AKU BUKAN PILIHANMU PART 2





Assalamualaikum semua. Pada yang sudah mengikuti kisah Qaseh Qistina dan Qawiem yuk ikuti kisah sambungan dari ‘ AKU BUKAN PILIHANMU PART 1’. Moga terhibur semua, sebelum korang semua baca ada pesanan dari cik writer maaf atas segala kekurangan yang ada ye. Sudah baca drop lah komen, setiap komen amatlah dihargai.^_^




 
Korang masih ingat aku, Qaseh Qistina? Maaf ye. Cik Writer tu busy, jangan marah Cik Writer ye. Jom ikuti kisah aku dan Qawiem. Moga terhibur.


Aku mengikut suamiku ke rumah yang baru dibelinya di Taman Kinrara yang terletak berhampiran Puchong Jaya. Setelah berkahwin kami hanya duduk di rumah sewanya sahaja. Kata suamiku kini kerjanya memerlukan dia berulang-alik. Rumah sewanya agak jauh jika dibandingkan dengan rumah yang akan kami duduki sebentar sahaja lagi.

“ Ok, dah sampai.” Aku tersentak dari lamunan bila mendengar suara Qawiem yang lembut menyapa telingaku.

“ Dah sampai.” ulangnya  saat melihat aku hanya diam tidak berkutik.

 “ Ha? Oo dah sampai.” Segera Aku keluar dari perut kereta lantas tersenyum pada seorang jiran baruku.

“ Baru pindah?” soal jiranku itu.

“ Ha’ah, baru pindah hari ni. Sebelum ni duduk jauh dari tempat kerja suami, tu yang pindah dekat sini,” ujarku ramah.

“ Oo, nama kakak Narti Junar. Panggil saja Narti. Akak orang sabah, pindah sini ikut suami,”

‘ Ramahnya jiran aku ni. Narti? Cantik nama tu secantik orangnya.” Detik hatiku.

“ Selamat pagi Kak Narti.” Tegur suamiku mesra. Entah mengapa tetibe je aku rasa emosional, tak kan lah aku cemburu kot.

“ Selamat pagi jua dik. Cantik isterinya Qawiem.” Aku tertunduk malu dipuji begitu.

“ Dia memang cantik, dia lah bidadari hati Wiem,” Aku hanya menjadi pendengar setia mendengar perbualan mereka.

“ Ok lah kak, Wiem masuk dulu ye. Assalamulaikum.” usai memberi salam kami melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terpegun melihat susunan perabot yang agak teratur.

“ Masuklah Qaseh. Mulai hari ni rumah saya rumah awak juga,” ujar suamiku lantas aku mengucup pipinya.

Qawiem tersenyum mesra padaku.


“ Hari selasa ni saya dah Fly ke Korea. Awak jaga diri ye.” Entah mengapa hatiku rasa sayu dengan pesanannya itu.

Lantas aku menarik tangannya apabila melihat dia mengatur langkah ingin pergi. Aku tiba-tiba rasa sebak. Selama 5 bulan aku berkongsi hidup bersamanya, tidak pernah walau sekalipun aku berpisah dengannya. Bagaimana aku bisa berjauhan dengan dia  jika sesaat pun aku tak mampu. Aku menarik tangan suamiku agar duduk disebelahku.

“ Berapa lama awak nak Fly? A..wak jangan pergi lama-lama. Nanti saya rindu,” sebak kedengaran suara yang aku lontarkan.

I promise I did not long to go. I will be back as soon as possible. I will return to you soon. Believe me.” usai berkata Qawiem mengucup dahiku. Lama dan akhirnya aku mendakap tubuh suamiku.

“ Sebelum saya Fly kan, saya ada permintaan dari awak.” Aku mengerutkan dahi mendengar suara suamiku yang berubah serius.

“ Apa dia?” soalku sambil mengangkat kening ala-ala penyanyi kegemaranku siapa lagi kalau bukan Ziana Zain.

“ Boleh tak kalau kita ubah panggilan? Maksud saya panggilan yang mesra dan yang akan membuatkan hati awak dan saya menjadi lebih dekat. Contohnya macam Abang ke? Honey ke? B ke?” Aku meletakkan jari di tepi bibir, lagak seprti Detective Canon memikir cara menyelesaikan masalah. He he.

“ Ok, saya panggil awak Abang mulai hari ni,” ujarku lantas aku tersenyum manis.

“ Dan abang akan panggil Qaseh.. ha Baby ok tak?” Lantas aku tertawa mendengar cadangan  suamiku yang bersahaja.

“ Tak mahulah. I’m not baby ok. Qaseh dah tua pun,” ujarku sambil melentokkan kepala dibahunya.

“ Ala,abang tak kira. Nak panggil Baby juga. Ok?” Tegas kedengaran suara yang dilontarkan, lantas terus sahaja aku mengganguk tanda aku juga turut setuju cadangannya.
Terpaksalah aku setuju kan bukankah syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami? Usai kami memilih panggilan mesra terus saja kami naik ke bilik ingin merehatkan diri.
                                        

                                                                      ***************


Qawiem tergamam saat mendengar alunan lembut yang didendangkan oleh suara yang sangat merdu.

