CINTA BILANG BENCI 6




Kini genaplah sudah sebulan umat Islam berpuasa, tibalah pula hari raya yang dinantikan. Usai menunaikan solat sunat Aildilfitri Zafran dan Ain berkumpul untuk bermaafan bersama keluarganya.

“ Ummi, along minta ampun minta maaf seandainya pernah mengguris hati ummi, maaf  juga kerana terlebih nakal ya ummi,” ujar Zafran lantas mencium tangan Puan Linda.

“ Ya, ummi ampunkan.” Lantas Zafran mencium ubun-ubun umminya seraya memberi laluan buat adiknya pula.

 “ Ummi, adik minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ummi, maaf kalau adik degil dan tak dengar cakap ummi ya,” Puan Linda mengesat airmata yang luruh di pipi anak gadisnya itu.

“ Ummi maafkan, ha! Kau orang tak ada duit raya ya tahun ni. Kau orang pun dah besar kan? Patutnya kau orang yang patut bagi duit raya pada ummi dan abi,” seloroh Puan Linda pula.

Zafran tersenyum mendengar gurauan umminya, serta merta ingatannya berlari menggingatkan si dia yang jauh mata namun dekat di hatinya. Sedang asyik Zafran mengelamun bahunya disentuh lembut oleh Ain.

“ Along berangan ye? Mesti ingat kak Rin kan?” soal Ain seraya mengjongketkan kening.

“ Tau-tau aja lah budak kecik ni,” Zafran tersenyum seraya menarik hidung adiknya.

“ Auchh! Sakitlah along.” Rengek Ain.

Tanpa rasa bersalah terus sahaja Zafran mengatur langkah ingin menyalami Encik Lazim yang baru sahaja melabuhkan punggung disisi umminya.

“ Abi, along minta ampun minta maaf andai abi ada terasa hati hati dengan along selama ni ye,” tutur Zafran seraya menyalami tangan kekar abinya.

“ Abi ampunkan along,” sendu kedengaran suara Encik Lazim.

“ Abi, kenapa ni?” soal Ain dan Zafran serentak.

“ Abi teringatkan angah, marah lagi ke angah pada abi? Salahkah kami kahwinkan dia di usia mudanya?” tanya Encik Lazim lalu memandang si isteri di disebelah bagaikan meminta jawapan yang tidak ditemuinya.

“ Abi dan ummi tak salah. Angah perlukan masa abi. Insya-ALLAH andai along ada masa along akan telefon angah ye, abi jangan risau.” Pujuk Zafran sengaja ingin menyedapkan hati yang gusar.

Tenang sayang
Ku sambut engkau datang

Zafran mencapai telefonnya lantas mengangkat panggilan yang dinantikan dari Erina bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“ Assalamualaikum, selamat hari raya buat awak sekeluarga. Makan juadah apa pagi ni?” soal Erina ceria.

“ Waalaikumsalam, amboi cerianya. Puasa penuh ke tak ni? Kalau tak puasa penuh tak boleh raya tau,” seloroh Zafran sambil tertawa kecil.

Zafran terkedu seketika mendengar tawa halus Erina, sungguh walau cuma ketawa juga sudah membuatkan jiwanya yang resah sedikit tenang.

“ Perempuan tak puasa penuh ada sebab. Lain la kalau Zaf yang tinggal puasa, tu namanya cari penyakit tau, Hu hu,” balas Erina.

Zafran menghamburkan tawa mendengar usikan Erina. Hatinya merasa bahagia, dalam diam dia menitipkan doa pada maha Esa.

‘ Moga saja bahagia tetap milikku ya ALLAH.  Kerana aku tidak sanggup lagi berjauhan dari gadis yang selama ini bertempat dihatiku.’ Doa Zafran didalam hati.

“ Erm, hari ni ummi masak lontong, ada rendang ketupat lemang pun ada. Rin pula juadah apa hari ni?” soal Zafran setelah lama berjeda.

“Erm, sedapnya lontong. Lama tak makan Acik Linda punya lontong yang umph tu. Rin hari ni juadah ada laksa, nasi impit, kuah kacang dan favourite kita Zaf. Rin masak mee tomyam.

“ Yeke Rin masak? Macam tak percaya je. Mesti ibu Rin yang masak ni kan? Rin tukang kacau je betul tak?” seloroh Zafran.

