by = ARYSSA NAJWA |
ASSALAMUALAIKUM, SEMUA HOPE SEMUA ENJOY LA BACA KISAH NI, AGAK ISLAMIK KOT..HUHU. ENJOY READING PART 1 YE
“ Jangan! Jangan pergi. Jangan!!” Izzati terjaga
dari lenanya yang panjang. Dia masih jua termimpikan perkara yang sama. Mimpi
mengenai seorang lelaki yang sedang tersenyum manis padanya namun lelaki itu
pergi meninggalkan dia. Atas alasan apa lelaki itu pergi meninggalkan dia juga
tidak tahu.
“ Ya ALLAH, siapa dia? Mengapa aku sering
termimpikan dia? Apa hikmah sebalik semuanya ni?” keluh Izzati akan mimpi yang
sering menggangu lenanya sejak kemalangan dua tahun lalu.
“ Zaty, kau ok ke?” soal Salwa sahabat karib Izzati.
Izzati mengganguk kecil lalu meraup wajahnya
berkali-kali. Salwa cuba menenangkan Izzati yang kegelisahan itu. Lantas
dibaringkan tubuh Izzati agar rebah ke katil kemudian diselimutnya tubuh
sahabat yang disayanginya itu.
“ Baca surah Kursi, 3 qul dulu sebelum tidur ok
Zaty,” pesan Salwa.
“ Erm,” Izzati hanya menggumam saat kepalanya sarat
memikirkan soal mimpi tadi.
****************
“ Zaty kau ok ke? Kenapa kau muram je ni? Aku tengok
wajah kau sembab je ni, asal? Ce story
dengan kami,” ujar Liana salah seorang rakan Izzati yang juga merupakan kawan
satu course dengannya.
“ Kau mimpikan benda yang sama ke?” soal Amanina
pula.
Izzati hanya menggangukkan kepala saat mendengar
soalan yang diajukan Amanina, sahabat merangkap sepupunya itu. Semalam setelah termimpikan lelaki itu,
Izzati cuba untuk melelapkan matanya, namun puas dipaksa tapi matanya tidak
dapat dilelapkan, lantas dia mengerjakan Solat
Sunat Isthikharah.
“ Beb,aku tengok kau asyik termenung je. Kau
betul-betul ok ke ni?” soal Salwa kerisauan melihat Izzati yang mendiamkan
diri.
“ Sal, Nina,
Lia sebenarnya semalam lepas je aku mimpi tu aku cuba untuk tidur semula, tapi
mata aku betul-betul tak boleh nak lelap. Then
aku buat solat Isthikharah, tapi kabur. Aku rasa lelaki tu orang yang sama yang
pernah aku langgar dua tahun lalu,” ujar Izzati perlahan.
“ Eh, jom lah. Dah lewat kita ni. Dah la minggu
orentasi lagi ni,” ujar Amanina tergesa-gesa.
Mereka terkocoh-kocoh menuju ke dewan dimana semua
pelajar-pelajar dikumpulkan sepanjang minggu orentasi.
“ Eh! Korang masuk dewan dulu. Aku sakit perut la
pula. Tolong cover line, jangan
sampai orang perasan aku tak ada tau,” Pesan Izzati pada sahabatnya.
“ Ok, jangan lama sangat.” Balas Salwa lalu
melangkah masuk ke dewan.
Mujurlah mereka dapat satu kumpulan, jadi mudahlah
kiranya untuk membuat perbincangan, tidaklah rasa janggal benar.
‘ Eh, mana pula si Zaty ni? Lambat betul la.’ Rungut
Amanina dalam hati.
“ Aduh! Time
macam ni la nak sakit perut. Ish aku dah lambat ni. Patutnya sesi taklimat dan
suai kenal mula jam lapan pagi. Adui! Dah lewat sangat ni. Mesti aku kena denda
nanti,” rungut Izzati sendirian.
NUR IZZATI SYAH |
“ Ha awak yang berlenggang lagi tu tak reti-reti nak
jalan cepat sikit? Terhegeh- hengeh, lembab.” sinis seorang jejaka yang sedang
berdiri tidak jauh dari pintu masuk dewan.
Izzati mempercepatkan langkah saat mendengar suara
sinis salah seorang senior yang menjaga mereka di minggu orentasi itu. Laju
saja dia mengatur langkah, saat Izzati menghampiri jejaka itu dia menjeling
tajam lalu mengambil tempat duduk bersebelahan Salwa.
“ Lambatnya, kau kena marah ke tadi?” bisik Salwa,
Amanina dan Liana hanya memasang telinga.
“ Erm,” Izzati menjawab malas, hatinya masih sakit
dengan sindiran pedas lelaki itu.
Izzati mengecilkan mata mengamati wajah lelaki yang
sedang berdiri tidak jauh dari tempat yang sedang didudukinya.
IZZAT FARISH |
‘ Macam kenal je mamat tu. Macam familiar je.’ Desis hati Izzati. Puas
difikir namun otaknya tidak dapat men’loading’ sebarang maklumat tentang lelaki
yang sedang memakai t-shirt putih berseluar slack berwarna kelabu itu.
Izzati melarikan pandangan saat matanya bertembung
mata jejaka yang sedari tadi menjadi santapannya itu, dia cuba untuk
memfokuskan pada taklimat demi taklimat yang diberikan oleh salah seorang
seniornya namun matanya sering kali jua mencuri
pandang ke arah jejaka itu.
“ Ok, sebelum acara ice breaking aku kenalkan diri aku. Nama aku Firdaus, aku sekarang ni
dah kira last sem. Aku sekarang bachelor study in accaounting.” Ujar salah seorang faci yang sedari
tadi asyik memberikan taklimat.
Izzati melarikan pandangan kearah rakan sekelas yang
sibuk memperkenalkan diri masing-masing. Setelah itu tibalah pula giliran
Izzati dan sahabat-sahabatnya.
“ Saya Amanina. Berasal dari Pahang. Anak bongsu
dari tiga adik beradik. Makanan kegemaran mi bandung dan minuman kegemaran
adalah neslo ais. Suka bermain badminton. Warna kegemaran biru. Single and available.”
