CERPEN KAU PELANGI HIDUPKU

COVER BY- ARYSSA NAJWA







Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Andai ada persamaan nama watak atau jalan cerita itu adalah kebetulan semata-mata. Enjoy reading erk :) yang baik datangnya dari ALLAH yang buruk datangnya dari saya. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan tauladan ye :)

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahim saya mulakan kisah ini :)







                                                                AIMAN HAKIM




“ Aku terima nikahnya Alia Maisara binti Mat Jani dengan mas kahwinnya Rm 80.00 tunai.” Dengan sekali lafaz sahaja kini aku telah pun sah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang aku sangat aku cintai.
                                           *********************

ALIA MAISARA


     Masih terngiang di telingaku lafaz akad yang menyatukanku dan juga Aiman Hakim. Walaupun kini sudahpun 5tahun peristiwa itu berlalu, namun ianya masih segar diingatan seolah-olah baru semalam aku menjadi raja sehari. Biarpun sudah 5tahun aku mendirikan rumahtangga tetapi aku masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak. Entahlah munkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Namun aku sedar mungkin ini adalah takdir hidupku.
     
 Aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana, hanya ada dua beradik sahaja. Tetapi kini hanya tinggal aku seorang kerana kembarku iaitu Aina Maisara telahpun dijemput menghadap ILLAHI. Sungguh saat ini aku sangat merindui kembarku.


Sedang aku mengelamun tiba-tiba aku dikejutkan degan bunyi telefon yang bertalu-talu. Setelah melihat nama yang tertera segera aku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan itu.
DR AMRAN FIRDAUS


“ Assalamualaikum Alia,” sapa suara di talian sana.

Aku meloret senyuman manis, gembira mendengar suara itu.

“ Waalaikumsalam, wahai Dr. Amran Firdaus,” sengaja aku memanggil nama penuhnya itu.

Aku sempat mendengar tawa halus Amran. Sedikit tenang perasaanku bila mendengar tawanya itu.

“ Alia buat apa? Aiman ada sakitkan hati alia lagi tak?” soal Amran setelah ketawanya reda.

“ Alia ni penggangur terhormat duduk rumah macam biasalah, kemas rumah, masak. Cuma tak ada anak je,” Entah mengapa setiap kali perkataan ‘anak’ meniti dibibirku aku merasa sayu dan amat sebak.


“ Alia kena banyak sabar. Ini semua takdir ALLAH. Kita hanya mampu merancang, tapi ALLAH jua yang menentukan. You must be strong ok. Am sentiasa ada di sisi Alia, jangan risau ya,” pujuk Amran beserta nasihat.

“ Alia tak tahan hidup macam ni Am, tiap-tiap hari mertua Alia tanya soal anak. Mereka kata Alia mandul. Alia tak tahan Am. Alia juga ada perasaan Am, Alia..Alia rasa macam Alia ni tak berguna,” aduku bersama esak tangis.

“ Ya ALLAH, Alia tolong jangan cakap macam tu, belum rezeki Alia nak ada anak. Alia ingat ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar,” ujar Amran lembut namun tidak sedikit mampu meredakan perasaan sebak yang kian menghimpit diriku.

“ Am, kenapa semua ni jadi pada Alia? Adakah ini kerana dosa Alia?” soalku sambil mengesat airmata dengan belakang tangan.

“ Alia, semua yang jadi ada hikmahnya. Alia banyakkan berdoa, dekatkan diri dengan Dia, insyaALLAH Dia mendengar setiap doa Alia,” aku terkedu mendengar nasihat Amran.

“ Am, terima kasih. Sepatutnya orang yang memberi nasihat dan semangat pada Alia adalah suami Alia, tapi.. dia..” tidak mampu aku meneruskan kata kerana sendu yang menguasai diri.

“ Aiman mana?” soal Amran seperti risau. Ah! Perasaan aku saja kot, Amran kan sekadar menganggap aku rakannya saja.

“ Terima kasih Am, kerana sentiasa ada saat Alia memerlukan. Jujur Alia katakan Alia senang dengan sikap Am,” ujarnya mengelak dari berbicara soal suamiku.

“ Alia, jujur dengan Am. Adakah Alia bahagia dengan Aiman?” soalan Am tidak mampu aku jawab.

“ Ok lah Am, lain kali kita borak lagi. Alia nak masak ni. Assalamualaikum,” terus saja aku meletakkan gangang tanpa sempat Amran membalas.

Aku meluru ke arah dapur dengan langkah gontai. Aku tahu biarpun kami tidak dikurniakan anak namun kehidupanku dan suami masih seperti biasa. Mesra dan bahagia. Namun sejak 2 tahun lepas aku dapati sikap suamiku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku tersentak saat mendengar ringtone Stacy yang menjerit nyaring di telefon bimbitku, lantas segera aku menekan punat untuk menjawab panggilan suamiku.

“ Sara dah masak?” soal suamiku dingin.

