Puan Zaiton berlari
anak saat terdengar suara telefon menjerit, segera dia mengangkat gagang dan
lekapkan ke telinga. Setelah mendengar suara di hujung talian spontan bibirnya
mengukirkan senyuman.
“ Waalaikumsalam,
Putri. Ya ALLAH. Rindunya ibu pada Putri. Putri tak rindukan ibu dan ayah ke?
Lama benar ibu tak tatap wajah Putri kesayangan ibu ni,” sendu kedengaran suara
yang dilontarkan Puan Zaiton.
“ Bu, maaf ye. Putri
sibuk sikit. Maklumlah baru puasa ketiga, jadi banyak kerja yang nak disettlekan. Tak apa lepas ni Putri cuti
seminggu tau, kita luangkan masa puas-puas ok,” pujuk Erina.
“ Erm, Putri sihat
sayang?” soal Puan Zaiton seraya mengesat mutiara jernih yang bergenang
dikelopak matanya.
“ Putri sihat. Bu,
kalau Putri beritahu ibu ni jangan terkejut tau.” Sengaja Erina berjeda ingin
melihat reaksi ibunya.
“ Kenapa? Putri nak
kahwin ke? Dengan siapa? Kerja apa? Siapa namanya?” soal Puan Zaiton
bertubi-tubi tanpa sempat Erina bersuara.
“ Ei, ibu ni. Kesitu
pula. Macam ni sebenarnya,” Erina berjeda semula sebelum menyambung akan
kata-katanya.
Puan Zaiton keresahan menanti butir bicara Erina. Tidak tenang duduknya hingga
menarik perhatian si suami yang kebetulan melintasi si isteri.
“ Awak dah kenapa ni
Ton? Macam kucing hilang anak je,” tegur Encik Zainal.
Erina di hujung talian
tertawa kecil mendengar bicara ayahnya yang sedang menyakat si ibu. Jika dia
berada dihadapan mereka sudah pasti dia dapat melihat wajah ibunya yang kelat
akibat disakat oleh ayahnya.
“ Ibu, ni Putri nak
cakap. Tapi sebelum tu tarik nafas dalam-dalam.” Puan Zaiton mengikut
sepertimana yang diarahkan Erina.
Erina membetulkan
duduknya. Dimatanya kini terbayang senyuman yang terukir di bibir ibu serta
ayahnya apabila mengetahui berita yang ingin disampaikan.
“ Ibu masih ingat pada
Aidil Zafran? Anak pada acik Linda tu?” tanya Erina tidak mahu memanjangkan
cerita.
“ Aidil? Putri dah
jumpa dia kah? Benarkah? Ya ALLAH, alhamdulilah. Akhirnya ALLAH kabulkan doa
kita untuk bertemu kembali dengan mereka.” Erina tersenyum manis mendengar
bicara ikhlas ibunya.
“ Ok lah bu. Nanti
Putri call semula ya, dah janji
dengan Zaf nak berbuka puasa dengan dia,” usai memberikan salam Erina
meletakkan gagang telefon.
Tenang sayang
ku pasti akan datang
ku pasti akan datang
Pantas Erina mencapai
telefon membuka Sistem Pesanan Ringkas (sms) yang datangnya dari Zafran itu.
My
princess, are you there? Why not pick-up my call?
‘ Eh! Pantas erina
melihat telefon bimbitnya. Alangkah kagetnya saat melihat 10 misscalled, dan semuanya dari Zafran.
Lantas ditekannya button untuk membalas sms Zafran.
Maaf deh, Tak sengaja
:)
Zafran tersenyum
membayangkan wajah comel Erina memujuknya agar tidak marah. Bagaimana dia ingin
marah andai sesaat saja tidak mendengar
suara Erina bikin dia sasau.
Saya nak jumpa awak,
boleh? Kalau tak, saya tak mahu maafkan awak.
‘ Uit, nak ugut-ugut
pula. Ish, perangai dari kecil sampai besar sama je, suka mengugut tau! Ei,
geram.’ Getus Erina dalam hati.
Dengan perasaan geram
bercampur bengang Erina menekan keypad untuk membalas sms tersebut.
Kalau tak main ugut-ugut
tak boleh? Kan semalam saya dah janji nak berbuka puasa sama, saya betul-betul
minta maaf k, Aidil Zafran..
Zafran tersenyum
senget. Andai Erina di hadapannya pasti dia dapat melihat wajah Erina kemerahan
akibat menahan marah.
Ok, Putri Erina
Batrisya. Saja nak mengusik Putri kesayangan saya ni.
Setelah tiada balasan
dari Erina, terus sahaja Zafran menekan punat hijau untuk mendail no umminya.
“ Assalamualaikum.”
Bicara Puan Linda terlebih dahulu.
“ Waalaikumsalam, ummi.