“ Ya ALLAH, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik isteriku. Kau redhailah hubungan kami, kukuhkan ikatan kami, kuatkanlah cintaku padanya sepertimana  Kau menguatkan cintaku padaMU.” Aku menutup kitab suci Al-Quran saat terdengar suara suamiku. Hatiku terharu mendengar luahan hati seorang insan yang bergelar suami.

“ Baby, mari sini dekat abang.” gamit suamiku sebaik melihat aku melipat kain telekung.
Lantas tubuhku didakap tanpa sebarang kata. Aku tergamam.

“ Abang tak mahu kehilangan Baby. Abang cintakan Baby.” Aku terharu mendengar luahan perasaan hati suamiku.

“ Baby pun cintakan abang, bahkan semakin hari cinta Baby kian memekar buat abang.” Suamiku meloretkan senyuman terindah buatku.

*****

Akhirnya perpisahan yang paling aku tidak mahu laluinya terjadi juga. Aku berat hati untuk melepaskan Qawiem pergi. Namun aku terpaksa.

“Abang janji cepat pulang ya. Baby berat hati nak lepaskan abang..” Qawiem meletakkan jari telunjuknya dibibirku isyarat menyuruh aku diam.

“ Abang pergi tak lama. Abang pergi kerana tugas. Baby please don’t worry. I’m yours ok.” Tutur Qawiem menyakinkanku.

Sob! Sob!

Belum pun sampai sehari suamiku tiada aku sudah tercari-cari kelibatnya. Aku kini bagaikan angau dengan suamiku sendiri, dan yang lebih mengujakan ialah perasaan cintaku kali ini lebih hebat dari cintaku pada Kasyaf.

Ku ingin nikmati
segala jalan yang dihadapku

Terus sahaja aku capai telefon bimbit saat ringtone ‘ku bahagia’ yang aku khaskan buat Qawiem berdering.


“ Assalamualaikum, abang. Baby rindukan abang. Sob. Sob.” Sapaku bersama esak tangis yang tidak dapat aku tahan lagi.

“ Abang pun rindukan Baby. Rindu sangat. Abang sampai tak boleh kerja Baby, semuanya serba tak kena,” ujar suamiku pula.

‘ Ya Allah, beginikah rasanya sakit perpisahan? Kalau inilah yang harus aku lalui sungguh aku tidak sanggup lagi untuk berjauhan dari suamiku.’ Getus hatiku.

 “ Baby sabar ya. Dalam masa 3hari dari sekarang abang balik ok. Baby jaga diri dan anak kita. Kalau ada apa-apa minta tolong pada Kak Narti, Ain ataupun Myza ok Baby? Lain kali abang telefon lagi. Ingat walau apapun yang jadi cinta abang tetap pada Baby, tiada apa yang dapat pisahkan kita selain maut.” Aku mengganguk kepala lalu aku tersenyum sendiri memikirkan bahawa suamiku bukanlah berada dihadapanku, jadi mana mungkin dia nampak aku menggangukkan kepala bukan?

****

Datin Norlia termenung merenung nasibnya. Mungkin inilah balasan  yang harus diterima atas perbuatannya satu ketika dulu. Dia menangis sendirian, kini suaminya juga sudah meninggalkan dia setelah menikahi gadis yang lebih ‘bergetah’ darinya. Sungguh kini dia sangat menyesal akan perbuatannya terhadap Qaseh.

“ Kasyaf. Kasyaf. Kasyaf!!” jerit Datin Norlia apabila kelibat anaknya langsung tidak kelihatan.
Kasyaf terkocoh-kocoh berlari mendapatkan ibunya. Tercungap-cungap Kasyaf menarik nafas saat sudah menghampiri ibunya.

“ Kenapa bu? Ibu nak makan atau minum apa-apa ke?” soalan Kasyaf menambahkan lagi pilu di hati Datin Norlia.

Datin Norlia hanya menggeleng. Esak tangisnya masih jua tidak mahu berhenti. Kasyaf panik melihat Ibunya yang dalam kesedihan itu.

“Ibu, kenapa ni?” soal Kasyaf lagi.

“ Kasyaf, tolong ibu sayang. Bawa ibu berjumpa dengan Qaseh. Ibu mahu pohon ampun padanya.” Kasyaf sentap saat mendengar nama Qaseh yang meluncur laju di bibir ibunya.

‘ Pohon ampun? Salah apa yang ibu sudah lakukan pada Qaseh?” hati Kasyaf bertingkah sendirian.


“ Ibu rehat dulu ye, nanti Juwita telefon Qaseh,” pujuk Juwita pada ibu mertuanya.

