AKU BUKAN PILIHANMU






No I can’t forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that’s just the way
The story goes

You always smile
But in your eyes
Your sorrow shows
Yes it shows

No I can’t forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there
But then I let you go

And now it’s only fair
That I should let you know
What you should know

I can’t live If living is without you
I can’t give I can’t give any more
I can’t live If living is without you
I can’t live I can’t give any more

Well I can’t forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that’s just the way
The story goes

You always smile
But in your eyes
Your sorrow shows
Yes, it shows

I can’t live
If living is without you
I can’t live
I can’t give any more


Aku mengeluh sebaik sahaja lagu ‘without you’ diputarkan di corong radio. Serta merta juga ingatanku kembali pada dia.

‘ Bagi aku ada atau tiada ‘dia’ sama sahaja. Hidup aku sudah lama hilang serinya sejak aku kehilangan dia. Dia? Ya dia yang aku maksudkan adalah Kasyaf Imran yang dulu pernah bertakhta dalam hatiku, kini dia masih mempunyai ruang di dalam hatiku.’ Keluhku sendirian. Sejak aku kehilangannya tiada apa yang boleh menarik minatku selain dari mengeluh.


                                                                        kasyaf Imran





Tok! Tok!

Ketukan pintu yang bertalu-talu itu mengembalikan aku ke alam nyata. Pantas aku memulas tombol pintu. Aku terperanjat melihat ibu yang cantik memakai baju kurung seperti ingin ke suatu tempat.

“ Qis betul tak nak pergi?” Soal ibuku ragu.

“ Pergi mana bu?” soalku sambil mengerutkan dahi mengingatkan sesuatu.

“ Pergi kenduri rumah kawan ibu.”

“ Oo, tak apalah ibu pergi lah. Qis nak rehat. Penatlah bu,” ujarku lantas aku capai bantal dan terus sahaja aku baring ke atas katil bujangku.

“ Baiklah Qis jaga diri ye sayang.” Pesan ibu untuk ke seratus kalinya. Macam la aku ni budak 3 tahun kan. He he..

Sepi! Ya itu yang aku rasakan kini. Hidupku terasa kosong. Aku memandang sepi potret Kasyaf yang terletak elok di almari solek. Mudah sahaja hati ini tersentuh saat perihal dia dibangkitkan.

Kenangan bersamamu
masihku terasa

Aku mencapai telefon saat terdengar ringtone manandakan ada panggilan masuk. Aku mengerutkan dahi melihat gerangan si pemanggil.

‘ Apa hal pula mamat ni call aku ni?’ gerutu ku dalam hati.

Aku membiarkan sahaja sehingga telefonku berhenti menjerit. Belumpun sempat aku melelapkan mata telefonku menjerit lagi. Lantas aku capai telefon dan terus sahaja aku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan.

“ Erm, nak apa?” soalku pada si pemanggil.

“ Ai, takkan abang nak call Qaseh tak boleh kot? Abang rindu kat Qaseh ni. Jom date nak?” Aku hanya mencebirkan bibir mendengar gurauan Kasyaf Imran.

“ Abang nak apa sebenarnya? Qaseh penat la abang. Lain kali kita borak ya. Assalamualaikum.”


Pap!

Terus saja aku meletakkaan gagang tanpa menunggu jawapan dari Kasyaf. Tidak mahu menambahkan rasa kecewa setelah aku tahu sesuatu tentangnya.



                                                                     Qaseh Qistina



Namaku Qaseh Qistina, aku hanya insan biasa je. Tidak lah secantik mana. Eh, semua orang pun insan biasa kan? Mana ada insan luar biasa kan? Melainkan Rasululah S.A.W. He he.


Aku keresahan, serba tidak kena. Lantas aku capai laptop kesayanganku. Pantas sahaja tanganku membuka laman sosial facebook. Laju jemariku menari di atas keyboard.

‘ Erm, buat status baru lah.’ Detikku sendirian

‘ Ternyata tidak mudah untuk kita menerima ‘kehilangan’ kan? Dan kini aku rasai nya sendiri. Perit dowh!’

Sepuluh minit kemudian aku lihat notificationku sudah dipenuhi dgn like dan juga komen pada statusku.

“ Uit! 10 like, 8 komen.” Aku tersenyum melihat komen-komen sahabat alam mayaku.
              Widya Amli- Sabar lah Qistina setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Aku tersenyum saat membaca komen kak Widya.  Aku melihat lagi komen yang lain-lainnya.

              Suee Hassan- I know you are strong girl, lupakan kisah lama k.

              Myza – Qis, aku tahu kau kuat. Yang berlaku tu kau jadikan sebagai pengajaran k.

Aku bersyukur mempunyai sahabat seperti mereka, sangat penyayang dan mengambil berat akan diriku.
              Ain Tomey- Betul tu,kehilangan itu menyakitkan.

