COVER= AKIRA EIRA |
Aku
mulai panik melihatkan asap yang berkepul-kepul keluar. Tanpa befikir panjang aku memberi signal
isyarat ke kiri untuk memberhentikan kereta dibahu jalan. Aku bergegas keluar
dan membuka bonet kereta. Terbatuk kecil aku saat asap menerombosi lubang
hidungku. Aku gelisah, dalam hati sempat berdoa agar ALLAH memberiku jalan
penyelesaian, sudahlah aku terlewat untuk ke majlis perkahwinan sahabatku Wani,
kini kereta kesayanganku pula buat hal. Aku merengus geram lalu dengan spontan
aku menyepak tayar kereta hadapan, tunjuk perasaan hu hu..
Aku cuba menghubungi sahabat-sahabatku,namun seorang
pun tidak dapat menolongku. Aku rasa macam
nak nangis je. Hampeh punya kawan, time
aku susah tak nak pun tolong. Terasa dipinggirkan.
“ Hei, sayang oi. Kenapa lah time-time macam ni kau nak buat hal? Ei, geramnya. Dah la aku tak
tahu satu habuk tentang kereta. Aku tahu bawa je. Tulah kau Ellysa Zahra, lain
kali belajar lah sama tentang kereta. Ni apa aku nak buat sekarang?” bebelku
pada diri sendiri.
Aku mengambil telefon yang aku diletakkan di dalam
tas tangan. Aku menghubungi Wani untuk memberitahu bahawa aku mungkin terlewat
sedikit.
“ Hello, Wani ke tu?” soalku tanpa memberi salam.
RADIN EMIR |
“ Assalamualaikum,” Gurlp! Terasa pahit liur yang
ditelan.
‘ Siapa pula mamat yang angkat call ni? Setahu aku si Wani anak tunggal. Uit, aneh,’ desisku dalam
hati.
“ Hello, hello.” Sapa jejaka itu setelah aku tidak
memberi sebarang respon.
“ Ha, err.. waalaikumsalam. Err.. ni betul ke nombor
telefon Wani?” soalku pada si jejaka.
“ Betul la, cuma Wani sekarang ni dia tengah sibuk.
Saya sepupu dia. Ada apa-apa nak sampaikan ke?” soal jejaka yang mengaku sepupu
Wani itu.
“ Err.. awak.. err.. tolong cakapkan pada Wani saya mungkin sampai lewat sikit. Kereta saya
bual hal. Ni tengah nak minta simpati orang, kot baik hati nak tumpangkan,”
ujarku perlahan.
“ Eh, awak tak takut ke? Sekarang ni banyak kes. Kes
bunuh, kes ragut, culik awak tak takut ke?” soal jejaka itu. Kedengaran sinis
saja ayat yang dituturkan.
“ Oi, pak cik kalau awak tak fikir bukan-bukan benda
tu semua takkan jadi,” ujarku sedikit geram.
ELLYSA ZAHRA |
“ Apa awak panggil saya?” sedikit meninggi suara di
talian sana.
“ Abang Emir siapa tu?” Aku mendengar suara Wani
menyapa jejaka itu.
“ Ni ha kawan Wani. Si sewel telefon,” aku mengetap bibir, geram mendengar bicara
jejaka itu.
“ Hello, hello.. La dah letak ke?” rungut Wani tanpa
sempat melihat nama pemanggil.
Aku
cuba menahan kereta Myvi merah yang meluncur perlahan, aku cuba memberanikan
diri untuk meminta pertolongan. Tanpa ucapan segera aku memutuskan talian
telefon, lalu telefon ku letakkan di dalam tas tangan.
“ Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal gadis yang
berbaju bulu-bulu pink serta bertopi itu.
FAZIEYANA |
‘ Fuh, selamat bukan lelaki,’ desisku dalam hati.
“ Cik, ada apa-apa yang boleh saya tolong?” soal
gadis itu lagi.
