BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 2



Sedang asyik Zarina menyisir rambutnya tiba-tiba ingatannya kembali mengingati saat pertama kali dia mengenali insan yang dekat di hatinya kini, iaitu Daniel Ezairy.

" Wei, perempuan yang kau jalan terhegeh-hegeh tu kenapa? Cepat lah sikit."Ahirah sedikit menjerit apabila melihat Zarina tertinggal di belakang.


' Aduh! sudah la kaki aku sakit ni. Boleh pula suruh aku jalan cepat-cepat, ni semua kau punya pasal Athirah. Beria paksa aku make-up bagai, macam la aku nak pergi cari jodoh. Majlis kesyukuran je pun. Tak apa kau tunggu la nanti aku pelangkung kau, biar jadi gelong sekejap.' He he.. omel Zarina dalam hati.

" Dah, pulak yang kau senyum-senyum macam kerang busuk tu kenapa? Cepat la sikit." Bebel Athirah geram dengan sikap kawan nya itu. Bukannya dia tidak tahu Zarina gemar tarik muka apabila dipaksa lakukan sesuatu yang tidak digemarinya, kalau dipaksa juga secara automatic mulut Zarina akan muncung sedepa. Silap hari bulan siap boleh gantung baju free lagi. Ha ha ha!!

" Cik Zarina sayang cepat la. Kawan-kawan dah ramai tunggu tu. Dan yang lebih penting aku nak kenalkan kau pada seseorang." usai Athirah  berkata sepantas kilat itu juga dia menarik tangan sahabatnya itu.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk kedengaran bacaan Yassin dibaca dengan tertib sekali. Serasakan tenang hati Zarina mendengarkan alunan bacaan Yassin itu. Zarina terus sahaja duduk di sebelah ibu Athirah, Mak Cik Gayah. Dan entah mengapa bagaikan ada magnet yang menarik Zarina untuk terus dan terus menatap jejaka yang memakai baju melayu yang sama tona dengannya iaitu warna hijau pucuk pisang. Sedang asyik Zarina menatap wajah jejaka itu tiba-tiba si jejaka memanggung kepalanya apabila menyedari dirinya diperhatikan. Namun dengan kadar segera itu juga lah Zarina melarikan pandangannya dan meneruskan bacaan yang tergendala tadi.

Usai sahaja bacaan Yassin tetamu dihidangkan pula dengan lauk-pauk yang sederhana ringkas. Cukup lah sekadar masak lemak nenas bersama ikan talang masin, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan gelama masin,ayam goreng berempah juga sedikit buah-buahan. Itu pun sudah memadai kerana Athirah bukan lah berasal dari keluarga yang berada. Hanya cukup-cukup makan sahaja. Tetapi ada satu sikap Athirah yang amat dikagumi oleh Zarina. Athirah tidak pernah membebani ibu nya walaupun dia sendiri memerlukan wang.

Sementara itu di dapur riuh rendah dengan suara sahabat Athirah yang mengucapkan selamat ulang tahun dan tak kurang juga yang memberi hadiah.

" Selamat hari tua ya Athirah."ujar Syah jiran kepada Athirah disambut dengan ketawa rakan-rakan nya yang lain.

" Ini sudah lebih. Aku ni umur saja tua tapi jangan tak tahu aku tetap muda, kan Rina?" omel Athirah tidak mahu mengalah.

" Iya, selamat hari lahir Athirah, semoga kehidupan kau di berkati oleh Nya." ujar Zarina lantas memeluk tubuh sahabat yang di sayangi nya itu.

" Ok lah, Athi kami balik dulu." Syah meminta diri diikuti sahabat nya yang lain meninggalkan Athirah dan Zarina berdua sahaja.

Selesai sahaja dapur dikemas Athirah mengajak Zarina duduk di pondok luar rumah nya itu. Sebenarnya Athirah ada misi untuk mengenalkan Zarina dengan abangnya.


Kedengaran bunyi petikan gitar yang sungguh gemersik, menarik hati hati Zarina untuk mengetahui siapa kah yang sedang membelakanginya itu.

'menatap indahnya senyuman 
di wajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya citra terindah
saat kau peluk mesra tubuhku'


' Eh, siapa mamat ni ye? Macam tahu je lagu favorite aku.' Zarina mengomel perlahan.

' Banyak kata 
yang tak mampu ku ungkapkan
 kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang menyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku'

' Wah,lunak merdunya suara dia, eh Athirah tak pernah pula cerita tentang mamat yang handsome lagi macho ni. Erm, bila tengok muka mamat ni sebijik a.k.a sama  macam muka pelakon Fizo Omar tu,serius aku tak tipu. Macam fotocopy je.' Hati Zarina berdetik.

Kedengaran bunyi tepukan dari arah belakang, lantas jejaka itu menoleh ke belakang.

