa takut Izzati memandang tajam wajah Tiara yang dah macam udang kena bakar itu.

“ Tiara!” pantas Tiara melepaskan pegangannya pada baju Izzati apabila mendengar suara Firdaus memanggil namanya.

“ Korang ni tak malu ke? Nak bergaduh dengan junior? Ni kalau Prof. Razif tahu macam mana? Tak ke naya?” marah Firdaus pada Fazura dan rakannya.

Are you ok?” soal Firdaus dan Izzat serentak.

“ Zaty ok,” ujar Izzati sepatah.

“ Zaty, beb kenapa ni? Abang Izz denda Zaty lagi ke? Abng Izz ni melampau la,” serang Liana tanpa mengetahui hujung pangkal.

“ Eh! Aku tak tahu apa-apa la,” nafi Izzat.
Liana mengerutkan wajah, lalu dicapai kertas yang tertulis yang mengatakan Izzat ingin berjumpa Izzati.

“ Faz, ni mesti kerja you kan? Apa you dah buat pada Zaty?’ suara Izzat naik satu oktaf.

“ Err.. I .. tak I tak buat apa pun,” tergagap-gagap Fazura untuk bersuara.

“ Sudah lah. Ada sikit salah faham je. Dah setlle pun. Hutang aku dengan korang dah selesai,” ujar Izzati sambil merenung tajam wajah Fazura dan rakan-rakannya.

“ Zaty dah dapat semua yang kami mahu dalam klu tu ke?” soal Firdaus lembut.

“ Oh, ye ni semua yang ada dalam klu tu. Harap bukan kami yang last,” sempat Izzati berseloroh.
Fazura memandang Izzati dengan pandangan meluat. Benci melihat Izzat dan Firdaus yang seakan membela musuh tradisinya itu.

“ Err.. Zaty kenapa tangan kau.. eh tangan awak tu? Bak sini aku.. eh saya tengok. Macam teruk je luka tu. Sakit tak?” tanya Izzat apabila melihat tangan Izzati yang berdarah.

“ Erm, jatuh tadi, lantai licin sangat. Tak perlulah sikit je ni,” bohong Izzati. Dalam hati memikirkan perubahan sikap Izzat yang mula ‘ berawak  bersaya’  dengannya.

“ Liana, Amanina dan Salwa pergilah beli makanan, beli untuk Zaty sekali, saya nak rawat luka Zaty. Daus beli makanan untuk aku sekali bro,” arah Izzat pada sahabatnya.

“ Kan saya kata..”

“ Jangan membantah, saya ikat mulut awak karang.” Tegas Izzat.

Izzat menepuk kerusi di sebelahnya menyuruh Izzati duduk. Tanpa banyak kata Izzati hanya menurutkan saja meskipun hatinya berdongkol geram apabila mendengar usikan Izzat. Fazura membeliakkan mata melihat kemesraan yang ditontonkan dihadapan matanya, lalu sengaja dia mencederakan dirinya ingin menarik perhatian Izzat.

“ Aduh!” Izzat mengerling sekilas pada Fazura yang mengaduh itu. Bukannya dia tidak nampak tindakan Fazura yang sengaja mengambil serpihan kaca dan menoreh tangannya itu.

Izzat hanya buat tak tahu saja sambil tangan ligat membersihkan luka Izzati. Usai membersihkan luka Izzat berbisik pada telinga Izzati.

Please becareful after this, Fazura sanggup lakukan apa saja. Hati-hati,” penuh telus Izzat memberikan pesanan. Izzati meloretkan senyuman pada Izzat.

“ Woi, Izz awek kau ni luka, tak nak tolong ke?” berbulu mata Tiara melihat kemesraan di hadapannya itu.

“ Aku tak terlalu bodoh untuk bezakan luka betul atau luka bohong, korang kan balaci Faz korang rawat je la sendiri luka Faz.” Sinis Izzat tanpa memandang wajah Fazura yangsedang menahan kesakitan.