 “ Tak mahu. Tolong telefon sekarang. Kasyaf tolong ibu sayang.” rayu Datin Norlia pada Kasyaf.
Kasyaf melirik matanya ke arah Juwita. Kemudian dia memandang semula ke arah ibunya. Dengan lemah kakinya melangkah ke arah biliknya untuk mengambil telefon bimbit. Lantas dia menekan
punat hijau untuk mendail no Qaseh.

Aku yang sedang menonton ulangan cerita Jodoh sedikit terggangu apabila mendengar deringan telefon bimbitku. Aku membiarkan saja sehingga deringan itu berhenti. Namun saat kali kedua telefonku berdering hatiku mula rasa berdegup pantas apabila aku melihat nama Kasyaf yang terpampang di skrin.

Aku ingin membiarkan sahaja sehingga deringan berhenti, namun memikirkan mungkin ada perkara penting yang ingin disampaikan aku mengangkat jua.

“ Assalamualaikum,” ucapku memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam, Qaseh sihat? Abang nak minta tolong sesuatu dari Qaseh. Ibu abang mohon pada abang untuk bertemu Qaseh. Dan abang harap Qaseh akan pertimbangkan.” Kasyaf menyatakan hasrat ibunya.

“ Untuk apa? Untuk sakitkan hati Qaseh lagi?” soalku sinis.

“ Qaseh, abang tak tahu apa yang jadi antara Qaseh dan ibu abang tapi tolonglah abang, kali ni please.” Suara Kasyaf penuh berharap.

“ Qaseh tunggu Abang Qawiem balik. Sekarang ni suami Qaseh ada kat Korea, apa-apa hal Qaseh beritahu. Tapi awas! Sekiranya Qaseh disakiti atau dihina lagi Qaseh tak kan pernah jumpa atau maafkan Datin Norlia. Faham tak wahai Kasyaf bin Dato Kamarul,” ujarku sedikit tegas.

“ Sampai sebegitu sekalikah? Qaseh..” Terus saja aku memotong bicara Kasyaf tidak mahu berlama-lama.

“ Qaseh sibuk sekarang ni. Nanti apa-apa hal Qaseh beritahu abang. Assalamualaikum.” Tanpa sempat Kasyaf menjawab terus saja aku meletakkan gangang. Tumpuanku sedikit terggangu.

“ Ah! Baik aku pergi borak-borak dengan jiran sebelah.” omelku sendirian.
Aku tersenyum pada Kak Narti yang sedang asyik mengubah bunga-bunganya. Lalu aku menyapa dia.

“ Assalamualaikum, rajinnya Kak Narti. Patutlah rumah sentiasa berseri je,”puji ku ikhlas.

“ Biasalah dik, kalau duduk saja pun bosan juga. Qaseh dah berapa bulan?” soal Kak Narti saat matanya menyorot ke arah perutku.

“ Dah 3 bulan lebih kak,”ujarku lalu aku mengusap perut yang mula menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit.

“ Anak sulung?” soal Kak Narti. Mungkin melihat wajahku yang agak teruja, kerana itulah dia melontarkan soalan itu.

“ Ha’ah, anak sulung. Akak ada berapa orang anak?” soalku pula.

Aku mengetap bibir saat melihat mendung di wajah Kak Narti. Aku panik. Lalu segera aku menghampirinya.

“ Akak belum punya rezeki dik. Entahlah mungkin belum masanya akak nak dapat anak kan? Hari tu akak pernah pregnant, tapi gugur,” Airmataku bergenang di kelopak mata. Sedih dengan nasib yang menimpa jiranku yang sangat baik bagiku ini.

“ Eh, sayang kenapa nangis? Sudah begini nasib akak. Haruslah terima.” tutur Kak Narti dengan tenang.

******

“ Macam mana Kasyaf? Qaseh mahu berjumpa ibu?” soal Datin Norlia sebaik melihat kelibat anaknya.


“ Qaseh ‘mungkin’ akan jumpa ibu. Tapi bersama suaminya.” Perlahan sahaja Kasyaf menuturkan kata.

“ Mungkin?” Datin Norlia mengulang perkataan yang diucapkan Kasyaf sebantar tadi. Sebak dirasakan didalam hatinya saat itu.

Aku menghitung hari menunggu kepulangan suami yang aku cintai. Setiap kali seusai solat pasti aku menitipkan doa agar ALLAH melindungi suamiku walau dimana saja suamiku berada. Sedang aku mengelamun telefonku berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Aku capai telefon bimbit segera aku membuka pesanan yang dikirim suamiku itu.

 Baby, abang on the way balik ni. I love u my dear.

Gembira tak terhingga saat mataku menatap sebaris ayat itu. Akhirnya penyiksaan kami akan berakhir, opss penantian, ha ha.

Ok, Baby tunggu abang k. Kata 3 hari lagi di sana.

Qawiem tersenyum nakal.

Aku menekan punat hijau ingin mengangkat panggilan dari cinta hatiku.

