CINTA BILANG BENCI BAB 17



ASSALAMUALAIKUM semua. harap anda enjoylah baca n3 CBB a.k.a CKB ya. Maafkan WA andai ada kesalahan ejaan, atau jalan cerita tak best ke apa. terima kasih menyokong WA. Alhamdulillah n3 bab 17 dah menemui anda.bermakna lagi  3 bab yang akan diupload :) moga terhibur :) biane kalau tak best :) ^_^











Zafran mencapai HTC yang diletakkan di sebelah katil. Lantas dia merenung skrin HTC sebelum membuat keputusan untuk menghubungi Erina. Dia resah menunggu Erina untuk menjawab panggilannya.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam, wahai puteriku sayang. Kenapa lambat angkat?” Erina tertawa kecil mendengar usikan Zafran.

“ Wahai putera kesayanganku, hamba baru selesai menjamah ayam KFC. Farhana yang beli KFC dengan Nadia tadi. Tuan hamba sudah mencekik ke?” Zafran ketawa kecil mendengar suara Erina yang ceria itu. Sungguh, saat mendengar suara itu bagaikan semua masalahnya hilang sebegitu saja.

“ Zaf belum makan,” ujar Zafran lemah.

“ Zaf, kenapa ni? Macam ada masalah je. Cuba la cerita, mana la tahu ringan sikit beban Zaf,” ujar Erina seakan memujuk.

“ Zaf sakit.”

“ Zaf sakit apa?” soal Erina cemas.






“ Zaf sakit menanggung rindu,” ujar Zafran lantas dia ketawa dihujung katanya.

“ Zaf! Main-mainlah,” marah Erina lantas mengetap bibir geram.

Aku punya risau dia boleh main-main. Cepuk juga Zaf ni karang. Ei, geramnya aku. Tapi comel je suara dia gelak. Rin pun rindukan Zaf. Tutur Erina, namun hanya didalam hati saja.

“ Err… Rin se… sebenarnya Zaf ada sesuatu nak cakap ni.” Zafran mula bersuara dengan serius.

“ Ada apa Zaf?”

“ Rin, angah. Zahiril. Dia dah balik ke rumah. Tapi err… keadaan dia benar-benar kusut. Adik ipar Zaf, Anita dia sekarang di HKL. Dan dia ada di sana sebab Zahiril.” Tutur Zafran dengan perlahan.

“ Rin tak faham. Anita? Angah? Kejap, kenapa Anita masuk Hospital? Sebab Zahiril? Tak faham.” soal Erina bertalu-talu.

“ Zaf akan terangkan nanti. Err… Zaf jemput Rin di rumah esok.Kita ke HKL ya. Boleh kan?” Zafran menyoal sambil berbaring diatas katilnya.

“ Ok, Rin tunggu. Zaf bertenang ya. Ini semua ujian ALLAH,” pujuk Erina.

“ Terima kasih, Zaf dah rasa tenang sikit dapat bercakap dengan Rin. Esok dalam pukul 9 pagi Zaf ambil Rin okey. Assalamualaikum.” Zafran mematikan talian setelah memberi salam.

“ Waalaikumsalam.”

Tok! Tok!

Erina memulas tombol pintu lalu dia menjengulkan kepala melihat gerangan siapakah yang menganggunya tika itu. Farhana tersengih saat melihat kepala Erina yang terjengul di balik pintu.

“ Maaf kalau aku ganggu. Boleh aku masuk?” Farhana menyoal dengan lembut.

“ Masuk sajalah. Ada aku larang ke?” seloroh Erina lantas tersengih nakal.

Farhana berdecit mendengar gurauan Erina. Lalu dia melabuhkan duduk di birai katil, lantas dia bersandar pada kepala katil. Erina yang melihat wajah kusut Farhana mula melabuhkan punggung di sisi sahabatnya.

“ Ana kenapa muka kau macam ayam berak kapur saja? Kau ada masalah?” soal Erina.

“ Faiz… dia err… dia…” Farhana kehilangan kata-kata. Tidak tahu bagaimana ingin diluahkan kepada Erina.

