CINTA BILANG BENCI 4







Puan Zaiton berlari anak saat terdengar suara telefon menjerit, segera dia mengangkat gagang dan lekapkan ke telinga. Setelah mendengar suara di hujung talian spontan bibirnya mengukirkan senyuman.

                                                   IBU ERINA



“ Assalamualaikum, bu,” Erina memulakan mukadimah.

“ Waalaikumsalam, Putri. Ya ALLAH. Rindunya ibu pada Putri. Putri tak rindukan ibu dan ayah ke? Lama benar ibu tak tatap wajah Putri kesayangan ibu ni,” sendu kedengaran suara yang dilontarkan Puan Zaiton.

“ Bu, maaf ye. Putri sibuk sikit. Maklumlah baru puasa ketiga, jadi banyak kerja yang nak disettlekan. Tak apa lepas ni Putri cuti seminggu tau, kita luangkan masa puas-puas ok,” pujuk Erina.

“ Erm, Putri sihat sayang?” soal Puan Zaiton seraya mengesat mutiara jernih yang bergenang dikelopak matanya.

“ Putri sihat. Bu, kalau Putri beritahu ibu ni jangan terkejut tau.” Sengaja Erina berjeda ingin melihat reaksi ibunya.

“ Kenapa? Putri nak kahwin ke? Dengan siapa? Kerja apa? Siapa namanya?” soal Puan Zaiton bertubi-tubi tanpa sempat Erina bersuara.

“ Ei, ibu ni. Kesitu pula. Macam ni sebenarnya,” Erina berjeda semula sebelum menyambung akan kata-katanya.
 
Puan Zaiton keresahan menanti butir bicara Erina. Tidak tenang duduknya hingga menarik perhatian si suami yang kebetulan melintasi si isteri.

                                                       ayah ERINA


“ Awak dah kenapa ni Ton? Macam kucing hilang anak je,” tegur Encik Zainal.

Erina di hujung talian tertawa kecil mendengar bicara ayahnya yang sedang menyakat si ibu. Jika dia berada dihadapan mereka sudah pasti dia dapat melihat wajah ibunya yang kelat akibat disakat oleh ayahnya.

“ Ibu, ni Putri nak cakap. Tapi sebelum tu tarik nafas dalam-dalam.” Puan Zaiton mengikut sepertimana yang diarahkan Erina.

Erina membetulkan duduknya. Dimatanya kini terbayang senyuman yang terukir di bibir ibu serta ayahnya apabila mengetahui berita yang ingin disampaikan.

“ Ibu masih ingat pada Aidil Zafran? Anak pada acik Linda tu?” tanya Erina tidak mahu memanjangkan cerita.

“ Aidil? Putri dah jumpa dia kah? Benarkah? Ya ALLAH, alhamdulilah. Akhirnya ALLAH kabulkan doa kita untuk bertemu kembali dengan mereka.” Erina tersenyum manis mendengar bicara ikhlas ibunya.

“ Ok lah bu. Nanti Putri call semula ya, dah janji dengan Zaf nak berbuka puasa dengan dia,” usai memberikan salam Erina meletakkan gagang telefon.

Tenang sayang
ku pasti akan datang

Pantas Erina mencapai telefon membuka Sistem Pesanan Ringkas (sms) yang datangnya dari Zafran itu.

My princess, are you there? Why not pick-up my call?

‘ Eh! Pantas erina melihat telefon bimbitnya. Alangkah kagetnya saat melihat 10 misscalled, dan semuanya dari Zafran. Lantas ditekannya button untuk membalas sms Zafran.

Maaf deh, Tak sengaja :)

Zafran tersenyum membayangkan wajah comel Erina memujuknya agar tidak marah. Bagaimana dia ingin marah andai  sesaat saja tidak mendengar suara Erina bikin dia sasau.

Saya nak jumpa awak, boleh? Kalau tak, saya tak mahu maafkan awak.

‘ Uit, nak ugut-ugut pula. Ish, perangai dari kecil sampai besar sama je, suka mengugut tau! Ei, geram.’ Getus Erina dalam hati.

Dengan perasaan geram bercampur bengang Erina menekan keypad untuk membalas sms tersebut.

Kalau tak main ugut-ugut tak boleh? Kan semalam saya dah janji nak berbuka puasa sama, saya betul-betul minta maaf k, Aidil Zafran..

Zafran tersenyum senget. Andai Erina di hadapannya pasti dia dapat melihat wajah Erina kemerahan akibat menahan marah.

Ok, Putri Erina Batrisya. Saja nak mengusik Putri kesayangan saya ni.
Setelah tiada balasan dari Erina, terus sahaja Zafran menekan punat hijau untuk mendail no umminya.

“ Assalamualaikum.” Bicara Puan Linda terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam, ummi. Ni along nak cakap sikit, tapi tunggu along balik kerja dulu lah ye. Sekarang ni orang tengah ramai kat kedai ni,” ujar Zafran sambil menoleh ke arah Faiz yang sedang sibuk melayan customer.

