“ Rin, kenapa senyap je ni?” soal Zafran.
“ Siapa Camelia dalam hidup Zaf? Dia minta maaf
sebab curi gambar? Tak faham? Zaf terangkanlah biar Rin faham.” Tutur Erina
lalu dia mempamerkan wajah tanpa riak.
“ Camelia dia errr… dia pernah sukakan Zaf. Tapi Zaf
tak layan. Dan dia nak balas dendam jadi dia curi sekeping gambar yang sangat
Zaf sayang.” Terang Zafran lalu dia memesan makanan sebaik pelayan menghulurkan
menu.
“ Bagi dua nasi lemak dan air teh tarik dua. Terima
kasih,” pesan Zafran kepada pelayan restoran.
“ Gambar Zaf sayang?” Erina mengulang kembali ayat
terakhir Zafran.
Eh, buat-buat tanya pula. Gambar awak la yang kita
sayang. Comel pula aku tengok muka bakal bini aku ni. Ha ha. Jelous ke Cik
Erina sayang? Monolog Zafran lantas dia tersengih nakal.
Eh, orang tanya boleh sengih-sengih kambing pula.
Geramlah Zaf ni. Saja je kan nak buat aku bengang. Desis hati kecil Erina.
“ Terima kasih,” serentak mereka bersuara apabila
makanan yang dipesan dihantar oleh pelayan tadi.
“ Zaf tak jawab lagi soalan Rin. Gambar Zaf sayang?
Err… boleh Rin tahu siapa?” tanya Erina sambil menguis-guis nasi didalam
pinggan.
Zafran merenung tepat wajah Erina yang duduk
berhadapannya. Dia meloretkan senyuman apabila jelas riak cemburu pada wajah
gadis kesayangannya itu.
“ Are you
jelous my dear?” tanya Zafran sambil menahan ketawa yang hampir meledak.
“ Ma… mana ada. Buat apa nak jelous bagai?” Erina menafikan perasaannya.
“ Kalau jelous
katakan jelous, tidaklah orang disini
tak senang duduk.” Zafran mula bermadah.
“ Orang cakap tak jelous tu maknanya taklah.” Marah
Erina seraya memuncungkan bibir.
“ Jelous.”
“ Tak.”
“Jelous.”
“ Tak.”
“ Jelous.”
“ Ya, Rin jelous,”
ujar Erina dengan perlahan kerana tidak mahu Zafran megetahuinya.
“ Apa Rin? Tak dengar la. Cakap macam dalam selimut
tu kenapa?” tanya Zafran kerana merasakan Erina ada berkata sesuatu namun dia
tidak mendengar butir yang dikatakan Erina itu.
“ Tak ada apa. Rin cakap Zaf hari ni sewel,” ujar
Erina lalu ketawa kecil apabila melihat Zafran membeliakkan matanya.
“ Rin! Mengada.” Tutur Zafran lantas dia dia menarik
hidung Erina.
“ Ish! Suka-suka je tarik hidung Rin.” Marah Erina.
Zafran hanya mempamerkan senyuman bergulanya. Lalu
dia mengangkat tangan memohon maaf.
“ Maaf, tindakan reflex sayang.” Tutur Zafran
selamba.
Zafran tersenyum apabila melihat wajah Erina yang
mula memerah bak disimbah darah itu. Sungguh dia suka melihat wajah Erina
sebegitu. Tampak sangat ayu pada matanya.
AIN yang baru mendapat berita tentang kakak iparnya
segera berkejar ke HKL untuk menjenguk keadaan kakak iparnya itu. Didalam hati
dia menyumpah seranah si abang kerana menyebabkan kakak iparnya itu masuk ke
hospital.
‘ Bodohnya kau angah. Kenapa kau tak tahu menilai
antara kaca dan permata? Adik takkan maafkan angah andai ada apa-apa yang
berlaku pada kak Anita,” gerutu Ain didalam hati.
Sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan HKL Ain
melingaskan mata mencari ruangan parking kosong. Setelah jumpa parking dia mula
memarkingkan kereta mengikut petak yang disediakan. Pantas dia membuka pintu
kereta lalu dia mengatur langkah laju sebaik melihat kelibat abangnya.
“ Angah!” Ain menjerit kecil apabila kelibat
abangnya semakin menjauh.
