DI ATAS SATU CINTA

















AKU MENYISIR RAMBUT DENGAN RAPI. Setelah memastikan segalanya baik-baik sahaja aku bergegas keluar ingin segera kerana  sudah  terlewat untuk menghadiri temuduga itu. Perkara yang paling pantang didalam kamus hidup aku ialah TIDAK MENEPATI MASA. Kalau sampai itu yang terjadi bukan Adam Firdaus la namanya.



Aku ni agak anti sikit dengan kaum wanita ni. Bagi aku wanita ni memang melecehkan. Paling dia tidak suka ialah perempuan yang gedik, kunun manja bak Ella ratu rock tu, terliuk lentok dah macam lalang je aku tengok. Eh rilex beb, aku tak kata semua perempuan macam tu kan? Tapi yelah kalau dah ada pengalaman tu memang serius serik beb…

Aku mendengus sebaik saja sampai di perhentian bas yang berhampiran dengan rumahku. Mujur juga dekat, kalau tidak mahu naik sawan aku. Hu hu.

‘ Cit! Ramai la pula orang. Itu lah Adam, elok-elok mama dengan papa nak belikan kereta kau jual mahal. Kan dah susah hidup kau. Konon nak berdikari. Ceh! Hampeh!’ dengusku dalam hati.

“ Aduh!” Aku mengerling kepada suara yang sedang mengaduh itu. Erm, kan aku dah cakap perempuan ni melecehkan.

“ Lain kali boleh hati-hati tak? Dah la badan tu macam konkrit. Sakit bahu saya berlanggar dengan badan awak tahu?” marah si gadis. Ini sudah lebih. Ish mana boleh jadi. Tak kan aku nak diam je bila kena sembur kan?

Next time please becareful. Berjalan sambil belek handfhone memang la. Dah tu nak marah-marah orang lain. Gila!” Aku merenung tajam ke wajah wanita yang berdiri dihadapanku.

“ Apa awak panggil saya?” suara gadis itu naik satu oktaf. Tapi sikit pun aku tak hairan.

“ Ruz,  cepat sikit. Kita dah lambat ni, ada pula kena dengan model perasan baguih tu, sakit telinga kita sat ni baru padan muka,” ujar sahabat gadis yang tidak sengaja aku langgar itu.

Sejurus wanita itu berlalu aku terus dengan langkahku, namun saat aku terasa terpijak sesuatu aku menggangkat kakiku. Aku lihat seperti sebuah diari, lantas aku mengambil diari itu. Aku mencari kelibat gadis tadi namun hampa kerana dia sudah menjauh meninggalkan aku. Diari berwarna silver itu aku simpan mana la tau jumpa semula dengan ‘minah senget’ tu lagi kan. Ha ha.

Sesampai saja aku di Hotel Paradise terus saja aku ke kaunter pertanyaan.

“ Selamat datang, boleh saya bantu?” soal pekerja yang sedang bertugas itu

“ Saya ada temu janji dengan, jap ye lupa nama. Ha dengan Cik Fairuz. Dia ada?” soalku pula.

“ Tunggu sebentar ye. Encik boleh tunggu dulu di lobi sementara saya call Cik Fairuz,’ ujar pekerja yang bernama Marshanda seperti yang tertera di name tagnya itu.

Aku melihat keadaan sekeliling Hotel. Dalam hati aku merasa bangga seandainya aku dapat berkhidmat disini. Huh! Belum apa-apa sudah berangan ye kau Adam.

“ Ehem- ehem,” Aku menoleh saat mendengar suara orang berdehem itu.

Aku cuba mengamati wajah gadis itu. Bertapa kecilnya dunia kerana tidak sampai 2 jam aku sudah bertemu dengan gadis yang aku langgar tadi.

“ Encik ni bukan ke…”

Aku lihat gadis itu tergamam tiada terkata. Aku apatah lagi, memang terkejut habis, rasa macam baru lepas kena renjatan elektrik saja.

“ Eh, awak ni minah senget kat bus stop tadi kan?” soalku selamba, tanpa menyedari wajah gadis itu sudahpun mula memerah tanda marah.

What do you call me? Tadi awak panggil gila, dan sekarang ni minah senget? Walaweh! Sengal!” bebel Fairuz.

“ Err.. maaf. Ni diari Cik ke?” ujarku malas memanjangkan cerita remeh temeh, seraya itu aku  mengunjukkan diari bewarna silver itu.

Fairuz memandangku tidak percaya, takut aku baca diari dia kot, sorry la tak berminat aku nak baca khazanah orang.

“ Awak.. err.. awak.. ada baca ke diari saya?” soal Fairuz teragak-agak.

Sorry lah, bukan kerja saya la kalau nak baca diari orang. Saya pun tak suka juga andai hak saya dicabuli,” terangku sambil mata mencuri pandang figura Fairuz.

‘ Erm, cantik juga minah ni, tinggi, putih, comel, rambut panjang tapi tu tak bermakna aku suka dia la. Ha ha.’ Aku ketawa jahat. Dalam hati je la, kang kalau aku ketawa depan minah senget ni ada dia kata aku gila pula.

Aku lihat Fairuz menarik nafas lega. Risau mungkin, takut aku baca luahan hati dia. Eleh, macam aku tak tahu, biasanya perempuan ni kalau tulis diari mesti tentang lelaki yang dia minat tu tak layan dia. Heh!