“ Izz, kau ni kan takde perasaan betul la, jom Faz. Berbulu mata aku tengok minah ni duk tergedik-gedik.” Tiara menarik tangan Fazura ingin berlalu pergi meninggalkan cafe.

“ Bagus, aman dunia aku tanpa ganguan korang.” Izzat menjerit kecil apabila kelibat Fazura dan rakannya kian menjauh.

************************

“ Assalamualaikum, pada semua hadirin dan hadirat. Terima kasih kerana memenuhi tuntutan ilmu kita pada hari ini. Saya Ustaz Fahmi. Saya akan mengupas sedikit tentang CINTA. Tapi tajuk ceramah kita ni bukan pasai cinta pada manusia. Tajuk ceramah kita hari ni ialah ‘ Bukti  dan tanda cinta pada ALLAH dan Rasul.’ Ok, kita semua tau kalau sebut cinta ni pasti ingat ke boyprenz, girlpren. Betui dak?” ujar Uztaz Fahmi dengan slang utara.

Masing-masing tertawa mendengar lawak spontan Ustaz Fahmi. Dalam pada mendengar ceramah mata Izzat tidak lepas untuk menatap seraut wajah tenang milik Izzati. Entah mengapa terasa ada getaran dihatinya saat menatap wajah itu.

“ Cinta ni macam-macam cinta. Cinta pada manusia, cinta pada ibu bapa. Tapi yang lebih penting. Yang harus kita ingat cinta pada ALLAH dan Rasul. Itu lebih utama. Baik, Ustaz nak tanya siapa cinta pada Rasul angkat tangan sat, Ustaz nak tengok ramai dak cinta Rasul kita.” Ustaz Fahmi menggunakan pendekatan untuk mendekati anak-anak remaja dihadapannya.

Ustaz Fahmi tersenyum melihat kesungguhan dan semangat remaja dihadapannya untuk mendengar 
ceramah darinya itu.

“ Baik, baguih.. Ramai sayang Rasullah noo. Baik, Ustaz nak tanya apa bukti sayang dan cinta pada Rasul?” soal Ustaz Fahmi ingin lebih mengenal apa yang ada didalam pemikiran remaja yang mungkin sebaya dengan anaknya.

“ Erm, selawat ke atas Nabi.” Sahut Salwa.

“ Baguih, lagi apa bukti kita sayang Rasul. Baik Ustaz nak tanya la. Mesti hangpa tau punya. Kalau hangpa sayang ke girlpren/ boyprenz apa yang hangpa duk buat untuk tunjuk hangpa sayang pasangan hangpa? Haa.. sebelum tu, Ustaz nak habaq awai-awai kat hangpa noo.. kalau hangpa sayang kat pasangan, mesti ada yang dok peluk cium bagai pasai nak tunjuk kata sayang kan. Tapi dengan Allah, dengan Rasul, kita mana boleh nak peluk cium semua tu.. Haa, pasai apa? Pasai apa adik-adik sekalian? Pasai kita tak boleh nampak Allah, kita tak boleh jumpa Rasulullah kat dunia ni. Betui dak kata Ustaz? Jadi, macam mana hangpa nak tunjuk kata hangpa betui-betui sayang kat Allah dan Rasul kita? Macam mana?” Izzati khusyuk mendegar ceramah yang diberikan, sekejap dia ketawa sekejap dia terkedu tiada terkata. Tanpa sedar air mata bergenang dipipi mulus Izzati mendengar soalan terakhir Ustaz Fahmi.

Masing-masing terdiam mendengar bicara akhir Ustaz Fahmi. Memikirkan kekhilafan diri yang terlalu hanyut dengan duniawi. Setelah berjeda seketika Ustaz Fahmi menyambung kembali bicaranya.

“ Mungkin ada yang tau tapi tak ingat. Tak pa. Ustaz tak marah aih. Suka lagi ada. Kita boleh berkongsi ilmu. Yang tak tau jadi tau, yang lupa jadi ingat. Ya dak adik-adik?”

