BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 4




Ehsan merengus geram dengan sikap Nazira. Sungguh kurang adab apabila seorang wanita mempunyai sikap yang sedemikian. Memaki hamun sesuka hati. Sudah la  mereka ditempat awam, yang pastinya akan menjadi perhatian umum. Sangat memalukan bagi orang yang dimarah oleh Nazira itu.

" Eh, Ryan. Aku geram betul la Nazira tu. Sesuka hati dia je nak maki hamun orang. Pelik aku dengan kau ni. Macam mana dulu kau boleh tahan dengan 'perempuan mulut puaka' tu." Dengus Ehsan.

Ryan hanya mengeluh mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Ehsan. Tumpuan masih tetap memikirkan perubahan Nazira.


" Tapi, aku
respect la dengan sikap kau. Bagus kot tindakan kau putus dengan 'pmp' tu. Ha ha.." Ehsan menyambungkan bebelannya lantas ketawa mengekek.

' Aik, aku ingatkan dah habis dah membebel. Huh! kalau dapat membebel dah macam mak nenek. Kalah nenek aku kat kampung tu. Aku patut gelar dia ni Tok Kebayan.He he. Yela mana sesuai nak bagi nama Nenek Kebayan, kalau perempuan tak apa la. Ni jantan, erm.' Detik Ryan dalam hati.


" Eh! Kau gelar apa tadi? Pmp? Apa tu?" Soal Ryan sambil mengerutkan dahi.


" La, kan tadi aku dah cakap. Perempuan mulut puaka." Ehsan mengaduh saat Ryan seligi kepala nya.


" Agak-agakla bro nak panggil macam tu. Walau pun dia pernah sakitkan hati aku, tapi aku masih sayangkan dia. So tolong jangan kutuk-kutuk ok." Sengaja Ryan menegaskan suaranya.


" Perempuan macam tu tak layak untuk disayangi kau tau? Sebab apa, dia tu hanya layak tuk lelaki playheart," ujar Ehsan lantas ketawa mengekek dengan teori nya.


" Banyak la kau punya playheart. Jom la cepat. Aku nak jumpa Ain ni." Sengaja Ryan membakar perasaan Ehsan, lantas ketawa melihat wajah cemberut Ehsan.


" Kau nak jumpa dia buat apa? Ada urusan apa?" Mati terus senyuman Ehsan saat mendengar kata-kata Ryan.


" Hai, la Ehsan. Aku suruh masuk line tak nak. Jangan pula nanti kau menyesal sebab aku tengok Akiff macam berminat je dengan Ain." Ehsan menjeling tajam kepada Ryan, lalu segera mencubit rakan nya itu.


Dan mereka pun berlalu meninggalkan Warung Mamak Ali. Langkah Ehsan kelihatan longlai. Lemah pabila mendengar Akiff, sahabatnya juga meminati gadis yang dicintainya.


Nazira memecut keretanya laju. Hampir sahaja dia melanggar penghadang jalan akibat tidak dapat mengawal stereng keretanya. Fikirannya sangat bercelaru.


"Cis! Bedebah punya perempuan. Entah ilmu apa yang kau guna sampai Ryan pun sanggup menempelak aku. Dan Ezairy kau tunggu lah, aku tak akan berdiam diri je. Kau tengok lah nanti. Siapa perempuan tu ya? Aku akan siasat siapa dia. Andai nya perempuan tu yang Ezairy gilakan sangat aku akan pisahkan diorang. Hei, ni Nazira la. Kalau aku tak dapat Ezairy orang lain juga tak  dapat la. Ha ha ha!!" Nazira ketawa bagaikan dirasuk.


Tok! Tok!


Nazira terkejut apabila terdengar bunyi ketukan di cermin keretanya. Segera dia menoleh untuk melihat siapakah orang yang mengangunya itu. Nazira menurunkan cermin kereta dengan wajah bengang.


" Assalamualaikum, Cik tak apa-apa ke? Tadi saya nampak cik hampir je langgar penghadang jalan tu," Ujar jejaka di hadapan Nazira.


Nazira melangkah keluar dari kereta dengan wajah masam mencuka.


' Dasar penyibuk!' Umpat Nazira dalam hati.


" I ok je. Tak payah risau, i belum nak mati lagi." Balas Nazira dengan angkuhnya.


