IZZAT IZZATI PART 5


 










Jodoh dari syaitan
Kamu berkenalan berpegangan tangan dan terus buat maksiat,
akhirnya pasangan kamu mengandung baru kamu menikah.

Jodoh dari jin
Kamu berkenalan dengan seseorang yang kamu suka tetapi dia
tidak sukakan kamu, kamu bomohkan dan sihirkan orang yang
kamu suka itu dan akhirnya menikah.

jodoh dari Allah
Kamu berpandangan mata terus menusuk ke kalbu kamu terus
meminang dia dan dia menerima pinangan itu dan akhirnya menikah
.

“ Jadi ini la dia bakal menantu ibu ya?” soal Puan Mazlina sebaik sahaja Izzat menyalaminya.
 Izzat tersenyum memandang Puan Mazlina. Cantiknya ibu Izzati. Patutlah Zaty pun cantik. Detik Izzat dalam hati.

IBU ZATY



“ Saya Ustazah Zahrah, mama kepada Izzat, dan ini suami saya Ustaz Fahmi. Kami sebenarnya datang bawa hajat,” ujar Ustazah Zahrah memulakan bicara.

“ Kami sebenaqnya nak menyunting bunga di taman Puan. Yalah sebelum terlambat, kami nak masuk meminanglah untuk anak bujang kami ni,” ujar Ustaz Fahmi pula.

“ Saya bukannya apa. Yalah Zaty pun masih belajar, jadi takut menggangu pula pelajarannya.” Tutur Puan Mazlina dengan lembut.

“ Zaty, pergi buat air untuk tetamu.” Arah Puan Mazlina pada anak gadisnya.

Izzati hanya menurut arahan ibunya. Lantas dia mengaur langkah untuk ke dapur. Izzat mengerling sekilas pada Izzati yang melintas dihadapannya itu.

“ Macam mana Izzat kenal dengan Zaty?” tanya Puan Mazlina seraya tersenyum.

Puan Mazlina mengerutkan wajah saat teringat nama yang pernah Izzati sebutkan suatu ketika dahulu. Macam pernah dengar nama Izzat ni, tapi dekat mana ye? Monolog Puan Mazlina didalam hati.

“ Izzat satu USM dengan Zaty. Tapi habis cuti sem nanti Izzat dah praktikal,” ujar Izzat sambil tersenyum.

Izzat yang melihat Izzati menatang dulang itu cepat-cepat menghulurkan tangan untuk  mengambil dulang dari tangan Izzati seraya meletakkan dulang ke atas meja. Izzat menuang air kopi  ke dalam cawan yang telah disusun. Lantas dihulurkan cawan itu kepada mama, Puan Mazlina serta ayahnya.

“ Begini Puan Mazlina, kalau Puan setuju la. Saya ingat biar la mereka ni ikat tali pertunangan. Yelah, sebagai tanda,” ujar Ustazah Zahrah dengan lembut.

Izzati  yang baru sahaja mencicip air kopi itu tersedak apabila mendengar bicara Ustazah Zahrah. Dia menjengilkan mata melihat Izzat yang tersenyum nakal kearahnya.

“ Zaty, kamu okey?” lembut Puan Mazlina bertanya.

“ Itulah anak ibu ni. Minum la elok-elok. Kan dah tersedak. Nasib baik tak tersembur muka Ustaz Fahmi,” omel Puan Mazlina lalu menepuk lembut belakang tubuh anaknya.

“ Zaty terkejut bu. Zaty muda lagi, takkan la mahu ditunangkan?” soal Izzati tidak puas hati.

“ Ala ramai je kot yang kahwin muda. Awak je yang tak nak dekat saya. Saya tahu la saya ni jahat, suka buli awak,” rajuk Izzat  seraya menundukkan wajah. Dalam hati dia berdoa agar Izzati memujuknya.

“ Ha, tahu pun. Awak jahat, selalu buli saya. Tapi saya hairan la. Bila awak suka saya ya?” dalam mengutuk sempat Izzati mengusik Izzat.

Izzat membulatkan mata, geram dengan usikan Izzati. Dia memandang satu persatu wajah kesayangannya. Ayah, mamanya dan juga Puan Mazlina tidak terkecuali ketawa mendengar usikan Izzati.