             Ziezie Zairy- Sabarlah, mungkin ada yang lebih baik dari sebelum ni. Qis harus kuat.

            Johan Harris- Allah sentiasa ada untuk awak. Jangan risau J

            Eemma Naem – Usahlah bersedih. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Eemma harap Qis kuat dan sabar ye. Eemaa sentiasa ada saat Qis perlukan J

Namun aku lebih tertarik pada satu komen dari Misteri Guy. Entah mengapa hatiku sering sahaja tenang dengan setiap respon nya pada status yang aku post.

            Misteri Guy – Lebih baik kita kehilangan kasih manusia dari kita kehilangan kasih Illahi yang pastinya akan lebih menyakitkan. Allah tak kan duga hambanya melebihi kemampuannya. Qaseh, kesedihan yang awak alami tidaklah sebesar mana, jika ingin dibandingkan masih ramai yang lebih sedih dari awak. Jadi bangkitlah kamu dari kejatuhan. Jangan biar dia tahu bahawa kamu lemah. Tunjukkan padanya kamu juga berhak bahagia.
          
Cahaya Qaseh - thanks all atas komen. Misteri Guy terima kasih. Insya ALLAH saya akan ingat nasihat awak selalu.

****
Aku membersihkan diri sementara menunggu azan Zuhur. Masih terbayang dimataku kenangan aku bersama Kasyaf saat kami di Taman Gelora. Saat itu aku terasa bagaikan di awang-awangan. Renungannya yang menusuk kalbu, senyumannya yang manis dan segalanya tentang dia amat segar di ingatanku.

“ Argh! Untuk apa aku masih mengingati orang yang bukan milik aku?” Marahku pada diri sendiri kerana tidak berjaya menyingkirkan Kasyaf dari ingatanku.

Lama aku berteleku di atas tikar sejadah mengadu nasib pada Yang Maha Esa.

“ Ya Allah, ampunkan lah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Ya Allah aku pohon padaMu berikanlah aku kekuatan untuk aku melupakan Kasyaf, sungguh aku benar terseksa akan bebanan perasaan ini.” Aku menitipkan doa pada Yang Maha Esa.
Usai aku melipat dan menyidai telekung telefonku tiba-tiba berbunyi. Segera aku capai dan aku melihat gerangan si pemanggil.

“ Assalamualaikum, ada apa Myza?” soalku membuka bicara.

“ Waalaikumsalam, kau ok ke Qis?” soalan dibalas soalan.

“ Aku ok. Kenapa kau tanya? Jangan risau ya,” ujarku lantas aku turun menuju ka arah dapur.

“ Aku datang rumah kau boleh? Kalau tak boleh jom kita keluar, shopping, release tension.” tutur Myza namun aku tahu dia sekadar ingin membuatkan aku ceria.

“ Malas la aku Myza,” ujarku berbasa-basi.

“ Aku tak kira. Kau ikut juga. Faham tak Qaseh Qistina!” Uit, kalau dah panggil nama penuh aku harus aku kena ikut. Kalau tak pastilah Myza akan bom aku. Hu hu..

“ Yelah. Geramlah dengan kau ni makcik. Aku siap sekarang. Kalau kau lambat memang aku takkan keluar lah.” Ugutku pada Myza, sahabat karibku.

*****
“ Oit, kau nak bawa aku kemana ni?” soalku apabila melihat Myza yang sedang asyik memandu tanpa memandang ke arahku.

“ Kau ikut je la. Jangan bayak soal boleh? Tak tenang aku nak memandu.” omel Myza sahabat baikku.

Aku tergamam saat melihat gedung pakaian yang boleh la nak kata besar. He he.. Gedung First Lady tu.


Sedang aku asyik melihat baju kurung tiba-tiba mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang amat ku kenali. Aku hanya melihat dari jauh. Mereka sangat bahagia sedangkan aku sengsara. Saat kakiku ingin melangkah ke arah Myza langkahku terhenti apabila bahuku disentuh lembut.

“ Qaseh. Lamanya tak jumpa. Susah benar abang nak jumpa adik abang sekarang.” Usai berkata Kasyaf mengukirkan senyuman yang pastinya akan terus menerobos ke hatiku.

“ Abang dengan siapa tu?” soalku walaupun aku sudah sedia maklum akan jawapan yang akan diberikan.


“ Err…”

“ Abang, cantik tak baju ni?” soal gadis yang mengenakan baju kurung moden berwarna merah sedondon dengan tudungnya itu.

“ Cantik, sayang ni abang kenalkan adik angkat kesayangan abang. Qaseh kenalkan ni kak Juwita.” Aku bersalaman dengan kak Juwita.


