ASSALAMUALAIKUM, TERLEBIH DAHULU DEN NAK MINTA MAAF PASAI LAMBAT UPDATE N3 huhu :) jemput baca :)
ELFIRA
melepaskan
keluhan untuk kesekian kalinya. Dari masa mereka menjejakkan kaki ke restoran
itu sampailah sekarang Afif masih juga berkeadaan begitu. Diam membisu. Dia
mula merasa bosan. Kadang-kadang dia rasa Afif sengaja ingin menguji
kesabarannya. Air yang dipesan Afif juga tidak luak walaupun sedikit. Haih! Dia
sudah ketandusan kata-katanya.
Dia
menarik tangan Afif. Digenggamnya lembut. Namun dia merasa hairan apabila Afif
menarik tangan dari genggamannya itu. Dia sudah mula tidak sedap hati. Apakah
Afif sudah mula jatuh cinta pada wanita lain? Apakah Ariana gadis itu? Ah!
Kalau benarlah Afif jatuh cinta, biarlah pada wanita lain. Kerana dia tidak
akan sesekali menyerah kalah pada gadis tomboi seperti Ariana itu. Huh!
“Awak
kenapa? Dah dekat satu jam kita dekat sini. Tapi awak masih juga tidak
bersuara. Afif, what wrong with you? Tell me. Saya rindu nak dengar suara
awak,” rayu Elfira seraya mencari tangan Afif. Setelah itu dia menggenggam erat
jemari lelaki itu. Biar apa nak jadi pun jadilah. Kerana apa yang dia tahu kini
dia sangat merindui lelaki itu.
“Natalie
Elfira tolonglah jangan pegang tangan saya macam ni. Tak manis orang tengok,”
tegur Afif perlahan.
“Boleh
pun awak bersuara. Ingatkan dah bisu,” sinis Elfira. Hatinya merasa sakit
apabila lelaki itu menegur akan perbuatannya tadi.
Afif
hanya mengeluh. Air teh o’ ais yang telah cair itu disedutnya perlahan. Entah
mengapa hatinya sarat merindui Ariana. Sedangkan baru satu jam mereka berpisah.
Ah! Rindu benar aku pada Ary.
“Afif!
Awak dengar ke tak ni?” Afif tersentak saat Elfira menepuk kuat tangannya.
Adui! Ni lagi satu masalah. Huh!
“Awak
kenapa Fira? Apa yang awak nak? Awak tak puas hati apa dengan saya?” tanya Afif
acuh tak acuh saja. Sejujurnya hatinya mulai bosan dengan sikap Elfira yang
asyik inginkan perhatian 24 jam. Rimas weh!
“Kenapa
awak tanya? Berpuluh-puluh kali saya telefon. Berpuluh-puluh kali saya mesej
ada awak balas? Heh! Satu pun awak tak balas. Entah apa yang sibuk sangat pun
tak tahulah,” sinis Elfira seraya berpeluk tubuh. Geram hatinya tika ini. Afif
seakan-akan tidak berminat akan perhubungan mereka lagi. Namun dia tidak akan
sesekali melepaskan lelaki itu kerana hatinya terlanjur menyintai lelaki itu.
“Saya
minta maaf. Tapi mood saya beberapa
hari ni agak down. Maafkan saya,”
pinta Afif masih bernada lembut. Ikutkan hatinya malas mahu memanjangkan cerita.
Lebih baik dia berkata benar dari menyakiti hati gadis itu.
“Awak
tahu tak saya sakit hati? Awak sentiasa lebihkan perhatian awak pada Ary. Siapa
saya di sisi awak Afif? Dan… siapa Ary di hati awak? Kenapa awak macam tak
pedulikan saya bila awak bersama Ary? Kenapa Afif? Apakah Ary lebih penting
bagi awak?”
Afif
membuang pandang ke arah orang yang keluar masuk restoran. Sedikit pun dia
tidak terniat untuk menjawab pertanyaan itu. Sudah bosan bila perkara sama yang
dibangkitkan.
“Afif,
kenapa awak diam?”
Senyap.
Elfira
teringat perbualannya bersama Afif pada sebulan yang lepas. Dimana ketika itu
dia dan Afif bertengkar kerana perkara yang sama. Kerana Ariana!
“Kenapa
saya tengok awak nampak gembira bila dengan Ary? Kenapa awak tak boleh nak
senyum macam mana awak senyum waktu awak dengan saya? Kenapa Afif? Siapa Ary
sebenarnya dalam hati awak? Kenapa awak selalu lebihkan dia dari saya? Apa
kurangnya saya?”