“ Ha, kalau Cik tak keberatan. Ni ha kereta saya ni
buat hal. Tiba- tiba je berasap,” ujarku selamba.
“ Oh, Cik nak kemana-mana ke ni? Boleh saya
hantarkan. Lagipun kereta Cik ni nak kena servis ni. Mungkin lambat lagi la nak
siap. Nama saya Fazieyana, panggil Fazi je.”ujar Fazi ramah.
“ Saya Ellysa Zahra,” ujarku ringkas.
Usai Fazieyana menelefon trak penunda terus ditarik
tanganku agar mengekori langkahnya. Aku tidak sempat untuk menolak pelawaannya
yang bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.
“ So, Lysa kenduri tu dekat mana? Err.. bolehkan
saya panggil Lysa?” tanya Fazieyana sedikit teragak-agak.
“ Boleh. Eh,
Fazi. Tak payah la nak formal sangat. Berawak-saya bagai. Nak muntah aku. Boleh
kan? Lagipun aku lebih selesa macam sekarang. Kalau saya-awak ni macam bukan
diri aku je, macam kontrol ayu,” ujarku seraya tertawa kecil.
Fazieyana mengukir senyum. Sepanjang perjalanan kami
saling bercerita, langsung tidak jemu untuk bercerita hingga tidak sedar bahawa
kami telah pun sampai di kawasan rumah Wani. Setelah bertukar nombor telefon
aku segera turun dari kereta lalu terus aku mendapatkan Wani.
“ Eh! Kau siapa? Dari mana? Dan nak apa? Tetibe je main rempuh. Nasib la kuat
lagi rumah ni. Kalau tak, mahu roboh,” ujar jejaka itu sinis.
“ Saya kawan Wani,” ujarku dengan nada meluat.
“ Ha, sampai pun kau Lysa. Kau jangan layan sangat
si sewel ni. Ni sepupu aku. Abang Emir, ni la kawan Wani yang Abang Emir tanya
tadi.” Wani mengenalkan aku dengan jejaka sinis itu.
Emir hanya menjeling kearahku sebelum mengatur
langkah untuk meninggalkanku bersama Wani.
“Eh, apahal kau punya sepupu tu? Jeling aku sampai
nak terkeluar biji mata.” Suaraku geram dengan sikap jejaka sinis lagi sombong
tu.
“ Dia tu ‘anti’ dengan perempuan. Dia pernah
ditinggalkan oleh tunangnya sehari sebelum akad nikah. Sebab tu la dia macam ‘anti’
sikit dengan perempuan ni,” ujar Wani sambil menarik tanganku untuk menjamah
makanan.
“ Kau nampak cantik. Tahniah Wani akhirnya kahwin
juga kau dengan Farhan,” ujarku sambil
mengambil makanan yang terhidang secara buffet itu.
“ Terima kasih. Lysa kau makanlah dulu. Aku nak
bergambar dengan suami aku,” ujar Wani sebelum mengatur langkah untuk
mendapatkan suaminya.
“ Okey,” balasku ringkas.
Aku mendengus saat melihat Emir yang berada dimeja
itu. Disebabkan tiada ruang kosong, aku menghayun jua langkah untuk ke meja
tersebut. Dengan wajah masam mencuka aku duduk tanpa berkata walau sepatah
kata.
“ La, semak betul minah sewel ni.” tutur Emir sinis. Aku cuba menyabarkan hati yang
seperti menunggu masa ingin meletop.
“ Ada nama awak ke kat sini?” sinis aku pada Emir.
“ Kau ni kan… Ah! Serabut aku layan perempuan macam
kau. Perempuan semua sama je,” sinis Emir sebelum meninggalkan aku yang
terpinga-pinga itu.
~*~*~*~*~*~*~*
BALOK, KUANTAN
“ Eh, Lysa kan? Buat apa kat sini?” tanya seorang
gadis dihadapanku.
“ Maaf, kita kenal ke?” soalku hairan. Aku
meletakkan jari telunjuk dibibir memikirkan perihal gadis dihadapanku ini.