                                                      umi ZAFRAN


“ Erm, baik tak payah telefon kalau macam tu. Tunggu je balik rumah, kan senang. Ei, budak bertuah ni.” bebel Puan Linda pada Zafran.

Zafran tertawa kecil mendengar bebelan umminya. Sengaja dia meninggalkan tanda tanya, bukan dia tidak tahu Puan Linda tu pasti akan mendesak sehingga ke akar umbinya.

“ Along, bagitahu ummi sekarang, along nak kahwinkah? Sudah ada calon?” soalan cepumas Puan Linda itu telah mengundang tawa halus Zafran.

“ Kahwin? Tahun 2020 ye kot. He he. Surprise tuk ummi dan juga abi. Tunggu k.” Zafran tersenyum sendiri dengan sikap umminya. Terserlah sudah sikap gelojoh umminya itu.

“ Cepat balik, ummi tak sabar nak tahu.” Tegas Puan Linda memberikan arahan.

“ Insya ALLAH ummi,” Faiz menjongketkan kening ingin mengetahui perbualan dua beranak itu.
Usai memberi salam Zafran mendekati Faiz yang asyik mencuri dengar perbualannya tadi.

“ Aku dah jumpa,” ujar Zafran lantas berjeda.

                                                        FAIZ


“ Jumpa?” Faiz mengulang ayat yang dilontarkan Zafran sambil mengerut dahi seribu.

“ Aku jumpa dia, yang selama ni aku cari seluruh pelusuk dunia. Rupanya dia dekat je dengan aku, dan aku betul-betul tak sangka. Gembira, itu yang aku rasakan.” Tutur Zafran lantas menyeluk tangan ke saku seluar.

“ Cop! Siapa yang kau maksudkan? Erina ke?” soalan Faiz dijawab dengan aggukan sahaja.

Sedikit melopong mulut Faiz akan berita yang baru didengarnya itu. Sungguh dia merasa hairan, mana tak nya, Zafran yang beriya-iya suruh dia siasat tentang Erina, eh alih-alih dah jumpa, siapa tak hairan kan? Kalau korang hairan tak? Hu hu.

‘ Erm, melepas la peluang aku nak tackle Erina. Aduhai, nasib kau la Faiz.’ Keluh Faiz di dalam hati.

Sedari kecil Faiz juga meminati Erina namun perasaan itu terkubur sebegitu sahaja kerana dia tahu bahawa dia tidak mungkin ada peluang itu, dan dia juga sedar hakikat bahawa Zafran lebih layak buat Erina.
                                                         ****************

Puan Linda terus menerpa ke arah Zafran saat terdengar deruman kereta anak sulungnya memasuki halaman rumah. Encik Lazim menggelengkan kepala melihat sikap tidak sabar isterinya, lantas dia menegur sikap isterinya itu.

“ Ummi pun bawa-bawa la bersabar, budak along tu penat, baru balik kerja. Macam budak-budak sikap ummi ni.” Puan Linda menarik muncung mendengar teguran si suami.

“ Assalamualaikum, ummi. Abi. Kenapa muka ummi tu monyok je? Macam Tauhu basi pun ada,” seloroh Zafran, pantas dia mengelak saat melihat sepit ketam umminya.

                                                             abi ZAFRAN

                                                   


Encik Lazim melambakkan tawa saat mendengar gurauan Zafran, bertambah kuat tawanya apabila melihat muncung isteri kesayangannya itu.

“ Along dengan abi ni sama je. Suka buat ummi ni makin nampak tua tau,” rajuk Puan Linda.

“ Ala, ummi jangan merajuk la sayang. Ummi makin tua ke, muda ke abi tetap sayang.” Pujuk Encik latif.

Zafran tersenyum melihat kemesraan Ummi dan juga Abinya. Di dalam hati dia berfikir apa bisakah dia merasa bahagia seperti ummi dan abinya?

‘ Adakah aku boleh bahagia dan mesra seperti abi dan ummi? Dan jika Erina yang menjadi suri hatiku pasti aku akan bahagia,” detik hati Zafran.

Encik Lazim hairan melihat senyuman yang terukir dibibir anak lelakinya, lantas dia mencuit si isteri. Di dalam hati sempat dia berdoa agar sentiasa melihat senyuman Zafran yang merupakan penawar mereka sekeluarga.

‘ Ya ALLAH, aku pohon agar berikan anakku kebahagiaan. Dan aku pohon agar pertemukan anakku bersama Erina, gadis yang merupakan cahaya gembiranya. Aamiin.’ Tulus ikhlas doa yang dititipkan Encik Lazim pada Maha Esa.

Zafran tersedar dari lamunan apabila Ain memegang tangannya erat. Lantas dia menoleh ke arah Ain yang sedang tersenyum manis padanya. Dia membalas senyum itu.