“ Kenapa dengan Faiz? Dia ada sakitkan hati kau ke?” tanya Erina, kali ini suaranya ditegaskan.

Farhana menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia menggetap bibir bawahnya. Lalu dia merenung tepat wajah Erina, seolah meminta secebis kekuatan.

“ Aku… err… sebenarnya tadi Faiz datang butik. Dan dia err… dia melamar aku.” Tutur Farhana teragak-agak.

What? Oh, dah maju rupanya si Faiz ya. So, apa yang merunsingkan kau sebenarnya ni? Terima sajalah. Lagipun kau masih sayangkan Faiz kan?” nasihat Erina dengan ikhlas. Amboi Erina kena pada kawan pandai pula dinasihati. Kalau kena pada batang hidung sendiri mengamuk bagai nak rak. He he…

“ Aku belum terima. Aku memang masih sayangkan Iz. Tapi…”

“ Tapi apa?” Erina mencelah sebelum Farhana menghabiskan katanya.

“ Nadia. Aku rasa dia macam tak suka je aku dengan Iz. Err… sebenarnya Nadia sukakan Faiz ke?” Erina kelu untuk memberi jawapan kepada soalan yang diajukan Farhana.

Sambil mengerling kearah pintu Erina berbisik ditelinga Farhana. Bimbang seandainya Nadia terdengar perbualan mereka.

“ Nadia sukakan Faiz. Tapi percayalah Iz tak pernah tahu, dan dia tak pernah sukakan Nadia. Dalam hati Iz cuma ada nama kau seorang.” Farhana tergamam mendengar bicara Erina itu.

“ Aku rasa bersalah pula,” ujar Farhana.

“ Kau rasa bersalah pada siapa?” sampuk Nadia entah dari celah mana.

Takde apa. Aku rasa bersalah sebab err… dah lama tak telefon mak aku. Ha dah lama aku tak telefon mak aku,” pantas Farhana mencipta alasan.

“ Kau tu telefon la. Walau kita jauh dari ibu bapa tapi janganlah lupa untuk menghubungi ibu bapa kita tau. Itu kewajipan kita sebagai anak,” nasihat Nadia ikhlas.

“ Ustazah Nadia mula beri ceramah dah, aku mula rasa mengantok. Dah, korang keluar aku nak tidur. Selamat malam,” halau Erina lantas dia dia membaringkan tubuh diatas katil.

“ Wei, awal lagi ni.” Nadia menarik selimut yang membaluti tubuh Erina.

“ Ish, janganlah kacau. Esok aku nak bangun awal la,” ujar Erina dengan mata yang tertutup, lalu dia menarik kembali selimut dari tangan Nadia.

Nadia berdecit seraya mengatur langkah keluar dari bilik Erina. Dia mengatur langkah untuk keruang tamu ditingkat bawah. Dia melihat dari ekor mata langkah Farhana, yang juga turut mengikutinya itu. Lantas dia berpaling untuk melihat dengan lebih jelas.

“ Kau nak kemana?” soal Nadia.

“ Aku nak ke dapur. Lepas tu nak tengok cerita korea Boys over flower sekejap. Mata aku tak boleh nak lelap la. Kau pula nak kemana?” Farhana menyoal kembali setelah dia menjawab soalan Nadia.

“ Tengok TV. Aku bosan. Kau tolong buatkan air untuk aku sekali eh,” pinta Nadia lantas dia mencapai alat kawalan jauh lalu dia membuka siaran Astro 393.

Farhana mencapai dua biji mug lalu dia  membancuh air coklat panas buatnya dan juga Nadia. Sedang lincah tangannya mengacau air di dalam mug fikirannya menerawang mengingati perbicaraannya bersama Erina tadi.

‘ Betul ke Nad sukakan Faiz? Ya ALLAH sesungguhnya aku tak sanggup berpisah dengan Faiz, namun aku juga tidak mahu menyakiti hati Nadia,’ detik Farhana didalam hati.

Lamanya Ana buat air. Kering dah tekak aku ni. Adui! Biarlah. Tengok je Min Hoo oppa lagi bagus. Detik Nadia dalam hati.