Afif
sudah buat muka bosan. Sambil menanggalkan cermin mata hitamnya dia merenung
wajah Elfira.
“Fira
tolonglah! Awak terlalu cemburu. Saya tahu bezakan kawan dan juga kekasih. Ary
kawan saya, manakala awak kekasih saya. Berapa kali saya nak terangkan supaya
awak faham? Saya dah bosan bila perkara sama di ungkitkan,” bentak Afif geram. Dia merasa
suhu kemarahan naik 200 darjah celcius. Serius rasa bengang sangat. Huh!
Elfira
tersentak dari lamunan saat tangannya ditepuk lembut. Sekilas dia memandang
pada wajah Afif yang berkerut
merenungnya.
“Awak
okey?” tanya Afif. Elfira segera menggangguk kepala lantas tersenyum menandakan
dia benar-benar tidak apa-apa.
NICKHUN
merenung Ariana tidak berkelip hingga membuatkan gadis itu tak keruan
jadinya. Ariana bersungut di dalam hati.
Jika di ikutkan hati kirim salam sajalah dia ingin menerima pelawaan jejaka itu
untuk menjamu selera. Huh! Muka nampak macho tapi tenung orang macam nak
tersembul keluar biji mata. Heh! Rimas!
“Awak
ni teringin nak jadi Kassim Selamat ke apa?” sinis Ariana bertanya.
“Ha?
Apa dia awak cakap?” Ariana memutarkan bebola matanya. Serius dia geram dengan
jejaka di hadapannya itu.
“Saya
tanya awak tu teringin sangat ke nak jadi Kassim Selamat?” Nickhun sudah menayangkan
wajah blurr.
Ariana
menahan senyum. Kelakar betul tengok muka Nickhun itu. Rasa ingin saja dia
merakam wajah blurr lelaki itu. Kelakar kot.
“Err…
apa maksud awak? Siapa Kassim Selamat tu? Kekasih awak ke? Suami?” Ariana
menghamburkan tawa mendengar soalan Nickhun. Hailah mamat ni takkan cerita Ibu
Mertuaku yang popular tu tak tahu? Oppss! Lupa dia manalah nak layan cerita
Melayu ni. Yang dia layan cerita Thailand je. Hu hu…
“Why are you laughing? What is so funny girl?”
Ariana
menutup mulut saat melihat wajah Nickhun yang agak keliru itu. Alahai kesianlah
pula.
“Bukanlah
Nick. Kassim Selamat tu err… nama watak arwahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam
cerita Ibu Mertuaku. Best tahu cerita tu. If awak tengok mesti awak akan
sukakannya. Betul ni saya tak tipu. Eh, Nick boleh tak kalau saya nak bahasakan
diri sebagai aku-kau je. Pada aku lebih mesra kalau macam tu. Kalau aku guna
ayat saya-awak ni meremang la bulu tengkok,” ujar Ariana selamba. Di hujung
katanya dia tersengih lebar. Nickhun turut ketawa dengan sikap selamba Ariana.
“Anything for you. Dah siap makan? Jom
saya hantar awak balik bengkel. Lambat nanti tak pasal-pasal awak kena marah.”
Ariana menggangguk kepala lantas bangun sementara Nikchun pula mengatur langkah
ke kaunter untuk membuat pembayaran.
NICKHUN
membuka jendela seluas-luasnya. Entah mengapa hatinya disapa rindu pada gadis
yang baru sahaja seminggu dikenalinya. Ariana aura awak terlalu kuat. Awak
sempoi, selamba, perangai main lepas je. Tapi… aku tetap suka. Oh ya lupa pula.
Aku nak pergi carilah cd yang Ariana cakap tu. Tapi… apa tajuknya ya? Lupa
pula. Mertuaku Mertuamu jua? Eh bukan. Tergeleng-geleng kepalanya untuk
mengingati tajuk cerita yang diberitahu Ariana itu.
Segera
dia mengatur langkah laju. Telefon jenama Samsung A7 itu dicapai. Lalu dia
mencari nombor Ariana. Keypard ditekan dengan perasaan tidak sabar. Haih!
Kenapa dengan aku ni?
Ary, hari tu awak ada ckp tentang
satu filem yang ada tajuk mertua. Apa tajuknya ya?
Nickhun
menanti dengan penuh sabar. Mana pula Ary ni? Lambat pula. Sibuk ke? Hatinya
bermonolog sendiri.
