KASIH JANGAN PERGI (PART 6)




HAI ARIANA,” sapa Nickhun lantas mencuit dagu Ariana tanpa mempedulikan jelingan maut Afif. Ariana menepis tangan Nickhun yang selamba badak mencuit dagunya itu. Hilanglah seri aku kalau macam ni. Aduhai!

ARY



“Ish! Kau ni nak cari maut ke? Dah tak pandai bagi salam ke? Mentang-mentanglah kau anak kacukan dah lupa nak bagi salam,” sindir Ariana pedas. Afif mengulum senyum lebar.

Padan muka kau Nickhun. Bajet kau tu anak kacukan tak payah nak bagi salamlah? Huh!  Kan tak pasai kena sembur dengan Ary. Ada hati pula tu nak sentuh dagu Ariana tu. Huh! Hanya aku je yang boleh sentuh Ariana tau! Desis Afif bangga namun hanya di dalam hati saja.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Ha kan bagus macam tu. Kau nak makan burger ke? Nak burger apa?” tanya Ariana seraya tangan ligat menggoreng daging burger untuk pelanggannya.

“Err… bagi burger ayam double cheese. Saya tunggu dekat meja hujung tu ya,”

“Okey,” balas Ariana seraya melemparkan senyuman manis pada jejaka kacukan itu.

“Ary…” meleret saja suara Afif memanggil Ariana.

“Ha, kau pula dah kenapa? Dah buang tabiat?” sinis Ariana. Sengaja dia buat-buat tidak faham. Bukannya dia tidak tahu bahawa Afif tidak suka andainya dia rapat dengan Nickhun. Seakan cemburu saja. Namun benarkah lelaki itu cemburu? Jika ya dia cemburu untuk apa perasaan cemburu itu? Apakah Afif menyimpan perasaan terhadapnya?



AFIF


Afif mengetap bibir. Geram apabila disindir Ariana. Bertambah bengang dirinya tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir Nickhun itu. Apatah lagi tatkala matanya menangkap renungan Nickhun terhadap Ariana. Galak mata itu meneroka setiap inci wajah Ariana.

“Aku tak suka la mamat kacukan tu,” dengus Afif tiba-tiba.

“Kau apahal ni Afif? Tiba-tiba je nak meradang.”

Afif menghalakan pandangan ke arah Nickhun. Ariana turut memandang arah pandangan mata Afif. Tatkala matanya menyapa sepasang mata hazel Nickhun, dia melemparkan senyuman semanis mungkin. Afif yang melihat tingkah Ariana itu sudah mula tidak senang duduk. Gelisah hatinya apabila memikirkan Ariana itu.

Takkan Ary sukakan Nickhun? Dia orang kan baru kenal? Ah! Kau Afif… cakap pasal Ary pandai sangat. Yang kau pun baru kenal Elfira pun dah mula terpaut hati apa kes? Kutuk Afif terhadap dirinya sendiri.

“Afif, kau tolong coverkan aku eh. Aku nak pergi berborak kejap dengan Nick. Lama kot tak jumpa dia,” ujar Ariana seraya pantas berlalu.

“Wei, aku mana pandai sangat nak goreng burger bagai. Nanti hangus macam mana? Ary, Ary,” panggil Afif namun langkah Ariana sudah jauh meninggalkannya. Sungguh sebal hatinya. Ingin saja dia menghempuk kepala Nickhun itu.

 ‘Sibuk aje. Aku baru nak berbaik dengan Ary. Kau pula dah potong jalan. Kurang asam jawa punya anak kacukan. Puih! Boleh jalanlah,’ kutuk Afif di dalam hati.

Sedang Afif melayan perasaan seorang gadis menghampirinya.

“Bang, bagi burger ayam cheese satu,” pesan si gadis.

“Ha? Burger?” gurlp! Macam mana aku nak buat buger ni? Nak goreng pun tak pandai. Nanti hangus adalah, sungut Afif di dalam hati.

“Ha’ah burgerla. Takkan rusa kot,” seloroh gadis itu lantas dia tertawa halus.

Afif turut ketawa. Loyar buruk pula minah ni.

“Apa kata awak pergi panggil Kak Ary tu. Abang tak pandai nak goreng burger. Nanti hangus daging burger awak. Pergilah panggil,” arah Afif kepada gadis tersebut.

Tiga minit kemudian Ariana kembali bersama gadis tersebut.

“Kau ni tak boleh haraplah. Alasan je takut hanguslah, apalah. Cakap je la kau tak suka aku borak dengan Nick. Kan? Kan?” sakat Ariana sambil menyentuh bahu Afif.

“Tahu tak apa. Berbulu je mata aku tengok kau berborak dengan mamat kacuk tu. Sakit mata aku,” ujar Afif selamba.

Ariana menyungging senyum. Senyuman yang hanya dia saja mengetahui maksudnya.

Pandangan tajam diberikan kepada Nickhun. Geram dan benci bergaul menjadi satu di dalam hati. Kini dua rasa itu kian sebati tatkala melihat wajah itu. Entah mengapa dia merasa demikian. Namun dia merasa bagaikan Nickhun itu seolah-olah pesaing terhebatnya untuk mendapatkan Ariana. What? Aku… aku cintakan Ariana ke? Elfira macam mana pula? Adui! Serabutnya.


SEDANG ARIANA dan Afif sibuk melayan pesanan pelanggan tiba-tiba seorang gadis melenggang lenggok mendekati Afif. Berbulu mata Ariana melihat tingkah gedik gadis itu. Afif pula kelihatan kaget tatkala melihat wajah Elfira yang tercongok di hadapannya.

“Awak sibuk ke?” tanya Elfira dengan lenggok suara menggoda.

ELFIRA




“Sibuk sikit sayang. Malam ni ramai pula pelanggan. Awak nak makan?”

Elfira tersenyum sinis kepada Ariana. Bertambah lebar senyumannya tatkala mendengar panggilan ‘sayang’ yang terpacul keluar dari bibir Afif. Ingin saja dia melompat kegembiraan di situ. Sepanjang perkenalannya dengan Afif, tidak pernah walau sekalipun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan mesra. Tetapi malam ini lelaki itu memanggilnya ‘sayang’. Serasa di awangan saja.

“Nak burger daging special satu,” bisik Elfira di telinga Afif..

Afif tersenyum senget. Dia menolak tubuh Elfira agar menjauhi darinya. Serasa rimas pula dirinya dengan tingkah manja gadis itu. Sedangkan dengan Ariana dia merasa sebaliknya pula. Dia suka andainya Ariana bermanja dengan dirinya. Argh! Jiwa kacau!

