COVER BY-AKIRA EIRA |
ARIANA
bergegas mengemaskan segala perkakas yang digunakan sebentar tadi. Jam di
tangan dikerling sekilas. Alhamdulillah. Dah nak balik pun. Dia mencapai besi khas
untuk menutup grill. Mujurlah dah
tiada kereta di bengkel untuk diperbaiki. Afif turut membantu Ariana untuk
menutup bengkel. Hari ini sungguh memenatkan dirinya.
Sudahlah
otak tengah berserabut memikirkan hala tuju perhubungannya dan Elfira. Kini
ditambah pula dengan kehadiran Nickhun. Hampir gila dibuatnya tatkala
memikirkan jejaka kacukan Melayu-Thailand itu. Tambahan pula dia lihat Ariana
seakan-akan gembira melayan kerenah mamat itu. Huh!
Aku
tak mahu kehilangan Ary. Tapi… macam mana aku nak berterus-terang pada Elfira?
A… aku takut andainya Fira tak dapat terima kenyataan. Ya ALLAH apa yang harus
aku lakukan? Sungguh aku buntu.
“Aduh!”
terangkat kaki Afif apabila kakinya tersadung pada batang paip. Berkerut
wajahnya menahan sakit. Ariana sudah mula cuak.
“Weh,
kau okey?”
Afif
tersenyum tepi. Aku tengah sakit ni Ary. Boleh pula tanya aku okey ke tak.
Adui! Sakitnya woo! Ariana menggigit bibir bawah. Segera dia mengambil first aid yang terletak di pejabat
bosnya.
“Kau
dah kenapa Afif? Okey ke tak? Nak aku bawa ke klinik kaa?” tanya Hazim
prihatin. Afif menggeleng kepala laju.
Ariana
mengambil kerusi. Lantas diarahkan agar jejaka itu melabuhkan punggungnya.
Setelah itu dia meletakkan first aid
di atas lantai. Hatinya merasa cemas tatkala melihat darah yang mengalir di
buku lali jejaka itu.
“Kau
ni lain kali hati-hati la. Buat kerja tak ikhlas, macam ni la. Huh! Kan dah
lambat nak balik ni. Ish! Kau ni suka tau susahkan aku. Kau bukan tak tahu aku
tak boleh tengok kau sakit macam ni. Ei! Geramnya aku dengan kau ni,” omel
Ariana geram. Tanpa sengaja dia menekan kuat pada luka di kaki Afif membuatkan
jejaka itu menjerit kecil.
“Kalau
tak ikhlas nak tolong aku tak payahlah rawat luka aku tu. Kau memang tak sayang
aku Ary,” ujar Afif perlahan. Nadanya seakan berjauh hati. Terasa siot. Aku
tolong sikit punya ikhlas bukannya nak ucapkan terima kasih. Tapi dibebelkan
aku lagi adalah. Huh! Sungguh tak patut.
Ariana
sudah mula buat muka lempeng basi. Sentaplah pula mamat ni. Adeh!
“Aku
bukannya tak ikhlas. Tapi kau tahukan yang aku tak boleh tengok kau luka-luka
macam ni. Aku risau,” ujar Ariana dengan nada yang lembut. Afif melorek
senyuman. Hati yang tadinya sedih kini kembali ceria sebaik saja mendengar
ungkapan gadis itu.
AFIF |
Hazim
yang melihat situasi itu mencebik bibir. Macam-macamlah diorang ni. Yang sorang
ni nak tarik perhatian tapi tak pandai. Yang sorang lagi ni duk pendam ja
perasaan. Sampai bila nak main tarik tali lagu ni? Lama-lama aku yang stress. Haih! Macam-macam hal.
“Hangpa
tak mau balik lagi kaa? Dah pukul 5 ni. Aku ni duk ketaq lutut tahan lapaq ni.
Kalau hangpa rasa nak balik lambat lagi hangpa peganglah kunci bengkel. Tapi
esok make sure datang awai naa,”
bebel Hazim sebelum melangkah pergi meninggalkan dua sahabat itu. Biarlah. Dia
malas sebenarnya jadi pak guard di
situ. Dia tahu ada perkara yang terbuku di hati mereka. Harap mereka ambil
kesempatan ini untuk meluahkan perasaan yang terpendam selama ini.
SEPERTI
yang dijanjikan Nickhun menjemput Ariana di rumah. Mereka ingin ke Temerloh
demi saja mencari DVD Ibu Mertuaku. Nickhun terpana melihat Ariana yang memakai
baju kemeja serta seluar paras lutut itu. Topi dan Ariana berpisah tiada. Haih!
