Jodoh dari syaitan
Kamu berkenalan berpegangan tangan dan terus buat maksiat,
akhirnya pasangan kamu mengandung baru kamu menikah.
Jodoh dari jin
Kamu berkenalan dengan seseorang yang kamu suka tetapi dia
tidak sukakan kamu, kamu bomohkan dan sihirkan orang yang
kamu suka itu dan akhirnya menikah.
jodoh dari Allah
Kamu berpandangan mata terus menusuk ke kalbu kamu terus
meminang dia dan dia menerima pinangan itu dan akhirnya menikah.
Kamu berkenalan berpegangan tangan dan terus buat maksiat,
akhirnya pasangan kamu mengandung baru kamu menikah.
Jodoh dari jin
Kamu berkenalan dengan seseorang yang kamu suka tetapi dia
tidak sukakan kamu, kamu bomohkan dan sihirkan orang yang
kamu suka itu dan akhirnya menikah.
jodoh dari Allah
Kamu berpandangan mata terus menusuk ke kalbu kamu terus
meminang dia dan dia menerima pinangan itu dan akhirnya menikah.
“ Jadi ini la dia bakal menantu ibu ya?” soal Puan
Mazlina sebaik sahaja Izzat menyalaminya.
Izzat tersenyum memandang Puan Mazlina.
Cantiknya ibu Izzati. Patutlah Zaty pun cantik. Detik Izzat dalam hati.
IBU ZATY |
“ Saya Ustazah Zahrah,
mama kepada Izzat, dan ini suami saya Ustaz Fahmi. Kami sebenarnya datang bawa
hajat,” ujar Ustazah Zahrah memulakan bicara.
“ Kami sebenaqnya nak
menyunting bunga di taman Puan. Yalah sebelum terlambat, kami nak masuk
meminanglah untuk anak bujang kami ni,” ujar Ustaz Fahmi pula.
“ Saya bukannya apa.
Yalah Zaty pun masih belajar, jadi takut menggangu pula pelajarannya.” Tutur
Puan Mazlina dengan lembut.
“ Zaty, pergi buat air
untuk tetamu.” Arah Puan Mazlina pada anak gadisnya.
Izzati hanya menurut
arahan ibunya. Lantas dia mengaur langkah untuk ke dapur. Izzat mengerling
sekilas pada Izzati yang melintas dihadapannya itu.
“ Macam mana Izzat
kenal dengan Zaty?” tanya Puan Mazlina seraya tersenyum.
Puan Mazlina
mengerutkan wajah saat teringat nama yang pernah Izzati sebutkan suatu ketika
dahulu. Macam pernah dengar nama Izzat ni, tapi dekat mana ye? Monolog Puan
Mazlina didalam hati.
“ Izzat satu USM dengan
Zaty. Tapi habis cuti sem nanti Izzat dah praktikal,” ujar Izzat sambil
tersenyum.
Izzat yang melihat
Izzati menatang dulang itu cepat-cepat menghulurkan tangan untuk mengambil dulang dari tangan Izzati seraya
meletakkan dulang ke atas meja. Izzat menuang air kopi ke dalam cawan yang telah disusun. Lantas
dihulurkan cawan itu kepada mama, Puan Mazlina serta ayahnya.
“ Begini Puan Mazlina,
kalau Puan setuju la. Saya ingat biar la mereka ni ikat tali pertunangan.
Yelah, sebagai tanda,” ujar Ustazah Zahrah dengan lembut.
Izzati yang baru sahaja mencicip air kopi itu
tersedak apabila mendengar bicara Ustazah Zahrah. Dia menjengilkan mata melihat
Izzat yang tersenyum nakal kearahnya.
“ Zaty, kamu okey?”
lembut Puan Mazlina bertanya.
“ Itulah anak ibu ni.
Minum la elok-elok. Kan dah tersedak. Nasib baik tak tersembur muka Ustaz
Fahmi,” omel Puan Mazlina lalu menepuk lembut belakang tubuh anaknya.
“ Zaty terkejut bu.
Zaty muda lagi, takkan la mahu ditunangkan?” soal Izzati tidak puas hati.
“ Ala ramai je kot yang
kahwin muda. Awak je yang tak nak dekat saya. Saya tahu la saya ni jahat, suka
buli awak,” rajuk Izzat seraya
menundukkan wajah. Dalam hati dia berdoa agar Izzati memujuknya.