“Ary, burger daging special satu,” ujar Afif.

“Kau buatlah sendiri. Tak hinginlah aku nak buat untuk ‘kekasih hati’ kau tu. Menyampah. Nak menggedik tak kira tempat,” sindir Ariana lantas dia menanggalkan apronnya. Dengan hati yang membara dia menghayun langkah mendekati Nickhun.

“Kenapa Ariana? Siapa gadis dengan Afif tu?” soal Nickhun.

“Tu kan kekasih dia. Takkan kau dah lupa?” bidas Ariana tanpa sedikitpun memandang wajah Nickhun.


Nickhun merenung tajam wajah Afif yang sedang menggoreng daging burger itu. Namun tatkala matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Elfira dia cepat-cepat melarikan pandangannya.

“Awak sabarlah Ariana. Bukan dia seorang saja lelaki dalam dunia ni. Ramai lagi lelaki yang baik untuk awak. Awak nak jadi Kassim Selamat ke?” soal Nickhun tiba-tiba.

“Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak kaitkan aku dengan Kassim Selamat dah kenapa?” soal Ariana berang. Dah kenapa mamat ni. kena sampuk dengan Nyonya Mansur ke apa? Huh!

Ariana mengjongketkan keningnya. Sedikit hairan dengan pertanyaan Nickhun itu.

“Yalah, kerana cinta dia menjadi buta. Kerana setia pada cinta juga dia diperbodohkan. Ariana… saya tak mahu awak menjadi seperti Kassim Selamat. Terlalu setia pada orang yang tidak menghargai awak. Sedangkan awak layak untuk mendapat insan yang lebih baik buat diri awak. Macam Chombi yang senantiasa menemani Kassim Selamat. Begitu jugalah saya yang akan selalu menemani saat awak bersedih dan berduka.

“Malah saya juga akan selalu di sisi saat awak gembira. Ariana… saya ikhlas sayangkan awak. Dan saya harap awak sudi untuk memberi saya peluang untuk membuktikan kasih sayang saya,” ujar Nickhun panjang lebar.

Ariana kaget seketika. Tergamam dirinya tatkala mendengar luahan jejaka itu. Ikhlaskah lelaki itu? Sedangkan mereka baru saja bertemu.

“Kau cakap apa ni? Aku anggap kau kawan saja Nick…”

“Saya tahu. Sebab itu saya cakap, saya harap awak sudi untuk memberi peluang untuk saya buktikan kasih sayang saya.”

Terasa kelu lidah Ariana untuk membalas luahan hati jejaka itu. Sungguh dia menyenangi sikap Nickhun. Namun itu tidak bermakna wujudnya cinta di dalam hatinya buat jejaka itu. Entahlah hatinya terlalu berdegil. Biarpun dilukai namun cinta di dalam hatinya masih jua utuh buat Afif. Dia menjeling sekilas pada wajah Afif. Entah mengapa dapat dia rasakan ketidakselesaan Afif melayan sikap Elfira. Kelihatannya seperti Afif ingin menjauhkan dirinya dari digesel oleh Elfira. Apakah benar? Atau hanya perasaannya saja?


ELFIRA mendengus apabila mendengar arahan abangnya itu. Dia menjeling sekilas pada wajah abangnya yang terlindung di sebalik majalah yang sedang dibacanya.

Why brother? Did you have a problem with me hah?” soal Elfira angkuh. Dia berdiri di hujung sofa yang diduduki abangnya sambil berpeluk tubuh.

“Duduk!” tegas kedengaran suara si abang.

“Kenapanya? Fira tak ada masa nak berbual lah!” bentak Elfira seraya melabuhkan punggung bersebelahan abangnya.

Where are you going?” soal Nickhun sebaik saja meletakkan majalah yang dibacanya ke atas meja kopi.

Elfira menjulingkan biji matanya. Sebal dirasakan tatkala mendengar soalan itu. Selama ini tidak pernah pula abangnya itu menyoal kemana dia pergi, dengan siapa dia berkawan. Huh! Sibuk saja, bentak hatinya.

“Sejak bila kau jadi prihatin dengan adik kau ni?” sindir Elfira secara halus.

“Abang tanya baik-baik, jawab baik-baiklah,” bidas Nickhun berang mendengar sindiran adiknya itu. Sememangnya Nikchun dan Elfira tidak pernah berbaik. Sedari kecil ada saja yang hendak digaduhkan mereka.

“Keluar. Duduk rumah pun bukannya ada apa. Bosan!” balas Elfira seraya menjeling Nickhun dari hujung matanya.

“Abang nak tanya sejauh mana hubungan adik dengan mamat nama Afif tu?” tanya Nickhun serius.

“Kenapa pula nak tahu?” Elfira mulai cuak tatkala mendengar nada serius abangnya itu.

Just answer my question!”

Elfira tersentak tatkala mendengar nada tegas abangnya. Jarang benar dia melihat wajah bengis abangnya itu.

“Err… Fira cintakan dia. Sangat cintakan dia.” Elfira meluahkan isi hatinya. Nickhun tersenyum senget. Di dalam kepala sudah mula menyusun strategi untuk memiliki cinta Ariana.

Good. Abang nak kamu terus goda Afif sampai dia benar-benar cintakan kamu. Dari apa yang abang tengok, kamu je yang terhegeh-hegeh pada dia. Sedangkan dia hanya biasa saja.”

Elfira menjeling sekilas pada wajah abangnya. Dia melepaskan keluhan berat.

“Afif layan acuh tak acuh dengan Fira semuanya disebabkan Ariana. Perempuan tomboi tu dah tarik perhatian Afif. Dulu Afif selalu je ada masa untuk diluangkan bersama Fira. But now… masanya banyak dihabiskan dengan Ariana tu saja. Benci!” suara Elfira tidak puas hati akan layanan teman lelakinya itu.

“Adik tu yang tak pandai ambil hati dia. Abang nak minta tolong sikit boleh?”

Elfira kaget demi saja mendengar permintaan abangnya.

“Hai sejak bila pula abang aku pandai nak minta tolong bagai? Selama ni tak pernah pun nak minta tolong. Jangankan minta tolong, nak berborak dengan adik sendiri pun macam nak tak hendak je,” sindir Elfira lantas ketawa buat-buat.

Shut up you! Perkara ni penting untuk kita berdua. About you, me, Ariana and Afif.”

Terdiam terus Elfira tatkala mendengar satu persatu nama yang disebutkan oleh abangnya itu. Dia mengalihkan tubuh menghadap abangnya. Nickhun menyuarakan permintaannya. Sesekali Elfira menganggukkan kepala. Sesekali pula kelihatan dahinya berkerut. Setelah selesai perbincangan mereka Elfira mengukirkan senyuman manis.