                                                                   Juwita

“ Panggil kak Juwie pun boleh. Qaseh ni cantiklah. Suka sangat kak Juwie tatap wajah Qaseh,” ujar Juwita namun aku hanya mampu tersenyum cuma.

Aku cuba mempamerkan wajah tanpa riak. Hatiku bagaikan terhiris saat Kasyaf memperkenalkan ku dengan Juwita a.k.a bakal tunangannya. Aku merasa sungguh hampa. Aku melirik mata ke arah Juwita. Ternyata Juwita lebih segalanya dariku yang serba kekurangan.

‘ Jadi benarlah apa yang Ain katakan bahawa Kasyaf akan bertunang. Ya Allah, kuatkan lah hatiku untuk melepaskan Kasyaf.’ Getus hatiku sendirian.

“ Qis.. eh abang Kasyaf bu..at apa kat sini?” soal Myza sambil matanya melihat wajahku kemudian dia melirik pula matanya ke arah gadis di sebelah Kasyaf.

“ Abang datang beli pakaian tuk majlis tunang abang.”

“ Oo, tahniah. Err, Qis jom la kita pergi kedai lain. Tak ada pula yang aku berkenan,” tutur Myza lantas segera dia menarik tanganku meninggalkan pasangan bahagia itu.

“ Qis, aku betul-betul minta maaf. Aku tak tahu yang kita akan jumpa Kasyaf kat sini. Maaf eh.” Suara Myza kerisauan.

“ Bukan salah kau pun Myza.” Usai berkata aku melontarkan pandangan ke arah lain, tidak mahu Myza mengesan riak kesedihan yang jelas terpancar di wajahku.

“ Ce kau story sikit tentang kenapa kau tak terima dia sedangkan dalam hati kau memang sedia ada cinta buatnya?” Soalan Myza tidak mampu aku jawab. Hanya senyuman yang mampu aku berikan, namun aku tahu senyumanku hambar.

Pantas aku teringat peristiwa dulu, dimana Kasyaf merayu agar aku menerimanya.
*******
“ Qaseh, abang sebenarnya…”

“ Sebenarnya apa?” Soalku, tidak mahu melengahkan masa.

“ Abang mahu melamar Qaseh. Sungguh abang rasa tidak sangup lagi menipu diri abang bahawa abang jatuh hati pada Qaseh, lepas kita balik dari Genting Highland lagi.” Aku hanya tersenyum mendengar luahan hati Kasyaf.

“ Abang, sudahlah. Qaseh hanya menganggap abang sebagai seorang abang sahaja. Tidak lebih dari itu.” Bohongku pada Kasyaf lantas aku membuang pandang ke arah lain. Tidak mahu Kasyaf mengesyaki isi hatiku.

“ Qaseh bohong bukan? Abang tak percaya.”


“ Suka hati abang nak percaya atau tidak, kerana dalam hati Qaseh tak pernah ruang buat abang. Qaseh akui bahawa Qaseh selesa bila bersama abang namun hanya sebagai abang dan adik. Hanya itu yang Qaseh pertahankan.” Bohongku lagi. Hatiku sudah merintih sedih.

“ Baiklah kalau itu yang Qaseh inginkan. Terima kasih kerana pernah hadir di dalam hidup abang,” Suara Kasyaf lantas meninggalkan aku keseorangan.
Sejurus Kasyaf meninggalkan aku airmataku luruh tanpa silu.

‘ Maafkan Qaseh.Kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama.” Getus hatiku.
Tepukan lembut dibahuku menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Pantas aku menyeka airmata yang tidak berhenti mengalir.

“ Aku hantar kau ye. Tapi sebelum tu kita makan dulu ye.”pujuk Myza setelah melihat tangisku yang tidak menunjukkan tanda mahu surut.

Usai makan Myza ingin terus menghantar aku pulang. Namun entah angin apa yang merasuknya tiba-tiba sahaja dia mengubah fikiran. Aku tergamam saat Myza membelok  ke kanan untuk ke Bandar Temerloh.

“ Kau nak bawa aku kemana ni?” soalku lemah.

“ Kita ke Benteng Temerloh ye. Aku kalau tension dan nak lepas geram dekat situlah. Menjerit macam orang gila, at lease lepas tension. Ok what?” pantas aku tertawa mendengar sebaris syat yang keluar dari bibir comel Myza.

Argh! Aku menjerit sekuat hati sebaik sahaja sampai di destinasi kami. Tidak aku pedulikan mata yang memandang. Aku tersenyumkerana merasakan dadaku sedikit lapang setelah menjerit tadi.

“ Kenapa menjerit disini? Awak sihat ke tidak?” soal seorang jejaka yang boleh dikategorikan comel.

“ Suka hati sayalah.” Balasku enggan mengalah.

“ Setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah ada untuk mendengar masalah awak.” Aku menoleh saat mendengar ayat terakhir yang meluncur laju dari mulut jejaka itu.

“ Maaf, saya kenal awak ke? Ayat yang awak tuturkan tadi…” kata-kataku tergantung sebaik melihat senyum yang terukir di bibr jejaka itu.

“ Awak Qaseh bukan? Nama fb awak Cahaya Qaseh bukan? Saya Misteri Guy a.k.a Qawiem.” Aku turut tersenyum kerana akhirnya dapat jua aku bertentang mata dengan Misteri Guy a.k.a Qawiem.

“ Mana Encik Qawiem kenal saya?” soalku lantas aku memandang sekilas ke seraut wajahnya yang tenang.

“ Gerak hati saya mengatakan ada seseorang yang memerlukan saya disini.” Aku tersenyum mendengar katanya.

“ Panggil saja saya Qawiem ye. Qaseh sedap nama awak tu.” Puji Qawiem membuatkan aku merasa malu.
Ehem-ehem.

Pantas kami toleh pada suara orang yang berdehem tadi. Myza mencuit sikuku.

“ Qawiem, kenalkan kawan baik saya Myza.” Qawiemhanya mengaguk tanda hormat.
Sebulan setelelah pertemuanku dengan Kasyaf aku mendapat jemputan kahwin dari Kasyaf.  Rupa-rupa mertua tak jadiku itu tidak mahu Kasyaf bertunang lama-lama. Pasti dia takut Kasyaf berubah hati bukan. Hu hu..

‘ Bahagianya kau Kasyaf. Sedangkan aku sangat kecewa. Sob sob.’ Rintih hatiku hiba.

“ Qaseh Qistina, ni kawan kamu datang ni.” Pantas aku menyeka airmata sebaik terdengar suara ibu memanggilku.

Aku keluar dari bilik lantas segera aku meluru mendaapt Myza. Aku tersenyum pada Myza.

“ Kau ok Qis?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Myza menyesakkan fikiranku,lantas tidak
semena airmataku bergenang di kelopak mata.

“ Uit, aku tanya je beb!” Myza segera meluru ke arahku, lantas didakapnya tubuhku.

Sob! Aku menyeka airmata dengan belakang telapak tanganku.

“ Qistina kenapa kamu menangis ni nak? Cakap dengan ibu sayang.” Aku bertambah sebak bila ibu sudah memelukku. Terasa aku kini sangatlah lemah.

Ibu menyeka airmataku usai meleraikan pelukannya. Aku meminta diri ingin ke bilik tidak mahu menambahkan kerisauan ibu.


“ Ok, sekarang ce citer kenapa kau sedih-sedih?” soal Myza.


“ Kalau aku cakap kau jangan terkejut ok.” Tuturku lantas aku tatap wajah Myza.
Myza hanya menggangukkan kepalanya.  Jelas kitidaksabarannya ingin mengetahui kisahku dan Kasyaf.

“ Kasyaf mahu berkahwin, dan yang pastinya aku memang akan kehilangan dia. Aku baru je dapat kad jemputan dari dia tadi. Sebab tu aku emo sangat,” ujarku bersama airmata yang tidak dapat aku tahan lagi.

Esak tangisku mula kedengaran. Sungguh hatiku perih menerima dugaan ini. Namun pada Allah aku titpkan doa agar kuatkan hatiku untuk melupakan dia. Myza bingkas bangun lantas duduk bersebelahan denganku. Terus saja tubuhku di dakapnya.

“ Sudahlah, mungkin Kasyaf bukan jodoh kau. Kau harus kuat Qis.” Sebak dadaku mendengar nasihat Myza itu.

“ Kau tak faham perasaan aku, kau tak tahu apa yang aku rasa. Hati aku ni sakit sangat bila aku tengok dia disisi orang lain.” Myza mengucup ubun-ubunku.

“ Qaseh Qistina, kau juga yang melepaskan dia bukan? Kau bercakap macam ni seolah-olah kau tak redho, seolah-olah kau menyalahkan takdir. Kau kena kuat. Ini bahagian dia. Siapa tahu kau akan jumpa orang yang lebih baik dari dia.” Aku terpana mendengar nasihat ikhlas Myza.

“ Kau nak tahu sebab aku tak terima Kasyaf? Sebenarnya sebab mak Kasyaf tak sukakan aku. Yelah kau tengoklah aku dan Kasyaf bagai langit dan bumi. Lagipun Juwita tunangnya Kasyaf tu adalah pilihan hati mak dia. Dan lagi satu mak Kasyaf katakan pada aku bahawa aku tidak layak buat Kasyaf kerana aku tidak setaraf dengannya,” ujarku panjang lebar.

Aku lihat Myza sudah mengalirkan airmatanya. Myza ni agak sensitif sikit. Hu hu..