“ Terima kasih, err.. awak datang untuk temuduga kerja kan?” tebak Fairuz.

“ Ya, untuk jawatan dan bahagian apa saya tak kisah. ” Ujarku tanpa memandang wajah gadis dihadapanku.

“ Saya Fairuz, saya bahagian Sale and Marketing disini, sekarang pengurus sedang di sibuk. Jadi saya yang akan menemuramah awak Encik...”

“ Adam, nama saya Adam Firdaus,” ujarku tenang.

“ Err.. jemput duduk Encik Adam. Setakat ni department yang kosong ialah Front Office, Food And Bavarage, Housekeeping dan Asisstant Kitchen,” ujar Fairuz.

Aku melabuhkan punggung berhadapan Fairuz. Tanpa sedar mataku ralit memandang keindahan  yang dimiliki Fairuz. Berkulit putih, tinggi, mempunyai mata yang bundar, aku akui bahawa Fairuz mempunyai cukup pakej untuk dijadikan pilihan. Tapi bukan pilihan aku lah.

“ Encik Adam, Encik Adam.” Aku tersentak dari lamunan apabila Fairuz menepuk meja dengan agak kuat.

Kus semangat. Minah ni kan, aku cekik baru tau. Heh! Geram aku. Ish! Adam sabar. Sabar kan separuh dari iman. Walaupun iman kau senipis bawang sekalipun jaga iman kau Adam, yang paling penting imej kau sebagai seorang Adam Firdaus.


“ Lain kali ketuk meja kuat-kuat lagi ya. Biar terkeluar jantung saya ni,” perliku kepada Fairuz. 

Spontan aku melambakkan tawa melihat wajah cemberut Fairuz.

“ Fairuz, ada sesiapa cari saya tak?” soal jejaka yang berdiri di sebelah Fairuz. Aku memanggungkan kepala apabila terasa kenal benar dengan suara itu.

“ Emir. Kau buat apa kat sini?” soalku teruja yang teramat-amat.

“ La, kau Adam. Eh! Kau ada temuduga hari ni kan? Jom, masuk bilik aku. Fairuz awak buat je kerja awak, mamat ni biar saya selesaikan,” ujar Emir dengan serius.

“ Wei, minah senget tu berlagak gila. Aku nak tanya kau sikit. Tapi kau jangan marah.”

Emir hanya menjongketkan kening tinggi. Lalu aku terus sahaja menyoalnya dengan soalan cepumas.

“ Sejak kau kehilangan Lysa ni takkan kau belum jumpa pengganti kot Emir? Yalah, kau layak untuk bahagia Mir. Aku tahu kau sayangkan Lysa. Tapi sampai bila kau nak hidup macam ni? Lysa dah setahun tinggalkan kau tau! Tapi kau masih juga macam ni. Aku tengok kau makin tak terurus, tak ceria. Aku tak mahu tengok kau yang macam ni. Mana perginya Emir yang ceria, semangat?” tanyaku bertalu-talu.

“ Bro, bercakap memang mudah. But It’s not easy to me. Lysa terlalu bermakna dalam hidup aku. Aku takkan mungkin mudah melupakannya. Dah la jom masuk. Inilah bilik aku. Aku sebagai pengurus disini,” ujar Emir. Menganga mulutku saat melihat biliknya yang agak luas itu. Sedikit sebanyak perasaan kagum terbit disanubariku.

“ Aku tahu tak mudah untuk kau lupakan dia. Tapi bro, sebagai sahabat aku hanya mampu berdoa dan menasihati kau. Tentu kau tak mahu Lysa bersedih bukan? Kalaulah… ni kalau tau. Lysa tu masih hidup tentu dia tak mahu tengok kau dalam keadaan berduka seperti sekarang,” nasihatku ikhlas.

 “ Terima kasih atas nasihat kau Adam. Kau serius nak minta kerja ni Adam? Takkanlah anak Dato’ macam kau ni nak minta kerja biasa-biasa kot?” tanya Emir seperti ragu-ragu akanku.

“ Wei, bro. Aku ni tak pernah mengharap tau dengan harta papa aku. Aku suka berdikari. Eh, dah la aku kerja apa pun tak kisah. Tapi kalau Housekeeping seronok juga,” ujarku dengan teruja.

Housekeeping.” Emir mengeluh lemah.

“ Salah ke kalau aku kerja Housekeeping?” tanyaku tanpa mengetahui perkara sebenar.

“ Kau tahu? Lysa pun dulu kerja Housekeeping. Kau serius tak mahu kerja lain? Bahagian pejabat ke?” pantas aku menggelengkan kepala.

“ Aku tak mahu. Biarlah aku kerja macam tu. Tapi bro boleh tak kalau aku duduk sekali dengan kau? Maksud aku duduk satu rumah?” tanya ku, tapi lebih kepada meminta simpati sebenarnya.

“ Boleh, bila kau nak mula kerja? Sebab tadi baru je ada seorang budak Housekeeping berhenti mengejut. Sekarang ni dah kurang pekerja. Kalau kau mula hari ni boleh tak?” aku terus menggangguk kepala tanda setuju.

“ Okey, kalau macam tu mari aku kenalkan kau dengan kawan aku a.k.a penyelia Housekeeping di sini.” Tutur Emir lalu aku mengekori langkah Emir.