“ Belum bang, kenapa? Abang nak makan apa? Sara nak masakkan,” balasku lembut.

Aku mendengar keluhan kecil dari bibir suamiku. Namun aku tidak mahu memikirkan yang tidak-tidak.

“ Sara masak apa-apa je. Abang balik kejap lagi,” ujar suamiku lantas talian diputuskan tanpa memberi salam.

Aku memandang sepi telefon bimbit hadiah pemberian suamiku itu. Aku benar-benar rasa kehilangan, dan saat-saat begini hanya Amran yang berlegar diingatanku, hanya dia sahaja yang memahami diriku. Aku meneruskan langkah yang terhenti kerana  menjawab panggilan Aiman.

Namun langkahku terhenti saat aku terdengar deruman kereta milik mertuaku. Aku kegelisahan kerana pasti mertuaku akan bertanyakan soal ‘anak’. Namun aku hanya mempamerkan wajah tanpa riak, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“ Mak, sihat ke?” soalku pada ibu mertuaku lantas aku menyalami tangannya, namun belum sempat bibirku mendarat pantas ibu mertuaku menarik tangannya. Seolah benci benar dengan aku.

“ Aku sihat je,” usai berkata terus sahaja ibu mertuaku mengatur langkah kedalam rumah.
Hati aku? Tak usah cakap la. Dari dulu lagi aku tahu perkahwinanku ini tidak direstui oleh keluarga Aiman, namun kerana cinta Aiman sanggup mengenepikan segalanya termasuklah keluarganya.

“ Ni aku nak tanya. Kau ni bila nak bagi aku cucu? Dah 5 tahun kau kahwin takkan lah belum ada hasilnya? Entah-entah benar telahan aku. Kau tu mandul.” Bagaikan belati tajam yang menikam tangkai hatiku, sungguh berbisa bicara seorang insan bergelar ibu.

“ Belum ada rezeki mak,” tutur ku sambil tunduk menekur lantai.

“ Itu sajalah jawapan kau. Hei, Sara kau tau bukan aku memang tak suka kau dari dulu lagi. Disebabkan kau Aiman sanggup buang keluarga, dan disebabkan kau juga anak aku dituduh mandul. Aku benci tengok muka kau,” ujar Puan Azizah seraya menolak tubuhku lalu terjelepok jatuh ke lantai.

Aku hanya mampu mendengar segala cacian dan makian yang dilemparkan, Aku tahu kalau aku membela diri pun memang tiada gunanya, kerana aku pasti akan dituduh sebagai derhaka.

“ Aku bagi kau tempoh 2 bulan, kalau kau masih juga tidak mengandung aku akan pastikan Aiman ceraikan kau atau berkahwin dengan wanita lain,” Aku menghantar pandangan ibu mertuaku sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.

‘ Ya ALLAH, kuatkan hatiku, sungguh aku tak mampu lagi untuk mendengar segala hinaan dari mertuaku.’ Hati kecilku bersuara.

Amran mengatur langkah semakin laju saat terpandang susuk tubuh Aiman bersama seorang wanita yang sedang berpelukan. Dalam hati tetap jua berdoa agar dia salah melihat. Sedang asyik dia mengejar bayang Aiman tiba-tiba telefonnya berbunyi, setelah melihat no Hospital yang tertera pantas jemarinya mengangkat panggilan tersebut.

“ Ya ada apa Salwa?” soal Amran pada setiausahanya.
“ Dr Amran, tadi ada panggilan dari Puan Alia. Katanya ingin bertemu Dr petang ini di Taman,” ujar Salwa sepertimana arahan yang diterimanya.
“ Baiklah, terima kasih.” Segera Amran memutuskan panggilan lantas menuju ke gerai ingin mengisi perut yang sedang kelaparan.
                                                      ****************
Aku dapat merasakan perubahan sikap suamiku. Dan yang sangat memilukan aku, suamiku yang dulunya seorang yang romantis, penyanyang, penyabar kini sudah pun menjadi seorang yang panas baran. Dan aku sendiri tidak tahu dimanakah puncanya. Sehinggalah aku terjumpa borang permohonan untuk berpoligami yang terselit di celah-celah buku yang selalu dibaca oleh suamiku.
Aku merasa bagaikan dihempap sebeban batu besar, sehingga aku tidak mampu untuk berdiri tegak lagi. Aku tertanya-tanya apakah sebab aku tidak boleh mengandung maka Aiman menjadikan ianya sebagai alasan untuk menikahi wanita lain? Sungguh aku merasa terkilan akan sikapnya yang lupa pada ikrar janji setia kami. Bertapa aku kecewa dengan sikapnya, namun aku sedar, aku tidak boleh menyalahkannya 100% kerana aku adalah faktor utama mengapa Aiman berubah hati.
Taman Tasik Titiwangsa,
Aku tersenyum melihat kelibat yang aku nantikan. Tepaku seketika melihat ketampanan yang dimiliki oleh jejaka dihadapanku ini.
“ Alia ok?” soalan pertama dari Amran itu aku jawab dengan senyuman cuma.
“ Am, kalau Alia tanya boleh tak Am jawab dengan jujur?” soalku pula.
“ Eh, soalan kita tak jawab nak soal kita pula,” usik Amran membuatkan aku mengukir senyum lebar.
Amran juga turut tersenyum, aku tepegun melihat senyumannya itu. Bagiku senyumannya adalah penawar segala penyakit. Ya la Dr kan mesti la senyuman pun jadi penawar. Hu hu.

