CINTA BILANG BENCI BAB 15

BY= ARYSSA NAJWA tq ary :)















“ Rin, jujur Zaf kata. Zaf takut sangat andai Rin berpaling pada Khuzaimi. Zaf rasa takut, tak boleh terima erti kehilangan tu,” ujar Zafran perlahan lalu dia mengerling Erina disebelahnya.

“ Andai sudah ditakdirkan bahawa Rin jodoh Zaf, maka Rin tetap akan jadi milik Zaf. Zaf tak perlu risau soal tu ya,” pujuk Erina dengan lembut seraya tersenyum manis kepada Zafran.

Zafran terpaku melihat senyuman Erina yang memukau itu. Terasa hanya mereka sahaja yang sedang menghuni muka bumi ini.

Dari kejauhan Selly melihat jejaka yang didambakannya selama ini. Lantas dia mengatur langkah untuk mendapatkan jejaka itu.







“ Hi, handsome. Why you didn’t call me? I’m waiting for your call. I really miss you.” Tutur Selly dengan suara yang menggoda, sengaja digeselkan tubuhnya berdekatan tubuh Zafran.
Zafran menepis dengan lembut tangan gadis itu. Walaupun dia tidak suka perlakuan gadis itu namun dia juga harus menjaga air muka dan juga maruah gadis itu tambahan pula mereka berada awam.

“ Maaf saudari. Saya tak kenal awak. Awak mungkin dah salah orang,” ujar Zafran dengan lembut lantas dia mengatur langkah ingin berlalu. Namun langkahnya terhenti saat gadis itu menghalang laluannya.

“ Sampai hati you handsome. I rindukan you setiap saat tau. Tak kan you lupa? You pernah langgar I tau. I selly la. Don’t you remember me?” rajuk Selly sambil tangan bermain didada Zafran.

Erina mengetap bibir geram. Tersa ingin sahaja dia menampar wajah gadis yang menggoda Zafran itu. Macamlah dia tunggul disitu sehingga kewujudannya seolah tiada impak pada gadis itu.

“ Ehem-ehem. Awak ni siapa? Tahu tak siapa lelaki yang awak pegang tu? Ini bakal suami saya. Tak payah nak jadi lalang dekat sini. Menyampah saya tengok. Nak muntah saya.” Tempelak Erina dengan berani.

“ You… kurang ajar.” Selly mengangkat tangan untuk menampar wajah Erina sepantas kilat itu juga Zafran menepis kasar tangan Selly.

“ Selagi saya hidup, takkan ada seorang pun boleh sakiti Erina. Termasuklah awak. Lagipun apa yang dikatakan Erina tu betul.” Zafran turut menempelak Selly. Merah padam wajah Selly apabila jejaka yang didambanya memarahinya dihadapan Erina.

“ You ni sombong la. I dah lama tau sukakan you. Sejak you terlanggar I dua bulan lepas,” ujar Selly lantas tangannya melingkari pinggang Zafran.

Mercerlung mata Erina melihat keberanian Selly, yang tidak segan silu memaut erat pinggang Zafran. Serta-merta hatinya mendidih, lantas dia cuba untuk membasuh Selly. Namun Zafran bertindak dengan lebih pantas.

Don’t touch me! Dengar sini baik-baik. Saya tak kenal awak, dan saya takde masa nak kenal dengan minah gedik macam awak. Jangan ganggu saya lagi. Saya tak suka perempuan yang jenis menggedik,” perli Zafran seraya mengatur langkah meninggalkan Selly.

“ Macam-macam hal. Lepas satu-satu masalah yang datang. Banyak benar dugaannya. Rin takut la macam ni,” luah Erina akan kebimbangannya tika itu.

“ Sabarlah Rin, ini semua dugaan ALLAH. Dia memberi ujian kepada kita, untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita. Dan setakat mana kesanggupan kita, untuk menerima ujian dariNya. Jangan mengeluh. Kita diuji menandakan ALLAH sayangkan kita. Okey sayang? Jangan mengeluh lagi ya.” Erina merasa tenang mendengar pertuturan Zafran yang lembut itu. Terasa hatinya yang membara itu serta merta, sejuk bagaikan sedang berada di dalam peti ais saja. Kedinginannya jelas terasa.