Nickhun Eriq kau dah kenapa? Gadis yang tomboi macam ni pun kau boleh suka?
Argh! Peduli apa aku? Lagipun Ariana cantik. Walaupun agak kasar.
ARIANA |
Ariana
melemparkan senyum tatkala sudah menghampiri Nickhun. Jejaka itu tampak kacak
dengan hanya memakai T-shirt lengan panjang berkolar V dan berseluar jeans.
Tampak sempurna dimatanya. Apatah lagi wajah jejaka itu yang bersih tanpa
sebarang cacat cela. Misai, serta janggut juga langsung tidak kelihatan
diwajahnya.
“Boleh
kita pergi sekarang? Nanti lambat pergi, lambat pula balik.”
Nickhun
tersenyum seraya menggangguk kepala. Sempat dia bersalam serta meminta izin
dari ayah Ariana untuk membawa gadis itu keluar.
“Kamu
jangan buat macam-macam pada anak pak cik. Dia satu-satunya anak pak cik. Jaga
dia elok-elok ya. Hati-hati bawa kereta tu,” pesan Encik Abdullah.
Nickhun
menghidupkan enjin kereta. Setelah memasukkan gear dia memulakan pemanduan. Dia
menjeling sekilas pada Ariana di sisi.
“Sayang
benar ayah awak pada awak. Siap pesan pada saya jangan buat macam-macam pada
awak.” Nickhun cuba bersuara untuk menarik perhatian Ariana yang diam membisu
itu.
“Siapa
lagi yang ingin ayah sayangkan melainkan aku? Lagipun aku ni anak tunggal. Kau
anak ke berapa?” soal Ariana sambil mengiringkan badan menghadap Nickhun.
“Saya
anak sulung dari dua beradik,” ujar Nickhun sedikit gugup.
Nickhun
tersenyum apabila melihat bibir Ariana yang membulat membentuk ‘o’ itu.
Comelnya dia. Geram betul aku tengok. Kalaulah dia jadi kekasih hati aku.
Bahagianya rasa. Tapi… akahkan semua itu jadi kenyataan? Afif… bagaimana pula
dengan mamat tu? Takkanlah dia cuma anggap Ariana yang cantik ni kawan? Tengok
cara layanan dia pada Ariana macam lebih dari kawan je. Desisnya di dalam hati.
“Mesti
kau bahagia kan? Ada adik, tak macam aku sunyi je. Mak kau mesti cantik kan?
Yalah muka kau handsome, mesti mak
kau cantik macam bidadari,” puji Ariana ikhlas.
Terselit
rasa bangga saat dirinya dipuji oleh gadis yang dipujanya itu. Ya ALLAH dia
puji aku? Haih! Sukanya aku dengar.
“Sangat
bahagia. Ibu adalah wanita pertama yang cantik di dalam hati saya. Err… kalau
boleh saya tanya dimana ibu awak? Awak memang duduk berdua saja ke dengan ayah
awak?”
Ariana
menarik nafas dalam. Perasaan sebak menguasai
diri.
“Aku
tak pernah cerita pada kau eh?”
Pantas
Nickhun menggelengkan kepalanya.
“Ibu
aku dah meninggal sejak aku kecil lagi. Aku tak pernah tahu macam mana rupa ibu
aku sehinggalah satu hari tu ayah tunjukkan aku gambar ibu. Ibu cantik sangat.
Aku… aku rindukan ibu walaupun aku tak pernah rasa kasih sayang ibu tapi aku
tetap rindukan insan yang melahirkan aku ke dunia ni,” ujar Ariana cuba menahan
sebak. Nickhun diburu rasa bersalah. Sungguh dia tidak menyangka pertanyaan itu
membuatkan airmata Ariana merembes keluar.
“I’m sorry dear. Saya tak tahu. Selama ni
awak cuma bercerita mengenai kehidupan awak di samping Afif dan ayah awak. Dan
saya langsung tak tahu bahawa awak…” Ariana memintas sebelum sempat Nickhun
menghabiskan kata-katanya.
“Tak
mengapalah. Kau bukannya sengaja pun. Dahlah yang nak sentimental ni apahal?
Wei, aku nak pasang radio ni. Bosan la. Kau pun satu kedekut nak pasang radio
tu kenapa?” Mulut Ariana menceceh seraya selamba menyindir Nickhun. Jejaka itu
meledakkan tawa.