“ Saya Salwa Akila. Berasal dari FELDA Mayam,
Pahang. Anak keempat dari enam beradik. Makanan kegemaran semua masakan ibu dan
minuman kegemaran air sirap bandung.Sukan kegemaran pula ialah futsal. Suka
warna oren dan coklat, dan masih single.”
“ Saya Nur Ifti Liana. Berasal dari Selangor. Anak
tunggal.Makanan kegemaran Spageti,
minuman kegemaran teh 3 lapis. Meminati sukan bola tampar dan bola jaring.
Warna kegemaran putih, because nampak
suci. Masih solo. Jika berminat bolehlah dapatkan borang perhononan ye.”
Masing-masing sudah tertawa mendengarkan lawak
selamba Liana itu. Sementara Izzati pula sudah mula gelabah saat gilirannya
kian hampir.
Gulrp!
‘ Aci tak kalau aku nak mengelak? Aku tak mau la
mamat sengal tu tau nama aku. Dah la dia tu presiden. Sah-sah aku kena denda
nanti sebab lambat tadi.’ omel Izzati.
“ Woi giliran kau tu,” ujar Liana seraya menyiku
lengan Izzati.
“ Assalamualaikum, err..nama saya err..”
“ Kau apahal?
Tergagap-gagap. Muka lawa tapi gagap. Huh!” sinis jejaka sama yang memarahi
Izzati di pintu dewan tadi.
‘ Ei, mamat ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh
agaknya, nanti kau,’ rengus Izzati. Geram dengan ayat berbisa jejaka itu.
“ Nama saya Nur Izzati Syah. Dilahirkan di Kedah,
tapi dibesarkan di Pahang. Saya anak tunggal. Makanan dan minuman kegemaran
tak perlu bagi tahu kot. Minat badminton Erm, apa lagi. Warna kegemaran ialah
biru laut dan semua warna yang lembut,” ujar Izzati sempat dia memaling wajah
melihat riak yang terukir dimuka jejaka berlagak itu.
“ Izz, nak dekat sama macam nama kau beb.” Bisik Firdaus
pada jejaka sinis itu.
“ Ok, sekarang kita bersurai. Makan dan pastikan
masuk semula pukul 10.00 Tepat pukul 10.00 am, Jangan ada yang lewat. Kalau ada
yang lewat harus berurusan dengan aku. Ingat nama aku Izzat Farish, sebab nanti
kami akan suruh kau orang semua dapatkan tandatangan kami yang berdiri di
hadapan korang ni,” ujar Izzat seraya menunjukkan barisan faci. Izzati
mencebirkan bibir meluat.
Usai Izzat berkata semua siswa dan siswi bergerak
ingin menuju ke cafe. Izzati juga tidak terkecuali. Namun belum sempat kakinya
melangkah dia menoleh semula saat merasakan ada seseorang memanggilnya.
“ Ha, kau. Yang tergagap tadi. Meh sini,” Izzati
membulatkan mata seakan tidak percaya bahawa dia akan dipanggil oleh jejaka
berlagak yang bernama Izzat itu.
‘ Dah la nama nak dekat sama, ish sengal.’ Bebel
Izzati dalam hati. Namun sedikit pun dia tidak melangkah. Hanya berdiri statik
seperti tiang elektrik.
Izzat berdecit melihat reaksi gadis yang bernama
Izzati itu. Wajahnya tampak tegang menahan amarah yang bila-bila akan meletus.
“ Hoi, Yang kau berdiri macam tiang elektrik tu
kenapa? Pekak ke?” Izzati tersedar dari lamunan saat mendengar jerkahan Izzat.
“ Izz, tak baik bro emo macam tu. Aku blah dulu.
Ingat jangan marah sangat.” Sempat Firdaus meninggalkan pesan.
Izzati menelan liurnya. Dia memberikan isyarat agar
sahabatnya pergi tanpa menunggunya dahulu, kerana dia khuatir akan terlambat.
“ Err.. kenapa panggil saya?” soal Izzati seraya
menundukkan wajah.
“ Kalau bercakap, pandang muka aku. Aku bukan alien
nak makan orang,” ujar Izzat. Dalam marah ada lawaknya juga. Izzati menahan
senyum.
“ Kau apahal senyum-senyum? Disebabkan kau lambat
tadi aku nak kau bersihkan satu dewan ni lepas persembahan seni budaya malam
nanti. Faham?” Tegas kedengaran suara Izzat.
“ Apa? Satu dewan? Gila ke? Dewan dah la besar
gila.” Bantah Izzati membuatkan Izzat semakin berangin.
“ Kau..”
“ Izz. Bro kau kenapa. Aku tengok dari tadi kau
marah budak ni. Err.. siapa nama awak tadi?” soal Firdaus.
“ Izzati,” balas Izaati sepatah.
“ Macam ni la awak pergi cafe dulu, soal Izz biar
saya handle.” ujar Firdaus lalu
Izzati mengatur langkah laju meninggalkan dua jejaka itu.
Terkumat-kamit mulut Izzati menyumpah seranah Izzat.
Sungguh seandainya Firdaus tidak datang tepat waktunya sudah pasti berbekas
lima jari Izzat pada pipi mulusnya itu. Ceh! Perasannya kau Zaty.
“ Oit, kau kenapa? Asal Izzat panggil kau?” soal
Liana sambil menyuap mee goreng mamak ke mulutnya.
“ Tadi kan aku lambat, lepas tu tetibe dia kata aku kena bersihkan satu dewan after persembahan budaya malam ni. Tak ke gila namanya?”
“ Eh, kejamnya dia,” suara Salwa turut simpati pada
Izzati.
Bukk!!
Izzati menoleh ke belakang apabila terasa kerusinya
ditepuk dari arah belakang. Alangkah kagetnya saat matanya melihat renungan
tajam Izzat. Serta merta mulutnya menyumpah seranah akan sikap Izzat yang
sangat menjengkelkan itu.
“ Ei, dasar mamat sengal.” Berang Izzati.
*******************
“ Fuh, gila. Penatnya,” adu Izzati lantas merebahkan
diri di atas katilnya itu.