' Astaghfirullahalazim. Ya ALLAH beri lah hidayah dan petunjukMu pada gadis di hadapanku ini. Lembut kan hati nya agar dia kembali ke jalan mu Ya Allah. Moga satu hari nanti gadis ini diberi taufik dan hidayahMU. Amin' Doa Nazril dalam hati.


' Nampak macam alim je mamat ni, tapi kalau aku gunakan dia tuk rancangan aku pun ok juga ni. Siapa la tahu dia cuma berlagak alim je.' Detik Nazira dalam hati.


" You ni siapa nama ya? Nama i Nazira." Sengaja Nazira melembutkan suaranya ingin menggoda jejaka di hadapannya itu.


" Saya Nazril. Ok lah awak pun tak apa-apakan jadi saya pergi dulu. Assalamualaikum." Segera Nazril mengatur langkah meninggalkan Nazira yang menggedik itu.


Nazira hanya mencebirkan bibir melihat Nazril berlalu meninggalkannya.


" Eleh, sombong. Ingat aku heran sangat dengan kau. Macam la kau tu bagus sangat. Ei, benci nya aku. Jual mahal konon, berlagak. Perasan bagus lah. Sengal la kau pak ustaz." Bebel Nazira geram.



****


Warung Mamak Ali

 " Rina awak betul ke tak apa-apa ni? Apa yang Nazira cakap kan pada awak?" soal Daniel. Jelas terpancar  kerisauan di wajahnya.

" Rina tak ada apa-apalah. Salah Rina jalan tak pandang depan. Erm, Daniel boleh Rina tahu sesuatu?" Soal Zarina setelah lama diam tidak berkutik.

" Apa dia?"

" Daniel kenal ke siapa perempuan tadi?" Zarina menduga jejaka
idamannya.  

Gurp! 

Daniel menelan air liur yang bagaikan pasir. Terasa kesat untuk ditelan. Sebenarnya, memang Daniel tidak pernah memberitahu Zarina tentang Nazira, kerana baginya itu semua tidak penting. Daniel kelu lidah tuk berbicara. Khuatir sebenarnya, takut seandainya Zarina membuat spekulasi tentang dirinya dan Nazira.

" Erm. Kalau Daniel cakap harap Rina tak marah."

" Daniel tak cakap macam mana nak marah?" Zarina mengenyitkan mata dan terus tertawa kecil.

" Oh, dah pandai buat loyar buruk ye sekarang. Geram nya dengan dia." Pantas Daniel mencubit pipi Zarina.

" Hei! apa ni. Seligi karang. Suka hati je tau nak cubit orang. " Bebel Zarina pada Daniel, bukannya dia tidak pernah mengingatkan Daniel bahawa jangan menyentuhnya selagi tidak mempunyai ikatan yang sah, akan tetapi ada kalanya Daniel terbabas jua.

" Ok, maaf ye. Daniel geram bila Rina buat muka comel macam tu. Depan lelaki lain
please jangan buat muka comel macam tu ye. Maafkan Daniel sayang." Lembut suara Daniel memujuk. Segera Zarina tersenyum pabila mendengar panggilan 'sayang' yang ditujukan Daniel untuknya.

Memang Zarina tidak boleh merajuk lama-lama dengan Daniel kerna ada saja idea Daniel  yang membuatkan hatinya cair. Pernah satu ketika dulu Zarina merajuk dengan Daniel hingga 3 hari tidak bertegur sapa, namun akhirnya Zarina tewas juga pabila Daniel dengan selambanya menyanyikan lagu 'hanya kau yang mampu' yang dipopularkan oleh Aizat sambil melutut di hadapannya. Bukan itu sahaja malah Zarina telah menerima sejambak bunga Ros Merah dan juga sebungkus coklat.Itu lah kenangan yang terindah pernah dirasakan nya.

Setelah Daniel membayar harga makanan mereka berjalan beriringan. Zarina tidak menyedari bahawa Daniel sedang leka menatap wajah ayu nya. 

Kedengaran ringtone dari telefon bimbit Zarina. Nama Athirah tertera di skrin telefon. Segera Zarina menekan punat hijau tuk jawab panggilan dari Athirah. Lantas Zarina berdiri sedikit jauh dari Daniel.