“Awak
ni memang selamba dengan sesiapa je eh?”
Ariana
mencebir bibir. Malas melayan Nickhun berbicara. Pantas tangannya menghidupkan
suis radio. Suasana sepi menguasai mereka tatkala lagu Cinta Terbaik nyanyian
Syed Syamim kedengaran di corong radio.
Nickhun
menjeling Ariana dari hujung mata. Macam mana aku nak luahkan perasaan aku ni ha?
Aku tahu dia suka Afif. Tapi… Afif kan sudah ada Elfira. Sampai bila dia nak
tunggu Afif?
Setelah
menempuh satu jam perjalanan akhirnya mereka sampai juga ke Temerloh. Ariana
tersenyum melihat wajah teruja Nickhun. Haih! Macam-macam hal. Dia memberi
arahan pada Nikchun. Bimbang juga memandangkan jejaka itu tidak biasa dengan
Bandar Temerloh.
“Okey
jomlah turun. Hari ni kau ikut je kemana kaki aku melangkah. Jangan membantah.
Dan jangan putus asa,” ujar Ariana setelah keluar dari perut kereta.
“Baiklah
sayang.” Ariana menjuih bibir sebaik saja telinga menangkap panggilan ‘sayang’
itu.
Dari
satu ke satu kedai mereka masuk namun apa yang dicari langsung tidak ditemui.
Nickhun sudah mula menunjukkan riak tidak puas hati. Mukanya seakan-akan
berputus asa saja. Dia melepaskan keluhan berat sambil bersandar pada badan
kereta.
“Weh,
aku cakap apa tadi? Jangan putus asa kan? Yang kau mengeluh ni kenapa? Dah,
bawa kereta sekarang. Kita pergi ke Bandar lama Temerloh. Ada satu kedai apek
ni dia ada jual DVD lama-lama ni. Mesti ada punyalah. Yakinlah pada aku,” ujar
Ariana sekaligus memberi semangat. Spontan senyuman terukir jua di bibir
Nickhun.
“Thank you Ariana. Kalau awak tak ada
saya rasa memang saya dah give up
dah. Saya betul-betul nak sangat tengok cerita melayu yang awak sebutkan tu.”
Ariana
ketawa galak. Serius kelakar giler
dia tengok muka Nickhun ni. Teruja habis. Sesampai saja di kedai yang
dimaksudkan Ariana sebentar tadi mereka meneroka sekeliling kedai. Ariana
tersenyum lebar tatkala mata terpandang pada DVD yang dicari-carinya.
“Wei,
Nick. Sini kejap,” gamit Ariana lantas Nickhun menghampirinya. Seketika
kemudian terbit juga senyuman di bibir lelaki itu.
“Wah,
dapat pun DVD ni. Ariana, awak tolong carikan DVD melayu lain. Pelakon yang
sama okey? Yang pastinya saya nak yang kelakar,” pinta Nickhun lantas dia
mengekori langkah Ariana. Setelah mencapai beberapa DVD arwahyarham Tan Sri
P.Ramlee mereka berjalan menuju ke kaunter pembayaran.
“Taukey,
ini DVD kalau rosak boleh tukar meh?” soal Ariana selamba.
“Boleh.
Wa kasi you dengar dulu la amoi,” ujar taukey kedai itu. Segera tangannya
mengoyakkan plastik DVD itu. Lantas dia memasangkan untuk membuktikan bahawa DVD
itu dalam keadaan baik-baik saja.
Setelah
berpuas hati Nikchun membayar harga DVD tersebut. Sebelum melangkah keluar dari
kedai tersebut sempat Nickhun mencapai DVD Korea yang diminatinya. Sengaja dia
membeli DVD tersebut. Sebagai hadiah kepada Ariana tanda gadis itu sudi
menemaninya.
“This is for you. Thanks for today. Lepas ni boleh la saya tengok DVD ni puas-puas,” ujar Nickhun lantas dia
membukakan pintu kereta di sebelah penumpang. Ariana tersenyum senget.
Romantik
pula mamat ni. Kalau Afif erm… jangan haraplah nak romantik bagai. Tapi… sekali
mood gatal dia datang dengan aku sekali naik seram. Heee…
“Nak
pergi mana lepas ni princess? Nak
makan tak? Nick rasa laparlah pula,” ujar Nickhun sekaligus mematikan lamunan
Ariana sebentar tadi.