Zahiril yang
mendengar namanya diseru menoleh kea rah datangnya suara itu. Lalu dia mengoyak
senyum kepada adiknya.
“ Adik, datang dengan siapa?” tanya Zahiril dengan
lembut.
“ Macam mana dengan Kak Ita?” soal Ain tanpa
menjawab persoalan Zahiril.
“ Alhamdulillah dah okey sikit. Adik datang dengan
siapa ni?” tanya Zahiril lagi.
“ Sorang je. Lepas je ummi cakap Kak Ita masuk HKL
terus adik bergegas ke sini. Apa yang angah buat pada Kak Ita? Apa salah dia?”
soal Ain bertalu-talu.
“ Angah err… angah sedar angah khilaf.” Tutur
Zahiril dengan penuh kekesalan.
“ Sudahlah. Adik bukan nak dengar angah bebel. Dah,
jom. Adik nak jumpa kakak ipar adik. Cepatlah,” gesa Ain lantas menarik tangan
abangnya.
Zahiril memeluk erat bahu adiknya. Sebelah lagi
tangannya menjinjit buah-buahan yang dibeli untuk isteri tercinta. Mereka
cepat-cepat memboloskan diri saat pintu lif terbuka luas. Zahiril tersenyum
lebar apabila teringatkan isterinya yang mula menunjukkan sikap positif
terhadapnya.
“ Dah sampai. Dekat mana wadnya?” soal Ain tidak
sabar.
Zahiril menarik tangan Ain sehinggalah sampai di wad
isterinya. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir Zahiril menghampiri
isteri yang dikasihinya itu.
“ Sayang dah rasa sihat sihat ke? Ni abang belikan
buah untuk sayang,” ujar Zahiril lantas mencium ubun-ubun isterinya.
“ Dah sihat. Abang, Ita tak mahu duduk di sini.
Bosan. Nak balik rumah,” rengek Anita dengan suara manja.
“ Tak bolehlah sayang. Sayang kena dengar nasihat
doktor. Sayang, ini adik abang abang datang melawat sayang. Adik, salam Kak Ita
sayang,” arah Zahiril.
Ain mengukir
senyum lalu menyalam dan mengucup jemari Anita. Dia mengambil tempat disebelah
kiri Anita.
“ Bila akak boleh discharge?” soal Ain sambil membelai rambut kakak iparnya.
“ Doktor kata hari ni kalau tak ada apa dah boleh
keluar. Ain dah sarapan? Abang dah sarapan?” tanya Anita lantas memandang wajah
adik ipar serta suaminya silih berganti.
“ Dah makan kak. Angah ada tak along datang dengan
Kak Rin?” tanya Ain.
“ Ada.” Balas Zahiril ringkas sambil mata tidak
lepas dari menatap wajah Anita.
BOUTIQUE ZAFRIN
“ Assalamualaikum.”
“ Waalai… waalaikumsalam.” Nadia menjawab salam
dengan dingin.
“ Awak sibuk ke?” soal jejaka yang berdiri dihadapan
Nadia.
“ Eh, takde
la tak sibuk. Tak nampak ke saya tengah buat kerja ni?” tanya Nadia dengan agak
kasar.
Nadia mengecilkan mata apabila jejaka itu ketawa
kecil. Sungguh dia rasa terbakar saat itu. Geram apabila jejaka itu sering
mengganggunya, tanpa jemu.
“ Apa yang awak nak sebenarnya ni? Sibuk je. Macam
dah tak ada kerja lain,” sinis Nadia.
“ Hai Cik Nadia, awak tahu tak? Makin awak marah
makin saya sayang pada awak,” ujar jejaka itu dengan selamba.
“ Wahai Doktor Fadhli boleh tak kalau tak naikkan
darah saya. Kalau awak tak nak beli apa kata awak keluar dari butik ni? Banyak
lagi kerja lain yang saya nak buat selain dari layan.” Bentak Nadia. Rasa
geram, benci, bengang segalanya bercampur menjadi satu apabila melihat senyum
yang terukir dibibir jejaka itu.
“ Awak ni Nadia, garang macam singa tau. Mana Erina
dan juga kawan awak seorang lagi tu? Tanya doktor Fadhli sambil melingaskan
mata mencari kkelibat dua orang gadis yang peramah itu.