“ Ha, tahu pun. Awak
jahat, selalu buli saya. Tapi saya hairan la. Bila awak suka saya ya?” dalam
mengutuk sempat Izzati mengusik Izzat.
Izzat membulatkan mata,
geram dengan usikan Izzati. Dia memandang satu persatu wajah kesayangannya.
Ayah, mamanya dan juga Puan Mazlina tidak terkecuali ketawa mendengar usikan
Izzati.
“ Ketawa la. Saya tahu
saya jahat kan? Tak layak untuk awak,” rajuk Izzat seraya bingkas bangun untuk
ke gazebo milik keluarga Izzati.
Izzati mengatur langkah
untuk memujuk Izzat. Lawak kot, mamat pembuli ni merajuk? Comel je muka dia.
Rasa nak cubit je. Omel Izzati di dalam hati.
“ Ehem-eheem. Merajuk
ke? Tak macho la lelaki merajuk. Buruk benar rupa awak kalau merajuk tau,”
kutuk Izzati seraya tertawa kecil.
“ Zaty!! Awak ni kan…
Saya kiss bibir awak baru tahu,” ugut
Izzati seraya pura-pura untuk mencium bibir Izzati.
“ Izzat, ja… janganlah.
Saya gurau… je,” ujar Izzati takut-takut lantas menutup wajah dengan kedua
belah tangannya.
“ Tadi awak nak tahu
bila saya suka awak kan? Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Tapi yelah,
saya ni ego, tak tahu macam mana nak luahkan perasaan suka tu.” Selamba Izzat
menuturkan kata.
“ Izz suka Zaty, tapi
awak sedar tak yang awak selalu je sakitkan hati Zaty, dah la selalu buli Zaty?
Seronok dapat buli Zaty?” tanya Izzati
geram.
“ Sebab nak tarik
perhatian la Izz buat macam tu. Sebenarnya, Zaty sukakan Izz juga kan?” Izzat
mengusik lantas dia tersengih nakal.
“ Tak suka, benci
sangat.” Izzati cuba mencipta alasan biarpun alasan itu boleh dikira tidak
logik.
“ Kalau benci, Zaty
takkan ada disini dengan Izz sekarang. Itu kenyataannya. Sono innamorato di me?” Izzati terkebil-kebil mendengar bicara
Izzat. Sepatah pun dia tidak memahaminya.
“ Apa maksud Izz? Zaty
tak faham.”
“ Kalau nak tahu kena
tunggu Zaty sah jadi isteri Izz la. Okey sayang,” usik Izzat lantas berlalu
untuk mendapatkan mamanya.
“ Izz, apa sajalah kamu
ni. Mama rasa kamu dengan Zaty tu patutlah ikat dulu. Bimbang jadi sesuatu yang
tak diingini pula, kamu tu pun bukan percaya sangat,” perli Ustazah Zahrah
seraya tertawa kecil.
“ Zaty, mari sini dekat
mama,” gamit Ustazah Zahrah apabila melihat kelibat Izzati.
“ Kenapa mama?” soal
Izzati setelah melabuhkan duduk bersebelahan Ustazah Zahrah.
“ Zaty, kalau mama
sunting Zaty untuk jadi bakal isteri Izzat, mahu tak Zaty terima?” Ustazah
Zahrah menyoal dengan penuh kelembutan.
Izzati tersipu malu. Ingin saja dia menjawap ‘ya’ namun dia malu untuk menyatakan perasaannya itu.
“ Kalau diam tu,
tandanya setuju la kan? Zaty, Izzat. Ayah harap Izz jagalah Zaty dengan baik
naa. Zaty adalah amanah ALLAH untuk Izz. Jangan sesekali lukakan dia,” Pesan
Ustaz Fahmi kepada anak lelakinya itu.
“ Insya-ALLAH ayah.
Terima kasih atas nasihat ayah. Izz akan ingat setiap pesan ayah. Mama, ayah
Izz nak minta diri. Nak dekat azan zuhur dah. Nak bersihkan diri sebelum
solat.” Tutur Izzat penuh sopan.
“ Zaty, tunjukkan bilik
tetamu pada Izzat. Lepas solat baru kita makan ya,” arah Puan Mazlina seraya
melemparkan senyuman kepada anaknya.
Izzati menganggukkan
kepala sebelum mengatur langkah untuk menunjukkan bilik tetamu kepada Izzat.
Setelah menunjukkan bilik segera Izzati mengambil sejadah lantas dihamparkan
mengikut arah Kiblat.