“ Ni aku la Fazieyana. Takkan kau dah lupa kot. Baru
bulan lepas kita jumpa,” ujar Fazieyana sambil memaut bahuku.
“ Oh! Fazi. Maaf, aku ni cepat lupa.” Tuturku seraya
tersengih pada Fazieyana.
“ So, buat apa kat sini? Bercuti?”
“ Takde la
Fazi. Aku cari kerja. Tapi kat BALOK SEAVIEW RESORT tu dah penuh. Tak ada kosong,” keluhku hampa.
“ La, kenapa tak call
aku? Kan aku dah kasi nombor telefon aku.” Marah Fazieyana padaku. Aku hanya
mampu mengulum senyum, tidak tahu untuk berbicara apa-apa.
“ Ha, jom aku bawa kau ke tempat kerja aku,” pelawa
Fazieyana sambil mengatur langkah seribu.
“ Kau kerja dekat mana?” soalku setelah sampai di
tempat letak kereta.
“ Kau naik dengan aku je. Aku kerja di De Rhu Beach Resort. Baru ni Encik Radin
ada cakap nak pakai pekerja.
Aku hanya menurut sahaja langkah Fazieana. Entah
mengapa aku merasakan hatiku bergetar hebat. Seperti akan berlaku sesuatu yang
tidak aku jangkakan.
“ Okey, kita dah sampai. Jom,” ajak Fazeiana seraya
tersenyum manis padaku. Aku suka melihat wajah Fazi yang agak lembut itu.
Bahkan wajahnya mirip seperti pelakon korea Song Hye Gyo saja. Comel sangat.
Sedang asyik aku menatap wajah ayu Fazi tiba-tiba
bahuku dirempuh seseorang. Lalu aku mendongak untuk melihat wajah orang
bertanggungjawab melanggarku itu.
“ Awak??” bukan sedikit rasa terkejutku ini,
melihatkan jejaka sinis dihadapanku itu saja sudah membuatkan darahku
menggelegak. Panas beb!
“ Kau? Buat apa kat sini? Semak je,” sinis Emir.
Terasa ingin je aku cincang badannya lumat, heh benci tahu! Menyampah aku
dengan perangai sinis dia tu.
“ Encik Radin kata hari tu nak cari pekerja kan? Ini
kawan saya nak cari kerja,” ujar Fazieayana.
“ Erm… suruh dia isi borang. Sekejap lagi saya
temuramah dia.” Tutur Emir dengan lembut.
Tahu pula dia cakap lembut-lembut kan. Dengan aku
bukan main macam singa je. Heh! Kalau anti sangat dengan perempuan jangan la
sampai aku yang tak berdosa ni pun nak dibencinya. Ha, kan dah bebel panjang
aku ni.
“ Lysa, kau isi borang ni dulu ok?” arah Fazieana
sebelum meninggalkan aku terkontang-kanting disitu.
Jantung Ellysa berdebar-debar kerana
sebentar lagi gilirannya bakal tiba. Hanya tinggal dua orang saja lagi sebelum
dia di arahkan masuk. Ada calon yang bermasam muka, ada calon yang senyum
mungkin yakin bahawa mereka bakal mendapat tempat mengisi kekosongan jawatan.
Dia? Entahlah. Semua rasa bercampur aduk. Takut,
gementar segalanya menjadi satu. Tambahan pula yang akan menemu ramahnya adalah
E.M.I.R. jejaka yang amat dibencinya itu.
“ Lysa, giliran kau tu. Pergilah. Moga kau dapatlah
kerja tu,” sempat Fazieyana mendoakan untuk aku.
Tok! Tok!
“ Masuk,” arah Emir lalu aku menguak daun pintu
dengan perasaan berdebar.
Mak oi,
cantiknya pejabat. Besar pula tu.
“ Minah sewel,
apa yang kau pandang? Duduk,” arah Emir a.k.a mamat sengseng ( sengal+ senget)
Aku memutarkan bebola mata ke atas. Geramnya hati
aku.