“ Diorang masuk lambat. Maklumlah orang dah ada
kekasih. Kita dipinggirkan,” bicara Nadia perlahan seperti berjauh hati.
“ Jadi Nadia belum berpunya?” soal Doktor Fadhli.
“ Belum, siapalah yang inginkan Nadia ni,” Doktor
Fadhli tersenyum mendengar jawapan Nadia.
Nadia yang melihat senyuman yang teukir di bibir
jejaka itu, mula menekup mulutnya. Sedarlah kini bahawa dia sudah terlepas
kata.
‘ Kurang asam jawa punya doktor. Berani main-mainkan
aku. Aduh! Mulut aku ni pun tak boleh cover langsung,’ getus Nadia dalam hati.
“ Nadia, berapa harga semuanya ni?” buntang mata Nadia
apabila melihat pelbagai corak tudung dan baju yang diletakkan diatas kaunter.
Lalu dia memanggungkan kepala melihat jejaka itu.
“ Semua ni?” soal Nadia.
“ Eh, takdela.
Seluruh butik ni sekali dengan awak berapa harga?” seloroh Doktor Fadhli seraya
mengenyitkan matanya.
Nak sangat.
Boleh tanya lagi. Ha ha… Lawak la tengok muka Nadia ni. Dah macam hulk women je. Haha. Monolog Doktor
Fadhli lalu dia tersenyum senget.
Ei, sumpah aku rasa nak lempang-lempang je muka dia
ni. Geram betul aku. Dasar doktor tak makan saman. Kurang ajaq. Kutuk Nadia
dalam hati.
Nadia memutarkan bebola matanya. Geram bercampur
benci terhadap jejaka dihadapannya itu. doktor Fadhli pula hanya menayangkan
wajah bersahaja.
“ Wahai Doktor Fadhli, betul awak nak beli semua
ni?” tanya Nadia sekali lagi.
“ Ya, Nadia saya nak beli semua ni,” ujar doktor
Fadhli dengan lembut.
Nadia mengira harga baju yang dibeli doktor Fadhli
itu lalu dia memasukkan kedalam plastik. Sebelum menghulurkan plastic itu dia
menyebut harga yang perlu dibayar.
“ Semua sekali Rm 300.00. Nak bayar cash atau kad
kredit?” soal Nadia dengan lagak professional.
Doktor Fadhli menghulurkan beberapa keeping not
seratus kepada Nadia. Setelah mengambil resit dia menghayun kaki keluar dari
butik. Nadia mengeluh. Entah mengapa hatinya terasa kekosongan. Sedang dia
mengelamun Farhana datang menghampirinya.
“ Assalamualaikum. Nad kenapa muka macam tempe basi
je?” usik Farhana.
“ Banyaklah kau tempe basi. Ni kau tahu tak?”
“ Tak tahu.” Pantas Farhana membalas.
“ Ana! Ei, geramlah.” Farhana ketawa mengekek
melihatkan wajah Nadia yang sedang menahan marah itu.
“ Apa dia? Jangan kata kau… bergaduh dengan mamat tu
lagi.” Farhana menggelengkan kepala apabila Nadia menjongketkan kening sebagai
jawapan.
“ Kau tahu apa yang tadi? Dia beli banyak tudung dan
Baju. Tapia pa yang buat aku bengang tadi dia buat lawak bodoh,” ujar Nadia
bersama sisa kemarahannya yang mash belum surut.
“ Apa yang dia buat?” tanya Farhana tidak sabar.
“ Aku tanya dia betul ke dia nak beli semua baju dan
tudung yang dia letakkan atas kaunter tu. Lepas tu selamba dia jawab dia nak
beli seluruh butik dengan aku sekali. Gila punya orang.” Nadia dah menyumpah
seranah jejaka yang amat dibencinya itu.
Nadia mengerutkan dahi hairan apabila Farhana ketawa bagaikan baru sahaja menonton cerita
Maharaja Lawak. Apa kena Farhana ni? Kena sampuk mamat sengal tu ke apa? Gerutu Nadia lantas dia menggarukan kepala
yang tidak gatal.
“ Woi! Yang kau ketawa macam kena sampuk ni kenapa?”
tanya Nadia tidak puas hati.