“ Apa yang Alia nak tanya? Jangan soal kahwin sudah la ya, Am boring jawab soalan tentang kahwin ni, he he,” aku ketawa kecil mendengar kata-kata Amran.
“ Ok, seandainya Am sudah berkahwin, namun Am belum dikurniakan anak, adakah Am akan terus bersama isteri Am ataupun Am akan menikahi wanita lain?” soalku bersahaja sambil mata menatap keindahan didepanku.
Aku sempat mengerling ke arah Amran yang kelihatan tersentak mendengar soalan yang terpacul dari ulas bibirku. Namun aku masih berlagak biasa. Tidak mahu Amran tahu gejolak perasaanku tika ini.
“ Ke..kenapa tanya macam tu? Aiman ada suarakan hasrat untuk menikahi wanita lainkah?” laju soalan itu ditujukan padaku.
“ Am, kan Alia cuma tanya je, yang Am risau sangat ni kenapa? Alia ok lah. Tak ada apa-apa pun,” bohongku namun aku berharap agar Amran percaya.
Sebaik saja sampai dirumah aku terus merebahkan tubuh diatas sofa yang terletak didalam kamar tidurku. Namun serta merta hatiku merasa sebak apabila mengingatkan borang permohonan poligami itu. Aku  menantikan kepulangan suamiku untuk membincangkan soal itu, hatiku resah kerana tempoh 2bulan yang diberikan mertuaku juga kian hampir. Aku menoleh saat pintu dikuak dari luar, lantas aku mengunjukkan borang itu padanya.
“ Abang, terus terang dengan Sara bang. Benar abang ingin kahwin lain?” soalku sebak.

Aku melihat riak keresahan jelas terpamer di wajah suamiku.
“ Abang.” Panggilku lagi setelah tiada respon dari suamiku.
“ Ya, Sara a..abang ingin meminta izin Sara untuk menikah lagi satu,” Aku terasa bagaikan baru sahaja menelan sepapan ubat. Rasanya pahit sangat.
“ Jika kerana anak , abang ingin mohon bernikah lagi satu Sara redho bang. Sara harus terima hakikat. Biarpun pahit , tapi Sara harus terima kenyataan kan bang? Sara bukan ALLAH untuk menentukan segalanya, Sara izinkan bang. Asalkan abang janji bahawa abang akan berlaku adil,” usai berkata terus aku terjelepok jatuh ke lantai.
“ Abang minta maaf. Abang gembira hidup dengan Sara. Tapi Sara jangan lupa, abang lelaki biasa Sara. Abang perlukan anak untuk menghiasi hari-hari abang.” Tutur si suami membuatkan tangisku semakin menjadi-jadi.
Aku menepis saat tangan kekar Aiman Hakim a.k.a suamiku dari mendakap tubuh comelku.
‘ Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Ku sangka kasihmu kan berkekalan ternyata diriku kau khianati.’ Getus hatiku.