“ Err… ini segala resume saya,’ ujarku setelah
melabuhkan punggung.
“ Okey, kau pernah belajar di Kolej KINI Mempaga.
Erm, bidang Housekeeping. Bagus, tapi apa jaminan kau kalau aku ambik kau
bekerja disini?” tanya Emir seraya merenung tajam wajahku.
“ Saya akan bekerja dengan baik, dan amanah dalam kerja saya. Err…” langsung mati bicaraku saat Emir berdiri disudut meja sambil merenungku.
“ Kalau kau tak boleh bekerja dalam tempoh yang
Syarikat berikan kami akan pecat kau. Aku beri kau tempoh dalam masa 3 bulan.
Kalau selama tempoh tu kau tak boleh buat, siap sedia angkat kaki je la.
Faham?” aku menelan liur saat Emir mula mendekatkan wajahnya ke wajahku.
“ Kau boleh keluar sekarang. Esok kau mula kerja.
Tapi awas! Jangan sampai ada staf merungut soal kerja kau.” Tegas kedengaran
suara Emir.
“ Terima kasih Encik Emir, kalau tak ada apa-apa
lagi saya keluar sekarang. Tapi er… soal gaji macam mana? Rumah ada tak?”
soalku bertalu-talu.
“ Kau ni kan suka buat aku marah. Tentang tu semua
kau jangan risau. Kau ikut je si Fazi tu. Dah keluar sekarang,” aku senyum
senget apabila melihat wajah berang Emir.
“ Macam mana dapat tak? Jawatan apa kau
pohon?” soal Fazieayana.
“ Housekeeping, kau sebagai apa? Housekeeping juga
ke?” tanyaku seraya mengatur langkah menuju ke kereta milik Fazieyana.
“ Ya, aku pun Housekeeping juga. Beb! Kau bawa segala pakaian kau kan? Aku nak bawa
kau kat rumah terus. Duduk je dengan aku. Senang sikit.” Tutur Fazieyana sambil
memandu kereta keluar dari perkarangan De
Rhu Beach Resort.
Setelah aku mengambil kereta yang aku tinggalkan di
Pantai Balok itu, aku memandu kereta mengikut haluan yang Fazieyana bawakan
itu. Setelah sampai ke rumah yang syarikat sediakan aku merehatkan sebelum
mendengar omelan Fazieyana.
“ Woi, kau nak buat kilang mata pun agak-agaklah.
Pergi mandi lepas tu solat okey?” omel Fazieyana sambil menarik hidung comelku.
“ Fazi! Kau ni… Fazi…” Fazieayana menoleh kepadaku
saat aku menyeru namanya.
“ Kenapa? Kau nak tanya pasal En Radin erk?” tebak
Fazieyana dengan tepat.
“ Aku cuma nak tahu sesuatu. Kenapa ye dia anti
dengan perempuan? Yelah aku tahu dia anti sebab tunang dia tinggalkan dia
sehari sebelum akad. Tapi selebihnya aku tak tahu. Lagi satu kenapa dengan staf
lain, dengan kau, bebudak Front Office dia layan baik je. Tapi
kalau dengan aku bukan main antinya tahap petala ke tujuh.”luahku dengan
sepenuh perasaan.
“ Dah habis cakap?” tanya Fazieyana sebelum
tersengih nakal.
“ Okey. Dia memang pernah ditinggalkan tunangnya
dulu. Sebab dengarnya si tunang dia tu gilakan harta. So dia lari ikut lelaki
lain yang lebih kacak dan tampan. Tapi rasanya Encik Radin tu jauh lagi tampan
dari lelaki tu. Dan sebenarnya yang aku tahu la. Dia punya tunang tu mukanya
sama macam kau. Mungkin sebab tu kot dia anti sangat dengan kau,” terang
Fazieyana panjang lebar.
“ What?”
bergema seisi rumah apabila aku secara spontannya terjerit mendengar bicara
terakhir yang terpacul dari bibir Fazieyana itu.