“ Assalamualaikum, Baby macam tak suka je abang balik awal? Ke Baby memang nak abang balik lewat? Mesti Baby abang ni nakal bila abang tak ada kan?’ seloroh Suamiku membuatkan aku tertawa halus.

“ Bukan tu maksud Baby, cuma kerja abang semua dah settle ke?” soalku setelah ketawaku reda.

“ Dah settle dah. Baby nanti kita pergi majlis tunang Asyraf dan Ain ya,” ajak suamiku. Dalam hatiku terharu kerana dia mengingati setiap apa yang aku katakan.

“Ok.” jawabku sepatah.

Aku menarik nafas lega saat majlis pertunangan Ain dan Asyraf berjalan dengan lancar. Syukur akhirnya cinta yang berputik akan diakhiri dengan ikatan pernikahan. Masih terbayang di ruangan mataku saat Ain dan juga Asyraf mula-mula bertemu. Tanpa aku sedar bibirku mengulum senyum.

“ Oit, yang kau senyum-senyum kenapa?” soal Ain padaku.

“ Kau orang ingat tak?” serentak Ain dan Asyraf menggelengkan kepalanya.

“ Kenangan waktu kita berempat ke Genting. Kau orang lah kerja nya gaduh je. Tengok sekarang dah bertunang. Masin tak mulut aku?” selorohku bersahaja. Lantas aku tersenyum melihat rona merah yang jelas terpamer di wajah Ain. 

“ Aduh! Tak usahlah ingat lagi kisah dulu-dulu tu. Yang penting sekarang ni. Insya Allah kami akan bahagia dengan izin Allah,” ujar Asyraf lantas melambaikan tangan pada Qawiem.

“ Baby, jom kita balik. Abang penat la Baby.” gamit suamiku lantas tanpa silu dia melentokkan kepalanya dibahuku.

“ Abang penat? Kesiannya. Itulah Baby suruh rehat tak mahu. Kan dah penat.” omelku pada Qawiem.
Ehem-ehem.

Aku mengukir senyum mesra buat suamiku. Sebenarnya aku ingin cover malu je. Huh! Kantoi sudah. He he.

“ Amboi, aku suka sangat tengok korang berdua ni. Jelous pun ada,” ujar Ain bersahaja.

“ Tak perlu jeles-meles sayang. Abang kan ada.” Sebaik sahaja Asyraf menghabiskan ayatnya satu cubitan telah hinggap di lengannya.

Asyraf hanya mengaduh manja, lantas menghadiahkan senyuman semanis gula. Erk, macam la aku boleh rasa kan? He he.

*****

Hari ni merupakan hari pertemuan antara aku dan juga Datin Norlia, hatiku terasa sedikit berdebar. Bimbang seandainya aku tidak mengawal kemarahan yang sememangnya meluap-luap buatnya.

Saat kakiku melangkah di Restoran Upin Ipin aku terkejut melihat Datin Norlia yang dulunya megah berdiri dengan angkuhnya, namun kini dia hanya mampu duduk di atas kerusi roda. Betapa sebaknya hatiku. Aku menghayun langkah longlai, sungguh aku merasa kasihan melihat keadaan Datin Norlia. Aku menyalami tangan Datin Norlia, aku tekad untuk memadamkan api dendam yang membara buatnya.

“ Qaseh apa khabar?” soalan pertama yang dilontarkan buatku dengan alunan yang sangat lembut sebaik aku melabuhkan punggung berhadapan dengannya.

“ Baik, Datin pula?” soalku pula.

“ Macam ni la Qaseh. Balasan untuk orang jahat macam aunty beginilah. Aunty menyesal pisahkan Qaseh dari Kasyaf. Dan inilah balasan yang harus aunty terima. Suami pun sudah tinggalkan aunty, cacat pula tu. Dr kata aunty akan lumpuh buat selamanya.” Lirih kedengaran nada suara yang dilontarkan Datin Norlia yang dulunya sangat angkuh.

“ Baby.” Aku melemparkan senyuman manis buat Qawiem.

“ Eh, kalau tak silap, kamu jejaka yang tolong aunty tempoh hari bukan? Kamu yang selamatkan aunty, kalau tidak sudah pasti aunty tiada lagi di dunia ini,” ujar Datin Norlia sambil sebelah tangannya mengusap airmata manakala sebelah lagi menuding jari ke arah Qawiem.

“ Benar, sayalah orangnya. Sesiapa pun ditempat saya pasti akan melakukan perkara yang sama. Datin apa khabar? Mana Kasyaf?” soal Qawiem sambil matanya melilau mencari kelibat Kasyaf.

Aku melihat Datin Norlia senyum dalam tangisan. Kemudian aku dekatinya, terus tubuhnya aku dakap. Menyalurkan sedikit ketenangan padanya.

“ Qaseh, maafkan aunty ya sayang. Aunty berdosa pada Qaseh. Aunty ingat aunty akan bahagia setelah apa yang aunty lakukan pada Qaseh. Tapi sebaliknya yang berlaku. Aunty sentiasa dihantui rasa bersalah terhadap Qaseh, maafkan aunty kerana memisahkan cinta Qaseh dan juga Kasyaf,” tutur Datin Norlia panjang lebar.