Ariana
yang sedang membasuh tangan di singki itu agak terkejut apabila melihat nama
Nickhun tertera di skrin telefonnya. Setelah mengeringkan tangan dengan tuala
yang bersangkut dibahunya dia membuka mesej yang dikirim Nickhun. Dia cuba
menahan senyum yang hendak terukir. Kelakar betul. Mesej aku sebab nak tanya
tajuk filem je? Ha ha…
Tanpa
membuang masa dia membalas mesej tersebut.
Tajuknya Ibu Mertuaku. Jgn tersalah
tajuk pula. Kenapa kau nak beli ke?
Nikchun
tersenyum lebar saat sms yang dinanti dibalas. Dengan kadar segera juga dia
membaca dan membalas sms itu.
Ha’ah. Saya rasa macam teringin
pula nak tengok cerita tu. Mcm best. Awak sibuk ke? Kalau tak sibuk boleh tak
temankan saya pergi beli. Sekejap je. Saya janji.
Ariana
menjeling sekilas jam di tangan. Setelah itu dia mendail nombor Nikchun. Malas
mahu menaip. Lambat! Dia tersenyum saat mendengar suara ceria di hujung talian.
“Assalamualaikum
Ariana,” sapa Nickhun sambil memanggil nama penuh gadis itu.
“Err…
waaalaikumussalam. Kau apahal suka sangat panggil nama penuh aku? Janggal gila
derr.”
Nickhun
ketawa kecil. Sungguh dia merindui gadis itu.
Mendengar suara saja dia sudah ketawa. Apatah lagi berhadapan dengan
gadis itu. Tidak kering gusi dibuatnya. Dia sedikit hairan dengan dirinya.
Apabila berjauhan pasti dia akan merindui gadis itu. Cintakah dia pada gadis
tomboi itu? Entah, dia sendiri tiada jawapannya.
“Saya
suka dengan nama Ariana tu. Sesuai dengan awak. Cantik nama tu. Pandai ayah
awak pilihkan. Heee…”
Ariana
tersenyum senget mendengar bicara Nickhun itu. Biarpun baru mengenali lelaki
itu namun dia tidak pernah merasa kekok saat berbual bersama. Malah dia banyak
bercerita mengenai dirinya pada lelaki itu berbanding Afif. Entahlah tapi dia
mula merasa selesa dengan lelaki itu. Selesa berkawan je la okey! Bukannya
untuk menjadi pasangan. Kerana hingga kini dia masih menanti Afif. Biarpun dia
tahu tidak mungkin dia bersama Afif kerana sahabatnya sudah di’booking’. Ceh,
ayat hiperbola benar kau Ariana oi.
“Macam
ni. Dalam pukul 5 aku balik rumah dulu. Mandi, tukar pakaian bagai. Lepas tu
aku call kau. Then datanglah ambil aku di rumah ya,” putus Ariana setelah lama
berdiam diri.
“Baiklah
princess. Terima kasih awak. Sebab
sudi nak teman saya.”
Ariana
memutarkan bebola mata ke atas. Setelah memberi salam dia menamatkan panggilan.
Bibir tidak lekang dengan senyuman. Saat berpaling ke belakang dia kaget. Bulat
matanya melihat wajah Afif yang bengis itu. Afif merenungnya tajam hingga
membuatkan dia tidak selesa. Dia menelan liur. Entah mengapa hatinya berdebar
semacam. Dia menelan liur yang terasa berpasir. Dia mengatur langkah untuk
berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti saat Afif mendepangkan tangan
menghalang laluannya. Dia melepaskan keluhan berat.
‘Dah
kenapa Afif ni? Marah dengan aku ke?’ bisik hati Ariana.
“Err…
kau ke… kenapa Afif?” tanya Ariana sedikit gugup.
Diam.
Ariana
mati kata saat jejaka itu mempamerkan wajah tidak beriaknya. Dia tersenyum
seraya mengerdipkan mata beberapa kali. Di dalam hati dia berharap agar lelaki
itu cair melihat tingkahnya. Afif menahan senyum yang nak terukir. Serius comel
sangat wajah gadis itu. Siap kerdip mata lagi.
“Ariana
sayang, sayang borak dengan siapa tadi?” Bulat mata Ariana apabila Afif sudah
masuk mood jiwang. Terasa meremang bulu tengkuknya saat Afif sudah mula
bersayang-sayang bagai.
“Err…
tak ada kaitan dengan kau kot.” Ariana menggigit bibir. Haih! Kenapa mulut aku
ni? Lain nak cakap lain pula yang keluar.
Afif
tersentap saat mendengar nada Ariana itu.
“Tak
penting ke aku pada kau Ary? Aku cu… cuma nak tahu dengan siapa kau berbual. Please Ary. Aku rasa kau macam dah
berubah. Se… sebab dia kan?”