 
MYA ALISHA

“ Aku terima nikahnya Mya Alisha binti Mior dengan mas kahwinnya Rm 100.00 tunai.” Bagai ingin luruh jantungku saat mendengar lafaz akad yang lancar meniti dibibir suamiku.
“ Sah, sah”
Beberapa orang saksi menggangukkan kepala tanda akad tadi telah termeterai.
Aku hanya mampu melihat. Tidak mampu lagi untuk mengalirkan air mata kerana airmataku telah kering seperti hatiku yang telah mati rasanya. Aku sempat melihat senyuman sinis yang terukir dibibir mertuaku. Puaslah hatinya kini kerana dapat melihat kesengsaraanku.
“ Tu la isteri pertama si Aiman tu, dengar kata dia tu mandul. Tu yang laki dia kahwin lain,” ujar Kiah Propa. Di kawasan itu Kiah Propa digelar radio buruk kerana mulutnya yang suka menyampai berita.
“ La, yeke? Kesian. Muka cantik, tapi mandul.” Balas Peah sahabat Kiah Propa.
“ Ha, tu la. Harap muka saja cantik pun tak guna juga. Tambah pula bini muda si Aiman lagi cantik. Seksi pula tu kan. Untung Aiman dapat si Mya tu,” sampuk ibu mertuaku, membuatkan aku tidak dapat menahan kesedihan yang melanda.
Aku menangkap suara-suara sumbang di belakang yang mengumpat tentangku, aku hanya berlagak biasa, sedangkan didalam hati sudah tidak tertahan lagi. Aku pohon kekuatan agar tidak bertindak melulu.
Dari kejauhan aku melihat kelibat dia. Ya dia yang selama ini menemani hariku, setiap tangis dan senyumku. Dia yang sentiasa menemaniku tanpa jemu. Namun sayang seribu kali sayang dia bukanlah sesiapa bagiku. Hanyalah seorang rakan yang berkongsi suka dan dukaku. Dia lelaki yang padaku sangat baik, tidak pernah aku bertemu insan yang sebaiknya. Aku gembira walaupun hatiku terluka dek suami namun aku bersyukur kerana aku masih mempunyai rakan yang sentiasa ada disisiku. Aku tahu tidak elok jika aku memuji lelaki lain, tapi itulah hakikatnya, yang membezakan antara Aiman Hakim dan juga Amran Firdaus.
 Usai majlis aku segera pulang ke rumah, tidak sanggup lagi aku menyaksikan kedua mempelai yang sedang gembira melayan tamu itu. Di dalam hati aku merintih perih, namun apalah dayaku. Demi untuk memenuhi impian mertuaku bergelar nenek terpaksa aku relakan.
Aku cuba mengukir senyum saat Amran mendekatiku. Namun aku tahu senyumanku amatlah hambar.
“ Am tak suka tengok Alia sedih macam ni, Aiman tu tak patut buat Alia macam ni,” keluh Amran namun aku tidak mampu membalas katanya.
Ya, aku masih ingat akan kata Amran sewaktu pertemuan kami di Taman Tasik Titiwangsa. Yang membuatkan aku cuba mencerakin akan maksud kata-katanya.
“ Alia, seandaiya Am ditakdirkan berkahwin dan tidak mempunyai anak Am tidak akan menikahi wanita lain, kerana bagi Am kahwin hanya sekali seumur hidup. Andai diizinkan ALLAH Am ingin sangat menjadikan Alia sebahagian dari hidup Am, tapi mana mungkin ianya terjadi kerana Alia sudah menjadi milik Aiman.”
“ Alia,” aku tersentak apabila Amran secara spontan telah menarik tanganku.
“ Kenapa Am?” soalku sekadar berbasa basi.
“ Kenapa Alia bohong dengan Am? Kenapa Alia tidak beritahu Am perihal yang sebenar? Am ni siapa bagi Alia? Selama ni setiap masalah Alia, kesakitan Alia semuanya Am tahu. Am rasa tersisih bila Alia buat macam ni pada Am,” ujar Amran panjang lebar.
  “ Tak, Am. Bukan macam tu. Tapi Alia sudah tidak tahan dengan segala hinaan orang. Am tengoklah tadi, semua orang pandang sinis pada Alia, semua orang katakan Alia mandul. Alia malu Am, Alia malu,” ujarku tersedu-sedan.
“ Mari Am hantarkan Alia balik.” Aku hanya mengekori langkah Amran. Perasaanku benar-benar kosong.
Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tidak mahu Amran tahu bahawa aku sedang berduka kini. Dan aku juga tidak mahu Amran bertambah simpati dengan nasibku.
Mencintai aku
Dengan seadanya
Aku menatap skrin telefon. Lantas aku kesat airmata. Aku cuba mengawal suara agar tidak nampak ketara bahawa aku sedang menangis.
“ Assalamualaikum, mak,” sapaku terlebih duu.
“ Waalaikumsalam, Sara mak nak kerumah Sara ni. Kebetulan ada kenduri anak kawan mak kat sana. Mak tumpang tidur rumah kamu ya,” ujar emak membuatkan dadaku terhimpit tanpa oksigen.
“ Err..boleh mak. Mak dengan siapa? Ayah dan siapa lagi yang ikut?” soalku setelah lama berjeda
“ Ayah kamu tentulah ikut. Ayah kamu tu usah kata la kalau mak pergi seorang memang takkan bagi punya. Ok lah Sara mak nak beritahu tu je. Jangan lupa ya, ambil mak dekat Klang, mak turun bas disitu.” Balas emak pula.
“ Ya ALLAH, kuatkan hatiku.” Keluhku tanpa sedar.
“ Kenapa Alia?” soal Amran.
“ Err.. mak Alia nak datang sini, tumpang tidur rumah Alia. Tapi Am, bagaimana seandainya mereka tahu tentang Aiman? Alia belum bersedia untuk beritahu mereka, Alia tak sanggup lukakan hati mereka,” ujarku buntu.
“ Alia terus terang saja, sampai bila Alia mahu telan pahitnya hempedu? Kalau Alia sorokkan lebih lama nanti lagi parah. Am tak sanggup tengok Alia terus-terusan bersedih,” aku menoleh pada Amran sekilas.
“ Entahlah Am, Alia dah penat dengan semua ni.”
Perhentian Bas, Klang
“ Mak, ayah,” tegurku lantas menyalami tangan kedua orang tuaku.
Setelah kami memboloskan diri dalam perut kereta aku terus menghidupkan enjin, lantas bergerak menuju pulang ke rumah. Tumpuanku terhenti saat telefonku berdering. Lantas aku mencapai earphone lalu aku cucukkan ditelinga.