“ Fairuz, awak ada nampak Fazi tak?” soal Emir kepada minah senget.

“ Encik Radin, tadi dia ke arah bilik laundry,” ujar Fairuz sambil menjeling ke arahku.

Aku hanya menjeling pada Fairuz. Sumpah aku rasa cantik juga minah senget ni. Dengan mata bundarnya, alis mata cantik terletak. Rambut paras pinggang memenuhi ciri wanita idamanku. Ha, leher jinjang pergh! Memang cantiklah. Cop! Yang aku sibuk duk kaji dia dah kenapa? Adam bangun dari mimpi.

“ Woi, Adam. Cepatlah. Kau tunggu apa lagi,” pekik Emir. Aku termalu sendiri dengan fikiran jahatku itu.

Setelah Emir mengenalkan aku pada Fazieyana aku mula di perkenalkan kepada staff-staff yang lain. Spontan aku tersenyum apabila Fairuz mencebik saat aku mengenyitkan mata padanya. He he…

 

PEJAM celik pejam celik rupanya dah masuk sebulan aku kerja di sini. Namun sekali pun aku tidak melihat wajah Emir yang ceria. Ha korang nak tahu tak? Si minah senget tu tak sudah-sudah nak usik aku. Ha ha… Tak percaya? Ha kejap lagi ada la minah senget tu lalu depan mata aku ni.

“ Hai, mamat poyo.” Sapa Fairuz padaku. Ha kan aku dah cakap. Sekarang percaya tak? He he…

“ Hai. Awak buat apa dekat sini?” soalku berbasa-basi.

“ Awak err… kalau saya nak minta tolong sikit boleh?” aku memandang wajah mengharap Fairuz. Kasihan la pula lihat wajah comelnya tu.

“ Nak minta tolong apa?” Aku menyoal sambil wajah ku seriuskan.

“ Err… sebenarnya macam ni. Tadi ada mamat gila tu kacau Ruz. Dia tu memang selalu kacau Ruz,” ujar Fairuz. Aku menjongket kening.

“ So kenapa?” soalku sengaja ingin memanjangkan perbualan.

“ Boleh tak awak menyamar jadi kekasih Ruz?” tanya Fairuz. Namun kedengaran bergetar suaranya.

Aku menoleh padanya. Lantas aku menghentikan kerja mengemas. Aku merenung wajahnya yang penuh mengharap itu. Pelik juga aku sejak bila pula minah senget ni nak minta tolong aku ni. Aneh je.

“ Awak… boleh ke tidak tolong saya?” Fairuz menyoal sambil menyentuh lembut tanganku.

“ Boleh. Tapi kenapa awak tak minta tolong orang lain?” sengaja aku menduga Fairuz.

“ Kalau tak nak tolong sudahlah,” bentak Fairuz. Aku hanya tersenyum melihat rajuk gadis itu.

“ Ya Am tolong. Tapi ada dua syarat.” Aku mengenakan syarat pada Fairuz andai mahu aku menolongnya. Ha ha… kejam tak aku? Sebenarnya aku memang nak mendekati si Fairuz ni Cuma aku tak tahu caranya. So inilah satu-satunya peluang aku ya tak? He he…

“ Ada syarat? Macam tak ikhlas je?” Fairuz mengerutkan dahinya.

“ Am ikhlas. Tak banyak, ada dua je syarat.” Tekanku lagi seraya mengangkat  jari telunjuk serta jari tengah menunjukkan Peace.

“ Baiklah. Asalkan awak sudi tolong saya,” ujar Fairuz, namun aku tahu dia terpaksa cakap seperti itu. Ha ha. Tapi… ada aku kesah?

“ Syarat pertama mulai saat ni awak panggil saya AM. Atau lebih mesra Abang Am. Saya lebih tua lebih tua dari awak wajarlah tu.” Mengekek aku ketawa apabila Fairuz membulatkan matanya yang sedia bulat itu. Cair aku beb!

“ Syarat ke… kedua?” soal Fairuz teragak-agak.

Dating dengan Am. Selama… sebulan.”

“ Apa? Awak dah gila? Jumpa awak sehari pun sakit mata saya ni. Apatah lagi nak dating dengan awak. Ergh! Please deh!” Aku tersenyum sinis mendengar bicara Fairuz itu. Apa? Teruk sangat ke aku ni? Ah! Yang kau nak sentap apahal Adam?

“ Okey. Kalau Ruz tak mahu ikut syarat mudah tu terpulang. Okeylah Am…” belum sempat aku meneruskan bicara aku tersentak apabila Fairuz memengang tanganku.

“ Baiklah. Sebulan saja kan?” tanya Fairuz lantas mengukir senyum yang mampu membuatkan aku cair. Pergh! Gila wa cakap lu! Senyuman minah senget ni memang mampu membuatkan hati aku ni cair bagaikan aiskrim. Ha ha… Aip! Korang jangan nak gelak ya. Amaran!

“ Baiklah sayang. Am akan panggil Ruz ‘sayang’ mulai hari ni. Okeylah sayang Am nak kemas bilik terakhir ni. Nanti kita lunch sama ya sayang. Assalamualaikum.” Sempat aku mengenyitkan mata sebelum berlalu meninggalkan Fairuz. Belum pun jauh aku melangkah aku mendeangar seseorang menjerit namaku.

