Abang Hafiz mencari parking sebaik
sahaja sampai ke bagunan MarryBrown. Saat aku ingin keluar dari perut kereta
aku menjengilkan mata pada Mr. Sengal yang tutur memandangku tajam. Apalah
nasib aku hari ni. Malang bin tak berbau betullah. Menyampah aku tengok.
“ Nad, jom kita cari meja dulu.
Biar angah dengan Abang Hafiz pergi beli makanan,” ujarku sambil menarik lengan
Nadia. Mataku tidak lepas memandang seraut wajah Mr. Sengal.
“ Yang kau kalut sangat ni kenapa?
Ziqa! Sakitlah,” omel Nadia. Serta merta aku melepaskan pegangan pada
tangannya. Lalu aku tersengih apabila Nadia menjengilkan matanya.
“ Adik nak makan laksa ke mee
kari?” soal angah bagai minta penampor
free. Padahal tahu yang aku ni cukup anti dengan ‘kari”. Heh!
“ Lagi mau tanya kaa? Angah ni
saja kan? Kan adik tak makan kari. Ei, geramlah,” bebelku pada angah. Sengaja
aku memasamkan wajah.
“ Ala, angah gurau je. Dah la adik
pergi cari tempat duduk. Tapi tu kat buaian tu cantik juga. Okey sayang? Dah
jangan la buat muka duck face
tu,” kutuk angah sambil tersengih
bagaikan kerang busuk.
Aku melihat meja yang mempunyai buaian itu
agak penuh. Lantas kaki ku ayun laju kea rah meja di hujung sekali. Namun belum
sempat aku melabuhkan punggungku tiba-tiba kerusi yang ingin aku duduk itu
telah ditarik oleh seseorang. Apa lagi jatuhlah aku bak nangka busuk. Perit
dowh.
Gedebuk!
Bunyi yang agak kuat itu telah
menarik perhatian semua orang yang sedang menjamu selera di situ. Apa lagi
ketawa berdekah-dekah la jawabnya. Mana tak ketaw nya bila dah ada free show depan mata confirm jadi bahan ketawa kalau dah
benda yang menggelikan hati kan? Yang sakit hatinya aku la. Dah nak hangus aku
ni beb! Muka tak usah cakap la dah berinci-inci tebalnya. Dengan kadar segera
juga aku bangkit ingin membalas peperangan yang sengaja Mr. Sengal lancarkan.
“ Oi! Sengal. Apa yang kau tak
puas hati dengan aku. Aku tak kacau hang pun.” Suaraku naik satu oktaf. Namun Mr. Sengal hanya tersenyum sinis. Nadia
tergamam melihat peperangan dinginku dan Mr.Sengal.
“ Selayaknya untuk kau. Tendang
lagi kaki aku. Lain kali kalau kau buat aku sakit, aku akan balas
berganda-ganda,” Bisik Mr. Sengal padaku lantas mengenyit mata gatal.
“ Woi! Kau buat apa dekat adik
aku?” jerkah angah yang sedang menghampiri kami.
“ Ala, aku usik sikit je pun,”
ujar Mr. Senga dengan angkuh lagi berlagak.
“ Aku bagi amaran pada ku, jangan
berani sentuh adik aku,” marah angah sambil mencengkam kolar baju Mr. Sengal
a.ka Haziq.
Mr. sengal menepis kasar tangan
angah dari mencengkam kolar bajunya. Dengan wajah tanpa beriak dia berkata.
“ Setakat minah kampung macam adik kau ni, aku tak luak la. Heh!”
Melopong mulutku mendengar penyataan berani mati Mr. Sengal.
Abang Hafiz |
“ Apa kau cakap? Tak luak? Heh!
Jangan lupa, kita hidup dalam dunia ni sekejap di atas. Sekejap di bawah. Kalau
hari ni kau kata tak suka, satu hari nanti kau akan jatuh cinta pada Ary. Dan
aku yakin itu pasti berlaku,” ujar Abang Hafiz tenang seraya meletakkan dulang
di atas meja.
“ Abang Hafiz ambik order untuk
berapa orang?: soalku ketika melihat dulang yang hanya ada dua mangkuk laksa
dan dua cawan air.
“ Ada dekat kaunter. Abang tak
cukup tangan la Ary. Angah kau tolong ambikkan mee kari kita kat kaunter. Fiz
letak kat kaunter tu. Boleh kan?” pinta Abang Hafiz seraya mengambil tempat di
sebelahku.
“ Kau dengan dia tu bergaduh sebab
apa? Tegang betul muka dia tadi. Seram aku tengok. Macam singa lapar je,” komen
Nadia saat kelibat Mr. Sengal jauh dari pandangan.
“ Ala, hal kecik je pun. Aku
terlanggar dia je. Aku dah minta maaf. Tapi tak mahu maafkan. Padan dengan muka
dia kena tending dengan aku.” Aku tersengih membayangkan wajah Haziq yang
kemerahan saat menerima tendangan mautku tadi.
“ Dik, susah hati angah nak balik
Klang nanti. Risau ada orang buli adik,” suara angah akan kebimbangannya.
“ Tak ada apalah angah. Lagipun
adik bukan selalu keluar Bandar pun kan? Nadia ada. Ala, angah jangan risaulah.
Insya-ALLAH tak ada apa yang berlaku okey?” aku memujuk angah sambil mengukir
senyum. Namun saat mataku bertembung sepasang mata Haziq aku menjelirkan lidah
padanya lantas melarikan pandangan dari menatap wajah jeleknya itu. Menyesal
aku puji puji wajahnya yang tak berapa nak macho tu. Hu hu….
P/s + silakan enjoy.... jangan tersampuk dek kesangalan Mr.Sengal erk...miahahahhaha
4 comments:
eee x suka tau wat camtu..tak baik..cian dia jatuh atas lantai.. memang nak kena mr sengal ni...
Mr. Sengal yang memang sengal abis.heh! jom belasah sengal heee
Mr sengal memei sengal..haha..nak lagi kak..
ira insya-ALLAH nanti akk kasi erk
Post a Comment