“Tak sangka bijak juga abang aku ni,” ujar Elfira memuji abangnya itu.

Well, you know. I’m smart while you’re not. Next time make sure you use your brain or else you’ll end up losing him.”

Elfira mencebir bibir mendengar sindiran tajam abangnya.

“Hei, Nickhun Eriq! I’m wondering why are you still standing here in front of me, instead of chasing that girl and make her yours?”

 “I will trying my best to get her. Dia tak macam gadis lain. Dia sangat berbeza dari gadis yang pernah abang kenal selama ni. Dia jinak-jinak merpati. Nampak mudah untuk didekati. Namun sukar untuk mendapatkannya,” ujar Nickhun penuh makna tersirat.

So, whatever. Kita kena pastikan rancangan kita untuk pisahkan mereka tu berjaya. Okay my brother?”

Yeah, sure!”

Elfira ternyum keriangan. Buat kali pertamanya dia merasakan gembira berbual bersama abangnya itu. Segera dia bangkit dari duduknya.

“Pastikan Afif jatuh ke tangan adik. Faham!” tegas kedengaran suara Nickhun.

“Okey abang,” balas Elfira sebelum berlalu meninggalkan abangnya yang sedang menonton TV itu.

Ariana… maafkan saya. Tapi saya terlalu mencintai awak. Dan saya tak boleh melepaskan awak ke tangan orang lain. Lebih-lebih lagi Afif. Saya tak yakin dengan Afif. Saya bimbang awak akan disakiti olehnya, gumam Nickhun di dalam hati.



NICKHUN


p/s = maafkan saya kerana lambat kasi n3. dan maaf uga ika n3 kali ni kurang best huhu :)

RINDU KAMU (VERSI EMIR) PART 2 FINAL.....










ASSALAMUALAIKUM, lama giler tak letak sebarang n3 and cerpen kan? so jemputlah baca semua. love you all's huhu. hope semua dapat menerima segala kekurangan di dalam cerpen ni.


======================================




KELIHATAN Fazlinda termenung jauh. Dia memeluk lutut sambil dagu diletakkan diatas kedua-dua lututnya. Aku tahu dia resah memikirkan hala tuju perhubungan kami. Kerana aku juga keresahan memikirkan hubungan perkahwinan kami. Entah mengapa semenjak pertemuanku dengan Emylin, hatiku menggamit rasa rindu. Rindu untuk menatap senyuman itu. Ya! Aku sedar sesuatu. Aku bukan merindui senyuman di bibir Emylin sebaliknya aku merindui senyuman manis di bibir insan yang selama ini bertakhta di hatiku. Siapa lagi jika bukan Elyysa?

ALLAH HU AKBAR, sehingga kini biarpun sudah 4 tahun berlalu ingatanku terhadap Elyssa tidak pernah padam. Lysa, Emir benar-benar mencintai Lysa. Sungguh payah untuk diri ini melupakan Lysa. I really love you.

“Eh, dah lama abang berdiri di situ?” lamunanku bubar tatkala suara lembut itu menyapaku. Aku memaksa bibir mengukir senyuman. Kedua-dua kakinya dijatuhkan. Dia melepaskan keluhan berat.

“Dah lama juga. Sayang termenungkan apa tadi?” soalku lantas aku melabuh punggung di sisinya. Kerusi ku rapatkan agar jarakku dengannya tidak terlalu jauh. Jemarinya ku ambil lalu ku genggam erat.

“Termenungkan masa depan. Entah esok atau lusa Lin dah tak diperlukan. Lin sedar diri bang.”

“Syhh! Kenapa cakap macam tu? Abang tak suka,” tegurku dengan tegas.

“Lin tahu jauh di sudut hati abang masih ada cinta buat Ellysa bukan? Dan mungkin sampai bila-bila cinta abang takkan pernah ada buat Lin. Lin redha bang,” ujar Fazlinda lirih. Entah mengapa ulu hatiku terasa pedih. Apatah lagi apabila melihat kolam airmata Fazlinda yang ingin pecah itu.

“Maafkan abang sayang. Abang tahu abang tak adil…” pantas Fazlinda mencelah.

“Cukup bang. Lin tak nak dengar ucapan maaf abang. Lin hanya mahukan perhatian dan kasih sayang abang saja.” Aku tergamam. Pandangan matanya sayu. Perlahan-lahan dia menarik tangan yang berada dalam genggaman tanganku. Dia bangkit meninggalkanku keseorangan.

“Maafkan abang sayang. Abang cintakan sayang… namun cinta abang terhadap Lysa masih utuh di hati abang,” ucapku perlahan. Aku meraup wajah. Pantas aku masuk ke dalam rumah. Aku capai kunci kereta.

Saat mataku bertembung dengan sepasang mata Fazlinda cepat saja dia melarikan pandangan. Hatiku merasa perih. Apatah lagi apabila melihat dia melepaskan tangisan di sudut tangga itu. Pasti dia sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi dugaan dan juga kerenahku yang berbagai ini. Biarlah. Aku tahu dia perlukan masa untuk mengubati hatinya yang luka.

Aku memulakan pemanduan. Aku menekan pedal minyak dengan kadar maksima. Wajah Fazlinda serta Elyssa silih berganti di ruangan mata.

“Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan? Sesungguhnya aku sangat mencintai Lysa. Namun… bagaimana pula nasib Fazlinda?” Aku kusut sendiri. Persoalan yang tidak pernah ada jawapan itu menyesakkan minda.

Pantas aku membelok untuk ke Tanah Perkuburan Damai. Ingin melawat ‘kekasih’ yang sehingga kini masih mempunyai ruang di hatiku. Aku melangkah kaki lemah. Saat melihat batu nisan yang terukir nama Ellysa Zahra binti Ezrul membuatkan skru lutut semakin longgar. Serta merta aku jatuh menyembam ke tanah.

Aku menenangkan hati dengan berzikir. Setelah emosiku stabil, aku mensedekahkan bacaan surah Yassin kepadanya. Usai itu aku memegang batu nisan yang mula luntur warnanya.

“Assalamualaikum sayang. E… Emir datang ni. Lysa… kenapa singkat benar tempoh perkenalan kita? Lysa, Emir belum puas untuk hidup di samping Lysa. Kenapa? Kenapa perlu Lysa yang meninggalkan Emir? Lysa… Emir masih tak dapat lupakan Lysa. Emir terlalu cintakan Lysa. Sejujurnya Emir masih belum mampu untuk membina bahagia di samping insan lain.

