KASIH JANGAN PERGI (PART 6)




HAI ARIANA,” sapa Nickhun lantas mencuit dagu Ariana tanpa mempedulikan jelingan maut Afif. Ariana menepis tangan Nickhun yang selamba badak mencuit dagunya itu. Hilanglah seri aku kalau macam ni. Aduhai!

ARY



“Ish! Kau ni nak cari maut ke? Dah tak pandai bagi salam ke? Mentang-mentanglah kau anak kacukan dah lupa nak bagi salam,” sindir Ariana pedas. Afif mengulum senyum lebar.

Padan muka kau Nickhun. Bajet kau tu anak kacukan tak payah nak bagi salamlah? Huh!  Kan tak pasai kena sembur dengan Ary. Ada hati pula tu nak sentuh dagu Ariana tu. Huh! Hanya aku je yang boleh sentuh Ariana tau! Desis Afif bangga namun hanya di dalam hati saja.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Ha kan bagus macam tu. Kau nak makan burger ke? Nak burger apa?” tanya Ariana seraya tangan ligat menggoreng daging burger untuk pelanggannya.

“Err… bagi burger ayam double cheese. Saya tunggu dekat meja hujung tu ya,”

“Okey,” balas Ariana seraya melemparkan senyuman manis pada jejaka kacukan itu.

“Ary…” meleret saja suara Afif memanggil Ariana.

“Ha, kau pula dah kenapa? Dah buang tabiat?” sinis Ariana. Sengaja dia buat-buat tidak faham. Bukannya dia tidak tahu bahawa Afif tidak suka andainya dia rapat dengan Nickhun. Seakan cemburu saja. Namun benarkah lelaki itu cemburu? Jika ya dia cemburu untuk apa perasaan cemburu itu? Apakah Afif menyimpan perasaan terhadapnya?



AFIF


Afif mengetap bibir. Geram apabila disindir Ariana. Bertambah bengang dirinya tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir Nickhun itu. Apatah lagi tatkala matanya menangkap renungan Nickhun terhadap Ariana. Galak mata itu meneroka setiap inci wajah Ariana.

“Aku tak suka la mamat kacukan tu,” dengus Afif tiba-tiba.

“Kau apahal ni Afif? Tiba-tiba je nak meradang.”

Afif menghalakan pandangan ke arah Nickhun. Ariana turut memandang arah pandangan mata Afif. Tatkala matanya menyapa sepasang mata hazel Nickhun, dia melemparkan senyuman semanis mungkin. Afif yang melihat tingkah Ariana itu sudah mula tidak senang duduk. Gelisah hatinya apabila memikirkan Ariana itu.

Takkan Ary sukakan Nickhun? Dia orang kan baru kenal? Ah! Kau Afif… cakap pasal Ary pandai sangat. Yang kau pun baru kenal Elfira pun dah mula terpaut hati apa kes? Kutuk Afif terhadap dirinya sendiri.

“Afif, kau tolong coverkan aku eh. Aku nak pergi berborak kejap dengan Nick. Lama kot tak jumpa dia,” ujar Ariana seraya pantas berlalu.

“Wei, aku mana pandai sangat nak goreng burger bagai. Nanti hangus macam mana? Ary, Ary,” panggil Afif namun langkah Ariana sudah jauh meninggalkannya. Sungguh sebal hatinya. Ingin saja dia menghempuk kepala Nickhun itu.

 ‘Sibuk aje. Aku baru nak berbaik dengan Ary. Kau pula dah potong jalan. Kurang asam jawa punya anak kacukan. Puih! Boleh jalanlah,’ kutuk Afif di dalam hati.

Sedang Afif melayan perasaan seorang gadis menghampirinya.

“Bang, bagi burger ayam cheese satu,” pesan si gadis.

“Ha? Burger?” gurlp! Macam mana aku nak buat buger ni? Nak goreng pun tak pandai. Nanti hangus adalah, sungut Afif di dalam hati.

“Ha’ah burgerla. Takkan rusa kot,” seloroh gadis itu lantas dia tertawa halus.

Afif turut ketawa. Loyar buruk pula minah ni.

“Apa kata awak pergi panggil Kak Ary tu. Abang tak pandai nak goreng burger. Nanti hangus daging burger awak. Pergilah panggil,” arah Afif kepada gadis tersebut.

Tiga minit kemudian Ariana kembali bersama gadis tersebut.

“Kau ni tak boleh haraplah. Alasan je takut hanguslah, apalah. Cakap je la kau tak suka aku borak dengan Nick. Kan? Kan?” sakat Ariana sambil menyentuh bahu Afif.

“Tahu tak apa. Berbulu je mata aku tengok kau berborak dengan mamat kacuk tu. Sakit mata aku,” ujar Afif selamba.

Ariana menyungging senyum. Senyuman yang hanya dia saja mengetahui maksudnya.

Pandangan tajam diberikan kepada Nickhun. Geram dan benci bergaul menjadi satu di dalam hati. Kini dua rasa itu kian sebati tatkala melihat wajah itu. Entah mengapa dia merasa demikian. Namun dia merasa bagaikan Nickhun itu seolah-olah pesaing terhebatnya untuk mendapatkan Ariana. What? Aku… aku cintakan Ariana ke? Elfira macam mana pula? Adui! Serabutnya.