“ Awak pergilah mandi
dulu. Lepas tu solatlah. Ini kain pelekat Zaty letak atas katil ya,” ujar
Izzati lalu segera dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Tidak
betah berduaan dengan Izzat. Namun terhenti langkahnya apabila Izzat menyeru
namanya.
“ Zaty, mana tuala? Nak
mandi pakai apa macam ni?” Izzati termalu sendiri lalu segera dia, menuju ke almari
untuk mengambil sehelai tuala. Lantas dihulurkan tuala itu kepada Izzat.
Izzat ketawa lucu
melihat tingkah Izzati. Comel sungguh kau
Zaty. Duhai hati sabarlah meniti hari. Detik Izzat didalam hati.
~*~*~*~*~*~*~*~*
Humaira termenung
memikirkan untung nasibnya. Dia mengeluh saat hatinya menggamit rasa rindu
terhadap lelaki itu. Lelaki yang diselamatkan dari kemalangan itu. Lelaki itu
jugalah yang membuat hatinya terpaut. Dan kini kerana dia, lelaki itu telah
kembali kepada orang yang lebih berhak.
“ Abang Fahmi, Maira
rindukan abang. Walaupun bukan takdir untuk kita bersama, tapi Maira bahagia
kerana ALLAH memberikan Maira merasa untuk disayangi, biarpun cuma sebentar.”
Humairah berbicara sendu.
Pak cik Hamzah hanya
mampu melihat anaknya itu. Puas sudah dipujuk, namun sedikit pun Humairah tidak
pernah mendengar nasihatnya.
“ Maira, dah solat?”
tanya Pak cik Hamzah sebaik saja memasuki kamar Humairah.
“ Ayah, belum. Kejap
lagi Maira solat. Tengah kemas barang tadi. Terjumpa pula gambar Abang Fahmi
ni, tak sedar pula suara azan tadi,” luah Humairah lantas dia tunduk merenung
lantai.
“ Maira, sudah-sudahlah
nak. Fahmi pun sudah bahagia bersama keluarganya. Apakah kamu tidak mahu
bahagia sepertinya? Maira, masih ramai lelaki yang baik buat kamu di luar sana.
Ayah percaya jodoh kamu akan tiba Cuma cepat atau lambat saja. Sudahlah, pergi
la kamu menunaikan solat. Doa banyak-banyak agar ALLAH lapangkan dada kamu ya
nak,” tulus ikhlas nasihat si ayah.
“ Baiklah ayah, Maira
bersihkan diri dulu ya ayah,” pinta Humaira dengan sopan.
Pak Cik Hamzah hanya
memerhatikan kelibat anaknya sehinggalah hilang dari pandangannya. Hati bapa
mana yang tidak sedih apabila anak gadisnya berduka cita mengenang cinta yang
tidak kesampaian itu.
Izzat menolong Izzati
untuk menghidangkan makan tengahhari. Dia terliur apabila melihat makanan
kegemarannya yang dimasak oleh Puan Mazlina itu.
“ Izzat, pergi panggil
ayah dengan mama makan sama,” ujar Puan Mazlina lembut.
“ Baiklah mak cik.”
Tutur Izzat sopan.
“ Zaty, ibu suka
pertuturan Izzat. Sopan, baik budaknya. Harap anak ibu tak salah pilih.” Puan
Mazlina memberikan nasihat yang tulus ikhlas buat anak gadisnya.
“ Insya-ALLAH, jika ini
jodoh yang ALLAH tentukan Zaty terima, doakan agar Izzat yang terbaik buat Zaty
ya bu.” Puan mazlina menganggukkan kepalanya.
“Seseorang tidak
akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak
mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih
dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya;
dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”
“ Ibu bangga dengan ibu. Sekarang Zaty dah
mula bertudung, ibu rasa sejuk mata memandang. Alhamdulillah, ibu syukur
sangat,” ujar Puan Mazlina sambil mengelus pipi Izzati.
“ Alhamdullillah,
berkat bebelan Salwa bu. Dia selalu bagi nasihat sebenarnya. Lepas orentasi tu
selalu Salwa ingatkan Zaty. Tapi waktu tu Zaty buat tak dengar je. Dan sekarang
Zaty punyai alasan yang kukuh. Pakai tudung tak wajib, tapi menutup aurat,
itulah yang wajib.” Tutur Izzati dengan penuh yakin.
“ Alhamdulillah, takde la menambah dosa saya melihat
aurat awak,” sindir Izzat tajam.