" Assalamualaikum. Rina kau lambat lagi ke? kalau lambat lagi tolong belikan 'kami' makanan tau!. Tak adil la, kau sedap-sedap makan kami kat sini kebulur." Bebel Athirah sekaligus menyindir Zarina.

" Waalaikumsalam, wei maaf aku lupa la. Mujur baik kami tak jauh dari kedai makan lagi ni. Hu hu." Zarina melihat Daniel sedang ketawa mengekek pantas saja tangannya menampar lembut bahu Daniel.

" Ha, ye la. Tu la. Sibuk bercinta la katakan." Usik Athirah pula.

" Oi, nenek. Kau kan mulut. Tak ada insurans langsung." Bebel Zarina pada Athirah menyebabkan Athirah ketawa lepas.

" Wei, Tak kan kau tak kenal aku lagi kot? Aku mana mampu nak beli insurans bagai. Mahal kot." Rosliza hanya menggelengkan kepala melihat kenakalan Athirah mengusik Zarina.

" Athirah!!" Suara Zarina kian meninggi dek kegeraman dengan sikap loyar buruk Athirah.

Daniel sudah masuk semula ke Warung Mamak Ali tadi untuk membeli makanan buat adik kesayangan nya itu.

" Ok Athi, Daniel dah belikan makanan untuk kau dan Liza. Jap lagi aku sampai ok," ujar Zarina.

Sesampai sahaja Zarina dan Daniel di kedai Darina Book Enterprise terus saja Athirah menerkam ke arah mereka. Zarina tersenyum melihat keletah Athirah.

" Ish! kau ni Athi tak menyempat betul la." Bebel Rosliza pabila melihat Athirah yang seperti kanak-kanak riang itu.

" Ah! aku dah lapar ni." Dengan lagak yang selamba terus saja Athirah menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.

" Mama dan Papa kau pesan tadi jangan lewat sangat balik malam ni. Sebab Mama kau nak masak special tuk kau malam ni." Rosliza menyampaikan pesanan Encik Yusuf yang diamanahkan pada nya.

 Zarina sekadar mengangguk sahaja. Usai Athirah makan segera Zarina menarik tangan Athirah ke ruang Solat.

" Athi, aku nak tanya kau kenal tak siapa Nazira?" Zarina terus ke topik yang berlegar difikirannya.

" Err, kenapa Rina?"  Soalan Zarina terbiar sepi tanpa dijawab Athirah.

" Aku tanya kau kenal ke tidak? Tolong la jawab." Rayu Zarina sambil menggenggam jemari runcing Athirah.

" Ok, aku kenal Nazira. Kawan Kolej Abang Daniel. Tapi Serius cakap la kan, memang aku tak berkenan dengan Nazira tu, gedik je lebih. Tak habis-habis nak menyendeng dekat abang Daniel. Lagi satu Nazira tu sebenarnya suka dengan Abang Daniel."

Zarina tersentak mendengar ayat  terakhir yang keluar dari bibir Athirah. Terasa bagaikan baru sahaja lepas berlari 100km. Jantungnya berdegup kencang. Zarina terasa bagaikan ada satu batu besar yang sedang menimpanya. Sungguh berat dirasakan.

" Aduh!" Tanpa sedar Zarina telah mengeluh panjang.

" Eh, kau ok tak ni Rina?" Soal Athirah cemas.

" Err, se..sebenarnya waktu aku pergi makan tadi, aku terlanggar Nazira. Cantik kot dia. Rasanya dia lagi cantik dari aku."

Lantas Zarina menceritakan semula pertemuan yang tidak disangkanya dengan Nazira.  Dari A sampai Z Zarina menceritakan pada Athirah.

" Ei, kalau aku ada kat sana memang lebam la muka perempuan tu." Bebel Athirah geram dengan sikap Nazira.

" Mujur la Daniel ada. Eh, kau agak kan Athi abang kau suka tak dekat Nazira tu?"

" Kau gila! Tak hingin aku Nazira tu jadi akak ipar aku. Lagi pun Abang Daniel tak kan curang dengan kau."

" Apa maksud kau Athi? Daniel tak kan curang?" Zarina menjongetkan kening tanda tidak mengerti.