“ Ketawa la. Saya tahu saya jahat kan? Tak layak untuk awak,” rajuk Izzat seraya bingkas bangun untuk ke gazebo milik keluarga Izzati.

Izzati mengatur langkah untuk memujuk Izzat. Lawak kot, mamat pembuli ni merajuk? Comel je muka dia. Rasa nak cubit je. Omel Izzati di dalam hati.

“ Ehem-eheem. Merajuk ke? Tak macho la lelaki merajuk. Buruk benar rupa awak kalau merajuk tau,” kutuk Izzati seraya tertawa kecil.

“ Zaty!! Awak ni kan… Saya kiss bibir awak baru tahu,” ugut Izzati seraya pura-pura untuk mencium bibir Izzati.

“ Izzat, ja… janganlah. Saya gurau… je,” ujar Izzati takut-takut lantas menutup wajah dengan kedua belah tangannya.

“ Tadi awak nak tahu bila saya suka awak kan? Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Tapi yelah, saya ni ego, tak tahu macam mana nak luahkan perasaan suka tu.” Selamba Izzat menuturkan kata.

“ Izz suka Zaty, tapi awak sedar tak yang awak selalu je sakitkan hati Zaty, dah la selalu buli Zaty? Seronok dapat buli Zaty?”  tanya Izzati geram.

“ Sebab nak tarik perhatian la Izz buat macam tu. Sebenarnya, Zaty sukakan Izz juga kan?” Izzat mengusik lantas dia tersengih nakal.

“ Tak suka, benci sangat.” Izzati cuba mencipta alasan biarpun alasan itu boleh dikira tidak logik.

“ Kalau benci, Zaty takkan ada disini dengan Izz sekarang. Itu kenyataannya. Sono innamorato di me?” Izzati terkebil-kebil mendengar bicara Izzat. Sepatah pun dia tidak memahaminya.

“ Apa maksud Izz? Zaty tak faham.”

“ Kalau nak tahu kena tunggu Zaty sah jadi isteri Izz la. Okey sayang,” usik Izzat lantas berlalu untuk mendapatkan mamanya.

“ Izz, apa sajalah kamu ni. Mama rasa kamu dengan Zaty tu patutlah ikat dulu. Bimbang jadi sesuatu yang tak diingini pula, kamu tu pun bukan percaya sangat,” perli Ustazah Zahrah seraya tertawa kecil.

“ Zaty, mari sini dekat mama,” gamit Ustazah Zahrah apabila melihat kelibat Izzati.

“ Kenapa mama?” soal Izzati setelah melabuhkan duduk bersebelahan Ustazah Zahrah.

“ Zaty, kalau mama sunting Zaty untuk jadi bakal isteri Izzat, mahu tak Zaty terima?” Ustazah Zahrah menyoal dengan penuh kelembutan.
 
Izzati tersipu malu. Ingin saja dia menjawap ‘ya’ namun dia malu untuk menyatakan perasaannya itu.

“ Kalau diam tu, tandanya setuju la kan? Zaty, Izzat. Ayah harap Izz jagalah Zaty dengan baik naa. Zaty adalah amanah ALLAH untuk Izz. Jangan sesekali lukakan dia,” Pesan Ustaz Fahmi kepada anak lelakinya itu.

“ Insya-ALLAH ayah. Terima kasih atas nasihat ayah. Izz akan ingat setiap pesan ayah. Mama, ayah Izz nak minta diri. Nak dekat azan zuhur dah. Nak bersihkan diri sebelum solat.” Tutur Izzat penuh sopan.

“ Zaty, tunjukkan bilik tetamu pada Izzat. Lepas solat baru kita makan ya,” arah Puan Mazlina seraya melemparkan senyuman kepada anaknya.

Izzati menganggukkan kepala sebelum mengatur langkah untuk menunjukkan bilik tetamu kepada Izzat. Setelah menunjukkan bilik segera Izzati mengambil sejadah lantas dihamparkan mengikut arah Kiblat.

“ Awak pergilah mandi dulu. Lepas tu solatlah. Ini kain pelekat Zaty letak atas katil ya,” ujar Izzati lalu segera dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Tidak betah berduaan dengan Izzat. Namun terhenti langkahnya apabila Izzat menyeru namanya.