“ Qis, cukup! Aku tak sanggup nak dengar. Sedangkan  aku yang mendengar kisah kau pun boleh sedih apatah lagi kau yang menanggung. Aku harap kau sabar ya. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kau nak pergi ke ken..duri Kasyaf nanti?” soal Myza teragak-agak.

“ Pergilah, nanti mak dia fikir aku lemah. Aku harus tunjukkan pada mak Kasyaf bahawa aku bukan perempuan mata duitan sepertimana dia sangkakan.” Aku mendakap erat tubuh Myza, dan kini tangis kami bersatu.

Aku meleraikan pelukan saat terdengar ringtone Aku bukan pilihanmu berkumandang di telefon bimbitku. Aku tersenyum melihat nama pemanggil yang tidak asing lagi padaku.
“ Assalamualaikum.” Sapaku mesra sambil tangan menyeka airmata yang masih bersisa di pipi comelku.

“ Waalaikumsalam. Dah siap ke belum?” soal Qawiem ceria.

“ Siap? Kemana? Qis lupa la,” ujarku sambil cuba mengingati akan janjiku terhadap Qawiem.

                                                                 Qawiem

“ Ya Allah, sampainya hati awak Qaseh Qistina. Erm, siapalah saya di hati awak? Sehingga awak lupa janji kita semalam.” Suara Qawiem bagaikan merajuk.

“ Ala, janganlah macam ni. Qis betul-betul lupa sangat. Maaf ya sayang.” Aku mendengar tawa halus Qawiem, pasti comel dia ketika ini.

“ Panggil lagi sekali boleh? Suka pula bila dengar Qis panggil ‘sayang’.” Seloroh Qawiem bersahaja.

Aku mengetap bibir mendengar gurauannya itu. Myza pula sudah tersengih ibarat minta penampor free je.

“ Siap sekarang, Nanti Qawiem ambil Qis, kita jumpa my parent ok sayang? No excuse!” Uit, aku menelan liur mendengar ajakan atau lebih tepat arahan tegas Qawiem.

Aku memandang sepi telefon bimbitku. Bagaikan tidak percaya hubungan yang baru terjalin antara aku dan Qawiem akan menjadi serapat ini.

 “ Kau nak kemana?” soal Myza memecah sunyi.

“ Sibuk la kau ni. Erm, Qawiem ajak aku jumpa mama dan papanya. Kau rasa aku patut pergi ke?” soalku ingin meminta pendapat jujur sahabatku.

“ Pergilah, siapa tahu ada sinar kebahagiaan yang menanti kau disana. Aku percaya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Kau juga berhak bahagia.” Usai Myza mengbiskan kata terus saja aku genggam jemarinya.

“ Terima kasih kerana kau sentiasa ada saat aku perlukan. Mulai hari ni aku mahu melupakan Kasyaf. Jika dia memang bukan untuk aku, apa kan daya. Aku akan doakan kebahagiaan dia.” Aku menyimpulkan senyuman manis.

*****
Aku terpegun saat menjejak kaki ke dalam rumah baglo 2 tingkat milik keluarga Qawiem. Ternyata Qawiem bukanlah orang biasa-biasa seperiku. Sedikit sebanyak perasaan takut terselit jua, namun saat mataku melihat senyuman yang terukir di bibir  Puan Sri Wahida aku merasa sedikit lega.

“ Sudah lama kamu kenal Qawiem?” soalan pertama yang terpacul dari Puan Sri Wahida membuatkanku menelan liur.

“ Tidaklah lama benar,” ujarku sambil menundukkan wajah.

“ Tak mengapa, usia perkenalan itu tidak penting. Apa yang penting kini ialah moleknya akhlak, itu lebih penting.” Aku memanggung kepala mendengar bicara lembut Puan Sri Wahida.

“ Siapa nama kamu nak?” soal lelaki lingkungan 50-an itu.

‘ Mungkin papa Qawiem agaknya.’ Omel hatiku.


“ Qaseh Qistina pa. Dia masih terkejut agaknya, tu yang tergamam je kan sayang?” Aku  menjengilkan mata mendengar perkataan ‘sayang’ yang meluncur laju dari bibir Qawiem.

“ Siapa sayang awak? Tak sayang pun.” Selorohku,sengaja aku mencipta suasana untuk menenangkan hati yang kian gundah.

“ Yelah, orang tak sayang kita apakan daya kan mama?” Aku tersenyum melihat wajah manja yang Qawiem tonjolkan. Makin terserlah kecomelannya itu.

Bergema seisi rumah dengan gelak tawa kami. Aku menarik nafas lega, ini bermakna mereka menerima akan kehadiranku.

*******

“ Kau betul nak pergi ni?” Soal Myza dan Ain serentak.