“Entahlah. Bukan niat Emir untuk menyeksa hidup Fazlinda. Namun hati Emir masih terpahat nama Lysa. Kadang-kadang Emir kasihan melihat Lin. Dia berusaha untuk menjadi isteri yang baik buat Emir. Tapi Emir sengaja mengeraskan hati untuk menolak kehadirannya. Apatah lagi setelah pertemuan semula Emir dengan Emylin. Wajahnya benar-benar membuatkan Emir rindu. Rindu pada Lysa.” Aku hanya membiarkan airmata lelakiku mengalir tanpa diseka. Pada ALLAH aku mohon agar dikuatkan hatiku. Dan aku tidak lupa untuk berdoa agar ALLAH melembutkan hatiku untuk menerima kehadiran Fazlinda.

“Emir pulang dulu. Moga Lysa tenang di alam sana ya. Semoga kita berjodoh di syurga kelak,” ujarku lantas aku bangkit. Aku merenung sayu pusara Ellysa. Berat hatiku untuk melangkah pergi namun aku tidak punya pilihan lain. Kerana aku masih punya tanggungjawab yang lain untuk diurus.

FAZLINDA sudah dibuai mimpi tatkala aku sampai ke rumah. Elfira juga turut lena di dalam dakapan Fazlinda. Sekilas aku kerling jam di dinding. Padanlah pun. Dah pukul 3.30 pagi. Ya ALLAH, betapa kejamnya aku kerana mengabaikan dua insan ini. Maafkan abang Lin. Maafkan papa sayang. Lin… abang benar-benar perlukan ruang ntuk melupakan kisah silam abang.

Aku mencapai tuala yang berada di ampaian Entah mengapa terbit satu perasaan aneh tatkala melihat wajahnya itu. Aku menelan liur.

‘Ish! Apahal aku rasa berdebar je tengok wajah Lin ni? Macamlah aku tak biasa tengok Lin tidur. Tapi kenapa hati aku rasa berdebar ya? Semacam ada rasa cinta,’ desisku di dalam hati. Tidak mahu melayan rasa yang bertandang, segera aku atur langkah menuju ke bilik air.

Aku membuka pancuran air. Sedang aku membersihkan diri, minda melayang mengingatkan perbualanku bersama Adam sebentar tadi. Ya! Aku pulang lewat kerana ingin mengadu masalahku. Namun tidak aku menyangka akan menerima berdas-das nasihat serta bebelan darinya. Sungguh kata-katanya membuatkan hatiku kini berbolak balik.

Imbas kembali…

“Aku sayangkan Lin. Tapi aku…”

“Tapi apa? Kau masih tak boleh nak lupakan Lysa? Macam tu? Heh!” Aku menelan liur. Intonasi suara Adam jelas sinis. Seketika kemudian Adam menyambung kembali katanya. Wajahnya tampak tegang hingga menimbulkan urat lehernya.

“Kau nak cakap yang kau masih tak mampu nak lepaskan dia dari ingatan kau? Come on bro dah 4 tahun Lysa pergi. Jangan jadi bodoh boleh tak? Lysa adalah masa lampau kau. Yang kau kena jaga hati dan perasaannya sekarang ni adalah Lin. Kau ingat tak? Dulu kau yang beriya nak kahwin dengan Lin. Sekarang ni apa dah jadi? Kalau aku tahu nak jadi macam ni tak adalah aku pujuk si Lin tu agar terima lamaran kau,” hambur Adam dengan nada tinggi namun masih terkawal. Aku tahu apa yang dikatakannya itu ada benarnya. Namun entahlah. Hati aku terlalu degil untuk melepaskan insan istimewa seperti Ellysa Zahra.

“Kau tak faham perasaan aku derr. Kau bolehlah cakap sebab insan yang kau cinta masih ada di sisi kau,” ujarku lirih.

“Ish! Kau ni… degil. Memang! Memang Fairuz masih ada di sisi aku. Tapi aku yakin bahawa aku takkan jadi lemah macam kau.  Kau pernah tak duduk dan berfikir bagaimana perasaan Lin bila suami yang dinikahinya mencintai insan lain? Pernah kau fikir? Heh! Jasad kau di rumah. Tapi ingatan kau, cinta kau, dan sayang kau milik orang lain. Lin hanya miliki tubuh kau tapi tidak cinta. Kau rasa adil ke buat Lin?”

Aku meraup wajah. Marah benar Adam padaku. Salah aku juga. Terlalu hanyut dengan perasaan.

“Lysa dah tinggalkan kau. Kau yang masih hidup harus teruskan kehidupan. Bro, kalau Lysa tahu kau seksa diri macam ni, aku pasti dia takkan tenang di alam sana. Dan dia pasti akan bersedih.” Adam berjeda seketika. Sejenak kemudian dia kembali menyambung kata.

“Bro fikirlah dengan sebaiknya. Sampai bila kau nak hanyut dengan perasaan cinta ni? Pada orang yang dah takde pula tu. Semua ni tak adil buat Lin. Kau kena buka pintu hati kau. Lin sebaik-baik isteri tau. Aku rasa kalau perempuan lain mahu angkat kaki balik rumah mak ayah dia dah. Tapi Lin… masih setia di sisi kau. Walaupun kau buat tak nampak kehadiran dia,” ujar Adam. Nada suaranya sudah mulai kendur.

Entah mengapa kata-katanya yang terakhir itu terngiang-ngiang di kepala. Bagaikan pita perakam saja.

“Bro thanks for your advanced. Aku rasa kalau kau tak brainwash mahu aku terus hanyut dengan dunia aku,” ujarku mengakui kesilapan diri.

Lysa maafkan Emir. Emir tak bermaksud untuk lupakan Lysa. Jauh di sudut hati, cinta Emir masih utuh buatmu sayang. Hatiku merintih pedih.

“Sama-sama. Itulah gunanya sahabat. Bro, aku tahu kau sebenarnya sayangkan Lin. Cuma kau keliru dengan perasaan kau saja. Dan aku minta agar kau lepaskan Ellysa pergi dari hidup kau. Selagi kau hidup di dalam kenangan selagi itulah kau takkan menemui bahagia. Ingatlah Emir, tak selamanya Lin akan terus setia di sisi kau. Kalau kau masih hidup dalam kenangan, lambat-laun dia akan pergi tinggalkan kau. Jadi lebih baik kau hargailah dia sebelum terlambat. Dia adalah amanah ALLAH untuk kau jaga. Dan aku tak mahu kau menyesal kemudian hari Mir,” pesanan Adam terpasak kukuh di mindaku.