Ni along nak cakap sikit, tapi tunggu along balik kerja dulu lah ye. Sekarang
ni orang tengah ramai kat kedai ni,” ujar Zafran sambil menoleh ke arah Faiz
yang sedang sibuk melayan customer.
“ Erm, baik tak payah
telefon kalau macam tu. Tunggu je balik rumah, kan senang. Ei, budak bertuah
ni.” bebel Puan Linda pada Zafran.
Zafran tertawa kecil
mendengar bebelan umminya. Sengaja dia meninggalkan tanda tanya, bukan dia
tidak tahu Puan Linda tu pasti akan mendesak sehingga ke akar umbinya.
“ Along, bagitahu ummi
sekarang, along nak kahwinkah? Sudah ada calon?” soalan cepumas Puan Linda itu
telah mengundang tawa halus Zafran.
“ Kahwin? Tahun 2020 ye
kot. He he. Surprise tuk ummi dan
juga abi. Tunggu k.” Zafran tersenyum sendiri dengan sikap umminya. Terserlah
sudah sikap gelojoh umminya itu.
“ Cepat balik, ummi tak
sabar nak tahu.” Tegas Puan Linda memberikan arahan.
“ Insya ALLAH ummi,”
Faiz menjongketkan kening ingin mengetahui perbualan dua beranak itu.
Usai memberi salam
Zafran mendekati Faiz yang asyik mencuri dengar perbualannya tadi.
“ Aku dah jumpa,” ujar
Zafran lantas berjeda.
“ Jumpa?” Faiz
mengulang ayat yang dilontarkan Zafran sambil mengerut dahi seribu.
“ Aku jumpa dia, yang
selama ni aku cari seluruh pelusuk dunia. Rupanya dia dekat je dengan aku, dan
aku betul-betul tak sangka. Gembira, itu yang aku rasakan.” Tutur Zafran lantas
menyeluk tangan ke saku seluar.
“ Cop! Siapa yang kau
maksudkan? Erina ke?” soalan Faiz dijawab dengan aggukan sahaja.
Sedikit melopong mulut
Faiz akan berita yang baru didengarnya itu. Sungguh dia merasa hairan, mana tak
nya, Zafran yang beriya-iya suruh dia siasat tentang Erina, eh alih-alih dah
jumpa, siapa tak hairan kan? Kalau korang hairan tak? Hu hu.
‘ Erm, melepas la peluang
aku nak tackle Erina. Aduhai, nasib
kau la Faiz.’ Keluh Faiz di dalam hati.
Sedari kecil Faiz juga
meminati Erina namun perasaan itu terkubur sebegitu sahaja kerana dia tahu
bahawa dia tidak mungkin ada peluang itu, dan dia juga sedar hakikat bahawa
Zafran lebih layak buat Erina.
****************
Puan Linda terus
menerpa ke arah Zafran saat terdengar deruman kereta anak sulungnya memasuki
halaman rumah. Encik Lazim menggelengkan kepala melihat sikap tidak sabar
isterinya, lantas dia menegur sikap isterinya itu.
“ Ummi pun bawa-bawa la
bersabar, budak along tu penat, baru balik kerja. Macam budak-budak sikap ummi
ni.” Puan Linda menarik muncung mendengar teguran si suami.
“ Assalamualaikum,
ummi. Abi. Kenapa muka ummi tu monyok je? Macam Tauhu basi pun ada,” seloroh
Zafran, pantas dia mengelak saat melihat sepit ketam umminya.
Encik Lazim melambakkan
tawa saat mendengar gurauan Zafran, bertambah kuat tawanya apabila melihat
muncung isteri kesayangannya itu.
“ Along dengan abi ni
sama je. Suka buat ummi ni makin nampak tua tau,” rajuk Puan Linda.
“ Ala, ummi jangan
merajuk la sayang. Ummi makin tua ke, muda ke abi tetap sayang.” Pujuk Encik
latif.
Zafran tersenyum
melihat kemesraan Ummi dan juga Abinya. Di dalam hati dia berfikir apa bisakah
dia merasa bahagia seperti ummi dan abinya?
‘ Adakah aku boleh
bahagia dan mesra seperti abi dan ummi? Dan jika Erina yang menjadi suri hatiku
pasti aku akan bahagia,” detik hati Zafran.
Encik Lazim hairan
melihat senyuman yang terukir dibibir anak lelakinya, lantas dia mencuit si
isteri. Di dalam hati sempat dia berdoa agar sentiasa melihat senyuman Zafran
yang merupakan penawar mereka sekeluarga.
‘ Ya ALLAH, aku pohon
agar berikan anakku kebahagiaan. Dan aku pohon agar pertemukan anakku bersama
Erina, gadis yang merupakan cahaya gembiranya. Aamiin.’ Tulus ikhlas doa yang
dititipkan Encik Lazim pada Maha Esa.
Zafran tersedar dari lamunan
apabila Ain memegang tangannya erat. Lantas dia menoleh ke arah Ain yang sedang
tersenyum manis padanya. Dia membalas senyum itu.