“ Am!” Pantas aku menoleh.

“ Kenapa sayang?” soalku hairan melihat peluh yang merenik di dahinya.

“ Hoi! Lu ketepi. Wa takde urusan dengan lu. Ini awek wa punya,” ujar seorang lelaki yang berwajah bengis itu.

“ Ek eleh, badan keding ada hati nak ganggu bini gua. Lu berambus sebelum gua panggil guard,” ujarku garang. Dalam hati berdebar beb. Mahu tak berdebar pasai Fairuz duk paut erat lengan aku. Hu hu…

“ Cis! Bedebah lu. Bila masa pula dia jadi bini lu ha?” herdik mamat dihadapanku lantas dia menghayun penumbuk ke wajah macho ku. Ceh! Sempat lagi nak perasan.

Aku mengelak dari tumbukan lelaki itu. Lantas aku menahan kaki, tidak sempat jejaka itu mengelak lantas jatuh tersembam pada lantai. Aku menahan ketawa dari terburai.

“ Bro! Lu kalau nak buat kacau pun tengok orang beb! Gua ni bukan apa. Lu nak gaduh dengan gua pasal perempuan ni lu rasa berbaloi ke? Lagi pun dia ni bini gua der. Lu lebih baik blah dari sini sebelum gua call security!” suaraku tegas.

Thank you Am,” ujar Fairuz setelah jejaka itu berlalu meninggalkan kami.

“ Sama-sama. Ehemm sampai bila Ruz nak paut lengan Am ni? Am tahu Am handsome,” usikku pada Fairuz. Merah padam wajah Fairuz. Suka pula aku tengok minah ni.

Cepat-cepat Fairuz melepaskan pengangan tangannya. Aku menyungging senyum seraya mengatur langkah berlalu meninggalkannya.

AKU merenung wajah kelat Emir. Aku tahu pasti Emir terkenangkan arwah kekasihnya. Aku mendekati Emir. Lalu aku tepuk perlahan bahunya. Terenjut bahu Emir akibat terkejut.

“ Mir, sampai bila kau nak macam ni? Kau layak untuk mendapat kebahagiaan. Sudahlah…” pantas Emir mencaras kataku. Emir ni memang suka mencaras kata-kata aku. Sama macam papa aku Dato’ Adam Fahmi. Huh!

“ Aku tahu apa yang kau nak cakap. Kau belum rasa apa yang aku rasa Am. Kalau kau dah rasa baru kau tahu bertapa sakitnya cinta. Orang yang aku sayang tinggalkan aku. Pedih. Bukan senang untuk hadapinya. Dulu aku kehilangan Emylin. Dan sekarang… Ellysa tinggalkan aku. Aku benar-benar tak boleh terima ini semua. Aku tahu ini takdir ALLAH buat aku. Tapi… aku tak kuat Am. Aku tak kuat,” ujar Emir panjang lebar. Aku lihat Emir menyeka airmatanya.

Kini aku akui, kerana cinta kita bahagia. Namun kerana cinta jugalah kita merana. Seperti aku, perasaan C.I.N.T.A itu baru saja ingin berputik. Aku terfikir andainya aku menerima nasib seperti Emir adakah aku akan kuat sepertinya?

“ Mir… aku faham perasaan kau. Tapi… kau kena ingat. Yang pergi biarkanlah pergi. Usahlah kau meratap kepergian Lysa seperti ini. Pasti kau tak mahu membuatkan Lysa sedih bukan?” Aku cuba menggunakan phcology terhadapnya.

“ Aku tak kuat Am. Aku sayangkan Lysa. Aku terlalu cin… cintakan dia.” Aku tergamam mendengar luahan hati Emir. Segera aku menyeka airmataku. Terasa sebak menguasai diri. Betapa hebatnya penangan cinta. Sehinggakan Emir yang beku juga bias menangis.

“ Apa kata kau pergi bercuti. Pembetulan. Kita. Kita pergi bercuti. Setakat ke Kuantan pun ok dah,” ujarku memberi cadangan.

Emir tersenyum lantas menoleh padaku.

“ Okey juga tu. Jomlah kita bercuti. Boleh juga aku tenangkan fikiran yang serabut ni.”

Aku menanyang sengih pada Emir. Alhamdulillah Emir dengar juga kataku. Biasanya degil mengalahkan apa entah.


PANTAI BALOK
           

Aku melihat Emir yang sedang asyik melayan perasaan. Lantas aku mendekatinya yang bermain di gigi air itu.

“ Assalamualaikum Mir. Kau kenapa ni? Nak kata sedih tinggal awek kat KL tu jauh sekali. Tapi apahal aku tengok muka kau macam ayam berak kapur je?” Ambik kau. Polis pencen Adam Firdaus dah mula menyoal. He he…

“ Kau ni tak boleh ke biar aku layan perasaan?” tutur Emir sebelum ketawa bersamaku.

“ Aku bukan apa. Kesiankan kau je. Dah la nak masuk waktu asar dah ni. Jomlah kita balik khemah. Nanti bising pula minah senget tu.”