“ Ya.” Bergema seisi masjid saat siswa dan juga siswi menjawab pertanyaan Ustaz.

“ Bukti pertama yang kita sayang Rasullah ialah kita ikut, follow dan kita amalkan sunnah Rasulullah. Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:


]قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْوَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُتَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِيسَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ
بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لايَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
[
{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.}[Surah At-Taubah:24].

“ Yang kedua apa Ustaz?” soal Izzati teruja untuk menambahkan ilmu didada.
Ustaz Fahmi tersenyum mendengar soalan gadis muda dihadapannya itu. Di dalam hati dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk mendekati para siswa dan juga siswi yang berda di Usm, Penang itu.

“ Yang keduanya ialah banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Ketiga, selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
]  إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواصَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
[
{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.}[Surah Al-Ahzaab: 56].”

“ Siapa tau yang keempat? Penat Ustaz duk bebel sorang. Macam takda sapa pun dengaq. Hehe,” seloroh Ustaz Fahmi membuatkan para siswa ketawa lucu.

   Firdaus mengangkat tangan ingin menjawab pertanyaan Ustaz Fahmi. Dengan segera Ustaz Fahmi menghulurkan microfon kepada Firdaus.

“ Yang keempat ialah menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Boleh saya sambung Ustaz?” Firdaus meminta izin pada Ustaz Fahmi. Melihatkan persetujuan Ustaz Fahmi, Firdaus meneruskan bicara.

“ Kelima, bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:

]لاتَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ
كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْيَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ
مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِالَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ
فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْعَذَابٌ أَلِيمٌ
[
{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada)
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}.
[Surah An-Nuur: 63]

“ Saya kembalikan pada Ustaz la. He he. Nanti semua tidoq dengaq saya ceramah,” gurau Firdaus membuatkan Izzati dan sahabatnya tertawa kecil.

“ Ada-ada ja kamu naa. Baik, nak dengar saya nyanyi sikit dak? Tapi lagu islamik la.” Sempat Ustaz Fahmi bergurau.

“ Nak,” semua menyahut gurauan Ustaz yang berumur lingkungan 50 tahun itu.

“ Dengaq baik-baik naa. Harap tak ujan la, nak balik nanti. Ha, sapa tau nyanyi sama-sama dengan Ustaz naa..” usai berkata Ustaz Fahmi memulakan nyanyiannya.

                                  Lirik Lagu Rasulullah - Hijjaz
Album : Cahaya Ilahi

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

“ Nampak, dalam lirik lagu pun dah sememangnya diterangkan sifat Rasulullah yang mulia. Sanggup ka kita tuk abaikan segala perintah ALLAH? Sedangkan Nabi ketika Baginda ingin wafat hanya satu yang baginda ulang sebut, hanya satu. Sapa tau mai depan, kat Ustaz. Ustaz ada hadiah nak bagi. Ha tu adik manis yang pakai baju kurung mai,” seru Ustaz Fahmi pada Izzati.

Izzati melangkah penuh yakin ke arah Ustaz Fahmi. Izzat memandang kelibat Izzati yang melintas dihadapannya, dia sukar untuk mentafsir perasaan aneh yang kian sebati di dalam diri.

“ Sapa nama?” tanya Ustaz Fahmi sopan.

“ Izzati,” ujar Izzati sepatah.

“ Cantik nama, secantik orangnya. Baik, harap jawapan yang diberi juga cantik. Pasai hadiah pun cantik,” Ustaz Fahmi tertawa sendiri dengan gurauannya.

Izzati tersenyum manis sebelum menjawab soalan yang diajukan.

“ Izzati apa jawapan pada soalan Ustaz tadi?”

“ Rasulullah menyebut ‘umati, umati, umati’ yang bermaksud umatku, umatku, umatku. MasyALLAH Ustaz bertapa mulianya Rasulullah. Sehingga saat Baginda wafat juga Baginda masih memikirkan tentang umatnya. SubhanALLAH.”  Izzati mengesat mutiara jernih yang mengalir lembut di pipinya.