“ Tak payah la menjerit bagai. Kau ni la. Tapi kan…
Macam mana kau tahu pasal Encik Radin tu? Jangan-jangan kau suka dia erk?” usik
Fazieyana, pantas aku menumbuk bahunya.
“ Kau ingat tak waktu kau tolong aku? Ala, waktu
kereta aku mogok tu? Sebenarnya Encik Emir tu sepupu kawan aku si Wani. Dah la,
aku nak masuk bilik. Mana bilik aku?” tanyaku berbasa basi.
“ Ni bilik kau. Beb! Kau jangan marah. Erm, aku rasa
kan nak makan kat luar malam ni. Kau ikut eh,” pinta Fazieyana penuh mengharap.
“ Erm…” jawabku dengan malas.
Aku mencapai tuala untuk membersihkan diri. Setelah
siap aku menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat Asar.
“ Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku. Dosa kedua
ibubapaku. Cucuri la rahmatMU keatas kedua ibu bapaku. Aku pohon ya ALLAH
permudahkan segala urusanku ini,” rintihku hiba.
Setelah lama berteleku diatas tikar sejadah aku
bangun lalu aku lipat sejadah dan telekung yang aku gunakan. Hiba rasa hati
saat mengenagkan nasib diri. Sudahlah tiada keluarga. Ibu dan ayah pula sudah
lama meninggalkan aku.
“ Ibu, ayah Lysa doakan agar kalian sentiasa
diberkati-NYA. Tunggu Lysa disyurga ya.” Tuturku sambil menatap potret ibu dan
ayah yang berada didalam dompetku.
Fazieyana tergamam mendengar luahanku, lantas dia
menguak daun pintu dan tanpa sebarang kata dia melabuhkan duduk di sisiku.
“ Lysa, boleh aku tanya kau sesuatu?” soal
Fazieyana, wajahnya berkerut seperti teragak-agak untuk melemparkan pertanyaan
kepadaku.
“ Apa? Kalau aku boleh jawab aku jawab. Tapi jangan
soal kahwin sudah,” seloroh ku seraya membaringkan tubuh diatas katil.
“ La, aku baru nak soal tu. Ha ha…” usik Fazieyana
lantas turut sama berbaring disebelahku.
“ Lysa, kau… err…tadi aku dengar… Aduh! Aku serba
salah nak tanya ni. Kau dah tak ada sesiapa ke?” soal Fazieyana sambil merenung
wajahku.
Aku turut menatap wajah ayu Fazieyana. Aku merasakan
mutiara jernih mula bergenang dikelopak mataku, aku biarkan saja ianya mengalir
bersama luka yang aku pendamkan selama 21 tahun yang lalu.
“ Ayah dan ibu aku dah meninggal dunia. Keluarga aku
yang lain… mereka tak pernah sayangkan aku. Ibu dan ayah aku meninggal sebab
kemalangan…” suaraku bersama tangisan yang tiada bertepi.
“ Lysa, ya ALLAH beratnya dugaan yang kau tanggung.
Aku… aku… minta maaf ya. Aku cuma nak tahu latar belakang kau je, takde niat nak buat kau sedih, maafkan
aku ya.” Fazieyana mendakapku erat. Tangisan kami menjadi satu, hanya orang
yang pernah kehilangan saja boleh merasai erti tangisanku ini.
“ Aku tak salahkan kau. Terima kasih Fazi. Aku tahu
kau ambik berat tentang aku. Aku sayang kau Fazi, walaupun kita baru kenal,
tapi kau adalah sahabat yang baik. Dan aku senang berada disisi kau,” ujarku
bersama tangisan yang masih bersisa.
“ Aku janji aku takkan tinggalkan kau seorang. Aku
takkan biarkan kau lemah. I stay by your
side. You are my friend forever. I’m promise,” janji Fazieyana pada
diriku. Aku merasa lebih bersemangat saat mendengar janji Fazieyana.
