CBB sudah bertukar tajuk CKB... harap diterima ye tajuk baru ni :) |
BOUTIQUE
ZAFRIN
Seawal pagi lagi Zafran sudah terpacak berdiri di
hadapan premis butik Erina. Menantikan kelibat gadis itu untuk bertanyakan
soalan yang berlegar diingatannya, sedari Ain menyebut nama Khuzaimi. Hingga
membuatkan tidak lena tidurnya, bahkan hatinya juga tidak tenang.
Erina yang baru saja sampai ketika itu terkejut
dengan kehadiran Zafran yang tidak diduganya itu. Aduhai, apahal pula dia ni?
Awal-awal pagi dah terpacak kat sini. Bisik hati kecilnya.
“ Assalamualaikum, Rin. Boleh Zaf bantu?’ Zafran
menyoal sambil tangan mengambil segugus kunci dari tangan Erina. Lantas dia
membuka perlahan-lahan pintu sliding tersebut.
“ Zaf buat apa kat sini? Dah lama tunggu Rin? Dah
sarapan ke?” soal Erina bertubi-tubi.
Zafran tersenyum sebelum menjawab pertanyaan buah
hatinya itu. Dengan penuh berhati-hati dia mengatur langkah membuntuti Erina.
Tanpa disuruh Zafran mencapai penyapu sebelum lantai dimop.
“ Zaf, kenapa rajin sangat ni? Tak apa biar Rin
buat. Ni kerja Rin,” pinta Erina lalu Zafran melarikan penyapu itu dari dicapai
Erina.
“ Rin, duduk je. Zaf akan tolong apa yang patut. Tak
salah kan andai Zaf nak tolong bakal permaisuri Zaf?” usik Zafran lantas dia
mengukir senyum.
Erina menundukkan wajah. Malu, kekok pelbagai rasa
bersatu didalam hatinya.
“ Zaf tak jawab soalan Rin lagi. Kenapa Zaf ada
disini? Awal-awl pagi pula tu.” Erina cuba mengubah topik apabila sepasang mata
Zafran tidak lepas dari menatap wajahnya.
“ Ok, sebab pertama sebab Zaf tunggu Rin. Awal lagi
Zaf tunggu Rin tau. Belum sarapan, kalau orang disana sudi temankan orang
disini, Alhamdulillah.” Sakat Zafran seraya tersengih nakal. Dia senang dengan
situasi sebitu.
“ Kenapa Zaf tunggu Rin?” soal Erina. Serta-merta
darahnya menyerbu ke muka saat memikirkan kemungkinan yang satu itu.
“ Zaf nak tahu, benar Rin ikhlas terima Zaf? Bukan
kerana paksaan, mahupun desakan orang lain? Zaf mahu jawapan yang jujur dari
Rin.” Erina menelan liurnya lantas dia menyimpan semula baldi mop di bilik air
yang terdapat didalam butiknya.
“ Rin… err… kalau Zaf ikhlas sayangkan Rin, tak
salah kan andai Rin terima Zaf?” Erina bermain tarik tali.
“ Zaf ikhlas. Err… satu lagi, Zaf nak tahu. Sebelum
ni Rin pernah tak couple dengan sesiapa? Yelah, mana la tahu Rin masih
sayangkan dia ke?” tebak Zafran. Dadanya berdetak hebat, bimbang juga andai
hatinya terluka.
“ Kenapa Zaf tanya?” Erina ingin menduga jejaka
dihadapannya itu.
“ Sebab… perlu. Zaf tak pernah, dan tiada wanita
lain disisi Zaf selain Rin, umi, adik. Ha! Lagi sorang Farah.” Terang Zafran
seraya tersenyum nakal.
“ Eheem- eheem. Amboi, orang tu dating sampai tak
perasan kawan karib dah,” usik Farhana yang baru tiba di butik.
Erina tersengih mendengar usikan Farhana itu. Sambil
merenung wajah Zafran dia menjawab pertanyaan jejaka itu.
“ Pernah hadir seorang lelaki dalam hidup Rin, tapi
dia tak jujur. Kata sayangkan Rin, tapi dalam masa yang sama dia… err… dia ditangkap
basah dengan minah salih celup,” ujar Erina lantas dia cuba untuk memadamkan
memori antaranya dan Khuzaimi itu.