“ Lawaklah korang ni. Jaga-jaga Nadia. Jangan
terlalu membenci. Kata orang dari bencilah wujudnya sayang tau!” sengaja
Farhana mengusik Nadia. Seronok pula melihatkan wajah Nadia yang cuak itu.
“ Assalamualaikum, ceria je kenapa?” soal Erina
setelah meletakkan tas tangan di kaunter.
“ Waalaikumsalam. Tak ada apa.” Serentak Nadia dan
Farhana menjawab.
PUAN LINDA tersenyum sepanjang perjalanan.
Gembira bukan kepalang kerana menantunya Anita sudah dibenarkan pulang. Dan
satu perkara yang lebih menggembirakannya, adalah dia ingin membincangkan soal
Zafran dan juga Erina dengan bakal besannya itu. Zahiril, Anita dan juga Ain
yang duduk di kerusi penumpang belakang merasa hairan melihat senyuman yang
tidak lekang dari bibir Puan Linda.
“ Abi, kenapa ummi ni tersenyum je? Dan lagi satu
kita nak kemana sebenarnya ni?” soal Ain bertalu-talu.
“ Ummi nak bincangkan soal along dengan Kak Rin
kamu. Rasa ummilah, elok kita percepatkan benda yang baik. Lagi pun ummi tak
sabar sangat nak bermenantukan Erina,” ujar Puan Linda. Suaranya jelas kedengaran
ceria.
“ Amboi, patutlah tersenyum je ummi. Moga ALLAH
permudahkan segalanya,” ujar Anita lalu dia melentokkan kepalanya di bahu si
suami.
“ Insya-ALLAH Ita. Dan ummi doakan agar kamu juga
bahagia selamanya. Angah, kamu harus hargai Ita selepas ini. Faham!” tegas
kedagaran suara yang Puan Linda lontarkan.
“ Faham ummi. Angah janji tak akan sakitkan hati Ita
lagi,” ujar Zahiril lantas dia mengucup ubun-ubun Anita. Lalu dia membelai
lembut rambut Anita .
Anita mendongak
memandang wajah suaminya, lalu senyuman manis diberikan buat si suami. Setelah
itu dia melentokkan semula kepalanya dibahu Zahiril. Selalu dia mengimpikan
saat itu cuma baru kini dia dapat merasa indahnya disanyangi.
“ Ei, jelous la adik tengok angah ni.
Berkepit saja.” Zahiril ketawa mendengar usikan adiknya itu.
“ Ala, adik ni.
Janganlah cemburu. Angah baru nak merasa bahagia. Kalau nak rasa bahagia macam
angah kahwin la cepat-cepat.” Spontan mereka ketawa mendengar usikan Zahiril
itu.
“ Menyampah la angah
ni.” Ain mencebikkan bibir sebelum ketawa.
Usai berkata Ain
membuang pandang ke luar tingkap sementara menanti sampai ke destinasi yang
dituju. Encik Lazim membuka siaran radia Ikim Fm untuk menghilangkan rasa
bosan. Sesekalidia menjeling anak dan isterinya.
“ Patutlah senyap saja.
Rupanya dah masuk alam mimpi. Kita juga yang bawa tahan rasa mengantuk. Umminya
pun bukan nak teman abi. Ish! Tak boleh jadi ni.” omel Encik Lazim lalu dia
mengejutkan isterinya.
“ Linda, Linda
bangunlah temankan abang. Sayang, bangun.” Encik Lazim menepuk lembut pipi Puan
Linda.
“ Abang ni kacau la.
Kenapa?” tanya Puan Linda dalam keadaan separuh sedar.
“ Sayang tu janganlah
tidur. Temankan abang.” Pinta Encik Lazim.
“ Yalah bang. Saya
gembira tengok angah dah boleh terima Ita. Saya bahagia tengok mereka bang,”
ujar Puan Linda lalu menoleh melihat anak serta menantunya itu.
“ Abang pun sama.
Maknanya abang tak salah pilih la. Anita benar-benar permata yang bersinar.
Sama macam sayang,” ujar Encik Lazim lalu dia mengambil tangan isterinya lalu
dikucupnya jemari itu.
“ Ish! Abang ni. Malu
saya.”