“ Ibu.. apa maksud ibu? Pisahkan Qaseh dari Kasyaf? Apa maknanya semua ni? Qaseh? Terangkan pada abang.” Desak Kasyaf padaku.

“Qaseh, Ibu. Tolonglah bu, Apa yang berlaku sebenarnya ni?” desak Kasyaf lagi. Namun aku mahupun Datin Norlia tidak mampu untuk menjawab soalannya itu.

“ Kasyaf, ibu nak buat satu pengakuan ibu yang..” cepat-cepat aku memotong bicara Datin Norlia. Kerana aku kenal siapa Kasyaf, sikap barannya sukar di duga.

Abang Kasyaf, pada Qaseh perkara yang sudah usahlah dikenang. Yang penting abang sudah bahagia. Ada isteri yang baik, anak-anak yang comel. Dan Qaseh juga begitu. Sangat bahagia bersama insan yang sudi menyayangi Qaseh apa adanya. Kita sudah dapat bahagian kita, dan aunty Qaseh dah lama maafkan aunty,” ujarku berjela-jela.

“ Kasyaf, benar apa yang Qaseh katakan. Kau sudah menemui bahagia kau, begitu juga aku. Qaseh tetap milik aku selamanya. Aku harap kau padamkan segala rasa cinta kau buat Qaseh.” Tenang kedengaran suara suamiku.

Datin Norlia menggengam tanganku erat. Seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. Saat mataku bertentang mata dengan Qawiem kami saling tukar senyuman. Lalu aku bingkas bangun lantas aku melabuhkan punggung disisi suamiku.

                                                    ***********

Aku fikir pertemuanku bersama Kasyaf dan Datin Norlia akan berakhir. Namun tidak kerana sehari selepas pertemuanku bersama mereka kini Kak Juwita pula ingin menemuimu. Aku meminta izin pada Qawiem untuk menemui Kak Juwita namun Qawiem memberikan aku kata dua, pergi menemui Kak Juwita bersamanya atau aku tidak dibenarkan sama sekali menemui Kak Juwita.

“ Tolonglah bang.” Rayuku lagi sambil mengedipkan mata, siapa tahu suamiku akan tergoda kan?

“ Baby, abang tak benarkan bersebab. Sekarang ni Baby tengah sarat mengandung, tak kan lah abang tergamak nak biarkan isteri kesayangan abang keluar seorang diri. Kalau apa-apa jadi macam mana?” jelas Qawiem. Aku tahu dia risaukan aku, tapi erm kalau dah terlalu sayang memang macam ni la gamaknya.

“ Ok, Baby dengar cakap abang,” rajukku pula, entah la sejak kandunganku cecah 7 bulan ni aku terlalu sensitif, pantang diusik sedikit.

“ Baby merajuk ya. Baby kenapa sayang? Sekarang ni selalu emosi je. Ke orang mengandung memang macam ni?” soal suamiku lembut.

“ Tak ada apa lah, bang. Tadi Kak Narti beritahu dia juga akan menimang cahaya mata, Ain pun. Ain bunting pelamin tau. Cuma Myza je yang tak habis lagi belajarnya.” Tuturku dengan suara yang sengaja aku ceriakan.

“ Iya? Baguslah. Kak Narti tu dah banyak kali gugur, Kesian dia. Ain pun? Wah diorang nak lawan kita kot? Ya tak Baby?” seloroh suamiku membuatkan ketawaku meletus.

Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng di luar pagar membuatkan aku terdiam, siap pula yang datang ni? Aku tersenyum lebar melihat kelibat ibuku bersama Myza.

“ Ibu, kenapa tak cakap nak datang? Myza nasib baik kau ada. Jom lah masuk.” Pelawaku setelah puas aku mendakap  2 wanita yang aku sayangi itu.

“ Lamanya ibu tak jumpa anak ibu. Makin tembam anak ibu ni. Ha ha.” Usai ibu berkata Myza ketawa mengekek.

“ Yelah kau dah tembam lah,” ujar Myza pula.

“ Biarlah, yang penting suami aku tetap sayang aku tau.” Balasku tidak mahu mengalah.

“ Ibu. Sihat kah bu?’ soal Qawiem lantas mengambil tempat disebelahku setelah menyalami ibu.

“ Ibu sihat. Nak tunggu anak menantu ibu balik lambat lah jawabnya. Sementara Myza ada ni ibu tumpang je la dia.” Aku tersenyum mendengar omelan ibuku.

“ Bukan tak mahu balik bu, ni ha Abang Qawiem sibuk memanjang.” Tuturku apabila melihat suaminya diam seribu bahasa.

“ Ha Myza kau nak tahu Ain dah pregnant. Alhamdulilah, rezeki dia. Kau bila lagi?” soal ku pada Myza sambil mata melirik ke arah suamiku.