“ Alhamdulillah, Izzati. Terima kasih kerana sahut cabaran Ustaz, baik ini hadiah yang Ustaz janjikan. Berbalik pada tajuk kita tadi, kita sudah kupas 5 buti ya dak? Ada lagi 5 bukti. Tapi memandangkan solat Isyak dah dekat, Ustaz hanya akan cakap dan kamu semua catat ya,” pesan Ustaz Fahmi.

Apabila melihat semua sudah bersedia mengeluarkan nota untuk mencatat Ustaz Fahmi meneruskan ceramahnya.

“ Baik, yang keenam berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. Yang ketujuh, Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw:
((الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
 “Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No.55].

“ Baik, kita sambung ceramah lepas solat isyak naa.. Anak-anak pi ambik wudhu dulu. Ha lepas ni Ustaz nak minta Izzat jadi imam,boleh kaa Izzat?” soal Ustaz Fahmi kepada Izzat yang sedang leka memandang ke arah Izzati.

Firdaus menyiku lengan Izaat yang jelas-jelas tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada ceramah yang diberikan oleh Ustaz Fahmi.

“ Err, kenapa Daus?” tanya Izzat separuh berbisik.

“ Ustaz nak suruh kau jadi imam, amacam boleh ke tidak? Ke kau nak aku yang jadi imam? Tapi kan bro Ustaz dah sebut nama kau, so kau je la yang jadi imam. Masa ni la kau nak kutip pahala lebih betul tak?” sengaja Firdaus mencabar Izzat, ingin melihat kesungguhan sahabatnya untuk berubah.

Melihatkan Izzat menggangukkan kepalanya Firdaus menarik nafas lega. Lalu terus sahaja ditarik Tangan Izzat untuk mengambil wudhu. Sempat matanya melirik wajah Izzat yang seperti kebingungan saat bertembung mata Izzati.

‘ Aik, apahal si Izzat ni? Aduhai suka kat Izzati ke? He he..’ Firdaus tersenyum mendengar suara hatinya bertingkah.

“ Eh, yang kau tersenyum ni kenapa?” sergah Izzat sebaik kelibat Izzati kian menghilang dari pandangan matanya.

Takde apa. Jom lah. Tak sabar aku nak jadi makmum kau. Ha ha,” seloroh Firdaus pula.
ALLAH hu akbar, ALLAH hu akbar


“ Baik, seperti janji Ustaz, kita sambung ceramah kita. Bukti yang ketujuh yang menandakan kita sayang Rasulullah ialah menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw:
((الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
 “Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No.55].”

“ Izzat, mai terangkan yang kelapan dan yang seterusnya.” Ustaz Fahmi menyeru nama Izzat. Terasa hatinya dekat saat memanggil nama itu.

Izzat menyusun langkah menghampiri Ustaz Fahmi, lantas dia duduk bersila bersebelahan Ustaz Fahmi.

“ Err.. tak tahu betul tak. Yang kelapan ialah belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Yang kesembilan mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:

1. Ahlul-baitnya (keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”.

2. Para isteri Baginda saw.

3. Para sahabat Baginda saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan:
Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:

]مُحَمَّدٌرَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُبَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِوَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ۚ
[
{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan daripada sujud.[Surah Al-Fath: 29].

Melopong muut Izzati mendengarkan keterangan Izzat. Sungguh dia tidak menyangka akan semua itu.  Dia memikirkan Izzat kosong ilmu didada. Ternyata sangkaannya meleset sekali apabila dengan yakinkannya Izzat menerangkan isi ceramah mereka pada malam itu.