Ariana
menggaru kepala yang tiba-tiba gatal. Dah kenapa pula Afif ni nak sentap bagai?
Haih! Takkan dia cemburu kot? Tapi mana mungkin dia cemburu dengan aku. Ah!
Berangan sajalah kalau dengan kau Ariana oi. Kejap. Tadi Afif kata aku dah
berubah? Dia? Siapa?
“Berubah?
Maksud kau apa? Dia? Siapa Afif? Cuba kau cakap terus terang dengan aku. Aku
tak faham maksud kau,” ujar Ariana lantas dia duduk di sofa yang ada di situ.
Rehatlah kejap. Lagipun tak ada kereta yang memerlukan khitmatnya sekarang.
Afif turut mengatur langkah lantas duduk di sebelahnya.
“Ala
takkan tak faham kot. Atau buat-buat tak faham?” penuh sinikal Afif membalas
pertanyaan Ariana. Dia menjeling Ariana dari hujung mata.
“Sumpah
aku tak faham derrr. Cakaplah terus terang. Tak payah nak berkias bagai. Kau ni
dari pagi tadi aku tengok asyik moody je.
Kau bergaduh dengan Elfira ke?”
“Tak
payah nak alih topik la Ary. Aku sekarang ni bercakap tentang kau,” kata Afif.
Suaranya sedikit meninggi. Entah kenapa hatinya sedikit membara apabila
mendengarkan nama Elfira. Melihat wajah cemberut Ariana cepat-cepat dia
menggengam tangan Ariana. Namun dengan kadar segera juga gadis itu menepis
tangannya.
Baru
cakap sikit nak marah. Benci la. Aku benci kau Afif. Benci, benci, benci!
Sumpah Ariana di dalam hati.
“I’m sorry Ary. Aku tak sengaja tinggikan
suara tadi. Aku tak ada niat nak marah kau. Maafkan aku ya,” pinta Afif seraya
mendongakkan dagu Ariana agar memandang wajahnya.
“Kau
tu kenapa? Asyik nak marah aku je. Apa salah aku?” Rajuk Ariana seraya
menundukkan wajah. Airmata mula bergenang. Haih! Kau dah kenapa Ariana? Takkan
benda kecil pun nak sentap?
“Sorry sayang. Aku cu… cuma cemburu bila
tengok kau bercakap mesra dengan lelaki lain. Entahlah. Aku takut kehilangan
kau,” jujur Afif meluahkan rasa. Ariana kaget mendengar luahan itu. Ikhlaskah
lelaki itu?
“Err…
maaf ya kalau kau terasa.” Afif menggengam erat jemari Ariana. Hatinya sedikit
lega apabila melihat senyuman yang terukir di bibir gadis kesayangannya itu.
Afif
turut tersenyum manis. Mereka berkongsi rasa yang sama. Namun entah mengapa
lidah bagaikan kelu untuk meluahkan perasaan masing-masing. Bagaikan ada sebongkah
kayu yang menghalang agar diluahkan perasaan yang berbuku di hati itu.
“Cakaplah
tadi kau berbual dengan siapa?” soal Afif dengan lembut.
“Err…
dengan Nick. Dia nak suruh temankan beli cd.”
Afif
menelan liur. Temankan beli cd? Takkan sebab itu saje kot?Argh! Kenapa aku rasa
Nickhun ni macam sengaja je nak dekat dengan Ary? Dia melepaskan keluhan berat.
Dia mengaduh tatkala bahunya ditumbuk. Spontan dia memanggung kepala.
“Kau
kenapa? Ada masalah?”
Segera
Afif menggelengkan kepalanya. Dia cuba tersenyum. Namun dia tahu senyumannya
itu tawar. Langsung tiada menariknya. Ah! Hatinya galau tatkala memikirkan Ariana.
Dia khuatir andainya Nickhun berjaya memikat hati Ariana. Kusut! Hatinya tidak
tenteram apabila memikirkan sebarang kemungkinan tersebut.
8 comments:
afif and nick dua2 sweet. adeh.. kalaula perempuan boleh kahwin ramai, mmg ku dah suruh Ariana kahwin dua2 tu. kikiki
haha, amboi kahwin dua2? ngeee jangan terlalu tamak ela. kiki :P
Hehe. Afif cemburu la tu. Sape suruh pilih elfira. Padan muka dia. Akak smbung lg erk. ^_^
yess, ira Afif cemburu amat :)in shaa ALLAH
Pewiittt...
apa yg pewittt nya dik ary?
Haaah. Sesaje... Kita lma daa x jengah blog mende suma haha,
rindu nk berblog eh hihi
Post a Comment