“ Kau ok? Aku minta maaf, tapi awal-awal lagi Abang
Izz bagi warning supaya tak sorang
pun tolong kau, kalau tidak lagi teruk dia denda kau,” jelas Salwa lantas dia
mencapai minyak angin
untuk mengurut tubuh sahabatnya.
“ Takpe la Sal, ni bahagian aku. Aduh!” Izzati
mengerang kesakitan saat tangan Salwa mengurut pada badannya yang sakit akibat
terjatuh semasa ingin mengelop lantai dewan, semuanya gara-gara Izzat yang
menahan langkahnya semasa dia sedang mengangkat baldi mop.
“ Beb, kau ok ke?” suara Salwa yang kerisauan
mendengar jeritan kecil Izzati.
“ Kau pergilah tidur, esok kalau aku lambat kejutkan
aku ye,” sempat Izzati berpesan sebelum melelapkan matanya.
“ Nazrul, Nazren jangan main kat tengah jalan dik.
Nazrul, Nazren. Dikk!!” Izzat memandang keadaan sekelilingnya. Mimpi itu
menghantuinya biarpun kejadian itu telahpun berlalu seiring dengan waktu.
“ Bro, kau kenapa?” tanya Firdaus sambil mengesat
matanya.
“ Aku..aku mim..” sukar untuk Izzat meluahkan
perasaannya tika itu.
“ Kau mimpikan arwah adik kau ke?” soal Firdaus
dengan mudah. Selama tempoh persahabatan mereka hanya Firdaus seorang saja yang
memahami setiap suka dan dukanya.
Izzat mengganguk lemah. Sungguh fikirannya kini
terfikirkan mamanya di rumah. Mujur juga Mak Yah orang gajinya ada untuk
menemani mamanya memandangkan ayahnya telah lama meninggalkan mereka tanpa
khabar berita.
“ Kau istghfar banyak-banyak. Bro setiap yang jadi
ada hikmahnya. Kau sedekahkan surah Yassin buat arwah. Lagipun, dah lama aku
tengok kau tak solat dan baca Al-Quran. Aku minta maaf, bukan aku nak tunjuk
baik atau apa, tapi Izz sebagai sahabat aku harus tegur sikap kau yang alpa
akan duniawi. Ingat, kita bukan hanya mengingati ALLAH saat kita susah, tapi
juga saat kita senang kita harus ingat. Kerana setiap hembusan nafas kita ni
adalah pinjaman dari Dia semata. Dan bila- bila masa yang ALLAH suka nyawa kita
akan ditarik, sebab itu kita kena kutip amal buat bekal di alam sana.” Firdaus
menggunakan psychology untuk menasihati sahabat yang sudah dianggap sebagai
adiknya itu.
Izzat merasa sedikit tenang mendengar bicara
Firdaus, lantas diraup rambutnya ke belakang. Tanpa membuang masa terus sahaja
dia mengatur langkah menuju ke bilik air.
“ Kau nak kemana?” soal Firdaus.
“ La, tadi kau suruh aku bacakan Yassin untuk arwah
adik kembar aku kan? Ni aku nak ambik wudhu la ni.”
Firdaus menggangukkan kepala. Sejurus kelibat Izzat
menghilang dia mengukir senyum bahagia, kerana akhirnya Izzat mendengar jua
akan katanya.
Firdaus sedang enak tidur di saat Izzat mengerjakan
solat sunat taubat. Usai solat Izzat mengambil Al-Quran yang sering dibawanya
kemana saja, Cuma sejak akhir-akhir ini dia agak leka untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH.
***************
Izzati tersedar dari mimpi saat mendengar suara
lemak merdu seseorang yang sedang mengaji. Dia mengesat peluh yang merenik di
dahinya, lantas terus Izzati menuju ke bilik air untuk membersihkan diri
biarpun jarum jam menunjukkan baru saja pukul tiga pagi. Usai membersihkan diri
Izzati mencapai sejadah dan telekung untuk mengerjakan solat sunat tahajjud.
“Sebaik-baik
sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat
Muslim)”
“ Ya ALLAH
ampunkan dosaku, terimalah taubatku, ya ALLAH, ampunkan dosa kedua ibu dan
bapaku, kuatkan hatiku untuk menempuh dugaan yang mendatang. Aamiin.” Izzati
meninitipkan doa pada Yang Maha Esa.
“ Sal,
Nina bangun. Solat subuh,” Izzati mengejutkan sahabat-sahabatnya itu. Mujur
baik si Liana sudah pun bangun kalau tidak mahu terlambat mereka ke dewan, dan
mujur juga lah hari ni merupakan hari terakhir minggu orentasi.
“ Awalnya
kau bangun, kau tak tidur ke?” soal Salwa setelah Berjaya membuka luas matanya.
“ Aku tak
boleh tidur, dah kau pergi mandi. Nanti ada pula kena denda sebab lambat,” ujar
Izzati namun lebih pada diri sendiri.
“ Kau
biar betul? Kalau kau mengantok nanti
macam mana?” tanya Liana yang muncul dari arah bilik air.
“ Jangan
risaulah.” Izzati tidak mahu memanjangkan cerita lantas dia mengatur langkah
ingin ke bilik air untuk mengambil wudhu.
Dari jauh
Izzati ternampak kelibat Izzat, namun dia buat-buat tidak tahu sahaja,
seolah-olah Izzat bagaikan angin lalu.
“
Ehem-eheem.” Sengaja Izzat berdehem pada gadis dihadapannya, sengaja ingin
menarik perhatian gadis itu, namun saat melihat Izzati dan kawan-kawannya
melintas tanpa memandang wajahnya yang tampan itu membuatkan hatinya rasa
egonya tercabar.
“ Hoi!”
seru Izzat membuatkan langkah Izzati terhenti lalu dia merenung tajam wajah
Izzat.
“ Apa
hoi-hoi? Tak reti nak bagi salam? Ingat panggil anak ayam ke hoi-hoi bagai.
Saya ada nama lah. Ha, kalau susah sangat nak ingat nama saya, awak ingat je
nama awak. Izzat just tambah i kat
belakang nama awak je. So jadilah Izzati, ada faham Encik Izzat Farish?” bebel
Izzati geram.
Izzat
terkebil-kebil memandang wajah Izzati yang berubah putih kemerah-merahan itu.