“ Eh aku pula. Tentang aku kau jangan risau la ya. Kau ni dah berapa bulan ya?” soal Myza seperti ingin mengelak dari soalan cepumasku.

“ Dah 7 bulan. Ibu duduk dula ya, Qis nak pergi buat air. Myza jom ke dapur.” Aku bingkas bangun dari dudukku, lantas mengatur langkah ke ruangan dapur.

“ Qis kau bahagia?” soalan Myza aku jawab dengan aggukkan sahaja.

“ Aku terlalu bahagia, Qawiem beri aku segalanya. Kau tahu sehari je dia ke Korea aku kat rumah ni menangis bagai nak rak tau, sampai bengkak biji mata aku,” ujarku lantas disambut ketawa kecil Myza.

“ Kau pergi ke majis kahwin Ain hari tu?” tanya Myza lagi kali ni perihal Ain pula yang kami bincangkan.

“ Tak, Qawiem la ajak aku ke Langkawi. Honeymoon katanya. Padahal dah kira lama la juga kahwinnya kan? Cantik tau Pulaunya. Kalau kau nak honeymoon pergilah sana.” Selorohku lantas aku mengaduh kecil apabila sepit ketam hinggap di lenganku.

“ Aku nak kahwin dengan siapa? Monyet?”Aku tertawa mendengar gurauan Myza. Kalau kami berkumpul beginilah suasananya, tidak pernah berhenti dari gurau senda.

“ Baby, lamanya buat air. Ibu dah haus ni.” Terkocoh-kocoh aku membancuh air apabila mendengar jeritan kecil suamiku.

“ Ya, abang dah siap.” Laju aku menghayun langkah menuju ke arah ruang tamu.

“ Ada orang tu dah tua pun panggil Baby lagi.” Seloroh ibu lantas disambut ketawa kami semua.

Aku terdengar ringtone dari telefonku segera aku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum. Kenapa Kak Narti?” soal ku hairan, tidak pernah Kak Narti menelefonku jika tiada hal penting.

“ Akak nak minta tolong tengok-tengokkan rumah ya. Kami nak balik Sabah ni,” pesan Kak Narti padaku.

“ Baiklah, arahan diterima. Jaga baby elok-elok ye. Hati-hati. Assalammualaikum,” giliranku memberikan pesanan.

“ Siapa tu Baby?” soal suamiku tak menyempat-nyempat.

“ Kak Narti dia nak balik Sabah. Minta kita tolong tengok-tengokkan rumahnya.” Terangku pada Qawiem.

“ Oo.” Spontan aku tersenyum melihat bibir comel Qawiem saat menyebut perkataan ‘oo’

“ Ha tu mesti umpat abang kan?” tebak suamiku.

“ Eh, mana ada. Pandai je tuduh Baby macam tu,” suaraku seakan merajuk.

“ Ala, Baby abang dah merajuk. Tengok ni sayang, ibu kuat merajuk la. Nanti sayang dah besar jangan ikut perangai ibu ya,” ujar suamiku lantas mengusap perutku yang sudah memboyot.

“ Amboi, ayah yang selalu buat ibu merajuk tau!” seloroh ku pula. Sempat mataku melirik segaris senyuman yang terhias indah di bibir ibuku.

“ Ibu bahagia tengok anak menantu ibu mesra macam ni. Kekalkan rasa sayang dan cinta dalam hati kalian ya. Ingat, seandainya ada masalah bincang elok-elok. Dan jika boleh kita harus mempercayai pasangan kita lebih dari kita percaya orang luar kecuali keluargalah.” Tersentuh hatiku mendengar nasihat ikhlas dari ibuku sendiri.

******
Aku keresahan menantikan kehadiran orang yang dinantikan. Aku menggenggam erat tangan suamiku memohon kekuatan. Lima belas minit menanti akhirnya orang yang ditunggu muncul jua.

“ Maaf lewat. Anak-anak akak tadi sibuk nak mengikut. Boleh kita mulakan bicara?” Kias Kak Juwita.

‘ Aduh! Berdebar pula hati aku. Tentang apalah yang hendak dibincangkan Kak Juwie, aku masih penasaran.’ Detik hati kecilku.

“ Qaseh, akak nak tahu satu perkara? Memandangkan suami Qaseh juga bersama kita akak..err akak nak tahu Qaseh ..masih cintakan Kasyaf ke?” Teragak-agak Kak Juwie memulakan bicara.

“ Soal itu akak jangan risau. Kerana apa perasaan kasih, cinta dan juga sayang Qaseh  hanyalah buat suami Qaseh seorang. Qaseh akui sebelum Qaseh berkahwin pernah juga hati ini menyayangi Kasyaf, namun itu dulu. Dah lama berlalu Kak Juwie. Seperti yang Qaseh beritahu tadi tiada lagi ruang dihati Qaseh untuk mana-mana lelaki melainkan Qawiem, hanya dia yang Qaseh kasihi. Hanya dia yang berhak,” ujarku dengan yakin dan setenang yang boleh.

