TEASER CINTA KE BENCI??

ZAFRIN dating kat Taman Tasik Perdana woo...






“ Err… Zaf sebenarnya Rin nak cakap sesuatu.” Erina teragak-agak untuk bersuara.

“ Apa dia Rin?” soal Zafran dengan lembut. Dia merenung wajah Erina yang resah itu.

“ Baru-baru ni Rin ada mimpi sesuatu,” ujar Erina seraya menarik nafas dalam-dalam.

“ Ha, Zaf tahu. Rin mimpikan Zaf ya? Usik Zafran seraya menjongket kening.

“ Ei, perasan tak sudah,” kutuk Erina selamba.

Zafran melambakkan tawa mendengar jawapan Erina. Terasa bahagia hatinya saat itu. Erina menjeling tajam ke arahnya.

“ Sebenarnya err… Zaf janji jangan marah okey?” pinta Erina. Dia melihat riak wajah Zafran yang bersahaja.

“ Apa dia sayang? Cakap la. Zaf janji tak akan marah.”

Erina menarik nafas lega mendengar bicara Zafran yang lembut itu.

“ Baru-baru ni Rin mimpi Khuzaimi. Dia err… dia lamar Rin.”

Berubah air muka Zafran saat itu. Terasa bunga-bunga bahagia sebentar tadi telah layu sebelum sempat dibajainya. Erina yang melihat perubahan wajah Zafran itu mula rasa bersalah.

“ Zaf kenapa diam? Zaf dah janji tak mahu marah kan? Zaf please jangan diam je,” ujar Erina sambil merenung tepat wajah Zafran di sebelahnya.

Setelah lama berfikir akhirnya Zafran bersuara. Suaranya berbaur cemburu.

“ Habis, Rin terima ke? Kalau alam realiti Khuzaimi melamar Rin, adakahRin akan terima? Sal Zafran dengan wajah yang serius. Suara kedengaran lirih.

“Err… kenapa Zaf tanya macam tu? Rin tak faham.”

Zafran tersenyum sinis. Entah mengapa hatinya sakit. Cemburu? Ya dia cemburu.Bimbang kerana Khuzaimi pernah mengatakan untuk menjadikan Erina sebagai isteri. Perasaan takut kehilangan itu seringkali menghantuinya.

Did you want to know something? Actually Zaimi pernah cakap perkara ni pada Zaf. I justI dont want to lose you sayang. Zaf tak sanggup bayangkan hidup Zaf tanpa wanita yang Zaf sayang,” luah Zafran sambil merenung tepat wajah Erina.

What? Gila ke Zaimi tu?” Erina terlopong apabila di beritahutentang perkara itu. Sungguh dia tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi.

“ Dia memang gila,” ujar Zafran selamba.

“ Sebenarnya, dalam mimpi atau realiti sekali pun, Rin tak akan kembali pada Zaimi. Rin tak mahu pisang berbuah dua kali,” ujar Erina. ‘ Lagipun Rin dah ada Zaf.’ Sambungnya di dalam hati.

Zafran menguntum senyum bahagia. Hatinya benar-benar lega mendengar pengakuan gadis itu. Dalam diam dia mengucapkan syukur pada Illahi.

“ Zaf  nak tahu apa perasaan Rin? Rin gembira sangat sebab…” sengaja Erina menggantungkan ayatnya, membuatkan Zafran gelisah.

“ Gembira? Kenapa?” Zafran menyoal. Nadanya berbaur cemburu.

“ Gembira sebab Zaf sayangkan Rin. Apa? Ingat senang-senang je Rin nak terima Zaimi? Memang taklah,” ujar Erina sambil merenung Tasik yang terbentang di hadapannya.

Fuh! Lega hati aku ni. Alhamdulillah. Moga jodoh ini kita berpanjangan hingga ke Syurga. Insya-ALLAH. Zafran menitipkan doa pada Yang Maha Esa.




 p/s =enjoy erk baca teaser kali ni :) hehehe
cukuplah panjangnya kan? nati2 kasi lagi :)

4 comments:

seri nurmurni said...

mana nya x cemburu kalau zaimi betul2 melamar erina....

Unknown said...

heee tu la pasai..nanti weeda kasi teaser tntg tu ye :)

Nurulhidayah said...

Singgah di sini :)

Unknown said...

tq sudi singgah :)