“ Rin masih sayangkan dia?” soal Zafran
berhati-hati.
“ Dah lama pun lupakan dia. Tadi Zaf sebut Farah.
Siapa Farah?” Erina menyoal apabila mengingati nama yang belum pernah Zafran
sebutkan sebelum ini.
“ Oh! Farah tu kawan Zaf. Erm kami kawan baik semasa
belajar dulu. Tapi dia tu tomboi orangnya. Kenapa?” Erina hanya tersenyum lega
mendengar jawapan Zafran.
“ Ish! Geram betul la. Saja je buat aku bengang kan?
Ei! Geramnya. Arghh!” Nadia menjerit kecil
sehingga menggangu perbualan Erina
dan juga Zafran.
“ Kau kenapa Nad? Kau geram dekat siapa?” soal
Farhana lembut.
“ Siapa lagi? Mamat tu la. Ei! Apa? Dia bajet dia handsome sangat? Ei! Meluatnya aku.
Konon tunjuk gentle la. Macam la dia
tu hot sangat,” bebel Nadia sambil menghempas-hempas tas tangannya.
“ Woi! Kau kenapa ni? Kena sampuk hantu ke apa?”
sinis Erina apabila melihat emosi Nadia yang seperti orang meroyan itu.
“ Rin!! Kau kan. Ei! Macam ni semalam waktu kau
jumpa Zaf, kan aku tutup butik. Dan aku kata ada hal.” Nadia berjeda seketika,
cuba mengawal emosi yang tidak stabil.
“ Lepas tu? Kenapa?” tanya Zafran tidak sabar.
“ Amboi, awak pula yang tak sabar?” usik Nadia
seraya tersengih nakal.
Zafran tersenyum simpul, seraya memasukkan kedua
belah tangannya kedalam poket seluar. Dia mengerling Erina disebelah, terasa
tidak puas menatap wajah itu biarpun sentiasa berada dihadapannya.
“ Macam ni. Ada la sorang hamba ALLAH ni rempuh bahu
aku ni Rin, Ana. Dah tu tak minta maaf pula tu. Main blah macam tu je. Tadi
pula, aku nak sarapan. Kat tempat biasa. Korang tahu apa jadi?” Serentak Erina,
Zafran dan Farhana menggelengkan kepala. Nadia tersenyum melihat sahabatnya
terpegun mendengar omelannya itu.
“ Boleh dia ambik makanan aku. Sedangkan aku dah
beratur depan kaunter nak bayar harga makanan tau! Lepas tu dia bagi duit,
konon sebagai tanda minta maaf la,” omel Nadia seraya memutarkan bebola matanya.
DOKTOR FADLI |
“ Assalamualaikum.” Masing-masing terpana melihat
suara yang memberi salam itu. Erina mengerutkan dahi. Farhana juga begitu.
“ Eh, awak bukan ke Doktor Fadhli? Ingat saya lagi?
Buat apa kat sini dekat doktor?” Erina menoal bertubi-tubi.
“ Ingat. Saya sebenarnya nak cari hadiah untuk ibu
saya. Tapi tak tahu nak bagi apa. Boleh tolong cadangkan?” Nadia membulatkan
mata melihat lelaki yang merosakkan moodnya pagi itu.
“ Kalau biasanya tudung, baju. Macam tu sajalah,”
ujar Erina ramah. Zafran mula merasa api cemburu membakar sanubarinya.
“ Oi, mamat kerek, awak buat apa dekat sini?” sinis
Nadia.
“ Eh, awak. Saya nak minta maaf. Atas apa yang
berlaku. Saya tak sengaja,” ujar Doktor perlahan.
“ Maaf taik kucing. Konon tak sengaja. Menyampah,”
perli Nadia seraya melemparkan pandangan kearah lain.
“ Doktor sebenarnya nak cari hadiah ke nak cari
penawar ni?” usik Erina lantas dia merenung wajah Zafran seraya tersengih
nakal.
“ Awak ni, sekarang di luar Hospital. Panggil je
saya Fadh. Saya tengah cari ubat sebenarnya. Ubat ni takde satu doktor pun boleh rawat, termasuklah saya,” ujar
Doktor Fadhli sambil matanya mengerling Nadia.
“ Apa tengok-tengok? Cucuk mata baru tahu,” omel
Nadia geram.