" Abang Daniel tu sebenarnya.." Belum pun sempat Athirah menghabiskan ayatnya kelihatan pintu terkuak dari luar. Terjengul kepala Rosliza sambil tersengih.


" Wei, Zarina tu buah hati kesayangan kau tu sebuk duk mencari kau tau tak? Aduh! bingit telinga aku dengar dia membebel. Macam perempuan je." Usai Rosliza menghabiskan kata-katanya mereka bertiga ketawa serentak. Lantas mereka berjalan seiringan mendekati Daniel.


" Rina!" Kecur liur Zarina melihat wajah serius Daniel.


' Aduh! dah kenapa pula ni, serius amat.' Getus Zarina seraya menundukkan wajahnya. Zarina sedikit gentar melihat wajah serius Daniel.


Daniel menyembunyikan senyumnya. Sengaja dia mengusik Zarina, ingin melihat Zarina menarik muncung empat belasnya. Sungguh dia suka saat Zarina menarik muncung sebegitu, kerna sangat cantik pada pandangan matanya.


" Athi ni, culik buah hati abang lama-lama buat apa? Risau tau." Athirah mencebirkan bibir mendengar leteran abangnya.


" ALLAH, macam la kami pergi jauh. ruang Solat je kot. saja je mengada-ngada. Tak boleh jauh dari buah hati la katakan. He he." Usik Athirah lalu dengan segera Daniel seligi kepala Athirah.


" Aduh! sakitla. Rina kau tengok pakwe kau tu, sampai hati seligi aku yang comel ni." Rengek Athirah.


Zarina hanya tersenyum sahaja, langsung tidak dibantu nya Athirah, menyebabkan Athirah merengus geram.


" Athi, kau tu yang nakal sangat. Kan dah kena seligi." Lembut suara Zarina berkata lantas mengenyitkan mata pada Athirah.


" Aik, kau pun sama kan. Erm tak ada sape yang sayangkan aku kan?" Athirah mula mengeluarkan ayat pasrah nya.


Daniel hanya ketawa mendengar celoteh adik kesayangan nya. Dan tiba-tiba muncul satu idea dalam fikiran nya.


" Rina, Hari minggu kedai tak buka kan?" Soal Daniel inginkan kepastian.


" Ha'ah, tak buka. Kenapa Daniel. Athi, Liza kau orang tak apa-apa
plan kan?" Zarina memandang wajah Athirah dan Rosliza silih berganti. Kemudian dipandang pula wajah Daniel. Serentak Athirah dan Rosliza menggelengkan kepala.

" Begini, sebenarnya Daniel ingat nak ajak kau orang pergi Pantai Teluk Chempedak ke Pantai Balok ke. Nak tak?."Soal Daniel pada mereka bertiga.

Sakit Athirah rasakan saat mendengar perkataan 'Pantai' yang terpacul keluar dari bibir abangnya. Terasa bagaikan ditusuk belati tajam. Rasanya sakit sangat. Dan tanpa disedari air mata Athirah bergenang di kelopak matanya.


Suasana ceria tadi bertukar muram pabila enam mata menatap wajah muram Athirah. Daniel yang menyedari akan kemurungan Athirah segera menghampiri adiknya. Lantas didakapnya tubuh kecil Athirah. Daniel mengucup ubun-ubun Athirah, seraya membisikkan sesuatu di telinga adik kesayangannya itu. 


" Athi, abang tak berniat nak buat Athi sedih. Abang tahu pasti Athi teringatkan ayah, bukan? jangan menangis sayang. Abang kan ada."


" Athi rindukan ayah. Sampai sekarang Athi masih teringat kan ayah. Abang nak tau, Athi tiap-tiap hari nampak mak pandang potret ayah, mak ci..cium potret ayah. Pasti mak rasa ke..kehilangan sangat kan. Dulu masa arwah ayah masih ada mak selalu senyum je, tapi seka.. sekarang susah nak tengok mak senyum. Dulu bila Athi kena marah dengan mak, ayah la orang pertama yang a..akan bela Athi. Tak ada insan yang boleh menggantikan tempat ayah. Ya ALLAH cucurilah rahmatmu buat arwah ayahku. Moga beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman." 


Athirah berjeda seketika menahan sendu di hati. Lantas dia kembali menyambung kata setelah dapat mengawal emosinya. 