Sebenarnya percutian kami ni bukan aku dan Emir saja. Tapi Fairuz dan juga seorang rakannya juga turut serta. He he… sebenarnya aku yang paksa agar Fairuz ikut. Serasa tak sanggup pula aku berjauhan dengannya. Aneh! Aku tak pernah merasa begini dengan mana-mana wanita pun sebelum ni. Bahkan dengan Marshanda juga aku tidak pernah rasa bedebar saat berdepan dengannya. Tapi berbeza apabila aku berdepan dengan Fairuz. Dadaku terasa bergetar. Malah semakin lama wajahnya semakin dekat di hatiku. Adakah ini cinta? Haish! Adam kau ni dah kronik. Ha ha…

“ Am kemana? Dah solat ke?” soal Fairuz padaku. Erm, boleh la nak katakana sejak aku menyamar jadi kekasih Fairuz ni aku rasa sikap dia pada aku juga berubah 360 darjah. Kalau dulu pandang muka aku tak sudi, sekarang bila tak nampak muka dia mula rindu. He he… Okey dah lari topik la tu. Huh!

“ Belum. Kan ke baru azan. Sayang kenapa ni? Cemas je,” bisikku perlahan di telinga Fairuz.

Aku senyum apabila melihat rona merah di pipi Fairuz. Ish! Kenapalah kau comel sangat ni?

“ Ruz jomlah kita mandi. Badan aku dah melekit la,” bisik sahabat Fairuz.

“ Okey. Encik Radin, Am kalau nak solat nanti tunggu tau. Kita solat jemaah,” pesan Fairuz sebelum berlalu.

Aku menghantar Fairuz hingga hilang dari pandangan. Aku mengerut dahi sebaik melihat Emir tidak berkelip mata memandang kelibat Fairuz dan rakannya. Dalam hati aku berdoa agar terbuka hati Emir untuk menerima cinta baharu.

“ Lain macam je cara kau pandang si Linda tu. Ada rasa bergetar ke hati kau tu?” usikku seraya menyinggung siku Emir.

Emir hanya tersenyum tanpa membalas usikan aku. Tahulah aku bahawa hati Emir menyukai peribadi Fazlinda itu.

EMIR dan juga Fazlinda aku arahkan agar menjaga ayam BBQ. Sementara aku menemani Fairuz menggoreng bihun untuk makan malam.

“ Ruz cuba awak tengok Fazlinda dengan Emir. Mereka serasi kan?”

Pantas Fairuz menoleh ke arah Emir dan juga Fazlinda. Aku melihat senyuman yang terukir dibibirnya. Sumpah aku kata dia tampak manis amat. Eh! Sejak bila pula aku yang anti perempuan ni suka sangat tengok dia ni? Ah! Parah.

“ Baguslah. Lagipun Ruz kesian tengok Encik Radin. Dah setahun lebih Elyssa pergi. Tapi dia tetap juga macam tu. Ruz rasa Lin tu mampu untuk menyayangi Encik Radin sepertimana Elyysa sayangkan dia,” ujar Fairuz dengan yakin.

“ Amboi… Ruz sukakan Emir ke?” perliku padanya. Entah mengapa aku nak touching bagai. Adeh! Parah beb. Parah!

“ Kenapa cakap macam tu? Err… Am tak sukakan Ruz eh?” soalan Fairuz membuatkan aku menolehnya tanpa berkelip.

“ Apa… apa maksud Ruz?”

“ Err… takde apalah.” Balas Fairuz agak kalut.

Aku mengukir senyum nakal. Lantas aku mendekatkan wajahku ke wajah Fairuz.

I love you Fairuz. Dah lama Am nak cakap. Tapi Am malu. Takut andainya Ruz tolak cinta Am,” bisikku di telinganya.

Fairuz merenungku sayu. Aku dapat merasakan bahawa di hatinya juga ada cinta buat aku. Tapi takkan la aku nak main terjah je. Aku ada ego aku sendiri. Kalau boleh aku nak dia sendiri yang lafazkannya padaku. Hu hu…

“ Ehem-eheem.”

Serentak kami menoleh ke arah deheman itu. Aku tersenyum senget. Tangan aku masukkan ke dalam poket seluar.

“ Tak masak lagi ke bihun? Saya dah lapar ni,” ujar Emir bersahaja.

Aku dapat menangkap kemesraan antara Emir dan juga Fazlinda. Saat Emir menatap mata Fazlinda aku merasakan ada cinta yang mula berputik di hati kedua mereka.

“ Eheem aku dah terbau-bau nasi minyak la,” sengaja aku menyakat Emir. Fazlinda tersipu malu.

“ Nasi minyak? Nasi minyak siapa? Kau eh?” Emir membalas usikanku.

“ Eh! Apa pula aku. Nasi minyak kaulah,” ujarku seraya memaut bahu Emir. Aku menjongket kening. Emir diam tiada terkata. Aku tahu bahawa Emir sudah boleh melupakan kenangannya dan juga Elyssa. Kalau tak... nak tengok dia senyum tu memang susah sangat.

“ Insya ALLAH. Doakanlah ya. Jujur aku kata. Aku takut nak tunggu lama. Aku takut perkara yang sama berulang. Jadi… biarpun aku baru kenal dengan Lin aku rasa Lin adalah wanita yang cukup baik untuk aku,” ujar Emir seraya menatap sepasang mata redup gadis bertudung lilit itu.