“ Terima kasih Fazi. Buruk rupa kau menangis he he,”
usikku seraya menyeka airmata yang mengalir dipipi Fazi.
“ Eleh, cakap orang. Kau pun kalau menangis buruk rupa
tau. Ha ha…”
“ Tak.”
“ Ya.”
“ Tak.”
Ya.”
“ Taklah Fazi.”
“ Tak.”
“ Ya.”
Fazieyana ketawa kecil lalu dijelirkan lidahnya
padaku. Lantas dia bersuara nakal.
“ Mengaku pun kau kan? Eh, aku ingat nak ajak kau
pergi makan seafood. Jomlah, malam ni
aku belanja. Okey?” Fazieyana memberi cadangan untuk menu makan malam mereka.
“Okey Fazi.” Tuturku seraya tangan ku angkat tinggi seolah tentera menghadap
ketuanya.
~*~*~*~*~*~*~*~*
Restoran Seafood Jia Jia Lai
“ Jom, duduk kat hujung meja tu nak? Tersorok
sikit,” ujar Fazieyana seraya menarik tanganku. Aku hanya mengikut langkahnya.
Buat kali pertamanya aku cukup kagum dengan hiasan
dalam restoran itu. Warnanya yang lembut sangat mendamaikan setiap mata yang
memandang. Terhenti segala gerak-geriku saat kami sudah sampai di meja yang
ditunjukkan oleh Fazieyana tadi.
Aku hanya membiarkan saja Fazieyana untuk memesan
minuman buat kami. Bulat mataku saat Fazieyana memasukkan satu persatu bahan steamboat kedalam bowl yang disediakan.
“ Wei, kau ni makan ke melantak? Banyak kot. Kau ada
bela hantu raya eh?” tanyaku sambil berbisk.
“ Choi, kau ni tak sayang mulut. Aku tinggal kau kat
sini nanti baru tahu.” Suara Fazieyana geram dengan tuduhanku.
“ Dah tu banyak sangat yang kau rebus, nak buat
apa?” soalku sambil senyum simpul.
“ Ha, nah kita makan sorang sikit. Nanti kalau habis
kita tambah. Okey? Sekarang kau makan.” Arah Fazieyana padaku.
Saat aku ingin menyuakan steamboat ke mulut, aku
tergamam saat melihat Emir yang berdiri tidak jauh dari kami. Aku melarikan
pandangan dari jejaka itu.
“ Eheem-eheem, Fazi boleh saya duduk sini? Meja lain
dah penuh la,” pinta suara itu.
‘ Eh! Sibuk la mamat sengseng ni. Ei! Bencinya.’ Aku
mengetap bibir sebelum memikirkan ayat untuk membalas bicara jejaka itu.
“ Dah tahu meja penuh pergilah makan tempat lain,”
sinisku seraya menentang pandangan si Emir.
“ Eh, minah
sewel ada rupanya. Erm saya duduk sebelah Elyysa ya. Terima kasih.” Tutur
Emir dengan selamba.
Aku memutarkan bebola mata apabila Emir tersenyum
simpul seraya mengangkat kening. Fazieyana hanya menggelengkan kepala melihat
tingkah kami berdua.
“ Encik Radin buat apa kat sini? Nak jumpa awek eh?”
sakat Fazieyana sambil menjongket kening ala-ala Ziana Zain.
“ Awek? Memang taklah. Kenapa? Pelik ke kalau saya
makan dekat luar?” tanya Emir namun matanya melirik ke arahku.
“ Terima kasih,” ucapku pada pelayan lelaki yang
menghantar minuman yang kami pesan tadi.
“ Encik Radin, haritu kan Encik Radin balik kampung.
Katanya kenduri sepupu kan? Mesti la kenal dengan kawan saya ni, Lysa. Sebab
Lysa kata kenduri tu sepupu Encik kan?” tanya Fazieyana sambil menjeling
kearahku.
“ Ada. Fazi lepas ni awak nak pergi mana?” soal Emir
seraya membakar makan seafoodnya.