"Rina, Liza kau orang bertuah sangat. Sebab korang masih ada mak dan ayah. Sedangkan aku.." Pantas Daniel menutup bibir Athirah. Tidak sanggup tuk melihat adiknya dalam kesedihan. Daniel juga menahan airmata nya dari tumpah, tidak mahu menangis di hadapan Athirah. Kerana dia perlu kuat di hadapan adiknya, dia juga telah berjanji pada arwah ayahnya supaya menjaga Athirah sebaiknya.

Zarina mengesat airmata yang mengalir pabila mendengar luahan hati sahabatnya. Syukur kerana dia masih mempunyai Papa dan Mamanya. Andai nasibnya seperti Athirah entah bagaimana ingin dia menguatkan semangat tuk teruskan kehidupan. Sungguh tidak dapat dapat digambarkan dengan kata-kata, andainya Papa mahu pun Mamanya pergi meninggalkan dia. Papanya hilang sekejap pun Zarina sudah gelabah semacam.


" Athi, kau jangan risau. Kami tak kan tinggalkan kau. Kami sayangkan kau." Serentak Zarina dan Rosliza bersuara. 


" Dah la, aku tak sanggup tengok kau bermuram durja sebegini. Aku tak kan tinggalkan kau. Aku ingin kau jadi Athirah yang kuat. Yang tak pernah goyah walau ditiup angin badai, ingat! Athi ALLAH kan selalu ada buat hambaNya. ALLAH tak kan pernah tinggalkan kita Athi. Percaya lah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan setiap kesabaran pasti akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal." Usai berkata Zarina menarik tangan Athirah lantas memeluk tubuh Athirah. 


" Ala, kenapa hari ni hujan? Aku tengok cuaca kat luar bukan main cerah, tapi kenapa kat sini hujan. Biasanya ceria je. Pelangi pun tak nampak ni." Rosliza cuba menceriakan suasana.


Athirah hanya tersenyum mendengar kata-kata Rosliza. Zarina mengesat air mata yang masih mengalir di pipi Athirah.


" Liza, Rina aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi jadi kawan aku. Aku bangga dan bahagia sangat kerna mempunyai sahabat macam korang," ujar Athirah lantas tersenyum manis.


Daniel terharu melihat keakraban tiga sekawan itu. Matanya melirik ke arah Zarina. Di dalam kepala nya ada rancangan yang ingin di jayakan pabila mereka pergi bercuti kelak.


" So, plan kita macam mana? Jadi ke tak? Athi ingat kita buat BBQ kat sana nak tak?" Soal Athirah dengan nada yang ceria.


" Ok juga tu. Eh dah nak masuk waktu zohor ni. Athi jom kita ambil wudhu dan Solat dulu. Lepas tu Rina dan Liza pula pergi Solat. Kita gilir-gilir jaga kedai. Ok." Athirah  mengangguk lantas segera membersihkan diri serta mengambil wudhu.


Usai solat segera Athirah menyalam dan mencium tangan abangnya.


"Athi, abang nak adik abang jadi wanita yang kuat ye. Jangan pernah menyerah kalah. Abang dan rakan-rakan Athi sentiasa ada bersama Athi. Kami tak kan pernah tinggal kan gadis secomel dan sebaik Athi." Lembut suara Daniel berkata, lantas segera dia meletakkan tangannya di atas kepala Athirah.


Athirah terasa ingin menangis apabila Daniel meletakkan tangan diatas kepalanya. Persis ayahnya yang selalu buat begitu saat ingin memujuknya.


" Abang, dah la jom. Kejap lagi mesti nenek-nenek kat luar tu membebel. Nak pula Rina tu muncung empat belas la dia," ujar Athirah sengaja ingin menceriakan suasana yang agak suram antara mereka.


" Athi,
please be strong for me and mom,"  ujar Daniel lantas menggengam jemari Athirah. Segera Athirah mengangguk lantas tersenyum manis.

" Oi, mak cik lambat betul Solat. Dah sini cepat jaga kaunter ni. Liza jom kita pi Solat." Rosliza hampir tersungkur saat Zarina menarik tangan nya.

Zarina melihat Rosliza yang termenung jauh, lantas ditepuk lembut bahu sahabatnya itu.