“ Sara, malam ni abang tak balik. Hati-hati ya,” ujar si suami tanpa memberi salam.
“ Tapi, abang. Mak datang dari kampung ni,” ujarku perlahan, tidak mahu mak dan ayah menangkap perbualanku.

“ Ala, Sara cakap je abang sibuk kerja, tak kan itu pun nak kena ajar. Dah la kirim salam saja pada mak dan ayah,” tutur Aiman dingin.
Aku mengeluh kecil dengan sikap dingin yang ditunjukkan suamiku. Belumpun sempat aku menarik nafas Amran pula menghubungiku. Segera aku mengangkat panggilan itu.
“ Assalamualaikum, Alia. Semoga ceria bak pelangi ya. Alia dimana ni?” soal Amran ceria.
“ Masih di Port Klang. Kenapa?” soalku pula, hairan.
Benar aku merasa sungguh hairan dengan sikap Amran yang penyayang itu. Jika dibandingkan dengan suamiku pastilah Amran lebih segalanya.
“ Oh, ya? Am nak jumpa mak dan ayah Alia boleh?” soal Amran jujur.
“ Err, tapi.. ya lah. Jumpa di rumah Am je lah, boleh?” cadangku pada Amran.
“ Ok, boleh. Hati-hati memandu,” balas Amran sebelum menamatkan talian.
“ Kita ke satu tempat dulu ya ayah, mak. Kawan Sara sibuk pula dia nak jumpa mak dengan ayah,” ujarku sambil tersenyum manis.
“ Mak nak tanya ni. Mana si Aiman?” tanya emak, namun pertanyaannya mampu membuat aku rasa terjerut.
“ Err, abang Aiman sibuk dengan kerja mak, ayah. Dia kirim salam pada mak dan ayah.”
Amran tersenyum padaku sebaik terlihat wajah ku. Aku mempenalkan mak dan ayahku pada Amran. Aku lihat ayahku rancak berbual dengan Amran membuatkan aku rasa tenang.
“ Pakcik dari kampung la ni?” soal Amran ramah.
“ Ya, nak. Pakcik dari kampung. Datang sini ada kenduri kahwin anak kawan Pakcik,” balas ayahku pula.

Aku gembira melihat Amran yang tidak kekok melayani ayahku. Setelah sejam aku meminta diri ingin pulang.
                                               ****************************