‘ Comel
juga minah ni, ish apa aku mengarot ni?’ desis hati Izzat.
“ Ok,
semua dah ada ke, Zaty and the gang tak mahu masuk lagi ke?
Ajak sekali Abang Izz ye,” ujar Kak Fazura sambil merenung tajam pada Izzati, denagan
pandangan kurang menyenangkan.
“ Awak ada
telinga kan? Kak Fazura a.k.a kekasih awak panggil awak masuk dewan.” Perli
Izzati bukannya dia tidak tahu bahawa Izzat tidak pernah melayan Fazura, hanya
Fazura saja yang tergedik-gedik menginginkan Izzat.
Sepanjang
Izzati menjejakkan kaki ke USM berita yang sering kali dia dengar adalah Fazura
yang terlalu obsess untuk memiliki cinta Izzat, meskipun jejaka itu tidak
pernah melayan namun Fazura tidak berputus asa, kerana itulah, tiada seorang
pun wanita yang berani mendekati Izzat kerana khuatir diapakan-apakan oleh
Fazura. Izzati merasa hairan apabila Izzat langsung tidak memarahinya seperti
selalu.
‘Uit, beza
betul sikap mamat ni hari ni. Takkan terasa dengan aku kot? Ah! Lantaklah,
peduli apa aku. Lagi aman dunia tanpa ganguan Izzat Farish. Yes! Hari ni aku
bebas!!’ jerit hati kecil Izzati.
“ Ok pagi
ni kita akan buat aktiviti Explore USM, dan macam biasa kumpulan yang kalah
akan didenda. Pada tengahhari pula kita akan adakan perlawanan persahabatan
antara senior dan juga junior. Pelbagai sukan akan diadakan jadi aku harap
korang dapat bagi kerjasama,” ujar Firdaus dengan tegasnya.
“ Izz kau
nak cakap apa-apa?” Firdaus ingin memberi peluang buat Izzat untuk berkata
sepatah dua.
IZZAT dah mula berangankan Zaty..huhu |
Izzat
mengganguk seraya tepat memandang wajah Izzati yang memakai t-shirt hitam
sedondon dengannya yang turut mengenakan t-shirt yang berwarna hitam dan
beseluar jeans itu. Izzat tersenyum sendiri. Bagaikan berjanji dan berjodoh
saja mereka.
zaty |
‘ Comelnya
dia, Izzat-Izzati. So sweet. Eh! Dah
kenapa aku ni. Tak kan angau bila kena sembur dengan dia tadi. Ah! Aku akan
balas dendam, biar aku pula yang kenakan kau nanti.’ Tekad Izzat didalam hati.
“ Izz, you
ok ke?” soal si minah gedik a.k.a Fazura.
Izzat
merenung tajam wajah Fazura, sungguh rimas dirasakan apabila Fazura tidak
sudah-sudah cuba untuk mendekatinya.
“ Ok, lepas sukan nanti aku harap korang semua
bersedia untuk sesi last sesi muhabah diri. Kita akan adakan di masjid. Waktu
maghrib pastikan korang semua ada disitu.” Tegas kedengaran suara Izzat.
“ Ok, kita mulakan Explore Usm sekarang. Diminta
semua ketua kumpulan tampil ke hadapan untuk mengambil klu pertama dari Izzat.
Dimulakan dengan ahli kumpulan pertama Fazi. Ok, kamu boleh ajak kumpulan kamu
gerak sekarang cari klu yang seterusnya. Kumpulan kedua Aazim, boleh gerak
sekarang dan kumpulan ketiga Izzati. Tampil ke depan untuk mengambil klu.”
Izzati kecut perut apabila harus berdepan dengan Izzat.
Saat kaki Izzati kian menghampiri Izzat kakinya
telah tersadung pada meja lalu membuatkannya hilang keseimbangan badan. Izzati
terjelepok jatuh ke atas badan sasa Izzat. Terasa berbahang wajah Izzati
menahan malu apatah lagi mendengar ejekan di belakangnya.
“ Kau apahal?
Sakit badan aku tahu tak? Dah tak reti nak bangun ke? Apa kau ingat kau ringan
sangat?” perli Izzat membuatkan si gadis bertambah malu.
“ Err.. maaf. Saya tak sengaja,” ujar Izzati seraya
mengatur langkah laju meninggalkan beberapa kumpulan yang masih menunggu klu
pertama.
“ Beb kau ok?” soal Liana sambil mata mengerling ke
arah Izzat.
“ Dah, tak payah soal. Sekarang ni kena cari klu-klu
yang ada dalam ni.” usai Izzati melihat klu lantas dia mengarahkan ahli
kumpulannya ke cafe sementara dia dan juga sahabatnya mencari klu yang
seterusnya.
“ Ok, kalau dah jumpa semua klu kita berjumpa semula
kat sini. Sebab ada satu lagi tugasan. Faham?” Izzati bersuara tegas.
Usai mencari klu demi klu tepat jam 10 Izzati dan
ahli kumpulannya berkumpul lagi. Dengan kadar segera Izzati membuka kertas bagi
klu yang terakhir. Melopong mulutnya saat membaca perkataan yang tertera diatas
kertas itu.
“ Beb, kau kenapa?” soal Salwa dan Amanina serentak
sementara Liana mengambil kertas yang membuatkan Izzati tergamam tiada terkata.
“ Jumpa Izzat Farish untuk tugasan terakhir di cafe,
hanya Izzati seorang.” Semua yang ada disitu tergamam mendengar suara Liana
yang membacakan ayat yang tertera di tugasan terakhir mereka itu.
Izzati cuba mengumpul kekuatan yang ada. Di dalam
hati memikirkan sebarang kemungkinan. Dia cuba menyedapkan hati yang mula rasa
bagai nak pecah. Izzati cuba beristighfar didalam hati.
‘ Takkan lah mamat poyo tu nak balas dendam kat aku?
Tau la aku melawan cakap dia tadi. Ke sebab aku.. Argh! Malunya. Kaki ni pun
satu boleh pula tersadung meja. Huh!’ omel hati Izzati semasa dalam perjalanan
ingin menuju ke cafe untuk bertemu Izzat.