Aku tersentak dari lamunan tatkala mendengar bunyi dentingan jam yang bertalu-talu. Aku tahu pasti Fazlinda sudah bangun dari pembaringan untuk mengerjakan solat sunat Tahajud. Dari awal perkahwinan hinggalah kini tidak pernah sekali pun dia culas untuk mengerjakan solat sunat Tahajud itu. Aku mencapai pakaian yang tergantung di dalam almari. Sesekali kata-kata Adam menerjah gelombang telingaku. Usai berpakaian lengkap aku melabuhkan punggung di atas katil.

Aku hanya memerhatikan Fazlinda hingga dia selesai solat. Dia kelihatan kaget tatkala melihat wajahku. Aku tersenyum manis buatnya.

“Bila abang balik?” soalnya sambil baring di sisiku. Di antara aku dan juga Elfira.

“Pukul 3.30 tadi. Abang nak minta maaf sebab balik lambat. Sayang… maafkan abang kalau selama ni abang selalu sakitkan hati sayang. Abang memang bukan lelaki yang baik. Abang tak layak untuk berada di sisi sayang.”

“Apa abang cakap ni?”

“Sayang tidurlah,” ujarku tanpa menjawab pertanyaannya.

Aku cuba melelapkan mata. Syiling ku tatap bagaikan ada sesuatu yang begitu menarik perhatianku. Mataku semakin layu tatkala terlihat kipas yang memusing laju. dan akhirnya aku terlena.

Terdiamku tiada terkata. Sungguh hatiku benar-benar digamit rindu terhadapnya. Aku tergamam tatkala airmata membasahi pipi gebunya. Airmata lelakiku turut mengalir. Batinku terdera. Emosiku berkecamuk.

Baru saja aku ingin mendakap tubuh itu, dia semakin menjauh dan menjauh. Seolah-olah tidak rela untuk menerima pelukanku. Aku terus cuba untuk mendekatinya sebelum dia berkata…

“Emir sayang... maafkan Lysa. Lysa tak dapat tepati janji untuk terus hidup di samping Emir.” Aku jatuh terduduk apabila mendengar suaranya yang sayu. Hatiku meruntun pilu.

“Kenapa Lysa tinggalkan Emir? Lysa tak sayang pada Emir ke?” tanyaku persis anak kecil.

“Lysa sayangkan Emir. Sampai bila-bila sayang Lysa tetap utuh buat Emir. Emir... tolonglah redha dengan pemergian Lysa. Lysa ingin pergi dalam keadaan yang tenang. Emir... pasti bahagia walau tanpa Lysa disisi. Lepaskan Lysa pergi ya sayang. Lysa yakin bahawa Emir akan bahagia di samping isteri Emir.”

Teresak-esak aku menahan tangisan. Ya ALLAH beginikah kesudahan cinta kami?

Sebaik saja aku berjanji untuk merelakan pemergiannya, bayangannya kian menjauh, menjauh  dan terus menghilang.

“Lysa, pergilah sayang. Emir akan mendoakan agar Lysa tenang. Lysa, Lysa.”
Aku terjaga dari lena. Spontan tangan meraba wajah. Airmata masih bersisa.

“Abang mimpikan Lysa lagi ke?” soal Fazlinda dalam keadaan mamai. Pasti tidurnya terganggu gara-gara aku.

“Ya sayang. Abang mimpi Lysa ingin abang relakan pemergian dia. Sayang janji dengan abang bahawa sayang akan selalu ada dengan abang. Abang cuba untuk melepaskan pemergian Lysa asalkan sayang sentiasa di sisi abang.”

“In shaa ALLAH. Sayang akan sentiasa di sisi abang,” ujar Fazlinda seraya mengucup lembut pipiku.


KINI aku mampu menarik nafas lega. Alhamdulillah setelah aku bermimipi mengenai Ellysa kini aku sudah mula belajar untuk menerima Fazlinda serta Elfira di dalam hidupku. Dan aku juga mengucap syukur kerana memiliki sahabat seperti Adam. Kerana nasihatnyalah yang membuka mataku.

Jujur aku masih mencintai Ellysa. Namun itu tidak bermakna bahawa aku tidak mencintai Fazlinda kerana cintaku pada Fazlinda sama hebat sebagaimana cintaku pada Ellysa.

“Abang okey?” soal Fazlinda seraya mendekatiku dengan tubuh yang kini sedang berbadan dua. Ya! Elfira bakal mendapat adik. Alhamdulillah. Fazlinda berkata andainya anak di dalam kandungannya itu perempuan dia ingin sekali menamakan anak itu dengan nama Ellysa Zahra. Sempena nama Ellysa katanya.

“Abang okey. Sayang okey? Baby papa hari ni nakal tak?”

“Baby tak nakal pun papa,” ujar Fazlinda dengan suara yang sengaja dikecilkan. Aku ketawa halus. Elfira tersengih cuma.

Pada-MU ya ALLAH aku pohon agar cintaku ini terpelihara buat isteriku selamanya. Dan aku mohon agar jodoh kami berkekalan hingga ke syurga-MU. In shaa ALLAH. Pada anda semua hargailah seorang isteri. Kerana kehadirannya bakal membahagiakan hidup anda. Jangan jadi seperti aku. Yang dulunya mengabaikan isteri demi cinta pada insan yang telah tiada. Namun aku bersyukur kerana Fazlinda tetap setia di sisiku. Alhamdulillah…


~TAMAT~



KASIH JANGAN PERGI PART 5

COVER BY-AKIRA EIRA





ARIANA bergegas mengemaskan segala perkakas yang digunakan sebentar tadi. Jam di tangan dikerling sekilas. Alhamdulillah. Dah nak balik pun. Dia mencapai besi khas untuk menutup grill. Mujurlah dah tiada kereta di bengkel untuk diperbaiki. Afif turut membantu Ariana untuk menutup bengkel. Hari ini sungguh memenatkan dirinya.

Sudahlah otak tengah berserabut memikirkan hala tuju perhubungannya dan Elfira. Kini ditambah pula dengan kehadiran Nickhun. Hampir gila dibuatnya tatkala memikirkan jejaka kacukan Melayu-Thailand itu. Tambahan pula dia lihat Ariana seakan-akan gembira melayan kerenah mamat itu. Huh!

Aku tak mahu kehilangan Ary. Tapi… macam mana aku nak berterus-terang pada Elfira? A… aku takut andainya Fira tak dapat terima kenyataan. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan? Sungguh aku buntu.

“Aduh!” terangkat kaki Afif apabila kakinya tersadung pada batang paip. Berkerut wajahnya menahan sakit. Ariana sudah mula cuak.

“Weh, kau okey?”