“ Rin, Rin.” Erina tersedar dari lamunan saat Zafran menggawangkan tangan didepannya.

“ Ha, kenapa?” soal Erina sambil cuba mengawal intonasi suaranya.

“ Berangan. Penat Zaf bebel tau,” omel Zafran lalu dia mengangkat tangan menyapa Farah sebaik terlihat susuk tubuh sahabatnya.

“ Ha, sampai pun kau beb. Siapa ni? Cantiknya. Tak mahu kenalkan dengan aku ke?” usik Farah bersahaja.

Erina tersipu malu mendengar pujian itu. Cantik juga minah ni. Siapa dia ya? Comel sangat wajahnya. Ni ke Farah erk? Erina tertanya-tanya sendirian.

“ Rin, kenalkan inilah Farah. Dan Farah, inilah kekasih yang dulu hilang. Dia dah kembali pulang kepangkuan aku,” Zafran memperkenalkan Erina dan Farah.

“ Hai Erina. Cantik  namanya, seindah orangnya,” Farah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Erina.

FARAH




“ Awak pun apa kurangnya Farah. Cantik juga. Dah lama kenal Zaf?” soal Erina setelah bersalam dengan Farah.

“ Sejak kolej. Zaf tak cerita pada Rin?” Farah menyoal lantas menarik tangan Erina agar duduk di meja berdekatan.

“ Berboraklah dulu ya. Zaf nak jumpa Faiz sekejap. Farah, jaga Rin untuk aku okey?” pesan Zafran seraya mengenyitkan mata.

“ Tahu la aku. Dah la pergi la cari Faiz tu.” Erina hanya tersenyum melihat keakraban Zafran dan juga gadis tomboy dihadapannya itu.

Farah tersenyum manis melihat seraut wajah Erina. Tampak manis biarpun hanya secalit gincu yang dikenakan. Cantik, patutlah Zafran tergilakan kau. Sekarang tak heran la kenapa minah-minah gedik dekat kolej tu tak pernah dipandang Zaf. Detik Farah didalam hati.

“ Err… Rin, sebenarnya aku nak cakap sikit. Kau beruntung tahu? Miliki Zaf. Dia tu sangat baik, penyanyang. Dan dia cukup sabar orangnya.” Erina terpana mendengar bicara Farah yang mula menukar panggilan saya-awak kepada aku-kau.

“ Apa maksud awak Farah? Beruntung? Zaf penyabar? Tapi…” mati kata-kata Erina. Lantas dia cuba mengingati saat perkenalan dia dan Zafran. Sehingga mereka terpisah dan dipertemukan kembali.

Tapi betul juga kan? Zaf memang jarang marah. Walaupun aku dah sakitkan hati dia sekali pun dia memang susah nak marah. Detik Erina didalam hati.

“ Ya, kau  beruntung. Sangat beruntung. Kau tahu tak? Semasa kami belajar berapa ramai gadis yang tergilakan Zaf? Termasuklah lecture, pun jatuh cinta pada Zaf. Disebabkan sikap Zaf yang baik, penyanyang that’s why ramai yang tergilakan dia. Dulu aku nyaris-nyaris jatuh cinta pada Zaf.  Tapi aku sedar siapalah aku untuk sukakan dia.” Farah berjeda seketika.

“ Err… mustahil Zaf tiada kekasih saat itu. Yalah, Zaf tukan handsome, baik. Awak kan kawan dia takkan la tak tahu kan?” Erina menyoal seraya matanya melingaskan matanya mencari kelibat Zafran.

“ Zaf tak pernah layan semua gadis-gadis tu. Aku ni bertuah la kiranya, jadi sahabat karib, dan juga sahabat untuk Zaf meluahkan isi hatinya.” Farah melemparkan senyuman manis buat Erina.

‘ Isi hati bahawa dia sememangnya cintakan kau Rin, maaf. Aku rasa bukan masa yang sesuai untuk kau tahu akan semua ini. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Dan aku yakin, Zaf akan beritahu kau, akan isi hatinya itu.” Getus hati kecil Farah.

“ Zaf pernah marah-marah tak sewaktu belajar?” Erina bertanya lebih lanjut.

