TEASER AMS dan CKB













“ Beb! Maaf. Banyak sangat tudung yang aku berkenan tadi,” sergah Nadia dari arah belakangku. Terloncat aku dek terkejut Hu hu… Mujur aku sempat break kalau tak sia-sia je cium badan Mr. Sengal yang tak berapa nak tegap tu. Heee…

“ Kau ni kan tak reti bagi salam ke?” marahku pada Nadia lantas mengatur langkah menuju ke kereta Abang Hafiz.

“ La, siapa pula yang bengong sangat ni? Parking berlambak lagi. Sibuk nak parking belakang kereta Abang Hafiz ni buat apa? Gila punya orang. Ish! Geram lah aku macam ni. Sah-sah tak lulus lesen.”Jerkah Nadia pada pemilik kereta Toyota Vios itu.

Aku melihat kawan Mr. Sengal terkocoh-kocoh untuk mengalihkan kereta Toyota Vios itu.

“ Maaf saudari. Tadi saya nak cepat. Parking pula tak ada. Maafkan saya,” ujar sahabat Mr. Sengal lantas menyusun sepuluh jari mohon kemaafan.

“ Lain kali kalau nak cepat sekalipun agak-agaklah. Ingat parking mak bapak kau ke sesuka hati letak parking macam orang tak ada lesen. Gila!” jerkah angah pada sahabat Mr. Sengal.

“ Baiklah. Maaf lagi sekali ye. Oh ya saya nasihatkan agar saudara bersopan lah sedikit,  Bukankah ada peribahasa ‘yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.” Nah! Ambik kau angah. Kan dah melopong dengar nasihat percuma lagi bernas dari mamat yang tak kau kenal. Hu hu…

Aku memaut lengan angah. Lantas aku usap tangannya, menyuruh dia bersabar. Dalam hati aku berdoa agar angah tidak membuat hal di sini. Kerana angah cukuplah terkenal dengan sikap barannya itu. Ngeee.

“ Sudah lah. Awak tolong alihkan kereta awak cepat. Kami nak ke tempat lain pula ni.” Tutur Abang Hafiz perlahan.

“ Abang Hafiz lapaq la,” rengekku manja. Sebenarnya nak suruh Abang Hafiz belanja makan free je niatnya. Heee…

“ Jom kita pergi makan,” ujar Abang Hafiz lalu tersenyum manis padaku.

“ Auch. Sakitlah,” rungutku lalu aku kalih pandangan pada orang yang membuatkan aku tersadung itu.

Melihat senyum sinis yang terukir di bibir Mr. Sengal membuatkan hatiku menggelegak panas.  Pantas aku menolak tubuh Mr. Sengal yang jaraknya hanya sedepa saja dariku. Terdorong ke belakang Mr. Sengal akibat ditolakku, sambil menjelir lidah aku berlari menyorok di belakang badan angah.

“ Kenapa ni? Adik? Hei, kenapa ni angah tanya?” soal angah sambil menarik tanganku lalu dia membuka pintu hadapan sebelah penumpang.

Crazy girl,” sempat aku menangkap kata-kata Mr. Sengal. Sempat jugalah aku berpaling memandangnya lalu aku membalas kata itu.

“ Padan muka hang. Ingat aku takut?” bidasku selamba. Aku ketawa berdekah-dekah melihat wajah Mr. Sengal yang kemerehan seperti udang yang dipanggang itu.

“ Ary, Ary. Nakal ya,” ujar Abang Hafiz sebaik kereta meluncur laju meninggalkan kedai Popular. Dan yang pastinya meninggalkan Mr. Sengal dengan wajah singanya. Heee…

“ Ala, siapa suruh dia cari pasal dengan Ary? Padan dengan muka dia. Eh! Kita nak kemana ni?” soalku dengan lurus lagi blurr.

Pukk!!

Aku menoleh Abang Hafiz yang menepuk dahinya. Pelik aku. Nak kata ada nyamuk takde pula bunyi nyittt nyittt. Ha ha… Woi! Kau orang jangan gelak ya. Adalah juga bunyi macam Cik Muk tu. Heee.