“ Betul lah. Lagipun aku tak perlu takut. Qawiem akan sentiasa temankan aku.” Balasku yakin.

“ Sudahlah, jom. Ibu dah siap ke? Qis tunggu ibu di luar ya.” Aku sedikit menjerit apabila kelibat ibu tidak kelihatan.

Aku tersenyum melihat ibuku. Walaupun sudah dimamah usia namun kecantikkan tetap terserlah. Bangga sekejap aku bila dua sahabatku memuji ibuku.

Aku terpana melihat kekacakan Kasyaf di dalam persalinan baju melayu satin merah hati. Didalam hati aku membayangkan betapa indah seandainya pengantin perempuan itu aku. Tapi mana mungkin itu semua terjadi.

“ Qaseh Qistina.” Aku menoleh pada suara yang memanggil namaku.

Aku kaget melihat kelibat mertua tak jadiku a.k.a ibu Kasyaf.

“ Pasti kau rasa tercabar bukan? Yelah isteri Kasyaf jauh lebih cantik dari kau. Aku tak sangka kau ni muka betul-betul tak tahu malu. Apa yang kau mahu dari Kasyaf? Hei! Sedarlah diri sikit kau tu tak layak buat Kasyaf. Aku tak mahu kau berjumpa Kasyaf lagi. Dasar perempuan mata duitan!” Jerkah Datin Norlia padaku.

“ Qaseh datang sekadar ingin memeriahkan majlis saja Datin.” Tuturku bersahaja.

“ Kau tak datangpun majlis tetap meriah. Kau tu hanya menyemak disini. Tahu! Dasar perempuan kampung!” Suara Datin Norlia naik satu oktaf.

“ Qaseh tahu Datin tidak suka Qaseh kemari, Tapi salahkah Qaseh ke sini sebagai sahabat Kasyaf?”

‘” Hei! Qaseh kau sudah pekak ke apa? Kalau aku cakap tak suka tu tak sukalah. Badoh! Kecik-kecik tak nak mampus bila besar menyusahkan orang,” ujar Datin Norlia sambil menunjal-nunjal kepalaku.

Sebak hatiku mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan pada aku. Tidakku sangka orang yang disegani sanggup memandang rendah pada insan kurang bernasib baik sepertiku.

“ Norlia!!” Aku menoleh ke arah suara yang berdiri tidak jauh dari aku.
Bulat mata Datin Norlia apabila melihat Puan Sri Wahida berdiri sudah disebelahku. Mungkin Datin Norlia menyangka aku akan datang keseorangan.

“ You jangan melampau! You ingat you berharta you boleh buat sesuka hati? Dengar sini I nak cakap sesuatu. I rasa you terlalu bodoh, kerana tidak tahu menilai antara kaca dan pertama. Namun I bersyukur kerana jika you tidak melepaskan gadis semulia Qaseh Qistina mungkin I tidak berpeluang untuk menjadikan dia menantu i.”Dati Norlia tersenyum sinis mendengar bicara Puan Sri Wahida.

“ Puan Sri, gadis kolot seperti dia tidak layak buat anak Puan Sri. Tak sesuai bawa kemana-mana majlis, memalukan.” Bicara Datin Norlia lembut namun penuh dengan sindiran.

Pang!

Satu tamparan hebat mengenai wajah Datin Norlia. Aku tergamam melihat Puan Sri Wahida yang bagaikan dirasuk itu.

“ Sudah lah Puan Sri. Nanti rosak pula majlis Kasyaf,” ujarku lembut.

“ Qaseh, peluk mama sayang.”

Aku tergamam mendengar permintaan Puan Sri Wahida, namun tanpa melengahkan masa terus saja aku turuti permintaannya.

“ Kalau nak jejak kasih pergi balik la,” ujar Datin Norlia sinis.

Kasyaf terkocoh-kocoh saat terdengar bunyi bising di belakang khemah.

“ Ibu, kenapa kecoh-kecoh ni? Qaseh, ingatkan Qaseh tak sudi datang. Kenapa tak masuk ke dalam rumah?” soal Kasyaf namun aku tidak mampu bersuara saat mataku metatap pandangan tajam Datin Norlia.

“ Macam mana Qaseh nak masuk, kalau ibu kamu tak benarkan?” Tegas kedengaran suara Puan Sri Wahida.

“ Ah! Ramai lagi tetamu penting di dalam. Setakat perempuan macam ni merosakkan majlis saja. Kasyaf kamu pergi masuk layan tetamu.” Aku hanya menggelengkan kepala dengan sikap angkuh Datin Norlia.

“ Kasyaf, semoga kamu berbahagia ye nak,” ucap Puan Sri Wahida sambil mata mengerling ke arah aku.