Sesampai saja di cafe Izzati mencari kelibat Izzat
namun batang hidung Izzat pun dia tidak nampak, lalu dia mengambil keputusan
untuk berpatah semula ingin ke arah ahli kumpulannya. Baru selangkah dia
menapak seseorang telah menarik tangannya dengan kasar hingga membuatkannya
jatuh terduduk.
“ Buuu, macam nangka busuk daa. Ha ha.” Izzati
mengecilkan mata melihat minah gedik di hadapannya itu. Lalu dia bangun lantas
menepuk punggungnya.
“ Apa kau tak puas hati dengan aku? Mana Izzat? Dia
suruh aku jumpa dia buat tugasan terakhir. Sekarang ni mana dia?” Izzati
memberanikan diri bertentang mata dengan Fazura dan geng gediknya itu.
“ Woo, muka tak lawa mana nak jumpa Izzat. Hei! You
ingat Izzat nak sangat jumpa dengan you. I yang nak jumpa dengan you. Apa you
ingat I ni bodoh sangat. You sengaja kan buat terjatuh atas badan Izzat? You
tahu siapa i? I kekasih Izzat,” ujar Fazura sambil mendabikkan dada.
“ Huh! Kekasih? Yeke awak ni kekasih dia? Atau awak
je kot yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Ha ha,” perli Izzati. Fazura sudah mula
rasa api kemarahannya memuncak.
“ Main kasar nampak. Eh, kau dah rasa cukup bagus ke
kau kat sini? Dengar ye tak pernah ada sorang pun berani dekati Izzat melainkan
ratu cantik USM kita berturut-turut iaitu Fazura. Dan aku tengok kau ni kecik
besar kecik besar je. Belum pun setahun kat sini dah tunjuk perangai. Budget cun la tu,” ujar Tiara salah
seorang sahabat Fazura.
Fazura |
“ Girl’s,
biasalah minah ni mak bapak tak ajar nak hormat orang la tu.” Sinis Fazura.
Izzati dah mula rasa berang. Kalau sekadar ingin
mengutuk atau menghinanya itu masih boleh dia menerimanya, namun masuk bab mak
bapak itu yang menjadi pantang larangnya.
“ Kau jangan nak kurang ajar. Kalau tak puas hati
kau kutuk la aku tapi tolong jangan libatkan mak bapak aku kalau kau tak nak
biji mata kau lebam. Aku ni nampak je lemah lembut tapi aku ni ada had
kesabarannya juga. Jangan kau ingat kau tu senior aku takut la.” Jerkah Izzati
membuatkan Fazura dan sahabatnya terdiam seribu bahasa.
Tiara mencuit tangan Fazura memberikan isyarat.
Tiara tersenyum sinis pada Izzati. Kaka dan juga Siti hanya diam menikus.
“ Eh! Perempuan apa kau ingat kau bagus sangat la.
Memang betul la kata Faz mak dan ayah kau tak ajar kau cara nak hormat orang.
Entah- entah kau ni anak pungut tak? Sebab tu mak bapak kau tak hiraukan kau.”
Sengaja perkataan mak bapak itu Tiara tekankan. Sengaja ingin mencabar
keberanian Izzati.
Izzati mengepal penumbuknya, berang dengan setiap
tuduhan yang keluar dari ulas bibir Tiara. Lantas segera dia melayangkan
penumbuk sulungnya kewajah Tiara.
Bukk!!
Tepat mengenai sasarannya. Izzati tersenyum senget.
Puas hati dengan tindakannya. Langsung tidak difikirkan risikonya terus saja
dia menumbuk wajah Tiara yang agak biadap itu.
“ Woi, kau ni aku sepak kang.” Berang Tiara lantas ditarik baju Izzati. Tanpa takut Izzati
memandang tajam wajah Tiara yang dah macam udang kena bakar itu.
“ Tiara!” pantas Tiara melepaskan pegangannya pada
baju Izzati apabila mendengar suara Firdaus memanggil namanya.
“ Korang ni tak malu ke? Nak bergaduh dengan junior?
Ni kalau Prof. Razif tahu macam mana? Tak ke naya?” marah Firdaus pada Fazura dan rakannya.
“ Are you ok?”
soal Firdaus dan Izzat serentak.
“ Zaty ok,” ujar Izzati sepatah.
“ Zaty, beb kenapa ni? Abang Izz denda Zaty lagi ke?
Abng Izz ni melampau la,” serang Liana tanpa mengetahui hujung pangkal.
“ Eh! Aku tak tahu apa-apa la,” nafi Izzat.
Liana mengerutkan wajah, lalu dicapai kertas yang
tertulis yang mengatakan Izzat ingin berjumpa Izzati.
“ Faz, ni mesti kerja you kan? Apa you dah buat pada
Zaty?’ suara Izzat naik satu oktaf.
“ Err.. I .. tak I tak buat apa pun,” tergagap-gagap
Fazura untuk bersuara.
“ Sudah lah. Ada sikit salah faham je. Dah setlle pun. Hutang aku dengan korang dah
selesai,” ujar Izzati sambil merenung tajam wajah Fazura dan rakan-rakannya.
“ Zaty dah dapat semua yang kami mahu dalam klu tu
ke?” soal Firdaus lembut.
“ Oh, ye ni semua yang ada dalam klu tu. Harap bukan
kami yang last,” sempat Izzati
berseloroh.
Fazura memandang Izzati dengan pandangan meluat.
Benci melihat Izzat dan Firdaus yang seakan membela musuh tradisinya itu.
“ Err.. Zaty kenapa tangan kau.. eh tangan awak tu?
Bak sini aku.. eh saya tengok. Macam teruk je luka tu. Sakit tak?” tanya Izzat
apabila melihat tangan Izzati yang berdarah.
“ Erm, jatuh tadi, lantai licin sangat. Tak perlulah
sikit je ni,” bohong Izzati. Dalam hati memikirkan perubahan sikap Izzat yang
mula ‘ berawak bersaya’ dengannya.
“ Liana, Amanina dan Salwa pergilah beli makanan,
beli untuk Zaty sekali, saya nak rawat luka Zaty. Daus beli makanan untuk aku
sekali bro,” arah Izzat pada sahabatnya.
