BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 9

 
cover by= ilya abdullah













Puan Fatimah keresahan menanti kepulangan Nazira. Sungguh! Hatinya risau tambahan pula mengingatkan tentang Hamidi yang ingin menemui anaknya, membuatkan resah di hati kian bertambah.

“ Mama tunggu kak Zira ke?” soal Balqis setelah melihat ibunya yang seperti kucing hilang anak itu, lantas segera dia melabuhkan punggung di sebelah ibunya.

“ Ya sayang. Mama tunggu kakak kamu ni. Tapi sampai sekarang tak balik lagi. Mama risaulah Qis,” ujar Puan Fatimah sambil mengusap kepala Balqis.

“ Mama tak telefon kak Zira?” tanya Balqis seraya merebahkan kepalanya diatas ribaan Puan Fatimah.

“ Banyak kali dah mama call, tapi kakak kamu tak jawab. Mama risau. Err.. kamu tahu kemana kak Zira kamu selalu pergi?” soalan Puan Fatimah itu menyentak tangkai jantung Balqis.

Balqis teringat akan amaran yang Nazira ucapkan tempoh hari. Dia kenal akan sikap Nazira yang panas baran itu, bukan sekadar berkata-kata, bahkan akan dilakukan setiap apa yang terpacul keluar dari bibirnya, asalkan dirinya puas.

“ Balqis, dengar tak mama tanya ni? Are you ok dear?” soal Puan Fatimah hairan melihat wajah balqis yang berkerut seribu itu.

“ Err.. Qis ok je mama. Cuma Qis rasa kak Zira tu macam tak sayang je dengan Qis. Selalu macam dingin je. Qis nak rasa kasih sayang seorang kakak, tapi.. kak Zira.. dia.. macam bencikan Qis,” ujar Balqis tersekat-sekat.

“ Kenapa cakap macam tu? Takde akak yang bencikan adiknya.” pujuk Puan Fatimah.

‘ Ada mama, kak Zira betul-betul bencikan Qis. And i know that, because that what i feel. Pandangan matanya juga penuh dengan dendam,’ luah Balqis tetapi di cuma didalam hati.

Puan Fatimah bangkit dari duduknya saat terdengar bunyi deruman enjin kereta yang berhenti betul-betul dihadapan rumahnya itu. Segera dia membuka pintu pagar dengan riak wajah yang tegang.

“ Kamu tahu pukul berapa sekarang ni Zira?” soal Puan Fatimah lantang sebaik Nazira kian menghampirinya.

“ Ala, yang mama kecoh sangat ni kenapa? Baru pukul 1 pagi kot. Bosan lah macam ni, balik je kena berleter, tak payah balik lagi bagus agaknya,” suara Nazira juga naik satu oktaf.

“ Pukul 1 pagi? Hei! Zira, kamu sedar tak apa yang kamu buat? Balik lewat-lewat malam? Kamu pernah tak fikir perasaan mama? Mama tunggu kamu balik rumah, sedangkan kamu berfoya-foya di luar, kamu tu anak dara, tak baik kamu balik lewat malam kamu tahu?” tengking Puan Fatimah.

Nazira berdecit. Didalam hati dia menyumpah seranah Balqis kerana dia merasakan Balqis memberitahu kemana dan apa aktivitinya balik hingga lewat malam begitu.

“ Ni semua kau punya pasal kan?” jerkah Nazira dengan pandangan tajam kearah Balqis.

“ Jangan salahkan Balqis. Berubah lah sikit Nazira, kamu dah besar panjang kan? Boleh fikir mana baik dan mana yang buruk.” Puan Fatimah mengetap gigi sambil mengawal intonasi suaranya.

“ Ah! Feedup la macam ni, bosan,” usai berkata Nazira terus menaiki anak tangga kerana tidak mahu mendengar leteran Puan Fatimah lagi.

Gedegang!!

Puan Fatimah tersentak apabila mendengar pintu yang dihempas kuat itu. Dia tahu itu adalah salah satu cara Nazira menunjukkan protesnya. Lalu Puan Fatimah  terjelepok ke atas lantai. Sungguh dia tidak berdaya lagi menasihati anak sulungnya itu.