SEDANG ARIANA dan Afif sibuk melayan pesanan pelanggan tiba-tiba seorang gadis melenggang lenggok mendekati Afif. Berbulu mata Ariana melihat tingkah gedik gadis itu. Afif pula kelihatan kaget tatkala melihat wajah Elfira yang tercongok di hadapannya.

“Awak sibuk ke?” tanya Elfira dengan lenggok suara menggoda.

ELFIRA




“Sibuk sikit sayang. Malam ni ramai pula pelanggan. Awak nak makan?”

Elfira tersenyum sinis kepada Ariana. Bertambah lebar senyumannya tatkala mendengar panggilan ‘sayang’ yang terpacul keluar dari bibir Afif. Ingin saja dia melompat kegembiraan di situ. Sepanjang perkenalannya dengan Afif, tidak pernah walau sekalipun lelaki itu memanggilnya dengan panggilan mesra. Tetapi malam ini lelaki itu memanggilnya ‘sayang’. Serasa di awangan saja.

“Nak burger daging special satu,” bisik Elfira di telinga Afif..

Afif tersenyum senget. Dia menolak tubuh Elfira agar menjauhi darinya. Serasa rimas pula dirinya dengan tingkah manja gadis itu. Sedangkan dengan Ariana dia merasa sebaliknya pula. Dia suka andainya Ariana bermanja dengan dirinya. Argh! Jiwa kacau!

“Ary, burger daging special satu,” ujar Afif.

“Kau buatlah sendiri. Tak hinginlah aku nak buat untuk ‘kekasih hati’ kau tu. Menyampah. Nak menggedik tak kira tempat,” sindir Ariana lantas dia menanggalkan apronnya. Dengan hati yang membara dia menghayun langkah mendekati Nickhun.

“Kenapa Ariana? Siapa gadis dengan Afif tu?” soal Nickhun.

“Tu kan kekasih dia. Takkan kau dah lupa?” bidas Ariana tanpa sedikitpun memandang wajah Nickhun.


Nickhun merenung tajam wajah Afif yang sedang menggoreng daging burger itu. Namun tatkala matanya bertentangan dengan sepasang mata milik Elfira dia cepat-cepat melarikan pandangannya.

“Awak sabarlah Ariana. Bukan dia seorang saja lelaki dalam dunia ni. Ramai lagi lelaki yang baik untuk awak. Awak nak jadi Kassim Selamat ke?” soal Nickhun tiba-tiba.

“Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak kaitkan aku dengan Kassim Selamat dah kenapa?” soal Ariana berang. Dah kenapa mamat ni. kena sampuk dengan Nyonya Mansur ke apa? Huh!

Ariana mengjongketkan keningnya. Sedikit hairan dengan pertanyaan Nickhun itu.

“Yalah, kerana cinta dia menjadi buta. Kerana setia pada cinta juga dia diperbodohkan. Ariana… saya tak mahu awak menjadi seperti Kassim Selamat. Terlalu setia pada orang yang tidak menghargai awak. Sedangkan awak layak untuk mendapat insan yang lebih baik buat diri awak. Macam Chombi yang senantiasa menemani Kassim Selamat. Begitu jugalah saya yang akan selalu menemani saat awak bersedih dan berduka.

“Malah saya juga akan selalu di sisi saat awak gembira. Ariana… saya ikhlas sayangkan awak. Dan saya harap awak sudi untuk memberi saya peluang untuk membuktikan kasih sayang saya,” ujar Nickhun panjang lebar.

Ariana kaget seketika. Tergamam dirinya tatkala mendengar luahan jejaka itu. Ikhlaskah lelaki itu? Sedangkan mereka baru saja bertemu.

“Kau cakap apa ni? Aku anggap kau kawan saja Nick…”

“Saya tahu. Sebab itu saya cakap, saya harap awak sudi untuk memberi peluang untuk saya buktikan kasih sayang saya.”

Terasa kelu lidah Ariana untuk membalas luahan hati jejaka itu. Sungguh dia menyenangi sikap Nickhun. Namun itu tidak bermakna wujudnya cinta di dalam hatinya buat jejaka itu. Entahlah hatinya terlalu berdegil. Biarpun dilukai namun cinta di dalam hatinya masih jua utuh buat Afif. Dia menjeling sekilas pada wajah Afif. Entah mengapa dapat dia rasakan ketidakselesaan Afif melayan sikap Elfira. Kelihatannya seperti Afif ingin menjauhkan dirinya dari digesel oleh Elfira. Apakah benar? Atau hanya perasaannya saja?


ELFIRA mendengus apabila mendengar arahan abangnya itu. Dia menjeling sekilas pada wajah abangnya yang terlindung di sebalik majalah yang sedang dibacanya.

Why brother? Did you have a problem with me hah?” soal Elfira angkuh. Dia berdiri di hujung sofa yang diduduki abangnya sambil berpeluk tubuh.