“ Zaty, mana tuala? Nak mandi pakai apa macam ni?” Izzati termalu sendiri lalu segera dia, menuju ke almari untuk mengambil sehelai tuala. Lantas dihulurkan tuala itu kepada Izzat.

Izzat ketawa lucu melihat tingkah Izzati. Comel sungguh kau  Zaty. Duhai hati sabarlah meniti hari. Detik Izzat didalam hati.

~*~*~*~*~*~*~*~*
Humaira termenung memikirkan untung nasibnya. Dia mengeluh saat hatinya menggamit rasa rindu terhadap lelaki itu. Lelaki yang diselamatkan dari kemalangan itu. Lelaki itu jugalah yang membuat hatinya terpaut. Dan kini kerana dia, lelaki itu telah kembali kepada orang yang lebih berhak.

“ Abang Fahmi, Maira rindukan abang. Walaupun bukan takdir untuk kita bersama, tapi Maira bahagia kerana ALLAH memberikan Maira merasa untuk disayangi, biarpun cuma sebentar.” Humairah berbicara sendu.

Pak cik Hamzah hanya mampu melihat anaknya itu. Puas sudah dipujuk, namun sedikit pun Humairah tidak pernah mendengar nasihatnya.

“ Maira, dah solat?” tanya Pak cik Hamzah sebaik saja memasuki kamar Humairah.

“ Ayah, belum. Kejap lagi Maira solat. Tengah kemas barang tadi. Terjumpa pula gambar Abang Fahmi ni, tak sedar pula suara azan tadi,” luah Humairah lantas dia tunduk merenung lantai.

“ Maira, sudah-sudahlah nak. Fahmi pun sudah bahagia bersama keluarganya. Apakah kamu tidak mahu bahagia sepertinya? Maira, masih ramai lelaki yang baik buat kamu di luar sana. Ayah percaya jodoh kamu akan tiba Cuma cepat atau lambat saja. Sudahlah, pergi la kamu menunaikan solat. Doa banyak-banyak agar ALLAH lapangkan dada kamu ya nak,” tulus ikhlas nasihat si ayah.

“ Baiklah ayah, Maira bersihkan diri dulu ya ayah,” pinta Humaira dengan sopan.

Pak Cik Hamzah hanya memerhatikan kelibat anaknya sehinggalah hilang dari pandangannya. Hati bapa mana yang tidak sedih apabila anak gadisnya berduka cita mengenang cinta yang tidak kesampaian itu.


Izzat menolong Izzati untuk menghidangkan makan tengahhari. Dia terliur apabila melihat makanan kegemarannya yang dimasak oleh Puan Mazlina itu.

“ Izzat, pergi panggil ayah dengan mama makan sama,” ujar Puan Mazlina lembut.

“ Baiklah mak cik.” Tutur Izzat sopan.

“ Zaty, ibu suka pertuturan Izzat. Sopan, baik budaknya. Harap anak ibu tak salah pilih.” Puan Mazlina memberikan nasihat yang tulus ikhlas buat anak gadisnya.

“ Insya-ALLAH, jika ini jodoh yang ALLAH tentukan Zaty terima, doakan agar Izzat yang terbaik buat Zaty ya bu.” Puan mazlina menganggukkan kepalanya.

“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”

 “ Ibu bangga dengan ibu. Sekarang Zaty dah mula bertudung, ibu rasa sejuk mata memandang. Alhamdulillah, ibu syukur sangat,” ujar Puan Mazlina sambil mengelus pipi Izzati.

“ Alhamdullillah, berkat bebelan Salwa bu. Dia selalu bagi nasihat sebenarnya. Lepas orentasi tu selalu Salwa ingatkan Zaty. Tapi waktu tu Zaty buat tak dengar je. Dan sekarang Zaty punyai alasan yang kukuh. Pakai tudung tak wajib, tapi menutup aurat, itulah yang wajib.” Tutur Izzati dengan penuh yakin.

“ Alhamdulillah, takde la menambah dosa saya melihat aurat awak,” sindir Izzat tajam.

“ Izzat! Awak ni suka menyampuk, dah tahu dosa, kenapa tak tegur?” tempelak Izzati pula.

Merah padam wajah Izzat saat Izzati menyemburnya bak peluru berdas-das menusuk kedalam hatinya.