" Liza kau ok ke?" Rosliza tersentak dek tepukan lembut Zarina.

" Ha, aku ok je. Kau dah siap Solat ke? Kalau dah aku nak Solat pula," ujar Rosliza sedikit kalut.

Zarina mengerutkan dahi. Hairan dengan sikap Rosliza. Antara mereka bertiga Rosliza lebih pendiam dan lebih banyak berahsia.

 ' Ish! Kenapa pula Liza tu. Pelik. Mesti ada sesuatu yang jadi ni. Tapi apa ye. Tadi ok je mood dia. Adui! Pening la aku.' gerutu Zarina dalam hati.

' Eh, ramai la pula orang.' detik Zarina lantas segera menghayun langkah untuk membantu Daniel.

" Rina novel  'bidadari salju' ada stok lagi kan?" soal Daniel saat Zarina menghampirinya.

" Ada, novel 'bidadari salju' tu terhad. Siapa cepat dapat la. Kalau lambat memang habis la," ujar Zarina seraya melemparkan senyuman manis pada Daniel.


Zarina sempat melihat dari ekor matanya wajah Rosliza yang kelihatan sembab dan tidak bermaya.

' Kenapa pula si Liza ni. Ada masalah tak pernah nak kongsi dengan aku.' sempat lagi Zarina memikirkan tingkah laku Rosliza yang tiba-tiba berubah murung.


" Hei, menung apa tu Rina? Daniel tengok pandangan mata Rina tu macam tajam sangat, nasib baik tak tak tembus dinding tu. He He!" seloroh Daniel.


" Ha, err.. se..sebenarnya Rina hairan tengok.."

" Rina, stok 'bidadari salju' ada lagi kan?" belum sempat Zarina menghabiskan ayatnya Rosliza telah menyapanya, pantas Zarina serta Daniel memaling wajah memandang Rosliza.


Daniel mengangkat kening lantas berdehem. Daniel melihat wajah Rosliza yang kelihatan pucat.


" Liza, masih ada lagi novel tu. Tadi pun ada la 3 orang tanya tentang novel 'bidadari salju' tu," ujar Daniel memecah kesunyian.


" Kenapa tak suruh depa pi naik atas tengok novel?" soal Zarina menutup rasa terkejut saat Rosliza menyapanya.

" Ok, aku tanya dulu kot dah tak ada stok," ujar Rosliza hambar.

" Daniel dah ambil ke belum novelnya?" soal Zarina sambil mata asyik perhatikan tingkah Rosliza yang aneh pada pandangan matanya.

" Belum. Kejap lagi bebudak tu datang Daniel pi naik atas ambil, dia orang pi kedai makan kejap. Liza awak ok tak? Macam tak sihat je?" Rosliza tersentak dari lamunan nya saat Zarina mencuit tangannya, terbang sudah segala angannya tadi.


" Ha. A..apa? Maaf, saya tak dengar. Awak cakap apa tadi Daniel." Balas Rozliza menutup kegelisahan yang mengganggu fikirannya sebentar tadi.


" Mana kau nak dengar kalau asyik berangan je." Sinis kedengaran suara Zarina.


Air muka Rosliza tiba-tiba bertukar keruh saat disindir oleh Zarina. Dia tahu sebenar nya Zarina sedang memendam rasa dengan nya, namun rahsia yang tersimpan tidak mampu dirungkai kan. Biar lah rahsia tetap menjadi rahsia, tidak harus Zarina mahu pun Athirah mengetahuinya.


" Eh, Rina kenapa cakap macam tu? tak baik tau!" ujar Daniel sedikit tegas.


" Err, aku minta maaf Liza. Cuma, kalau kau ada masalah bagitau aku. Paling tidak pun Athirah," ujar Zarina seraya memegang tangan sahabatnya itu.


Athirah hanya memerhati dari jauh. Sempat lagi Athirah mengangkatkan keningnya isyarat bertanya pada Daniel. Namun Athirah hampa bila melihat Daniel hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lantas Athirah meneruskan kerjanya.


" Aku.. err.. aku pun minta maaf kat kau.aku terlalu emosi," ulas Rosliza sambil tersenyum. 