" Amboi, abang feeling betul sampai Athi berdiri lama duk perhati abang pun tak sedar," ujar Athirah dan dengan selamba nya duduk bersebelahan abangnya.


**************** 


Dup! Dap! Dup! Dap!

' Uis, apahal pula hati aku ni? Dah nak tercabut rasanya.' si jejaka bermonolog dalam hati sambil mata tidak lepas memandang wajah ayu gadis di depannya itu


" Eheem-eheem." Athirah berdehem untuk tarik perhatian abangnya yang sedari tadi asyik memandang sahabatnya Zarina.

' Ui, bila cinta dah berputik. Ha berjaya pun rancangan aku.' omel Athirah dalam hati.

" Abang, kenalkan ni kawan baik Athi. Namanya Zarina, ha Rina aku tahu kau tertanya-tanya kan? Memang aku tak pernah cerita pasal abang aku ni sebab aku nak kau jumpa dengan tuan body nya sendiri." Athirah berkata sambil matanya melirik pada sahabat dan abangnya itu, lantas tersenyum melihat gelagat dua insan kesayangan nya itu.

" Oh, saya Daniel Ezairy. Abang kepada Athirah si budak nakal ni. Nice to meet you." Lembut suara Daniel Ezairy berkata sambil menghulurkan tangannya pada Zarina, Gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu.

Zarina hanya mengangguk, tidak di sambutnya salam  yang dihulur. Lantas Daniel Ezairy menarik kembali tangannya saat menyedari salam yang dihulur tidak bersambut.

" Maaf, bukan saya tidak mahu menyambut huluran salam awak, tetapi syariat Islam membataskan. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan bukan? Saya Zarina"

Lantas Zarina melemparkan senyuman manis pada Daniel Ezairy. Terserlah lesung pipit nya di kedua-dua belah pipi. Tampak cukup menawan. 

Daniel Ezairy terpaku saat melihat senyuman manis Zarina. Terasa bagaikan Zarina ialah bidadari dari kayangan yang turun tuk menemani hidup nya yang kesepian.

 ' Manisnya senyuman dia. Perwatakannya juga lembut. Bertuah siapa yang memilikinya.' Hati kecil Daniel berkutik.

Daniel menarik nafas panjang dan dihembuskan perlahan-lahan. Matanya tidak puas memandang wajah Zarina yang persis wajah pelakon yang di minati nya iaitu Izzara Aishah.

" Abang, kenapa pandang Rina macam tu? Tengok tu Rina dah malu dengan renungan  menusuk kalbu abang tu." Athirah bersuara lantas menampar lembut bahu abangnya, Zarina pula segera mencubit paha Athirah.

" Aduh! mana pula datangnya ketam ni? Setahu Athi rumah kita ni jauh dari pantai. Abang! dengar tak apa Athi cakap ni?" usai Athirah berkata sengaja di gawangkan tangan nya di depan wajah Daniel.

" Ha, apa?" soal Daniel kebingungan

" Athi rasa ada orang dah jatuh cinta la. Cinta pandang pertama." usik Athirah tanpa menjawab soalan abangnya.


Wajah Daniel  dan Zarina berubah rona pabila diusik sebegitu

' Uis, tolong la Athi jaga la sikit maruah sahabat kau ni, aduh! malu tahap gaban dah aku ni.' omel Zarina di dalam hati sambil matanya di jegilkan pada Athirah.


" Athi cakap apa ni? Abang cuma terpegun lihat senyuman manis  Zarina." Zarina tersipu malu mendengar jawapan Daniel.

Dan dengan selamba nya Athirah menyumbangkan lagu 'Luahan hati' versi kristal.

' Pertama kali ku
 dengar suaramu
sayu nya hatiku
merindui dirimu'

' Ya Allah, aku hanya mampu berdoa padamu, jika ditakdirkan Zarina untuk ku, permudah kan segala urusan kami, Amin ya Rab.' Daniel sempat menitipkan doa di dalam hati

'walaupun baru kita
bersua muka namun
aku tetap
jatuh cinta'

" Amboi, suka nya kau kena kan aku. Dah la Athi silap hari bulan karang hujan pula, eh, katak pun takut tau dengar suara kau." usik Zarina.

" Eleh, cakap je la kau suka kan. Bukan ke setiap malam kau minta aku nyanyikan lagu untuk kau? hu hu." balas Athirah pula tidak mahu mengalah.

****************

Lamunan Zarina terhenti saat dia mendengar ringtone 'Tercipta Untukku' bergema di telefon bimbitnya. Lantas tanpa melihat skrin terus sahaja ditekan punat hijau untuk menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum, Daniel." sapa Zarina dengan suara yang ceria

" Waalaikumsalam, eh ceria saja suara. Ada apa-apa yang Daniel tak tahu ke?" soal Daniel kehairanan

" Tak ada apa, cuma Rina teringat first kita kenal, rasa macam baru saja kita kenal bukan?" Sengaja Zarina melembutkan suaranya ingin menduga hati Daniel.