“ Amboi, apa ingat Rin ni teruk sangat sampai tak pandai masak?” balas Erina geram.
Zafran tersenyum membayangkan wajah Erina yang sedang menahan amarahnya. Sungguh dirindui seraut wajah erina itu.

“ Maaf ya, Zaf gurau je,” ujar Zafran lembut seakan memujuk.
Erina tersenyum mendengar suara zafran yang seperti lalang ditiup angin itu, terliuk lentok mengikut arah angin.

“ Apa gurau-gurau? Gurau pi surau lah.” Usik Erina pula, sengaja memanjangkan perbualan.

“ Erm, yela. Orang tak nak maafkan kita nak buat macam manakan, redho jela,” rajuk Zafran sambil membuat memek muka sedih.

“ He he. Rin pun gurau saja. Oklah Zaf. Rin nak pergi beraya ni. Maaf andai Rina ada terkasar bahasa dengan Zaf ye. Kirim salam pada semua. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam Rin.”

“ Rin telefon ke along?” soal Encik Lazim.
Sambil tersenyum Zafran menggangukkan kepalanya. Lantas Zafran mendail no Faiz ingin beraya ke rumah sahabat-sahabatnya.

“ Assalamualaikum, Faiz. Jom beraya. Bosan kot. Raya tak kan nak duk rumah je kan? Kita beraya la rumah ke rumah, amacam?” cadang Zafran.

“ Waalaikumsalam, ok juga, tapi kau ambik aku kat rumah ye, kereta aku rosak la pula, merajuk masuk bengkel. Time ni la dia buat hal, geram pula aku,”  luah Faiz akan kesulitan yang dihadapinya ketika itu.

 “ Bereh, asal kau payung duit minyak, aku no hal.” Zafran menduga Faiz yang agak terkenal dengan sikap ‘berjimatnya itu. Sebenarnya bukan jimat tapi ‘kedekut’. Hu hu..

“ Eh! Kau ni la. Suka benar ambik kesempatan dalam kesulitan kan?” suara Faiz geram akan sikap Zafran.

Zafran menghamburkan tawa, terasa ingin guling-guling mendengar suara Faiz yang sedang menahan geram, padanya suara Faiz itu tidak ubah seperti suara umminya saat menahan marah akibat kenakalannya itu.

“ Ha ha. Selalu aku je yang asyik payung kau kan? Apa salahnya kau pula yang payungkan aku kan?” provok Zafran. Sengaja ingin diduga hati sahabatnya itu.

“ Oklah, fasal minyak kau jangan risau. Tapi aku nak drive kereta kau. Amacam?” tanya Faiz ingin mengusik Zafran pula.

‘ Mana aci asyik aku je yang kena buli. Hah, nak pergi kampung Erina di Pahang tu jauh sangat lah pula. KL-Pahang, mahu makan masa dekat 4jam. Tu pun kalau jalan tak jammed. Kalau jammed mahu bersungut si Zaf tu, hi hi. Tapi kalau aku pergi juga ke Jengka tu bukan setakat Zafran dapat jumpa Erina bahkan aku juga boleh cuci mata tengok-tengok wajah Ana. Dan boleh juga tengok merpati dua sejoli tu, ha ha..” Faiz tersenyum sendiri memikirkan idea sengalnya itu.

“ No hal bro,” ujar Zafran sepatah.

“ Err, Zaf. Kalau kita ke kampung Erina ok tak?” cadang Faiz membuatkan Zafran menyimpul senyum.

“ Dah, kau jangan nak mengarot. Nanti aku ambil kau. Ok Assalamualaikum.”tutur Zafran lantas segera dimatikan talian.


Erina berkumpul untuk bermaafan dengan ibu dan ayahnya. Puan Zaiton tersenyum manis melihat anak gadisnya yang tampak cantik memakai baju kurung bewarna oren. Sangat manis. Memandangkan Erina berkulit cerah jadi ianya menyerlahkan lagi keayuan yang dimilikinya.


“ Ayah, Putri susun sepuluh jari mohon ampun pada ayah. Putri minta maaf andai pernah terkasar bahasa, dan halalkan makan dan minum Putri ya ayah,” ujar Erina lantas disalam dan diciumnya tangan si ayah.