“ Kan saya kata..”
“ Jangan membantah, saya ikat mulut awak karang.”
Tegas Izzat.
Izzat menepuk kerusi di sebelahnya menyuruh Izzati
duduk. Tanpa banyak kata Izzati hanya menurutkan saja meskipun hatinya
berdongkol geram apabila mendengar usikan Izzat. Fazura membeliakkan mata
melihat kemesraan yang ditontonkan dihadapan matanya, lalu sengaja dia
mencederakan dirinya ingin menarik perhatian Izzat.
“ Aduh!” Izzat mengerling sekilas pada Fazura yang
mengaduh itu. Bukannya dia tidak nampak tindakan Fazura yang sengaja mengambil
serpihan kaca dan menoreh tangannya itu.
Izzat hanya buat tak tahu saja sambil tangan ligat
membersihkan luka Izzati. Usai membersihkan luka Izzat berbisik pada telinga
Izzati.
“ Please
becareful after this, Fazura sanggup lakukan apa saja. Hati-hati,” penuh
telus Izzat memberikan pesanan. Izzati meloretkan senyuman pada Izzat.
“ Woi, Izz awek kau ni luka, tak nak tolong ke?”
berbulu mata Tiara melihat kemesraan di hadapannya itu.
“ Aku tak terlalu bodoh untuk bezakan luka betul
atau luka bohong, korang kan balaci Faz korang rawat je la sendiri luka Faz.”
Sinis Izzat tanpa memandang wajah Fazura yangsedang menahan kesakitan.
“ Izz, kau ni kan takde perasaan betul la, jom Faz. Berbulu mata aku tengok minah ni
duk tergedik-gedik.” Tiara menarik tangan Fazura ingin berlalu pergi
meninggalkan cafe.
“ Bagus, aman dunia aku tanpa ganguan korang.” Izzat
menjerit kecil apabila kelibat Fazura dan rakannya kian menjauh.
************************
“ Assalamualaikum, pada semua hadirin dan hadirat.
Terima kasih kerana memenuhi tuntutan ilmu kita pada hari ini. Saya Ustaz
Fahmi. Saya akan mengupas sedikit tentang CINTA. Tapi tajuk ceramah kita ni
bukan pasai cinta pada manusia. Tajuk ceramah kita hari ni ialah ‘ Bukti dan tanda cinta pada ALLAH dan Rasul.’ Ok,
kita semua tau kalau sebut cinta ni pasti ingat ke boyprenz, girlpren. Betui dak?”
ujar Uztaz Fahmi dengan slang utara.
Masing-masing tertawa mendengar lawak spontan Ustaz
Fahmi. Dalam pada mendengar ceramah mata Izzat tidak lepas untuk menatap seraut
wajah tenang milik Izzati. Entah mengapa terasa ada getaran dihatinya saat
menatap wajah itu.
“ Cinta ni macam-macam cinta. Cinta pada manusia,
cinta pada ibu bapa. Tapi yang lebih penting. Yang harus kita ingat cinta pada
ALLAH dan Rasul. Itu lebih utama. Baik, Ustaz nak tanya siapa cinta pada Rasul
angkat tangan sat, Ustaz nak tengok ramai dak cinta Rasul kita.” Ustaz Fahmi
menggunakan pendekatan untuk mendekati anak-anak remaja dihadapannya.
Ustaz Fahmi tersenyum melihat kesungguhan dan
semangat remaja dihadapannya untuk mendengar
ceramah darinya itu.
“ Baik, baguih.. Ramai sayang Rasullah noo. Baik,
Ustaz nak tanya apa bukti sayang dan cinta pada Rasul?” soal Ustaz Fahmi ingin
lebih mengenal apa yang ada didalam pemikiran remaja yang mungkin sebaya dengan
anaknya.
“ Erm, selawat ke atas Nabi.” Sahut Salwa.
“ Baguih, lagi apa bukti kita sayang Rasul. Baik
Ustaz nak tanya la. Mesti hangpa tau punya. Kalau hangpa sayang ke girlpren/
boyprenz apa yang hangpa duk buat untuk tunjuk hangpa sayang pasangan hangpa? Haa.. sebelum tu, Ustaz nak habaq awai-awai kat hangpa noo.. kalau
hangpa sayang kat pasangan, mesti ada yang dok peluk cium bagai pasai nak tunjuk
kata sayang kan. Tapi dengan Allah, dengan Rasul, kita mana boleh nak peluk
cium semua tu.. Haa, pasai apa? Pasai apa adik-adik sekalian? Pasai kita tak
boleh nampak Allah, kita tak boleh jumpa Rasulullah kat dunia ni. Betui dak
kata Ustaz? Jadi, macam mana hangpa nak tunjuk kata hangpa betui-betui sayang
kat Allah dan Rasul kita? Macam mana?” Izzati khusyuk mendegar ceramah yang
diberikan, sekejap dia ketawa sekejap dia terkedu tiada terkata. Tanpa sedar
air mata bergenang dipipi mulus Izzati mendengar soalan terakhir Ustaz Fahmi.
Masing-masing terdiam mendengar
bicara akhir Ustaz Fahmi. Memikirkan kekhilafan diri yang terlalu hanyut dengan
duniawi. Setelah berjeda seketika Ustaz Fahmi menyambung kembali bicaranya.
“ Mungkin ada yang tau tapi tak
ingat. Tak pa. Ustaz tak marah aih. Suka lagi ada. Kita boleh berkongsi ilmu.
Yang tak tau jadi tau, yang lupa jadi ingat. Ya dak adik-adik?”
“ Ya.” Bergema seisi masjid saat
siswa dan juga siswi menjawab pertanyaan Ustaz.
“ Bukti pertama yang kita sayang Rasullah ialah kita ikut, follow dan kita amalkan sunnah Rasulullah. Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:
]قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْوَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُتَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِيسَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ
بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لايَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْوَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُتَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِيسَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ
بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لايَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [
{Katakanlah:
“Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan
harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai
daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik.}[Surah At-Taubah:24].
“ Yang kedua apa Ustaz?” soal Izzati teruja untuk menambahkan ilmu didada.