“ Sudah tentulah dia bahagia bersama insan yang selayaknya buat dia, bukan macam perempuan kolot dan kekampungan seperti Qaseh ni.” Kasyaf menoleh pada Datin Norlia, tidak suka akan kata hinaan pada Qaseh.

“ Lebih baik kekampungan dari kekolotan fikiran. Kita manusia ni sama saja. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Namun kita tetap sama, tetap juga hamba Allah.” Dalam lembut kataku ada juga sindiran yang aku selitkan.

“ Kau jangan nak tunjuk baik depan aku. Konon kata sayangkan Kasyaf separuh mati belum pun sebulan kau kehilangan dia dah diusung jantan kesana ke mari.” Aku tersentak akan kata-kata Datin Norlia.

Aku tahu Datin Norlia sengaja mahu menyakiti hatiku. Aku tidak boleh menampakkan kelemahanku. Aku harus tunjukkan bahawa aku kuat. Aku merasa kuat saat tanganku digenggam erat oleh Puan Sri Wahida. Aku mengukir senyuman manis wanita yang sangat penyayang ini.

“ Apa yang ibu katakan ni? Qaseh? Tolong terus terang dengan abang. Apa yang berlaku sebenarnya ni?” Soal Kasyaf bertubi-tubi.

“ Sebaiknya abang tanyalah pada ibu abang. Pada Qaseh perkara yang lalu usahlah dikenang. Qaseh minta diri dulu. Qaseh sentiasa doakan kebahagiaan abang. Jaga kak Juwita baik-baik ya. Assalamualaikum.”

Walaupun luaran aku kelihatan baik-baik sahaja namun di dalam hatiku merintih pedih, sungguh aku tidak sangka begitu sekali kebencian Datin Norlia terhadapku.

*****
Sedang aku memerhati Kasyaf bergambar kenangan bersama keluarga nya aku terpaku saat terdengar suara sayup-sayup memberikan salam. Pantas aku menoleh kea rah Qawiem.

“ Awak ok?” soal Qawiem prihatin akan diriku.

“ Bohong kalau saya ok sedangkan dalam hati terasa sakit.Bohong kalau saya kata saya tak terasa apa-apa jika hati masih menyayanginya.” Tuturku terus terang.

“ Sabarlah, pasti ada insan yang lebih baik buat awak. Mungkin awak tercipta buat saya, siapa yang tahu bukan? Jodoh, ajal, maut segalanya di tangan Allah,” ujar Qawiem serius. Riak wajahnya langsung tiada tanda bahawa dia sedang bergurau.

Aku memanggungkan kepala sebik mendengar luahan dan juga kata nasihat dari Qawiem. Namun aku tahu sesuatu, sejak aku mulai kenal dengan Qawiem hatiku lebih dekat Penciptaku, ya dia membimbingku ke jalan yang benar. Itu yang buatkan aku kagum terhadapnya.

“ Awak benar-benar seriuskah?” soalku menduga.

“ Ada nampak muka saya ni macam main-main ke wahai Qaseh Qistina sayang?” seloroh Qawiem lantas aku menepuk lembut bahunya.

Dari kejauhan aku melihat sepasang mata Kasyaf sedang asyik melihat ke arahku.

“ Sudahlah,mari kita pulang.” Ajakku lantas aku memaut erat tangan Qawiem, sengaja mahu melihat reaksi Kasyaf.

Sebaik sampai ke rumahku Qawiem tidak terus pulang sebaliknya dia mengerjakan kewajipan sebagai hambaNya terlebih dahulu. Usai solat Aku lihat Qawiem seperti membincangkan Sesuatu bersama ibu. Raut wajahnya sangat serius jadi aku tidak dapat hendak meneka apa yang deperkatakan mereka.

Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku saat aku terdengar perkataan ‘ Nikah’. Apakah kini aku bakal kehilangan Qawiem pula? Setelah hatiku mula menerima akan kehadirannya? Lalu aku segera menuju ke bilik, ingin menunaikan solat.

“ Ya Allah, seandainya Qawiem untukku dekatkan lah hatinya dengan hatiku, namun jika dia bukan untukku damaikan hatiku dengan ketentuanmu Ya Allah.” Aku menangis teresak-esak, sakit yang aku rasakan kini lebih sakit dari sakit saat aku kehilangan Kasyaf.

Tok! Tok!

Aku mengesat airmata tidak mahu ibu tahu bahawa aku sedang menangi, lantas segera aku memulas tombol pintu. Aku terkejut melihat Myza dan Ain tersengih bagaikan kerang busuk.

“ Hah, kau orang dah kenapa? Kena sampuk hantu Kasyaf ke?” selorohku lantas aku buat-buat ketawa.

“ Ada orang tu tak lama lagi nak jadi isteri orang,” ujar Myza berkias-mias.