' Aku minta maaf kerana aku sebenarnya menaruh perasaan sayang dan cinta pada Daniel. Aku janji pada diri aku bahawa aku akan jauh kan perasaan cinta ini dari lubuk hati aku. Demi kau Rina, Aku redho.' Detik hati Rosliza.


" Assalamualaikum, ada tak novel yang saya cari tadi?" serentak mereka menoleh ke aras suara yang memberi salam.


" Waalaikumsalam, ada mari lah jenguk di atas. Banyak novel yang menarik," ujar Daniel ramah.


Sesampai sahaja di tingkat atas Daniel menunjukkan kawasan novel. 


" Wah, banyak nya novel. Eh Naz bukan kau cari novel ni ke?" soal salah seorang sahabat Nazril lantas mengunjukkan novel 'bidadari salju' padanya.


" Ha, memang novel ni la yang aku duk cari tu. Alhamdulilah jumpa juga." Nazril mengucap syukur kerana impian untuk miliki novel yang dicari selama ini telah tercapai.


" Saya minta maaf, kawan saya ni hantu novel. Biasanya perempuan je kan yang minat baca novel, kalau ada pun yang minat baca novel genre seram tak pun triller ada la. Tapi kawan saya ni dia minat genre cinta. He he." Tegur jejaka yang berdiri di sebelah jejaka yang dipanggil Naz tadi.

" Eh, tak ada yang pelik lah. Saya pun suka baca novel. Genre cinta paling saya suka. Saya Daniel." ucap Daniel lantas menghulur tangan untuk bersalam dengan kedua jejaka itu.

" Saya Nazril. Yang ni kawan saya Ariff. Yang hujung tu pemalu sikit orangnya. Memang tak banyak cakap. Nama dia Samad. Saya memang dari dulu suka baca novel." celoteh Nazril sambil menyambut huluran salam Daniel.

" Sama la saya.Eh macam formal sangat la pula kan kalau berawak-bersaya bagai kan? Cukup la macam kau orang berdua je. Kau-aku lebih selesa mungkin." Nazril hanya mengangguk kan kepalanya mendengar kata-kata Daniel.

" Boleh juga. Eh novel 'cinta kontrak' tak ada ke?" soal Nazril setelah puas melilau mencari novel kegemarannya.


" Bro, nasib kau tak baik. Sebab novel cinta kontrak dah kehabisan stok. Tapi kalau betul nak, bagi no telefon bila dah ada stok aku akan
roger kau." Segera Nazril mengambil kad namanya di dalam poket seluar.

" Ok, ni kad saya. Eh kad nama aku. Kalau dah ada stok nanti bagitau lah ye Daniel," ujar Nazril lantas menepuk lembut bahu Daniel.


Usai memilih novel mereka menuju ke tingkat bawah untuk membayar harga novel. Tiba-tiba mata Nazril tertancap ke arah seorang gadis yang sedang menjaga kaunter. Nazril terpana dengan keindahan yang ada pada gadis itu. Nazril tersenyum melihat keletah gadis itu.

" Semua nya Rm29.60. Encik. Encik." Athirah menggaru kepalanya  tiba-tiba.


' Ni dah kenapa pandang aku, senyum-senyum. Muka macam minta penampor je. Adui!" keluh Athirah lantas mengetuk meja untuk menyedarkan Nazril dari mimpi di siang hari.


" Opocot mak kau terbang tunggang terbalik. Ya aku terima nikahnya eh!" Pantas Nazril menutup mulut nya saat sedar kelemahannya yang satu itu telah diketahi orang, depan perempuan pula tu.


Athirah ketawa mengekek mendengar jejaka di hadapannya melatah. Sangat lucu dirasakan. Terbang sudah segala kesedihannya tadi. Ariff juga tidak ketinggalan ketawa.


" Ish, kau ni tak baik ketawakan orang la." Tegur Rosliza dengan kenakalan Athirah.


" Habis tu dia pandang aku senyum-senyum macam mamat gatai siapa suruh?" balas Athirah setelah ketawanya reda.


" Maaf cik. Sebenarnya saya terpegun tengok keindahan yang ada pada cik," ujar Nazril selamba.


Gurlp!!


Athirah menelan liur mendengar kata pujian dari lelaki yang tidak dikenalinya itu.