Afif tersenyum tepi. Aku tengah sakit ni Ary. Boleh pula tanya aku okey ke tak. Adui! Sakitnya woo! Ariana menggigit bibir bawah. Segera dia mengambil first aid yang terletak di pejabat bosnya.

“Kau dah kenapa Afif? Okey ke tak? Nak aku bawa ke klinik kaa?” tanya Hazim prihatin. Afif menggeleng kepala laju.

Ariana mengambil kerusi. Lantas diarahkan agar jejaka itu melabuhkan punggungnya. Setelah itu dia meletakkan first aid di atas lantai. Hatinya merasa cemas tatkala melihat darah yang mengalir di buku lali jejaka itu.

“Kau ni lain kali hati-hati la. Buat kerja tak ikhlas, macam ni la. Huh! Kan dah lambat nak balik ni. Ish! Kau ni suka tau susahkan aku. Kau bukan tak tahu aku tak boleh tengok kau sakit macam ni. Ei! Geramnya aku dengan kau ni,” omel Ariana geram. Tanpa sengaja dia menekan kuat pada luka di kaki Afif membuatkan jejaka itu menjerit kecil.

“Kalau tak ikhlas nak tolong aku tak payahlah rawat luka aku tu. Kau memang tak sayang aku Ary,” ujar Afif perlahan. Nadanya seakan berjauh hati. Terasa siot. Aku tolong sikit punya ikhlas bukannya nak ucapkan terima kasih. Tapi dibebelkan aku lagi adalah. Huh! Sungguh tak patut.

Ariana sudah mula buat muka lempeng basi. Sentaplah pula mamat ni. Adeh!

“Aku bukannya tak ikhlas. Tapi kau tahukan yang aku tak boleh tengok kau luka-luka macam ni. Aku risau,” ujar Ariana dengan nada yang lembut. Afif melorek senyuman. Hati yang tadinya sedih kini kembali ceria sebaik saja mendengar ungkapan gadis itu.


AFIF


Hazim yang melihat situasi itu mencebik bibir. Macam-macamlah diorang ni. Yang sorang ni nak tarik perhatian tapi tak pandai. Yang sorang lagi ni duk pendam ja perasaan. Sampai bila nak main tarik tali lagu ni? Lama-lama aku yang stress. Haih! Macam-macam hal.

“Hangpa tak mau balik lagi kaa? Dah pukul 5 ni. Aku ni duk ketaq lutut tahan lapaq ni. Kalau hangpa rasa nak balik lambat lagi hangpa peganglah kunci bengkel. Tapi esok make sure datang awai naa,” bebel Hazim sebelum melangkah pergi meninggalkan dua sahabat itu. Biarlah. Dia malas sebenarnya jadi pak guard di situ. Dia tahu ada perkara yang terbuku di hati mereka. Harap mereka ambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan yang terpendam selama ini.



SEPERTI yang dijanjikan Nickhun menjemput Ariana di rumah. Mereka ingin ke Temerloh demi saja mencari DVD Ibu Mertuaku. Nickhun terpana melihat Ariana yang memakai baju kemeja serta seluar paras lutut itu. Topi dan Ariana berpisah tiada. Haih! Nickhun Eriq kau dah kenapa? Gadis yang tomboi macam ni pun kau boleh suka? Argh! Peduli apa aku? Lagipun Ariana cantik. Walaupun agak kasar.


ARIANA




Ariana melemparkan senyum tatkala sudah menghampiri Nickhun. Jejaka itu tampak kacak dengan hanya memakai T-shirt lengan panjang berkolar V dan berseluar jeans. Tampak sempurna dimatanya. Apatah lagi wajah jejaka itu yang bersih tanpa sebarang cacat cela. Misai, serta janggut juga langsung tidak kelihatan diwajahnya.

“Boleh kita pergi sekarang? Nanti lambat pergi, lambat pula balik.”

Nickhun tersenyum seraya menggangguk kepala. Sempat dia bersalam serta meminta izin dari ayah Ariana untuk membawa gadis itu keluar.

“Kamu jangan buat macam-macam pada anak pak cik. Dia satu-satunya anak pak cik. Jaga dia elok-elok ya. Hati-hati bawa kereta tu,” pesan Encik Abdullah.

Nickhun menghidupkan enjin kereta. Setelah memasukkan gear dia memulakan pemanduan. Dia menjeling sekilas pada Ariana di sisi.

“Sayang benar ayah awak pada awak. Siap pesan pada saya jangan buat macam-macam pada awak.” Nickhun cuba bersuara untuk menarik perhatian Ariana yang diam membisu itu.

“Siapa lagi yang ingin ayah sayangkan melainkan aku? Lagipun aku ni anak tunggal. Kau anak ke berapa?” soal Ariana sambil mengiringkan badan menghadap Nickhun.

“Saya anak sulung dari dua beradik,” ujar Nickhun sedikit gugup.

Nickhun tersenyum apabila melihat bibir Ariana yang membulat membentuk ‘o’ itu. Comelnya dia. Geram betul aku tengok. Kalaulah dia jadi kekasih hati aku. Bahagianya rasa. Tapi… akahkan semua itu jadi kenyataan? Afif… bagaimana pula dengan mamat tu? Takkanlah dia cuma anggap Ariana yang cantik ni kawan? Tengok cara layanan dia pada Ariana macam lebih dari kawan je. Desisnya di dalam hati.

“Mesti kau bahagia kan? Ada adik, tak macam aku sunyi je. Mak kau mesti cantik kan? Yalah muka kau handsome, mesti mak kau cantik macam bidadari,”   puji Ariana ikhlas.

Terselit rasa bangga saat dirinya dipuji oleh gadis yang dipujanya itu. Ya ALLAH dia puji aku? Haih! Sukanya aku dengar.

“Sangat bahagia. Ibu adalah wanita pertama yang cantik di dalam hati saya. Err… kalau boleh saya tanya dimana ibu awak? Awak memang duduk berdua saja ke dengan ayah awak?”

Ariana menarik nafas dalam. Perasaan sebak  menguasai diri.

“Aku tak pernah cerita pada kau eh?”

Pantas Nickhun menggelengkan kepalanya.

“Ibu aku dah meninggal sejak aku kecil lagi. Aku tak pernah tahu macam mana rupa ibu aku sehinggalah satu hari tu ayah tunjukkan aku gambar ibu. Ibu cantik sangat. Aku… aku rindukan ibu walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang ibu tapi aku tetap rindukan insan yang melahirkan aku ke dunia ni,” ujar Ariana cuba menahan sebak. Nickhun diburu rasa bersalah. Sungguh dia tidak menyangka pertanyaan itu membuatkan airmata Ariana merembes keluar.