Nadia mendongak apabila Farhana menghulurkan air coklat panas kepadanya. Setelah dia mencapai mug tersebut mata dihalakan pada televisyen tanpa berkalih. Farhana juga khusyuk melihat drama kesukaannya itu.

Hanya engkau kekasihku,
Hanya aku kekasihmu

Farhana berdecit seraya mengangkat panggilan tanpa melihat skrin telefon terlebih dahulu.

“ Assalamualaikum, nak apa telefon malam-malam ni? Sibuk la,”sungut Farhana. Lalu dia merenung skrin telefon saat mendengar suara dihujung talian yag sedang ketawa kecil.

‘ Alamak, Faiz la. Aku ingat siapalah yang sibuk kacau aku. Alamak, macam mana ni?’ Farhana mula cemas untuk mencari jawapan.

“ Maaf, Faiz ganggu ya sayang. Sayang tengah buat apa tu? Iz rindu dekat sayang,” merona merah pipi Farhana saat Faiz memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’ berulang-ulang kali.

“ Ten… err… tengah tengok TV. Mengada,” ujar Farhana tersekat-sekat.

Nadia menoleh sekilas pada wajah Farhana, lalu dia bingkas untuk kebiliknya. Tidak sanggup duduk lebih lama, kerana hatinya tidak kuat untuk mendengar perbualan Farhana.

‘ Moga kau bahagia Ana. Maafkan aku, kerana menyimpan perasaan terhadap Faiz,” gerutu Nadia sambil memengang kejap mug ditangan.

“ Tengok cerita apa tu?” soal Faiz dengan lembut.

Boys over flower, cerita korea. Lee Min Hoo dan siapa entah heroinnya. Lupa pula Ana.”

“ Amboi, handsome sangat ke Lee Hoo Min tu? Handsome lagi Faiz la.” Faiz ketawa di hujung katanya.

Farhana tergelak kecil mendengar nama yang disebutkan Faiz sebentar tadi. Ha ha, ada pula Lee Hoo Min, apalah Faiz ni. Suka hati dia je. Gumam Farhana didalam hati.

“ Kenapa Ana gelak? Tak handsome ke Faiz?” soal Faiz hairan.

Handsome, cuma Faiz salah sebut tadi. Bukan Lee Hoo Min, tapi Lee Min Hoo.” Farhana ketawa dihujung katanya.

“ Oh, yeke? Patutlah sayang gelak. Tak apalah kalau macam tu Iz tak mahulah ganggu. Jangan tidur lewat sangat ya sayang. Assalamualaikum.” Farhana terharu diatas keprihatin yang ditunjukkan Faiz.

“ Waalaikumsalam, terima kasih atas keprihatinnya. Insya-ALLAH Ana tidur lepas habis tengok cerita ni okey?”Farhana seolah berjanji sahaja.


“ Baiklah sayang. I miss you. Esok kalau tak ada apa-apa hal Iz jumpa sayang. Iz letak telefon dulu okey?” Farhana merenung skrin telefon biarpun Faiz telah menamatkan panggilan.

“ Ya ALLAH, kekalkanlah rasa bahagia ini didalam hatiku untuk selamanya. Seungguhnya aku yakin dia adalah utusanMu yang terbaik untukku.” Farhana menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Esa.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Bukit Bintang

Farah yang baru sahaja keluar dari butik Giardano yang bersebelahan MC’Donald itu mengatur langkah laju sambil menjinjit beg berisi pakaiannya. Namun langkahnya terhenti saat matanya menyorot pada seraut wajah yang sangat dikenalinya.






“ Eh, macam kenal je. Macam Camelia la. Nak tegur ke tak nak ya?” Farah membuat keputusan sama ada mahu menegur ataupun tidak wanita yang berdiri tidak jauh darinya itu.
Camelia menoleh saat terasa dirinya diperhatikan. Dia mengecilkan matanya lantas dia mengukir senyum. Dia mengatur langkah untuk bertegur sapa gadis itu.