“Ha?
Errr… apa-apa pun boleh. Nanti balik terus tidur je. Tapi sebelum tu boleh tak
kita pergi Masjid dulu?” pinta Ariana. Nickhun tergamam tiada terkata. Lidahnya
terasa kelu.
“Err,
okey. Masjid di mana?”
“Dekat
belakang bangunan ni je,” ujar Ariana seraya menunjukkan lokasi dimana masjid
terletak.
Usai
memarkingkan kereta Ariana keluar dari perut kereta. Lambat-lambat Nickhun
membuka pintu kereta. Sejujurnya dia sudah lama tidak sujud pada Yang Maha
Kuasa. Terasa dirinya kerdil tatkala berdiri di sisi Ariana.
“Jomlah.
Dah nak habis waktu maghrib ni.”
Ariana…
biarpun dia tomboi dan lasak namun satu perkara yang aku kagum akannya. Dia
menjaga solat. Ya! Aku rasa macam tak layak untuk menjadi sahabatnya. Ya TUHAN,
begitu banyak dosaku pada-MU. Aku terlalu leka akan duniawi hingga perihal
akhirat tidak lagi menjadi keutamaanku. Ampunkan dosaku ya ALLAH.
Ariana
menyandar di pintu kereta. Manalah pula mamat ni? Tidur dalam masjid ke apa?
Aku dah lama siap solat dia pula kemana? Haih! Dah la perut aku lapar gila ni.
Omel Ariana di dalam hati. Sedang asyik dia menanti Nickhun tiba-tiba
telefonnya berdering nyaring. Pantas dia meneyeluk kocek seluar. Telefon
dicapai lantas dia mengangkat panggilan daripada Afif itu.
“Assalamualaikum,
kau dekat mana ni?”
Ariana
menjauhkan telefon dari telinga seketika. Semacam je suara Afif ni. Risaukan
aku ke apa? Macam nak marah pun ada juga. Atau… ish! Tak mungkinlah Afif
cemburu dengan aku. Siapalah aku di sisinya sampai perlu dia cemburu bagai.
Heh!
“Waalaikumussalam.
Dekat mana pun aku apa kau kisah?” sengaja dia menjawab begitu. Entah mengapa
hatinya merasa sakit tatkala teringat kemesraan Afif bersama Elfira petang
tadi.
Elfira
yang kebetulan ingin berjumpa Afif petang itu telah merosakkan moodnya untuk
merawat luka lelaki itu. Lantas tanpa menyudahkan kerjanya dia berlalu meninggalkan
pasangan dua sejoli itu. Hatinya merasa sakit saat melihat kemesraan itu.
Cemburukah dia?
“Ary,
kau kenapa ni? Kau marahkan aku ke? Kau marah sebab tadi aku balik dengan Fira
ke?” tanya Afif bernada lembut.
“Marah?
Perlu ke aku marah? Beb, kau rasa aku ni siapa pada kau? Aku dah cakap banyak
kali kan? Walaupun kau dah ada kekasih tapi jangan sesekali kau abaikan
persahabatan kita. Tapi kau… tetap juga melakukan perkara tu. Dahla Afif, esok
sajalah kita berbual. Assalamualaikum.”
“Siapa
tu?” soal Nickhun. Dari jauh lagi dia melihat wajah Ariana yang berona merah
seperti sedang menahan kemarahan saja.
“Tak
ada siapalah. Jom cepat. Aku dah lapar sangat ni.”
Nickhun
tersenyum seraya mengangguk kepala.
Ariana hanya mengikut rentak Nickhun. Kemana saja lelaki itu membawanya
diikutkan saja. Tiada mood lagi untuknya bergurau senda seperti tadi. Huh!
Semua ini gara-gara Afif la. Dia yang merosakkan mood aku.
“TOLONGLAH BRO! Gua rasa betul-betul tak sihat ni. Medan pun sakit
perut. Dia memang tak boleh nak take over
malam ni. Tolonglah Afif. Kalau gua tutup gerai malam ni esok tak ada modallah
gua nak meniaga. Tolonglah bro. Kali ni je gua minta tolong,” rayu Amit
bersungguh-sungguh.
Afif
mengeluh berat. Liur ditelan bagaikan berpasir saja. Otaknya ligat berfikir.
Setelah lama berdiam barulah dia bersuara.
“Tapi
gua nak buka gerai dengan siapa bro? Gua ni mana ada bakat sangat nak meniaga
bagai ni.”