“ Ya, Putri. Ayah maafkan, ayah juga minta maaf seandainya ayah pernah meninggikan suara pada Putri,” tutur Encik Zainal seraya meletakkan tangannya di atas kepala Erina.

Erina beralih pula untuk menyalami ibunya. Encik Zainal mencapai kamera yang diletakkan diatas meja yang terletak diruang tamu. Lantas dihalakan lensa kamera itu pada anak dan isterinya.

“ Ibu, Putri minta ampun, minta maaf pada ibu. Putri tahu Putri nakal. Selalu usik ibu. Harap ibu maafkan Putri ya,” usai mencium tangan ibunya Erina mencium kedua belah pipi serta dahi Puan Zaiton.

“ Anak ayah ni dah boleh kahwin ni,” gurau Encik Zainal.

Erina mencebik mendengar gurauan ayahnya. Bosan apabila topik kahwin yang diutarakan. Spontan ingatannya terlayar mengingati Zafran.


‘ Agaknya kalau Zaf kahwin nanti, bagaimanakah ciri wanita yang akan menjadi pilihannya? Mesti cantik. Yalah Zaf pun bukannya tak ada rupa, handsome, dengan lesung pipit dia tu, lagi la serlahkan ketampanannya. Tinggi, dan yang lebih penting Zaf sangat penyabar orangnya. Eh! Yang aku ni tiba-tiba kaji si Zaf ni kenapa?’ Bagaikan tersedar dari lamunan Erina cuba untuk mengusir apa yang bermain difikirannya tadi.

“ Putri,” seru Encik Zainal apabila melihat anaknya diam tidak berkutik.

“ Ya, ayah.” Sahut Erina lalu duduk bersimpuh.

“ Kalau ayah carikan calon untuk Putri boleh tak?” soal Encik Zainal bersama satu harapan.
Bulat mata Erina saat terdengar cadangan ayahnya yang dirasakan tidak masuk akal itu. Seram sejuk tubuhnya apabila sebaris ayat ‘carikan calon’ terpacul dari bibir si ayah.

“ Ayah.. jangan guraulah. Putri belum bersedia ayah. Kalau dah bersedia nanti insya-ALLAH kahwin lah juga anak ayah yang cantik ni.” ujar Erina sambil mendabik dada. Sekali sekala puji diri sendiri tak salah kan?

Encik Zainal ketawa. Dia yakin pasti jawapan ‘belum bersedia’ itulah yang akan Erina gunakan saat diri terperangkap dalam soal kahwin.

“ Kalau nak tunggu kamu bersedia, entah bila tahun ibu dan ayah nak makan nasi minyak kamu tu. Putri je kot memilih sangat. Kat KL takkan lah tak ada seorang yang minat anak ibu ni,” sampuk Puan Zaiton.

“ Entah la bu. Belum sampai serunya lagi untuk Putri bergelar isteri. Putri nak beraya di rumah Ana, boleh kan bu?” Erina pantas meminta izin sengaja ingin mengelak dari soal ‘kahwin’.

“ Abang tengoklah anak abang tu pantang sebut perkataan kahwin mulalah nak mengelak. Orang lain usia macam kita ni dah bersusun cucu, kita ni sorang cucu pun tak ada lagi. Entah apa la yang ditunggu si Putri tu. Agaknya tunggu Putera kayangan kot?  Ei, geram betul saya ni lah,” leter Puan Zaiton, geram dengan sikap Erina yang selalu mengambil mudah soal kahwin.

Erina mendengar setiap butir yang keluar dari bibir Ibunya namun dia hanya membuat tidak dengar sahaja. Lantas dia menghayun langkah laju ingin ke rumah sahabat lamanya Farhana.

“ Assalamualaikum,” Erina memberi salam.

“ Waalaikumsalam, eh Rin!” sahut suara dalam rumah lantas memeluk tubuh kecil molek Erina.
Erina membalas pelukan sahabatnya. Sungguh banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama Farhana, termasuklah kisah Zafran.

“ Kau sihat Ana? Lama betul aku tak jumpa kau kan? Dan... erm, kau makin cantik. Makin slim macam model pula aku tengok,” usik Erina sebaik meleraikan pelukannya.




FARHANA



“ Ish! Kau ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Suka usik aku kan,” ujar Farhana tersipu malu dipuji sebegitu.