“ Pergi mana lagi. Balik la. Takkan nak jumpa pakwe
kot? Memang taklah,” aku memulangkan paku buah keras seraya mengerdipkan mataku
pada Emir.
Emir mendengus kasar. Usai makan kami mengatur
langkah meninggalkan restoran, namun langkahku terhenti apabila kakiku
tersadung sesuatu. Dan sesuatu yang aku maksudkan adalah kaki Emir. Kurang asam
jawa.
Emir tersenyum sinis padaku. Tanpa membuang masa aku
mencapai sisa air minumanku itu lalu ku tuangkan diatas kepala Emir. Giliranku
untuk tersenyum sinis. Terasa ingin saja aku melonjak gembira apabila melihat
wajah berang Emir.
“ Serve you
right,” sinis ku pada Emir. Aku tersenyum kemenangan.
“ Kau… Elyssa Zahra kau betul-betul melampau.” Jerkah
Emir. Tiba-tiba perasaan gentar menyinggah sanubariku saat melihat wajah Emir yang
seperti singa ingin menerkam mangsanya. Laju aku mengatur langkah meninggalkan
Emir sebelum terjadi perkara buruk terhadapku. Hu hu…
“ Minah sewel,
kau tunggulah besok, balasan dari aku.” Emir menjerit kecil apabila langkahku
semakin jauh meninggalkannya.
“ Beb! Berani betul kau cari pasal dengan Encik
Radin. Kau tahu tak dia tu pengurus besar De
Ryu Beach Resort?” marah Fazieyana akan sikap keterlaluanku terhadap Emir.
“ Ala, kesah
apa aku? Kau tahu apa dia buat pada aku? Dia tahan kaki dia tu sampai tersadung
aku jadinya tau. Sekarang siapa yang kejam? Aku ke dia?” tanyaku kembali pada
Fazieyana seraya mengjongket kening.
“ Kau orang sama-sama degil,” sungut Fazieyana
lantas dia memfokuskan pemanduannya tanpa menoleh ke arahku lagi.
“ Kau marah ke aku kenakan Encik Emir tu?” tanyaku
setelah lama berjeda.
“ Takde,
terkejut je. Sebelum ni tak pernah ada seorang pun berani lawan cakap dia dan kau
orang pertama. Ha ha… Beb! Kelakar kot tengok muka dia tadi.” Usai Fazieyana
menghabiskan katanya kami menghamburkan tawa.
“ Dia tu selalu sangat dinis dan ego dengan aku. Dia
tak kenal lagi siapa Ellysa Zahra ni. Ha ha…” ujarku bangga.
“ Bagus, tapi aku risau dia balas dendam dekat kau,”
“ Fazi, kau janganlah risau. Ni Lysa la,” ujarku
seraya menggenggam erat jemari Fazieyana.
p/s =enjoy reading
hope enjoy la ye jangan lupa drop komen :)
10 comments:
hehe.. kelakar...
tak sabar nak tahu apa emir akan buat pada lysa... cepatlah sambung... :)
Best sgt....suka tgk lysa berani mcm tu...heee...tp dorang sweet lh..sweet dgn cra yg tersendiri... hahhaa...
#Schariedah Salus
tq thanusya sudi ainggah baca n komen :) weeda akan sambung
scha dy memang berani :) hehehe
mesti emir terkenang ex-tunang dia..tp lysa pulak yg jadi mangsa...
tunggu sambungannya..
Hahaha...emir dgn lysa ni memang sama2 degil la...kak, nak lagi!!..hehe
kak sha tq sudi singgah n baca :)
yup emir masih terkenangkan tunang dia....
ira meme sama2 degil
Comel je kak...
The new nama pena kak..hehe,
Comel cover dia jugak... Nice
ary...lama ary xsinggah sini.tq ary
Best best best cpt2 smbung..x sbar anja nak tau apa emir akan buat nnt..
anja, ok sambungannya dah ada... heeee sedih sikit tau :)
Post a Comment