“ Mama.” Balqis berlari mendapatkan ibunya sebaik melihat ibunya jatuh menyembah bumi.

Balqis cuba mengangkat Puan Fatimah namun kudratnya tidak seberapa lalu dia  memberanikan diri meminta pertolongan Nazira, namun lain yang diharap lain pula jadinya, tersayat hati saat diherdik, dan dimaki sesuka hati.

 “ Kak, tolonglah. Mama tak larat tu. Qis mana larat nak angkat mama.” Balqis cuba memujuk kakaknya namun Nazira hanya memandang sepi permintaan Balqis itu.

“ Ah! Kau kan anak kesayangan mama, pergilah jelah tolong mama sorang-sorang. Dah! Aku nak tidur jangan kacau. Kau keluar dari bilik aku sekarang,” arah Nazira lantas menanggalkan make-up diwajahnya.

“ Tapi kak…”

Belum sempat Balqis menghabiskan katanya Nazira terlebih dahulu mengherdik dan menolak tubuh Balqis agar keluar dari biliknya.

“ Aku kata keluar, keluar je lah. Kau ni pekak ke? Berambus dari bilik aku.” Balqis menangis tersedu-sedan mengenangkan sikap kakaknya itu, serta merta ingatannya terlayar pada seraut wajah tenang Zarina.

‘ Kan bagus kalau kak Rina tu kakak aku. Setiap hari tak ada la kena marah je, sob sob,” gumam Balqis dalam hati.

“ Mama, mari sini Balqis tolong angkat mama,” ujar Balqis sambil mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti baru lepas menangis.

“ Qis menangis? Kak Zira marah Qis ke?” tanya Puan Fatimah.


“ Mana ada, Qis kan kuat, mana boleh nangis kan mama?” seloroh Balqis.

“ Ya, anak mama ni kuat, cantik pula tu.” Puji Puan Fatimah ikhlas.
Balqis tersenyum mendengar pujian dari mamanya.

‘ Moga saja aku dapat bertemu semula dengan kak Rina,” Balqis menitipkan doa pada yang Maha Esa.


                                *********************


Daniel mengesat peluh yang merenik di dahi dengan sapu tangannya. Sungguh dia panik bercampur gelisah berhadapan dengan seraut wajah yang serius yang dipamerkan oleh Encik Yusuf.

‘ Adui! Garangnya air muka bakal pak mertua aku ni. Mahu menangis tak berlagu aku andai hasrat ku tak diterimanya.” Daniel bertingkah dalam hati.

“ Benar kamu menyayangi Zarina?” soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Encik Yusuf kedengaran tegas.
Daniel menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan padanya itu. Kemudian dia tersenyum manis lantas memandang tepat ke wajah Encik Yusuf.

“ Saya ikhlas sayangkan Rina, dan saya mahu menjadikan Zarina yang halal buat saya.” Ujar Daniel penuh yakin.

Daniel tersenyum lega sebaik saja sebaris ayat yang disusunkan sedari semalam meluncur laju tanpa sebarang keraguan, bertambah senyumannya apabila melihat senyuman yang tersungging di bibir Puan Zulaikha.

“ Daniel boleh janji dengan mama?” soal Puan Zulaikha pula.

“ Err..jan..janji apa mama?” soalan berbalas soalan. Daniel gelisah menanti bicara Puan Zulaikha yang seterusnya.  ‘Jangan janji yang bukan-bukan dah lah. Mahu tercekik aku nak tunaikan nanti,” gumam Daniel dalam hati.

“ Janji bahawa kamu akan sayangi Rina, dan takkan pernah sakiti dia. Bolehkan?” tanya Puan Zulaikha dan Encik Yusuf serentak.

“ Insya-ALLAH selagi nyawa dikandung badan saya akan sayang dan jaga Rina sebagaimana saya jaga diri saya,” balas Daniel lalu dia memandang pada Zarina yang sedang menatang dulang yang berisi air itu.

Zarina meloretkan senyuman pada Daniel lalu melabuhkan punggung di sisi encik Yusuf.