“Bro,
nak meniaga ni bukan kira pada bakatlah. Ala, lu ajaklah minah tomboi tu.
Lagipun sebelum Ary kerja bengkel dia selalu juga bantu gua kat gerai ni. Lu
ajak je dia. Mesti dia nak punyalah.” Amit merayu lagi. Kali ni dengan memek
wajah sedih lagi.
Afif
berdecit. Serba salah jadinya. Nak tolong salah. Tak tolong pun salah. Aduh!
Dah la Ary mogok suara dengan aku. Erm… tak apalah. Mungkin ni satu-satunya
peluang aku pujuk dia.
“Okeylah
gua tolong.” Amit tersenyum mendengar persetujuan sahabatnya itu.
“Terima
kasih bro. Jangan lupa gerai buka lepas maghrib nanti. Lu pergilah cakap pada
Ary dulu. Gua balik dululah. Terima kasih banyak-banyak bro,” ucap Amit lantas
dia berlalu meninggalkan perkarangan rumah Afif.
Tanpa
,membuang masa Afif menghidupkan enjin motorsikalnya. Setelah itu dia memecut
menuju ke rumah Ariana. Di dalam hati dia berharap agar gadis itu sudi
membantunya. Setelah sampai ke rumah Ariana dia mematikan enjin motorsikalnya.
“Sunyi
je. Tak ada orang ke? Assala…” belum sempat dia memberi salam dia tersenyum
tatkala mata terpandang kelibat ayah Ariana.
“Assalamualaikum.
Ha Afif. Ary ada dekat bilik dia. Kenapa kamu datang ni?”
“Err,
waalaikumussalam. Pak cik boleh tolong panggilkan Ary?” Langkah Encik Abdullah terhenti
tatkala terpandangkan kelibat anak kesayangannya itu.
“Kau
nak apa datang rumah aku?” soal Ariana sedikit kasar. Tergeleng kepala si ayah
mendengar pertuturan anak gadisnya itu. Kasar benar.
“Err…
aku nak minta tolong ni,” ujar Afif dengan lembut. Ariana menjeling sekilas.
Lantas dia menuruni anak tangga. Dia mengajak Afif untuk duduk di bawah
pepohon rambutan. Encik Abdullah melangkah masuk ke dalam rumah. Tidak mahu
menggangu perbualan dua anak muda itu.
“Kau
nak minta tolong apa?” tanya Ariana masih bernada kasar. Afif melepaskan
keluhan berat.
“Boleh
tak kau temankan aku hari ni?”
Berkerut
dahi Ariana mendengar kata-kata jejaka itu. Teman kemana pula?
“Kau
nak kemana siap suruh berteman bagai ni?”
“Err…
teman aku meniaga burger. Hari ni si Amit dengan Hamdan sakit ‘berjemaah’ pula.
Tak pasai je aku yang kena jaga gerai diorang. Dah la aku tak pandai nak
meniaga ni. Boleh eh kau temankan aku?” pinta Afif penuh mengharap.
“Erm…
boleh juga. Dah lama aku tak goreng burger ni. Rasa gian pula nak menggoreng
ni. Haha…”
Afif
tersenyum mendengar kata-kata Ariana. Senanglah pula kali ni aku pujuk dia
haih! Kalau tahu dari awal lagi aku dah ajak dia meniaga burger. Haha…
“Kalau
macam tu lepas maghrib nanti aku datang rumah kau. Kita naik motor aku je. Aku
balik dulu. Jangan lupa solat dulu ya sayang. Assalamualaikum.”
Ariana
kaget. Tidak berkelip matanya tatkala panggilan ‘sayang’ itu terpacul dari ulas
bibir Afif. Kenapa dengan aku ni? Kalau Nickhun panggil aku sayang tak adalah
pula aku rasa macam ni. Heh!
“Hati
aku rasa macam di awanganlah. Bahagianya… Afif kalaulah kau boleh rasa getar
cinta aku ni adakah kau akan membalasnya? Adui! Aku ni tak padan dengan tomboi.
Tapi bila jatuh cinta je terus jadi minah jiwang. Haha,” kutuk Ariana pada diri
sendiri. Dia bingkas bangkit. Tidak sabar rasanya untuk bertemu Afif malam ini.
p/s= maaf lambat kasi n3 ngeeee bz menyiapkan cerpen for contest. so meh baa meh. fresh idea ni ngeeee :)
No comments:
Post a Comment