“ Tidak, dia tak pernah marah, melainkan sesuatu perkara yang dia sayang disentuh, meledaklah kemarahannya. Ada satu hari tu, ada seorang pelajar wanita ni dia dah hilangkan satu potret yang amat dia sayang. Memang marah habis Zaf dengan budak tu, sampai selak budak tu menangis.” Farah ketawa dihujung katanya.

“ Siapa nama budak tu?” Erina menyoal lagi.

“ Okey, terima kasih sebab faham bro,” ujar Faiz seraya menepuk lembut bahu Zafran.

“ Nama budak tu Camelia. Kau jangan cakap apa-apa kat Zaf tau.” Bisik Farah ditelinga Erina.

“ Hai, Rin saya pergi dulu ya.” Sapa Faiz sebelum berlalu.

“ Tengoklah Rin, bukan main gembira lagi nak jumpa buah hati,” ujar Zafran seraya tersengih nakal.

“ Eleh, cakap orang. Yang kau tu, dah jumpa semula bidadari hati  kau boleh la cakap macam tu,” usik Farah selamba. Zafran sudah menundukkan kepala, malu pula disakat begitu oleh sahabatnya dihadapan Erina pula tu.

Erina ketawa kecil melihat wajah Zafran yang merona merah bak udang yang dipanggang itu. Terasa geli hatinya melihat sikap selamba Farah mengenakan Zafran.

~*~*~*~*~*~*

BOUTIQUE ZAFRIN

“ Assalamualaikum,” Farhana menoleh apabila mendengar suara orang memberi salam.

“ Wa…  waalaikumsalam. Faiz. Awak Faiz kan?” soal Farhana teragak-agak.

“ Ana masih ingat Iz? Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU. Alhamdulillah. Ana, dah lama Iz cari Ana, tapi selalu juga perasaan kecewa tu hadir. Benci sangat ke Ana pada Iz?” soal Faiz, suaranya kedengaran serak seperti ingin menangis.

“ Iz, bukan macam tu. Tapi… Ana…” Farhana kehilangan kata-katanya.

“ Ana, Iz minta maaf bagi pihak ummi. Iz tahu, sebenarnya ummi ada hina Ana kan? Sebab tu Ana jauhkan diri dari Iz. Betul kan?” Faiz menebak lalu dia bersandar pada dinding.

“ Iz, sebenarnya… err… Ana minta maaf kerana tidak pertahankan kasih kita. Tapi Iz…” kelu lidah Farhana apabila melihat Faiz menitiskan airmatanya. Sungguh, dia tidak tahu atas alasan apa airmata itu mengalir.

“ Farhana binti Kassim sudi tak awak menjadi isteri saya Faiz Aryan? Iz benar-benar sayangkan Ana. I need you in my life. Will you married me?” Farhana tergamam saat Faiz melutut dihadapannya.

“ Iz, bangunlah. Ana pun sayangkan Iz… tapi bagaimana pula penerimaan ummi Iz? Ana tidak mahu kecewa buat kesekian kalinya. Ana tak mahu kehilangan buat kali kedua. Ana tak mampu jalani hidup setabah Rin dan juga Zafran.  Walaupun terpisah tapi kasih mereka tetap utuh. Ana mengaku memang kasih Ana tetap utuh buat Iz. Tapi Iz, kata-kata hinaan yang dilemparkan pada Ana telah melemahkan Ana. Kalau boleh memang Ana nak hubungan kita seperti dulu, tapi Iz…” Farhana tidak dapat meneruskan katanya kerana sebak yang mula menguasai dirinya.

“ Ana, tolong jangan menangis. Ana, Ana please if you love me don’t cry. Iz tak sanggup lihat airmata Ana gugur kerana Iz,” luah Faiz seraya mengesat airmatanya.

“ Cakap orang, dia pun menangis juga.” Farhana tertawa dihujung katanya. Faiz turut ketawa mendengar usikan Farhana.

“ Ana terima lamaran Iz? Tak apa, ambil la seberapa lama masa yang Ana perlukan. Iz sanggup tunggu. Asalkan Ana ta lari lagi. Tak sanggup dah rasanya nak berjauhan dari Ana. Rasa macam orang gila bayang je,” ujar Faiz seraya menepuk seluar di bahagian lututnya yang kotor kerana melutut tadi.