 " Betul tu, masih terimbas saat Athi dengan selamba nya sumbangkan lagu Kristal tu." Daniel mengubah posisi setelah letih berdiri, kini dia baring di atas katil.

" Ha'ah kan, selamba  Athi saja sumbangkan kan lagu orang. tapi sebenarnya tak la sumbang sangat suaranya, cuma ya lah Athi kan pantang di puji. Nanti puji sikit mula lah bangga pula kan." Zarina bersuara setelah masing-masing berjeda.


" Iya, Athi pantang dipuji, macam Rina la kan." 

" Amboi, macam awak la tu. Tak nak mengaku pula." Zarina menahan ketawa yang hampir terburai.

Seketika mereka berjeda. Daniel sedang asyik melihat aksi cicak di syiling yang kelihatannya sedang bergaduh. Sedang asyik dia melihat cicak itu tiba-tiba salah seekor cicak itu telah jatuh di atas paha nya, dan akibat terlalu terkejut maka nya jatuh lah Daniel dari pembaringan bak buah Nangka busuk.

Gedebuk!!



' Aduh! mahu patah riuk tulang aku, apa punya cicak daa,banyak-banyak tempat kau nak landing, atas paha aku juga yang kau pilih.' Daniel menyumpah seranah cicak yang menyebabkan dia jatuh katil itu tadi.


" Daniel, awak tak apa-apa ke?bunyi apa tadi? kuat benar bunyinya?" soal Zarina cemas

" Tak ada apa lah, sayang juga awak pada saya ye." seloroh Daniel tidak mahu merisaukan Zarina.

" Ok lah,dah lewat malam ni sayang, tidur la. Jangan lupa esok kita jumpa ye." usai berkata Daniel segera mematikan talian tidak mahu mendengar sebarang alasan Zarina

****

' Aik,sejak bila pula dah pandai bersayang-mayang ni?" sambil tersenyum Zarina merenung potret Daniel.

' Sungguh, kerinduan nya terhadap Daniel sukar di bendung. Alunan cinta mengalir tenang dalam hatiku. Sungguh aku tak bisa membohongi lagi hatiku ini.  Kehadirannya membuat hatiku merasakan ketenangan hinggakan hadirnya menggembirakan, perginya melukakan. Ya Allah,kini aku tak mampu lagi bernafas tanpa kehadiran Daniel di sisiku' 

Sejam setelah Daniel menelefon Zarina tiba-tiba bunyi irama lagu 'tanpa' dari telefon bimbitnya membuatkan Daniel sedikit tersentak.

" Rina, rindu sangat ke dengan saya? Dah tak sabar nak jumpa saya ke?" soal Daniel tanpa melihat skrin telefon siapa kah gerangan si pemanggil

 " Ezairy, siapa Rina tu ha? You jangan nak buat i marah."ujar Nazira dengan suara yang menyinga

" Eh, Nazira. sorry i tak tengok skrin telefon tadi. I ingatkan Rina sepupu i tadi. " Bohong Daniel.

" Oh, ye ke? i rindukan you. kita jumpa esok boleh tak?" Tutur Nazira dengan suara yang menggoda.

" Maaflah, i busy esok. Kita jumpa lain kali la ye. Maaf i dah mengantuk sangat ni, i penat, harap you faham." usai berkata dengan kadar segera juga Daniel mematikan talian.

Makin lama layan Nazira ni boleh gelong aku jadi nya.

" Kenapalah Nazira ni sibuk sangat ha? Bukannya aku ni pakwe dia. Ah! aku lemas dengan sikap geletik Nazira tu. Tak macam Zarina yang sentiasa membuai perasaan aku, rindu bila tak bertemu, bah kan saat dia di depan mata pun kerinduan aku tetap menggunung buatnya. Adakah ini cinta? Dan cintakah aku padanya? Ah! anehnya perasaan." omel Daniel sendirian

" Aku mesti siasat siapa Rina dalam hidup Ezairy.Kalau perempuan tu yang Daniel idamkan sangat aku akan pisah kan dia orang." tegas Nazira lantas ketawa berdekah-dekah.


2 comments:

Cik Myn Famieza said...

Salam atam...

wah..... Daniel Ezairy,,, cantik nama...
Daniel kena sedas dgn Zarina...
ingat tu Daniel, mana boleh bersalam dgn bukan muhrim...

aduhaiii... siapa pula Nazira ni? Teman wanita Daniel ke erk? betul tak? macam jahat ja pun...huhuhu

good, good,,,min suka...

nak lagi?!

Unknown said...

waalaikumsalam,acu.siapa nazira.......tunggu episod seterusnya..hihi