“ Sayang, papa nak tanya sesuatu ni. Benar Rina sayangkan Daniel? Rina tak mahu fikir masak-masak?” tanya Encik Yusuf sejurus Zarina mengambil tempat disisinya.
Zarina hanya mengganggukkan kepalanya. Lalu digenggamnya tangan Encik Yusuf.

“ Rina yakin perasaan Rina. Insya-ALLAH doakan kebahagiaan kami ya papa. Rina yakin Daniel adalah yang terbaik buat Rina,” ujar Zarina lembut.

“ Papa rasa macam baru semalam je kamu lahir. Tup-tup kamu dah nak berkahwin. Papa berat hati nak lepaskan kamu,” sendu kedengaran suara Encik Yusuf.

“ Mama pun sama, hai sunyilah rumah nanti kalau anak comel mama ni tak ada,” usai Puan Zulaikha lalu mencuit dagu Zarina.

Uncle dan mama jangan risau. Saya akan jaga Zarina seperti uncle jaga dia. Dan saya amat berharap agar uncle dan mama sudi memberi saya peluang untuk membuktikan kejujuran  saya terhadap Zarina.” Encik Yusuf terpana saat terpandang mata Daniel, entah mengapa dapat dirasakan ada sinar cinta di dalam mata anak muda itu.

Puan Zulaikha yang sedang menuang air itu tersenyum senget melihat wajah Zarina yang sedang tersipu malu itu.

“ Abang tengok anak abang tu, malu-malu miow pula dia,” seloroh Puan Zulaikha.

“ Sayang ni, abang dari tadi lagi perhati muka Rina dah macam udang kena bakar, sayang baru perasan ke?” Encik Yusuf menyambut gurauan isterinya.

Mereka ketawa sebaik mendengar gurauan Encik yusuf. Daniel menarik nafas lega kerana melihat kemesraan keluarga Zarina.

‘ Patutlah Rina ni manja, rupanya hidup disayangi bagaikan puteri.’ Desis Daniel dalam hati.

 “ Daniel, jemput minum,” pelawa Encik Yusuf.
Daniel mengukir senyum lalu dicicipkan air Nescafe itu ke bibir.

“ Macam ni lah Daniel, uncle minta Daniel bawa wakil untuk merisik. Yelah kita pun ada adat kan? Dengan lapang dada Insya-ALLAH uncle akan terima seandainya benar Daniel jujur dengan anak kesayangan uncle ni,” ujar Encik Yusuf seraya menatap wajah ayu Zarina.

“ Tapi awas! Jangan sesekali lukakan hati anak mama ok!” tegas amaran yang Puan Zulaikha tuturkan membuatkan Daniel menelan liurnya.

“ Baiklah Puan Zulaikha, patik menurut perintah,” seloroh Daniel membuatkan rumah teres Encik Yusuf  itu gamat dengan gelak tawa mereka.



Daniel mencapai telefon yang diletakkan didalam saku seluar, melihat nama Nazira yang terpampang di skrin membuatkan jiwanya yang tenang kini keresahan. Mujur baik dia sudah pulang dari rumah Zarina.

“ Apa pula Zira ni nak? Rimas betul la,” ujar Daniel dengan perasaan meluat.
Sengaja dibiarkan deringan itu mati dengan sendirinya. Malas mahu melayan Nazira. Sudahlah penat memandu dari Kuantan masih bersisa.

Namun belum sempat Daniel melelapkan matanya telefonnya bordering lagi, lantas dengan perasaan malas dia menekan butang hijau untuk menjawab panggilan itu.

“ Kenapa susah sangat I nak jumpa you sekarang ni? I call you many times but you didn’t answer my call. Daniel Ezairy please. I rindukan you,”rengek Nazira ingin menggoda sebenarnya.

Daniel merengus kasar mengenangkan sikap Nazira yang seperti perigi mencari timba itu. Sedangkan sudah berkali ditegaskan pada Nazira bahawa mereka hanyalah sahabat, namun Nazira hanya buat tidak mengerti sahaja.

“ You nak apa ni sebenarnya Zira? I penat sangat ni,” tutur Daniel dingin.

“ I nak jumpa you esok, tolonglah I rindukan you. You tahu kan I tak boleh hidup tanpa you, I boleh jadi sasau kalau you abaikan I,” suara Nazira bagaikan separuh  merayu.