Farhana ingin bertanya sesuatu kepada Erina namun hasratnya terbantut sebaik mendengar suara ibunya dari arah ruang tamu.

“ Ana, kenapa dibiarkan kawan hang tu duk kat luaq? Suruh la masuk, orang datang beraya ada pula dibiarkan kat tengah panas tu,” leter Halimah pada anaknya.

“ Ha, yelah mak, jom masuk. Banyak cerita yang aku nak cakap dengan kau dan aku nak tanya sesuatu pada kau,” ujar Farhana seraya menarik tangan Erina melangkah masuk dalam rumah.

“ Assalamualaikum, Acik Mah sihat?” tanya Erina lantas disalami ibu Farhana.

“ Waalaikumsalam, sihat. Kamu sihat Rin?” soal Halimah pula.

Farhana melihat wajah putih bersih Erina. Terselit rasa bangga dihatinya kerana menjadi sahabat kepada seorang gadis yang cantik, peramah dan juga baik hati seperti Erina. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Erina masih mengingatinya. Terharu hatinya apabila melihat Erina yang berdiri dihadapan rumahnya tadi.

“ Kamu duduk lah ye, Acik nak pergi beraya ni,”ujar halimah lantas bingkas meninggalkan dua sahabat itu

“ Apa cerita kau sekarang? Aku ingat kau dah lupakan aku. Maklumlah dah jadi orang KL sekarang kan?” usik Farhana sambil membuat muka seposen.

“ Ha ha.. Kau ni ada-ada je lah. Aku macam biasa. Dah ada Butik, hasil perkongsian aku dan seorang kawan. Dan aku sentiasa ingat kau, tapi tak tahu macam mana nak contact je,” ujar Erina sambil tangan mencapai Biskut Almond London yang diletakkan didalam balang kuih.

Farhana berkira-kira ingin bertanya soal Faiz. Namun Erina terlebih dahulu membicarakan soal Zafran.

“ Kau tahu aku dah jumpa semula Zafran. Dan aku rasa bahagia sangat,” ujar Erina memulakan bicara.

Farhana turut tersenyum melihat kebahagiaan Erina.

“ Err, Rin. Aku nak tanya sesuatu,” tutur Farhana teragak-agak.

“ Apa dia Ana?” soal Erina.

“ Err..err.. kau ada jumpa Faiz?” tanya Farhana seraya memandang tepat kearah Erina. Dia berdoa dalam hati agar tidak ketara riak ingin tahu di wajahnya.

“ Oo, ada. Waktu aku jumpa dengan Zaf ada juga jumpa dia. Handsome Faiz sekarang, tahu?” ujar Erina tanpa sedar wajah Farhana yang mula berubah mendung.

Erina menghentikan suapannya apabila melihat wajah Farhana yang seperti ingin mengalirkan airmatanya. Lantas dia menghampiri Farhana terus sahaja didakap erat tubuh sahabatnya, cuba menyalur kekuatan.

“ Ana, kenapa ni? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” soal Erina penuh berhati-hati khuatir membuatkan Farhana lebih bersedih.

“ Rin. Se.. se..sebenarnya aku.. ya ALLAH, susah aku nak terangkan. Sebenarnya aku pernah jadi kekasih Faiz, tapi kami putus sebab mak Faiz tak suka aku. Yalah aku dulukan macam Erra Fazira dalam cerita ‘cinta kolestrol’ tu,” Erina terkejut mendengar luahan hati Farhana. Sungguh dia tidak menyangka masih ada orang yang berfikiran sempit di zaman serba moden ini.

“ Kau tahu aku yang putuskan hubungan kami,” sambung Farhana lagi, menambahkan rasa  terkejut di hati Erina.

“ Cop! Yang aku tak faham ni sebenarnya sejak bila kau orang couple? Dan sebenarnya kau sayang tak pada Faiz? Kalau sayang kenapa kau putuskan hubungan? Kalau setakat mak dia yang jadi penghalang kan ke kau boleh belajar ambik hati mak si Faiz tu.” Farhana mengetap bibir mendengar soalan demi soalan yang terbit di bibir comel Erina.