2 bulan kemudian
Aku tumpang gembira saat mendengar berita kehamilan Mya Alisha. Yang terlebih gembiranya sudah tentu mertua dan juga suamiku. Namun tak mengapa memang ini sudah takdirku.
Aku jualah yang memendam rasa kerana suamiku tidak lagi mengambil tahu soalku. Jika dahulu aku tidak dibenarkan untuk melakukan kerja berat-berat namun kini hidupku tidak ubah seperti hamba abdi di rumah yang pernah memberiku sinar bahagia.
Sungguh aku merasa terkilan, namun aku tidak mampu untuk pergi jauh dari sisinya. Kerana sayangku masih bertaut untuknya.
“ Mya, hati-hati turun tangga tu,” tegurku pada Mya namun teguranku langsung tidak didengarinya.
Gedebuk!!!
Aku yang sedang mengemop lantai di ruang tamu berpaling saat mendengar bunyi yang amat kuat itu. Dan alangkah kagetnya aku apabila melihat Mya dalam keadaan yang dilumuri darah, terus saja aku mendapatkannya dan membantu dia bangun, namun tanganku ditepis kasar olehnya.
“ Kau ketepi lah, puas hati kau sekarang? Anak aku dah mati, puas hati kau sekarang? Aku benci kau!” jerkah Mya padaku seraya menarik-narik rambutku.
“ Apa yang bising-bising ni? Ya ALLAH sayang kenapa ni?” Aiman terus mendapatkan Mya yang berlumuran darah itu, lantas ditepis aku hingga berpinar kepalaku saat terhantuk pada dinding.
“ Sayang, Kak Sara nak bunuh I sayang. Dia tak sukakan i. Dia tolak I sampai I jatuh tangga sayang, Dia jahat sayang. I benci dia,” rengek Mya sambil memaut erat leher Aiman.
“ Tak..bang..Sara..” belum sempat aku menghabiskan kata, Aiman terus mencempung Mya, kemudian Aiman berpatah balik padaku.
“ Kita bincang selepas aku pulang dari hospital,” terpempan aku di situ menahan tangis.
Hospital Kuala lumpur
Segera Mya diusung dengan  stretcher lalu dibawa ke dewan kecemasan. Setelah dua jam didewan kecemasan Mya akhirnya dipindahkan di wad biasa.
“ Maaf Encik. Tapi anak Encik tak dapat diselamatkan,” ujar Dr muda yang merawat Mya itu.
“ Ini semua salah kak Sara. Sampai hati dia buat I macam ni. Sayang, takkan la sayang nak simpan lagi perempuan yang busuk hati macam Sara tu? Sayang ceraikan la dia,” rengek Mya sambil memengang erat tangan Aiman
“ Err. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu lah. Puan kena banyakkan berehat ya,” ujar Dr itu lagi.
“ Terima kasih Dr…”
“ Amran, Dr. Amran,” ujar Amran lalu meninggalkan pasangan itu.
Segera aku mengangkat panggilan setelah melihat nama si pemanggil. Amran memang benar-benar penyelamatku.
“ Am, tolong Alia, Mya.. Aiman…Am tolong percayakan Alia, Alia tak salah Am, benar Am Alia tak salah,” aduku tidak mampu lagi menahan kesedihan yang melanda.
“ Am percayakan Alia. Tapi Am harap Alia tabah ya. Tadi masa Am rawat Mya, dia kata..dia…” hatiku diserang rasa ingin tahu apabila kata-kata Amran seolah tergantung sebegitu saja.
“ Dia kata apa Am? Apa yang Mya katakan?” soalku tidak sabar ingin tahu.
“ Dia minta agar Aiman ce..ceraikan Alia,” Doom! Bagaikan petir sambar menyambar, hatiku benar-benar dipagut pilu. Bagaikan disiat-siat, sakitnya amat terasa.
“ ALLAH!  Ya RAB! Mengapa berat benar dugaan yang KAU berikan, sungguh aku tak kuat untuk menghadapinya. Am.. janji dengan Alia, takkan tinggalkan Alia ya. Alia tak kuat tuk hadapinya sorang-sorang,” ujarku bersama sendu yang tidak terkawal lagi.
“ Am janji takkan tinggalkan Alia, susah senang kita bersama. Itu janji Am,” janji Am padaku.
Aku meletakkan ganggang setelah memberi salam. Aku resah menanti kepulangan suamiku. Setelah sejam menunggu akhirnya suamiku pulang jua. Segera aku mendapatkannya, namun langkahku terhenti saat terpandang wajah tegang mertua serta suamiku.
“ Eh! Perempuan tak tahu malu. Kerana kau lah lah cucu aku mati, kerana kau, aku kempunan mahu timang cucu, semuanya kerana kau, aku bencikan kau!” jerkah mertuaku seraya menghantukkan kepalaku didinding.
“ Mak, sakit mak,” rayuku agar mertuaku melepaskan aku dari cengkamannya.
“ Oo, sakit. Hati aku ni lagi sakit tahu tak! Aiman tunggu apa lagi  mak nak kau ceraikan isteri kau,” arah mertuaku pada si suami.
“ Mak, Sara tak salah. Abang percayalah bang, Sara tak salah. Sara tak salah bang. Percayalah. Mak, abang. Sara tak salah, percayalah bang,”rayuku sambil memaut kaki suamiku.
“ Aiman!! Tunggu apa lagi? Kau nak tengok perempuan ni bunuh si Mya pula ke baru kau nak ceraikan dia? Atau kau nak tengok dia bunuh mak?” aku beristighfar dalam hati, tanpa sedar hatiku menjerit-jerit memanggil Amran.
“ Ya ALLAH, mak. Sara tak pernah terlintas pun ingin membunuh sesiapa, Sara juga bersedih dengan apa yang jadi,” tuturku membela diri.
Aku mengerang kesakitan saat ditendang oleh mertuaku, tidak cukup dengan itu Aiman pula membaling pasu kaca tepat mengenai kepalaku, aku memegang kepala saat terasa darah hangat merembes keluar.
 “ Ah! Tak usahlah kau berlagak baik depan aku. Meluat aku,” ujar mertuaku seraya menjeling tajam ke arahku.
“ Abang, tolong percayakan Sara bang, Sara tak salah. Sara..”
Pang!!
Aku mengusap bekas tamparan yang dihadiahkan oleh suami yang amat aku kasihi, tak ku sangka sayangnya sekelip mata bertukar api kebencian. Apatah lagi apabila ada yang mencucuk jarum.
“ Abang, Sara benar-benar tak bersalah bang,” ujarku lagi memohon belas ihsan suamiku.