“Duduk!” tegas kedengaran suara si abang.

“Kenapanya? Fira tak ada masa nak berbual lah!” bentak Elfira seraya melabuhkan punggung bersebelahan abangnya.

Where are you going?” soal Nickhun sebaik saja meletakkan majalah yang dibacanya ke atas meja kopi.

Elfira menjulingkan biji matanya. Sebal dirasakan tatkala mendengar soalan itu. Selama ini tidak pernah pula abangnya itu menyoal kemana dia pergi, dengan siapa dia berkawan. Huh! Sibuk saja, bentak hatinya.

“Sejak bila kau jadi prihatin dengan adik kau ni?” sindir Elfira secara halus.

“Abang tanya baik-baik, jawab baik-baiklah,” bidas Nickhun berang mendengar sindiran adiknya itu. Sememangnya Nikchun dan Elfira tidak pernah berbaik. Sedari kecil ada saja yang hendak digaduhkan mereka.

“Keluar. Duduk rumah pun bukannya ada apa. Bosan!” balas Elfira seraya menjeling Nickhun dari hujung matanya.

“Abang nak tanya sejauh mana hubungan adik dengan mamat nama Afif tu?” tanya Nickhun serius.

“Kenapa pula nak tahu?” Elfira mulai cuak tatkala mendengar nada serius abangnya itu.

Just answer my question!”

Elfira tersentak tatkala mendengar nada tegas abangnya. Jarang benar dia melihat wajah bengis abangnya itu.

“Err… Fira cintakan dia. Sangat cintakan dia.” Elfira meluahkan isi hatinya. Nickhun tersenyum senget. Di dalam kepala sudah mula menyusun strategi untuk memiliki cinta Ariana.

Good. Abang nak kamu terus goda Afif sampai dia benar-benar cintakan kamu. Dari apa yang abang tengok, kamu je yang terhegeh-hegeh pada dia. Sedangkan dia hanya biasa saja.”

Elfira menjeling sekilas pada wajah abangnya. Dia melepaskan keluhan berat.

“Afif layan acuh tak acuh dengan Fira semuanya disebabkan Ariana. Perempuan tomboi tu dah tarik perhatian Afif. Dulu Afif selalu je ada masa untuk diluangkan bersama Fira. But now… masanya banyak dihabiskan dengan Ariana tu saja. Benci!” suara Elfira tidak puas hati akan layanan teman lelakinya itu.

“Adik tu yang tak pandai ambil hati dia. Abang nak minta tolong sikit boleh?”

Elfira kaget demi saja mendengar permintaan abangnya.

“Hai sejak bila pula abang aku pandai nak minta tolong bagai? Selama ni tak pernah pun nak minta tolong. Jangankan minta tolong, nak berborak dengan adik sendiri pun macam nak tak hendak je,” sindir Elfira lantas ketawa buat-buat.

Shut up you! Perkara ni penting untuk kita berdua. About you, me, Ariana and Afif.”

Terdiam terus Elfira tatkala mendengar satu persatu nama yang disebutkan oleh abangnya itu. Dia mengalihkan tubuh menghadap abangnya. Nickhun menyuarakan permintaannya. Sesekali Elfira menganggukkan kepala. Sesekali pula kelihatan dahinya berkerut. Setelah selesai perbincangan mereka Elfira mengukirkan senyuman manis.

“Tak sangka bijak juga abang aku ni,” ujar Elfira memuji abangnya itu.

Well, you know. I’m smart while you’re not. Next time make sure you use your brain or else you’ll end up losing him.”

Elfira mencebir bibir mendengar sindiran tajam abangnya.

“Hei, Nickhun Eriq! I’m wondering why are you still standing here in front of me, instead of chasing that girl and make her yours?”

 “I will trying my best to get her. Dia tak macam gadis lain. Dia sangat berbeza dari gadis yang pernah abang kenal selama ni. Dia jinak-jinak merpati. Nampak mudah untuk didekati. Namun sukar untuk mendapatkannya,” ujar Nickhun penuh makna tersirat.

So, whatever. Kita kena pastikan rancangan kita untuk pisahkan mereka tu berjaya. Okay my brother?”

Yeah, sure!”

Elfira ternyum keriangan. Buat kali pertamanya dia merasakan gembira berbual bersama abangnya itu. Segera dia bangkit dari duduknya.

“Pastikan Afif jatuh ke tangan adik. Faham!” tegas kedengaran suara Nickhun.

“Okey abang,” balas Elfira sebelum berlalu meninggalkan abangnya yang sedang menonton TV itu.

Ariana… maafkan saya. Tapi saya terlalu mencintai awak. Dan saya tak boleh melepaskan awak ke tangan orang lain. Lebih-lebih lagi Afif. Saya tak yakin dengan Afif. Saya bimbang awak akan disakiti olehnya, gumam Nickhun di dalam hati.



NICKHUN


p/s = maafkan saya kerana lambat kasi n3. dan maaf uga ika n3 kali ni kurang best huhu :)

2 comments:

Sarjen Pencerita said...

Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

nurul nuqman said...

terima kasih sahabat.