“ Aku tak tahan Rin. Cuba kau bayangkan. Setiap hari mak Faiz call aku cakap macam-macam, hina aku. Aku sedar aku tak lah secantik mana. Aku kata pada Faiz mak dan ayah aku tak sukakan Faiz, sebenarnya aku tipu Faiz. Alasan sebenarnya mak dia yang tak sukakan aku. Kata mak dia aku tak layak buat anaknya yang jelas-jelas ada rupa, sedangkan aku. Dah macam Beauty and The Beast, bezanya aku The beast. Dan Faiz adalah The Handsome Boy,” ujar Farhana panjang lebar.

Erina tergamam mendengar luahan hati Farhana. Namun dia nekad untuk menyatukan kembali cinta sahabatnya yang terlerai, sempat dia berdoa agar hati ibu Faiz lembut untuk menerima Farhana.

‘ Moga saja Acik Maimun boleh terima kehadiran Farhana, aamiin ya- Rabbal alamiin,” Erina menititipkan doa pada yang Maha Esa.

“ Kau masih sayang pada Faiz?” soal Erina ingin mengorek isi hati sahabatnya.
Farhana tersenyum mendengar soalan Erina. Bohong jika dikatakan didalam hatinya tiada ruang buat Faiz kerana sehingga kini dia masih menantikan Faiz hadir disetiap mimpi dan realitinya, namun Farhana tidak tahu apakah impiannya untuk bersatu dengan Faiz akan tercapai atau tidak, kerana dia pasti ibu Faiz pasti menghalang perhubungan mereka.

“ Kalau aku tak sayang Faiz pasti aku tak tanya soal dia bukan?” Farhana bermain dengan kata-katanya.

“ Kau kerja? Maksud aku kalau kau masih belum bekerja aku ingin ajak kau kerja dengan aku. Sekaligus kau boleh menjalinkan kembali hubungan yang terputus tu,” cadang Erina.

“ Kau biar betul? Kau nak aku kerja dengan kau?” tanya Farhana bagaikan tidak percaya.

Erina menggangukkan kepala bekali-kali, sengaja dia menjongketkan keningnya untuk menyakinkan Farhana bahawa dia serius akan kata-katanya.

                                       *************************

“ Ok, Ana ini rumah sewa aku. Aku duduk berdua dengan kawan aku. Tapi kawan aku belum balik lagi ni, petang ni sampai la kot,” ujar Erina sambil baring diatas sofa untuk melepaskan lelahnya.

“ Rin, thanks tawarkan aku kerja,” ucap Farhana perlahan namun masih boleh didengari Erina.

“ Ermm,” Erina hanya menggumam sambil mata masih dipejamkan.

Tenang sayang

Ku sambut engkau datang

Erina mencelikkan mata yang hampir terpejam saat mendengar ringtone Kangen band yang bordering, lalu dicapai telefon yang diletakkan di atas meja. Segera dia menekan punat untuk menjawab panggilan Zafran.

“ Zaf, assalamualaikum,” ucap Erina lemah.

“ Waalaikumsalam, Rin? Kenapa macam lemah je suara?” soal Zafran prihatin.

“ Tak ada apa. Baru sampai rumah sewa ni, Nanti Rin call ya. Letih sangat ni.”
Nadia yang ingin melangkah masuk ke dalam rumah itu menghentikan langkahnya sebaik melihat kelibat seseorang yang tidak dikenalinya. Hatinya tertanya siapakah gadis yng sedang menyidai kain di halaman rumah sewanya itu.

‘ Siapa pula minah ni? Rin ada ambik orang gaji ke? Tak cakap pula kat aku. Ish! Pelik ni,” gumam Nadia. Lalu dia mengatur langkah mendekati gadis yang sedang leka dengan tugasnya itu.

“ Maaf, bik. Non Erina ada didalam?” soal Nadia dengan loghat Indonesia. Sangkanya Farhana adalah orang gaji yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Farhana mengulum senyum. Serius kelakar melihat wajah gadis di hadapannya.

                                                             NADIA

‘ Mungkin kawan Rin kot, cantik juga orangnya. Putih, kecil molek dan erm ayu benar wajahnya,” Farhana menilik wajah gadis yang mengerut dahi seribu itu. Lalu terlintas satu idea di mindanya.

“ Non nya ada didalam. Maaf, anda siapa ya?” soal Farhana sengaja ingin mengusik gadis itu.

“ Ana, kau kat mana? Ana!!” Erina menjerit kecil memanggil Farhana.

‘ Ish, mana pula si Ana ni?’ gerutu Erina dalam hati.