" Awak ni perli ke apa?" soal Athirah sedikit garang. Sempat dia melihat abangnya menggeleng kepala tanda jangan berkasar dengan orang.


" Athirah, cakap elok-elok sayang. Abang tak suka dengar adik abang bicara kasar macam tu. Tak baik." Daniel menegur lembut sikap adiknya. Yalah kalau dah brutal tak ada maknanya nak cakap lembut.


' Oo, bakal abang ipar aku rupanya Daniel ni. Adik cantik, abang kacak. Bakal adik ipar pun kacak juga. He he! Dah sudah aku ni perasan je. Orang sebelah mata pun tak pandang aku ni.' Nazril berkutik dalam hati.


" Mana tak nya? Tu abang tengok. Sengih-sengih macam minta penampor je." Rengus Athirah geram bila abang nya langsung tidak mambela dia.


" Athi! Tak baik cakap macam tu tau. Tolong la berubah jadi lebih sopan boleh tak," ujar Daniel tegas. Sengaja tidak mahu memanjakan Athirah risau makin menjadi perangainya jika dilayan.

" Naz. Kau ok tak ni?" soal Ariff risau melihat sahabat nya diam tidak berkutik. 

" Ha, err. aku. Eh, kau tanya apa tadi?" Ariff mengeluh. Tahu lah dia kini Nazril langsung tidak mendengar butir bicara antara Daniel dan juga Athirah.


" Aku tanya kau ok tak? Kau ni kan kalau dah berangan memang la. Cepat la bayar." keluh Ariff.

" Erm, kejap ye. Abang ipar.. Eh,silap. Daniel berapa harga novel tadi?" Nazril mengetap bibir atas keterlanjuran kata-katanya.


Daniel tersenyum cuma mendengar kata-kata Nazril.


' Minat kat adik aku ke mamat ni. Erm, ustaz dengan minah brutal boleh ke bersama ni? Takut nanti melayang pinggan mangkuk. Kalau Athirah sopan macam Liza dan Zarina tak jadi hal. He he.." Detik hati kecil Daniel, sempat dia mengutuk adiknya yang agak kasar perwatakannya itu.

" Erm. Selepas diskaun 20% harga nya Rm29.60. Tapi kalau nak bayar lebih pun boleh," seloroh Daniel.


Usai membayar Ariff menarik lengan Nazril agar cepat, gerun melihat wajah Athirah yang masam mencuka itu.

" Yang kau ni dah kenapa Riff? sebuk betul. Aku baru nak usyar budak perempuan tadi." omel Nazril tidak puas hati.

" Kau tak nampak muka budak tu macam mana tadi? Mujur tak tukar jadi incredible hulk. Kalau tak ,lari tak cukup tanah la jawab nya." rengus Ariff geram.

" Riff, kau marah aku ke apa?"


" Naz, aku tak marah kau. Tapi aku hairan sebenarnya. Kau asyik sangat pandang budak Athirah tu. Berkenan ke?"


" Copp! Kau tau nama dia?"


Ariff menepuk dahinya. Memang sah la kan Nazril berangan, kalau tak pasti sudah dengar nama Athirah yang Daniel sebutkan itu.


" Adui! kau ni kan. Berangan tak sudah. Daniel a.k.a bakal abang ipar kau tu yang sebut nama dia tadi. Tapi kan aku tengok dia tu walau pun brutal tetap cantik juga orangnya." Ariff memuji kecantikan Athirah membuatkan Nazril tersenyum mendengar nya.










4 comments:

Cik Myn Famieza said...

assalamualaikum atam weeda...

yeah, alhamdulillah, dah habs baca...
menarik2
yg best ada bidadari salju...
hehehe...
Nazira? hmm, xsuka dia...jgnlah dia jadi penghancur hubngan Daniel dan Zarina..mau ku sekeh kepala dia...hahaha...

okey atam..good job... teruskan...nak baca next.

nurul nuqman said...

Waalaikumsalam acu myn.alhamdulilah.hrap acu suka ye..ngee bs mmg akn terselit jua.wakaka

Nazira.jom2 sekeh kpla dy.hehe.

Next n3 in sya ALLAH.doakan atam tau

Domi Nisa said...

hehehhehe..perempuan mulut puaka wah..best ayat tuh ehehe

nurul nuqman said...

domi thanks sudi siggah baca..