“ Agak-agakkan ubat tu ada dekat sini tak?” usik
Zafran pula. Seronok melihat wajah Nadia yang merona merah. Tak payah pakai blushing dah pun.
“ Ada, Cuma ada seorang je yang ada ubat tu,” usik
Doktor Fadhli pula.
“ Ei, benci la macam ni. Tepi sikit. Menyampah saya
tengok muka awak.” Marah Nadia seraya berlalu meninggalkan mereka.
“ Kalau betul-betul sukakan Nadia, kena usaha lebih
la. Dia tu tak mudah untuk sukakan seseorang. Walau saya baru kenal dia, tapi
saya tahu sikap dia macam mana. Harap awak tak permainkan Nadia.” Nasihat
Farhana kepada Doktor Fadhli. Erina terpana saat mendengar nasihat yang
diberikan Farhana itu.
“ Insya-ALLAH. Terima kasih atas nasihatnya.” Tutur
Doktor Fadhli ikhlas. Dia melingaskan mata mencari kelibat Nadia namun hampa.
“ Nadia tu nampak je keras hati, tapi sebenarnya dia
mudah tersentuh. Sensitif orangnya. Kalau ada sesuatu membangkitkan emosinya
pasti dia terluka. Tapi, kalau benar doktor… eh Fadh sukakan dia haruslah
berusaha.” Erina pula memberikan nasihat kepada Doktor Fadhli.
“ Kamu berdua benar-benar sahabat yang baik. Untung
Nadia memiliki sahabat seperti kalian.” Lembut pertuturan Doktor Fadhli. Dia
berjalan sambil membelek beberapa helai tudung sebelum diambilnya tudung itu
untuk dibawa ke kaunter.
Nadia hanya mencebik mendengar perbuatan sahabatnya
dan lelaki kerek itu. Perasan baguih. Bajet handsome, poyo semua ada la. Nadia
mengutuk didalam hati.
“ Saya balik dulu sayang,” ujar Doktor Fadhli
betul-betul didepan wajah Nadia.
“ Heh! Balik la nak balik. Sibuk je dekat sini. Buat
apa? Lagi satu jangan panggil saya sayang okey? Menyampah,” sinis Nadia seraya
mendekati Erina.
“ Saya balik dulu. Assalamualaikum Nadia, semoga
kita bertemu lagi,” ujar Doktor Fadhli lalu dia menyusun langkah keluar dari
butik.
“ Ei, bencilah aku dengan mamat tu. Siap panggil aku
sayang. Ei, menyampah.” Tutur Nadia seraya menggeliat kegelian.
“ Sekarang menyampah, mana la tahu satu hari nanti
awak suka dia. Doktor tu. Handsome
tu. Macam pelakon Kamal Adli pula tu. Takkan awak tak nak kot?” usik Zafran lantas
tersengih nakal.
“ Hello, not
my taste okey? Tak mahulah doktor. Nanti sakit sikit cucuk, sakit sikit
makan ubat. Macam tak ada benda lain,” sinis jawapan Nadia namun mengundang
tawa sahabat-sahabatnya.
Aik! Lawak ke aku cakap tadi? Aku rasa aku cakap
benda yang betul je. Kenapa kawan-aku aku ni. Gelak macam aku buat lawak sarkas je. Nadia menggaru kepala yang tidak
gatal.
“ Korang kenapa? Lawak ke apa aku cakap?” Nadia
menyoal seraya melihat wajahnya dicermin yang disediakan didalam bilik
persalinan. Puas dia membelek wajahnya, namun tiada juga dijumpa sebab-munabab
mereka tertawakannya.
“ Nadia, kau ni lawak la. Cakap sajalah yang kau tu
takut makan ubat. Sebab tu kau tak suka Doktor Fadhli kan? Biarpun kacak mana
pun, ingat aku tahu?” usik Erina setelah ketawanya reda.
“ Dah tahu, jangan nak kenen-kenenkan aku dengan
mamat tu. Faham!” tegas amaran yang diberikan Nadia. Erina dan Farhana hanya
menyimpul senyum, Zafran hanya memandang sepi wajah 3 sahabat itu.
Zafran menyeluk poket seluar saat HTC bergetar.
Faiz, mesti nak tanya aku dekat mana ni. Zafran mengomel didalam hati seraya
mengangkat panggilan Faiz.