“ Yalah, salah saya tak tegur. Maaf.” Izzat memohon maaf atas kekhilafannya sebelum ini.

“ Sudahlah, kamu berdua ni macam budak-budak. Tak baik bergaduh depan rezeki ni,” ujar Ustazah Zahrah cuba meleraikan pertengkaran kecil antara Izzat dan Izzati itu.

“ Siapa yang masak ni mak cik?” Izzat menyoal. Wajahnya jelas terpamer riak teruja.

Eleh, macamlah tak pernah makan ikan patin masak tempoyak. Beriya. Teruja mengalahkan mat korea baru jejak Malaysia je. Izzati mengutuk apabila melihat sikap teruja yang dipamerkan Izzat.

“ Izzati yang masak. Ibu cuma tolong sikit-sikit saja. Zaty ni cakap saja nak makan apa. Semuanya dia boleh masak.” Puji Puan Mazlina.

“ Ibu ni, masakan kampung je yang pandai. Kalau masakan barat Zaty tak pandai,” ujar Izzati merendah diri.

“ Betul ke Zaty masak ni? Bertuah la Izz ya,” usik Izzat seraya mengangkat tangan untuk membacakan doa makan.

“ Kalau Zaty nak tahu Izzat ni memang gemar makan ikan patin masak tempoyak ni. Kalau makan di kedai pun inilah makanan yang akan Izz cari dulu.” Celoteh Ustazah Zahrah mengenai kegemaran anaknya itu.

“ Oo, yeke? Patutlah teruja sangat muka Izz. Makan la banyak sikit. Ada banyak lagi ni,” ujar Izzati seraya mencedokkan ikan patin tempoyak ke pinggan Izzat.

Puan Mazlina dan Ustazah Zahrah tersenyum melihat layanan yang Izzati berikan. Ustaz Fahmi tersenyum penuh makna.

“ Sambal udang petai nak tak? Makanlah sikit ya. Semua Zaty masak ikhlas tau,” ujar Izzati lantas mencedok lauk-pauk lain lalu diletakkan kedalam pinggan Izzat.

“ Terima kasih Zaty. Bertuah betul Izzat. Kalau hari-hari masak sedap macam ni mahu gemuk Izz tau,” ujar Izzat seraya mengenyitkan matanya.

“ Zah, nampak gayanya harus kita percepatkan sikit tarikh untuk satukan anak kita ni. Bukannya apa, abang tengok Izzat ni macam dah tak sabar je,” usik Ustaz Fahmi seraya tersenyum pada si isteri.

Puan Mazlina hanya melemparkan senyuman saja. Harap Izzat benar-benar ikhlas sayangkan Zaty. Bisik Puan Mazlina didalam hati.

“ Bu, tak sedap ke Zaty masak? Kenapa senyap je?” Izzati menyoal apabila ibunya hanya berdiam tanpa menyampuk perbualan mereka.

Puan Mazlina hanya menggeleng sebagai jawapan. Usai makan Izzat membantu Izzati untuk mengemaskan meja makan. Izzat mengambil tuala untuk mengelap meja, setelah itu dia mengambil pula penyapu untuk menyapu lantai.

“ Terima kasih Zaty. Sedap awak masak. Pandai awak masak. Kena betul dengan selera Izz. Tak sabar rasa nak jadikan Zaty yang halal buat Izz,” usik Izzat sambil merenung tepat ke dalam mata Izzati.

Hadith sahih (Sahih al Jami’ al Shoghir, no.4553) bermaksud: Setiap yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang minum arak di dunia lalu mati dalam keadaan dia masih mengamalkan minum arak dan tidak bertaubat, dia tidak akan dapat meminum arak di dalam syurga.

Hadith sahih (Sahih al Bukhari, no.5578) bermaksud: Dan tidaklah seseorang itu minum arak kecuali dia tidak beriman semasa meminumnya. (masih Islam tetapi tidak beriman)


Tiara memengang kepalanya. Dia cuba mengingati kejadian semakin namun sedikit pun dia tidak dapat ingat. Bagaimana dia berada disitu juga tidak diingatinya. Tiara cuba membuka mata dengan seluas-luasnya, dia membuntangkan mata apabila melihat wajah Fadli yang terngul di muka pintu.

