ZAFRIN dating kat Taman Tasik Perdana woo... |
“
Err… Zaf sebenarnya Rin nak cakap sesuatu.” Erina teragak-agak untuk bersuara.
“
Apa dia Rin?” soal Zafran dengan lembut. Dia merenung wajah Erina yang resah
itu.
“
Baru-baru ni Rin ada mimpi sesuatu,” ujar Erina seraya menarik nafas
dalam-dalam.
“
Ha, Zaf tahu. Rin mimpikan Zaf ya? Usik Zafran seraya menjongket kening.
“
Ei, perasan tak sudah,” kutuk Erina selamba.
Zafran
melambakkan tawa mendengar jawapan Erina. Terasa bahagia hatinya saat itu.
Erina menjeling tajam ke arahnya.
“
Sebenarnya err… Zaf janji jangan marah okey?” pinta Erina. Dia melihat riak
wajah Zafran yang bersahaja.
“
Apa dia sayang? Cakap la. Zaf janji tak akan marah.”
Erina
menarik nafas lega mendengar bicara Zafran yang lembut itu.
“
Baru-baru ni Rin mimpi Khuzaimi. Dia err… dia lamar Rin.”
Berubah
air muka Zafran saat itu. Terasa bunga-bunga bahagia sebentar tadi telah layu
sebelum sempat dibajainya. Erina yang melihat perubahan wajah Zafran itu mula rasa
bersalah.
“
Zaf kenapa diam? Zaf dah janji tak mahu marah kan? Zaf please jangan diam je,”
ujar Erina sambil merenung tepat wajah Zafran di sebelahnya.
Setelah
lama berfikir akhirnya Zafran bersuara. Suaranya berbaur cemburu.
“
Habis, Rin terima ke? Kalau alam realiti Khuzaimi melamar Rin, adakahRin akan
terima? Sal Zafran dengan wajah yang serius. Suara kedengaran lirih.
“Err…
kenapa Zaf tanya macam tu? Rin tak faham.”
Zafran
tersenyum sinis. Entah mengapa hatinya sakit. Cemburu? Ya dia cemburu.Bimbang
kerana Khuzaimi pernah mengatakan untuk menjadikan Erina sebagai isteri.
Perasaan takut kehilangan itu seringkali menghantuinya.
“
Did you want to know something? Actually Zaimi pernah cakap perkara ni
pada Zaf. I just… I dont want to lose you sayang. Zaf tak
sanggup bayangkan hidup Zaf tanpa wanita yang Zaf sayang,” luah Zafran sambil
merenung tepat wajah Erina.
“
What? Gila ke Zaimi tu?” Erina
terlopong apabila di beritahutentang perkara itu. Sungguh dia tidak menyangka
perkara itu benar-benar terjadi.
“
Dia memang gila,” ujar Zafran selamba.
“
Sebenarnya, dalam mimpi atau realiti sekali pun, Rin tak akan kembali pada
Zaimi. Rin tak mahu pisang berbuah dua kali,” ujar Erina. ‘ Lagipun Rin dah ada
Zaf.’ Sambungnya di dalam hati.
Zafran
menguntum senyum bahagia. Hatinya benar-benar lega mendengar pengakuan gadis
itu. Dalam diam dia mengucapkan syukur pada Illahi.
“
Zaf nak tahu apa perasaan Rin? Rin
gembira sangat sebab…” sengaja Erina menggantungkan ayatnya, membuatkan Zafran
gelisah.
“
Gembira? Kenapa?” Zafran menyoal. Nadanya berbaur cemburu.
“
Gembira sebab Zaf sayangkan Rin. Apa? Ingat senang-senang je Rin nak terima
Zaimi? Memang taklah,” ujar Erina sambil merenung Tasik yang terbentang di
hadapannya.
Fuh!
Lega hati aku ni. Alhamdulillah. Moga jodoh ini kita berpanjangan hingga ke
Syurga. Insya-ALLAH. Zafran menitipkan doa pada Yang Maha Esa.
p/s =enjoy erk baca teaser kali ni :) hehehe
cukuplah panjangnya kan? nati2 kasi lagi :)
cukuplah panjangnya kan? nati2 kasi lagi :)
4 comments:
mana nya x cemburu kalau zaimi betul2 melamar erina....
heee tu la pasai..nanti weeda kasi teaser tntg tu ye :)
Singgah di sini :)
tq sudi singgah :)
Post a Comment