“ Yelah tu macam gila bayang. Entah-entah dah jumpa pengganti Ana tak?” usik Farhana seraya tersengih nakal.

“ Amboi, ingat Iz ni apa? Iz bukan playboy. Senang tukar ganti pasangan macam tukar baju,” ujar Faiz seperti berjauh hati.

“ Mana la tahu, dulu Ana kan debab. Tak sesuai untuk Iz,” luah Farhana pula.

“ Farhana binti Kassim, debab bukan sebarang debab tau. Debab yang sangat memikat hati, comel, kalau merajuk tu kan, si debab Iz ni suka buat muka duckface tau. Comel sangat. Ha ha…” Faiz sudah melambakkan tawanya, apabila melihat Farhana yang menjengilkan mata memandangnya itu.





“ Iz!! Ya ALLAH. Perangai tak berubah kan? Geram tau tak.  Iz ni memang suka kan buat Ana marah,” rajuk Farhana.

“ Ala, Iz gurau je la. Ana tetap cantik. Tak kira debab ke apa, yang penting Iz suka. You look so different. Makin cantik dan ayu. Alhamdulillah, akhirnya Ana dapat hidayah dariNya. Boleh Iz err… tanya sesuatu?” soal Faiz teragak-agak.

“ Tanya apa Faiz?” Farhana tersenyum sambil tangan membetulkan baju yang dipakaikan pada patung sebentar tadi.

“ Err… sebenarnya sejak bila Ana bertudung? Dan err… macam mana Ana err..” Faiz kehilangan kata-kata sebaik sepasang mata redup Farhana merenungnya.

“ Macam mana apa? Kurus? Itu yang Iz nak tanya ke?” soal Farhana dengan lembut.
Faiz tergamam. Tidak tahu bagaimana ingin berbicara. Dia kagum kerana Farhana sentiasa memahami apa yang difikirkannya itu. Kerana sikap itulah dia jatuh hati pada Farhana. Sayangnya, perhubungan mereka ditentang  oleh keluarganya, hanya kerana Farhana memiliki tubuh badan yang agak besar.

“Iz, Iz. Berangan pula dia.” Omel Farhana seraya memetik jari dihadapan mata Faiz.

“ Ana tak marah dengan soalan Iz tadi kan?” soal Faiz, bimbang seandainya gadis dihadapannya terasa hati.

“ Ana okey saja. Ana bertudung sejak kita putus. Sebab Ana selalu dengar ceramah Ustaz Halim di masjid, waktu di kampung dulu. Ana kurus sebab hari tu Ana sakit. Hampir sebulan juga sakit. Ana takde selera nak makan. Takde semangat nak teruskan hidup. Macam lemah sangat,” luah Farhana seraya menundukkan wajah mengingati saat-saat kejatuhannya.

“ Ya ALLAH, maafkan Iz. Bodohkan Iz? Tak mampu untuk pertahankan kasih kita. Iz rasa Iz tak layak untuk Ana,” ujar Faiz sambil mata merenung tepat anak mata Farhana.

“ Ana, eh la ada Faiz ke? Beb, kau tak mahu makan ke? Dah nak dekat lunch time ni. jom,” pelawa Nadia seraya mengambil tas tangannya.

“ Iz nak ikut Ana boleh?” pinta Faiz penuh mengharap. Hatinya resah apabila Farhana hanya berdiam seolah tidak mendengar akan permintaannya itu.

“ Ana!” Faiz menjerit kecil. Spontan Farhana memandang wajahnya.
Kenapa pula Faiz ni? Jerit nama aku? Sihat ke tidak? Ish! Pening aku. Getus Farhana didalam hati.

“ Ana dengar tak? Iz kata nak ikut. Boleh eh,” pinta Faiz lagi. Kali ini dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

“ Jomlah, Iz belanja Ana dan Nadia okey?” Farhana mengenakan syarat kepada Faiz.

Mereka menaiki kereta Honda Accord milik Faiz untuk ke gerai berdekatan. Sepi antara mereka. Masing-masing melayani perasaan.