I’m sorry dear. Saya tak tahu. Selama ni awak cuma bercerita mengenai kehidupan awak di samping Afif dan ayah awak. Dan saya langsung tak tahu bahawa awak…” Ariana memintas sebelum sempat Nickhun menghabiskan kata-katanya.

“Tak mengapalah. Kau bukannya sengaja pun. Dahlah yang nak sentimental ni apahal? Wei, aku nak pasang radio ni. Bosan la. Kau pun satu kedekut nak pasang radio tu kenapa?” Mulut Ariana menceceh seraya selamba menyindir Nickhun. Jejaka itu meledakkan tawa.

“Awak ni memang selamba dengan sesiapa je eh?”

Ariana mencebir bibir. Malas melayan Nickhun berbicara. Pantas tangannya menghidupkan suis radio. Suasana sepi menguasai mereka tatkala lagu Cinta Terbaik nyanyian Syed Syamim kedengaran di corong radio.

Nickhun menjeling Ariana dari hujung mata. Macam mana aku nak luahkan perasaan aku ni ha? Aku tahu dia suka Afif. Tapi… Afif kan sudah ada Elfira. Sampai bila dia nak tunggu Afif?

Setelah menempuh satu jam perjalanan akhirnya mereka sampai juga ke Temerloh. Ariana tersenyum melihat wajah teruja Nickhun. Haih! Macam-macam hal. Dia memberi arahan pada Nikchun. Bimbang juga memandangkan jejaka itu tidak biasa dengan Bandar Temerloh.

“Okey jomlah turun. Hari ni kau ikut je kemana kaki aku melangkah. Jangan membantah. Dan jangan putus asa,” ujar Ariana setelah keluar dari perut kereta.

“Baiklah sayang.” Ariana menjuih bibir sebaik saja telinga menangkap panggilan ‘sayang’ itu.

Dari satu ke satu kedai mereka masuk namun apa yang dicari langsung tidak ditemui. Nickhun sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati. Mukanya seakan-akan berputus asa saja. Dia melepaskan keluhan berat sambil bersandar pada badan kereta.

“Weh, aku cakap apa tadi? Jangan putus asa kan? Yang kau mengeluh ni kenapa? Dah, bawa kereta sekarang. Kita pergi ke Bandar lama Temerloh. Ada satu kedai apek ni dia ada jual DVD lama-lama ni. Mesti ada punyalah. Yakinlah pada aku,” ujar Ariana sekaligus memberi semangat. Spontan senyuman terukir jua di bibir Nickhun.

Thank you Ariana. Kalau awak tak ada saya rasa memang saya dah give up dah. Saya betul-betul nak sangat tengok cerita melayu yang awak sebutkan tu.”

Ariana ketawa galak. Serius kelakar giler dia tengok muka Nickhun ni. Teruja habis. Sesampai saja di kedai yang dimaksudkan Ariana sebentar tadi mereka meneroka sekeliling kedai. Ariana tersenyum lebar tatkala mata terpandang pada DVD yang dicari-carinya.

“Wei, Nick. Sini kejap,” gamit Ariana lantas Nickhun menghampirinya. Seketika kemudian terbit juga senyuman di bibir lelaki itu.

“Wah, dapat pun DVD ni. Ariana, awak tolong carikan DVD melayu lain. Pelakon yang sama okey? Yang pastinya saya nak yang kelakar,” pinta Nickhun lantas dia mengekori langkah Ariana. Setelah mencapai beberapa DVD arwahyarham Tan Sri P.Ramlee mereka berjalan menuju ke kaunter pembayaran.

“Taukey, ini DVD kalau rosak boleh tukar meh?” soal Ariana selamba.

“Boleh. Wa kasi you dengar dulu la amoi,” ujar taukey kedai itu. Segera tangannya mengoyakkan plastik DVD itu. Lantas dia memasangkan untuk membuktikan bahawa DVD itu dalam keadaan baik-baik saja.

Setelah berpuas hati Nikchun membayar harga DVD tersebut. Sebelum melangkah keluar dari kedai tersebut sempat Nickhun mencapai DVD Korea yang diminatinya. Sengaja dia membeli DVD tersebut. Sebagai hadiah kepada Ariana tanda gadis itu sudi menemaninya.

This is for you. Thanks for today. Lepas ni boleh la saya tengok  DVD ni puas-puas,” ujar Nickhun lantas dia membukakan pintu kereta di sebelah penumpang. Ariana tersenyum senget.

Romantik pula mamat ni. Kalau Afif erm… jangan haraplah nak romantik bagai. Tapi… sekali mood gatal dia datang dengan aku sekali naik seram. Heee…

“Nak pergi mana lepas ni princess? Nak makan tak? Nick rasa laparlah pula,” ujar Nickhun sekaligus mematikan lamunan Ariana sebentar tadi.

“Ha? Errr… apa-apa pun boleh. Nanti balik terus tidur je. Tapi sebelum tu boleh tak kita pergi Masjid dulu?” pinta Ariana. Nickhun tergamam tiada terkata. Lidahnya terasa kelu.

“Err, okey. Masjid di mana?”

“Dekat belakang bangunan ni je,” ujar Ariana seraya menunjukkan lokasi dimana masjid terletak.

Usai memarkingkan kereta Ariana keluar dari perut kereta. Lambat-lambat Nickhun membuka pintu kereta. Sejujurnya dia sudah lama tidak sujud pada Yang Maha Kuasa. Terasa dirinya kerdil tatkala berdiri di sisi Ariana.

“Jomlah. Dah nak habis waktu maghrib ni.”

Ariana… biarpun dia tomboi dan lasak namun satu perkara yang aku kagum akannya. Dia menjaga solat. Ya! Aku rasa macam tak layak untuk menjadi sahabatnya. Ya TUHAN, begitu banyak dosaku pada-MU. Aku terlalu leka akan duniawi hingga perihal akhirat tidak lagi menjadi keutamaanku. Ampunkan dosaku ya ALLAH.

Ariana menyandar di pintu kereta. Manalah pula mamat ni? Tidur dalam masjid ke apa? Aku dah lama siap solat dia pula kemana? Haih! Dah la perut aku lapar gila ni. Omel Ariana di dalam hati. Sedang asyik dia menanti Nickhun tiba-tiba telefonnya berdering nyaring. Pantas dia meneyeluk kocek seluar. Telefon dicapai lantas dia mengangkat panggilan daripada Afif itu.

“Assalamualaikum, kau dekat mana ni?”

Ariana menjauhkan telefon dari telinga seketika. Semacam je suara Afif ni. Risaukan aku ke apa? Macam nak marah pun ada juga. Atau… ish! Tak mungkinlah Afif cemburu dengan aku. Siapalah aku di sisinya sampai perlu dia cemburu bagai. Heh!