“ Siapa? Kau ke Ain?” soalku teruja, namun mereka hanya tertawa mendengar soalanku.

‘ Ada juga aku hempuk dengan bantal karang, orang tanya jawablah.’ Desis hatiku.

“ Bukan kami, tapi kau,” ujar Myza dan Ain serentak.

“ Oo, aku.. You what?” terkejut beruk aku mendengar jawapan mereka tambahan pula melihatkan kotak baldu yang didalamnya ada sebentuk cincin yang sangat cantik ukirannya.

“ Siapa yang..” Aku tidak dapat meneruskan kata dek terkejut yang amat sangat.

“ Siapa lagi kalau bukan Qawiem.” Spontan bibirku mengulum senyum yang aku sendiri sukar untuk tafsirkan.
                                           *****************
Kini genaplah sudah 3 bulan aku bergelar isteri kepada lelaki yang sangat mencintaiku. Benar aku bukanlah pilihanmu wahai Kasyaf Imran, namun aku bersyukur kerana aku menjadi pilihan seorang lelaki yang bernama Qawiem.. Sungguh kini aku lebih bahagia. Doaku buatmu semoga kau berbahagia selalu sepertimana aku.

Setelah Datin Norlia kemalangan tempoh hari dia telah insaf dan kini dia menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Ain pula sekarang sedang hangat bercinta dengan sahabat Kasyaf, yang dulunya sering bergaduh namun kini membibitkan rsa cinta dihati. Manakala Myza pula sedang sibuk belajar menjahit di Inpens International College. Katanya mahu menjadi pereka fashion terkenal. Kasyaf? Sudah pun berbahagia dan kini mereka menunggu cahaya mata kedua, aku? InsyaAllah akan menimang cahaya mata yang pertama.

            nota kaki - moga terhibur :)

           maaf atas kekurangan ye :)


jemput le drop komen trmekasih :)

                                                          



17 comments:

Unknown said...

tamat sudah hehehe..aku bukan pilihanmu kerana ada seseorang tercipta untukku jauh lebih baik darimu ~~ wah wah madah cinta cintun

Unknown said...

trme kasih domi sudi singgah n tinggal jejak,faster nya :)

Ann.Awa said...

Sedeh..sdeh... Best akak... Tahniah. Hehe

Ann.Awa said...

Sedeh... Best akak. Tahniah..heee
Luv yu

Unknown said...

sedeh ke?hehehehe,tq ary...

Afifah Yusof said...

kak weeda!!! sob sob. sedih...
siap dengan background lagu yang menusuk kalbu. memang rasalah... hehe

Best sangat cerita ni. Ayat yang teratur. senang cakap memang saya suka cerpen ni. Tahniah akak :)

Unknown said...

afi,tq sayang atas komen :)
mulanya nk wat sedih lagi,tp tkt xmampu way la :)

Unknown said...

best!!!!.. rasa nak cepuk datin norlia tapi menjodohkn dia dengan Qwm.... sangat bagus!!!!

Unknown said...

tima kasih kak ami :).rilex datin norlia pun dah insaf kan

Unknown said...

awak ni berbakat..menarik cerpen ni.

Clover Girl said...

Hik Hok.. Rina datang sini.. best sangat2... Yeah.. :)

Unknown said...

nur aqilah razib tq awak...syukur awak sukekannye :)


rina-tq laling :)

ira said...

Best..best..best..hihi

Unknown said...

tq ira :) insya ALLAH akan disambung :)

aliahmohdsalleh said...

Weeda ! Bonda rasa ini.Kali kedua bonfa Baca Dan ulas cerita Weeda..Macam bonda selalu cakap , kamu di antara penulis2x muda yang berbakat. Cerita kamu memsng menarik dsn penuh twist cerita yang menguja pembaca. Baca cerita Weefa Dari awal pembaca tak srmudah itu untuk teka apa pengakhiran cerita. Gaya bahasa yang santai Dan Tidak menjemukan disamping terselitnya mesej 2x jelas untuk pembaca. Terdapat pergolakan emosi yang mengharukan pembaca. Bila semua fskta2 yang tersrbut figarsb dengan sempurna maka cerita anda memang mengujakan Dan best.

aliahmohdsalleh said...

Cerita anda sangat menarik ,dan best.Jalan cerita yang santai tetapi sangat mengujakan..Terdapat pergolakan emosi yang menyesakkan. Mesej -mesej di selitkan Sebagai mskluman kepada pembaca. Penggunaan bahasa santai Dan mudah dipahami..Bila Baca cerita ini kita dapat menghayati Dan merasai suasana sefih, pilu , marah Dan segalanya. Yang membuat crrita ini
best.

Unknown said...

alhamdulilah bonda sukekan nya.syukur sgt...tq atas komen :)