“ Abang Hafiz kenapa? Ada nyamuk ke?” soalku dengan wajah tanpa riak.

“ Woi, mak cik tadi bukan kau ke yang merengek kata lapaq? Dasar blurr. Ya ALLAH kenapalah aku ada kawan yang super duper blurr macam Ziqa Aryssa ni?” omel Nadia sambil menggeleng kepala.

Ceh! Hampeh punya nenek. Sempat lagi mengutuk aku. Ei! Rasa nak hempuk-hempuk je nenek ni. Huh!

“ Ary, sayang tadi Ary yang ajak makan. So lagi mau tanya kaa?” giliran Abang Hafiz pula mengusikku.

“ Ala, Fiz. Macamlah hang tak kenal adik ni. Dia ni kan Miss Blurr.” Angah turut mengusikku. Lalu aku capai tangan angah yang diletakkan dibahuku. Pantas aku mencubit tangannya itu. Biar tahu rasa. Ha ha…

“ Adui! Sakitlah dik. Tak sayang angah erk?” suara angah bagaikan merajuk. Ala, setakat nak suruh aku pujuk tu cakaplah. Tak payah nak berkias.  He he…

“ Abang Hafiz! Nak makan dekat Marybrown. Cepat-cepat,” aku melonjak gembira sebaik melihat premis MaryBrown yang terpampang itu.

“ Ya ALLAH, tak sangka la. Ingatkan adik angah ni dah boleh kahwin. Rupa-rupanya…”

“ Apa?” soalku tidak sabar.

“ Masih kanak-kanak ribena. Heh! Padahal dah boleh kahwin pun. Ha ha…” angah ketawa sebaik saja menghabiskan ayatnya. Aku mengetap gigi geram. 



~*~*~*~*~*`*~**~*~*~*~*~*





FAIZ menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja keretanya memasuki perkarangan rumah keluarga di Hutan Percha. Dia merenung halaman rumahnya. Tiada banyak yang berubah biarpun telah bertahun lamanya dia meninggalkan bumi Melaka itu.

“Assalamualaikum,”

“ Waalaikumsalam, ha kamu. Ingatkan dah lupa jalan balik. Lupa dengan ummi,” sinis Puan Faizah.

“ Ummi Faiz minta ampun, minta maaf pada ummi. Ampunkan Iz dari hujung rambut hingga hujung kaki ummi. Iz cuma  tak boleh terima ummi hina gadis yang Iz sayang,” luah Faiz sambil mengucup tangan umminya.

Pantas Puan Faizah menarik tangannya. Sakit hatinya apabila anak yang disayanginya itu lebih mementingkan orang luar berbanding dia.

“ Oh, siapa lebih penting dalam hidup kamu? Ummi atau gadis gemuk itu?”

Faiz tersentak mendengar bicara kasar umminya. Namun untuk mndapatkan restu ibunya dia menyabarkan hatinya.

“ Kedua-duanya penting. Ummi adalah insan yang melahirkan Iz. Dan Farhana pula adalah gadis yang akan menemani Iz hingga ke syurga,” ujar Faiz. Perasaan sebak bermukim di hati apabila umminya berpaling dari menatap wajahnya.

“ Sampai syurga konon. Eh! Celiklah mata kamu tu. Sekarang ni zaman dah berubah. Mana boleh percaya lagi pada janji untuk sehidup semati kamu tahu,” perli Puan Faizah.

“ Ummi, Iz yakin pada Farhana,’ ucap Faiz. Suaranya jelas bergetar.





p/s = nak tahu apa jadi pada Faiz tunggu erk....... hope enjoy :D

6 comments:

Afifah Yusof said...

uit... suspen! apa yang bakal berlaku pada Faiz? hehe. tahniah kak weeda. best ^^

Unknown said...

tq afi.... heeee :) apa akan berlaku?? hee tunggu :D

karyaarisaaleya.blogspot.com said...

Pn Faizah, bagi je restu kat dorang. Si farhana baik apa...hehe. Akak nak lagi!!

Unknown said...

entah Puan Faizah tu keras hati kan? heeee

Elvroseth said...

Hahahaha, bestt !

Unknown said...

tq