“ Izzat! Awak ni suka
menyampuk, dah tahu dosa, kenapa tak tegur?” tempelak Izzati pula.
Merah padam wajah Izzat
saat Izzati menyemburnya bak peluru berdas-das menusuk kedalam hatinya.
“ Yalah, salah saya tak
tegur. Maaf.” Izzat memohon maaf atas kekhilafannya sebelum ini.
“ Sudahlah, kamu berdua
ni macam budak-budak. Tak baik bergaduh depan rezeki ni,” ujar Ustazah Zahrah
cuba meleraikan pertengkaran kecil antara Izzat dan Izzati itu.
“ Siapa yang masak ni
mak cik?” Izzat menyoal. Wajahnya jelas terpamer riak teruja.
Eleh, macamlah tak
pernah makan ikan patin masak tempoyak. Beriya. Teruja mengalahkan mat korea
baru jejak Malaysia je. Izzati mengutuk apabila melihat sikap teruja yang
dipamerkan Izzat.
“ Izzati yang masak.
Ibu cuma tolong sikit-sikit saja. Zaty ni cakap saja nak makan apa. Semuanya
dia boleh masak.” Puji Puan Mazlina.
“ Ibu ni, masakan
kampung je yang pandai. Kalau masakan barat Zaty tak pandai,” ujar Izzati
merendah diri.
“ Betul ke Zaty masak
ni? Bertuah la Izz ya,” usik Izzat seraya mengangkat tangan untuk membacakan
doa makan.
“ Kalau Zaty nak tahu
Izzat ni memang gemar makan ikan patin masak tempoyak ni. Kalau makan di kedai
pun inilah makanan yang akan Izz cari dulu.” Celoteh Ustazah Zahrah mengenai
kegemaran anaknya itu.
“ Oo, yeke? Patutlah
teruja sangat muka Izz. Makan la banyak sikit. Ada banyak lagi ni,” ujar Izzati
seraya mencedokkan ikan patin tempoyak ke pinggan Izzat.
Puan Mazlina dan
Ustazah Zahrah tersenyum melihat layanan yang Izzati berikan. Ustaz Fahmi
tersenyum penuh makna.
“ Sambal udang petai
nak tak? Makanlah sikit ya. Semua Zaty masak ikhlas tau,” ujar Izzati lantas
mencedok lauk-pauk lain lalu diletakkan kedalam pinggan Izzat.
“ Terima kasih Zaty.
Bertuah betul Izzat. Kalau hari-hari masak sedap macam ni mahu gemuk Izz tau,”
ujar Izzat seraya mengenyitkan matanya.
“ Zah, nampak gayanya
harus kita percepatkan sikit tarikh untuk satukan anak kita ni. Bukannya apa,
abang tengok Izzat ni macam dah tak sabar je,” usik Ustaz Fahmi seraya
tersenyum pada si isteri.
Puan Mazlina hanya
melemparkan senyuman saja. Harap Izzat benar-benar ikhlas sayangkan Zaty. Bisik
Puan Mazlina didalam hati.
“ Bu, tak sedap ke Zaty
masak? Kenapa senyap je?” Izzati menyoal apabila ibunya hanya berdiam tanpa
menyampuk perbualan mereka.
Puan Mazlina hanya
menggeleng sebagai jawapan. Usai makan Izzat membantu Izzati untuk mengemaskan
meja makan. Izzat mengambil tuala untuk mengelap meja, setelah itu dia
mengambil pula penyapu untuk menyapu lantai.
“ Terima kasih Zaty.
Sedap awak masak. Pandai awak masak. Kena betul dengan selera Izz. Tak sabar
rasa nak jadikan Zaty yang halal buat Izz,” usik Izzat sambil merenung tepat ke
dalam mata Izzati.
Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.4553) bermaksud: Setiap yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang minum arak di dunia lalu mati dalam keadaan dia masih mengamalkan minum arak dan tidak bertaubat, dia tidak akan dapat meminum arak di dalam syurga.
Hadith sahih (Sahih al Bukhari, no.5578) bermaksud: Dan tidaklah seseorang itu minum arak kecuali dia tidak beriman semasa meminumnya. (masih Islam tetapi tidak beriman)
Tiara memengang kepalanya. Dia cuba mengingati
kejadian semakin namun sedikit pun dia tidak dapat ingat. Bagaimana dia berada
disitu juga tidak diingatinya. Tiara cuba membuka mata dengan seluas-luasnya,
dia membuntangkan mata apabila melihat wajah Fadli yang terngul di muka pintu.