“ Sanggup kau tolak Mya sampai keguguran. Kau tahu tak sekian lama aku menantikan kehadiran anak? Alia Maisara, aku benar-benar kecewa dengan kau. Dan aku juga tak boleh hidup lagi dengan perempuan yang busuk hati seperti kau. Dan mulai hari ni aku ceraikan kau dengan  talak 3.” Melopong mulutku apabila mendengar lafaz cerai yang meniti di mulut Aiman itu.
Kini aku benar-benar kosong, tidak mempunyai anak, kehilangan suami, dan kini aku adalah seorang’janda’. Bertapa sakitnya ku rasakan. Namun tak mengapa mungkin ini sudah suratanku.
“ Kau pergi kemaskan pakaian kau, dan aku tak mahu tengok walau satu pun barang kau ada dalam rumah ni. Dasar perempuan busuk hati,” hina Aiman padaku, namun ianya tidak lagi meninggalkan kesan padaku.
Segera aku menelefon Amran memberitahu akan diriku, tidak mahu membuat dia risaukan diriku.
“ Assalamualaikum, Am. Alia..Alia dah diceraikan, tanpa sempat Alia jelaskan duduk perkara sebenar,” aduku pada Amran.
“ Astaghfirullahal-azim, Aiman benar-benar melampau. Alia macam mana? Ok ke?” soal Amran cemas.
“ Am, I really need your help. Am tunggu Alia di simpang nak masuk rumah Alia tu ya. Alia nekad Alia tak mahu ambil satu pun hadiah pemberian Aiman, termasuklah kereta dan juga telefon bimbit ni, Boleh kan Am tolong Alia?” soalku inginkan kepastian.
“ Dah tentu la boleh. Salwa, saya ada hal penting, kalau ada apa-apa hal called je saya,” arah Amran pada setiausahanya.
Salwa menggangukkan kepala mendengar arahan orang atasannya.
“ Abang, ni kunci kereta, dan juga telefon bimbit hadiah pemberian abang, Sara tak perlukan semua ni lagi. Terima kasih kerana pernah bahagiakan hidup Sara, Sara akan kenang kenangan kita sampai bila-bila, halalkan makan dan minum Sara ya bang, assalamualaikum, abang jagalah Mya dengan sebaiknya,’ ujarku lantas berlalu pergi meninggalkan rumah yang banyak kenangan buat diriku.
Aku menoleh Aiman buat kali terakhir, namun sedikit pun tidak dipandangnya wajahku, seolah di hatinya tidak pernah ada cinta buatku.
                                                      ****************
Kini genaplah 3bulan perceraianku dengan Aiman. Sejak mak dan ayahku mengetahui perkara itu aku sering melihat mendung diwajah mereka.
“ Kenapa Sara rahsiakan perkara ni nak? Mak tak tahu anak mak terseksa, kalau tak kerana Amran, sampai sekarang pun belum tentu mak tahu akan hal yang sebenar,” omel emakku.
“ Perkara dah nak jadi mak, biarlah..” tiba-tiba aku merasa mual lalu aku segera menuju ke arah bilik air untuk memuntahkan segala isi perut.
Uweek!! Uweek!!
Aku mengerut pelipisku, terasa kepalaku sangat berpinar, kelam dan setelah itu aku tidak nampak apa-apa lagi.
“ Ya Allah, Sara. Abang, mari tengok Sara ni pengsan.”
“ Sara kat mana ni?” soalku pada mak setelah berjaya membukakan mata, namun apabila aku melihatkan wajah mendung yang terpamer di wajah mak dan ayah aku menjadi hairan.
“ Alia, tahniah,” ujar Amran, menambahkan lagi rasa hairanku.
“ Untuk  apa Am? Alia tak faham,” pintaku inginkan penjelasan.
“ Alia akan menjadi ibu tak lama lagi, dan berita gembira, Alia bakal timang anak kembar,” ujar Amran ceria.
“ Kenapa baru sekarang Alia dapat berita ni Am? Kenapa tidak sewaktu Alia bergelar seorang isteri?” soalku menahan sebak.
“ Mungkin ada hikmah sebalik apa yang jadi. Err.. kalau boleh setelah Alia bersalin dan babypun dah besar, Am ingin jadikan Alia sebagai isteri Am, Am ingin jaga Alia seumur hidup Am, dan Am ingin menjaga baby kita bersama-sama. Am tak kisah kalau ianya bukan anak kandung Am, tapi Alia, Am  harap sangat  Alia sudi terima Am, sebelum Alia berkahwin dengan Aiman lagi Am sukakan Alia, namun Am tak berani untuk luahkan perasaan Am,” luah Am membuatkan lidahku kelu.
Aku melihat wajah mak dan abah silih berganti, kemudian aku memandang Amran. Lantas aku tersenyum manis buatnya.
Kini setelah usia anak kembarku mencecah umur 1 tahun, aku sekali lagi mendirikan rumahtangga sebaik sahaja aku bersetuju akan cadangan Amran, namun aku tidak menjemput ramai tamu. Cukup sekadar jiran terdekat sahaja yang tahu.
Aku tidak menyangka perkahwinan keduanya kini lebih bahagia dari perkahwinan kali yang pertama, ditambah pula dengan baby kembarku ini, menambahkan lagi rasa bahagia di hati.
“ Sayang,” panggil suamiku, lantas aku tersenyum manis padanya.
“ Terima kasih abang, sudi menerima sayang dalam hidup abang, I really love you,” ucapku tanpa silu.
I love you to,” ujar Amran lantas didakapnya tubuhku.
“ Abang akan sentiasa cintakan sayang, seumur hidup abang,” tutur suamiku lagi lantas diciumnya ubun-ubunku.
Sebulan setelah perkahwinan keduaku aku mendapat berita mengenai Aiman yang kini telahpun bercerai dengan isterinya Mya, dengarnya Mya berlaku curang, tapi entahlah biarkan aja kisah mereka itu. Tapi ada sesuatu yang meruntun kalbuku kini kerana aku dengar kehidupan Aiman  kini kucar-kacir, bagaikan orang tidak siuman saja, namun aku tetap mendoakan agar dia sentiasa berada di bawah kasih ILLAHI.
Bekas mertuaku pula kini merayu agar aku memberi salah seorang anakku padanya. Namun tidak semudah itu untuk aku memberikan hak penjagaan putri-putri kembarku. Cukup sekadar aku membenarkan bekas mertuaku melawat Arisa dan Anisa.
Ternyata aku kini benar-benar bahagia hidup disamping suami yang aku cintai, aku berharap agar perkahwinan ini akan berkekalan selamanya.
Sesungguhnya Amran Firdaus adalah pelangi hidupku yang sentiasa menerangi jalan hidupku  dan aku sangat mencintainya kerana dia adalah PELANGI HIDUPKU.