“ Alhamdulillah Encik Radin. Semoga kali ni kebahagiaan berkekalan hendaknya.” Usai Fairuz berkata kami semua mengaminkan doa bersama-sama.

Seusai makan dan solat isyak berjemaah kami melepak bersama di tepi pantai sambil mengelingi unggun api. Aku melihat Fazlinda seboleh mungkin mengawal tudungnya yang ditiup angin. Untuk mengilangkan kebosanan aku memetik gitar kepunyaan Emir. Lantas aku menyanyikan lagu tetap menantimu yang dipopularkan oleh Nomad.

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

“ Adam Firdaus akan tetap menanti jawapan Fairuz untuk menjadi kekasihnya.” Dengan tenang aku melafazkan kata.

Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakinku bisa untuk menyayangi
Semakinku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang
Penuh duka
Kan ku hapus semua menjadi indah oo…

Aku mengukir senyum saat Fairuz menepuk tangan setelah selesai nyanyianku. Lantas aku mengusiknya.

“ Sampai bila-bila pun Am sanggup tunggu. Asalkan Ruz sudi menerima Am.”

Suka pula aku tengok wajah Fairuz saat ini. Pipi dia tu pergh. Dah macam pakai apa tu yang dekat pipi tu? Blus… ah! Apa susah. Pemerah pipi. He he… Aku manalah tahu mende alah tu semua. Tak ambil port pun huhu…

Aku memberi gitar pada Emir apabila dia juga ingin menyanyikan lagu buat Fazlinda. Usai saja Emir menyanyikan lagu For The Rest My Of Life terus saja dia melutut di depan Fazlinda. Bersaksikan aku dan juga Fairuz, Emir melamar Fazlinda untuk menjadi isterinya.

“ Lin saya tahu kita baru kenal. Tapi… saya tak boleh menipu perasaan saya. Benar… baru saja beberapa jam kita berkenalan. Tapi Lin… percayalah bahawa saya sayangkan awak. Saya tak mahu kehilangan awak seperti mana saya kehilangan Elyssa. Lin, bersaksikan Fairuz dan juga Adam saya Radin Emir ingin melamar awak untuk menjadi suri hati saya. Saya tak paksa awak untuk beri jawapan sekarang. Tapi seandainya awak sudah bersedia pakailah cincin ni.” 

Fazlinda menekup bibir. Aku melihat Fairuz menyeka airmatanya. Tak sangka pula aku yang Emir ni boleh tahan romantisnya. He he…


HARI ni merupakan hari kedua kami di sini. Terasa nyaman saat aku menghirup udara segar di pantai. Sedang aku asyik berjalan di gigi air tiba-tiba aku dikejutkan seseorang dari arah belakang.

“ Am.”

Aku mengurut dada yang terasa berdegup laju.  Aku merenung tajam wajah di hadapanku.

“ Tak boleh bagi salam ke?” perliku pada Fairuz.

“ Maaf. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam. Mana Linda?” soalku sebaik saja kelibatnya aku tidak nampak. Malah bayang Emir juga aku tidak nampak. Bangun saja dari tidur, Emir sudah lesap entah kemana.

“ Kenapa tanya Linda?” soal Fairuz. Nadanya seperti cemburu. Aku tersenyum senget.

“ Hai lain macam je nada Ruz. Cemburu eh?” usikku pada Fairuz. Lalu aku berlari saat dia ingin mencubit lenganku.”

“ Am bu… buat apa Ruz nak cemburu? Takde faedah.”

 Aku mencebir bibir mendengar jawapannya. Seketika kemudiaan aku melambai tangan pada Emir.

“ Kau pergi mana ha? Aku bangun tidur tengok kau dah lesap. Aku ingat kau dah tinggalkan aku.” Segera aku menyoal Emir.

“ Aku pergi kedai depan tu. Dekat simpang masuk tu kan ada kedai. Aku beli baju. Nah, ni untuk kau. Ni pula untuk Fairuz,” ujar Emir seraya menghulurkan baju berwarna kuning. Aku melihat ada sulaman kecil yang menandakan bahawa baju itu dibeli di Balok.

Kami berjalan seiringan. Aku terkejut apabila Fairuz memengang erat tanganku. Aku menoleh untuk melihat wajahnya.

“ Maaf Am. Tadi Ruz nak jatuh. Maaf.”

Aku mengukir senyum tanpa berkata apa-apa. Sungguh aku terpaku apabila melihat wajahnya yang ayu itu. Terasa ingin saja aku mendakap tubuhnya. Namun ada satu hal yang aku ingat. Bahawa aku dan juga dia bukan mahram.


AKU mengangkat panggilan dengan perasaan hairan. Mahu tak hairan. Biasanya mama saja yang selalu menghubungiku.

“ Assalamualaikum papa.” Aku memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam. Am macam mana kerja? Okey? Kalau kamu rasa tak suka kerja kamu papa harap kamu balik sini untuk bantu papa.” Tegas papa. Inilah sebabnya aku malas bicara dengan papa. Sikit-sikit syarikat saja yang difikirnya. Berlainan benar dengan sikap mama yang lebih berlembut dan menurut kemahuanku.

“ Pa… Am bukannya apa. Tapi Am…”

“ Kenapa? Kamu seronok ke kerja jadi kuli batak?” Papa memarahiku melulu. Ni mesti kerja si Emir yang bercerita ni. Aduh!