Encik Lazim ketawa
kecil melihat wajah isterinya yang merona kemerahan itu. Saat telinganya
mendengar lagu Wanita yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid De Hearty dia
menguatkan volume.
“ Lagu ni untuk sayang.” Bisik Encik Lazim di
telinga Puan Linda.
“ Terima kasih bang,”
ucap Puan Linda dengan terharu lantas dikucup pipi suami yang dikasihinya.
Setelah menempuh 4 jam
perjalanan akhirnya mereka sampai ke destinasi. Lantas mEncik Lazim mengejutkan
anak serta menantunya yang sedang pulas tidur.
“ Angah, adik, Ita
bangun. Kita dah sampai rumah Kak Rin,”
kejut Encik Lazim lalu menggoncangkan tubuh anak-anaknya.
“ Sayang, bangun kita
dah sampai. Kesiannya sayang. Penat sangat ya,” ujar Zahiril lantas membuka
pintu lalu dia memimpin tangan Anita keluar dari perut kereta.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.” Puan
Zaiton berlari anak untuk mendapatkan sahabat dan juga merangkap bakal besannya
itu.
“ La, kenapa tak cakap
nak datang. Abang, ni Linda dan Lazim datang ni,” panggil Puan Zaiton akan
suaminya yang sedang bercucuk tanam itu.
“ Zim, lamanya tak
jumpa,” ujar Encik Zainal dari arah belakang rumah, lalu didakap erat tubuh
sahabatnya itu.
“ Eh, ini siapa?” tanya
Encik Zainal setelah meleraikan pelukannya.
“ Ini Zahiril. Anak
kedua aku. Yang ini menantu aku Ita. Yang kecil molek tu pula anak bongsu aku.
Angah, mari salam dengan pak cik Zainal,” arah Encik Lazim.
Zahiril menurut saja
arahan ayahnya. Anita menyalam Puan Zaiton lalu didakap tubuh itu dengan mesra.
Ain juga turut menyalam dan memeluk tubuh Puan Zaiton.
“ Eh, marilah masuk.
Yang tercegat diluar ni kenapa? Kau dah makan ke Linda?” soal Puan Zaiton.
“ Belum lagi Ton. Kami
ingat nak makan disini. Boleh la kami tolong-tolong masak kan? Lagipun kami
datang ni nak berbincang,” ujar Puan Linda dengan ceria.
“ Jomlah kita ke
dapur.” Puan Zaiton menghayun kaki laju menuju ke arah dapur. Ain dan Anita
mengekori langkah Puan Linda.
“ Adik pergi masak
nasi. Ita pula potong sayur sajalah.” Puan Linda membahagikan tugas buat kedua
puterinya.
Usai Anita memotong
sayur dia membawakan sayur itu ke singki untuk dibasuh. Setelah itu dia
mengambil bawang yang telah siap dipotong oleh Ain. Lantas dia menumis sayur
tanpa disuruh. Usai memasak mereka menghidangkan makanan di meja makan.
“ Ton, sebenarnya kami
dah sepakat nak tunangkan anak kita. Tarikhnya nanti kau saja pilih. Kami
setuju saja. Tapi lagi cepat lagi bagus.” Tutr Puan Linda lalu mencedok sayur
ke pinggannya.
“ Kalau tentang tu kau
kena tanya pada Zainal la. Aku ikutaja keputusannya. Macam mana bang?” soal
Puan Zaiton kepada suaminya.
“ Boleh. Cuma beri kami
masa dulu untuk tetapkannya.” Balas Encik Zainal ringkas.
“ Alhamdulillah. Kami
besar hati sangat. Bukannya apa Ton. Aku risau Erina disambar orang,” suasana
di meja makan gamat dengan gelak tawa mereka. Zahiril, Ain serta Anita hanya
mendengar sahaja tanpa menyampuk perbualan orang tua mereka.
4 comments:
Wah, zahiril dah berbaik dengan anita..alhamdulillah...erina pun dah nak tunang...cuma nadia dgn dok. fadhli aje asyik nak gaduh...hehe :)
ira,tq singgah ....
insya-ALLAH heheh gdh manja
yes.. yes.. yes...
akhirnya, baik jgak zahiril ngan anita.. sweet lak tu...
huhaii.. ^_^
yeke dah baik?? heeeee akan tahu n3 selepas ni :) last :'(
Post a Comment