“ Baby, terima kasih. Abang terharu mendengar luahan hati Baby. Abang juga cintakan Baby, hanya Baby sahaja dalam hidup abang. Tiada yang lain. Tiada yang kedua, tiada yang ketiga, hanya Baby satu-satunya wanita yang abang kasihi.” usai suamiku meluahkan hatinya terus sahaja dia mengucup dahiku. Syahdu aku rasakan. Sungguh aku benar-benar bahagia.

“ Bahagianya akak tengok kau orang. Qaseh, akak doakan agar Qaseh bahagia ye sayang. Qaseh memang berhak untuk bahagia,” ujar Kak Juwie.

Setelah pertemuan itu aku berjalan seiringan bersama suamiku. Kami berjalan sambil berpimpin tangan. Tiba-tiba langkah ku terhenti saat terdengar suara seseorang memanggil namaku. Pasntas aku menoleh ke arah suara itu.

“ Eh a..bang buat apa kat sini?”soalku sedikit gagap, terkejut sebenarnya. Hu hu.
“ Abang dari Bukit Bintang tadi. Qaseh dari mana?” tanya Kasyaf, aku menjeling sekilas pada suamiku, jelas terpamer riak cemburu diwajah suamiku membuatkan aku tersenyum.

“ Qaseh nak beli barang baby. Ada yang tak cukup lagi. Ok lah Qaseh pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Laju kakiku menghayun langkah meninggalkan Kasyaf.

“ Terbaiklah alasan Baby tadi. Tak nampak ke perut Baby abang ni dah memboyot macam ni pun ada hati lagi nak mengorat. Gila!” omel suamiku. Kalau sekali dapat bebel memang macam nenek kebayan tau. Hi hi.

“ Baby kata macam tu sebab Baby tahu abang jelous kan? “ tebakku dengan tepat lagi sahih.

“ Baby, abang nak pi toilet sat. Baby tunggu sini ya. Jangan pergi mana-mana faham!” Keras lagi tegas arahan yang dikeluarkan buatku.

“ Qaseh.” Sapa Kasyaf setelah suamiku berlalu.

“ Bahagia benar Qaseh sekarang. Qaseh jumpa Juwita tadi kan?” Tebak Kasyaf.

“ Ya, Qaseh berjumpa dengan Juwita. Dan kehidupan Qaseh kini sangat bahagia. Ada masalah ke?” sinis kedengaran soalan yang aku lontarkan.

“ Memang masalah. Sepatutnya Qaseh jadi milik abang. Ibu sudah menceritakan segalanya pada abang.” Suara Kasyaf naik satu oktaf.

“ Perkara dah berlaku. Mungkin abang tak sedar satu perkara, sedari dulu lagi Qaseh memang bukan pilihan hati abang. Dan satu hal lagi kalau benarlah abang cintakan Qaseh pasti abang sudah membatalkan majlis perkahwinan abang bukan?” usai berkata aku tersenyum sinis pada Kasyaf.

“ Abang..err abang..”

“ Kenapa tergagap? Kasyaf yang Qaseh kenal sangat lah bijak dalam berkata-kata.” Kasyaf merenung ku tajam, namun sedikit pun hatiku tidak takut.

“ Kasyaf  bin Dato Kamarul, dalam hati awak sebenarnya tiada cinta buat saya melainkan perasaan ‘memiliki’. Itu sahaja.” Aku menekan perkataan ‘memiliki’ supaya dia sedar akan perasaannya.

“ Sebenarnya dari dulu lagi saya memang bukan pilihan hati awak. Mungkin awak rasa sayang pada saya kerana kita dah lama kenal,” ujarku tanpa melihat wajahnya.

Aku tersentak apabila tubuhku dipeluk dari belakang, lantas aku menoleh dan aku mengukir senyum manja buat suamiku.

“ Baby, jom lah kita balik. Kasyaf satu hal aku nak ingatkan kau, Qaseh milik aku. Tiada siapa yang boleh memisahkan kami melainkan maut.” Tegas nada yang dituturkan suamiku.
Lantas kami berlalu meninggalkan Kasyaf.

********

Irfan Qayyum itulah nama putera kami. Nama itu siapa lagi kalau bukan ibuku dan Myza yang memilihnya. Alhamdulilah mudah saja proses aku melahirkan putera comelku. Aku sangat terharu melihat mutiara jernih yang mengalir di wajah suamiku saat memangku Irfan Qayyum.

“ Baby, terima kasih sayang kerana memberikan abang zuriat yang tak terhingga nilainya. Abang sangat menghargainya sayang,” ujar suamiku lantas dia mengucup mesra dahiku.

“ Terima kasih jua kerana sentiasa menyayangi dan mencintai Baby. Sekarang dah tak boleh panggil Baby sebab kita dah ada Irfan,” selorohku sambil memangku Irfan.