 Siapa beritahu papa?” soalku melonjak rasa ingin tahu di dalam hati.

“ Emir yang beritahu. Papa telefon kamu berkali-kali tapi kamu langsung tak angkat.”

“ Oh! Pa kerja apa pun tak kisah kan? Yang penting halal. Lagi pun Am nak belajar hidup berdikari,” kataku cuba berlembut.

“ Berdikari? Sampai bila? Mama kamu dah rindukan kamu. Baliklah. Kerja saja dengan papa.”

“ Pa. Am kerja di sini sebab nak berdikari. Dan lagi satu. Sebab Am nak bawa balik menantu untuk papa,” ujarku terus terang.

“ Alhamdulillah. Bila nak langsung? Ha bawa balik kenalkan dengan mama dan papa.” Tutur papa dengan terujanya.

“ Amboi pa… tak sabar nak terima menantu ke?” usikku seraya ketawa di hujung kata.

“ Yalah. Mama dengan papa ni sunyi tahu? Cepat kamu menikah cepatlah papa dapat menimang cucu,” seloroh papa lalu kami ketawa bersama.

“ Okeylah pa. Kalau ada cuti Am bawa dia jumpa papa dan juga mama.” Janjiku pada papa.

HARI ini merupakan hari pernikahan antara Emir dan juga Fazlinda. Setelah pulang dari Pantai Balok empat bulan lepas Emir senyap-senyap saja menghantar rombongan meminang Fazlinda. Sikit pun tak beritahu aku. Hebat sungguh perancangan ALLAH. Tak lama mana pun perkenalan Emir dan Fazlinda. Namun siapa sangka perhubungan itu mampu membawa hingga ke jinjang pelamin.

“ Tahniah bro. Lepas ni giliran aku la pula,” selorohku lantas aku menjeling Fairuz di sebelahku.

“ Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas.” Serentak itu kami ketawa bersama.

“ Lin tak sangka akhirnya kahwin juga kau ya. Alhamdulillah. Tahniah,” ujar Fairuz seraya berpelukan dengan Fazlinda.

“ Terima kasih. Kau bila lagi?” usik Fazlinda sebaik meleraikan pelukannya.

“ Amboi sayang abang ni nakal ya,” ujar Emir seraya memeluk pinggang Fazlinda.

“ Mana ada nakal abang. Sayang sebenarnya nak Fairuz menamatkan zaman bujangnya. Lagipun Am dah lama tunggu Ruz,” kata Fazlinda lantas mengenyit mata nakal.

Aku ketawa mendengar uskian Fazlinda. Fairuz sudah menundukkan wajah. Malu la tu. Usai bergambar kenangan bersama Emir dan juga Fazlinda aku dan Fairuz mengatur langkah untuk pulang. Namun aku tidak terus menghantar Fairuz ke rumahnya sebaiknya aku menuju ke rumah orang tuaku yang terletak di Damansara Height.

“ Eh, nak kemana ni? Ni bukan jalan nak balik rumah Ruz.”

“ Am nak bawa Ruz jumpa mama dengan papa Am.”

“ Apa? Am ni gila ke?”

“ Kenapa pula?”

“ Siapa juga nak jumpa mak dan ayah Am? Untuk apa jumpa mk dan ayah Am? Tak pentiglah,” sungut Fairuz.

“ Siapa kata tak penting?” soalku dengan lembut.

“ Se… sebenarnya kenapa Am nak bawa Ruz jumpa dengan family Am ni?” soal Fairuz setelah berjeda seketika.

“ Sebab Am nak kenalkan bakal menantu diorang ni ha,” selamba saja aku mencuit dagunya.

Fairuz diam tidak berkutik. Setelah sampai di kawasan perumahan elit Damasara Height aku memperlahankan pemanduan. Aku menarik nafas lega setelah sampai di rumah yang telah lama aku tidak kunjungi.

“ Jom turun,” ajakku seraya keluar dari perut kereta.

“ Besarnya rumah. Am ni anak orang kaya ke?”

“ Tak adalah. Am anak orang gaji je,” bohongku padanya. Sengaja aku berbuat demikian ingin melihat reaksinya. Namun tembelangku pecah apabila Mak Siti menjerit namaku.

“ Ya ALLAH Encik Adam. Datin, Dato’ Encik Adam dah sampai,” terkocoh-kocoh orang tua itu mendapatkanku. Segera aku menyalam dan mencium tangan Mak Siti.

“ Mak Siti sihat? Mama mana?”

“ Itupun dia mama Encik. Siapa ni Encik. Cantik,” puji Mak Siti akan Fairuz di sebelahku.

“ Oh, inilah bakal isteri Am,” ujarku seraya mengukir senyum.

“ Mama, papa sihat?”

“ Alhamdulillah. Ini ke bakal isteri kamu?” soal mama setelah meleraikan pelukannya.

Aku mengangguk kepala berkali-kali. Fairuz sudah tersipu malu. Aku memberi ruang agar mama dapat bermesra dengan Fairuz.

“ Macam mana kamu kenal Am? Kamu kerja apa? Dimana?” soal mama bertalu-talu.

