TEASER KASIH JANGAN PERGI








ELFIRA melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Dari masa mereka menjejakkan kaki ke restoran itu sampailah sekarang Afif masih juga berkeadaan begitu. Diam membisu. Dia mula merasa bosan. Kadang-kadang dia rasa Afif sengaja ingin menguji kesabarannya. Air yang dipesan Afif juga tidak luak walaupun sedikit. Haih! Dia sudah ketandusan kata-katanya.

Dia menarik tangan Afif. Digenggamnya lembut. Namun dia merasa hairan apabila Afif menarik tangan dari genggamannya itu. Dia sudah mula tidak sedap hati. Apakah Afif sudah mula jatuh cinta pada wanita lain? Apakah Ariana gadis itu? Ah! Kalau benarlah Afif jatuh cinta, biarlah pada wanita lain. Kerana dia tidak akan sesekali menyerah kalah pada gadis tomboi seperti Ariana itu. Huh!

“Awak kenapa? Dah dekat satu jam kita dekat sini. Tapi awak masih juga tidak bersuara. Afif, what wrong with you? Tell me. Saya rindu nak dengar suara awak,” rayu Elfira seraya mencari tangan Afif. Setelah itu dia menggenggam erat jemari lelaki itu. Biar apa nak jadi pun jadilah. Kerana apa yang dia tahu kini dia sangat merindui lelaki itu.

“Natalie Elfira tolonglah jangan pegang tangan saya macam ni. Tak manis orang tengok,” tegur Afif perlahan.

“Boleh pun awak bersuara. Ingatkan dah bisu,” sinis Elfira. Hatinya merasa sakit apabila lelaki itu menegur akan perbuatannya tadi.

Afif hanya mengeluh. Air teh o’ ais yang telah cair itu disedutnya perlahan. Entah mengapa hatinya sarat merindui Ariana. Sedangkan baru satu jam mereka berpisah. Ah! Rindu benar aku pada Ary.

“Afif! Awak dengar ke tak ni?” Afif tersentak saat Elfira menepuk kuat tangannya. Adui! Ni lagi satu masalah. Huh!

“Awak kenapa Fira? Apa yang awak nak? Awak tak puas hati apa dengan saya?” tanya Afif acuh tak acuh saja. Sejujurnya hatinya mulai bosan dengan sikap Elfira yang asyik inginkan perhatian 24 jam. Rimas weh!

“Kenapa awak tanya? Berpuluh-puluh kali saya telefon. Berpuluh-puluh kali saya mesej ada awak balas? Heh! Satu pun awak tak balas. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahulah,” sinis Elfira seraya berpeluk tubuh. Geram hatinya tika ini. Afif seakan-akan tidak berminat akan perhubungan mereka lagi. Namun dia tidak akan sesekali melepaskan lelaki itu kerana hatinya terlanjur menyintai lelaki itu.

“Saya minta maaf. Tapi mood saya beberapa hari ni agak down. Maafkan saya,” pinta Afif masih bernada lembut. Ikutkan hatinya malas mahu memanjangkan cerita. Lebih baik dia berkata benar dari menyakiti hati gadis itu.

“Awak tahu tak saya sakit hati? Awak sentiasa lebihkan perhatian awak pada Ary. Siapa saya di sisi awak Afif? Dan… siapa Ary di hati awak? Kenapa awak macam tak pedulikan saya bila awak bersama Ary? Kenapa Afif? Apakah Ary lebih penting bagi awak?”

Afif membuang pandang ke arah orang yang keluar masuk restoran. Sedikit pun dia tidak terniat untuk menjawab pertanyaan itu. Sudah bosan bila perkara sama yang dibangkitkan.

“Afif, kenapa awak diam?”

Senyap.

Elfira teringat perbualannya bersama Afif pada sebulan yang lepas. Dimana ketika itu dia dan Afif bertengkar kerana perkara yang sama. Kerana Ariana!

“Kenapa saya tengok awak nampak gembira bila dengan Ary? Kenapa awak tak boleh nak senyum macam mana awak senyum waktu awak dengan saya? Kenapa Afif? Siapa Ary sebenarnya dalam hati awak? Kenapa awak selalu lebihkan dia dari saya? Apa kurangnya saya?”

Afif sudah buat muka bosan. Sambil menanggalkan cermin mata hitamnya dia merenung wajah Elfira.

“Fira tolonglah! Awak terlalu cemburu. Saya tahu bezakan kawan dan juga kekasih. Ary kawan saya, manakala awak kekasih saya. Berapa kali saya nak terangkan supaya awak faham? Saya dah bosan bila perkara sama  di ungkitkan,” bentak Afif geram. Dia merasa suhu kemarahan naik 200 darjah celcius. Serius rasa bengang sangat. Huh!

Elfira tersentak dari lamunan saat tangannya ditepuk lembut. Sekilas dia memandang pada wajah Afif yang  berkerut merenungnya.


“Awak okey?” tanya Afif. Elfira segera menggangguk kepala lantas tersenyum menandakan dia benar-benar tidak apa-apa.



NICKHUN merenung Ariana tidak berkelip hingga membuatkan gadis itu tak keruan jadinya.  Ariana bersungut di dalam hati. Jika di ikutkan hati kirim salam sajalah dia ingin menerima pelawaan jejaka itu untuk menjamu selera. Huh! Muka nampak macho tapi tenung orang macam nak tersembul keluar biji mata. Heh! Rimas!

“Awak ni teringin nak jadi Kassim Selamat ke apa?” sinis Ariana bertanya.

“Ha? Apa dia awak cakap?” Ariana memutarkan bebola matanya. Serius dia geram dengan jejaka di hadapannya itu.

“Saya tanya awak tu teringin sangat ke nak jadi Kassim Selamat?” Nickhun sudah menayangkan wajah blurr.

Ariana menahan senyum. Kelakar betul tengok muka Nickhun itu. Rasa ingin saja dia merakam wajah blurr lelaki itu. Kelakar kot.

“Err… apa maksud awak? Siapa Kassim Selamat tu? Kekasih awak ke? Suami?” Ariana menghamburkan tawa mendengar soalan Nickhun. Hailah mamat ni takkan cerita Ibu Mertuaku yang popular tu tak tahu? Oppss! Lupa dia manalah nak layan cerita Melayu ni. Yang dia layan cerita Thailand je. Hu hu…

Why are you laughing? What is so funny girl?”

Ariana menutup mulut saat melihat wajah Nickhun yang agak keliru itu. Alahai kesianlah pula.

“Bukanlah Nick. Kassim Selamat tu err… nama watak arwahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku. Best tahu cerita tu. If awak tengok mesti awak akan sukakannya. Betul ni saya tak tipu. Eh, Nick boleh tak kalau saya nak bahasakan diri sebagai aku-kau je. Pada aku lebih mesra kalau macm tu. Kalau aku guna ayat saya-awak ni meremang la bulu tengkok,” ujar Ariana selamba. Di hujung katanya dia tersengih lebar. Nickhun turut ketawa dengan sikap selamba Ariana.

Anything for you. Dah siap makan? Jom saya hantar awak balik bengkel. Lambat nanti tak pasal-pasal awak kena marah.”



4 comments:

E-la Adiey said...

sweet je nickhun ni..haha..conversation dia dgn ariana comel

Unknown said...

Hehe.thanks sudi singgah

Unknown said...

Alololo, so sweet Nickhun ngan Arianna... Sweet melelh baca~^^
Nice kak .. :)

Unknown said...

tq dear :*