Tanpa menjawab soalan Farhana terus saja Nadia berlalu mendapatkan Erina ingin mendapatkan jawapan pada soalan yang bermain di benaknya.

“ Rin,” gamit Nadia setelah melihat Erina seperti mencari seseorang.

“ Wei, Nad. Bila kau sampai?” soal Erina sambil matanya melingas mencari kelibat Farhana.

“ Baru je. Kau ambil orang gaji ke? Kenapa tak cakap kat aku?” tanya Nadia.
Erina mengerutkan dahi tidak faham maksud kata-kata Nadia.

“ Kau cakap apa ni? Orang gaji? Bila pula aku ambil orang gaji? Kau ni merepek la Nad,” suara Erina hairan.

“ Dah tu yang sidai kain tu siapa? Hantu? Siap cakap loghat Indon dengan aku lagi,” ujar Nadia membela diri.

“ Ha? Kawan aku kot. Aku ada ajak kawan aku kerja dengan kita,” ujar Erina lantas memanggil Farhana sebaik melihat kelibat rakannya yang sedang membawa bakul pakaian ingin masuk kedalam rumah.

“ Nad, aku kenalkan ni Ana, dan Ana ni la kawan a.k.a rakan kongsi aku, Nadia namanya,” ujar Erina memperkenalkan kedua sahabatnya itu.

“ Err, maaaf tadi panggil Ana bibik,” tutur Nadia malu kerana tersalah tanggapan.

“ Tak mengapa,” Erina tersenyum girang, Kini semangatnya untuk menyatukan Faiz dan Farhana berkobar-kobar di dalam hatinya.

 Puan Zaiton mengangguk setuju akan cadangan Puan Linda untuk menyatukan Putri kesayangannya dengan Zafran. Sesungguhnya memang itulah yang menjadi impiannya sejak dahulu lagi, kerana dia yakin Zafran boleh menjadi seorang suami yang baik buat Erina.

“ Aku bukan apa Ton, aku memang nak sangat Rin jadi menantu aku. Ya lah aku kenal siapa Rin tu, aku tahu baik buruknya,” ujar Puan Linda lembut.

“ Ya, Linda. Kalau boleh memang aku nak satukan anak kita tu. Aku pun berkenan dengan si Aidil. Tentang Erina kau jangan risau, aku akan cuba pujuk dia. Aku harap dia terima lah rancangan perjodohan ni,” sambut Puan Zaiton pula.

“ Harap kita dapat jadi besan ya Zim,” sampuk Encik Zainal sambil menepuk lembut bahu Encik Lazim.

“ Nal, ini impian aku. Walaupun Zafran tak pernah luahkan apa-apa pada aku tapi jauh di sudut hati aku, aku tahu bahawa Zafran ada simpan perasaan pada Erina. Naluri aku kuat mengatakan bahawa dia perlukan Erina dalam hidupnya,” luah Encik Lazim yang menjadi pemerhati sedari tadi.

“ Sama-samalah kita berdoa agar rancangan kita dipermudahkan oleh ALLAH.” Encil Zainal mengaminkan doa yang dibaca oleh Encik Lazim.

    Nota kaki = Adakah Erina dan Zafran akan bersatu?

                       ingin tahu kisah selanjutnya?
                       Tunggu next n3 ok..

    P/s           = Don’t forget to drop komen thanks a lot sudi baca :)

6 comments:

Domi Nisa said...

heheh ade ke tersalah anggap sian ana hehe... pic siapa akk yg jadi ana tu?

Afifah Yusof said...

yeay! harap jadilah diorang kahwin. hihi. best! best! terima kasih kak weeda :)

nurul nuqman said...

domi- thah la.akk main bedal ambil je..hehehe..kenapa? cantik kan?


afi- yeay...harap2 jadi la hehe..

tq sudi komen :)

Nur Izzati Atiey said...

waaaa... nama hero n heroin same like me.. tpi tuh laa..kn best klu yg real pon sme cm lm story niee..huhu

Nur Izzati Atiey said...

waaaa... nama hero n heroin same like me.. tpi tuh laa..kn best klu yg real pon sme cm lm story niee..huhu

nurul nuqman said...

izzati sama ke? huhu. real life erk? mcm mana tu? persahabatan or kisah cinta mereka?