“ Kau dah bangun? Kau pergilah mandi. Dah tengahhari
ni. Kau… err… maaf kalau aku tanya ni. Tapi… kau dah solat?” tanya Fadli
teragak-agak.
“ Aku dah solat ke apa ke kau sibuk apa? Ni… macam
mana aku boleh ada dekat sini. Kau… kau buat benda tak baik pada aku ya?” tebak
Tiara seraya memandang tubuhnya yang sudahpun berganti pakaian.
Fadli senyum senget. Aku memang sukakan kau. Tapi
bukan dengan cara tidak halal untuk aku mendapatkan kau. Detik Fadli didalam
hati.
“ Tiara, Tiara. Wei! Satu perkara kau perlu ingat.
Aku memang sukakan kau, tapi untuk mendapatkan kau dengan cara yang tak halal
aku rasa bukan cara aku,” sinis Fadli sebelum melangkah keluar dari bilik
tersebut.
“ Arghh! Kurang ajar punya jantan. Aku benci kau.”
Tiara menjerit kecil setelah Fadli hilang dari pandangan.
“ Encik, Cik Tiara dah sedar ke? Mak Minah dah
masakkan dia bubur,” ujar Mak Minah sambil menatang dulang berisi bubur dan
secawan air suam.
“ Mak Minah bawa masuk jelah dalam bilik. Err… Mak
Minah. Saya harap segala apa yang dikatakan Tiara Mak Minah jangan ambil hati
ya. Tiara memang kasar sikit orangnya,” sempat Fadli berpesan sebelum Mak Minah
masuk kedalam bilik Tiara itu.
“ Mak Minah faham. Remaja seperti Tiara memang suka
memberontak. Tapi Encik, Mak Minah harap
suati hari nanti Cik Tiara akan berubah dan bertaubat,” tulus ikhlas Mak Minah
berdoa untuk kesejahteraan Tiara.
Tok! Tok!
Tiara merenung tajam wajah tua dihadapannya itu.
Berombak kencang dadanya seperti ingin meletop saja.
“ Cik Tiara, ni Mak Minah ada bawakan bubur. Cik
Tiara makanlah ya,” ujar Mak Minah dengan lembut.
“ Hei orang tua, aku tak hadap la setakat makanan
kampung macam tu. Bawa je la keluar makanan tu. Aku sanggup tahan lapar dari
makan benda lembik macam ni. Dah, dah keluar la. Serabut kepala otak aku.” Tengking
Tiara tanpa ada sedikit pun perasaan hormat.
MAK MINAH |
“ Maafkan Mak Minah kalau Cik Tiara…” terhenti
kata-kata Mak Minah saat Tiara mencampakkan air suam didalam gelas itu ke
wajahnya.
“ Keluar. Bising tahu tak? Bencilah, tak payah nak
minta maaf segala la,” herdik Tiara seraya menolak tubuh tua itu agar keluar
dari biliknya.
Lalu Allah memberi wahyu padanya,
“Hai Adam, Kutimpakan pada keturunanmu kepayahan dan Kuterima taubat mereka.
Jika mereka berdoa pada-Ku, Ku kabulkan seperti Aku mengabulkanmu. Jika mereka
mohon ampun, Aku tidak bakhil. Aku Maha dekat dengan gembira dan senyum. Doanya
dikabulkan.”
Baginda bersabda:
“Jika kau berbuat kesalahan memenuhi
langit, lalu menyesal, tentu Allah menerima taubatmu.”
“ Mak Minah kenapa ni? Apa yang Tiara cakap sampai
Mak Minah menangis macam ni?” Fadli menyoal apabila tubuh tua itu
terinjut-injut menahan tangis.
“ Takde apa Encik, Mak Minah ke dapur dulu. Kalau
Encik nak makan Mak Minah dah sediakan semuanya,” ujar Mak Minah seraya berlalu
pergi meninggalkan majikannya.
4 comments:
Izat dah x sabar la tu..best2, smbung lg kak...:)
hehehe...izzat meniti hari je tu...but nak sambung tu nanti dulu la ye ;) heee
Alaaa smbung lh lagi..jdkn ni novel plak..best3,bgus klo izzat dan zaty trus kwin je xyalh tunang2 tu..izzat pn da x sabo2 da tu hahah
anja, yang ni memang akan buat novel.insya-ALLAH
Post a Comment