Nota kaki- Enjoy reading semua :)
feedback need tq
sayanggggg korang :)

19 comments:

Aryssa Najwa said...

Best la kak weed. Sian si Alia...

Aryssa Najwa said...

Best kak..
Sian alia...

Anonymous said...

Err..kalau x slh edah perempuan mengandung smpai dia bersalin kan..beware ye hal hukum agama jgn simply tls je..research btl2

nurul nuqman said...

ta ary :)

Nur Fitri said...

the best.. tak ada perkataan sesuai untuk cerpen ni sebab serius awesome giler! so, ini ajelah yang boleh diberi.. (Y)

Domi Nisa said...

kejap kak weed...alia tahu dia ngandung lepas dia habis eddah ke?
sbbnya dkt sini eddah dah jadi dua keadaan...
kalau dia mengandung sms eddah atau lepas..yakini benih bekas suaminya ..si amran kena tunggu lepas lahirkan anak bru dia leh khwin.
sekadar info fiqh usrah :)

nurul nuqman said...

Tq ary.alhamdulilah ary suka.akk ada editkan skt 2.

nurul nuqman said...

fit tq :)


domi,alia tahu after divorce,


and akk dah terangkan yg amran kahwin after alia dah bersalin,td ada kesalan sikit,and akk dah betulkan :) maaf mengelirukan :)

rahsia hatiku said...

puas hati sangat.. padan muka aiman ngan mertua dia tu..

Anonymous said...

Assalamualaikum eda.... hhmmm bertambah maju ..maju dan maju cara penulisan kamu pun up dah tahniah eda.. chaiyok2 ceq dah baca cite dia best tapi kalo tusuk lagi mesti best ..kadang2 ada typo kat perktaan tu tapi takpe benda tu tak mencacatkan langsung cite yg kamu nak sampaikan tapi tuk next cite tgk dulu kesalahan tu okay...yup btul,ceq setuju ngan bos kecik domi nisa...

Semoga ceria bak pelangi... (psstt awat yg sebut tu si hakim kalo si am yg sebut mesti ceq lagi suka hahaha apa2 ceq suka2)

nurul nuqman said...

rahsia hatiku- sabar2...alia pun dah bahagia kan,biarkan je aiman tu,huhu


kak fika- waalaikumsalam, terima kasih kak, eh mana ada. masih banyak yang perlu eda belajar ni.. ok, psai typo tu mmg kekadang xsedor,hehe

orait tentg tu tq atas komennye cik Domi :)uit, akak salah tengok ni, am la yg sebut tagline akk tu.....am je yg panggil alia kan.hehe

Fasha Addryanaa said...

the best, kalau ada stars nie..sha dah bg 5 stars dah..
akhirnya, Aiman dapat balasan dari Allah sbb ceraikan Alia tanpa tau citer sebenar..

oman said...

Terbaiklh atam,best sgt..anja suka,padan muka x suami alia tu...byak typo ya atam,to x mncacatkan cerita pn best...

nurul nuqman said...

Thanks ats teguran,ye sy mtk mf,sy dah btoikan kslhan tu.trme ksh sudi tgur kslhan sy.

nurul nuqman said...

Thanks sha.alhamdulillah,akhrnya kan.hehe.

nurul nuqman said...

Yup byk typo.nanti atam betulkan ye.hehe.trme ksh sukakannye n thanks ats komen anja syg.

Aku Nurul said...

menarik. kalau jadi novel pun OK. banyak lagi plot yang boleh dikembangkan

nurul nuqman said...

nurul thanks atas komennya :) tq juga atas cadangan :)

seroja indah said...

Terkdng ortu mnjdi batu dlm RT apabila merujuk soal anak. Cantik cerpen