“ Assalamualaikum, kau farah kan?” soal Camelia apabila sudah berdiri dihadapan Farah.

“ Waalaikumsalam. Camelia? Yang dulunya pernah hilangkan potret kesayangan Zafran sampai kau kena marah lepas tu menangis?” perli Farah seraya jarinya menuding kearah Camelia.

“ Hei, ingat lagi? Bodohkan aku masa tu? Sedangkan Aidil tak pernah sukakan aku. Macam mana kau sekarang? Kerja dimana?” soal Camelia bertalu-talu.

“ Aku tak kerja. Cuma buzy dengan tempahan kek. Aku meniaga kecil-kecil je. Itupun sekadar meniaga dari rumah je. Kau pula?” soal Farah.

“ Aku? Sambung belajar di Universiti Lim Kok Wing. Aku ambil jurusan Faculty of Sound & Music Design Academy,” ujar Camelia lantas tersenyum manis.

“ Wah, tahniah. Eh! Takpe la aku balik dulu. Ni nombor telefon aku, kalau ada masa call la. Kita jumpa dekat luar. Aku gembira tengok kau dah berubah. Maksud aku takde la gedik macam dulu lagi. He he,” seloroh Farah sambil menyalinkan nombor telefonnya diatas sehelai kertas lalu dia hulurkan kepada Camelia.

“ Aku dah insaf nak jadi gedik. Terima kasih bagi nombor telefon kau. Mana la tahu aku nak jumpa kau dan Aidil nanti kan? Aku nak minta maaf pada dia. AKu rasa bersalah sangat pada dia,” ujar Camelia perlahan.

“ Elia, aku yakin Aidil Zafran dah maafkan kau. Dia bukan seorang pendendam,” ujar Farah sebelum berlalu meninggakan Camelia.

Camelia mengukir senyum senget melihat kelibat Farah yang berlalu meninggalkannya. Serta merta ingatannya kembai pada kenangan semasa dia masih bergelar pelajar kolej IKIP.

Camelia terhendap-hendap masuk ke dalam bilik kuliah Zafran, semata-mata untuk mencuri potret kesayangan Zafran yang sentiasa dikelek kemana-mana sahaja. Setelah memastikan tiada sesiapa didalam bilik kuliah itu Camelia mencari tempat duduk Zafran. Usai mengenal pasti tempat Zafran dia mengambil buku yang terselit potret yang sangat disayangi jejaka idamannya itu.

“ Huh! Puas hati aku. Akhirnya aku dapat juga gmbar ni. Kolot gila gadis yang kau suka ni. Aidil, Aidil aku yang cantik lagi vogue ni kau tolak mentah-mentah sebabkan gadis kolot ni?” rengus Camelia. Lalu dia memusingkan gambar itu. Buntang matanya saat melihat tulisan tangan yang tertera dibelakang gambar itu.

Zaf akan sentiasa sayangkan Erina, hingga hujung nyawa.

“ Sayang hujung nyawa? Aku takkan benarkan perkara tu terjadi.” Berang Camelia, lantas dia mengemas kembali buku Zafran agar tidak disyaki apa-apa.

Saat dia ingin melangkah keluar dari bilik kuliah itu matanya bertembung dengan sepasang mata Farah. Dia cuba mengawal riak wajah agar tidak terlalu ketara bahawa dia sudah menceroboh sesuatu.

“ Elia, kau buat kat sini? Bukan ke bilik kuliah kau dekat bangunan sana tu?” soal Farah sambil menudingkan jari ke fakulti Camelia.

“ Err… suka hati aku la. Yang kau sibuk kenapa?” dengus Camelia lantas dia mengatur langkah ingin meninggalkan Farah. Namun terhenti langkahnya apabila Farah menyeru namanya.

“ Elia, apa yang kau buat disini? Jawab jujur dengan aku?” soal Farah seraya menunduk untuk mengambil sekeping gambar yang terjatuh itu.

Camelia cuba merampas kembali potert itu namun tidak berjaya. Farah tersenyum sinis melihat wajah pucat Camelia. Terasa ingin sahaja dia gelak guling-guling melihat wajah Camelia itu.