“ Kau dah bangun? Kau pergilah mandi. Dah tengahhari ni. Kau… err… maaf kalau aku tanya ni. Tapi… kau dah solat?” tanya Fadli teragak-agak.

“ Aku dah solat ke apa ke kau sibuk apa? Ni… macam mana aku boleh ada dekat sini. Kau… kau buat benda tak baik pada aku ya?” tebak Tiara seraya memandang tubuhnya yang sudahpun berganti pakaian.

Fadli senyum senget. Aku memang sukakan kau. Tapi bukan dengan cara tidak halal untuk aku mendapatkan kau. Detik Fadli didalam hati.

“ Tiara, Tiara. Wei! Satu perkara kau perlu ingat. Aku memang sukakan kau, tapi untuk mendapatkan kau dengan cara yang tak halal aku rasa bukan cara aku,” sinis Fadli sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

“ Arghh! Kurang ajar punya jantan. Aku benci kau.” Tiara menjerit kecil setelah Fadli hilang dari pandangan.


“ Encik, Cik Tiara dah sedar ke? Mak Minah dah masakkan dia bubur,” ujar Mak Minah sambil menatang dulang berisi bubur dan secawan air suam.

“ Mak Minah bawa masuk jelah dalam bilik. Err… Mak Minah. Saya harap segala apa yang dikatakan Tiara Mak Minah jangan ambil hati ya. Tiara memang kasar sikit orangnya,” sempat Fadli berpesan sebelum Mak Minah masuk kedalam bilik Tiara itu.

“ Mak Minah faham. Remaja seperti Tiara memang suka memberontak.  Tapi Encik, Mak Minah harap suati hari nanti Cik Tiara akan berubah dan bertaubat,” tulus ikhlas Mak Minah berdoa untuk kesejahteraan Tiara.


Tok! Tok!

Tiara merenung tajam wajah tua dihadapannya itu. Berombak kencang dadanya seperti ingin meletop saja.

“ Cik Tiara, ni Mak Minah ada bawakan bubur. Cik Tiara makanlah ya,” ujar Mak Minah dengan lembut.

“ Hei orang tua, aku tak hadap la setakat makanan kampung macam tu. Bawa je la keluar makanan tu. Aku sanggup tahan lapar dari makan benda lembik macam ni. Dah, dah keluar la. Serabut kepala otak aku.” Tengking Tiara tanpa ada sedikit pun perasaan hormat.

MAK MINAH






“ Maafkan Mak Minah kalau Cik Tiara…” terhenti kata-kata Mak Minah saat Tiara mencampakkan air suam didalam gelas itu ke wajahnya.

“ Keluar. Bising tahu tak? Bencilah, tak payah nak minta maaf segala la,” herdik Tiara seraya menolak tubuh tua itu agar keluar dari biliknya.

Lalu Allah memberi wahyu padanya, “Hai Adam, Kutimpakan pada keturunanmu kepayahan dan Kuterima taubat mereka. Jika mereka berdoa pada-Ku, Ku kabulkan seperti Aku mengabulkanmu. Jika mereka mohon ampun, Aku tidak bakhil. Aku Maha dekat dengan gembira dan senyum. Doanya dikabulkan.”

Baginda bersabda:
“Jika kau berbuat kesalahan memenuhi langit, lalu menyesal, tentu Allah menerima taubatmu.”

“ Mak Minah kenapa ni? Apa yang Tiara cakap sampai Mak Minah menangis macam ni?” Fadli menyoal apabila tubuh tua itu terinjut-injut menahan tangis.

“ Takde apa Encik, Mak Minah ke dapur dulu. Kalau Encik nak makan Mak Minah dah sediakan semuanya,” ujar Mak Minah seraya berlalu pergi meninggalkan majikannya.

4 comments:

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Izat dah x sabar la tu..best2, smbung lg kak...:)

Unknown said...

hehehe...izzat meniti hari je tu...but nak sambung tu nanti dulu la ye ;) heee

Unknown said...

Alaaa smbung lh lagi..jdkn ni novel plak..best3,bgus klo izzat dan zaty trus kwin je xyalh tunang2 tu..izzat pn da x sabo2 da tu hahah

Unknown said...

anja, yang ni memang akan buat novel.insya-ALLAH