“ Oklah, ummi, abi. Along pun tak mahu buat ummi tertanya-tanya lagi. Tapi lepas terawih, along janji along cerita ye,” ujar Zafran setelah lama berjeda.

Usai berbuka bersama Zafran tadi Erina bergegas pulang kerana ingin mengerjakan solat sunat terawih. Dia gembira saat tibanya Ramadhan. Yelah terawih kan hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadhan. Dan pada bulan Ramadhan juga lah semua umat islam boleh mengumpul sebanyak mana amal ibadah.

                                                              NADIA


“ Rin, aku tengok sejak kau jumpa semula Zafran bukan main happy erk. Sampai aku terpaksa buka puasa sorang-sorang, yelah kita dilupakan sekarang ni. Huk huk..” sengaja Nadia mengeluarkan ayat pasrah.

“ Poyo la kau. Maaf la Nad, tapi kami kan dah lama tak jumpa. Jadi kau kena faham. He he.. Eh, jom la, dah nak solat isyak dah tu,” unjuk Erina pada warga taman yang sedang memenuhi ruang saf.

Selly hairan. Sehingga kini jejaka yang ditemuinya beberapa hari lepas tidak sama sekali menelefonnya. Puas dia memikir apa kekurangan yang ada padanya sehingga sedikit pun tidak mampu menggoncang iman jejaka itu. Dan yang lebih menyakitkan hatinya ialah nama jejaka itu pun masih tidak diketahuinya.

‘ Tak apa, aku akan cari kau sampai aku dapat. Hei! Ini Selly la. Tak pernah ada lelaki menolak akan pujuk rayu aku tau! Ha ha.’ Desis Selly dalam hati seraya meneguk wain yang diletak di atas meja itu.

Zafran tersenyum melihat Umminya itu. Janji! Ya kerana janji lah umminya bermasam muka dan tidak mahu membalas senyuman yang di sedekahkan. Dia tahu itu. Dan dia yakin hati umminya akan lembut andai mendengar berita yang ingin disampaikan.

“ Ummi,” panggil Zafran lembut.

Puan Linda menoleh ke arah anak lelakinya. Rindunya pada angah iaitu anak keduanya sedikit terubat dengan usikan nakal zafran.

‘ Apa khabar agaknya angah? Tidak rindukah dia padaku, umminya?’ getus hati tuanya.

“ Abi,ummi dan juga Ain, ok pertama sekali along minta maaf kerana rahsiakan perkara ini. Cuma along dan juga adik yang tahu berita yang along nak sampaikan,” Zafran masih bermain dengan kata-kata.

“ Sebenarnya apa yang ingin along beritahu?” soal Puan Linda sedikit lembut.

Zafran tersenyum mendengar suara umminya, lantas dipeluk erat bahu umminya. Ain menggangukkan kepala memberi isyarat.

“ Ok, sebenarnya along baru saja bertemu dengan Erina. Dia tak jauh dari kita ummi. Percayalah dia sentiasa dekat dengan kita, cuma kita yang tidak sedar.” Tutur Zafran tenang.

“ Betul ke ni? Rin? Putri Erina Batrisya? Betul ke ni along?” soal Puan Linda seakan tidak mempercayai akan perkara yang baru disampaikan oleh anak sulungnya.

“ Betul ummi, adik pun dah jumpa kak Rin. Tak sangka BOUTIQUE ZAFRIN tu rupanya butik kak Rin,” ujar Ain menahan tangis kerana terlalu gembira.

“ Nanti bawa ummi jumpa Rin, kalau susah sangat bawa saja Rin berbuka puasa bersama kita ye, boleh kan along?” pinta Puan Linda penuh mengharap.

“ InsyaALLAH,” janji Zafran pada umminya.

                                                     AIN (ADIK ZAFRAN)



“Eh! Baru adik sedar satu perkara. Nama butik kak Rin dan juga nama kedai abang sama. Zafrin. Ada makna yang tersirat ke?” tanya Ain sambil tersenyum nakal.

Zafran tersenyum mendengar soalan nakal adiknya itu. Tanpa menjawab terus sahaja dia berlalu menuju ke biliknya, bersama satu azam,satu tekad dia berjanji pada diri untuk menemukan kedua buah keluarga yang sudah terpisah lama.

Nota kaki :- maaf agak lewat sikit kasi n3, maklumlah sibuk sikit
P/s :- jangan marah ye n3 ni masih tentang puasa, huhu,agak lewat, kita dah raya baru weeda wat n3 puasa,sorry sangat ye

2 comments:

Afifah Yusof said...

Waa... Maaf kak baru sempat nak baca. Best macam selalu. Terima kasih dan good job kak. Lepas ni mesti hubungan ni lebih jauh kan. Hihi

Unknown said...

hehe, afi insyaALLAH :) huhu,nantikan next ye,but after bcu k :)