“ Kenapa dengan you  ni? Susah sangat ke nak faham? Oklah, memandangkan I pun ada hal penting nak cakapkan pada you esok I akan jumpa you di Restoran Sweet Apple.” Daniel memutuskan ingin berterung terang saja pada Nazira tentang hubungannya dan juga Zarina.

“ Ok, sayang jumpa you esok ya.” Nazira menamatkan panggilan bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

                                

“ Kakak!” panggil Balqis sebaik melihat kelibat Zarina yang sedang menghayun langkah laju.
                                                         ZARINA

Zarina berpaling sebaik mendengar namanya diseru. Lantas dia tersenyum manis sebaik melihat Balqis yang sedang menghampirinya.

“ Kakak kemana? Puas Qis cari akak. Oh, ya lupa. Abang mari lah sini,” gamit Balqis pada seseorang.

Zarina melingas mata mencari orang yang dimaksudkan oleh Balqis, alangkah kagetnya melihat wajah tampan yang berdiri di sebelah Balqis itu.

‘ Macam kenal je mamat ni.” detik Zarina dalam hati.


                                                           RYAN IRFAN

“ Amacam? Cantik tak kakak bidadari yang Qis maksudkan?” soalan Balqis itu membuatkan Ryan mengukir senyuman manis.

“ Ya, sayang. Memang cantik. Terpikat abang tengok keayuan yang ada pada ‘kakak bidadari’ ni,” usik Ryan.

Zarina hairan bagaimanakah Balqis mengenali jejaka yang dikenalinya sebagai Ryan itu. Dia mengerutkan dahi cuba untuk berfikir namun mindanya tidak dapat diproses kerana otaknya sedang jammed, heh ingat jalan raya je boleh jammed? Otak pun boleh jammed kalau tak kena caranya.


“ Err.. Macam mana Qis kenal  dengan abang handsome ni?” bisik Zarina di telinga Balqis. Sengaja tidak mahu memuji didepan tuannya, takut Ryan akan perasan pula nanti.

“ Tak baik berbisik kalau ada orang lain disekeliling awak tahu?” tegur Ryan lantas tersenyum pada Zarina.

‘ Cantiknya minah ni.” tanpa sedar Ryan memuji akan kecantikkan yang dimiliki Zarina.
Ryan berpaling saat Balqis menarik tangannya. Hilang sudah segala angannya sebentar tadi. Lantas Ryan tersenyum melihat Balqis yang sudahpun duduk bersebelahan Zarina.

“ Kak Rina sihat ke? Kakak tak jawab lagi soalan Qis.” Celoteh Balqis.

“ Oo, kak Rina sihat. Kak Rina bercuti. Mungkin waktu Qis cari akak tu akak sedang bercuti lagi,”ujar Zarina lalu mengelus lembut rambut Balqis.

“ Cik Rina bercuti? Patutlah kedai tak buka,” tutur Ryan memulakan perbualan.

“ Rina ke Kuantan. Awak panggil saya Rina je, Tak perlu nak cik-cik. Formal sangat,” usai berkata Zarina ketawa kecil.

Ryan menatap keindahan yang ada pada Zarina.Dalam diam dia membandingkan perbezaan antara Nazira dan juga Zarina. Pada Ryan kedua-dua wanita itu sama cantik namun jika sikap pastilah 
Zarina yang lebih segalanya dari Nazira.

‘ Baru aku sedar, kenapa Ehsan anti sangat dengan Nazira. Cuma aku yang bodoh cintakan dia, sedangkan dia. Heh.’ Getus hati kecil Ryan.




nota kaki-hope puas hati n3 kali ni :)
p/s- jgn lupe drop komen.

6 comments:

Domi Nisa said...

deabak!

nur naa'irah said...

salam...nice..cian balqis..ade gak kakak yg camni kan..huhu

nurul nuqman said...

Apa yang deabak 2 cik domi nisa??hehe

panjang skit xn3 kali ni?

nurul nuqman said...
This comment has been removed by the author.
nurul nuqman said...
This comment has been removed by the author.
nurul nuqman said...

nur- dialam realiti juga masih ada kot akak yang macam Zira tu. :)

thanks sudi singgah komen.