“ Macam mana gambar ni boleh ada pada kau? Baik kau jujur dengan aku? Kau pasti tahu Aidil Zafran tahu tentang ini bukan?” Farah menggugut Camelia untuk berterus terang.

“ Tahu apa ni?” tanya Zafran yang tiba-tiba muncul di belakang Farah.

“ Ni ha Zaf, minah gedik ni curi gambar kesayangan kau.” Farah menghulurkan gambar itu kepada Zafran.

What? Eh! Camelia apa hak kau untuk ambil gambar ni ha? Kau tahu tak aku paling benci dengan pencuri. Apa masalah kau ni ha?” jerkah Zafran. Camelia mula rasa kecut perut saat melihat urat tegang Zafran.

“ Err… I se… I tak buat apa-apa pun,” ujar Camelia tergagap-gap.

Zafran tersenyum sinis mendengar suara Camelia. Terasa ringan saja tangannya untuk menampar wajah Camelia. Namun dia tidak mahu digelar dayus, lantas dia melupakan hasratnya itu.

“ Aku benci perempuan yang macam kau. Apa yang kau nak dari aku sebenarnya?” tanya Zafran tidak puas hati.

“ I nak you. I cintakan you.” Camelia memaut mesra leher Zafran. Lantas Zafran menepis kasar tangan Camelia dari melilit lehernya.

“ Aku tak cintakan kau,” ujar Zafran dengan perlahan.

“ Kenapa? Sebab you cintakan Erina? Huh! Cinta hingga hujung nyawa. I takkan benarkan itu terjadi. You milik I,” herdik Camelia tanpa menghiraukan setiap mata yang memandang.

“ So, sekarang kau mengaku la yang kau curi gambar ni? Atas alasan apa kau buat macam tu ha?” suara Zafran naik satu oktaf.

“ Aidil perempuan ni saja nak fitnah i. Dia yang curi gambar tu. I cuba rampas balik untuk kasi pada you. I… takkan la sanggup sakitkan hati you kan?” Camelia cuba untuk memutar belitkan cerita.

“ Kepala hotak kau. Apa? Kau ingat aku percayalah? Hei, Farah kawan aku. Dia takkan buat sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan aku. Dan kau memang perempuan tak tahu malu. Aku dah cakap banyak kali bahawa aku takkan sukakan kau, tapi kau masih juga terhegeh-hegeh sukakan aku. I hate you Camelia.” Tutur Zafran lalu dia mengatur langkah meninggalkan Camelia.
Camelia tersentak dari lamunan saat dirempuh seseorang. Dia hanya mengukir senyum kepada jejaka itu.

“ Maafkan saya. Tak sengaja,” ujar jejaka itu.

“ Tak mengapa, salah saya berdiri tengah jalan.” Tutur Camelia lalu mengatur langkah ingin berlalu.
Zahiril merenung skrin telefonnya apabila melihat nama Anita yang tertera diskrin. Lalu dia mengangkat telefon bersama senyuman di bibir.

“ Assalamualaikum, sayang.”

“ Waalaikumsalam. Abang nanti tolong belikan majalah. Bosanlah dekat sini,” ujar Anita bersahaja.

“ Baiklah sayang, nanti abang belikan, nak apa-apa lagi?” soal Zahiril dengan lembut.

Takde  apa-apa dah.” Balas Anita dingin.

“ Okeylah sayang. Tunggu abang ya,” ujar Zahiril sebelum menamatkan panggilan.

4 comments:

Unknown said...

Karya akak demi hari makin best ! ^_^ suka2. hihi. keep it up akak. <3 Zaf akan sentiasa sayangkan Erina hingga hujung nyawa. Ewahh.. hihi. terbaik2. :)

Unknown said...

tq jiah....atas sokongan pada dari reader membuatkan akk lebih yakin dan kuat :) tq love you :D

oman said...

Cinta hingga hujung nyawa...comel nya...jgnlh elia ni jd prosak hbgan zaf .makin bestlh atam..teruskan ya jgn prna mgalah..

Unknown said...

anja tq :) hee :)