Ustaz Fahmi tersenyum mendengar soalan gadis muda dihadapannya itu. Di dalam hati dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk mendekati para siswa dan juga siswi yang berda di Usm, Penang itu.
“ Yang keduanya ialah banyak
mengingati dan menyebutnya, kerana
orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Ketiga, selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى
النَّبِيِّ
ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواصَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [
ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواصَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [
{Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.}[Surah
Al-Ahzaab: 56].”
“ Siapa tau yang keempat? Penat
Ustaz duk bebel sorang. Macam takda sapa pun
dengaq. Hehe,” seloroh Ustaz Fahmi membuatkan para siswa ketawa lucu.
Firdaus
mengangkat tangan ingin menjawab pertanyaan Ustaz Fahmi. Dengan segera Ustaz
Fahmi menghulurkan microfon kepada Firdaus.
“ Yang keempat ialah menyebut
keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku
utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga
mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Boleh saya sambung Ustaz?” Firdaus meminta izin
pada Ustaz Fahmi. Melihatkan persetujuan Ustaz Fahmi, Firdaus meneruskan
bicara.
“ Kelima, bersopan santun
dan beradab dengan Baginda saw baik
dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:
]لاتَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ
كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْيَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ
مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِالَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ
فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْعَذَابٌ أَلِيمٌ [
كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْيَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ
مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِالَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ
فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْعَذَابٌ أَلِيمٌ [
{Janganlah
kamu jadikan panggilan (kepada)
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}.[Surah An-Nuur: 63]
Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}.[Surah An-Nuur: 63]
“ Saya kembalikan pada Ustaz la. He he. Nanti
semua tidoq dengaq saya ceramah,” gurau Firdaus membuatkan Izzati dan
sahabatnya tertawa kecil.
“ Ada-ada ja kamu naa. Baik, nak dengar saya
nyanyi sikit dak? Tapi lagu islamik la.” Sempat Ustaz Fahmi bergurau.
“ Nak,” semua menyahut gurauan Ustaz yang berumur
lingkungan 50 tahun itu.
“ Dengaq baik-baik naa. Harap tak ujan la, nak
balik nanti. Ha, sapa tau nyanyi sama-sama dengan Ustaz naa..” usai berkata
Ustaz Fahmi memulakan nyanyiannya.
Lirik Lagu Rasulullah - Hijjaz
Album : Cahaya Ilahi
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Album : Cahaya Ilahi
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
“ Nampak, dalam lirik lagu pun dah sememangnya
diterangkan sifat Rasulullah yang mulia. Sanggup ka kita tuk abaikan segala
perintah ALLAH? Sedangkan Nabi ketika Baginda ingin wafat hanya satu yang
baginda ulang sebut, hanya satu. Sapa tau mai depan, kat Ustaz. Ustaz ada
hadiah nak bagi. Ha tu adik manis yang pakai baju kurung mai,” seru Ustaz Fahmi
pada Izzati.
Izzati melangkah penuh yakin ke arah Ustaz Fahmi.
Izzat memandang kelibat Izzati yang melintas dihadapannya, dia sukar untuk
mentafsir perasaan aneh yang kian sebati di dalam diri.
“ Sapa nama?” tanya Ustaz Fahmi sopan.
“ Izzati,” ujar Izzati sepatah.
“ Cantik nama, secantik orangnya. Baik, harap
jawapan yang diberi juga cantik. Pasai hadiah pun cantik,” Ustaz Fahmi tertawa
sendiri dengan gurauannya.
Izzati tersenyum manis sebelum menjawab soalan
yang diajukan.
“ Izzati apa jawapan pada soalan Ustaz tadi?”
“ Rasulullah menyebut ‘umati, umati, umati’ yang
bermaksud umatku, umatku, umatku. MasyALLAH Ustaz bertapa mulianya Rasulullah.
Sehingga saat Baginda wafat juga Baginda masih memikirkan tentang umatnya.
SubhanALLAH.” Izzati mengesat mutiara
jernih yang mengalir lembut di pipinya.
“ Alhamdulillah, Izzati. Terima kasih kerana
sahut cabaran Ustaz, baik ini hadiah yang Ustaz janjikan. Berbalik pada tajuk
kita tadi, kita sudah kupas 5 buti ya dak? Ada lagi 5 bukti. Tapi memandangkan
solat Isyak dah dekat, Ustaz hanya akan cakap dan kamu semua catat ya,” pesan
Ustaz Fahmi.
Apabila melihat semua sudah bersedia mengeluarkan
nota untuk mencatat Ustaz Fahmi meneruskan ceramahnya.
“ Baik, yang keenam berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan
Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. Yang ketujuh, Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada)
Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
Sabda
Rasulullah saw:
((الدِّينُ
النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ،
وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya:
Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah,
kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin
seluruhnya.” [HR Muslim, No.55].
“ Baik, kita sambung ceramah
lepas solat isyak naa.. Anak-anak pi ambik wudhu dulu. Ha lepas ni Ustaz nak
minta Izzat jadi imam,boleh kaa Izzat?” soal Ustaz Fahmi kepada Izzat yang
sedang leka memandang ke arah Izzati.
Firdaus menyiku lengan Izaat
yang jelas-jelas tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada ceramah yang
diberikan oleh Ustaz Fahmi.
“ Err, kenapa Daus?” tanya
Izzat separuh berbisik.
“ Ustaz nak suruh kau jadi
imam, amacam boleh ke tidak? Ke kau nak aku yang jadi imam? Tapi kan bro Ustaz
dah sebut nama kau, so kau je la yang jadi imam. Masa ni la kau nak kutip
pahala lebih betul tak?” sengaja Firdaus mencabar Izzat, ingin melihat kesungguhan
sahabatnya untuk berubah.
Melihatkan Izzat
menggangukkan kepalanya Firdaus menarik nafas lega. Lalu terus sahaja ditarik
Tangan Izzat untuk mengambil wudhu. Sempat matanya melirik wajah Izzat yang
seperti kebingungan saat bertembung mata Izzati.
‘ Aik, apahal si Izzat ni? Aduhai suka kat Izzati ke? He he..’ Firdaus
tersenyum mendengar suara hatinya bertingkah.