“ Abang panggil Love mulai sekarang ok!” aku tersenyum dengan cadangan suamiku.

 “ Comel cucu nenek,” ujar Puan Sri Wahida dan ibuku serentak.


                                               ******************

Kini Irfan sudahpun berusia setahun, comel sekali aku melihatnya jalan terkedek-kedek, Senang sekali aku melihat Irfan bermain dengan Qaisara dan jua Iskandar.

Qaisara merupakan anak kepada Ain manakala Iskandar pula anak kepada Kak Narti jiranku itu.
Alhamdulilah kini kami masing-masing bahagia disamping keluarga dan suami yang dicintai.

“ Abang,” gamitku pada suamiku.

“ Ada apa Love?” soal suamiku dengan riak wajah hairan.

“ Love nak nyanyikan abang satu lagu,” ujarku bersama senyuman.

 “ Wah! Teruja abang dengar. Cepatlah nak dengar.”

Melly Goeslaw - Ku Bahagia Lirik


di atas bumi ini ku berpijak
pada jiwa yang tenang di hariku
tak pernah ada duka yang terlintas
ku bahagia

ingin ku lukis semua hidup ini
dengan cinta dan cita yang terindah
masa muda yang tak pernah kan mendung
ku bahagia

dalam hidup ini
arungi semua cerita indahku
saat-saat remaja yang terindah
tak bisa terulang

ku ingin nikmati
segala jalan yang ada dihadapku
kan kutanamkan cinta tuk kasihku
agar ku bahagia.

“ Terima kasih my love,” ujar suamiku sambil memangku Irfan.

Alhamdulilah setelah di’basuh’ olehku Kasyaf tidak lagi menggangu hubunganku dan juga Qawiem. Myza pula kini sudah pun menjadi Pereka Fashion terkenal dan sudah pun mempunyai Butik sendiri yang dinama IRMYZA BUTIK. Syukur kerana ayah kasyaf iaitu Dato Kamarol juga sudah kembali bersama Datin Norlia. Kini Aku,Qawiem dan juga Irfan sudah menemui kebahagiaan kami. Terima kasih semua atas sokongan..
                           
                                                 simbolik cinta Qaseh n Qawiem  


                                                      SEKIAN

24 comments:

Fasha Addryanaa said...

waahh, best laa kak..ada sambungan lagi x..?? ^_^

nurul nuqman said...

tq sha,xde sambungan lagi dah.ngeee

norma yusof said...

best sgt..♥♥♥♥

norma yusof said...

best sgt2♥♥♥♥

nurul nuqman said...

tq norma yusuf :)

Domi Nisa said...

fuh! panjang betul hehe...amek mase dkt 20minit bce cerpen ni :)...sweet..

Anonymous said...

ok not bad..tp bi tu improve sikit ok..^^

nurul nuqman said...

erk panjang ke?hehehhe tq domi laling


bi yup,sy memang lemah sikit,thanks atas komen.insyaALLAH sya akan perbaiki lagi :)

Kasieh Azieah said...

Best! Best!
Benci giler ngan watak Kasyaf tu..dah ada wife pun nk juga pertikaikan lagi apa yg dah berlaku.....Nyampah!

Kasieh Azieah said...

Best! congrats Weeda..
Nyampah giler ngan Kasyaf tu..benci2...dah ada wife tu sibuk jg nk usha wife org lain..grrrrr

nurul nuqman said...

uit,sabar kak kasieh,kehkeh..


kasyaf dah kena basuh pun dengan qaseh.hehehe


tq sudi tinggal tinggal jejak

o-ReN said...

*lepaskan nafas lega*
selamat tak dengan kasyaf..heheheh...
(Y)

nurul nuqman said...

uit,aid betoi2 xsuke kasyaf erk,hehehehe


tq tinggalkan jejak :)

Afifah Yusof said...

Wah... Best sangat. Penamat yang buat kita tersenyum panjang, tahniah dan terima kasih kak weeda :)

nurul nuqman said...

sama2 afi,alhamdulilah afi sukekannya :) syukur sangat ada owg suke kan kisah Qaseh n Qawiem :)

Usna said...

Rina datang... Huhuhu.. best gilau.. sweet :)

nurul nuqman said...

alhamdulilah,terima kasih rina.tq sebab sukekannya

nurul nuqman said...

alhamdulilah,terima kasih rina.tq sebab sukekannya

waniza aisa said...

best.....!!! romantic tul.. kita yang baca rasa manja lak..(Y)

nurul nuqman said...

tq kak wanisa aiza :)

Nurul Akira Abd.Rahman said...

Cutenya Qawiem!!..best n sweet cerpen ni...^_^

nurul nuqman said...

tq ira :)

Anonymous said...

Bestnye akk...sy dh bc yg part1..tu pun best...dua dua best...tahniah kak. .- balqis cun(nama fb)

nurul nuqman said...

qis,thanks atas komennya...thanks sukekannye :)