“ Bro, assalamualaikum. Kau dekat mana?” soal Faiz.
Nadanya jelas tidak puas hati.
“ Waalaikumsalam, maaf. Aku makan dulu. Lepas tu aku
balik la dekat kedai, kecoh la.” Omel Zafran.
“ Mahu tak kecoh. Dengan ramai customernya lagi. Ha, si Farah cari kau tadi. Dia sibuk kata nak
jumpa kau dengan Rin. Dia ada kat sini. Dia tolong aku. Beb, kau dengan Rin
datang kedai. Aku nak jumpa Ana. Please,”
pinta Faiz penuh mengharap. Entah mengapa hatinya benar-benar mendesak untuk
menatap seraut wajah Farhana. Bagaikan ada magnet yang menariknya agar
mendekati gadis itu.
“ Erm.” Zafran menjawap malas.
“ Aku minta tolong sangat. Aku betul-betul…” Zafran
mencelah pertuturan Faiz.
“ Kau rindukan Ana kan? Aku faham. Aku pernah rasa.
Dia ada, tapi macam jauh, okeylah kau tunggu sampai aku datang.. Jaga kedai
dulu ya,” pesan Zafran sebelum mematikan talian.
“ Apa maksud Zaf?” soal Erina setelah Zafran
mematikan talian.
“ Maksud apa?” soalan berbalas dengan dengan soalan.
Alamak, dia dengar aku cakap tadi? Aduhai.
Minta-minta la dia tak tak faham maksud aku. Telinga lintah betul Rin ni. Keluh
Zafran dalam hati.
“ Tadi Rin dengar Zaf kata. Dia ada, tapi macam
jauh? Apa maksudnya?” tanya Erina tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan
yang akan menenangkannya.
“ Err… tak ada apalah. Ni Rin, ikut Zaf okey. Faiz
nak jumpa Ana,” bisik Zafran di telinga kecil Erina.
Segera Erina menggangukkan kepalanya lantas dia
mendekati sahabat-sahabatnya yang mula tekun membuat kerja.
“ Ana, Nadia, err… Zaf ajak aku ke kedai dia. Ada
hal. Kau orang tolong jaga butik okey?” pesan Erina seraya mengerdipkan mata
nakal pada sahabatnya.
“ Ei, makin nakal kawan kita ni Nad,” usik Farhana
sambil menyungging senyum.
“ Ha’ah, sejak… hehe… Sejak Rin dah jumpa permata
dia yang hilang tu,” usik Nadia pula. Erina menjengilkan matanya. Sambil itu
dia melihat kelibat Zafran, bimbang juga andainya jejaka itu mendengar usikan
sahabatnya.
“ Ish! Korang bab malukan aku, serah je pada korang
kan? Ei, geramnya.” Pantas Erina mencubit pipi Nadia dan Farhana sebelum berlalu
meninggalkan butik.
Zafran tersenyum manis peda Erina yang menghayun
langkah untuk mendekatinya. Lantas dia mencapai tas tangan Erina lalu
dihulurkan kepada gadis kesayangannya itu.
“ Terima kasih. Naik kereta Zaf ke kereta Rin?”
tanya Erina setelah kakinya melangkah keluar dari butik.
“ Kereta Zaf saja la. Err… Rin tahu tak si Faiz tu
sejak dia nampak si Ana di rumah sewa Rin hari tu dia mula terbayang wajah Ana.
Kesian Zaf tengok dia,” luah Zafran. Namun selebihnya dia meluahkan isihatinya
sejak Erina menjarakkan perhubungan mereka.
“ Kesian kan? Faiz tu baik. Erm, harap masih ada
peluang buat mereka menyambung ikatan yang terlerai.” Erina turut merasa
simpati dengan nasib sahabatnya.
“ Macam Zaf la. Hilang semangat saat Rin tinggalkan
Zaf,” tutur Zafran perlahan hampir tidak kedengaran di telinga Erina.
“ Zaf cakap apa? Tak dengar,” ujar Erina apabila
melihat bibir Zafran terkumat-kamit seperti membicarakan sesuatu.
Zafran merenung wajah Erina. Lantas dia
menggelengkan kepalanya. Fuh! Nasib baik dia tak dengar. Zafran mengomel
didalam hati.