“ Ish! Awak ni Aliah biarlah budak tu duduk dulu kot ya pun. Kamu tengoklah Am. Tak sabar nak bermenantu agaknya,” usik papaku pada mama. Aku tersengih bak kerang busuk Aku lihat papa seperti memberi lampu hijau saja. Tinggal mama saja lagi.

“ Err… Ruz kenal Am di tempat kerja. Kebetulan dia minta kerja di tempat Ruz kerja sekarang. Tapi sumpah Ruz tak tahu langsung yang Am…”

Aku lihat Fairuz seperti teragak-agak untuk berkata. Lantas aku mencelah agar mama dan papa tidak salah faham.

“ Am pun tak pernah cerita pada sesiapa pun tentang Am. Sebab Am mahukan seorang wanita yang boleh dijadikan isteri. Am inginkan kejujuran. Andai Ruz tahu status Am sebagai anak Dato’ Adam Fahmi pasti Ruz tak mahu berkawan dengan Am bukan? Dan lagi sati Am Cuma mahu mencari wanita yang ikhlas menerima Am seadanya AM. Bukanlah kerana Am ni anak Dato’ Adam Fahmi.”

Fairuz menundukkan kepala. Lansung tidak mengangkat kepala untuk menatapku. Aku mengambil peluang itu untuk melamarnya. Biar apapun jawapannya aku sanggup menerimanya.

“ Fairuz saya Adam Firdaus ingin melamar awak untuk menjadi isteri saya dunia dan akhirat. Seandainya awak sudi menerima saya awak pakailah cincin ni,” ujarku seraya menghulur sekotak cincin baldu padanya.

“ Mama harap kamu terimalah. Kebahagiaan Am penting untuk mama. Andai Am bahagia mama juga turut bahagia.”

“ Papa suka tengok pilihan kamu ni. Nampak dari keturunan baik-baik,” bisik papa di telingaku.

Melihat aggukan kecil Fairuz membuatkan aku ingin menjerit agar satu dunia tahu bahawa aku bahagia. He he…

HOTEL PARADISE

Majlis resepsi perkahwinan aku dan Fairuz diadakan di Hotel Paradise atas permintaanku sendiri. Terpegun aku melihat Fairuz memakai gaun putih yang persis seperti puteri. Tiara di atas kepalanya menambahkan lagi keayuan yang di milikinya.

“ Cantiknya sayang abang ni,” bisikku sambil mengatur langkah untuk ke pelamin.

“ Terima kasih. Abang pun nampak handsome.” Terasa bangga pula apabila isteri yang baru aku nikahi itu memujiku.

Sesekali aku menjeling pada wajah Fairuz. Terasa tenang setiap kali menatap wajahnya. Aku memanjat syukur kerana telah di pertemukan dengannya. Kini aku bahagia. Emir turut hadir bersama isterinya yang tercinta. Oh! Ya kini Emir dan juga Fazlinda sedang menanti kelahiran anak sulung mereka.

“ Tahniah bro. Kau ni lambat bertindak. Aku dah nak jadi ayah. Kau baru kahwin. Lambat lagilah nampaknya aku nak dapat anak sedara,” usik Emir setelah selesai majlis.

“ Kau tu yang tak sabar nak berbini. Ha ha…” serentak itu kami ketawa bersama.

Aku lihat wajah Fairuz yang kemerahan. Pasti dia juga di usik Fazlinda. Ah! Indahnya perasaan. Dulu dialah wanita yang paling ingin aku elakkan. Tapi kini dialah wanita yang sangat aku cintai.

  Kau bertuah miliki Fairuz. Dia bukan saja cantik. Malah pertuturannya juga lembut,” puji Emir terhadap Fairuz. Terselit kebanggan di dalam hati kerana aku berjaya miliki Fairuz.


10 bulan kemudian

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

SubhanALLAH aku mencintainya
SubhanALLAH aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku

Bait-bait lagu itu menusuk ke jantungku. Aku menepuk tangan seusai Fairuz menyanyikan lagu Di Atas Satu Cinta nyanyian Indah Dewi Pertiwi itu. Sesungguhnya perjalanan cinta kami berdasarkan DI ATAS SATU CINTA.

Aku memeluk tubuh Fairuz yang kini sedang sarat mengandungkan anak pertama kami. Sejak Fairuz berbadan dua aku sering memanjakan dirinya. Kerana aku mahukan yang terbaik untuknya dan juga bakal anak yang sedang dikandungnya itu.

“ Sayang, kalau anak kita perempuan sayang nak bagi nama apa?” soalku seraya membelai rambutnya. Suka benar Fairuz baring di ribaanku. Aku pula hanya membiarkan saja. Kerana aku juga selesa begitu.

“ Sayang ingat nak bagi nama Auni Sofea. Kalau anak lelaki pula kita namakan Haikal Rayyan. Okey tak bang?”

 Aku tersenyum dengan cadangan nama yang di usulkan Fairuz. Aku mencium ubun-ubun Fairuz. Sungguh kini aku bahagia kini. Di Atas Satu Cinta aku beriringan dengannya. Di Atas Satu Cinta aku berdamping dengannya. Di Atas Satu Cinta jugalah aku bersatu dengannya.

Ya Rab sesungguhnya Di Atas Satu Cinta aku berjanji untuk memimpin tangan isteriku Fairuz untuk ke SyurgaMU. Aaamiin.


p/s = maaf andai ada yang kurang :)






~ TAMAT~