SINOPSIS CINTA BILANG BENCI









SINOPSIS

Putri Erina Batrisya, seorang gadis genit yang sangat polos, berkawan dengan seorang jejaka tampan yang bernama Aidil Zafran. Entah di mana silapnya, tiba- tiba setelah pertemuan semula antara dua hati ini telah memekarkan lagi rasa cinta di hati Aidil Zafran, namun tidak pada sekeping hati milik Putri Erina Batrisya.

Baik Aidil Zafran mahupun Putri Erina Batrisya, keduanya tergamam saat mendengar rancangan untuk menyatukan mereka dalam ikatan yang sah.

' Aku tak boleh kahwin dengan Zaf. Dia kawan aku. Aku harus gagalkan rancangan ibu ni. Tak rela aku kahwin dengan sahabat sendiri.' ~Putri Erina Batrisya~

Mana mampu Erina menerima Zafran sedangkan di hati cuma mengganggapnya sebagai teman. Mana mungkin Erina mencintai Zafran sedangkan mereka membesar dan melalui suka duka bersama..

Zafran pula sebaliknya, dari mula kenal Erina sehingga besar,  dia amat mencintai dan menyayangi Erina.

' Hanya aku yang tahu dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' ~Aidil Zafran~

Mampukah Erina menerima Zafran? Apakah reaksi Erina apabila mengetahui rahsia hati Zafran? Mampukah mereka bahagia? Cinta Bilang Benci, sesuaikah perkataan itu buat seorang gadis polos tetapi ego seperti Putri Erina Batrisya?

2 comments:

Sha said...

menarik..

nurul nuqman said...

tq kak sha..teruskan baca untuk tahu next hehe