“ Eh, yang kau tersenyum ni
kenapa?” sergah Izzat sebaik kelibat Izzati kian menghilang dari pandangan
matanya.
“ Takde apa. Jom lah. Tak sabar aku nak jadi makmum kau. Ha ha,”
seloroh Firdaus pula.
ALLAH hu akbar, ALLAH hu akbar
“ Baik, seperti janji Ustaz,
kita sambung ceramah kita. Bukti yang ketujuh yang menandakan kita sayang
Rasulullah ialah menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan
Rasul-Nya.
Sabda
Rasulullah saw:
((الدِّينُ
النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ،
وَلأَئِمَّةِ
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya:
Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah,
kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin
seluruhnya.” [HR Muslim, No.55].”
“
Izzat, mai terangkan yang kelapan dan yang seterusnya.” Ustaz Fahmi menyeru
nama Izzat. Terasa hatinya dekat saat memanggil nama itu.
Izzat menyusun langkah menghampiri Ustaz Fahmi,
lantas dia duduk bersila bersebelahan Ustaz Fahmi.
“ Err.. tak tahu betul tak.
Yang kelapan ialah belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami
maknanya. Yang kesembilan mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:
1. Ahlul-baitnya
(keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
“Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”.
“Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”.
2. Para isteri Baginda saw.
3. Para sahabat Baginda
saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah
menyatakan:
Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah
cinta kepada para sahabat Baginda saw,
kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:
]مُحَمَّدٌرَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُبَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِوَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ۚ [
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُبَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِوَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ۚ [
{Muhammad
itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap
orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka
rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka
nampak pada muka mereka kesan daripada sujud.[Surah Al-Fath: 29].
Melopong muut Izzati mendengarkan
keterangan Izzat. Sungguh dia tidak menyangka akan semua itu. Dia memikirkan Izzat kosong ilmu didada.
Ternyata sangkaannya meleset sekali apabila dengan yakinkannya Izzat
menerangkan isi ceramah mereka pada malam itu.
“ Yang terakhir pula ialah membenci orang
yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang
yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang
menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:
]لا تَجِدُقَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ
وَالْيَوْمِ الآخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَوَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ
أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْعَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي
قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ… [
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَوَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ
أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْعَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي
قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ… [
{Kamu tidak
akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau
saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah
menanamkan keimanan dalam hati mereka...}
[Al-Mujaadilah:
22].
Usai menyudahkan bicaranya Izzat mengesat peluh
yang merenik didahinya, dadanya terasa
berdebar-debar. Di dalam hati mengucap syukur kerana dapat menerangkan dengan
penuh yakin. Saat matanya melihat wajah Ustaz Fahmi hatinya merasakan
ketenangan yang sukar ditafsirkan.
‘ Erm, mujur juga aku sempat meng’google’
sebelum ceramah mula tadi.he he,’ omel hati kecil Izzat.
“ Baiklah, terima kasih Izzat kerana sudi
berkongsi ilmu. Baik dengan itu selesailah sudah ceramah kita. Tapi sebelum
bersurai Ustaz nak ucapkan pada anak-anak semoga berjaya dalam hidup dan Ustaz
harap kamu semua dapat membalas jasa kedua ibu bapa hangpa. Yang baik dari
ALLAH, yang buruk dari Ustaz sendiri. Ustaz harap dapat kita bersua lagi.
Seronok dapat jumpa hangpa, baiklah. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam,” usai menjawab salam
masing-masing meninggalkan perkarangan masjid.
p/s = maaf atas kelewatan kasi n3.ngee…hope
korang enjoy baca part 1 ni ye…. Insya-ALLAH part 2 akan menyusul nanti..
bila?? Jangan ditanya..huhu…
ERM ZAF TENGAH MERAJUK TERUK NI, LAMA XUPDATE N3 DIA, HEHE |
14 comments:
Wah, kak weeda cerpen yg penuh dgn unsur keagamaan..best, suka3..tak sabar nak tahu cerita selanjutnya tntang izzat n izzati..si fazura tu pulak jahatnya..kak sambung lagi!..hehe
Assalammualaikum kak weeda.... Best best sngttt akk.... Ceq x sabaq tunggu yg part 2 plk naa... Blhlh cpt skit untk n3 baru...please... Klu xde izzat, bglh zaf... Ceq pon rindu kat zaf... Dh lama x dngr cite zaf..... I miss him... Sy tunggu n3 terbaru kak weeda ye... Cayang kak weeda
ada unsur2 agama best (y) bdk2 Usm plak 2 hihihi... jht nya izzat tp dy suka izzati kn... sweet jgk... truskan menulis akk nnt dian baca lg ;)
waalaikumsalam, ira insyaALLAH akak akan sambung ksah izzat ni :)
balqis alhamdulillah ada owg suka ksh ni ok sambung zaf majuk dy tau,xmo ckp dgn akk dah haha
dian- ngee izzat tu suka menyakat...tp dlm hati ada taman :)
Ayooo.... Ckp2 lah cik zaf oii... Jngn lh asyik majuk je... Lama tau kite tunggu cite awk... Hmmm... Cukup cukup sudah.. Jngn kau majuk lagi... Nnti sy xdpt baca cite awk.... Oooohhh... Hehehe... Sory kak weeda... Tumpang nyanyi ye...
best3 teringat memori silam..yg pasal kena amek t/tgn abg2 n akk2 faci..bukan senang kot nk dptkan t/tgn mrk siap kena narilah nyanyi n whaat ever..part tu yg paling benci! ahahah pe2 pun menarik akk..teruskan misi utk cerpan yg akan dtg :)
best3...sila smbg lagi ya
Domi,insya ALLAH.
2 cik balqis pujuk la ck writer.suruh taip cpt2.huhu
Domi,,ekeke.blh andai diberikan secebis idea.
Best3 cpt 2 smbung ya x sbar nak tau cita izzat.. anja rindu lh gan zaf,da dalh tu mrajuk..... :)
anja,ok syg nanti atam smbung ksh zaf ok...
comel izzati.. best!
tq kak sha heee zaty memang comel :)
Post a Comment