“Waalaikumussalam. Dekat mana pun aku apa kau kisah?” sengaja dia menjawab begitu. Entah mengapa hatinya merasa sakit tatkala teringat kemesraan Afif bersama Elfira petang tadi.

Elfira yang kebetulan ingin berjumpa Afif petang itu telah merosakkan moodnya untuk merawat luka lelaki itu. Lantas tanpa menyudahkan kerjanya dia berlalu meninggalkan pasangan dua sejoli itu. Hatinya merasa sakit saat melihat kemesraan itu. Cemburukah dia?

“Ary, kau kenapa ni? Kau marahkan aku ke? Kau marah sebab tadi aku balik dengan Fira ke?” tanya Afif bernada lembut.

“Marah? Perlu ke aku marah? Beb, kau rasa aku ni siapa pada kau? Aku dah cakap banyak kali kan? Walaupun kau dah ada kekasih tapi jangan sesekali kau abaikan persahabatan kita. Tapi kau… tetap juga melakukan perkara tu. Dahla Afif, esok sajalah kita berbual. Assalamualaikum.”

“Siapa tu?” soal Nickhun. Dari jauh lagi dia melihat wajah Ariana yang berona merah seperti sedang menahan kemarahan saja.

“Tak ada siapalah. Jom cepat. Aku dah lapar sangat ni.”

Nickhun tersenyum seraya mengangguk kepala.  Ariana hanya mengikut rentak Nickhun. Kemana saja lelaki itu membawanya diikutkan saja. Tiada mood lagi untuknya bergurau senda seperti tadi. Huh! Semua ini gara-gara Afif la. Dia yang merosakkan mood aku.

TOLONGLAH BRO! Gua rasa betul-betul tak sihat ni. Medan pun sakit perut. Dia memang tak boleh nak take over malam ni. Tolonglah Afif. Kalau gua tutup gerai malam ni esok tak ada modallah gua nak meniaga. Tolonglah bro. Kali ni je gua minta tolong,” rayu Amit bersungguh-sungguh.

Afif mengeluh berat. Liur ditelan bagaikan berpasir saja. Otaknya ligat berfikir. Setelah lama berdiam barulah dia bersuara.

“Tapi gua nak buka gerai dengan siapa bro? Gua ni mana ada bakat sangat nak meniaga bagai ni.”
“Bro, nak meniaga ni bukan kira pada bakatlah. Ala, lu ajaklah minah tomboi tu. Lagipun sebelum Ary kerja bengkel dia selalu juga bantu gua kat gerai ni. Lu ajak je dia. Mesti dia nak punyalah.” Amit merayu lagi. Kali ni dengan memek wajah sedih lagi.

Afif berdecit. Serba salah jadinya. Nak tolong salah. Tak tolong pun salah. Aduh! Dah la Ary mogok suara dengan aku. Erm… tak apalah. Mungkin ni satu-satunya peluang aku pujuk dia.

“Okeylah gua tolong.” Amit tersenyum mendengar persetujuan sahabatnya itu.

“Terima kasih bro. Jangan lupa gerai buka lepas maghrib nanti. Lu pergilah cakap pada Ary dulu. Gua balik dululah. Terima kasih banyak-banyak bro,” ucap Amit lantas dia berlalu meninggalkan perkarangan rumah Afif.

Tanpa ,membuang masa Afif menghidupkan enjin motorsikalnya. Setelah itu dia memecut menuju ke rumah Ariana. Di dalam hati dia berharap agar gadis itu sudi membantunya. Setelah sampai ke rumah Ariana dia mematikan enjin motorsikalnya.

“Sunyi je. Tak ada orang ke? Assala…” belum sempat dia memberi salam dia tersenyum tatkala mata terpandang kelibat ayah Ariana.

“Assalamualaikum. Ha Afif. Ary ada dekat bilik dia. Kenapa kamu datang ni?”

“Err, waalaikumussalam. Pak cik boleh tolong panggilkan Ary?” Langkah Encik Abdullah terhenti tatkala terpandangkan kelibat anak kesayangannya itu.

“Kau nak apa datang rumah aku?” soal Ariana sedikit kasar. Tergeleng kepala si ayah mendengar pertuturan anak gadisnya itu. Kasar benar.

“Err… aku nak minta tolong ni,” ujar Afif dengan lembut. Ariana menjeling sekilas. Lantas dia menuruni anak tangga. Dia mengajak Afif untuk duduk di bawah pepohon rambutan. Encik Abdullah melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak mahu menggangu perbualan dua anak muda itu.

“Kau nak minta tolong apa?” tanya Ariana masih bernada kasar. Afif melepaskan keluhan berat.

“Boleh tak kau temankan aku hari ni?”

Berkerut dahi Ariana mendengar kata-kata jejaka itu. Teman kemana pula?

“Kau nak kemana siap suruh berteman bagai ni?”

“Err… teman aku meniaga burger. Hari ni si Amit dengan Hamdan sakit ‘berjemaah’ pula. Tak pasai je aku yang kena jaga gerai diorang. Dah la aku tak pandai nak meniaga ni. Boleh eh kau temankan aku?” pinta Afif penuh mengharap.

“Erm… boleh juga. Dah lama aku tak goreng burger ni. Rasa gian pula nak menggoreng ni. Haha…”

Afif tersenyum mendengar kata-kata Ariana. Senanglah pula kali ni aku pujuk dia haih! Kalau tahu dari awal lagi aku dah ajak dia meniaga burger. Haha…

“Kalau macam tu lepas maghrib nanti aku datang rumah kau. Kita naik motor aku je. Aku balik dulu. Jangan lupa solat dulu ya sayang. Assalamualaikum.”

Ariana kaget. Tidak berkelip matanya tatkala panggilan ‘sayang’ itu terpacul dari ulas bibir Afif. Kenapa dengan aku ni? Kalau Nickhun panggil aku sayang tak adalah pula aku rasa macam ni. Heh!


“Hati aku rasa macam di awanganlah. Bahagianya… Afif kalaulah kau boleh rasa getar cinta aku ni adakah kau akan membalasnya? Adui! Aku ni tak padan dengan tomboi. Tapi bila jatuh cinta je terus jadi minah jiwang. Haha,” kutuk Ariana pada diri sendiri. Dia bingkas bangkit. Tidak sabar rasanya untuk bertemu Afif malam ini.




p/s= maaf lambat kasi n3 ngeeee bz menyiapkan cerpen for contest. so meh baa meh. fresh idea ni ngeeee :)