“ Oklah, ummi, abi.
Along pun tak mahu buat ummi tertanya-tanya lagi. Tapi lepas terawih, along janji
along cerita ye,” ujar Zafran setelah lama berjeda.
Usai berbuka bersama
Zafran tadi Erina bergegas pulang kerana ingin mengerjakan solat sunat terawih.
Dia gembira saat tibanya Ramadhan. Yelah terawih kan hanya boleh dilakukan pada
bulan Ramadhan. Dan pada bulan Ramadhan juga lah semua umat islam boleh
mengumpul sebanyak mana amal ibadah.
“ Rin, aku tengok sejak
kau jumpa semula Zafran bukan main happy erk.
Sampai aku terpaksa buka puasa sorang-sorang, yelah kita dilupakan sekarang ni.
Huk huk..” sengaja Nadia mengeluarkan ayat pasrah.
“ Poyo la kau. Maaf la
Nad, tapi kami kan dah lama tak jumpa. Jadi kau kena faham. He he.. Eh, jom la,
dah nak solat isyak dah tu,” unjuk Erina pada warga taman yang sedang memenuhi
ruang saf.
Selly hairan. Sehingga
kini jejaka yang ditemuinya beberapa hari lepas tidak sama sekali menelefonnya.
Puas dia memikir apa kekurangan yang ada padanya sehingga sedikit pun tidak
mampu menggoncang iman jejaka itu. Dan yang lebih menyakitkan hatinya ialah
nama jejaka itu pun masih tidak diketahuinya.
‘ Tak apa, aku akan
cari kau sampai aku dapat. Hei! Ini Selly la. Tak pernah ada lelaki menolak
akan pujuk rayu aku tau! Ha ha.’ Desis Selly dalam hati seraya meneguk wain
yang diletak di atas meja itu.
Zafran tersenyum
melihat Umminya itu. Janji! Ya kerana janji lah umminya bermasam muka dan tidak
mahu membalas senyuman yang di sedekahkan. Dia tahu itu. Dan dia yakin hati
umminya akan lembut andai mendengar berita yang ingin disampaikan.
“ Ummi,” panggil Zafran
lembut.
Puan Linda menoleh ke
arah anak lelakinya. Rindunya pada angah iaitu anak keduanya sedikit terubat
dengan usikan nakal zafran.
‘ Apa khabar agaknya angah?
Tidak rindukah dia padaku, umminya?’ getus hati tuanya.
“ Abi,ummi dan juga
Ain, ok pertama sekali along minta maaf kerana rahsiakan perkara ini. Cuma
along dan juga adik yang tahu berita yang along nak sampaikan,” Zafran masih
bermain dengan kata-kata.
“ Sebenarnya apa yang
ingin along beritahu?” soal Puan Linda sedikit lembut.
Zafran tersenyum
mendengar suara umminya, lantas dipeluk erat bahu umminya. Ain menggangukkan
kepala memberi isyarat.
“ Ok, sebenarnya along
baru saja bertemu dengan Erina. Dia tak jauh dari kita ummi. Percayalah dia
sentiasa dekat dengan kita, cuma kita yang tidak sedar.” Tutur Zafran tenang.
“ Betul ke ni? Rin?
Putri Erina Batrisya? Betul ke ni along?” soal Puan Linda seakan tidak
mempercayai akan perkara yang baru disampaikan oleh anak sulungnya.
“ Betul ummi, adik pun
dah jumpa kak Rin. Tak sangka BOUTIQUE ZAFRIN tu rupanya butik kak Rin,” ujar
Ain menahan tangis kerana terlalu gembira.
“ Nanti bawa ummi jumpa
Rin, kalau susah sangat bawa saja Rin berbuka puasa bersama kita ye, boleh kan
along?” pinta Puan Linda penuh mengharap.
“ InsyaALLAH,” janji
Zafran pada umminya.
“Eh! Baru adik sedar
satu perkara. Nama butik kak Rin dan juga nama kedai abang sama. Zafrin. Ada
makna yang tersirat ke?” tanya Ain sambil tersenyum nakal.
Zafran tersenyum
mendengar soalan nakal adiknya itu. Tanpa menjawab terus sahaja dia berlalu
menuju ke biliknya, bersama satu azam,satu tekad dia berjanji pada diri untuk
menemukan kedua buah keluarga yang sudah terpisah lama.
Nota kaki :- maaf agak
lewat sikit kasi n3, maklumlah sibuk sikit
P/s :- jangan marah ye
n3 ni masih tentang puasa, huhu,agak lewat, kita dah raya baru weeda wat n3
puasa,sorry sangat ye
2 comments:
Waa... Maaf kak baru sempat nak baca. Best macam selalu. Terima kasih dan good job kak. Lepas ni mesti hubungan ni lebih jauh kan. Hihi
hehe, afi insyaALLAH :) huhu,nantikan next ye,but after bcu k :)
Post a Comment