‘ Untungnya Ana. Bertuah sangat memiliki seorang lelaki yang sangat peyayang. Ya ALLAH, kuatkan la hatiku untuk menerima ujianMU,” Nadia menitipkan doa pada Yang Maha Esa.

‘ Ya ALLAh, lembutkanlah hati Farhana untuk menerima kehadiranku semula. Sesungguhnya hati ini terlalu sayangkan dia. Namun aku pohon Ya ALLAH, janganlah melalaikanku untuk mengejar cintamu Ya RABB,” rintih Faiz seraya cuba untuk memfokuskan pemanduannya.

‘ Jika dia benar untukku dekatkan hatiku dengan hatinya, jika dia bukan untukku, redhai la hatiku dengan ketentuanMU Ya ALLAH.” Farhana berdoa didalam hati sambil melirik mata ke wajah Faiz disebelah pemandu.

“ Jom turun. Apasal masing-masing tak nak turun ni? Nak makan dalam kereta ke?” perli Faiz seraya tergelak kecil.

Farhana tersenyum lantas keluar dari perut kereta, Nadia menghayun langkah lemah. Entah mengapa hatinya kian goyah apabila melihat kemesraan Farhana dan juga Faiz.

“ Ana nak makan apa?” soal Faiz sebaik sahaja pelayan restoran mendekati mereka untuk mengambil pesanan.

“ Iz tak ingat makanan kegemaran Ana ke?” sengaja Farhana ingin menduga Faiz. Dia ingin tahu sama ada jejaka itu masih mengingati makanan yang disukainya ataupun telah melupakannnya.

“ Masih suka makan Kueh Teaw Tom Yam? Tapi kenyang ke? Nanti lapar lagi. Makan nasi la ya,” pujuk Faiz dengan lembut.

“ Tapi Ana…” Faiz cepat-cepat mencelah pertuturan Farhana. Tidak mahu gadis itu menjawab walau sepatah kata.

“ Dah, Iz tak mahu dengar sebarang alasan.” Farhana menarik muncung apabila mendengar suara tegas Faiz ketika itu.

“ Bagi saya nasi goreng tomyam dua, air jus epal dua. Terima kasih. Nad nak makan apa?” Faiz menyoal nadia yang berada dihadapannya.

Sedang Nadia membelek menu tiba-tiba dia terpana saat matanya bertembung dengan sepasang mata yang turut memandangnya. Lantas dia menutup wajahnya dengan  kedua belah tangan. Jejaka itu hanya tersenyum lantas dia cuba mendekati meja yang sedang diduduki oleh gadis yang mencuri perhatiannya itu.



‘ Mamat kerek ni ikut aku ke apa? Dah macam bayang-bayang aku je. Mana aku pergi ada je muka dia. Menyampahnya,’ kutuk Nadia didalam hati.


p/s= Maaf atas kelewatan memberi n3 ye sory sangat2 
    = hope enjoy ya andai terkurang komen la :) setiap komen amat saya hargai :)

9 comments:

Nurul Akira Abd.Rahman said...

gediknya selly tu...macam nak cubit aje..hehe.. nak lagi kak :)

nurul nuqman said...

ok...haha..pang je selly tu :)

Rosnah Abdul said...

Oh gediknya Selly tu. X tahu malu langsung.

nurul nuqman said...

heee..selly memang xtau malu kak...belum lagi awek2 zaman kolej zaf :) hee tq sudi singgah :)

baby mio said...

KAK BOLEH KECIL KAN SIKIT X BOLEH NAK BACA TEPI DIA.

cahaya najihah said...

Best akak ! ^_^ menyampah aih ngn selly tu... btw, zaf mmg sweet. hihi

nurul nuqman said...

baby mio tq singgah... nak kecikkan??ok...

Ai Addryanaa said...

haa.. haa.. skong sangat, selly gedik.. cam sotong da, kalau laa boleh wt asam pedas.. (tp den x akan mkn)
sweetnya zaf n faiz... ehh, asl inchek doktor tu..?? kot yea pn suka kt nad, g tau jea laa.. ap susah.. haihh...

nurul nuqman said...

faiz memang sweet...hehe fadhli usik2 dulu baru mengaku maa.hahaha