Saat Erina dan Zafran membolosi ke dalam lif
sepasang mata memerhatikan tingkah mereka dengan perasaan yang membara. Erina
yang terasa seperti diperhatikan menoleh ke belakangnya. Dia terkedu apabila
melihat sepasang mata Khuzaimi yang merenungnya tajam. Spontan dia menarik lengan
baju Zafran.
“ Kenapa ni? Rin? Kenapa pucat je muka tu?” Zafran
menyoal, hairan melihat wajah Erina yang seperti takutkan sesuatu.
Erina hanya diam tidak berkutik. Resah hati Zafran
saat melihat Erina berkeadaan sebegitu. Lantas dia cuba mencari punca ketakutan
Erina. Buntang matanya apabila melihat raut wajah berang yang dipamerkan
Khuzaimi. Dia menarik nafas lega saat pintu lif berdenting, segera dia menarik
pergelangan tangan erina untuk menjauhkan diri dari musuh tradisinya itu.
“ Risya, Risya.” Khuzaimi menyeru nama Erina
berkali-kali,namun Erina tidak mengendahkannya.
“ Risya. Aku panggil kau pekak ke?” herdik Khuzaimi
seraya merentap kasar pergelangan Erina.
“ Aduh! Sakitlah Zaimi. Lepaskan aku.” Erina turut
menengking Khuzaimi. Kesabarannya kian tipis senipis kulit bawang.
“ Jangan berkasar dengan Erina. Lepaskan dia.” Tutur
Zafran dengan lembut.
“ Eh, kau siapa nak menyibuk? Kau jangan masuk
campur urusan aku dan Risya. Kau ketepi,
ketepi aku kata. Pekak ke?” herdik Khuzaimi seraya melayangkan
penumbuknya.
Zafran mengelak apabila penumbuk Khuzaimi
hampir-hampir menyinggah ke wajahnya. Dengan wajah menyinga Zafran menolak
tubuh Khuzaimi hingga jatuh terduduk dibuatnya.
“Everything
about Putri Erina Batrisya is my business. She will be my wife. And you're just
the past. So,
lupakan niat kau untuk mendapatkan Rin dari aku. Kalau kau berdegil juga.
Langkah mayat aku dulu,” ujar Zafran seraya mencekak kolar leher Khuzaimi.
Berombak dada Zafran, dengan nafas yang turun
naik tidak sekata. Terasa ingin saja dia memberi tumbukan padunya kepada jejaka
yang mencabar kesabarannya itu. Namun memikirkan banyak mata yang memandang,
dia terus melupakan hasratnya.
“ Rin, tak apa-apa? Jom la kita dah
lambat,” ujar Zafran seraya menolak tubuh Erina
untuk mengatur langkah lebih laju.
Khuzaimi merasa bagaikan terkena renjatan elektrik.
Tubuhnya mengeras ditempat dia terjatuh itu. Dia hanya memandang saja kelibat
Erina yang semakin hilang dari pandangannya.
‘ Argh! Aku takkan berdiam diri. Batrisya, you are mine!’ Tekad Khuzaimi
didalam hati.
Erina hanya menjeling wajah Zafran yang tegang itu.
Sedikitpun dia tidak berani untuk menegur. Itulah kali pertama dia melihat wajah
berang Zafran. Selama ini tidak pernah dia melihat Zafran berwajah tegang
sebegitu.
Zafran merenung Erina di sebelah. Lantas dia
bernyanyi kecil untuk menarik perhatian Erina.
Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku
Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku
Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..
Erina hanya tersenyum mendengar suara merdu Zafran.
Bertuah juga aku kan? Zaf bukan je handsome,
baik. Comel, tapi Zaf pandai ke melukis? Erina bermonolog di dalam hati.
p/s= enjoy reading....terus support weeda k :) i will do my best 4 CKB. :)
6 comments:
Nadia, jgn benci sangat nt jatuh cinta plak...hehe. khuzaimi ni menyebuk aje la.....:D
hehe...kan? Nadia ni spesies si erina. degil :)
Benci2 pn tp dalam hati ada tamanlh tu saje je tak nak gaku heheh..sibuk jelh khuzaimi..
zaimi memang penyibuk anja..nanti kita belasah dia sama2
Nak kena cepuk khuzaimi tu... haish3... pape pn mmg best.
zaimi memang pengacau antarabangsa.
Post a Comment