“ Yang terakhir pula ialah membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:

]لا تَجِدُقَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَوَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ
أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْعَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي
قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ…
[
{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Usai menyudahkan bicaranya Izzat mengesat peluh yang merenik didahinya,  dadanya terasa berdebar-debar. Di dalam hati mengucap syukur kerana dapat menerangkan dengan penuh yakin. Saat matanya melihat wajah Ustaz Fahmi hatinya merasakan ketenangan yang sukar ditafsirkan.


‘ Erm, mujur juga aku sempat meng’google’ sebelum ceramah mula tadi.he he,’ omel hati kecil Izzat.
 



“ Baiklah, terima kasih Izzat kerana sudi berkongsi ilmu. Baik dengan itu selesailah sudah ceramah kita. Tapi sebelum bersurai Ustaz nak ucapkan pada anak-anak semoga berjaya dalam hidup dan Ustaz harap kamu semua dapat membalas jasa kedua ibu bapa hangpa. Yang baik dari ALLAH, yang buruk dari Ustaz sendiri. Ustaz harap dapat kita bersua lagi. Seronok dapat jumpa hangpa, baiklah. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam,” usai menjawab salam masing-masing meninggalkan perkarangan masjid.

p/s = maaf atas kelewatan kasi n3.ngee…hope korang enjoy baca part 1 ni ye…. Insya-ALLAH part 2 akan menyusul nanti.. bila?? Jangan ditanya..huhu…  

 ERM ZAF TENGAH MERAJUK TERUK NI, LAMA XUPDATE N3 DIA, HEHE


14 comments:

Nurul Akira Abd.Rahman said...

Wah, kak weeda cerpen yg penuh dgn unsur keagamaan..best, suka3..tak sabar nak tahu cerita selanjutnya tntang izzat n izzati..si fazura tu pulak jahatnya..kak sambung lagi!..hehe

balqis cun said...

Assalammualaikum kak weeda.... Best best sngttt akk.... Ceq x sabaq tunggu yg part 2 plk naa... Blhlh cpt skit untk n3 baru...please... Klu xde izzat, bglh zaf... Ceq pon rindu kat zaf... Dh lama x dngr cite zaf..... I miss him... Sy tunggu n3 terbaru kak weeda ye... Cayang kak weeda

Anonymous said...

ada unsur2 agama best (y) bdk2 Usm plak 2 hihihi... jht nya izzat tp dy suka izzati kn... sweet jgk... truskan menulis akk nnt dian baca lg ;)

nurul nuqman said...

waalaikumsalam, ira insyaALLAH akak akan sambung ksah izzat ni :)

balqis alhamdulillah ada owg suka ksh ni ok sambung zaf majuk dy tau,xmo ckp dgn akk dah haha

dian- ngee izzat tu suka menyakat...tp dlm hati ada taman :)

balqis cun said...

Ayooo.... Ckp2 lah cik zaf oii... Jngn lh asyik majuk je... Lama tau kite tunggu cite awk... Hmmm... Cukup cukup sudah.. Jngn kau majuk lagi... Nnti sy xdpt baca cite awk.... Oooohhh... Hehehe... Sory kak weeda... Tumpang nyanyi ye...

Domi Nisa said...

best3 teringat memori silam..yg pasal kena amek t/tgn abg2 n akk2 faci..bukan senang kot nk dptkan t/tgn mrk siap kena narilah nyanyi n whaat ever..part tu yg paling benci! ahahah pe2 pun menarik akk..teruskan misi utk cerpan yg akan dtg :)

Domi Nisa said...

best3...sila smbg lagi ya

nurul nuqman said...

Domi,insya ALLAH.

nurul nuqman said...

2 cik balqis pujuk la ck writer.suruh taip cpt2.huhu

nurul nuqman said...

Domi,,ekeke.blh andai diberikan secebis idea.

oman said...

Best3 cpt 2 smbung ya x sbar nak tau cita izzat.. anja rindu lh gan zaf,da dalh tu mrajuk..... :)

nurul nuqman said...

anja,ok syg nanti atam smbung ksh zaf ok...

Sha said...

comel izzati.. best!

nurul nuqman said...

tq kak sha heee zaty memang comel :)